Anda di halaman 1dari 4

1

1. Pengenalan
Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau
lebih menjadi satu ayat yang lengkap. Percantuman ayat-ayat ini disusun mengikut cara
tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu yang mempunyai lebih daripada dua subjek
atau lebih daripada dua predikat. Ayat majmuk juga boleh terdiri daripada sederetan ayat
tunggal yang dicantumkan

melalui cara-cara tertentu dan tidak melanggar hukum

tatabahasa. Secara amnya terdapat tiga jenis ayat majmuk, iaitu ayat majmuk gabungan, ayat
majmuk pancangan, dan ayat majmuk campuran.
Ayat majmuk gabungan atau ayat gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau
lebih daripada dua ayat tunggal yang digabungkan atau dicantumkan menjadi satu ayat
dengan menggunakan kata hubung seperti dan, atau, tetapi dan sebagainya. Ayat-ayat
majmuk gabungan setara sifatnya, iaitu ayat-ayat sama taraf dan boleh berdiri sendiri.
Ayat majmuk pancangan pula gabungan ayat-ayat tunggal yang tidak setara
membentuk satu ayat baharu. Ada ayat majmuk yang terdiri daripada beberapa ayat yang kedudukan
tidak sama. Ayat majmuk pancangan terdapat satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat
kecil lain yang dipacangkan dalam ayat induk dan menjadi sebahagian dari ayat induk itu. Terdapat tiga
jenis ayat majmuk pancangan dalam Bahasa Melayu yang ditentukan oleh cara pembentukan dan jenis ayat
yang dipacankan, iaitu ayat majmuk pancangan relatif, ayat majmuk pancangan komplemen,
ayat majmuk pancanmgan keterangan.
Ayat majmuk yang paling lengkap ialah ayat majmuk campuran yang mana ayat ini
mengandungi lebih daripada satu tema ayat,yakni ia terdiri daripada campuran antara ayat
tunggal dengan ayat majmuk atau terdiri daripada pelbagai ayat majmuk.Kebiasaanya,ayat
majmuk campuran terdiri daripada ayat tunggal dengan ayat majmuk pancangan.Antara cara
mudah untuk mengenali ayat ini ialah ia merupakan ayat yang panjang dan bercampur
dengan pelbagai kata hubung.

2
2. Definisi Ayat Majmuk
Menurut Nik Safiah dll. (1986), ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan
mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan pencantuman ayat-ayat itu disusun
mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat yang baharu. Malahan beberapa ayat
tunggal atau sekumpulan ayat tunggal dalam percakapan seharian disebut ayat majmuk.
Abdullah Hassan (1993), pula mentakrifkan ayat majmuk sebagai ayat yang terdiri
daripada dua atau lebih ayat yang terbahagi kepada dua, iaitu ayat majmuk setara dan ayat
majmuk bertingkat. Ayat majmuk setara ialah ayat itu terbentuk daripada dua klausa atau
lebih. Setiap ayat itu setara dengan yang lain dan dihubungkan oleh kata hubung setara
seperti dan, tetapi, atau, dan lain-lain. Setiap klausa itu bebas dan boleh berdiri sendiri.
Manakala ayat majmuk bertingkat pula terdiri daripada dua atau lebih klausa tak
setara.Sekurang-kurangnya satu daripadanya klausa bebas dan yang lain bergantung
kepadanya.
Melalui Arbak Othman (1989), memanggil ayat majmuk sebagai ayat berlapis dan
ayat berkait. Ayat berlapis ialah ayat majmuk yang merupakan gabungan dua atau lebih ayat
selapis dengan menggunakan kata sendi penambah seperti dan, atau, serta, lalu, sama ada,
dan tetapi. Manakala ayat berkait pula ayat yang subjek dan predikatnya mengandungi ayat
kecil. Ayat ini menerangkan perkataan yang ditegaskan untuk menjadi subjek atau predikat.
Mengikut Asmah Hj. Omar (1973), pula menggunakan istilah klausa kompleks
bagi merujuk kepada ayat majmuk. Beliau membahagikan klausa kompleks kepada dua,
iaitu klausa yang terbentuk melalui penggabungan dan pelapisan. Menurut beliau lagi,
klausa kompleks terbahagi kepada klausa kompleks setara dan klausa kompleks tak setara.

5. Rumusan
Pada dasarnya dalam pertuturan kita seharian, kita bukan sahaja menggunakan ayat
tunggal malahan ayat majmuk juga.. Kita menggunakan banyak ayat tunggal yang
kebanyakannya dipadankan untuk membentuk ayat majmuk. Penggunaan ayat majmuk
dapat menambahkan keindahan berbahasa, memudahkan penyampaian dan penerimaan
maklumat.
Walaupun terdapat perbezaan dalam kalangan ahli-ahli bahasa tentang penggunaan
ayat majmuk ini. Namun dapatlah disimpulkan bahawa untuk meningkatkan kemahiran
membina ayat majmuk dalam penulisan tindakan yang sewajarnya boleh diambil untuk
membantu pelajar menjadi lebih arif dan bijak dalam pembentukan ayat majmuk yang lebih
tuntas dan mampu dikembangkan berlandaskan rumus-rumus tatabahasa mengikut
keperluan kepada bidang pendidikan bahasa.
Dalam beberapa buku yang telah dihasilkan oleh para ahli bahasa, kajian yang
dijalankan ini adalah untuk mencapai perkara-perkara seperti berikut;mengenal pasti jenisjenis ayat majmuk dalam struktur sintaksis serta menghasilkan deskripsi ayat majmuk yang
lebih lengkap dengan pelbagai kata hubung yang sesuai.
Kajian ini akan dapat memberi menafaat kepada

guru-guru bahasa Malayu

membantu mereka menjelaskan dan menerangkan fungsi penggunaan ayat majmuk yang
sesuai dan lebih efektif agar mudah difahami oleh pelajar. Bagi penggubal kurikulum pula,
diharapkan kajian ini mampu memberi panduan yang jelas dan membantu mereka
menentukan hala tuju pendidikan bahasa Melayu dengan

mencadangkan satu modul

pengajaran ayat majmuk yang sesuai berdasarkan standardisasi yang dibuat.

Senarai Rujukan :
1.Abdullah Hassan. (2006).Morfologi ( Siri pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu ).
Batu Caves : PTS Publications &Distributors Sdn. Bhd.
2.Ali Mahmood. Dr (2008). HMBL2103 Pembelajaran morfo sintaksis Bahasa Melayu.
Seri Kembangan : Open University Malaysia.
3.Arbak Othman. (1985). Mengajar tatabahasa. Kuala Lumpur : DewanBahasa dan Pustaka.
4.Arbak Othman. (2000). Pengajaran nahu Bahasa Melayu. Serdang :Penerbit Universiti Putra
Malaysia.
5.Nik Safiah Karim. (1989). Tatabahasa dewan. Kuala Lumpur : DewanBahasa dan Pustaka.
6.Sulaiman Masri. (2006).Tatabahasa melayu. Kuala Lumpur : UtusanPublications & Distributors Sdn.
Bhd.
7.Asmah Hj. Omar. (1993). Nahu Melayu Mutakhir edisi keempat. KualaLumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
8.Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (1996). Tatabahasa Bahasa Melayu(Perkataan). Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai