Anda di halaman 1dari 25

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
TUGASAN KERJA KURSUS

PROGRAM PENSISWAZAHAN
GURU (PPG)
KOD KURSUS :EDU 3093
GURU DAN CABARAN
SEMASA

Nama : UAMA THEVI A/P


THEVARAJ
SEMESTER : 8 /2015
(PPG Ambilan Jun 2011BTM/SN/SEJ)

PENSYARAH : EN. HATIM


AZIWIR BIN ZAADUN ZABIR

A/GILIRAN :
2011112360258
NO K/P
: 740415-02-5634

Tarikh Mula
14. 02. 2015

Tarikh Hantar
28. 03. 2015

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiaptiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : ...
NamaPenulis

: UAMA THEVI A/P THEVARAJ

Tarikh

: 13 .03. 2015

ISI KANDUNGAN

KERTAS SOALAN

PENGHARGAAN

BORANG KOLABERASI

TUGASAN 1: PENGHASILAN PRODUK

i)

Hasilkan laman sosial dalam bentuk blog, facebook atau web berasaskan kursus
EDU 3093. Sertakan storyboard atau tatacara pembinaan laman sosial
tersebut serta cara dan kaedah penggunaannya.

TUGASAN 2: PENULISAN AKADEMIK


i)

Hasilkan

peta

pemikiran

i-Think

berkaitan

ii)

pengurusan emosi guru.


Seterusnya sertakan refleksi terhadap dapatan anda tentang punca stress dan
pengurusan stress dalam kalangan guru.

PENUTUP
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN

punca-punca

stress

dan

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Tuhan kerana dengan
limpah kurnianya saya dapat menyiapkan tugasan yang diberikan dengan sempurna dan
sistematik. Sepanjang saya membuat kerja kursus ini, saya sihat dan walafiat dengan
limpah Yang Maha Esa.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah subjek
EDU 3093 Guru Dan Cabaran Semasa, kami iaitu EN. Hatim Aziwir Bin Zaadun Zabir
kerana telah banyak membantu saya

dalam menyiapkan kerja kursus ini. Beliau telah

banyak memberikan bimbingan kepada seluruh ahli unit kami. Beliau telah mewujudkan
teknologi terkini iaitu Kumpulan WhatsApp EDU 3093 bagi memudahkan komunikasi kami
dengan beliau. Dengan bimbingannya yang tidak ternilai itulah dapat kami menyiapkan
tugasan ini dengan sempurna.
Saya juga ingin berterima-kasih kepada rakan-rakan seunit saya yang telah turut
membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Oleh kerana tunjuk ajar mereka, saya dapat
menyiapkan projek ini dengan baik.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak yang telah membantu
saya menyiapkan tugasan ini secara langung dan tidak langsung.

Sekian, terima kasih.

Daripada,
Pn.UAMA THEVI A/P THEVARAJ

BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS


NAMA PELAJAR
KUMPULAN
OPSYEN

:
:

UAMA THEVI A/P THEVARAJ

PPG AMBILAN JUN 2011


: PENGAJIAN TAMIL/SAINS/SEJARAH

SEMESTER

MATA PELAJARAN

EDU3093 Guru Dan Cabaran Semasa

PENSYARAH PEMBIMBING

EN. Hatim Aziwir Bin Zaadun Zabir

TARIKH

PERKARA

YANG KOMEN

T/TANGAN

DIBINCANGKAN
28/2/2015

PENSYARAH

Penjelasan tentang tugasan Sedikit kabur dan kurang


oleh pensyarah.

5/3/2015

6/3/2015

faham.

Perbincangan dengan rakan Kurang


kumpulan tentang tugasan.

BLOG

Mulai mencari isi dan bahan

Sukar

jelas

tentang

mencari

bahan

untuk membuat tugasan di bukti yang tepat dan


Pusat Sumber dan Internet.
8/3/2015

jelas.

Memeriksa draf yang telah Berbincang


dibuat

dan

dan mula bertaip memperbetulkan

dalam komputer.

kesalahan

yang

dilakukan.
9/3/2015

Laman sosial telah dibina dan

Tiada

alamat urlnya telah di sms

pensyarah

kepada

pensyarah

whattsapp .
Menggabungkan
10/3/2015

komen

dari

melalui
bahan-

bahan taip dan menjadikan Masih menyempurnakan


tugasan yang sempurna.

blog yang dibina

Menghantar tugasan kepada


13/03/2015

pensyarah.

Tiada

Pengenalan
Cabaran era komunikasi abad ke-21 terhadap sistem pendidikan negara begitu terasa.
Ledakan teknologi maklumat dan kemajuan teknologi global serta kewujudan arus perdana
Koridor Raya Multimedia (MSC) dalam sistem pentadbiran negara, menuntut konsep
pendidikan mencorak ke arah yang bercirikan teknologi secara saintifik.

Profesion perguruan juga merupakan badan yang dipertanggungjawabkan oleh


kerajaan untuk menghasilkan rakyat masa depan yang serba canggih sebagai jentera
penggerak negara. Tanggungjawab profesion perguruan menjadi semakin berat kerana
rakyat masa hadapan yang hendak dihasilkan itu bukan sahaja perlu diterapkan dengan
pelbagai ilmu pengetahuan semata-mata, tetapi perlu juga diseimbangkan dengan nilai
sosial yang baik dari segi moral dan etika yang murni. Malangnya ketika kita bersungguhsungguh menyahut cabaran masa kini untuk merealisasikan aspirasi negara, timbul pula
pelbagai masalah dikalangan guru-guru.
Mutu pendidikan yang cemerlang banyak bergantung kepada produktiviti yang tinggi
di kalangan ahli-ahli pendidik terutama sekali para guru memandangkan guru menyumbang
sebahagian besar daripada pekerjaan di dalam bidang pendidikan. Malah, pihak guru juga
merupakan sebahagian besar daripada pekerja di pihak kakitangan awam di mana
jumlahnya adalah hampir 230,000 iaitu hampir satu perempat daripada keseluruhan jumlah
kakitangan di sektor awam.
Sistem pendidikan yang pesat berubah bersesuaiaan dengan perkembangan
teknologi dan proses globalisasi dalam usaha merealisasikan wawasan 2020 banyak
memberi kesan kepada guru. Kini, pihak guru perlu berhadapan dengan permintaan yang
berbagai dan kompleks yang boleh membebankan guru. Guru-guru merasa stress hasil
daripada ketidakupayaan mereka untuk berdaya tindak ke atas peerubahan-perubahan
yang pantas berlaku seperti perubahan kurikulum dan kaedah pengajaran. Guru-guru juga
berada dalam dilemma memandangkan guru terpaksa memenuhi berbagai permintaan
seperti permintaan dari masyarakat. Stress boleh memberi kesan kepada kepuasan kerja
dan keberkesanan ke atas produktiviti guru.
Para pendidik hendaklah dengan bijaknya mengurus emosi mereka. Jika tidak
mereka akan hilang dalam ledakan dunia pendidikan yang kini mengalami perubahan yang
mendadak.

TUGASAN 1
Pada

09.03.1025

saya telah berjaya membina laman sosial

dalam bentuk blog

berasaskan kursus EDU 3093. Pada mulanya saya cuba membina blogspot.com
menggunakan google tetapi apabila saya berunding dengan pakar IT beliau nasihatkan saya

membina blog menggunakan weebly.com. adalah mudah dan sangat menarik berbanding
lain.
Storyboard/Tatacara Pembinaan Laman Social
1. Tatacara Pembinaan Laman Sosial
1.0 Sebelum memulai perlu meastikan memiliki alamat email yang valid untuk
mendaftar di Weebly.

Alamat email tersebut berfungsi untuk memverifikasi

pendaftaran akaun di Weebly. (weebly.com). Isikan data diri dan tekan tombol
Get Started.

1.2 Klik Add Site bagi memulakan.

1.3 Pilih Blog bagi memualakan menulis blog sebagai permulaan laman sosial.

1.4 Pilih Theme yang sesuai bagi isi kandungan laman sosial yang akan dibina.

1.5

Setelah

menggunakannya.

mendapat

Theme

yand

disukai

click

Choose

bagi

1.6 Di Panel kiri terdapat elemen-elemen yang boleh dimasukan laman sosial
(drag and drop) dan susun posisi elemen-elemen tersebut.

