Anda di halaman 1dari 14

ISI KANDUNGAN

Tajuk

m/s

1.0 Pengenalan.
2.0 Analisis dan persoalan pentakrifan sejarah menurut sarjana R. G

2-3

Collingwood, E. H. Carr dan F. J Teggart.


3.0 Kesimpulan.
4.0 Rujukan.

3-11
12
13

** Soalan: Dengan merujuk kepada pandangan para sarjana seperti R. G Collingwood, E. H


Carr dan F. J Teggart bincangkan apa kah yang ditakrifkan sebagai sejarah.

1.0 Pengenalan.
Secara umumnya perkataan sejarah ini berasal daripada perkataan bahasa Arab yang
membawa maksud Syajaratun iaitu pohon. Perkataan sejarah (history), yang asalnya dari
perkataan Yunani yang bermaksud penyelidikan iaitu dimaksudkan sebagai peristiwa

1 | Page

yang telah berlaku pada masa lalu dan juga ingatan yang tercatat mengenai masa lalu itu. 1
Pendefinisian sejarah adalah berbeza mengikut sarjana misalnya menurut Prof. Dr. H.
Muhammad Yamin sejarah adalah cabang ilmu pengetahuan yang disusun atas hasil
penyelidikan beberapa peristiwa yang dapat dibuktikan dengan fakta- fakta. Manakala,
menurut Dr. R. Ruslan Abdul Gani sejarah adalah cabang ilmu pengetahuan yang meneliti
dan menyelidiki secara sistematik perkembangan masyarakat serta manusia di masa
lampau berserta kejadian-kejadian yang berlaku pada masa lampau.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Sejarah dapat diertikan sebagai asal usul
(keturunan), salasiah; peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau,
kisah, riwayat, tambo: cerita yang disangka dogeng itu menjadi fakta; dan ilmu kajian
atau pengetahuan mengenai peristiwa-peristiwa yang telah lalu, tawarikh.2
Walau bagaimanapun, menurut R. Suntharalingam (1985) dalam bukunya
Pengenalan Kepada Sejarah, beliau menyatakan bahawa definisi yang diberikan ini
tidak memberi keterangan yang lengkap atau hanya memberi keterangan yang singkat,
dan menyatakan beberapa definisi yang berlainan yang boleh menimbulkan kekeliruan.3
Lantas, bagi mendapatkan pengertian sejarah secara luas dan tepat, penulis akan
menganalisis dan membincangkan takrifan sejarah ini dengan merujuk pandangan para
sarjana seperti R.G Collingwood, E. H Carr dan F. J Teggart.

1 Lihat W. E. Caldwell, The Ancient World (New York: Holt, Rinehart and Winston
Press, 1965), Introduction, hlm ix. dlm E. H Carr, Pengertian Sejarah, 1986,
(terjemahan oleh Muhd Yusof Ibrahim), hlm 6.
2Lihat Dewan Bahasa dan Pustaka, asal usul (keturunan), salasilah: ~ Melayu; 2.
peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat, tambo:
cerita yg disangka dongeng itu menjadi fakta ~ sesudah dijumpai bukti-bukti yang mengesahkannya; 3. = ilmu ~ kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa-peristiwa yg
telah lalu, tawarikh: ~ Tanah Melayu; ahli ~; ~ umum sejarah mengenai seluruh dunia;
bersejarah, hlm. 1411-1412.

3R. Suntharalingam. Pengertian Sejarah. Dalam Pengenalan Kepada Sejarah. Kuala


Lumpur, Marican & Sons, 1985, hlm. 3.

2 | Page

2.0 Analisis dan persoalan pentakrifan sejarah merujuk sarjana R. G Collingwood, E.


H Carr dan F. J Teggart.
Sains menyelidiki sesuatu perkara dan dari segi itu sejarah adalah sejenis sains4.
Menurut R. G Collingwood sejarah ialah unsur pemikiran. Pada pendapat penulis jika
kita analisis pengertian sejarah ini menurut pandangan R. G Collingwood ini membawa
maksud sejarah ini ada kaitannya dengan unsur pemikiran 5. Persoalan penulis pertama ialah
penulis tertanya-tanya unsur pemikiran yang bagaimanakah dikatakan ianya sebagai sejarah?,
persoalan kedua pula, adakah unsur pemikiran ini dianggap penting dan boleh diiktiraf
sebagai fakta sejarah?. Oleh itu, untuk mendapat jawapan bagi setiap persoalan penulis, maka
kita lihat menurut Collingwood sejarah sebagai unsur pemikiran ini merujuk kepada teologi
ataupun sains semula jadi dan perkara ini ialah satu bentuk pemikiran yang khusus seperti
pernyataan di atas. Unsur ini juga telah membezakan sejarah sains semula jadi. Hal ini juga
beliau mentakrifkan sejarah ini ialah mengkaji tindak- tanduk manusia dari dua segi iaitu
lahiriah dan dalaman. Unsur-unsur ini ianya terangkum dalam elemen pemikiran tidak
wujud atau timbul dalam sains semula jadi. Unsur dalaman ini merujuk kepada pemikiran
manusia yang mencetuskan sesuatu peristiwa sejarah6. Manakala unsur lahiriah ini pula
merujuk kepada aspek fizikal tindakan tindak- tanduk sesuatu peristiwa itu sendiri7.

4 Lihat dalam karya R. Suntharalingam dalam bukunya Pengenalan Kepada


Sejarah, yang mengulas mengenai pandangan R. G Collingwood dalam Bab 1:
Pengertian sejarah, Kuala Lumpur, 1985, hlm. 4
5 R. G Colingwood, The Idea of History (Terj.) Muhd Yusof Ibrahim, Kuala Lumpur
1985, hlm 117-120
6 Lihat, R. Suntharalingam, Pengertian Sejarah: Ruang Lingkup Sejarah, dlm. Pengenalan Kepada Sejarah, Kuala
Lumpur: Marican & Sons, 1985, hlm. 15.

7 R. Suntharalingam, op. cit. (buku yang telah disebut di atas), yakni hlm. 16
3 | Page

Oleh itu, dalam isu ini kita lihat contohnya peristiwa yang ditulis oleh Abdullah Zakaria bin
Ghazali yang bertajuk Tentangan Terhadap Pentadbiran British di Perak 1874-1875.
Dalam tulisan ini memberi tumpuan kepada pembunuhan J. W W Birch di Pasir Salak pada 2
hb November 1875. Jika dinilai melalui pandangan R. G Collingwood iaitu pertama aspek
dalaman ialah merujuk kepada faktor-faktor yang membawa kepada perancangan tindakan
membunuh itu. Oleh itu, menurut Abdullah Zakaria pembunuhan dilakukan kerana British
melaksanakan dasar-dasar yang menggugat politik dan kedudukan pembesar Melayu serta
memperkenalkan sistem Residen di Perak. Dari segi lahiriah pula merujuk cara-cara
rancangan membunuhnya, siapakah membunuhnya, bagaimana Birch dibunuh, apakah
senjata yang digunakan dan sebagainya8. Selaras dengan idea Collingwood menyatakan
bahawa ruang lingkup sejarah ialah ahli sejarah akan mengambil kira hal-hal yang melibatkan
nasib manusia.
Namun begitu, berdasarkan analisis penulis terhadap takrifan sejarah Collingwood ini
juga mendapat kritikan. Menurut penulis unsur-unsur pemikiran ini sebenarnya sukar atau
tidak dapat dikesan atau diperoleh bukan itu sahaja malah, kajian sejarah mengikut unsur ini
nampaknya adalah sukar untuk dilakukan berdasar unsur lahiriah dan dalaman yang
menceritakan keseluruhan aspek kajian sejarah. Hal ini juga disokong oleh F. J Teggart yang
menyatakan unsur ini tidak perlu dikaji kerana mereka hanya tertumpu kepada tindakan
individu semata-mata.9 Maka jelas bahawa unsur dalaman dan lahiriah tidak mendapat
tempat dalam kajian F.J Teggart.

Malah, Profesor W. H Walsh dalam bukunya juga

menyatakan bahawa Collingwood telah secara sengaja menyempitkan istilah pemikiran ini

8 Abdullah Zakaria Ghazali, Tentangan Terhadap Pentadbiran British di Perak


1874-1875, Malaysia dari segi Sejarah, 1981, hlm. 103-116.
9 R. Suntharalingan, op. cit. (buku yang telah disebut di atas di halaman yang
sama, yakni hlm. 15)
4 | Page

dan bantahan kepada usaha Collingwood untuk menyingkirkan soal perasaan dan emosi dari
lingkungan sejarah. 10
Sejarah itu ialah suatu proses berterusan interaksi di antara ahli sejarah
dengan fakta-faktanya, suatu dialog yang tidak berkesudahan di antara masa kini
dengan masa lampau11 .
Seterusnya pula, takrifan sejarah menurut E. H Carr. Berdasarkan pernyataan di atas
jelas menunjukkan bahawa pengkajian sejarah ini tidak pernah selesai sampai bila-bila kerana
ianya merupakan tugas ahli sejarah. Oleh itu menurut E. H Carr kajian oleh ahli sejarah ini
merupakan kajian sebab musabab (causation).

Beliau juga menyatakan sudah menjadi

tugas ahli sejarah untuk mencari semua sebab-musabab yang mencetuskan sesuatu peristiwa
dan mengaturnya dengan hierarki yang munasabah agar ia dapat menjelaskan apa-apa yang
sebenarnya yang berlaku. Hal demikianlah menurut beliau sejarah ini proses interaksi antara
ahli sejarah dengan fakta-faktanya kerana dalam kajian sejarah beliau menyatakan bahawa
semasa susunan-susunan fakta perlu dilakukan, yang dianggap sebab utama didahulukan dan
dianggap sebagai sebab sampingan dikemudiankan. Semasa penghuraian fakta pula, faktor
utama itu dijelaskan dengan terperinci dengan faktor-faktor sampingan itu dikaitkan juga. 12
Oleh itu, E. H. Carr juga menyatakan juga sejarah terdiri daripada sekumpulan fakta fakta
yang telah diteliti dan dipastikan kebenarannya. Fakta fakta tersebut telah dikumpulkan
oleh ahli sejarah daripada dokumen-dokumen, surat-surat dan sebagainya untuk mendapatkan
bukti agar sesuatu perkara itu benar- benar berlaku. 13
10 W. H. Walsh, An Introduction to Phisolophy of History, London, 1979, hlm. 210217.
11 E. H. Carr, What is History?. (terjemahan Ab. Rahman Haji Ismail). Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1984, hlm. 17-20.
12 E. H. Carr, (terjemahan Ab. Rahman Haji Ismail), op. cit. hlm. 93-97
13 E. H. Carr, (terjemahan Ab. Rahman Haji Ismail), op. cit. hlm. 4.
5 | Page

Selain itu, E. H Carr mentakrifkan sejarah ini dengan merujuk sejarah ini kepada
bidang yang rasional tentang pemikiran manusia. Dalam menganalisis pentakrifan ini maka
timbul persoalan oleh penulis yang utama iaitu adakah hanya kajian sejarah yang didorong
oleh unsur pemikiran sahaja akan dikaji?. Persoalan kedua bagaimanakah sejarah dianggap
sebagai bidang yang rasional dan berkaitan pula dengan pemikiran manusia?. Persoalan
ketiga adakah pemikiran manusia ini akan menentukan sesuatu kajian sejarah itu?. Maka
untuk menjawab persoalan yang diutarakan ini perkara yang penting menurut E. H Carr ialah
dalam pengkajian sejarah memerlukan kita menghuraikan fakta-fakta yang diperoleh. Oleh
itu, fakta-fakta ini bukanlah diperoleh secara tetap kemudian ahli sejarah tinggal
menghuraikan sahaja tetapi fakta- fakta ini E. H Carr ibaratkan sebagai ikan yang banyak
dalam sebuah samudera yang luas dan bukan semua perkara sampai ahli sejarah. 14 Maka
ianya bergantung pada apa-apa yang ditangkap oleh ahli sejarah yang bergantung pada nasib
ataupun pemikiran ahli sejarah yang menentukan fakta sejarah itu dipilih untuk dikaji atau
dihuraikan maka, secara jelas pemikiran ahli sejarah dalam tuntutan fakta ini mempengaruhi
kajian sejarah dan perkara inilah yang akan dikaji.
Perkara kedua pula ialah sesuatu yang lebih lazim, iaitu tentang perlunya ahli sejarah
mempunyai kefahaman imaginatif terhadap pemikiran orang-orang zaman tengahan atau
zaman dahulu kerana ianya perlu rasional untuk menceritakan sejarah zaman dahulu.
Contohnya kita merujuk kepada karya oleh J. Burckhardt menyelitkan kefahaman imaginatif
terhadap peristiwa zaman lampau Contohnya kajian mengenai Perang Tiga Puluh Tahun:
dengan jelas menyatakan Adalah memalukan sesuatu kepercayaan. Tidak kira sama ada
Katholik atau Protestant, bagi mengutamakan untuk menyelamatkan dirinya sendiri lebih
daripada maruah bangsa.15 Oleh sebab itulah E. H Carr menyatakan sejarah inilah bidang

