Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
EMB 415
NAMA KURSUS
PENGAJARAN
KEMAHIRAN
NAMA PELAJAR
MALINI HARUN
NO MATRIK
E30209121188
NAMA FASILITATOR
AKADEMIK
PUSAT PEMBELAJARAN
BAHAGIAN A
AEU RANAU
MEMBACA
Dapatan kajian ini dapat dibahagikan kepada dua bahagian. Berdasarkan kajian
yang dijalankan, terdapat beberapa faktor demografi yang mempengaruhi kemahiran
membaca dan memahapi murid murid LINUS. Faktor faktor tersebut ialah,
kekeluargaan, konsep kendiri murid, lokasi sekolah dan bahasa pertuturan murid.
i.
Faktor kekeluargaan
Pengkaji mendapati terdapat hubungan yang rapat antara faktor kekeluargaan dengan
kemahiran membaca dan memahami perenggan oleh murid LINUS. Jika ditinjau daripada
aspek tersebut, pengkaji mendapati pemboleh ubah ini memang mempengaruhi
keupayaan membaca dan memahami perenggan murid murid pasca LINUS. Dilihat
daripada aspek ubungan kekeluargaan, pengkaji mendapati bahawa 5 peratus murid
LINUS merupakan anak tunggal dalam keluarga. Sementara itu pula 18 peratus murid
LINUS menyatakan mereka mempunyai sekurang-kurangnya dua orang adik beradik.
Sebanyak 29 peratus dan 27 peratus murid LINUS menyatakankan bahawa mereka
mempunyai 3 dan 4 orang adik beradik. Sebanyak 14 peratus murid LINUS pula
mempunyai lebih daripada 5 orang adik beradik. Bakinya sebanyak 7.0 peratus
mempunyai lebih daripada 5 orang adik beradik. Peratusan ini memberi gambaran kepada
pengkaji bahawa kebanyakan murid murid LINUS ini mempunyai 3 hingga 5 orang adik
beradik yang mungkin memberi kesan terhadap penguasaan kemahiran membaca dan
memahami bahan bacaan di Tahun 1.
Faktor kekeluargaan ini juga merujuk kepada latar belakang sosioekonomi keluarga
murid LINUS. Mereka kebanyakannya berasal daripada golongan yang berpendapatan
rendah atau sederhana. Penguasaan membaca dan memahami murid terutamanya murid di
awal persekolahan adalah dipengaruhi oleh faktor fi zikal seperti neurologi, penglihatan,
pertuturan dan pendengaran, faktor psikologi seperti emosi, kawalan konsep kendiri dan
kecerdasan, factor latar belakang pendidikan seperti guru, polisi sekolah, kaedah
pengajaran dan bahan pengajaran yang digunakan oleh guru, dan juga oleh faktor
ekonomi seperti status keluarga yang termasuk tahap ekonomi, latar belakang etnik dan
hubungan sosial.
Dapatan menunjukkan terdapat hubungan yang singnifikan antara status ekonomi
dengan konsep kendiri murid dalam kelas sosial yang berbeza-beza dalam kalangan rakan
sebaya. Melalui pergaulan sesama rakan sebaya atau pergaulan positif sesama adik
Pengkaji mendapati bahawa bagi murid normal, mereka akan dapat menguasai kemahiran
membaca dan memahami secara bersistematik berdasarkan pengajaran guru dalam kelas.
Namun, bagi murid-murid yang bermasalah membaca pula, mereka amat memerlukan
bantuan dalam bentuk bimbingan khas. Maka konsep scaffolding atau arahan langsung
merupakan kaedah pembelajaran yang amat tepat dan bersesuaian bagi menangani
masalah murid-murid dalam program LINUS yang mengalami masalah kesukaran
membaca ini.