2. Laman Sosial Yang Sedia Dibina. (Cara Pengguanaan Laman Sosial)


2.0 Muka Grafik Pengguna Laman Sosial yang dibina.

2.1 Di muka Grafik Laman Sosial navigasi boleh dibuat atas prinsip WYSIWYG.
(What You See Is What You Get) Pengguna hanya perlu Klik.

Jom

Klik sini boleh digunakan


untuk terus navigasi ke isi
kandungan laman mahupun di
bahagian atas laman terdapat
pilihan navigasi ke seluruh blog.

2.2 Ini adalah bahagian Mengenai Blog dimana secara ringkasnya terpapar
tujuan
tambahan.

laman sosial ini. Di bawahnya disertakan bahan

2.3 Ini adalah bahagian isi laman sosial. (Punca Stress Guru)

2.4 Ini adalah bahagian kedua isi kandungan laman sosial ( Pengurusan
Stress).
Slide Share boleh dilihat dengan mengunakan anak panah navigasi di
bawahnya.

2.5 Ini adalah bahagian yang terpapar apabila klik, tombol 'KLIK di sini".

Sekian, Terima Kasih.

Cara dan Kaedah Penggunaan Blog


Blog adalah suatu sarana berbagi online melalui web. Umumnya, setiap pengguna
blog (blogger) menggunakan blog untuk membuat tutorial, menulis catatan dan
perniagaan. Mereka yang membuat catatan di blog dapat berkongsi ilmunya kepada
orang lain.Penggunaan blog dapat meningkatkan pemahaman tentang tajuk yang

dibincangkan. Ia memberi maklum balas yang cepat. Dapat berhubung dengan pakar
dalam tajuk yang dibincangkan.
Enjin Carian - Penggunaan blog lebih menarik minat enjin carian @ enjin gelintar @
search engine untuk mencari kandungan yang kemaskini.Isi kandungan - Kandungan dalam
sesuatu blog lebih cepat disebarkan berbanding laman web tradisional. Contohnya jika anda
melanggan perkhidmatan daripada weebly, bloglines atau feedblitz, kandungan blog anda
akan dikemaskini dengan segera dalam laman-laman tersebut.
Pengetahuan pengaturcaraan web yang sedikit - kita tidak perlu menjadi pakar
bahasa pengaturcaraan web seperti html, php, atau asp untuk membangunkan blog sendiri.
Kita boleh menggunakan laman blog percuma atau membina blog anda sendiri
menggunakan perisian blog dari sumber terbuka. Maklumbalas daripada pembaca - dengan
adanya kemudahan "comment", kita boleh mendapat maklumbalas daripada pembaca
mengenai sesuatu topik yang diperkatakan.
TUGASAN 2
Terdapat 8 jenis peta pemikiran i-Think. Seperti di bawah:

6. Tekanan dari
ibu bapa & pihak
luar

7. Pentadbir
&
pengurusan

5. Konflik
peranan & tidak
jelas

8.
Interper
sonel

Bagi menerangkan punca-punca stress saya telah memilih peta i -Think yang ke 2 iaitu
Proses Pemikiran jenis Menerangkan iaitu Peta Buih( Bubble Map ). Manakala bagi
menerangkan pengurusan emosi guru saya telah memilih Peta Buih berganda.
4. M urid
tidak
berm otivasi

Punca
-Punca
stress Guru

3. Tekanan
m asa dan
beban kerja

1.0

2. M engaw al
Peta Buih( Bubble
disiplin
sekolah

1. Konsep

Map )kendiri
Punca-Punca
Stres
&
status

2.0 Peta Buih Berganda ( Bubble Map )


Buat Pilihan

Aktiviti fizikal

-jogging

Tenang, penyabar,
bekerjasama

-berenang

Hobi

- menyanyi

EQ ( Kecerdasan
Emosi )

-Yoga

Elak
Ubah
Modifikasi
terima

- Melancong

Punca-Punca

Mengurus
tekanan
emosi

-menari

Kawal minda
-Meditasi
-Mkn seimbang

Mengurus
tekanan
emosi
Teknik Silva

Katakan TIDAK

Perancangan
tugas
Sangat penting
& kurang
penting

Bina konsep
kendiri positif

-Bebanan tugas
- teman kerja stress
Bersikap Profesional
Asingkan peribadi &
kerja

Sek
Murid
Tugas

Akt keagamaan
Sembahyang/
dekati tuhan

TUGASAN 2 : PENULISAN REFLEKSI : Dapatan anda tentang punca stress dan


pengurusan stress dalam kalangan guru.

Stres di kalangan guru merupakan

topik popular yang

tidak asing lagi dibincangkan oleh media

massa

Malaysia,

dilaporkan

stres

di

kalangan

guru

kini. Di

meningkat pesat selari dengan kepesatan

pembangunan

pendidikan

berkenaan

di

Malaysia.

Laporan

masalah dan salah laku guru di dada-dada

akhbar,

kesemuanya

kegagalan

adalah

kesan

daripada

hampir
guru-

guru berkenaan menguruskan stres dalam diri. Masalah stres dikalangan guru haruslah
dikenal pasti dan diketahui punca sebenar seterusnya ditangani sewajarnya. Sekiranya tidak
ditangani masalah ini akan merebak sehingga mengakibatkan permasalahan-permasalahan
yang serius yang berhubung kait rapat dengan gangguan emosi, perubahan dalam tingkah
laku seterusnya burn out yang menghalang mereka daripada melaksanakan tugas dan
tanggungjawab dengan lebih berkesan (Kyriacou dan Sutcliffe, 2000).
Dipetik daripada Utusan Online ruangan Gaya Hidup bahagian pendidikan oleh Noor
Hamizah Abu Bakar di dalam artikelnya yang bertajuk; Guru Lebih Stess, menyatakan hasil
kajian mendapati bahawa guru berada di kedudukan keempat dalam kerjaya yang paling
mencetuskan tekanan atau stres terutama dari segi fizikal selepas polis, pegawai penjara
dan jururawat. Malah, kedudukan itu berada di atas daripada profesion tentera yang
menduduki tempat ke lima.
Tekanan atau stress merupakan sebarang jenis perubahan yang menyebabkan rasa
tegang fizikal, emosional dan psikologi. Semua insan mengalami tekan yang berkaitan
dengan kerja, keluarga, keputusan , masa depan, dan sebagainya. Atlanta Reproductive
Health Centre (1995) mendefinisikan stres sebagai wear and tear bagi pengalaman badan
kita semasa kita menyesuaikan diri dengan persekitaran yang terus berubah. Keadaan
sebegini memberi kesan fizikal dan emosi yang dapat mencetuskan rasa negatif dan positif.
Stres guru menurut Kyriacou dan Sutcliffe (2000) ialah tindak balas ke atas kesan
negatif seperti marah atau tertekan yang biasanya diikuti oleh kesan fisiologi dan perubahan
biokimia

seperti

peningkatan

kadar

denyutan

jantung

dan

pelepasan

hormon

adrenocorticotrophic ke dalam saluran darah. Kyriacou (2000) juga mendefinisikan stres

sebagai pengalaman guru yang mengalami emosi yang tidak stabil seperti tension, kecewa,
marah dan tertekan akibat aspek-aspek yang timbul daripada kerjaya guru.
Menurut Anthony Yeo (1993), satu bentuk tekanan yang boleh membawa kesan
kepada kehidupan seseorang secara positif atau negatif. Stres dianggap positif sekiranya
dilihat sebagai cabaran yang boleh meningkatkan potensi diri dan produktiviti. Beliau juga
membahagikan simton stress seperti di bawah :

Simtom Stress Jangka Pendek / Jangka panjang


Fizikal

Emosi

Tingkahlaku

Kesihatan

Sosial

Pekerjaan

Pening

Aniexti

Kurang
tumpuan

Ulser

Kepuasan
hubungan
menurun

Ponteng

Sakit
belakang

Hilang sabar

Makan
berlebihan

Penyakit
jantung

Penamatan
perhubunga
n

Tukar kerja

Sakit kulit

Marahmarah

Tak berselera

Infeksi
pernafasan

Tiada
sokongan

Kemalangan

Sakit
perut/gastrik

Berdengus

Meyendiri

Alahan

Penarikan
diri

Penguranga
n kualiti kerja

Saya merupakan seorang guru besar di sebuah sekolah SJKT di Bentong Pahang.
Saya juga telah berkhidmat sebagai seorang guru selama 15 tahun.

