Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
وعلى آله وصحبه، والصالة والسالم على أشرف األنبياء واملرسلني، احلمدهلل رب العلمني،بسم اهلل الرمحن الرحيم
6، ويسريل أمري، رب اشرح ىل صدري،العلم لنا إال ما علّمتنا إنك أنت التواب الرحيم
َ سبحانك،أمجعني
أما بعد،واحلل عقدة من لساين يفقه قويل
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, yang dihormati barisan panel hakim
yang bertunjangkan keadilan, penjaga masa yang setia dengan waktunya, seterusnya hadirin
hadirat yang dikasihi sekalian.
Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNYa dapat kita bertemu pada pagi yang
berbahagia ini. Dalam majlis ini, saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk,
“Pengimarahan masjid membina keunggulan ummah”.
Hadirin sekalian,
Sebelum saya meneruskan syarahan saya, izinkan saya mendefinisikan kata dan frasa utama
yang menjadi tunjang syarahan yang akan saya sampaikan.
Pengimarahan…
Masjid….
Membina…
Keunggulan….
Ummah….
Justeru, dapatlah saya konklusikan tajuk syarahan saya, pengimarahan masjid membina
keunggulan ummah sebagai……………….. .
Hadirin-hadirat warga dewan yang ceria ini,
Perkara pertama yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w sebaik sahaja berhijrah ke Madinah ialah
membina masjid Quba' dan menunaikan solat jumaat di sana.Walaupun stuktur binaan masjid
Quba' di madinah tidaklah sebagaimana yang kita lihat sekarang,namun peranannya begitu
besar dalam menyatukan orang-orang islam. Tambahan pula,ia dibina diatas dasar ketakwaan
kepada allah s.w.t sebagaimana firmannya dalam surah At-Taubat ayat 108:
"Masjid itu rumah untuk orang yang bertakwa, allah s.w.t menjamin kepada orang yang
menjadikan masjid itu sebagai rumahnya (sebagai tempat kunjungan utama).Dengan roh yang
damai, rahmat dari allah yang melimpah ruah dan melepasi titian siratulmustakim untuk menuju
keredhaan allah s.w.t didalam syurga".
(Riwayat At-Tabrani)
Rasulullah s.a.w menjadikan masjid sebagai pusat aktiviti dakwah dan perhimpunan
bagi umat islam.di damping itu, masjid juga mempunyai peranan yang sangat penting dalam
membentuk peribadi seseorang muslim, supaya menjadi hamba yang taat kepada allah s.w.t
dan mempunyai hati yang suci bersih.
Melalui sinar islam,maka negara arab yang gelap gelita bertukar menjadi bumi yang dilimpahi
rahmat dan hadiah allah s.w.t. Mereka melaksanakan tugas-tugas selaku pengimarahan masjid,
dengan ibadat solat lima waktu,bertepatan dengan firman allah s.w.t:
"Hanya yang layak memakmurkan yakni menghidupkan masjid-masjid allah itu ialah orang-
orang yang beriman kepada allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan
menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada allah, dengan adanya sifat-sifat yang
tersebut, maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan orang-orang yang mendapat
petunjuk".
Masyarakat yang kasih kepada masjid dan selalu makmurkannya dengan solat-solat
berjamaah,disamping zikir dan istigfar,doa dan munajat,iktikaf dan membaca al-quran, mereka
adalah orang yang mempunyai tanda iman. Dari Abu Said al-Hadari r.a, Rasullullah s.a.w
bersabda:
"Apabila kamu melihat seorang lelaki sentiasa mengunjungi masjid,maka saksikanlah yang ia
adalah seorang yang beriman".
Mereka seperti inilah termasuk golongan orang yang bahagia diakhirat.Mereka dimuliakan oleh
allah s.w.t dengan kemuliaan yang amat besar,seperti yang dijelaskan oleh rasulullah s.a.w:
"Ada tujuh golongan manusia yang diteduhi allah s.w.t dibawah teduhannya, pada hari yang
tidak ada teduhan walau sedikitpun kecuali teduhan allah s.w.t sahaja. Imam (pemimpin) yang
adil, pemuda yang memenuhi sepanjang hidupnya dengan beribadat kepada allah s.w.t,
seorang lelaki yang hatinya bergantung kepada masjid (sentiasa ingat dan sayang kepada
allah)...........".
(Riwayat Al-Bahari)
Hadis ini memberi erti bahawa mereka sentiasa merasa sayang dan kasih kepada masjid,
hatinya selalu ingat dan cints untuk mengimarahkan masjid dengan ibadat yang disyariatkan
oleh allah s.w.t.
Dewasa ini, kedudukan masjid kita kebanyakannya tersergam dengan binaan yang indah,
dilengkapi dengan hamparan permaidani yang cantik,perekitaran dindingnya dihiasi dengan
permaidani yang cantik,persekitaran dindingnya dihiasi dengan ukiran ayat quran dan
hadis.Tetapi sayangnya,sebilangan besar daripadanya hanya dimakmurkan seminggu sekali
sahaja. Hal ini seolah-olah membayangkan status kedudukan agama islam, hanya
mengutamakan dari segi pengisian dan penghayatan, sedangkan kedua-duanya adalah
menjadi matlamat utama pembinaanya.
