Anda di halaman 1dari 26

KPT 6044

KAJIAN TINJAUAN MENGENAI KEBERKESANAN


PENGGUNAAN KONSEP PERSEKITARAN
PENGAJARAN MAYA FROG (FROG VLE) DI KALANGAN
MURID SK HAJI MAHMUD CHEMOR, PERAK.

OLEH:
IDA NORINI BINTI MAHAMAD TAJUDIN
NOMBOR MATRIK : M20121000502
KEPADA:
PROF. MADYA DR. ABD LATIF BIN GAPOR
TARIKH SERAHAN : 30 NOVEMBER 2013

ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN

ABSTRAK

1.0

PENDAHULUAN

2.0

LATAR BELAKANG

2.1

APA ITU PERSEKITARAN PEMBELAJARAN MAYA?

2.2

KONSEP DAN KOMPONEN ASAS VLE

2.3

PERBANDINGAN

2.4

APA ITU FROG VLE?

3.0

TINJAUAN ORGANISASI

10

4.0

OBJEKTIF KAJIAN

14

5.0

METODOLOGI KAJIAN

15

6.0

DAPATAN KAJIAN

7.0

16

6.1

Berapa kali dalam seminggu penggunaan aplikasi ini?

6.2

Adakah ia sesuai dalam proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah?

6.3

Apakah faedah atau kebaikan yang diperolehi ?

6.4

Apakah cabaran dan halangannya?

PERBINCANGAN
7.1

PERUBAHAN KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

7.2

APLIKASI FROG VLE DI SEKOLAH

17
20

8.0

CADANGAN

23

9.0

KESIMPULAN

24

RUJUKAN

PENGHARGAAN
Saya bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang berkenaan kerana tugasan ini dapat
disiapkan dengan jayanya. Jesteru saya ingin merakamkan setinggi-tinggi perhargaan kepada
semua pihak yang terlibat dalam membantu dan menyokong saya dalam menyiapkan tugasan ini.
Terima kasih kepada Allah yang memberikan kesihatan yang baik, masa dan kematangan fikiran
sepanjang melaksanakan kajian dan menyiapkan kajian ini dalam bentuk sebegini rupa. Jutaan
terima kasih kepada penyelia bagi kursus Kaedah Tinjauan KPT 6044 saya, Profesor Madya Dr.
Abd Latif bin Gapor atas bimbingan, teguran dan nasihat yang begitu berguna.
Penghargaan terima kasih juga diucapkan kepada guru-guru Sekolah Kebangsaan Haji Mahmod
Chemor, Perak kerana kerjasama anda dan tidak lupa juga kepada murid 4 Jaya tahun 2013 dari
Sekolah Kebangsaan Haji Mahmod Chemor, Perak yang memberi kerjasama kepada cikgu untuk
menjalankan kajian ini.
Terima kasih juga di atas sokongan ahli keluarga dan kawan-kawan atas dorongan yang diberikan
sepanjang tempoh menyiapkan kajian ini. Semoga anda mendapat rahmat dariNya. Amin.

IDA NORINI BINTI MAHAMAD TAJUDIN


NOVEMBER 2013

KAJIAN TINJAUAN MENGENAI

KEBERKESANAN
3

PENGGUNAAN

KONSEP PERSEKITARAN PENGAJARAN MAYA FROG (FROG VLE)

DI

KALANGAN MURID SK HAJI MAHMUD CHEMOR, PERAK.


Ida Norini binti Mahamad Tajudin
Fakulti Pendidikan dan Sumber Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris

ABSTRAK
Selama berdekad lamanya teknologi telah menjadi sebahagian daripada pengajaran dan
pembelajaran. Jenis teknologi dan kepentingannya terhadap proses pengajaran dan pembelajaran
telah menghadapi gelombang perubahan saban hari. Artikel ini bertujuan untuk melihat konsep
pengajaran maya atau virtual learning yang bakal mengubah cara pembelajaran murid masa kini
dan juga sedang diaplikasikan di SK Haji Mahmud Chemor, Perak serta seluruh sekolah-sekolah di
Malaysia. Artikel ini akan mengupas berkenaan dengan definisi virtual learning environment atau
persekitaran pembelajaran maya, komponen asas di dalam persekitaran pembelajaran maya, konsep
pembelajaran persekitaran maya serta perbandingan antara pembelajaran tradisional dan
pembelajaran maya. Pengkaji juga melalui teknik temubual dan pemerhatian ke atas kelas 4 Jaya
yang terdiri daripada 32 murid akan melihat kesesuaian aplikasi ini ke atas mereka, faedah dan
kebaikan yang diperolehi dengan menggunakan aplikasi ini serat cabaran dan halangan dalam
penggunaan aplikasi ini. Kajian ini turut menyentuh cadangan boleh dipertimbangkan oleh
kepimpinan sekolah dalam usaha untuk membangunkan dasar menyeluruh sekolah bagi tujuan
pelaksanaan VLE. Ia juga memberikan rasional kenapa pembelajaran maya perlu dilaksanakan di
sekolah-sekolah di Malaysia. Antara contoh aplikasi yang sedang diaplikasikan di sekolah-sekolah
di Malaysia ialah Frog VLE yang bakal membuka minda orang ramai mengenai cara pembelajaran
maya di dalam mempertingkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kajian
ini akan menerangkan tentang aplikasi Frog VLE ini dan diharap kaedah ini dapat diperluaskan
lagi di sekolah-sekolah agar ia dapat menyaingi perubah-perubahan pendidikan masa kini.

