Anda di halaman 1dari 5

PENDAHULUAN

Masih terdapat beberapa salah faham tentang ilmu dan peranannya dikalangan kita.Tulisan ini
bertujuan menegaskan tentang ilmu peranan positif ilmu pengetahuan sebgai asas kekuatan
sesuatu bangsa dan tamadun.Budaya ilmu bermaksud wujud satu keadaan setiap individu atau
masyarakat melibatkan diri dalam kegiatan keilmuan bagi setiap kesempatan. Setiap tindakan
diputuskan dan dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan sama ada melalui pengkajian atau
syura. Selain itu, ia juga tidak mengiktiraf sifat jahil, bebal dan anti ilmu.Dalam zaman moden
ini, makna ilmu telah disempitkan kepada pengetahuan tentang maklumat dan kemahiran
sahaja.Misalnya di Barat, mereka berpegang teguh kepada kaedah sains iaitu ilmu yang hanya
merujuk kepada fakta. Pada pandangan mereka ajaran agama telah terkeluar daripada takrif ilmu
kerana agama dianggap sebagai kepercayaan atau dugaan semata-mata. Mereka ini tergolong
dalam mazhab empirisisme yang didokong oleh tokoh seperti John Locke, David Hume, Herbert
Spencer dan lain-lain. Mazhab rasionalisme juga menumpukan penekanan terhadap prinsip kekal
yang diperolehi melalui akal rasional atau agama. Tokoh yang mendokong mazhab ini adalah
seperti Socrates, Plato dan Descartes. Pertentangan antara dua mazhab ini yang mempunyai
pengaruh dalam sejarah agama dan pemikiran Barat telah ditangani oleh golongan pragmatis
seperti Charles S. Peirce, William James dan John Dewey. Ilmu dalam perspektif Islam dikenali
sebagai sifat, proses dan hasil yang meliputi pelbagai perkara dan bermaksud al-Quran, syariah,
sunnah, iman, kerohanian, hikmah, makrifat, sains dan pendidikan. Setiap manusia yang berilmu
akan berdiri teguh di atas keyakinan dan kebenaran yang dimiliki untuk melakukan
keadilan.Oleh itu, budaya ilmu bukan sekadar kesungguhan memahami, mendalami dan
menghayati sesuatu bidang ilmu malah menjelmakan sifat keilmuan yang pelbagai bidang dan
merentasinya. Sifat seperti ini harus disemai dalam diri setiap anggota masyarakat dan negara.

BUDAYA ILMU
Pada pendapat saya budaya ilmu sangatlah penting kepada kita kerana sejarah telah mengajar
kita melalui berbagai peristiwa penting yang sekaligus membuktikan bahawa golongan manusia
yang tamadunnya tinggi adalah bersendikan kepada budaya intelektual yang tinggi dalam zaman
mereka.Selain itu,golongan manusia yang hanya mempunyai kekuatan bersifat fizikal seperti
tenaga manusia atau kekuatan ketenteraan sebenarnya bukanlah menonjolkan sebuah kekuatan
hakiki tetapi berpandukan dari sejarah tamadun manusia,seringkali kita saksikan bahwa sesebuah
bangsa yang kuat tetapi tidak diasaskan oleh budaya ilmu yang baik,akan memeluk dan
menganut nilai dan ciri tamadun lain yang ditaklukinya itu. Antara contoh bersejarah yang dapat
diambil ialah seperti golongan Mongol yang telah menyerang Baghdad,menjatuhkan Dinasti
Abbasiyah dan seterusnya merosakkan sumber-sumber keilmuan dan tamadun Islam yang
sekaligus paling menyedihkan dalam sejarah kemudiannya telah memeluk Islam dan melahirkan
generasi Islam baharu di Turki,China dan Rusia pada hari ini.Kejayaan intelektual dan peradaban
tinggi yang dicapai oleh kaum-kaum Yunani,Yahudi,China,India dan umat Islam di zaman silam
serta betapa canggihnya pencapaian sains dan teknologi negara-negara Barat pada hari ini juga
adalah bukti nyata di mana sesebuah golongan manusia itu jika ilmu dan budaya ke arahnya
dimartabatkan di kedudukan yang tinggi di dalam masyarakat mereka.Zaman Yunani kuno telah
melahirkan ramai ilmuan terkenal seperti Socrates,Plato dan juga Aristotle yang banyak
mempelopori ilmu falsafah,logik serta geometri.Albert Einstein Karl Marx dan Sigmund Freud
dilihat sebagai diantara tokoh intelektual berketurunan Yahudi yang berpengaruh besar di dalam
pelbagai bidang keilmuan moden. Fenomena budaya ilmu itu mula berubah apabila agama
Kristian yang menguasai negara-negara Barat pada Zaman Pertengahan telah menyebabkan ilmu
itu sendiri telah diilhami oleh semangat sekular sekaligus mempengaruhi setiap aspek kehidupan
dan pemikiran manusia moden hari ini.

Selain itu,menurut ilmu islam pemupukan budaya ilmu di peringkat individu atau
masyarakat akan menghadapi persoalan dasar yang telah dirasai oleh dunia yang
sedang membangun dalam bidang pendidikan iaitu penanaman semula benih
pendidikan Barat. Ia mencerminkan penanaman semula yang tidak sempurna
dengan sedikit perubahan dari segi perpindahan tempat pemusatan dari penjajah
ke tempatan.Pemupukan
daripada

semua

budaya ilmu mengharuskan

sumber.

Sepanjang

sejarah

umat

kita menfaatkan
Islam,

telah

ilmu

berjaya

melaksanakan pemanfaatan ilmu daripada pelbagai sumber dalam suasana


psikologi yang kuat kerana kehebatan kedudukan ilmu dan tamadun Islam ketika
itu. Para pemikir dan ilmuan Islam sentiasa berusaha menyebatikan idea daripada
tamadun lain dengan ajaran Islam dan telah membawa hasil yang membanggakan.
Ahli falsafah seperti al-Kindi, al-Farabi, Ibn Sina dan lain-lain telah memasukkan
ajaran Islam dalam sistem falsafah mereka yang banyak diperolehi dari falsafah
Yunani.

Dalam sejarah intelektualisme Islam moden, gagasan Islamisasi ilmu adalah gagasan yang paling
hebat dan mempunyai kecemerlangan ilmu kreatif Islam masa depan. Ini adalah kerana pada
ketika itu, umat Islam tidak mampu menangani ilmu moden dengan adil terutama dari Barat yang
mempunyai kejayaan ekonomi dan teknologinya yang hebat. Islamisasi menurut Dr. Gaafar
Syeikh Idris adalah usaha terancang dan beransur-ansur yang akan menghasilkan satu
masyarakat yang berpegang teguh kepada keseluruhan ajaran Islam dalam semua aspek
kehidupan masyarakat.Pemusatan proses Islamisasi menurut beliau tidak pada politik atau
masyarakat tetapi pada akal dan diri manusia yang berkewajipan mengetahui dan bertindak
dengan adil dan hikmah. Oleh itu, Islamisasi ilmu adalah sesuatu kewajipan, fardu ain bagi
setiap cendiakawan Islam yang terlibat dalam sesuatu disiplin ilmu.

Budaya ilmu amatlah penting kerana menjadikan ilmu sebagai kebaikan utama dan asas bagi
segala kebaikan lain. Nilai ini akan melahirkan sikap memberatkan pendidikan sebagai kaedah
utama untuk menanamkan sikap memuliakan ilmu, menuntutnya dan terus menghayatinya
seumur hidup.Selain itu, di dalam masyarakat yang berbudaya ilmu,anggota masyarakatnya perlu
maklum bahawa pendidikan itu adalah proses pembelajaran sepanjang hayat iaitu dari buaian
hingga ke liang lahad.Dengan adanya budaya ilmu kita akan berfikiran lebih kritis iaitu memberi
kita keberanian untuk mencari kebenaran dengan menimba dan memperbaiki hasil pemikiran
manusia terdahulu dan semasa.Sikap hormat kepada cendiakawan tidak sepatutnya menyekat
seseorang untuk terus memperbaiki hasil pemikiran mereka.Proses syura merupakan penjelmaan
ciri budaya ilmu di mana seseorang itu tidak mampu mengetahui semua perkara yang diperlukan
untuk hidup. Oleh itu,bermusyawarah adalah diperlukan dalam hal yang berkaitan dengan
kebaikan orang ramai di samping itu ia mencerminkan umat Islam yang sebenar.
Namun begitu,terdapat beberapa cabaran dalam memupuk budaya ilmu.Antaranya ialah
masyarakat salah anggap terhadap ilmu ialah Masyarakat pada hari pula melihat aspek
pendidikan sebagai syarat untuk lulus peperiksaan sekaligus sebagai tiket untuk mendapatkan
pekerjaan yang lumayan,kurikulum yang tersedia juga kurang memberi peluang untuk para
pelajar untuk berfikir secara aktif , ilmu itu juga telah disempitkan melalui pengkhususan dan
pengelasan,ilmu tidak dapat kaitkan dengan iman dan amal serta terpinggirnya kesan ilmu
terhadap aspek akhlak Oleh itu,set minda masyarakat yang sempit yang berkemungkinan
diakibatkan oleh pelbagai aspek seperti pengaruh sekularisme atau dualisme yang diperkenalkan
oleh pentadbiran kolonial silam misalnya perlulah diubah melalui pendidikan Islam agar konsep
ilmu yang luas dapat memberi impak yang sempurna kepada masyarakat. Pengaruh berlebihan
budaya korporat dan penswastaan terhadap ilmu dan sistem pendidikan. Apabila manusia hanya

asyik memikirkan keuntungan material sahaja dengan cara memperniagakan kegiatan intelektual
secara komersial secara tidak langsung akan menyebabkan terpinggirnya budaya ilmu itu sendiri
kerana ia sudah tidak lagi diasaskan oleh konsep ibadah dan keikhlasan.
KESIMPULAN
Untuk memupuk kesedaran berbudaya ilmu di dalam masyarakat bukanlah satu impian yang
terlalu ideal atau mustahil untuk dicapai.Ini kerana melalui pengalaman sejarah silam,generasi
manusia terdahulu seperti masyarakat Yunani,China,India dan Islam sendiri pernah mencapainya
di dalam pelbagai bidang keilmuan.Kecanggihan sains dan teknologi yang didominasi oleh
negara-negara Barat dan negara Jepun moden sekarang ini adalah manifestasi dari budaya ilmu
yang disemai di dalam masyarakat merekaBudaya ilmu tidak dapat dibentuk dalam sekelip
mata.Ia mungkin memerlukan puluhan malahan ratusan tahun sebelum dapat disebatikan dalam
masyarakat.Ibn Khaldun sendiri ada menyatakan bahawa ilmu pengetahuan dan pengajaran
(talim) merupakan hal semulajadi di dalam peradaban manusia. Jadi,tidak hairanlah bilamana
tokoh itu tersebut pernah menyatakan bahawa sejarah jatuh bangun sesuatu bangsa berkaitan
dengan budaya ilmu yang dihayatinya.Walaubagaimanapun,ia perlu digerakkan secara konsisten
bermula dengan diri individu,ahli keluarga,komuniti masyarakat,intituisi pendidikan dan warga
masyarakat secara keseluruhan.