Hadirin sekalian,
Solat berjemaah dimasjid dituntut,kerana terlalu besar ganjaran yang dijanjikan Allah untuk
hamba yang melakukannya. Solat berjemaah di masjid akan menghasilkan natijah yang
berguna untuk diri dan ummah. Antaranya:
Penghayatan solat berjemaah,pasti mendorong kearah keadaan dimana setiap hari lima kali
orang-orang islam terutama golongan lelaki berbaris dalam satu saf yang rapi.Keadaan ini
sudah pasti melahirkan displin yang tinggi,seperti pengurusan masa, pembersihan anggota
badan dan pakaian,latihan berhimpun dan berbaris dengan rapi dan teliti.
Ibadat solat yang sekaligus melibatkan institusi masjid adalah merupakan program dan wadah
yang mengukuhkan lagi pembinaan sahsiah diri dan keluarga,yang sekaligus menyatu dan
memantapkan perpaduan serta perjuangan umat islam. Dari sinilah bermulanya titik-tolak
pergerakan mereka yang menginginkan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Oleh itu
marilah kita meningkatkan pengimarahan masjid kita supaya bertepatan dengan fungsinya yang
sebenar dan diredhai allah s.w.t.
"Nur Hidayah petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya, terutama sekali dirumah-rumah
ibadat yang diperintahkan oleh allah s.w.t, supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta
diperingat nama allahpadanya, disitu juga dikerjakan ibadat mensuci dan memuji allah pada
waktu pagi dan petang".
Bagi meneruskan kegemilangan masjid di Negara kita, ummat Islam dengan pelbagai
kepakaran perlulah memainkan peranan berikut:
4. Menyediakan prasarana, infrastruktur dan kemudahan di masjid dengan lebih menarik dan
mesra-jemaah untuk penggalakkan aktiviti pengimarahan masjid.
5. Aktiviti pengimarahan masjid perlu diperbanyakkan dan lebih berfokus agar berlaku
peningkatan jemaah sekali gus memeriahkan masjid.
6. Mempelbagaikan aktiviti pengimarahan masjid untuk menarik minat para remaja, belia dan
golongan muda agar mendekati masjid.
7. Menjalin hubungan dan jaringan dengan agensi-agensi kerajaan dan badan berkanun serta
NGO untuk sebarang aktiviti pengimarahan masjid sama ada dari sudut pengimarahan ataupun
penajaan dan penganjuran bersama.
8. Memberi sokongan dan bekerjasama dengan pihak berkepentingan untuk sebarang aktiviti
pengimarahan masjid.
Masjid juga boleh mengadakan pelbagai aktiviti pendidikan untuk memantapkan modal insan,
pembangunan sosial, menyemarakkan semangat keusahawanan, pengumpulan dana infak dan
wakaf untuk membasmi kemiskinan sama ada di peringkat kampung, daerah, wilayah dan
negeri.
Selain itu, masjid ironinya dapat merealisasikan agama Islam sebagai agama kesejahteraan
dan keharmonian sejagat tanpa mengira darjat, keturunan dan status.
Masjid juga seharusnya dipergunakan untuk kemajuan sosial, komuniti, masyarakat dan
ekonomi ummah. Imej masjid mestilah sentiasa dipelihara secara bersistematik. Inisiatif dan
kreativiti diperlukan dalam menjana usaha pengimarahan masjid. Pengurusan dana dan tabung
secara profesional, telus, cekap dan berintegriti agar dapat memantapkan kekuatan ekonomi
ummah dan mengelakkan pergantungan kepada pihak yang tidak berkaitan.
Pihak berkuasa perlu mengadakan kempen besar-besaran seperti 'Cinta Masjid', 'Jom ke
Masjid' dan 'Sayang Masjid' untuk menggalakkan kehadiran beramai-ramai ke masjid dengan
kerjasama media cetak dan media elektronik.
Masjid adalah tempat penyatuan masyarakat bukannya perbalahan dan perpecahan. Jalinan
kesatuan dan solidariti adalah tanggungjawab bersama anggota masyarakat yang
mengukuhkan hubungan silaturrahim dan setiakawan.
Di masjid jugalah persaudaraan tanpa mengenal usia dapat dijalin dengan berkesan.
Perpaduan yang dijalin adalah kerana ia perintah Allah SWT. Sikap tolong menolong dapat
mengeratkan hubungan ukhuwah sesama Islam. Budi yang ditabur akan dikenang orang dan
mendapat imbuhan daripada Allah SWT.
Natijahnya, jika kita memiliki kekuatan untuk mengimarahkan masjid dari masa ke masa, sudah
tentu ummah yang unggul dapat dilahirkan dan tidak dapat disangkal lagi, kegemilangan Islam
akan berada di persadanya!
Sebelum mengundur diri saya, ingin memetik kata-kata Imam Malek sebagai renungan kita
bersama “ Tidak akan memperolehi kejayaan ummah kemudian, melainkan mencontohi
bagaimana ummah terdahulu memperolehinya.”
Salam Permisi