Anda di halaman 1dari 4

SEJARAH PENDIDIKAN DI

MALAYSIA
Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 - Zaman
Pengukuhan

• Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan

• Pengakuan matlamat akhir Bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar


utama

• Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling Malaysia

• Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua

Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961 - Zaman


Kemaskini

• Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira

• Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur


disiplin yang diingini

• Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia

• Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional

• Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun

• Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran


keseluruhan

Ciri-ciri Laporan Kabinet 1979

• Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira

• Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur


disiplin yang diingini

• Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia

• Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional

• Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun


• Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran
keseluruhan

Rang Undang Undang Pendidikan 1995

Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan


pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi
negara.

• Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan


kebangsaan

• Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5-7 tahun

• Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan


kebangsaan

• Pendidikan teknik & politeknik dipertingkatkan

• Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta

Sistem Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah di bawah Kategori


Institusi Pendidikan Kerajaan terdiri daripada:-

(a) Pendidikan Prasekolah

• Program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam
tahun;

(b) Pendidikan Rendah

• Kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagi tempoh


enam tahun tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antara lima
hinggah tujuh tahun;

• Ia terdiri daripada Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Jenis Kebangsaan;

(c) Pendidikan Menengah

• Pendidikan yang terdiri daripada pendidikan Menengah Rendah dan


Menengah Atas;
• Pendidikan Menengah yang diadakan terdiri daripada

o Sekolah Akademik

o Sekolah Teknik dan Vokasional

o Sekolah Kebangsaan Agama

(d) Pendidikan Lepas Menengah

• Pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamat mengikuti


pendidikan menengah rendah dan menengah atas, tetapi tidak termasuk
pendidikan tinggi.

• Persekolahan di bawah Kategori Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan


pula adalah bagi Sekolah Berasrama Penuh yang ditanggungjawabkan
kepada Unit Sekolah Berasrama Penuh Bahagian Sekolah.

• Institusi pendidikan lain di peringkat persekolahan yang ditubuhkan


adalah :-

o Sekolah Pendidikan Khas yang


ditanggungjawabkan kepada Jabatan Pendidikan Khas.

o Sekolah Sukan yang ditanggungjawabkan kepada Bahagian


Sukan.

Falsafah Pendidikan Negara

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.

Sistem pendidikan di Malaysia adalah berdasarkan sistem pendidikan Inggeris. Pendidikan


Malaysia boleh didapatkan dari sekolah tanggungan kerajaan, sekolah swasta atau secara
sendiri. Sistem pendidikan dipusatkan terutamanya bagi sekolah rendah dan sekolah
menengah. Kerajaan negeri tidak berkuasa dalam kurikulum dan aspek lain pendidikan
sekolah rendah dan sekolah menengah, sebaliknya ditentukan oleh kementerian. Terdapat
peperiksaan piawai yang merupakan ciri yang biasa bagi negara-negara Asia seperti di
Singapura dan China.