Sepanjang

perkhidmatan saya, saya telah mengalami pelbagai jenis stres secara peribadi dan dalam
bidang kerjaya saya. Seperti dinyatakan dalam jadual diatas,

saya juga mengalami

beberapa simton stres seperti tidak selera makan, menyendiri, kurang berfokus,
kemalangan, kemurungan, pening dan sebagainya. Hal ini menunjukkan bahawa saya
sebagai seorang guru besar juga tidak terlepas daripada stress ini. Stress boleh timbul
kepada sesiapa pada setiap peringkat usia dan pada bila-bila masa.
Sebagai seorang ketua jabatan saya juga dapat melihat secara langsung puncapunca stress di kalangan guru-guru di sekolah saya dan rakan kerja saya dimana setelah
dinaikkan pangkat menjadi guru besar penyakit seperti darah tinggi dan kencing manis pun
turut menjadi pakej. Terdapat banyak punca berlakunya stres dikalangan guru. Faktor-faktor
ini dapat dibahagikan kepada lima faktor utama iaitu faktor diri, faktor interpersonal, faktor
organisasi dan faktor kekurangan sumber.

Faktor diri
Pada zaman yang sangat mencabar, pekerjaan yang diimpikan amat sukar untuk
diperolehi.

Kebanyakan mahasiswa

keluaran

universiti-unversiti

tempatan

terpaksa

menganggur begitu lama untuk mencari pekerjaan yang selesa, mudah, dan menjanjikan
gaji yang lumayan.
Profesion keguruan sering dilihat sebagai pilihan terakhir. Sering kali profesion ini
dianggap sebagai profesion peringkat pertengahan di bawah
profesion professional yang lain seperti doktor, jurutera,
peguam dan lain-lain. Ini menyebabkan ramai dikalangan

guru

yang tidak ikhlas semasa memilih profesion ini. Mereka


meramalkan

profesion

ini

begitu

selesa

dan

tidak

menyusahkan kerana beranggapan tanpa latihan asas pun


mereka masih boleh menjadi guru dan menerima gaji
bulanan yang lumayan disamping cuti yang banyak.
Hal ini menyebabkan golongan guru seperti ini menghadapi tekanan sebaik sahaja
menjalani kehidupan sebagai seorang guru kerana realiti situasi yang dihadapi tidak seperti
apa yang diramalkan. Menjadi seorang guru bukanlah sesuatu yang mudah. Insan guru
mestilah insan yang ikhlas dan sanggup berkorban.
Faktor Interpersonal
Daripada kajian yang telah dijalankan, Azizi Yahya (2007) mendapati diantara faktor
interpersonal stres dikalangan guru ialah meraka merasakan diri mereka tersisih daripada
rakan sekerja. Selain daripada itu, rakan guru juga mementingkan diri serta tidak
menghormati tindakan, perasaan serta pendapat dari rakan guru yang lain.
Hal ini sepatutnya tidak berlaku kerana setiap insan guru perlulah meningkatkan
motivasi diri, menanam sikap tolong menolong, bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu
tugasan yang ditetapkan. Di samping menghormati perasaan dan pendapat rakan sekerja
dengan hati yang terbuka dan cuba mempertingkatkan kelemahan yang ada pada diri.
Faktor Beban Tugas
Faktor ini merupakan antara faktor yang terbesar dan hangat diperkatakan punca
stres dikalangan guru. Semua kerja perlu segera - kesuntukan masa,

tugasan kerja

berterusan (kronik), perbezaan persediaan tugas dengan ketetapan tugas, tugasan kerja
kerana kuantitatif dan kualitatif. Perubahan dasar yang drastik -

dasar memartabatkan

bahasa inggeris dan bahasa melayu MBMMBI menggantikan PPSmi.