1.0

PENDAHULUAN

Sejak kemunculan teknologi internet, ianya telah mengubah corak hidup komuniti dan
masyarakat di seluruh dunia dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, ekonomi, politik, sosial
dan sebagainya. Penggunaan internet terus berkembang dari masa ke semasa. Di antara bidang
yang turut berkembang dalam era internet ini ialah pembelajaran maya (virtual learning). Zaman
teknologi maklumat dalam bidang pendidikan ini berkembang pesat selari dengan era
globalisasinya. Ledakan teknologi dan perkembangan komunikasi menyebabkan wujudnya
pelbagai konsep yang dihasilkan oleh banyak pihak yang boleh dimanfaatkan oleh warga
pendidikan. Ini memberi impak yang besar kepada pendidikan masa kini khususnya sekolah
dalam membantu meningkatkan prestasi kecemerlangan pelajar.
Menurut KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012), setiap murid perlu mempunyai
akses kepada pendidikan berkualiti dan teknologi yang mencorak dunia masa kini, Sejajar dengan
itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah bekerjasama dengan 1BestariNet memperkenalkan Frog
Virtual Learning Environment atau Frog VLE dan memperluaskan teknologi ini untuk
meningkatkan tahap pendidikan dan melengkapkan murid dengan kemahiran sewajarnya.
Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama YTL Communications juga telah menyediakan
Internet 4G tanpa wayar berkelajuan tinggi berserta Frog VLE yang efektif ke semua sekolah di
seluruh Malaysia.
Perkembangan baru ini telah mewujudkan persekitaran pembelajaran baru yang lebih
fleksibel dari segi masa, tempat, kaedah dan bahan pembelajaran (Abu Bakar Nordin, 1991).
Oleh yang demikian, tidak hairanlah di dalam sistem pendidikan pada hari ini menekankan
pelajar dan juga warga pendidiknya supaya celik IT. Justeru, pada hari ini setiap sekolah di
Malaysia perlu menggunakan aplikasi FROG VLE ini bagi tujuan memudahkan sistem PdP
(Pengajaran dan Pembelajaran) di dalam bilik atau di luar waktu persekolahan.
Aplikasi ini boleh didefinisikan sebagai pintu gerbang (Ismail Din, 2003). Ia adalah
pusat sehenti atau one stop center di mana pelajar boleh mendapatkan pelbagai bahan dan
maklumat yang dikehendaki. Ia juga dirujuk kepada aplikasi e-pembelajaran dan pengajaran
atau dikenali pembelajaran elektronik yang berasaskan web. Ia juga merupakan perkembangan
5

teknologi maklumat dan komunikasi yang membawa satu senario pembelajaran yang
mempunyai pelbagai aspek seperti perkongsian maklumat, interaktif , kandungan terkini dan kos
interaktif.
2.0

LATAR BELAKANG
2.1

APA

ITU

PERSEKITARAN

PEMBELAJARAN

MAYA/

VIRTUAL

LEARNING ENVIRONMENT (VLE)?


Di Malaysia, pembelajaran maya bagi murid sekolah rendah adalah satu konsep
pembelajaran yang baru tetapi di negara lain contohnya seperti di United Kingdom, Ireland,
Amerika Syarikat, Hong Kong dan Singapura ia sudah lama bertapak dan diamalkan.
Menurut Rheingold (2004), persekitaran pembelajaran maya adalah berasaskan internet,
yang dibina untuk menghubungkan ahli-ahli komuniti dan membolehkan mereka
berbincang, berkerjasama dalam melakukan tugasan atau projek. Semua ahli komuniti yang
terlibat dalam persekitaran pembelajaran maya mesti ada komputer dan boleh mengakses
secara talian (on-line) dari mana-mana tempat. Ahli komuniti boleh terlibat secara aktif
seperti bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan pada masa hadapan, berkongsi
pandangan dalam perlaksanaan polisi tertentu atau berbincang tentang perkembangan
tugasan mereka.
Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) bagaikan sebuah bilik darjah online dan
ruang sosial di sekolah dan juga sebagai adalah sistem pembelajaran berteras laman web
yang menyerupai pendidikan dunia realiti dengan menyatukan konsep maya dalam
pendidikan konvensional. Ia mempunyai kalendar, laman sembang atau ruang forum
(social network), ruang kerja (shared workspace) dan ruang penilaian (online assessment).
Sebagai contoh, guru-guru boleh mengajar, menjalankan ujian dan menyemak kerja sekolah
secara maya manakala pelajar boleh menghantar kerja sekolah dan melihat markah melalui
VLE. Ibu bapa boleh berinteraksi dengan guru-guru, dan pihak sekolah boleh mengemas
kini kalendar aktiviti sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. VLE boleh diakses
pada bila-bila masa, di mana saja adanya capaian Internet.

Seterusnya Rheingold (2004), menyatakan bahawa di dalam persekitaran


pembelajaran maya mestilah memberikan peluang yang banyak kepada setiap ahli
komuniti, untuk mengakses bahan-bahan perbengkelan dan maklumat yang berkaitan
dengan tajuk yang diberikan. Dokumen-dokumen seperti bahan persembahan, artikel dan
juga senarai tambahan sumber yang boleh diperolehi secara on-line dari laman-laman web
lain harus disertakan.
Pembelajaran maya seharusnya berlaku seperti pembelajaran biasa, di mana berlaku
komunikasi dua hala di antara guru dengan murid dan di antara murid dengan murid yang
lain. Namun yang membezakan ialah mereka tidak bertemu secara bersemuka tetapi
bertemu di ruang maya. Seterusnya, di dalam pembelajaran maya juga ada proses
pemantauan dan penilaian.
Pembelajaran seharusnya tidak berlaku hanya sehala sahaja iaitu pengajar
memberikan bahan-bahan pengajaran dan pelajar menerima serta meluahkan semula
melalui peperiksaan. Pembelajaran maya seharusnya lebih berfokuskan pelajar, di mana
pelajar secara aktif menyelesaikan segala permasalahan yang diberikan melalui penerokaan,
perbincangan dan berfikir pada tahap tinggi.
2.2 KONSEP

DAN

KOMPONEN

ASAS

BAGI

PEMBELAJARAN MAYA

AKSES INTERNET

GURU

PERSEKITARAN

MURI
D

Terdapat tiga komponen asas di dalam persekitaran pembelajaran maya iaitu;

Sumber Bahan : Ahli komuniti atau peserta boleh mendapatkan maklumat dengan
membaca melalui sumber pembelajaran yang di muat naik (uploaded) kepada
persekitaran pembelajaran maya tersebut. Secara mudah, semua bahan yang
diperlukan dalam perbengkelan atau perbincangan boleh diperolehi dan dibuat
penilaian dengan mudah.

