Anda di halaman 1dari 9

Teks Pengacara Majlis Pertandingan

Nasyid
TEKS PENGACARA MAJLIS
MAJLIS PENUTUPAN FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH
BAHAGIAN KUCHING TAHUN 2010.
13 April 2010.
Mengumumkan, ketibaan Yang Berhormat Datuk Hj Daud Abdul Rahman ,Menteri Muda
Hal Ehwal Islam di Pejabat Ketua Menteri.Sarawak.
Dari Raub pergi ke Pontian
Terus pula ke Kuala Perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan Majlis.
Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara.
UCAPAN ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS
BismilLahirRahmanirRahim.
Assalamu `alaikum Wa RahmatulLahi wa Barakatuh.
Yang Berhormat. Datuk Hj Daud Abdul Rahman ,Menteri Muda Hal Ehwal Islam di
Pejabat Ketua Menteri.Sarawak.mewakili Yang Berbahagia .Datuk Amar Abang Hj Abdul
Rahman Zohari Bin Tun Abang Hj Openg,Menteri Perumahan dan Pembangunan
Bandar,Sarawak.
Yang Berhormat Puan Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Adun Semariang .
Yang Berhormat. Hj Fadillah Bin Hj Yusuf

Yang Berbahagia . En Beduie Uney,Pegawai Pelajaran Daerah Kuching.


Yang Berusaha, En Ramli bin Hj Hasbi, Pengetua SMK Demak Baru merangkap pengerusi
pengelola Pertandingan Nasyid sekolah-sekolah Peringkat Bahagian Kuching, 2010.
Yang dihormati pengetua-pengetua ,guru besar-guru besar,guru guru,tuan-tuan-puanpuan serta para peserta pertandingan nasyid sekalian.
Hadirin dan Hadirat sekalian,
Salam bahagia,salam hormat,salam sejahtera dan diucapkan selamat datang ke
Auditorium Pusat Pelancongan Sarawak, untuk acara kemuncak Majlis Penutupan Rasmi
Festival Nasyid Peringkat Bahagian ,Kuching.
Untuk makluman hadirin,Pertadingan Nasyid sekolah-sekolah peringkat bahagian
Kuching 2010 telah dimulakan pada pagi tadi dan baru sahaja berakhir .Sebanyak 6
penyertaan dari peringkat menengah dan 10 penyertaan dari peringkat rendah.

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berdiri
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri.

Nyayian Lagu Negaraku

Hadirin dan hadirat sekalian,


Bagi menzahirkan rasa bangga menjadi warganegara Malaysia,marilah sama-sama
dengan penuh semangat menyanyikan lagu kebangsaan ,Lagu Negaraku.
Terima kasih diucapkan atas nyayian Lagu Negaraku itu tadi.
BACAAN DOA
Hadirin yang dihormati
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati
Bagi menambah keberkatan Majlis, marilah sama-sama menadah tangan mengaminkan
bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Badrul Hisyam Bin Abdul Majid. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Badrul
Hisyam bin Abdul Majid atas bacaan doa itu tadi.
UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI INDUK FESTIVAL NASYID.
Hadirin dan Hadirat sekalian,
Negeri Sarawak aman sentosa,
Pendidikan Gemilang Misi Utama,
Dengan tiada melengahkan masa
Kita mulakan atucara pertama,
Majlis dengan ini mempersilakan yang berbahagia .En Beduie Bin Uney .Pegawai
Pelajaran Daerah Kuching,merangkap pengerusi induk Pertandingan Nasyid sekolahsekolah Bahagian Kuching 2010, untuk menyampaikan untuk menyampaikan ucapan
alu-aluan. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada En Beduie Bin Uney ,Pegawai Pelajaran Daerah
Kuching,atas ucapan sebentar tadi.

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN.