Manakala Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM 2013-2025) yang mempunyai 3 gelombang.


KBSR ditukarkan kepada KSSR . Manakala
berlebihan.

PBS dimansuhkan kerana bebanan

Pada November 2012 kerajaan telah mengumumkan sistem waktu bekerja 9 jam
untuk para guru dimana Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak telah menjadi negeri perintis
selama enam bulan sebelum ianya diperluaskan ke seluruh Malaysia. Oleh kerana
mendapat tentangan daripada pelbagai pihak dan dari Kesatuan Guru, pada 28hb
November 2012, Timbalan, Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran telah
membatalkan perlaksanaan sistem ini.
Namun begitu, tekanan melampau yang berlaku di kalangan guru adakalanya
memakan diri sendiri. Seorang guru sekolah rendah terkejut mendapati anaknya yang
berusia lima tahun tidak bernyawa selepas kanak-kanak itu ditinggalkan di dalam kereta
selama beberapa jam. Gara-gara mengejar waktu untuk mengimbas kad perakam waktu di
sekolah, dia telah terlupa bahawa anaknya masih lagi berada di dalam kenderaan. (Sinar
Harian, 2012). Kejadian itu telah membuka mata banyak pihak. Kesatuan Perkhidmatan
Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menegaskan bahawa guru-guru di Malaysia ini
bekerja dalam keadaan tekanan atau tekanan yang melampau lebih-lebih lagi apabila
jemaah nazir dari Kementerian Pelajaran memantau guru-guru di sekolah. Dalam laporan
akhbar Utusan Malaysia bertarikh 28 Februari 1998, mencatatkan bahawa guru merupakan
anggota perkhidmatan awam yang paling ramai menerima rawatan mental. Kenyataan ini
bertepatan dengan pepatah Melayu yang menyatakan bahawa guru ibarat lilin yang
menerangi orang lain, tetapi membakar dirinya sendiri.

Faktor kekurangan Guru Di Sekolah.


Kekurangan sumber terutamanya sumber tenaga manusia merumitkan lagi masalah
stres yang dihadapi dalam bidang keguruan. Kekurangan guru sememangnya diakui
merupakan faktor yang rumit dan sukar diatasi. Hal ini menambahkan lagi bebanan kerja
guru-guru sedia ada secara terus menerus. Pada masa sekarang sekolah saya juga
kekurangan dua orang guru. Tahap stres guru sememangnya bertambah berikutan keadaan
jumlah guru yang kurang dan tidak seimbang serta peningkatan jumlah murid tahun, guruguru seringkali memikul tanggung jawab dan bebanan yang banyak.
Aziz Yahya (2007) menegaskan diantara faktor stres dikalangan guru ialah mereka
terpaksa melakukan tugas yang bertentangan dengan bidang, kemahiran dan kehendak
mereka. Misalnya seorang guru Bahasa Tamil di sekolah saya terpaksa menjadi guru Sains
disebabkan tiada guru opsyen Sains dibekalkan ke sekolah. Hal ini sama sekali tidak akan
berlaku sekiranya bilangan guru di sekolah mencukupi.
Faktor Teknologi
Pada zaman serba canggih ini penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan diwawarkan
oleh semua pihak. Justeru guru berhadapan dengan pelbagai teknologi canggih seperti

penggunaan internet, emel, whatsapp, telegram , fax , blog( Frog VLE) , Facebook, Web dan
sebagainya. Semestinya ia akan membebankan para pendidik dan membawa kepada
tekanan. Seorang guru terpaksa bangun pagi pukul 3 semata-mata untuk mengisi markah
murid secara on-line kerana talian internet lemah. Bukankah ini akan membawa masalah
kesihatan dan keluarga kepada guru itu. Lama kelamaan dia akan tertekan dan mengalami
stress. Terdapat pelbagai e-online yang perlu guru-guru menguasai seperti e-operasi, e-spl,
e-mis, e-pangkat, eg-tukar, APDM, e-kehadiran, SAPS, e-prestasi, SPS, e-spbt dan pelbagai
e lagi.
Kesemua faktor yang menyumbang kepada masalah stres di kalangan guru
seharusnya diambil perhatian sepenuhnya oleh semua pihak seterusnya di atasi dengan
cara yang palin sesuai dan berkesan. Sebagai tunggak pendidikan negara, guru
sememangnya perlu bijak menangani segala isu pendidikan agar dapat mengawal stres.
Oleh itu, guru perlu bijak dalam mengendalikan stres. Kegagalan guru untuk mengendalikan
stres memberikan kesan negatif kepada kesejahteraan fizikal, mental dan emosi guru
sekaligus menjejaskan profesion keguruan dan bidang pendidikan negara. Stress dalam
kalangan guru dapat dikendalikan dengan strategi berikut:
Kenal pasti reaksi emosional.
Apabila keperluan emosi dapat dikenal pasti maka seseorang guru boleh menangani
stress dengan cara yang lebih positif. Contoh situasi, seorang guru perempuan tidak
bersefahaman dengan guru besar di sekolahnya. Guru tersebut telah menangani stress
dengan cara yang negatif, iaitu menengking guru besar itu. Setelah guru tersebut
mengetahui keperluan emosi dalam dirinya,

guru tersebut sedar bahawa tindakannya

adalah kerana suatu masa dahulu ayahnya telah menggunakan pendekatan yang sama
oleh guru besar itu, iaitu lagak bapa yang menghukum anaknya. Guru tersebut sedar
bahawa dia inginkan guru besar itu menghargai beliau. Guru tersebut telah berhadapan
dengan guru besar dan memberitahu perasaannya itu. Akhirnya, hubungan mereka berjaya
dipulihkan.
Perhubungan sosial.
Apabila berhadapan dengan stress, guru memerlukan sokongan daripada orangorang di sekelilingnya. Oleh itu , guru harus tambah dan kuatkan hubungan atau jaringan
dengan rakan-rakan sekerja atau rakan lain untuk melindungi guru daripada stres. Dalam
keadaan stres, guru boleh berkongsi pandangan dan luahan dengan rakan atau ahli
keluarga yang boleh dipercayai. Mengadakan perjumpaan dengan rakan semasa makan
tengah hari, menghantar emel kepada rakan, berkongsi bahan pengajaran, hari berkeluarga
bersama rakan rakan kerja dapat mengurangkan stres di tempat kerja. Selaindaripada itu
guru juga boleh terlibat dengan kumpulan perbincangan seperti Forum, Vchat, Kumpulan
Whatsapp, facebook sekolah dan sebagainya.

Aktiviti fizikal
Stress menjejaskan kesihatan dari segi imunisasi tubuh. Oleh itu, seseorang guru
harus tahu teknik yang berkesan untuk menangani stress.Pengetahuan dalam senaman
rutin dan pelan makanan seimbang boleh membantu guru menangani stress. Seorang guru
perlu memberi perhatian kepada penjagaan kesihatan dan kecergasan diri. Perbanyakkan
melakukan dan menyertai aktiviti yang menjurus kepada senaman berbentuk fizikal seperti
aerobik dan bermain badminton serta melakukan secara beramai-ramai bagi menimbulkan
suasana yang harmoni dan penuh gelak-ketawa.
Selain dari menjaga kecergasan diri, guru juga boleh bersosial dengan teman-teman
rapat dalam masa yang sama untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat tentang
sesuatu isu.Semua guru haruslah mengamalkan gaya hidup yang sihat dalam kehidupan
seharian. Ini termasuklah menjaga soal pemakanan dengan pengambilan makanan yang
seimbang serta banyak menghabiskan masa dengan keluarga dan mengelakkan gaya hidup
yang negatif seperti merokok, minum arak, berhibur di kelab malam dan sering tidur lewat.
Rujuk Pakar
Guru hendaklah bergaul dengan golongan yang memiliki tahap intelek yang serupa
dengan mereka kerana aspek intelek boleh membantu guru menangani stress (Gold Yvonne
dan A. Roth Robert, 1993). Dengan menjadi guru tidak semestinya kita tidak perlu
menambah ilmu pengetahuan terutamanya dalam mengetahui cara mengatasi stres. Guru
seharusnya terus memperbanyakkan maklumat mengenai pengurusan tekanan dari
pembacaan buku ataupun rencana akhbar mahupun menonton rancangan-rancangan
berkaitan di televisyen. Lebih banyak maklumat yang diperolehi maka lebih mudahlah untuk
seseorang guru mengurus tekanannya.
Kesimpulannya ialah, tekanan adalah sebahagian dan sentiasa melingkari
kehidupan seharian manusia. Justeru setiap daripada kita menghadapi tekanan cuma yang
membezakan adalah pada peringkat manakah tekanan memberi kesan dalam kehidupan
Dengan ini, guru juga turut menghadapi tekanan dan adalah penting bagi guru yang
menghadapi tekanan mengetahui kemahiran pengurusan tekanan. Ini supaya tekanan yang
dihadapi tidak mendatangkan kesan buruk kepada guru sehingga menjejaskan imej mereka
serta organisasi pendidikan itu sendiri. Stres memberi banyak kesan negatif kepada pihak
guru. Ia juga merupakan salah satu sebab utama mengapa sejumlah besar guru bercadang
untuk meninggalkan profesion perguruan. Diharapkan dengan tugas guru yang semakin
mencabar kini, beberapa kajian lain tentang tekanan guru dapat dlakukan lagi dan kenal
pasti tindakan yang boleh diambil agar matlamat pendidikan untuk menghasilkan guru dan
murid yang cemerlang tercapai dalam dunia pendidikan demi melahirkan generasi yang
gemilang serta merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 20132025.

Profesion perguruan adalah profesion yang tidak mempunyai pembahagian masa yang jelas
antara masa bekerja dan masa tidak bekerja.Keadaan sedemikian sememangnya
mewujudkan stres kepada guru-guru.
Profesion keguruan dan tugas guru merupakan bidang yang kompleks dan
mencabar. Guru bukan sahaja perlu mengajar, malah perlu melakukan kerja-kerja
pengkeranian dan pentadbiran, menjalankan aktiviti kokurikulum dan juga melibatkan diri
secara aktif dalam Persatuan Ibu-Bapa dan Guru. Disamping kerja-kerja yang dinyatakan,
guru juga perlu memastikan tanggung jawab utama iaitu berinteraksi dengan pelajar-pelajar
secara fizikal, dan emosi semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam
keadaan yang kodusif.
Boleh dikatakan stres dapat dikawal dengan baik oleh guru sekiranya mereka
mementingkan kepada cara-cara untuk menguruskan stres tersebut.Pengurusan stres amat
kritikal atau diperlukan oleh guru bagi memastikan mereka sentiasa bersedia untuk
menghadapi segala cabaran dalam profesion keguruan dan dunia pendidikan yang
mendatang. Hal ini seterusnya akan membantu pemecutan kemajuan bidang pendidikan
negara.

BIBILIOGRAFI

Noriati A. Rashid, Boong Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah A. Majid.
(2010). Guru Dan Cabaran Semasa. Selangor. Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Shulman,J.H (1992), Case Methods In Teacher Education, New York: Teachers College
Record.
Cooper, C.L., Sloan,S.J. & William,S. (1988). Occupational Stress Indicator Management
Guide. Oxford: NFER-Nelso Publishing Company Limited.
Grififth,J.& Steptoe, A. & Cropley, M. (1999). An Investigation of coping strategies of coping
Strategies associated with job stress in teachers. British journal of Educational job
stress. Vol 69(4), 517-531
Sapora Sipon. (2003), Stres Kerja Guru: Punca, Kesan Dan strategi Daya Tindak. Jurnal
Prosiding Seminar Profesion Perguruan.
Syed Ismail bin Syed Mustapa (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Selangor. Penerbitan
Multimedia Sdn.Bhd.
Berita Harian (2014 ) seksa jadi guru ,Diperolehi pada 11 September 2014
Utusan Malaysia (2011). Kerjaya Guru Kian mencabar, Diperolehi pada 4
Ogos

2011daripada http://www.utusan.com.my/

http://www.scribd.com/doc/182265274/Modul-Edu-3109-Guru-Dan-CabaranSemasa#scribd
http://www.beritasemasa.com.my/beban-tugas-guru-sekolah