Perhubungan: Persekitaran Pembelajaran Maya menyediakan peralatan yang


membolehkan perserta mendaftarkan diri untuk membimbing di antara satu sama
lain dan untuk bertukar-tukar pendapat serta pandangan secara on-line. Peserta
boleh menghantar dokumen, dan ahli yang lain boleh memberikan maklum balas
melalui perbincangan dan sebagainya. Oleh itu peralatan seperti, Bulletin Board, EMail, File Sharing, Discussion Forum atau Kelas Maya adalah diperlukan. Alat
komunikasi tersebut seharusnya berfungsi seperti pertemuan secara semuka di
dalam persekitaran pembelajaran tradisional.

Fungsi Pentadbiran: Pendaftaran peserta adalah diperlukan untuk peserta


menghantar maklumat tentang pengenalan mereka dan tugasan serta membolehkan
mereka melihat dan menguruskan maklumat orang lain yang menyertai
pembelajaran tersebut.

2.3

PERBANDINGAN

ANTARA

PENGAJARAN

TRADISIONAL

DAN

PENGAJARAN MAYA
Di dalam kelas tradisional, suasana pembelajaran adalah berpusatkan guru. Guru
dianggap sebagai orang yang serba tahu untuk menyalurkan ilmu pengetahuan kepada
muridnya. Modul pengajaran hanya bergantung kepada buku teks dan pengetahuan murid
terbatas setakat kandungan dalam buku teks sahaja. Selain itu, sekiranya murid tidak faham
di dalam kelas dan malu bertanya maka murid tersebut akan kekal tidak memahami isi

pelajaran yang diajar. Perhatian guru kurang dapat diberikan secara individu kerana
bilangan murid yang ramai di dalam kelas. Jika kelas dipecahkan, bilangan guru perlu
ditambah. Penyampaian isi pelajaran bergantung kepada guru untuk mewujudkan
persekitaran belajar yang menarik dan menyeronokkan. Pengajaran & pembelajaran hanya
dijalankan secara formal iaitu di dalam bilik darjah.
Di dalam pembelajaran maya fokus utamanya adalah murid. Suasana pembelajaran
ini akan memaksa pelajar menjadi berdikari dan lebih aktif dalam pembelajarannya kerana
murid boleh berbincang dengan guru atau rakan mereka secara maya. Pelajar tidak perlu
rasa malu untuk mengulangi tajuk pembelajaran yang sama untuk mencapai tahap kepuasan
pemahaman mereka sebelum beralih ke tajuk pelajaran yang lain. Selain itu, masa lebih
fleksibel dan kurang tekanan kerana ianya boleh dilakukan di mana sahaja asalkan ada
kemudahan komputer dan internet.

2.4

APA ITU FROG VLE?


Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet. Frog mempunyai fungsi

sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah. Kemudahan ini dibangunkan
secara berperingkat mulai Disember 2011 dan semua sekolah rendah kerajaan dijangka
menerima akses Internet dan VLE pada pertengahan tahun 2013. VLE yang telah
dilancarkan pada Mac 2012 ini akan terus dilakukan secara berperingkat. Setiap sekolah
akan diberi akses VLE selepas latihan dijalankan kepada setiap guru dan seterusnya kepada
murid.
Banyak sekolah-sekolah di negara maju telah mengaplikasikan Frog VLE ini di
dalam pentadbiran dan pengajaran sekolah mereka. Aplikasi ini juga menjadi pemenang
untuk Education Investor Awards 2012 bagi aplikasi pembelajaran maya terbaik pada
tahun ini. Sekolah-sekolah ini dipanggil 'model technology schools' seperti Grove Junior
and Infant School di Handsworth, UK di mana pengajaran dan pembelajaran maya telah
dijalankan dengan jayanya untuk matapelajaran bahasa dan matapelajaran lain-lainya.
Sekolah-sekolah ini menjalankan pengajaran dan pembelajaran berbentuk maya telah
9

menjadi ikutan dan dipraktikan oleh sekolah lain. Di dalam sistem pendidikan di negara
kita pengajaran dan pembelajaran maya ini baru mula dipraktikkan. Frog VLE adalah
platform berteras cloud yang fleksibel dan boleh diakses di mana-mana jua dari luar
kawasan sekolah juga. Fail dan data yang disimpan di cloud boleh diakses dimana-mana
sahaja dan bila-bila masa dengan capaian Internet.
3.0

TINJAUAN ORGANISASI
Kajian tinjauan yang dipilih adalah di sebuah sekolah iaitu SK Haji Mahmud Chemor,

Perak atau lebih dikenali sebagai SKHMC. Seramai 32 orang pelajar dari kelas 4 Jaya iaitu kelas
pertengahan yang terdiri dari 30 orang murid Melayu dan 2 orang murid India. Sekolah ini juga
telah menetapkan misi dan visi untuk meningkatkan kecemerlangan dan antaranya adalah
peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Salah satu usaha yang dijalankan untuk
peningkatan kualiti ini adalah dengan melihat keberkesanan aplikasi laman web interaktif
iaitu FROG VLE di kalangan murid 4 Jaya SK Haji Mahmud Chemor,
Saya telah meminta murid untuk membina dashboard mereka sendiri di dalam aplikasi
FROG VLE. Saya juga telah memberi latihan ke dalam laman web interaktif FROG VLE ini
untuk menghubungkan guru dan murid secara maya. Di sini, guru menyediakan nota serta
soalan dan murid menjalankan latihan secara maya atau online pada bila-bila masa. Di samping
itu, murid boleh berinteraksi dengan guru secara langsung di dalam aplikasi ini. Aplikasi ini
secara tidak langsung memberi satu era baru dalam meningkatkan percambahan minda pelajar
yang tidak terhad kepada bacaan buku semata dalam menajam ilmu pengetahuan bagi menjana
daya intektual mereka.

Sebelum memulakan aplikasi ini, pelajar diberi ID log masuk (password) peribadi sendiri
dan akses percuma ke VLE setiap kali log masuk ke Frog VLE. Mereka akan mendaftar di laman
web FROG VLE yang telah didaftarkan oleh sekolah. Bagi sekolah SK Haji Mahmud Chemor,

10

alamat laman web FROG VLE ialah http://aba2008.1bestarinet.net. Selepas pendaftaran, murid
akan mempunyai laman sendiri atau My Dashboard iaitu halaman pertama yang akan ditemui
selepas log masuk ke dalam Frog VLE.

Halaman ini boleh diubahsuai untuk memaparkan kalendar sekolah, RSS Feeds, atau
notifikasi. Murid boleh menggunakan Widgets untuk mengubah rupa dan kandungan Dashboard
11

mengikut kesesuaian di mana murid boleh memilih senarai yang ada untuk menetapkan
latarbelakang Frog VLE atau memuat naik imej sendiri.
Sekolah-sekolah akan dilengkapi dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan
pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pengurusan pentadbiran dijalankan di Internet
menerusi Frog VLE. Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai Frog
VLE ini juga ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran
dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah
maya. Terdapat 16 pautan dalam ruangan utama Frog VLE seperti:
Assignments

School Dashboard

Booking Calendar

Community

Department Sites

Lesson Resources

Frogstore

Forums

The Pond

School Documents

My Documents

Sites

E-Mail

Resource Manager

My Dashboard

12

Calendar

Guru boleh mengakses segala-galanya yang mereka perlukan dalam sehari dengan beberapa
klik sahaja di mana Frog VLE ini menghubungkan semua sistem sekolah bersama-sama. Sekolahsekolah akan dilengkapi capaian Internet, membolehkan akses ke VLE yang bertaraf dunia. Ini
merupakan sumbangan progresif ke arah pendidikan berteras teknologi Internet untuk pengajaran
dan pembelajaran berkesan serta memudahkan pengurusan pentadbiran sekolah. Walaupun murid
secara mudahnya dapat mengakses maklumat dari internet, tetapi kandungan Internet juga ditapis
secara terus di sekolah bagi menggalakkan persekitaran pembelajaran selamat, di mana akses
murid ke laman web berunsur negatif akan disekat. Hanya laman web ilmiah yang disahkan oleh
KPM akan disenarai putih dan dibenarkan melepasi tapisan kandungan.

13

4.0

OBJEKTIF KAJIAN
Pembelajaran maya membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan
lebih berkesan. Bahan pengajaran dan pembelajaran yang dirancang, disediakan secara
profesional dan baik dengan mengunakan ciri-ciri multimedia yang berupaya
menyampaikan isi pelajaran dengan berkesan dan menarik. SK Haji Mahmud Chemor,
Perak menetapkan beberapa objektif dalam pelaksanaan aplikasi FROG VLE ini.
Antaranya ialah:
a. Meningkatkan kemahiran ICT di kalangan guru-guru.
b. Mewujudkan minat di kalangan guru dalam bidang ICT melalui penyampaian
dalam laman sesawang antara sekolah dan ibu bapa.
c. Meningkatkan pengajaran dan pembelajaran dua hala di luar dan di dalam waktu
persekolahan antara guru, murid dan ibu bapa.

5.0

METODOLOGI KAJIAN
14

Di dalam kajian ini, kaedah yang digunakan adalah secara temubual dan pemerhatian.
Temubual dibuat dengan 32 orang pelajar dari 4 Jaya di Haji Mahmud Chemor, Perak.
Berdasarkan kepada temubual dan pemerhatian tersebut, kajian ini menumpukan kepada
beberapa persoalan.
1. Berapa kali dalam seminggu penggunaan laman aplikasi ini?
2. Adakah ia sesuai dalam proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah ini?
3. Apakah faedah atau kebaikan yang diperolehi dengan menggunakan aplikasi ini?
4. Apakah cabaran dan halangan dalam penggunaan aplikasi ini?

6.0

DAPATAN KAJIAN
6.1

Berapa kali dalam seminggu penggunaan aplikasi ini?


Tinjauan mendapati bahawa pelajar

jarang menggunakan aplikasi

ini

memandangkan jumlah minit matapelajaran yang lain menghadkan kekerapan mereka ke


makmal komputer. Kesemua daripada murid ini iaitu sebanyak 100% sangat suka ke
makmal komputer kerana mereka dapat satu suasana pembelajaran yang baru. Daripada
pemerhatian guru juga, murid sangat teruja apabila dapat memasuki makmal komputer
dan menggunakan aplikasi ini.
Selain itu juga kekurangan alatan komputer juga adalah faktor yang
menyebabkan pelajar

jarang

menggunakannya. Hanya sebanyak 40 biji komputer

sahaja di SK Haji Mahmud Chemor iaitu 20 komputer dari makmal A dan 20 komputer
lagi di makmal B. 95 % daripada murid ini menyatakan bahawa mereka akan memasuki
makmal komputer hanya 2 minggu sekali dan 5% lagi seminggu sekali. Ini kerana guru
mendapati 5% dari 32 orang murid ini adalah ahli Kelab Komputer. Mereka terpaksa
menunggu giliran mereka untuk memasuki makmal komputer tersebut memandangkan