Cempaka sari warisan sejati
Menjadi kebanggaan seisi negeri
Ucapan perasmi memang dinanti
Berilmu tinggi bijak bestari.
Tuan-tuan/Puan-puan yang dihormati sekalian.
Seterusnya mjlis menjemput Yang Berbahagia En Beduie Uney Pegawai Pelajaran Daerah
Kuching untuk mempersilakan Yang Berhormat. Datuk Hj Daud Abdul Rahman ,Menteri
Muda Hal Ehwal Islam di Pejabat Ketua Menteri.Sarawak.mewakili Yang Berbahagia
.Datuk Amar Abang Hj Abdul Rahman Zohari Bin Tun Abang Hj Openg,Menteri
Perumahan dan Pembangunan Bandar,Sarawak,untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan Majlis Penutupan Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Bahagian
Kuching 2010.
Majlis mempersilakan..
Majlis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan tidak terhingga
kepada Yang Berhormat ,Datuk Hj Daud Abdul Rahman ucapan dan perasmian itu tadi.
Ucapan tuan menyerikan majlis
Warga pendidik tampak ceria
Kesudian Tuan merasmikan majlis
Bangganya kami tidak terkira.
Kain pelikat panjang sembilan
Tersusun corak cantik warnanya,
Tuan pemimpin disegani watan
Kami menumpang sinar cahayanya.

ULASAN KETUA JEMAAH HAKIM DAN PENGUMUMAN KEPUTUSAN RASMI


FESTIVAL NASYID.
Hadirin sekalian

Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan, untuk sama-sama kita mengetahui keputusan
pertandingan yang telah dilaksanakan.
Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya ingin mempersilakan
selaku ketua jemaah hakim untuk memberikan
ulasan dan seterusnya mengumumkan keputusan rasmi pertandingan Nasyid sekolahsekolah Bahagian Kuching .Majlis dengan ini mempersilakan..
Terima kasih diucapkan kepada ..

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL /HADIAH.


Hadirin dan hadirat sekalian
Kini tibalah masa kita ke kemuncak acara ,bagi menyaksikan penyampaian sijil dan
hadiah kepada yang terbaik antara yang baik. Sebelum itu,majlis berbesar hati
mempersilakan Yang Berusaha En Beduie Bin Uney,Pegawai Pelajaran Daerah
Kuchingbagi menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia Datuk Hj Daud Abdul
Rahman ,Menteri Muda Hal Ehwal Islam di Pejabat Ketua Menteri.Sarawak.untuk
menyampaikan sijil dan hadiah kepada para pemenang.
1-Sijil Penghargaan untuk jemaah juri..
Dimulakan dengan sijil penghargaan untuk jemaah juri.
Dipersilakan..Selaku Ketua Jemaah Hakim.
Seterusnya.
Dan.
2- Sijil Penyertaan untuk sekolah-sekolah yang mengambil bahagian.

Di persilakan guru pengiring


1-Sk St. Teresa
2-Sk Lumba Kuda
3-SK Gersik
4-Sk Semariang
5-SK Tan Sri Datuk Haji Mohammad
6-SK Stapok
7-SK Stoh
8-SK Lebai Mentali
9-SK Bau
10-SK Buso
11-SMK Tun Abang Haji Openg
12-Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
13-SMK Seni,Kuching
14-SMK Tunku Abdul Rahman
15-SMK Siburan
Dan
16-SMK Lundu.

Seterusnya di jemput pemenang Pertandingan Nasyid kategori sekolah Rendah.

Pemenang tempat ketiga dipersilakan kumpulandari


SK.
Naib Johan kumpulan.dari
Dan johan pertandingan nasyid sekolah-sekolah bahagian Kuching kategori sekolah
rendah iaitu kumpulan..dari

Seterusnya dijemput pula pemenang Pertandingan Nasyid kategori sekolah Menengah .


Pemenang tempat ketiga dipersilakan kumpulandari
.
Naib Johan kumpulan.dari
Dan johan pertandingan nasyid sekolah-sekolah bahagian Kuching kategori sekolah
menengah iaitu
kumpulan..dari
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan tahniah juga kepada sekolah sekolah
yang mengambil bahagian .Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia
Datuk.Mohon Yang Berbahagia Datuk untuk terus berada di atas pentas bagi majlis
penyampaian cenderahati.
Sebagai tanda penghargaan yang tidak terhingga,majlis dengan ini mempersilakan En
Bedui Bin Uney untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Yang
Berhormat Datuk.Majlis mempersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada En Beduie Uney atas penyampaiann
cenderamata itu tadi.

PERSEMBAHAN SEKOLAH RENDAH


Para hadirin yang dihormati,
Kini tibalah masa kita ke kemuncak acara bagi menyaksikan yang terbaik antara yang
baik ,yang terhebat di antara yang hebat.Justeru itu,sama-samalah kita saksikan
persembahan dari johan pertandingan nasyid kategori sekolah rendah dan sekolah
menengah.
Tuan-tuan dan puan-puan terimalah kumpulan.dari SK
untuk membuat persembahan. Dipersilakan.

Demikianlah tadi persembahan dari Johan pertandingan nasyid sekolah sekolah rendah
bahagian Kuching.

PERSEMBAHAN SEKOLAH MENENGAH


Hadirin yang dihotmati sekalian,
Seterusnya kita saksikan pula persembahan dari Johan pertandingan nastid peringkat
menengah.Dipersilaka Kumpulan.dari

..untuk membuat persembahan.

Demikianlah tadi persembahan dari Johan Pertandingan Nasyid kategori Menengah


Sekolah-sekolah bahagian Kuching.
Lagu Ibu Pertiwiku

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung Majlis.


Dikesempatan ini, mewakili jawatankuasa pengelola pertandingan memohon ampun dan
maaf seandainya terdapat sebarang kekurangan sepanjang majlis ini berlangsung.
Sekali lagi,terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berhormat Datuk Hj Daud
Abdul Rahman,Menteri Muda Hal Ehwal Islam Di Pejabat Ketua Menteri,serta Yang
Berhormat Yang Berhormat,Tuan-tuan,Puan-puan hadirin dan hadirat sekalian kerana
sudi melapangkan masa memeriahkan majlis.
Sebelum kita bersurai,mohon semua yang hadir pada hari ini,berdiri untuk sama-sama
menyanyikan lagu Ibu Pertiwiku.
Dengan berakhirnya nyanyian Ibu Pertiwiku itu tadi maka berakhir sudah majlis
kita.Terima kasih sekalung budi kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun
tidak langsung dalam majlis yang penuh bermakna ini.Ditamatkan Majlis yang indah
berseri menjunjung kasih menjunjung budi dengan mempersilakan Yang Berusaha En
Bedui Bin Uney untuk mengiringi Yang Berhormat Datuk ,Yang Berhormat-Yang
Berhormat,Dif-dif jemputan untuk ke dewan bagi menikmati sedikit hidangan.

Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa


Rahmatullahi wa Barakatuh.

Yang Berbahagia, Tuan Hj Saifulzaman bin Sanggul, Ketua Penolong Pengarah,


Sektor Pendidikan Islam ,JPN Sabah
Yang berusaha, Datu Matlan Datu Unjong, Pengetua SMK Pekan 11 Kota Belud
merangkap pengerusi pengelola Nadwah Kepimpinan Islam, Peringkat daerah Kota
Belud
Yang berusaha, Ustaz Ramlee Daud, Penyelia Pendidikan Islam daerah kota Belud
Barisan Ahli Jawatankuasa Nadwah Kepimpinan Islam, ustaz dan ustazah
para peserta, hadirin dan hadirat yang dihormati
Assalamualaikum WBT

(Nani)
Zikir Munajat Pembersih jiwa
Doa dipohon menjana taqwa
bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-sama menadah tangan
penuh kehambaan kepadaNya....,
untuk itu, majlis mempersilakan fadhilatul ustaz
___________________________untuk memimpin bacaan doa.....dipersilakan
Amin..ya rabbal alamin
majlis mengucapkan terima kasih atas pimpinan bacaan doa itu tadi..semoga majlis
kita mendapat keberkatan dan lindungan Allah SWT.
(ustaz)
lembut bicara mengucapkan salam
tangan dihulur penuh kemesraan
majlis bermula bersulamkan kalam
ahlan wa sahlan kami ucapkan
selamat datang dan terima kasih diucapkan kepada yang berbahagia tuan haji
Saifulzaman bin Sanggul, KPP, SPI, JPNS atas kesudian menerima undangan ke
majlis perasmian penutupan Nadwah Kepimpinan Islam Sekolah2 Menengah
Kementerian Pelajaran Malaysia peringkat daerah Kota Belud bagi tahun 2009..
(Nani)
Tuan/puan yang dihormati..
kita teruskan majlis dengan menjemput wakil peserta nadwah kepimpinan Islam
untuk menyampaikan ucapan...dipersilakan
Terima kasih kepada wakil peserta atas ucapan itu tadi
(ustaz)
Seterusnya majlis mempersilakan yang berusaha, Datu Matlan Datu Unjung,
pengetua SMK Pekan 11 Kota Belud merangkap pengerusi pengelola Nadwah
Kepimpinan Islam peringakt daerah Kota Belud kali ini untuk menyampaikan
ucapan alu-aluan.....majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Majlis merakamkan ribuan terima atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.
(Nani)
Duduk segak wajah tampan
berbudi pekerti manis senyuman
marilah mendengar penuh perhatian
ucapan perasmian yang disampaikan

sidang hadirin sekalian


majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan yang berbahagia
tuan haji Saifulzaman bin Sanggul, KPP,SPI,JPNS untuk menyampaikan ucapan
seterusnya merasmikan majlis penutupan Nadwah Kepimpinan Islam Sekolah2
Menengah Kementerian Pelajaran Malaysia peringkat daerah Kota Belud bagi tahun
2009....dipersilakan....
Demikianlah tadi ucapan perasmian penutupan Nadwah Kepimpinan Islam yang
disampaikan oleh tuan Haji Saifulzaman bin Sanggul, KPP,SPI,JPNS....bagi pihak
majlis merungkaikan ribuan terima kasih.
(ustaz)
sidang hadirin sekalian..marilah kita mengalihkan pandangan sejenak menyaksikan
persembahan nasyid yang akan dipersembahkan oleh peserta Nadwah kepimpinan
Islam...dijemput kumpulan al-Ikhwan....
majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan nasyid itu tadi
(nani)
adat bertunang ada cincinnya
adat program ada sijil dan hadiahnya
bagi menyempurnakan penyampaian sijil dan hadiah kepeda peserta, majlis
mempersilakan yang berbahagia tuan haji Saifulzaman bin Sanggul KPP, SPI, JPNS
diiringi oleh yang berusaha Datu Matlan bin Datu Unjong, pengetua SMK Pekan 11
Kota Belud...dipersilakan....
majlis mempersilakan ketua kumpulan

(ustaz)
seterusnya sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, majlis mempersilakan
yang berbahagia tuan haji Saifulzaman bin Sanggul untuk menyampaikan
cenderahati kenangan kepada yang berusaha Datu Matlan Datu Unjung, pengetua
SMK Pekan II Kota Belud yang sudi menjadi tuan rumah Nadwah Kepimpinan
Islam kali ini...
majlis seterusnya mempersilakan Datu Matlan Datu Unjong untuk menyampaikan
cenderahati kenangan kepada yang berbahagia tuan haji Saifulzaman bin
Sanggul.....dipersilakan
Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas penyampaian sijil, hadiah dan
cenderamata sebentar tadi.

(nani)
sidang hadirin sekalian
bagai tak terasa majlis kita telah sampai ke penghujungnya....kemesraan ukhuwwah
telah terbina, silaturrahim terikat sudah...ilmu bertambah, sikap berubah menjadi
pemimpin yang berjaya...InsyaAllah
sayang selasih ditumpah minyak
bunga padi dengan jerami
kepada KPP terima kasih banyak2
kerana sudi bersama kami
(ustaz)
Kalau tiada jarum yang patah
harap simpan di dalam peti
kalau benar madah dan tingkah
harap sematkan di dalam hati
segala kelemahan dan kekurangan mohon dimaafkan yang benar itu datangnya
daripada Allah SWT, silap dan salah adalah kelemahan diri kami sendiri
(ustaz & nani)
Akhirul kalam ...semoga kita berjumpa lagi...wabillahi taufiq wal
hidayah.....assalamualaikum WBT...

Posted by Rizq Adina at 5:52 AM