14 E. H. Carr, (terjemahan Ab. Rahman Haji Ismail), op. cit. hlm 20


6 | Page

yang rasional tentang pemikiran manusia apabila ahli sejarah menulis sejarah dengan
mempunyai pemahaman fikiran masa lampau.
Maka, kita dapat lihat bahawa kajian sejarah tidaklah hanya sekadar menghurai dan
mengungkapkan fakta sejarah sahaja, tetapi pemikiran ahli sejarah juga menggambarkan
pendedahan motif, niat, dorongan, kaedah dan pengaruh yang mencetuskan keadaan itu.
Maka terjawablah bahawa pemikiran ahli sejarah kepada satu peringkat ini telah
menghuraikan motif dan sebab sesuatu pelaku yang mengatasi kejadian yang dikaji.
Seterusnya penulis akan membincangkan pula takrifan sejarah menurut pandangan
sarjana F. J Teggart. Secara umumnya, jika kita membaca karya beliau berjudul Theory and
Processes of History kita dapat melihat pandangan beliau mengenai takrifan sejarah adalah
mengkaji sesuatu perkara yang memberi impak kepada rakyat atau negara yang dianggap
penting. Maknanya peristiwa yang tidak memberi kesan kepada rakyat tidak dikaji. Misalnya
Teggart menyangkal tanggapan bahawa sejarah mengkaji nasib individu-individu, ataupun
perubahan-perubahan berkenaan dengan kehidupan peribadi orang-orang.16 Kenyataan ini
dapat dikukuhkan menerusi karya hasil tulisan beliau Theory and Processes of History,
beliau menyatakan bahawa,
it is a point borne in upon us by the events of the events of t he last few
decades that history is concerned, not with the everyday life of individuals, but with
happenings which affect the welfare of communities in a higher sense than the
vicissitudes of mens private fortunes.17.
15Lihat J. Burckhardt, Judgements on History and Historians, menerangkan
secara menyeluruh dan pandangannya mengenai Perang Tiga Puluh Tahun,
1959, hlm. 179
16 R. Suntharallingan. Pengenalan Kepada sejarah. Kuala Lumpur 1985, Hlm 9.
17 Frederick J. Teggart. Theory and Processes of History. Gloucester: Mass, 1972,
hlm. 18
7 | Page

Maka berdasarkan analisis ini timbul persoalan bagaimanakah pula tentang nasib
sejarah golongan dari bawah?.

Adakah tidak dikaji sama sekali contohnya sejarah

sumbangan kaum wanita di Tanah Melayu semasa zaman pemerintahan Jepun?. Adakah
kajian ini hanya tetap kepada sejarah yang memberi kepada masyarakat dan negara sahaja?.
Kerana pernyataan di atas menjelaskan bahawa suatu tindakan manusia dapat mempengaruhi
nasib bangsa serta tindakan tersebut perlu berkaitan dengan kebajikan masyarakat barulah
sejarah tersebut akan dikaji. Untuk menjawab persoalan ini diperkukuhkan dengan jelas
dalam karya beliau misalnya, jika kita analisis berdasarkan karya Theory of History, F.J
Teggart menyatakan bahawa bidang kajian sejarah hanya tertumpu kepada tindak-tanduk
manusia yang memberi kesan terhadap sesuatu kelompok seperti rakyat atau negara. 18
Tindak-tanduk ini merupakan tindakan atau perilaku yang membawa maksud langkah,
perbuatan atau perlakuan.19