15

terdapat murid yang ramai di SK Haji Mahmud Chemor iaitu sebanyak 745 orang murid
di sesi pagi.
Bagi mengakses

aplikasi FROG VLE ini,

murid hanya tertumpu di sekolah

dan waktu sesi persekolahan sahaja. Ini adalah di sebabkan sebilangan murid akan
menggunakan jaringan internet YES di sekolah untuk mengakses aplikasi FROG VLE.
Sebilangan besar keluarga murid di SK Haji Mahmud Chemor mempunyai pendapatan
perkapita tahunan yang sederhana dan rendah. Justeru untuk melanggan talian internet
yang mempunyai pelbagai pakej menjadi beban kepada sara hidup mereka. Maka yang
demikian murid hanya boleh tertumpu di pusat-pusat siber dengan waktu yang terhad
untuk menggunakan rangkaian internet di luar waktu sekolah dengan kos yang murah
bagi mereka.
6.2

Adakah ia sesuai dalam proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah?


Keseluruhan 32 orang dari murid 4 Jaya ini amat bersetuju bahawa penggunaan

aplikasi ini amat sesuai dalam proses pembelajaran dan pengajaran selari dengan
perkembangan teknologi maklumat yang semakin canggih. Malah mereka berharap
penggunaannya dapat diperluaskan dan dikemaskini agar lebih menarik, efisen dan
mudah guna.
6.3

Apakah faedah atau kebaikan yang diperolehi dengan menggunakan


aplikasi ini?
Antara kebaikan aplikasi ini kepada pelajar ialah pelajar boleh membuat latihan

yang diberikan melalui online di rumah. Pembelajaran di dalam kelas terikat dengan
waktu yang singkat menyebabkan pelajar menjalankan proses pembelajaran dengan
memahami apa yang hendak disampaikan oleh guru. Oleh itu penggunaan aplikasi
ini dapat memudahkan pelajar membuat latihan mereka selepas waktu pembelajaran.
Murid juga dapat meningkakan kemahiran menggunakan pembelajaran secara
online/maya serta menjadikan pembelajaran itu sesuatu yang menyeronokkan. Di
16

samping itu, murid dapat mengetahui perkembangan semasa di dalam PdP yang dimuat
naik oleh guru walaupun semasa cuti sekolah. Murid juga boleh menyumbang dan
berkongsi idea dan ilmu kepada rakan yang lain sebagai bentuk komunikasi dua hala
melalui perkongsian ilmu ini.
Secara tidak langsung, aplikasi ini akan dijadikan sebagai satu aplikasi rekreasi
minda yang berfaedah dalam

pautan dan jaringan aplikasi ilmiah lain. Murid juga

berpeluang untuk meluahkan kreativiti mereka dalam membina laman web yang
interaktif dan menarik.

6.4

Apakah cabaran dan halangan dalam penggunaan aplikasi ini?


Pembinaan dan pemacuan aplikasi ini adalah bertujuan untuk memudahkan

murid dalam merasai suatu pembelajaran yang baru. Akan tetapi sebilangan besar murid
tidak mahu mengambil kesempatan kemudahan ini untuk meningkatkan daya
intelektual mereka. Sikap malas dan ingin mencuba untuk memajukan diri dalam bidang
ilmu adalah antara faktor portal ini tidak dilawati dan di manfaatkan. Walaupun guru
telah mewarwarkan kewujudan aplikasi ini, hanya sebahagian sahaja yang berminat
untuk memanfaatkannya dan sebahagian yang lain memandangnya sepi.
7.0

PERBINCANGAN
7.1

PERUBAHAN KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI


SEKOLAH
Pengajaran secara maya ini akan mengubah secara keseluruhannya pengkaedahan

pengajaran di sekolah. Pengajaran dan pembelajaran bagi setiap subjek di sekolah dapat
dipraktikkan secara interaktif dan koloboratif, bentuk pengajaran akan dapat
menghasilkan pelajar yang sentiasa melakukan eksperimen, mengaplikasi pengetahuan
dan pengalaman serta dapat membuka fikiran secara kreatif dan kritis. Faktor-faktor yang

17

mengalami perubahan apabila pengajaran maya ini diaplikasikan di dalam pengajaran di


sekolah adalah seperti berikut:

Faktor pertama ialah bentuk interaksi. Pengajaran secara maya akan dapat
membantu interaksi pelajar lebih interaktif dan spontan. Soalan-soalan yang
terkandung di dalam perisian-perisian kursus dan melalui talian internet
mempunyai maklumbalas yang tepat dan cepat. Ini kerana, murid boleh membuat
perbincangan dengan guru dan rakan tanpa perlu menunggu keesokan harinya
untuk bertanya.

Faktor kedua ialah bentuk bahan pengajaran dan pembelajaran boleh


diprogramkan di dalam bentuk multimedia. Bahan maklumat disampaikan
secara data, teks, imej, video, animasi, bunyi, dan suara. Kemudahan multimedia
ini membuatkan teks yang dibaca lebih menghiburkan dan seronok kerana ianya
disampaikan dengan animasi dan bunyi. Kaedah ini membantu situasi pengajaran
dan pembelajaran lebih berkesan dan hidup. Penerangan sesuatu konsep, prinsip,
dan fakta dapat dilakukan dengan lebih mudah, berkesan, dan menarik dengan
kemudahan multimedia. Penggunaan teknologi maklumat dapat membantu
membawa alam kehidupan ke dalam bilik darjah dan menjadikan proses
pembelajaran lebih realistik. Guru-guru dan pelajar juga didedahkan kepada satu
himpunan ilmu yang boleh dimanfaatkan untuk pendidikan.

Faktor ketiga ialah aktiviti kelas lebih berpusatkan kepada pelajar. Setiap
pelajar dapat mengimbangi pembelajaran masing-masing dari kecepatan,
kemahiran, tahap eksperimen dan tahap latihan. Dari segi kecepatan, pelajar boleh
melambatkan atau mempercepatkan pelajaran sesuai dengan tahap kefahaman dan
kelajuan pembelajaran masing-masing. Dari segi kemahiran, pelajar boleh
memilih pelajaran sesuai dengan tahap kemahiran mereka iaitu asas, pertengahan
atau pengukuhan dan pengkayaan (mahir). Pelajar yang mahir mungkin tidak
perlu melaku latihan peringkat asas dan terus melakukan latihan di peringkat
pengukuhan dan pengkayaan. Begitu juga sebaliknya pelajar yang lemah perlu
menumpukan latihan di peringkat asas. Dari segi latihan pula, pelajar boleh
18

membuat latihan berulang kali atau membuat cubaan menjawab berulang-ulang


tanpa merasa malu dan rendah diri jika membuat kesilapan. Pelajaran yang
diulang-ulang juga tidak berubah dari segi mutu penyampaiannya.

Faktor keempat ialah cara pembelajaran boleh dijalankan di dalam bentuk


pembelajaran kendiri. Pembelajaran yang menggunakan kaedah teknologi
maklumat akan menjadikan sesi pembelajaran boleh dijalankan di mana-mana
sahaja dan tidak tertumpu di dalam kelas yang formal atau di dalam makmal
komputer. Pelajar boleh mengikuti pelajaran di rumah, di perpustakaan atau di
tempat-tempat lain yang menyediakan perkakasan yang sesuai dan talian internet
di dalam suasana yang kondusif untuk pembelajran mereka. Waktu pembelajaran
juga tidak terbatas. Dominasi guru dapat dikurangkan dan ini akan membantu
pelajar-pelajar yang malu untuk berinteraksi dan memberi maklum balas di dalam
kelas akan merasa lebih selesa berbuat demikian dengan komputer.

Faktor kelima ialah dari segi pengurusan kelas. Penggunaan teknologi


maklumat membolehkan interaksi pelajar dan guru berlaku samada di luar bilik
darjah dan di luar waktu pengajaran. Pelajar, guru, dan pentadbir sekolah boleh
berinteraksi dengan mudah dan selesa melalui penggunaan internet di waktu
sekolah dan di luar sekolah. Di bidang pentadbiran, pentadbiran sekolah boleh
mengendalikan maklumat dan aktiviti guru serta pelajar melalui komputer dengan
lebih cekap untuk membantu pengajaran dan pembelajaran.

Justeru itu, guru-guru adalah perlu lebih peka dan sentiasa bersedia untuk menggunakan
teknologi maklumat ini supaya tidak ketinggalan dengan era baru pendidikan ini. Guruguru juga harus berani dalam menggunakan aplikasi pembelajaran maya ini yang
sedang diperkenalkan ini agar pengajaran dan pembelajaran dapat berkembang dan
bergerak searah dengan perkembangan teknologi maklumat ini.

19

7.2

APLIKASI FROG VLE DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


DI SEKOLAH RENDAH
Frog VLE yang merupakan satu teknologi pembelajaran maya dipercayai amat

berpotensi untuk digunakan secara meluas dalam pengajaran dan pembelajaran.Berikut


merupakan fungsi pautan-pautan yang terdapat dalam Frog VLE untuk diaplikasikan oleh
murid dan guru :
Aplikasi Assignments membenarkan guru memberi, menyemak, mengulas, dan
mengubah tugasan telah sediakan kepada murid. Setelah satu Site untuk tugasan telah
dihasilkan, ia dapat dihantar kepada murid sebagai tugasan melalui proses yang mudah.
Guru boleh memberi kerja rumah kepada murid secara individu ataupun berkumpulan
dan mengikut tahap murid tersebut. Ini memberikan murid bantuan yang berterusan yang
dapat memastikan kualiti tugasan yang lebih baik. Apabila murid sudah menyiapkan dan
menghantar tugasan, ia akan dipulangkan ke kawasan Assignments supaya guru boleh
menyemak dan memberi komen serta markah. Murid tidak perlu untuk menunggu pada
keesokan harinya untuk menghantar tugasan kepada guru. Sebagai contoh, jika guru
Bahasa Inggeris telah mengajar grammar di sekolah dan memberi tugasan untuk
disiapkan, murid boleh mengulangkaji topik tersebut dan menyiapkan tugasan apabila
sekembalinya mereka ke rumah.
Walaupun murid tersebut berada di luar kawasan rumah, murid tetap akan dapat
mengulangkaji topik tersebut tanpa perlu bersusah payah untuk membawa buku rujukan
mereka ke mana-mana. Jika terdapat permasalahan bagi topik tersebut, murid boleh
berbincang dengan guru mahupun rakan-rakan secara maya. Selain daripada itu, murid
juga dapat menyiapkan kerja rumah yang diberikan dengan hanya melalui Frog VLE
sahaja. Perhubungan ini boleh membantu murid menyelesaikan masalah dengan mudah
dan pantas yang secara tidak langsung akan meningkatkan gred bagi subjek Bahasa
Inggeris. Mengikut kajian di United Kingdom, Frog VLE ini dapat meningkatkan gred
kerana murid boleh belajar mengikut jadual mereka sendiri di rumah.

20

Calendar membolehkan murid dan guru mengurus semua aktiviti mereka. Pihak
pentadbir dan guru serta murid boleh berkongsi kalendar dengan rakan-rakan dan guruguru mereka di mana ia boleh dihasil dan dikongsikan secara umum atau tertutup.
Contohnya, sebarang informasi tentang aktiviti persatuan dan kelab seperti Persatuan
Doktor Muda atau Kelab Komputer akan dimasukkan ke dalam kalendar oleh pihak
pentadbir dan guru. Sebarang perubahan tentang lokasi perjumpaan dan nota boleh
dimaklumkan dengan segera.
Booking Calendar pula membenarkan guru untuk menempah sebagai contoh makmal
sains, makmal komputer atau pusat sumber sekolah. Sekiranya tempahan makmal atau
pusat sumber telah dibuat, Frog VLE tidak akan membenarkan pengguna lain menempah
tempat tersebut pada masa dan tarikh yang sama. Ini memudahkan guru untuk merancang
pengajaran dan masa mereka ke tempat-tempat tersebut.
Community Site adalah satu portal yang berdasarkan konsep berkumpulan di mana guruguru boleh mendapatkan soalan-soalan lazim, dokumentasi dan video berkaitan
pendidikan. Community Site ini memudahkan guru mencari maklumat dan video untuk
mengajar topik yang agak sukar dan memerlukan penerangan yang terperinci. Ia juga
mempunyai ruangan forum untuk guru membincangkan isu-isu semasa yang berkaitan
subjek ini. Para guru boleh mencari kumpulan dan menyertai mana-mana kumpulan di
dalam dan luar negara yang menggunakan Frog VLE yang dipaparkan pada hasil carian.
Secara tidak langsung guru boleh berbincang dan melihat bagaimana subjek-subjek yang
diajar guru diajar di sekolah di negara lain.
Department Site atau Laman Bidang memaparkan notis aluan, carta organisasi, markah
peperiksaan, dan notis-notis lain yang berkaitan. Murid juga boleh mendapatkan
maklumat berkaitan seperti maklumat kurikulum, galeri video, laman profil guru,
panduan ulangkaji, soalan tahun lepas dan lain-lain di dalam Laman Bidang.
Fail-fail dalam Lesson Resources mengandungi semua sumber pengajaran dan
pembelajaran untuk sekolah. Fail yang digunakan guru semasa pengajaran akan dimuat
21

naik ke dalam Lesson Resources. Ruangan ini juga boleh digunakan untuk memberi akses
kepada sumber-sumber tertentu kepada guru-guru yang lain. Dokumen-dokumen ini
terdiri daripada fail dengan format zip, MS Word, Excel, PDF, video MP4 atau fail audio.
Frog Store adalah stor dalam talian yang mengandungi aplikasi dan sumber untuk
digunakan dalam VLE. Pengguna Frog VLE boleh mencari kandungan seperti imej dan
video untuk digunakan dalam Site.
Forums memaparkan forum sekolah atau maklumat tentang hal berkaitan pendidikan
yang dihantar oleh pihak pentadbir kepada para guru dan pelajar. Setiap maklumat
mempunyai tarikh yang membolehkan guru menyemak topik perbincangan dan
mengetahui individu mana yang memberi sumbangan kepada topik tersebut. Pencipta
forum dapat mengawal semua topik, akses dan tetapan.
The Pond yang ditubuhkan khusus untuk murid ini membolehkan murid berkongsi idea
yang hebat bersama dengan pengguna Frog VLE yang lain. Segala tip dan idea untuk
menggunakan Frog VLE dengan berkesan boleh didapati dari The Pond.
Ruangan Documents pula adalah ruangan untuk murid menyimpan segala fail dan nota
bagi subjek Sains dan Teknologi. Ini memudahkan murid untuk mencapai nota dan
sumber pembelajaran mereka terutamanya jika mereka hendak membuat ulangkaji atau
rujukan.
Sites adalah halaman-halaman yang telah dihasilkan di dalam VLE oleh pencipta laman
Frog VLE. Laman-laman ini boleh diberi tag dengan memilih kata kunci untuk
membolehkan pencarian dengan mudah dan untuk memudahkan pembahagian kategori.
Laman yang dihasilkan akan disenaraikan di bahagian My Sites pada Resource Manager.
Laman yang mempunyai tag nama mata pelajaran yang spesifik akan muncul dalam
kategori Subject Sites. Guru dan murid boleh melihat sebarang maklumat tentang subjek
di dalam Subject Sites yang dimasukkan oleh pencipta laman.

22

Setiap pengguna yang memiliki akaun Frog VLE mempunyai akses ke emel sendiri. Emel
boleh dihantar dan diterima ke pengguna lain, bukan sahaja antara di sekolah tetapi di
mana-mana sahaja. Guru dan murid boleh berkomunikasi dan menghantar fail secara
peribadi melalui e-mail. Sekiranya murid ingin menghubungi guru mengenai tugasan
misalnya, untuk pemahaman lanjut berkenaan dengan tugasan atau memohon supaya
guru memberi lebih masa, pelajar boleh menghantar emel kepada guru.
Aspek rangkaian sosial platform pembelajaran ini

membolehkan guru-guru untuk

berkongsi sumber dengan murid mereka dari rumah. Jika pelajar mempunyai soalan
mengenai kerja rumah mereka, mereka boleh menghantar mesej kepada guru mereka
dalam persekitaran yang selamat dan terjamin. Murid yang tidak sentiasa mempunyai
keyakinan untuk bercakap di dalam kelas dan bertanya soalan boleh berbual kepada guruguru melalui Frog VLE. Penglibatan aktif dan interaksi adalah merupakan elemen yang
penting dalam pembelajaran berkesan (Heinich et al.,2000).

8.0

CADANGAN
Beberapa langkah boleh dipertimbangkan oleh kepimpinan sekolah dalam usaha untuk

membangunkan dasar menyeluruh sekolah bagi tujuan pelaksanaan VLE.

Pertama, pentadbir sekolah perlu jelas tentang matlamat pelaksanaan persekitaran


pembelajaran maya. Matlamat tersebut mestilah praktikal yang boleh dicapai dan
boleh mengatasi masalah berhubung pembelajaran dan pengajaran.

Kedua, pelan pelaksanaan yang melibatkan kesemua warga, aktiviti, dan ibu bapa
perlu dibangunkan.

Ketiga, program peningkatan kemahiran perlu diatur untuk memastikan bukan


guru yang berminat dan berkemahiran sahaja yang aktif dalam pelaksanaan.

23

Keempat, pemantauan perlu dijalankan. Perlantikan pasukan yang boleh


membantu dalam strategi pemantauan adalah mustahak agar pentadbir mendapat
sokongan dan maklumbalas dari pengguna.

Kelima, maklumbalas berhubung pelaksanaan patut dikumpulkan dan dinilai bagi


tujuan pembaikan.

Keenam, menilai semula pelan berdasarkan maklumbalas dan memperbaiki


strategi pelaksanaan.

Jelas sekali, peranan kepimpinan sekolah adalah penting dalam memastikan kejayaan
dasar menyeluruh sekolah bagi program persekitan pembelajaran maya.

9.0

KESIMPULAN
Pengajaran Maya dapat menyediakan suasana pembelajaran yang kaya media, interaktif,

menyokong pembelajaran pengalaman dan dapat memautkan pelajar dengan konteks


pembelajaran. Persekitaran pembelajaran maya menawarkan lebih banyak kelebihan berbanding
teknologi multimedia lain seperti video. Perkembangan teknologi maklumat yang membolehkan
lebih banyak komputer dipasang di sekolah mewujudkan suasana kondusif untuk
mengintegrasikan realiti maya dalam pembelajaran. Penyediaan kemudahan Internet dan
rangkaian tanpa wayar meningkatkan ruang dan peluang penerapan realiti maya dalam
pembelajaran.
Persekitaran

Pembelajaran

Maya

(VLE)

menawarkan

sekolah

beberapa

faedah, seperti akses pada bila-bila masa, di mana-mana, memberi motivasi yang lebih baik,
akses kepada gaya pembelajaran yang lebih tinggi, membentuk peluang untuk pembelajaran
kendiri di kalangan pelajar , konsep integrasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang
lebih baik dan meningkatkan penglibatan ibu bapa (Becta 2004). Dengan aplikasi Frog VLE di
sekolah-sekolah di Malaysia akan mampu menjadi contoh untuk sekolah-sekolah lain.

24

Penggunaan Frog VLE mampu meningkatkan pencapaian pelajar lemah dan


meningkatkan kefahaman dalam topik yang sukar dan kompleks. Konsep pembelajaran maya ini
juga diperkenalkan untuk membolehkan seorang murid berbincang dengan seorang murid yang
lain atau melakukan perbincangan berkumpulan berkaitan subjek Sains dan Teknologi. Mereka
boleh berbincang dan memberi pendapat tentang kerja rumah yang diberikan oleh guru. Sama
seperti di dalam kelas, murid-murid akan menerima maklum balas segera terhadap kemajuan
mereka dan cubaan soalan mereka.
VLE ini juga menyediakan ciri-ciri yang sama walaupun murid berada di rumah, murid
akan diberi peluang untuk mencuba soalan yang telah dilakukan di sekolah dan mencubanya di
rumah. Di sini, murid berpeluang untuk belajar dari kesilapan dan membuat ulangkaji di rumah.
Ibu bapa juga berpeluang bersuara dengan melibatkan mereka dengan pembelajaran anak
mereka. Mereka akan diberikan akses kepada laporan kehadiran dan tingkah laku dan
memaklumkan kepada mereka dengan makluman dari pihak sekolah.
Kerjasama antara sekolah-sekolah boleh membantu ke arah meningkatkan lagi jumlah
sekolah yang melaksanakan program perintegrasian ICT yang menyeluruh. Projek yang
dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ini akan mengubah platform pendidikan di
Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara murid kawasan bandar dan luar bandar dengan
menyediakan pendidikan berteras Internet yang berkualiti kepada semua rakyat Malaysia.
Inisiatif kerajaan ini bakal menjadikan Malaysia negara pertama di dunia yang dilengkapi akses
Internet mudah alih 4G dan VLE sedia ada di semua sekolah seluruh Malaysia.
Pada pendapat saya, persekitaran pembelajaran maya (VLE) akan terus mendapat tempat
kerana pengetahuan dan kebolehan pelajar menggunakan internet juga semakin meningkat. Ini
kerana, kebanyakan pelajar boleh mengakses internet melalui komputer di sekolah dan di rumah
mereka.

25

RUJUKAN
FrogAsia (2012). Gambaran Keseluruhan Frog VLE, Manual Pengguna (Guru, Frog
VLE Overview (User: Staff), Malaysia: FrogAsia Training
1BestariNet, YTL Communications Sdn. Bhd. (2012). Frog VLE. Dicapai pada 4 Nov,
2012, dari http://www.frogasia.com/v2/
FrogTrade Ltd, Dean Clough, Halifax. (2011). Frog Learning Platform, The UKs Most
Advanced

Learning

Platform.

Dicapai

pada

10

Nov,

2012,

dari

http://www.frogteacher.com/
Rheingold, H. (2004), Virtual Learning Enviroment (VLE). Dicapai pada 10 Nov, 2012,
dari http://www.thefeature.com/articleid=100499&ref=2337881
FrogAsia. (2012). Video Gambaran Keseluruhan Frog VLE untuk Pelajar: Dicapai pada
14 Nov, 2012, dari http://www.youtube.com/watch?v=DB_sX17LGuI
Peg Saragina (1999), Creating a Virtual Learning, Dicapai pada 23 Nov, 2012, dari
http://leahi.kcc.hawaii.edu/org/tcon99/papers/saragina.html

26

Anda mungkin juga menyukai