Ini bermakna murid LINUS walaupun mempunyai konsep kendiri yang positif terhadap
amalan membaca namun perkara itu didapati tidak menjamin keupayaan mereka untuk
menguasai kemahiran membaca dan memahami perenggan. Faktor kendiri yang positif
terhadap amalan membaca sebenarnya masih memerlukan bimbingan yang baik daripada
ibu bapa bagi memandu murid LINUS ke landasan yang betul dalam proses pembelajaran
mereka. Ini menunjukkan bahawa interaksi interpersonal membantu memperkembangkan
pengetahuan individu. Perkembangan individu perlu merujuk kepada konteks sosial dan
budaya sekelilingnya.
iii.
Lokasi sekolah
Pengkaji mendapati faktor lokasi sekolah didapati kurang memberi pengaruh terhadap
tahap kemahiran membaca dan memahami murid LINUS. Jika ditinjau kepada lokasi
sekolah tempat kajian ini dijalankan, secara umumnya, pengkaji telah mengklasifi kasikan
sekolah dengan berdasarkan sekolah pinggir Bandar, sekolah pedalaman 1 dan sekolah
pedalaman 2. Data menunjukkan taburan kekerapan murid LINUS yang mengikuti
program LINUS adalah pada kadar bilangan yang agak seimbang iaitu antara 8 hingga 12
orang murid pada setiap sekolah.
Perkara ini telah menjelaskan bahawa faktor lokasi sekolah didapati bukan pemboleh
ubah yang mempengaruhi kewujudan murid yang lemah membaca dan memahami
perenggan. Jika dilihat pada perangkaan, sama ada sekolah itu berada di kawasan pinggir
bandar, pedalaman satu atau pedalaman dua, semuanya mempunyai bilangan murid pasca
LINUS yang agak seimbang. Perkara yang sama juga terjadi di sekolah yang lokasinya
terletak dalam kategori sekolah pedalaman 1.
Di samping itu, masalah sikap murid-murid yang suka ponteng sekolah juga
menyumbang kepada masalah keciciran dan ketinggalan dalam bidang akademik di
sekolah. Kajian ini menunjukkan bahawa faktor lokasi sekolah tidak menggambarkan
kadar kemahiran membaca dan memahami murid LINUS. Pengkaji mendapati kewujudan
murid yang gagal membaca dan memahami ini merupakan faktor universal yang boleh
wujud di mana-mana lokasi.
iv.
Pengkaji mendapati faktor bahasa pertuturan juga bukanlah pemboleh ubah yang
mempengaruhi murid-murid membaca dan memahami perenggan. Jika ditinjau dari segi
bahasa pertuturan, pengkaji mendapati majoriti murid LINUS bertutur dalam bahasa
Melayu (67.6%). Meski pun kebanyakan murid-murid sekolah pedalaman Sarawak
merupakan kaum bumiputera seperti Iban, Bidayuh dan sebagainya namun bahasa
Melayu adalah begitu sinonim dengan budaya kehidupan mereka. Pengkaji mendapati
murid LINUS tidak mengalami masalah dengan BM sebagai bahasa pengantar.
BAHAGIAN B
Tulis satu esei bertajuk :
lambang-lambang bertulis
kepada
lambang-lambang bunyi
yang
hendak
membaca dalam kalangan murid. Hasil temubual saya berasama tiga orang guru Bahasa
Melayu dapat mengupas beberapa masalah pengajaran kemahiran membaca. Berikut
merupakan antara masalah yang mereka hadapi:
i.
Salah sebutan
Murid salah menyebut perkataan-perkataan yang dibacanya berikutan mereka tidak mengenal
huruf atau tidak tahu membunyikan sesuatu huruf. Oleh itu mereka akan cenderung untuk
melakukan kesalahan dalam menyebut huruf atau perkataan tersebut.
ii.
Masalah tidak kenal huruf merupakan punca utama kebanyakan kanak-kanak gagal membaca
dengan baik. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak akan menyebut sesuatu huruf itu sesuka
hati atau dengan meneka sahaja dan menjadikan perkataan itu tidak bermakna atau berlainan
makna.
Biasanya mereka memerlukan masa yang agak lama untuk membacakan huruf
atau satu-satu perkataan itu. Sebenarnya keadaan ini berlaku kerana mereka menggunakan
masa itu untuk mengingat kembali nama dan bunyi huruf-huruf tersebut sebelum
membacanya. Apabila mereka tidak dapat mengingati huruf-huruf itu, mereka akan
menyebutkan apa-apa sahaja huruf yang terlintas di dalam kotak ingatannya. Kemampuan
untuk mengingati satu-satu perkara juga hanyalah bersifat sementara.
iii.
Murid tidak membunyikan atau meninggalkan bunyi huruf, perkataan dan imbuhan juga
menjadi punca masalah dalam kemahiran membaca. Contohnya perkataan sudah disebut
udah atau perkataan sendal disebut sedal. Perkataan tertentu di dalam ayat juga kerap
ditinggalkan semasa membaca. Contohnya, Kucing itu sangat comel, dibaca sebagai
Kucing itu comel: Adakalanya murid meninggalkan imbuhan tertentu contohnya dalam
perkataan mengiringi disebut sebagai mengiring.
iv.
Mengulang perkataan
Murid yang berhadapan dengan masalah membaca kerap mengulang-ulang perkataan atau
suku kata tertentu semasa membaca. Perbuatan mengulang ini disebabkan murid tidak tahu
Kadangkala, murid yang belum menguasai kemahiran membaca akan menggantikan huruf
atau perkataan dalam ayat yang dibaca. Contohnya ladang disebut lalang, "sekolah"
disebut "selokah" dan "bajak" disebut "jabak".Kadangkala, terdapat perkataan yang
digantikan dengan perkataan lain sehingga mengubah maksud ayat tersebut.
vi.
Mereka yang mengalami masalah membaca juga akan menambah huruf atau perkataan ketika
membaca. Perkataan yang akan disebut merupakan perkataan yang biasa didengar atau
mereka gunakan sehari-hari. Selain itu mereka juga akan membunyikan perkataan-perkataan
tersebut mengikut bunyiyang dirasakannya sesuai. Contohnya perkataan buah akan dibaca
sebagai buwah. Ada juga perkataan-perkataan tertentu ditambah dalam ayat. Sebagai
contohnya Saya suka bermain bola dibaca sebagai Saya sangat suka bermain bola". Hal
ini boleh berlaku terutama kepada murid-murid yang membaca secara mengeja perkataan
demi perkataan. Setelah mereka membaca seluruh perkataan dalam satu-satu ayat tersebut,
mereka akan membacanya pula tanpa mengeja. Ketika itu mereka akan membunyikan
perkataan melalui hafalan tanpa melihat perkataan yang dibacanya.
vii.
Murid-murid yang memerlukan pemulihan dalam kemahiran bacaan juga mengalami masalah
membaca huruf atau perkataan itu secara terbalik. Contohnya perkataan bala dibaca sebagai
laba. Contoh ayat yang dibaca terbalik pula adalah sepeti ayat Dia makan nasi dibaca
sebagai Dia nasi makan. Keadaan seperti ini kerap terjadi kepada murid-murid berbangsa
India akibat dipengaruhi oleh bahasa ibunda mereka.
viii.
Ada juga murid yang suka dan telah menguasai kemahiran membaca tetapi mereka tidak
memahami apa yang dibacanya. Antara masalah dalam memahami bahan bacaan ialah gagal
memahami maksud perkataan dan frasa, gagal membuat urutan idea atau peristiwa yang
terdapat dalam teks, lambat memberi tindak balas kerana tidak memahami arahan yang
dibaca, gagal menghubungkan sebab dan akibat dalam bahan bacaan seterusnya tidak dapat
mentafsir atau menggunakan carta, graf, peta, rajah dan lain-lain dalam bahan bacaan.
x.
Mengeja ketika membaca juga salah satu masalah dalam kemahiran bacaan.Proses membaca
sememangnya bermula dengan mengenal huruf, membunyikan huruf dan seterusnya mengeja
perkataan. Bagi mereka yang sepatutnya telah menguasai kemahiran membaca, mereka tidak
perlu mengeja perkataan demi perkataan ketika mereka membaca. Contohnya bagi murid
tahap 2, mereka tidak sewajarnya mengeja ketika membaca. Sekiranya perkara seperti ini
masih lagi dialami, mereka perlu melalui program pemulihan.
b) Langkah langkah mengatasi
Walaupun menghadapi pelbagai masalah dalam pengajaran kemahiran mambaca,
namun guru guru tersebut tidak pernah berputus asa mendidik anak bangsa. Malah, mereka
mengambil langkah langkah bijak untuk menangani masalah tersebut. Berikut merupakan
langkah langkah yang diambil oleh guru Bahasa Melayu yang saya temubual untuk
mengatasi masalah pengajaran yang mereka hadapi.
i.
Membaca dengan nada yang kuat dan menegaskan penyebutan, intonasi yang betul, dan
ii.
lancar.
Membaca secara senyap dan pantas untuk memahami fakta, idea, isi penting, nilai
iii.
pengajaran, tema, dan rumusan yang terkandung dalam pelbagai bahan bacaan.
Mencari erti atau maksud perkataan, frasa, simpulan bahasa, dan peribahasa yang wujud
iv.
v.
vi.
Walaupun telah berjaya menangani masalah yang mereka hadapi, namun guru guru
tersebut turut memberikan beberapa cadangan bernas bagi mangatasi masalah pengajaran
kemahiran membaca dalam kalangan murid. Berikut merupakan antara beberapa langkah
yang mereka cadangkan:
i.
Guru menunjukkan kad bergambar dan semua murid dikehendaki menyebut nama
benda yang dilihat.
ii.
Guru menunjukkan dan membaca kad-kad perkataan dan kemudian murid-murid akan
mengikut guru.
iii.
iv.
Selepas itu, semua murid akan membaca kad-kad perkataan beberapa kali dengan
bimbingan guru.
v.
vi.
BAHAGIAN C
Gubal satu kaedah mengajar membaca dan sediakan satu Rancangan Palajaran Harian
(RPH).
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
Mata pelajaran :
Bahasa Melayu
Tahun
3 Arif
Umur murid
9 Tahun
Tarikh
6 November 2014
Tema
Tajuk
Mari Berekreasi
Masa
Bilangan murid
22 orang
Kemahiran:
Fokus Utama:
3.3 Aras 1(i) Menyampaikan pendapat yang wajar tentang sesuatu topik dengan intonasi
dan gaya yang betul.
8.3 Aras 1(i) Menyatakan pendapat yang wajar tentang sesuatu topik dengan
intonasi dangaya yang betul.
Fokus sampingan:
4.1 Menyebut, membaca dan memahami perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan
bergabung.
Objektif:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:
i.
ii.
Murid dapat menyatakan pendapat yang wajar berdasarkan puisi yang dibaca.
Murid dapat menulis perkataan yang mengandungi digraph menggunakan tulisan
berangkai dengan cantik dan kemas.
Sistem Bahasa:
Tatabahasa:
Kata Nama Khas, Kata Hubung, Kata Nama Am,Kata Kerja,Simpulan Bahasa.
Kosa Kata :
Pengisian Kurikulum:
Ilmu : Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
Nilai Murni: tekun, tabah, kebersihan fizikal dan mental, kerjasama, kesantunan bahasa,
hemah tinggi.
LANGKAH
AKTIVITI
CATATAN
badan.
Contohnya: angkat kaki kanan, angkat kaki kiri
dan lain-lain.
2. Guru mengaitkan aktiviti tersebut dengan isi Kinestetik
pelajaran.
1. Murid melihat papan gambar dan senikata lagu.
BBM:
LANGKAH 1
( 10 minit)
VAK:
Audiovisual, Verbal,
gambar tunggal
1. Murid-murid menulis
VAK:Verbal
perkataan
yang BBM:
LANGKAH 3
( 20 minit)
yang
dan
membaca
mengandungi
digraph
Kad imbasan
Lembaran kerja
Powerpoint
PENUTUP
( 5 minit)
VAK:
Visual, audiotori,
Kinestetik
Antaranya adalah faktor kesediaan murid untuk belajar. Kehadiran guru-guru dalam
menjayakan rakaman, pemerhatian, bantuan pengajaran berganding telah menjadikan murid
sedikit tersasar dalam tumpuan terhadap pembelajaran. Walau bagaimanapun, terdapat dua
orang pelajar yang belum lancar menguasai pembacaan (murid pemulihan).
Semasa sesi pembelajaran juga murid diberi peluang menyampaikan dan menyatakan
pendapat yang wajar tentang sesuatu topik dengan intonasi dan gaya yang betul. Murid juga
dibimbing untuk menyebut, membaca dan memahami perkataan yang mengandungi digraf
dan konsonan bergabung.
Saya dapati objektif pengajaran saya sesuai dengan minat dan tahap perkembangan
murid kerana tidak berlakunya miskonsepsi. Rancanagan pengajaran harian yang telah
diwujudkan telah mengambil kira pengetahuan sedia ada dan tahap kemahiran bahasa murid.
Rangsangan minat murid telah bermula apabila murid dibimbing menyanyi secara kelas
dengan bantuan audio yang berkesan. Proses ini diikuti dengan beberapa sesi permainan
bahasa dan pembelajaran dalam kumpulan.
Sesi pembelajaran ini disokong dengan penggunaan bahan bahan pembelajaran yang
sesuai. Beberapa sumber pengajaran telah digunakan bagi membantu mencapai objektif
pengajaran saya. Penggunaan Ms Power point semasa proses pengajaran dan pembelajaran,
telah berjaya menarik perhatian murid. Dengan menggunakan Ms Power Point murid lebih
tertarik dengan isi pelajaran. Tayangan yang jelas dan lancar menyebabkan murid-merid
fokus dengan setiap isi pelajaran yang ingin disampaikan.
Melalui penggunaan LCD dan komputer,guru dapat mengaitkan pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu dengan lebih jelas dan teratur. Saya telah mengubahsuai
sumber yang sedia ada iaitu gambar tunggal kerana ianya merupakan bahan pandang lihat
yang genuin bagi murid sekolah rendah. Bahan ini juga merupakan bahan maujud yang kekal
yang membolehkan guru membuat ulangan penerangan dan murid dapat mengunakannya
secara berulang bagi menguasai pemerhatian.
Lagu yang dinyanyikan dengan bantuan alunan audio memberikan impak yang
positif. Murid-murid memberikan tumpuan penuh dengan persembahan ini. Rasional bagi
saya memilih sumber yang digunakan adalah kerana ianya medium utama ransangan masa
kini. Pengunaan ICT dan bahan maujud juga dapat membantu murid menyatakan respon dan
pendapat peribadi mereka dengan lebih ideal. Sesi soal jawab dan perbincangan juga berjalan
lancar dan aktif. Murid- murid dapat menjawab soalan yang ditanyakan oleh guru dan juga
memberikan pendapat sendiri berkenaan tajuk yang diberikan dengan baik.
Isi pelajaran yang diajar semenangnya berkaitan dengan objektif yang ditetapkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia. Tajuk, tema dan fokus kemahiran sering dengan langkah
pengajaran yang digalurkan secara tersusun, mengikut urutan dan berkiatan dengan
kemahiran yang diharapkan.
Butir-butir pelajaran saya merupakan kandungan yang penting. Saya sentiasa
mengawal masa dengan kehendak fokus utama da fokus sampingan kemahiran bahasa. Saya
sentiasa menastikan penerangan saya sentiasa rasional dan tidak miskonsepsi dengan
kemahiran dan sistem bahasa. Penerapan nilai dan ilmu serta penerapan kemahiran bernilai
tambah menjana idea dan kemahiran berfikir menjadikan butiran pengajaran ini mempunyai
elemen yang penting.
Langkah pengajaran yang tertentu telah dibahagikan dengan fokus tersendiri dalam
mencapai kemahiran lisan, bacaan dan tulisan secara berkesan. Rumusan pengajaran
diselitkan dengan penerapan nilai murni dan pengukuhan kemahiran bahasa. Isi pelajaran
juga mengandungi unsur yang kurang penting iaitu membaca perkataan melalui kad
imbasan. Sewajarnya dirasakan perkataan ini dapat ditayangkan melalui slide. Akan tetapi
dirasakan dengan adanya kad imbasan, murid murid lemah dapat dibantu dengan dan
pengukuhan dengan mengunakannya secara berulang.
Saya telah mengubahsuai isi pelajaran yang akan disampaikan dan mengambil kira
sifat perbezaan individu murid. Sesi bacaan secara kelas dalam bentuk mengeja perkataan
melalui kad imbasan dapat membantu murid lemah mengikuti bacaan secara tidak langsung.
Strategi pengajaran saya dapat merealisasikan objektif yang disediakan. Ini kerana aktivitiaktiviti pembelajaran yang berpusatkan murid dapat membantu mencapai objektif pengajaran.
Pengajaran berpusatkan murid adalah suatu yang rasional bagi pemilihan strategi
pengajaran yang digunakan. Ini kerana pengajaran berpusatkan murid, membolehkan murid
cergas dalam mengambil bahagian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya
dapati murid-murid lebih aktif, saling berkomunikasi dan sentiasa berusaha.
Aktiviti-aktiviti yang dipilih adalah sesuai dengan minat dan keupayaan
murid. Aktiviti-aktiviti yang dikelolakan yang melibatkan murid jelas menunjukkan mereka
dapat memberikan pendapat dan cadangan dalam aktiviti yang sedang dijalankan. Ini kerana
tajuk dan tema yang digalurkan telah dipelajari dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan.
Tedapat jua beberapa strategi dan langkah-langkah yang boleh dijayakan untuk
mempertingkatkan lagi pengajaran saya. Antaranya adalah pengajaran secara kobolaratif dan
penerapan seni bahasa. Drama, lakonan, teknik lakonan arca, mimik muka, main peranan,
teater pemabaca, teater bercerita dan slot pembaca berita antara detik pembelajaran yang
diidamkan oleh murid-murid dalam pembelajaran bahasa. Suasana komunikasi yang baik di
antara guru dengan murid dapat menjayakan onjektif yang hendak dicapai. Unsur jenaka dan
kecindan yang diselitkan dapat mengurangkan situasi tegang dan tekanan kepada murid.
Murid murid akan berasa lebih tenang jika guru dapat memakmurkan situasi P&P.
Wujud jua kaitan nilai-nilai murni yang dipilih dengan nilai-nilai yang terkandung
dalam Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Rasional diwujudkan penerapan
nilai-nilai murni dalam pengajaran saya adalah bagi melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dalam semua elemen yang diharapkan. Penerapan nilai murni jua adalah suatu
lambang perjuangan mengekalkan manusia sebagai insan yang bertamadun dengan tatsusila
yang unggul. Nilai-nilai murni yang diterapkan adalah penting disebabkan desakan keperluan
memyediakan pelajar yang mampu mengharungi arus kehidupan yang semakin mencabar dan
penuh dengan asakan yang membimbangkan.
Pun begitu, Saya juga mendapati bahawa ada beberapa aspek pembelajaran yang tidak
berjalan lancar seperti yang dirancang.Antaranya, pengurusan masa sedikit terganggu. Masa
yang panjang dimabil bagi menyiapkan tulisan berangkai dan menjawab soalan pada
lembaran kerja. Di samping itu, Kedudukan guru di dalam kelas hanya sekitar bahagian
hadapan kelas. Secara keseluruhannya, saya tidak berkesempatan untuk memantau kesemua
aktiviti murid. Bimbingan secara individu jua tidak dapat dijayakan dengan cepat kepada
murid-murid yang menghadapi kelemahan. Saya dapati beberapa orang murid tidak dapat
mnyiapkan lembaran kerja kerana penguasaan membaca yang lemah.
ii.
kerana ianya adalah berdasarkan rujukan KSSR Bahasa Melayu dan mempunyai tema dan
tajuk yang telah terancang dari awal tahun dan telah diakui keesahannya oleh ketua panatia,
dan guru besar. Jika dilakukan penilaian dalam skala peratusan, objektif pengajaran saya
dinilai tercapai 95 % keseluruhannya.
Semua murid mendengar penerangan daripada saya mengenai isi kandungan tayangan
tersebut. Murid-murid dapat menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru dengan betul dan
tepat berkaitan dengan tayangan video. Ini menjelaskan bahawa murid memahami isi
kandungan yang hendak disampaikan dengan jelas. Wujud jua pembahagikan isi pelajaran
kepada elemen-elemen yang lebih kecil dan menstrukturkannya agar lebih mudah diikuti oleh
murid
iii.
Berdasarkan pembalajaran yang telah dilaksanakan, pada masa akan datang, saya
perlu merancang strategi pengajaran yang lebih berpusatkan murid. Kawalan masa akan saya
pentau dengan baik dengan mengadakan aktiviti bersesuaian dengan aras kebolehan murid.
Seterusnya, saya juga akan lebih dalam pembahagian ahli kumpulan semasa aktiviti
kumpulan dijalankan. Susunan tempat duduk murid akan dilakukan bagi melancarkan proses
mmbimbing pelajar dan meningkatkan kawalan kelas. Untuk memastikan pembelajaran yang
dirancang lebih mendatangkan hasil, saya akan mencari ruang dan cara dalam sesi pemuliahn
bagi mambantu murid-murid yang lemah membaca berdasarkan strategi yang sesuai.
mengikut tahap kebolehan mereka.
RUJUKAN
Abdul Aziz Abdul Talib. (1989). Pengajaran dan pengujian bahasa. Kuala Lumpur : Nurin
Enterprise.
Abdul Ghalib Yunus. (2001). Penggunaan Soalan Dalan Pengajaran Kefahaman Membaca.
Dewan Bahasa 1(12):7-14.
Abdul Latif Idris dan Noran Fauziah Yaakub. (1992). Tahap Bacaan Mekanis : Satu Kajian di
Kalangan Murid Tahun 3. Jurnal Bahasa 36(8):370-738.
Ahmad Idris. (1990). Mata Pelajaran Pendidikan Islam Elektif : Satu analisis konseptual
tentang matlamat dan kandungannya. Tesis Sarjana Pendidikan, Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Arshad Ismail. (2006). Pengalaman awal membaca. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
ustaka.
Bawani Kanagarajah. (1994). Dapatkah penemuan dalam psikolinguistik membantu
menjayakan kurikulum 3M dalam pengajaran membaca permulaan, Latihan Ilmiah
Jabatan Persuratan Melayu Universiti Kebnagsaan Malaysia, Selangor.
Ismail Zakaria, Safi ah Othman dan Elly Chong. (1992). Asas Kemahiran Berbahasa KBSR:
ilid 3. Institut Bahasa Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Lim Chu Poh. (1978). Satu kaedah imbuhan untuk pengajaran bacaan permulaan. Dewan
Bahasa. 22(6): 439-451.
Marohaini Yusof. (1999). Strategi Pengajaran Kefahaman Membaca. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Marohaini, Yusoff. (1999). Strategi pengajaran bacaan dan kefahaman. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.