Maka berdasarkan pandangan ini, dalam makna kata lain

menyatakan bahawa pensejarahan atau suatu peristiwa sejarah itu dianggap sebagai sejarah,
apabila adanya tindakan manusia seperti seseorang individu yang mempunyai pengaruh besar
dalam suatu peristiwa atau kejadian. Tindakan ini seterusnya memberi kesan terhadap
komuniti masyarakat sekeliling dan seterusnya kepada negara itu sendiri.
Maka jelas kerana penulis menganalisis pernyataan pandangan F.J Teggart bahawa
persoalan kedua yang ditimbulkan penulis tidak dikaji kerana seperti kita sedia maklum
bahawa tindak-tanduk individu ini kebiasaannya adalah terdiri daripada golongan lapisan
utama, golongan pemerintah atau golongan atasan. Pendek kata, kajian dan pandangan yang
diberikan oleh F.J Teggart merupakan kajian pensejarahan yang berkisar atau tertumpu
kepada golongan pemerintah atau tokoh dalam politik. Walaupun begitu, menjawab persoalan
18 R. Suntharalingam, loc. cit. (buku yang telah disebut di atas di halaman yang
sama), yakni hlm. 9
19 Lihat Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi Keempat, 1. apa-apa yang dilakukan;
perbuatan. 2. segala tingkah laku (perbuatan,kelakuan), 2007, hlm. 168.
8 | Page

ketiga F.J Teggart juga menyatakan kajian merangkumi kepentingan terhadap nasib bangsa
iaitu tindakan yang dilakukan oleh manusia yang akan memberi kesan dan dapat pengaruhi
nasib sesuatu bangsa dan negara juga akan dikaji. Ianya tidaklah semata-mata hanya
mengkaji tentang politik sahaja.
Selain itu, F.J Teggart berpendapat bahawa peristiwa sejarah yang sahih kejadiannya perlu
merangkumi kesepaduan dan keterikatan antara bahagian permulaan, pertengahan dan
pengakhiran peristiwa. Hal ini lebih menjurus kepada tindakan kepada isu perjuangan dan
pertengkaran antara kelompok masyarakat dan akhirnya memberi impak terhadap masyarakat
tersebut. Sebagai contohnya, dalam kajian sejarah di Eropah pada abad ke 19, beliau
menitikberatkan kebangkitan fahaman nasionalisme dan usaha negara-negara untuk
mempertahankan kemerdekaan mereka, terutamanya melalui peperangan.20
Jika kita melihat pada sejarah yang berlaku di negara kita, pandangan F.J Teggart ini
boleh diguna pakai melalui peristiwa di mana tentera Jepun datang menawan Tanah Melayu
sekitar tahun 1941-1945. Tindakan yang dilakukan oleh tentera Jepun yang melakukan
kekerasan terhadap masyarakat tempatan telah menyebabkan masyarakat pada masa itu hidup
dalam ketakutan dan kesengsaraan. Sebagai contoh, masyarakat Tanah Melayu dipaksa
mencatu makanan akibat sistem catuan yang diperkenalkan oleh pemerintahan Jepun.
Kesannya, masyarakat bangkit menentang pentadbiran Jepun di Tanah Melayu melalui
gerakan-gerakan seperti MPAJA, Force 136 dan Askar Wataniah. Melalui contoh ini, dapat
diringkaskan bahawa F.J Teggart melihat ruang lingkup sejarah terbatas kepada ap-apa yang
boleh disifatkan sebagai tindakan manusia, baik yang dilakukan oleh sesuatu kelompok
mahupun seseorang individu. Contoh peristiwa lain yang sesuai dengan pandangan F. J

20 R. Suntharalingam. loc. cit. (buku yang telah disebut di atas di halaman yang
sama), yakni hlm. 9.
9 | Page

Teggart ialah peristiwa 13 Mei 1967 yang memberi kesan kepada bangsa dan negara misalnya
dalam buku Goh Cheng Teik. 21
Di samping itu, F.J Teggart telah merujuk pada kajian pensejarahan yang dilakukan oleh
bapa sejarah dunia iaitu Herodotus. Dalam kajian tersebut, Herodotus mengkaji tentang
Perang Parsi yang melibatkan nasib masyarakat atau orang Yunani dan Parsi, manakala
Polybius dan Livy pula mengkaji tentang kebangkitan Rom dalam usaha menjadi kuasa besar
dunia.22 Hal ini membuktikan bahawa pandangan F.J Teggart ini boleh diterima kerana ia
selari dengan pandangan tokoh-tokoh sejarah tersebut yang sehingga kini masih diguna pakai
dalam pengkajian sejarah iaitu pengkajian tentang sebab musabab sejarah..
Persoalan penulis juga, dapat pendapat F. J Teggart ini dipertahankan?. Benarkah sejarah
hanya ingin mengkaji tindakan sosial manusia yang meninggalkan kesan ke atas rakyat atau
negara?. Oleh itu, satu lagi bukti yang boleh digunakan untuk menerima pendapat F.J
Teggart dalam aliran yang dibawanya ialah menerusi karya nukilan R.J Wilkinson, A
History of Peninsular Malays yang berkisar tentang penghijrahan orang Melayu ke
Semenanjung, kegiatan awal kaum itu, kemunculan Kesultanan Melaka, kedatangan dan
perluasan kekuasaan politik kuasa-kuasa barat di negeri-negeri Melayu. 23 Perjalanan ini
akhirnya diceritakan memberi kesan kepada masyarakat Melayu. Dalam karya ini, Wilkinson
hanya menceritakan perihal tindakan sosial Parameswara sebagai pengasas negeri Melaka.
Oleh itu, Pandangan yang dibawa oleh Teggart ini perlu difahami dan diteliti untuk
mengetahui ruang lingkup sejarah yang dibawa olehnya.
21 Goh Cheng Teik, The May Thirteenth Incident and Democracy in Malaysia,
Kuala Lumpur, 1971, hlm. 5-27.
22 R Suntharalingam, op. cit. (buku yang telah disebut di atas), hlm. 9- 12.
23 R. J Wilkinson (penyunting), Papers on Malay Subjects. Selected and
Introduced by P. L Burns, Kuala Lumpur 1971, hlm 15-132, dalam R.
Suntharalingam, Pengenalan Kepada Sejarah, 1985, hlm. 10-11.
10 | P a g e

Namun begitu berdasarkan analisis penulis bahawa takrifan sejarah oleh F. J Teggart juga
terdapat banyak kelemahan dan kritikan yang dibawa oleh beliau.

Penulis berpendapat

bahawa aliran pensejarahan F.J Teggart hanya berkisar tentang tindak-tanduk manusia sahaja.
Misalnya, menurut R. Suntharalingam, pandangan F.J Teggart ini telah menyempitkan ruang
lingkup kajian sejarah. Hal demikian kerana ia hanya menumpukan perhatian terhadap
tindak-tanduk tokoh-tokoh atau golongan atasan seperti raja, bendahara, menteri, panglima,
ahli politik dan sebagainya. Golongan ini dikatakan dapat mencetuskan sesuatu yang
memberi kesan terhadap masyarakat dan negara walaupun F. J Teggart menyatakan bahawa
individu yang memberi kesan atau sumbangan yang membawa perubahan kepada negara juga
dikaji.
Sebaliknya, menurut penulis penceritaan sejarah tentang masyarakat marhaen yang
berada pada kelas bawahan tidak diceritakan atau dikaji dengan lebih mendalam sedangkan
mereka juga memberi sumbangan yang besar terhadap sesuatu perkara. Sebagai contohnya,
golongan petani, pekerja kilang, hamba abdi dan wanita telah memberi kesan yang besar
terhadap kegiatan ekonomi. Penceritaan tentang hal-hal yang melibatkan nasib peribadi juga
tidak diberi tumpuan.
Berbalik pada karya tulisan Wilkinson yang menjadi pegangan Teggart untuk
mempertahankan pendapatnya, Wilkinson telah menolak tepi perkara-perkara yang berkaitan
dengan hal-hal peribadi seperti perkahwinan, hubungan dengan ibu bapa dan saudara-mara.
Hal ini demikian kerana perkara-perkara ini tidak mempunyai perkaitan dengan sejarah
walaupun sebenarnya, keperibadian itu menjadi asas kepada tindak-tanduk seseorang
individu.

11 | P a g e

Lantaran itu, pendapat penulis kita perlu memperluaskan ruang lingkup pensejarahan
dengan mengkaji pandangan-pandangan yang dibawa oleh tokoh-tokoh sejarah yang lain
seperti Karl Max, Lucien Febvre, Ranke, Collingwood dan sebagainya. Hal ini bertujuan
untuk mengetahui secara keseluruhan teori pensejarahan dengan lebih meluas. Tokoh-tokoh
ini juga mempunyai pandangan dan pendapat mereka tersendiri dalam mentafsir makna
sejarah dan pensejarahan.

3.0 Kesimpulan.
Kesimpulannya ialah menurut penulis analisis dalam pentakrifan sejarah kali ini adalah
bertujuan untuk mendedahkan kepada pembaca dan penulis sendiri tentang ciri-ciri takrifan
sejarah mengikut sarjana-sarjana yang mempunyai pandangan dan pendapat yang berbeza.
Analisis kali ini penulis membuat takrifan sejarah dengan merujuk kepada ketiga-tiga tokoh
yang dinyatakan iaitu R. G Collingwood, E.H Carr dan F. J. Teggart untuk menilai setiap
pandangan yang berbeza oleh ketiga-tiga sarjana ini. Maka dalam penilaian ini juga penulis
telah timbulkan beberapa persoalan terhadap takrifan setiap sarjana ini adakah ianya
bersesuaian atau tidak untuk diterima serta dikemukakan juga contoh-contoh peristiwa dan
tokoh-tokoh yang menyokong persoalan yang diutarakan.

Oleh itu, secara ringkasnya

pandangan penulis sendiri berdasarkan tokoh-tokoh tersebut kita dapat lihat bahawa
pengertian sejarah ini telah memberi tumpuan kepada tiga perkara iaitu sejarah ini bersifat
kajian dan kajian dilakukan oleh sarjana sendiri dengan menyelidik fakta-fakta yang
berkaitan dengan sesuatu peristiwa sesuai dengan ungkapan R. G Collingwood. Perkara
kedua bahawa sejarah ini ditujukan kepada tindakan sosial manusia serta kesan sejarah yang
12 | P a g e

memberi impak kepada bangsa dan negara dan hasil kajian itu disampaikan melalui tulisan
yang dibuat oleh ahli sejarah seiring dengan pembawaan F. J Teggart yang menekankan
perkara dinyatakan itu. Perkara ketiga dapat yang penulis dapat analisis dan untuk pembaca
sama-sama faham bahawa sejarah ini perlulah rasional terhadap sesuatu perkara yang berlaku
sesuai dengan zaman yang dikaji atau berfikiran imaginatif agar sejarah ini rasional seiring
dengan pemikiran manusia seperti yang dilaung-laungkan oleh E. H Carr. Maka secara
keseluruhannya bahawa pentakrifan ketiga-tiga tokoh ini sememangnya boleh digunakan
namun ahli sejarah itu perlulah menyampaikan sejarah itu berdasarkan fakta-fakta dan
sumber yang tepat supaya sejarah dihasilkan mempunyai nilai tersendiri dan sebagaimana ia
benar-benar berlaku.

4.0 Rujukan.

4.1 Buku
Abd. Rahman Haji Abdullah. (1994). Pengantar Ilmu Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka,
Abdullah Zakaria Ghazali. (1981).Tentangan Terhadap Pentadbiran British di Perak 19741875. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Burckhardt, J. (1958). Judgements on History and Historians. United State: Beacon Press.
Caldewell, W. E. (1965).The Ancient World. New York: Holt, Rinehart and Winston.
Collingwood, R. G. (1966). The Idea of History. London: Oxford University Press.
Carr, E. H. (1965).What is History. Middlesex, England: Penguin Books Ltd.

13 | P a g e

Goh Cheng Teik (1971). The May Thirteenth Incident and Democracy in Malaysia,
Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Suntharalingam, R. (1985). Pengenalan Kepada Sejarah. Kuala Lumpur: Marican & Sons
(M) Sdn. Bhd.
Teggart, F. J. (1960). Theory and Process of History. United State: Yale University Press.
Teggart, F. J. (1960). Theory of History. United State: Yale University Press.
Walsh, W. H. (1951). An Introduction to Philosophy of History. London: Hutchinson
University Press.
Wilkinson, R. J. (1971). Papers on Malay Subjects. Selected and Introduced by P. L Burns.
Kuala Lumpur.
4.2 Kamus.
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (Edisi ke-4). (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

14 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai