Anda di halaman 1dari 38

Isi Kandungan:

1. 0 PENGENALAN.......................................................................................................2
2.0 DEFINISI GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN....................................................3
3.0 IMPAK GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN.......................................................6
4.0 KESAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN.......................................................8
5.0 CABARAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN...............................................11
5.1 Cabaran Pendidikan Bertaraf Dunia..................................................................13
5.2 Cabaran Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)..............................................17
5.3 Cabaran Perubahan Sistem Pendidikan..........................................................19
5.4 Cabaran Perkembangan Profesionalisme Guru...............................................20
5.5 Cabaran TMK dalam pendidikan......................................................................21
5.6 Cabaran Melahir modal insan yang berintegriti...............................................22
6.0 CADANGAN LANGKAH MENGHARUNGI DAN MENGATASI ISU DAN
CABARAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN......................................................23
6.1 Perkembagan Profesionalisme Keguruan.......................................................23
6.2. Peranan Institusi Keluarga Dan Sekolah..........................................................29
6.3 Perubahan Kurikulum Dan Sistem Pendidikan.................................................29
RUMUSAN..................................................................................................................32
PENUTUP...................................................................................................................33
BIBLIOGRAFI..............................................................................................................35
REFLEKSI TUGASAN.................................................................................................36

1 | Page

ISU DAN CABARAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

1. 0 PENGENALAN
Pendidikan adalah nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Ia merupakan
kepentingan

bagi seluruh masyarakat. Dalam pembangunan negara peranan

sistem pendidikan merupakan faktor penyumbang utama. Pendidikan yang


berkualiti dan cemerlang merupakan wahana usaha membangunkan generasi alaf
baru. Malaysia memberikan penekanan berat terhadap pendidikan kerana percaya
bahawa pendidikan memainkan peranan penting dalam mencapai visi negara
untuk memperoleh status sebagai sebuah negara yang membangun dari segi
pembangunan ekonomi, sosial dan kerohanian, moral dan etika ke arah
membentuk satu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, liberal dan dinamik.
(Akta Pendidikan 1996, Kementerian Pendidikan Malaysia,2001)
Dalam proses merealisasikan visi dan misi pendidikan negara, guru
memainkan peranan yang penting. Memandangkan guru adalah agen perubahan
maka profesion perguruan tidak terkecuali daripada terlibat dengan perubahan
akibat daripada internationalisme dan globalisasi. Rentetan daripada perubahan
tersebut terdapat beberapa cabaran yang perlu ditangani antaranya cabaran
dalam bilik darjah bila mana para pelajar perlu diperkembangkan potensinya. Ada
yang melihat sekolah sebagai sebuah organisasi yang dihujani pelbagai bebanan
tugas dan ada kalanya bentuk tugasan ini bukan yang terancang tapi sesuatu
tidak terduga. Hal demikian inilah yang menjejaskan reputasi profesion perguruan
yang satu ketika dahulu dipandang tinggi dan mulia. Pelbagai tanggapan yang
boleh disimpulkan sama ada dalam kalangan masyarakat umum tentang profesion
guru. Namun sebenarnya profesion menjadi seorang guru bukan sahaja suatu
pekerjaan yang murni dan baik malah menjadi seorang guru perlu menggalas
suatu tugas dan cabaran yang hebat untuk mendidik, membimbing dan menunjuk
ajar dalam proses membentuk seorang manusia untuk menjadi modal insan yang
berguna untuk agama, bangsa dan negara.

2 | Page

Dalam mengharungi proses dan sistem pendidikan tersebut khususnya di


negara kita seorang guru

sering menghadapi pelbagai cabaran dalam

melaksanakan konteks tugasannya di bilik darjah dan sekolah. Berdasarkan artikel


Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei
2012, guru ialah ejen keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan
pendidikan adalah berhubung rapat dengan kesedaran para guru terhadap
tanggungjawab, kelengkapan keilmuan dan keluhuran peribadi.

Walaupun

sesuatu sistem pendidikan itu baik, sekiranya ejen yang menyampaikan itu tidak
efektif maka maksud yang ingin disampaikan tidak akan tercapai matlamatnya.
(Syed Ismail & Ahmad Subki, 2010).Selain itu

dunia era globalisasi kini

memperlihatkan perkembangan ilmu yang sangat pantas. Kemajuan dalam


teknologi maklumat memberi kesan secara langsung atau tidak langsung dalam
kehidupan dan sistem pendidikan. Perubahan demi perubahan yang berlaku itu
turut membawa bersama isu dan cabaran dalam sistem pendidikan masa kini.
Sistem pendidikan berubah sejajar dengan perubahan aspek ekonomi, budaya
dan politik. Perubahan aspek tersebut amat hebat dan pantas. Leka dan alpa
boleh menyebabkan kita terpinggir dan tersingkir. Oleh itu sistem pendidikan dan
persekolahan dalam menghadapi gelombang perubahan alaf baru perlu berfungsi
pada landasannya untuk menyumbang kepada pembangunan bangsa dan
negara.

2.0 DEFINISI GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Globalisasi sering dikaitkan dengan istilah dunia tanpa sempadan. Adakah ini
bermakna globalisasi akan menghapuskan persempadan sesebuah negara?
Hakikatnya globlisasi hanyalah pengurangan atau pengapusan beberapa sekatan
yang dikenakan oleh sesebuah negara terhadap transaksi yang merentas
sempadan negaranya.Situasi ini menjadikan modal,perdagangan,teknologi dan

3 | Page

manusia

bebas

bergerak

seolah-olah

tiada

sempadan

negara

yang

menyekatnya.Globalisasi menjadikan jarak geografi bukan lagi faktor penghalang


untuk sesebuah negara saling berhubung sama ada dari segi ekkonomi,sosial
atau poitik.Globalisasi juga dikaitkan dengan sifat keterbukaan sesebuah negara
terhadap negara lain.keterbukaan sesebuah negara untuk menerima dan meniru
kemajuan yang dicapai oleh negara lain mampu menjadikan negara tersebut lebih
berdaya saing dan berdaya maju.Sekatan dan halangan melalui pelbagai
peraturan akan membantutkan pembangunan sesebuah negara.Globalisasi
dianggap sebagai pemangkin kemajuan bagi sesebuah negara.
Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu unit
yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah
negara. Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan
dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki
oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media
komunikasi seperti internet, media elektronik, dan teknologi siber. Perkembangan
ini memungkinkan perhubungan di antara sesebuah negara dengan negara yang
lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang
singkat.
Menurut Kamus Dewan globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang
menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan
kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Manakala cediakawan barat
mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan
infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi
yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia di dunia ini. Ini bermakna segalagalanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan.
Dalam era globalisasi ini, dunia semakin dikecilkan ruangnya daripada yang
asal. Jika dulu dunia ini seluas saujana mata memandang dan dipagari dengan
sempadan-sempadan namun kini ia tidak berlaku lagi. Malah pada hari ini kita
telah dapat merasakan apakah dia itu globalisasi. Ledakan teknologi maklumat
yang pesat merupakan medium utama kepada agenda globalisasi ini. Dunia

4 | Page

bukan

sahaja

tidak

bersempadan

geografi

tetapi

pengaruh

globalissasi

menjangkau sempadan ekonomi, teknologi, bahasa, budaya, ideologi, politik dan


dari segenap aspek kehidupan sesebuah masyarakat.
Globalisasi juga merujuk kepada perpindahan nilai, terutamanya cara berfikir
dan gaya bertindak dari satu daerah dunia kepada daerah dunia yang lain.
Globalisasi yang diberi erti luas ini adalah suatu hakikat yang tidak dapat
dipertikaikan. Hakikatnya globalisasi itu sudah wujud sebelum istilah globalisasi
diperkenalkan lagi. Fenomena globalisasi boleh dikiaskan sebagai gelombang
yang melanda dunia.
Era globalisasi meletakkan Malaysia berhadapan dengan pelbagai cabaran.
Untuk menjadi sebuah Negara membangun sepenuhnya, Malaysia perlu
meningkatkan daya saing dan meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia.
Globalisasi berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitu globalization juga
perkataan globalisasi diungkap menerusi Bahasa Perancis iaitu perkataan
monodialisation yang mana semuanya bermaksud seantero dunia.Kamus Dewan
Bahasa dan Pustaka ( 1986) pula telah mentafsirkan global bermaksud mengenai
dunia seluruhnya atau pada keseluruhannya dan pada umumnya.Manakala,
globalisasi pula bererti fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi
perhubungan

manusia

disebabkan

kepantasan

perkembangan

teknologi

maklumat. Scholte (2000), menyatakan globalisasi ialah proses menyingkirkan


batasan atau sekatan kerajaan mengenai pergerakan antara negara supaya
mewujudkan satu ekonomi dunia yang terbuka dan tanpa sempadan.
Menurut Mok Soon Sang (2010), globalisasi pendidikan membawa tekanan
kepada guru supaya berubah dari stail pengajaran lama kepada baru, mengikut
hasil dapatan penyelidikan pendidikan yang terkini. Fungsi utama globalisasi
pendidikan ialah menghasilkan sumber-sumber diperlukan pendidikan dan
pembelajaran

sepanjang

hayat.

Ia

merupakan

proses

berterusan

untuk

meningkatkan tahap kemahiran dan pengalaman individu. Naisbitt (1982) pula


menegaskan dalam abad ke-21, salah satu aliran mega di peringkat global ialah
kepakaran pendidikan secara global (global educational experties) selain daripada
hubungan dalam bentuk rangkaian (networking). (Noriati et. al, 2009).

5 | Page

Guru-guru perlu menyahut cabaran ini kerana generasi yang hidup pada abad
ke-21 ini perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi hingga ke peringkat
antarabangsa. Selain daripada itu kebanyakan sumber maklumat adalah
berasaskan kepada bahasa antarabangsa iaitu bahasa Inggeris. (Mok Soon Sang,
2010).

3.0 IMPAK GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Globalisasi meluaskan konsep dunia tanpa sempadan memberikan cabaran


terhadap guru bagaimana perancangan pembelajaran dan dunia pendidikan boleh
dimajukan dari perspektif global yang melibatkan penyesuaian kurikulum,
penjadualan belajar, penerokaan maklumat melalui ICT, pengawalan dan
penyeliaan, serta peranan efektif guru dalam memajukan dunia pendidikan.
Seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah 7, ada dinyatakan tentang
impak globalisasi dalam pendidikan di mana rajah di sebelah kiri merupakan
sebab yang berlaku menerusi globalisasi dan rajah di sebelah kanan menunjukkan
akibat daripada globalisasi dalam pendidikan.

6 | Page

Lambakan sumber maklumat dalam Bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa


yang mudah diperoleh menerusi kecanggihan teknologi maklumat menghasilkan
penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa sebagai bahasa ilmu.
Ini kerana, kebanyakan bahan penyelidikan dan sumber lain maklumat
menggunakan Bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa. Ini secara langsung,
menjadi

kelaziman

individu

menjadikan

Bahasa

Inggeris

dan

bahasa

antarabangsa sebagai bahasa ilmu utama. Selain itu, dengan globalisasi,


penggunaan teknologi maklumat dalam sesi pembelajaran dan pengajaran
sering diaplikasikan. Ini membuatkan murid-murid dan guru dapat menguasai
ledakan maklumat dan menambah pengalaman murid. Jika pada masa kini
tiada pelaksanaan pembelajaran menggunakan teknologi maklumat di dalam
bilik darjah, adalah sukar untuk guru menyalurkan ilmu dan pengalaman
berkaitan persekitaran yang sukar untuk disediakan. Contohnya, keadaan di
dasar laut, suasana di kutub utara dan melihat bagaimana gunung berapi
meletus. Dengan kecanggihan teknologi maklumat, murid berpeluang melihat
dan meneroka pengetahuan baru yang terbatas melalui video, paparan slide
dan sebaganyai.
Dengan globalisasi dalam pendidikan, mewujudkan lebih banyak institusi
pengajian tinggi swasta yang mana memberikan kesan ke atas semua individu
untuk mendapatkan peluang pendidikan yang sama rata. Secara tidak langsung,
pembangunan

negara

semakin

meningkat

melalui

penghasilan

produk

berkemahiran dan pakar dalam sesuatu bidang. Pembudayaan teknologi dalam


pelaksanaan harian membuatkan urusan kita menjadi lebih mudah dan lebih
bersistematik. Contohnya, penggunaan aplikasi Microsoft Excel, memudahkan
kita untuk menguruskan sesuatu data dan boleh dikemas kini pada bila-bila
masa.

7 | Page

4.0 KESAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN


Sejauh manakah globalisasi yang semakin menular ini membawa kesan positif
kepada pembangunan negara kita?Golongan antiglobalisasi menganggap
globalisasi sebagai suatu bentuk penjajahan baharu oleh kuasa-kuasa besar
dari segi politik,ekonomi dan sosial.Negara-negara kecil akan kehilangan jati diri
kerana perubahan dan pemodenan yang berlaku di sekeliling mereka akan
menghapuskan nilai-nilai tradisi yang diwarisi.Contohnya di negara kita,budaya
timur

yang

diamalkan

sebelum

pergaulan,berp-akaian,pemikiran

ini

dan

telah

mula

sebagainya

dilupakan.Dari
telah

dicemari

segi
dan

dipengaruh budaya barat.Pengaruh budaya barat yang keterlaluan ini


menyebabkan kita keliru untuk menilai sama ada sesuatu perbuatan itu betul
atau salah.
Walau bagaimamapun,tidak dapat dinafikan bahawa globalisasi telah membawa
banyak

perubahan

positif,soaial,atau

ekonomi.Dalam

bidang

pendidikan,pelbagai perubahan telah dilaksanakan.Tujuannya supaya tarap


pendidikan dan modal insan yang dihasilkan mampu bersaing dengan tenaga
kerja di negara-negara maju yang lain.Bidang sains dan teknologi diberi
keutamaan sesuai dengan keperluan pasaran kerja dewasa ini. Dari segi
ekonomi,negara kita telah melakukan pelbagai perubahan dalam bidang
perdagangan,pelaburan langsung asing,migrasi,urbanisasi dan mobiliti tenaga
buruh.Perubahan ini penting supaya negara negara kita tidak terpinggir
daripada arus globalisasi.Dasar ekonomi terbuka yang diamalkan oleh negara
kita menyebabkan pasang surut ekonomi negara banyak bergantung kapada
keadaan perdagangan antarabangsa dan iklim politik dunia.Turun naik harga
minyak dunia dan peperangan di negara lain turut mempengaruhi keadan
ekonomi negara kita.Kegawatan ekonomi yang melanda Asia Timur pada Julai

8 | Page

1997 turut menjejaskan ekonomi negara.Pembaharuan pantabiran yang


dilaksanakan oleh kerajaan adalah untuk memenuhi keperluan akibat
perubahan yang berlaku di peringkat global pada masa kini.Pentabiran kerajaan
tanpa

kertas,Dasar

pandang

ke

Timur,Dasar

penswastaan

dan

dasar

Penerapan Nilai-nilai Islam ialah antara contoh perubahan yang dilaksanaan.


Walaupun era

globalisasi ini memberi impak yang positif kepada sistem

pendidikan setiap negara , kesan globalisasi amat dirasai oleh negara- negara
yang sedang membangun dan yang mundur. Hal ini secara tidak langsung turut
menyumbangkan kesan dalam sistem pendidikan negara sekarang ini.
Persoalannya adakah globalisasi memberi kesan yang positif semata-mata
atau ia turut menyumbang kepada
kontranya iaitu kesan positif

kesan negatif atau memiliki pro dan

dan negatif.Globalisasi dalam pendidikan

memberikan kesan positif dan negatif. Antara kesan positif globalisasi ialah:

budaya pembelajaran sepanjang hayat.


kebolehan berkomunikasi dalam bahasa ibunda dan bahasa antarabangsa.
menguasai kemahiran teknologi untuk keperluan pekerjaan dan kehidupan

seharian.
pendidikan Negara terbuka kepada dunia luar.
perubahan peranan guru dalam bilik darjah.
peluang pendidikan terbuka luas.
persaingan sihat dalam meningkatkan mutu pendidikan dan inovasi.
perkongsian sumbangan hasil penyelidikan tentang pengajaran

dan

pembelajaran.
Disamping itu terdapat juga beberapa kesan negatif melalui globalisasi dalam
pendidikan iaitu:

kadar pengangguran semakin meningkat


pengaliran keluar sumber manusia yang berkepakaran ke luar negara
meminggirkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda
perdagangan pendidikan
penyebaran sumber-sumber yang tidak bersesuaian dengan intelek dan rohani
berlaku penindasan dalam merampas peluang dan sumber bagi kemajuan
sistem pendidikan sesebuah negara

9 | Page

pemantauan mendalam dari aspek permasalahan antisosial.

budaya pembelajaran sepanjang hayat.


kebolehan berkomunikasi dalam bahasa ibunda dan bahasa a
menguasai kemahiran teknologi
pendidikan terbuka
perubahan peranan guru
peluang pendidikan terbuka luas.
POSITIF
persaingan sihat dalam pendidikan
perkongsian sumbangan hasil penyelidikan.

KESAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

kadar pengangguran semakin meningkat.


pengaliran keluar sumber manusia.
meminggirkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda.
perdagangan pendidikan.
penyebaran sumber-sumber yang tidak bersesuaian dengan inte
berlaku penindasan dalam merampas peluang dan sumber.
NEGATIF
pemantauan mendalam dari aspek permasalahan antisosial.

KESAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Justeru

itu, biarpun globalisasi mempunyai kesan positif dan negatif, ianya

adalah tanggungjawab individu dalam membuat pilihan bijak sama ada ingin
memilih sumber yang bersesuaian atau sebaliknya. Sebagai seorang pendidik,
pemilihan yang tepat perlu dibuat dalam mencedok ilmu dan sumber maklumat
yang bersesuaian untuk disalurkan kepada murid-murid terutama semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah agar nilai-nilai positif dapat

10 | P a g e

diperkembangkan dan unsur negatif dapat dielakkan.

5.0 CABARAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Menerusi pandangan bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamed
sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia mengenai dunia globalisasi
terdapat sebanyak lima cabaran asas terhadap dunia globalisasi seperti yang
dilihat menerusi rajah di bawah.

gambar rajah 2

Dalam membincangkan keperluan perubahan dari aspek bidang pendidikan dalam


era globalisasi, pihak UNESCO telah mencadangkan untuk merombak cara-cara
membangunkan potensi sumber manusia melalui tata cara pendidikan secara
formal dan tidak formal. Menurut Hussein Ahmad ( 2001) menyatakan supaya
diperbanyakkan institusi latihan dan pendidikan bagi orang-orang dewasa yang
sudah mempunyai kerjaya untuk membangun dan mengembangkan potensi
sumber manusia bagi membolehkannya memberi sumbangan lebih bermakna
kepada pembangunan negara dan juga perkembangan diri individu itu sendiri. Ini

11 | P a g e

bermakna mereka akan mempersiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang
perlu dikuasai bagi menghasilkan produk berkualiti sesuai dengan peraliran
semasa yang mana menuntut kecekapan dan kesiap siagaan yang tinggi dalam
berhadapan dengan pelbagai kemungkinan era globalisasi kini.
Selain itu, Malaysia tidak dapat mengelak daripada menghadapi cabaran tersebut
sebagai kesan daripada arus globalisasi. Hallinger (1998), menegaskan
globalisasi telah mendorong berlakunya anjakan paradigma yang amat ketara di
kebanyakan negara dalam konteks untuk mencari makna terhadap kualiti
pendidikan dan juga kurikulum yang ditawarkan.Dalam era ledakan teknologi
maklumat dan pada ketika dunia kini menjadi sebuah global village, tuntutan
terhadap ilmu pengetahuan menjadi semakin mendadak. Justeru itu, guru-guru
perlu dan harus sentiasa mengemaskini serta mepertingkatkan ilmu pengetahuan
masing-masing terutama penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)
dalam pendidikan. (Syed Ismail & Ahmad Subki, 2010). Dalam satu artikel yang
disiarkan dalam Harian Metro bertajuk, Minda: Guru Pencetus Transformasi
bertarikh 30 Ogos 2012, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berpendapat pada abad ke21 ini, antara cabaran terbesar dihadapi guru ialah perkembangan teknologi
maklumat dan komunikasi. Tidak dinafikan perkembangan semasa memberi
kesan kepada proses sahsiah, terutama pelajar. Tambah beliau, kebanyakan
pelajar sudah mahir komputer bahkan pemahaman dan keupayaan mereka
kadangkala melebihi guru. Disebabkan itulah guru perlu sentiasa meningkatkan
kemahiran dan pengetahuan, selain memahami tanggungjawab serta berikan
komitmen dengan melaksana pendekatan baru ke arah meningkatkan kualiti
pendidikan.
Dalam suasana alaf baharu yang berorientasi TMK, teknologi memainkan
peranan yang besar dalam pendidikan. Guru yang aktif dan bersikap terbuka akan
sentiasa melihat teknologi baharu sebagai perkara yang positif dan berusaha
mencari alternatif yang terbaik bagi menguasainya. Pengaplikasian teknologi
dalam pengajaran akan menghasilkan generasi berteknologi yang mampu
mengharungi era globalisasi, sekali gus merealisasikan impian negara agar

12 | P a g e

menjadi negara maju pada 2020. Cabaran globalisasi turut menyumbang kepada
cabaran-cabaran seperti berikut:

5.1 Cabaran Pendidikan Bertaraf Dunia


Sektor industri pendidikan di negara sedang berubah secara dinamis dan dikira
akan mengalami banyak perubahan dan pembaharuan menjelang abad ke-21.
Matlamat menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan (center
for academic excellence) di rantau asia dan juga di peringkat antarabangsa pada
abad ke 21 ini nanti memerlukan negara ini meningkatkan kecemerlangan imej
dan kualiti pendidikannya ke taraf dunia atau memperolehi status "World Class
Education".
Pendidikan bertaraf dunia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat
serta dinamis pendidikan negara, khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard,
kecemerlangan

dan

kredentialiti

yang

diakui

dan

diterima

di

peringkat

antarabangsa atau dunia. Dilihat dari perspektif yang luas, Pendidikan Bertaraf
Dunia bermaksud kemampuan dan pencapaian cemerlang Malaysia dalam
membangunkan sektor pendidikan untuk mempelopori perubahan dan kemajuan
dinamis, iaitu :

Pembangunan tenaga manusia

Kepesatan pertumbuhan ekonomi

Pembaikan taraf dan kualiti kebajikan sosial

Pemodenan dan reformasi sosial masyarakat

Kecemerlangan budaya fikir dan intelektual

Pembangunan teknologi dan sains

13 | P a g e

Kejayaan meningkatkan kadar celik huruf yang tinggi di kalangan masyarakat.


Pendidikan Bertaraf Dunia juga merupakan satu komitmen dan usaha
Kementerian Pendidikan bagi memperbaiki kualiti pendidikan negara supaya ia
dapat ditingkatkan kepada satu standard yang tinggi dan mampu menyaingi
negara maju yang lain. Sebagai sebuah negara yang berkembang pesat dalam
berbagai aspek pembangunan, sektor pendidikan perlu berkembang dan
mengalami perubahan anjakan paradigma yang dapat merintiskan alaf baru dalam
segala aspek. Ianya juga merupakan satu langkah penting bagi mengangkat
martabat dan status Malaysia dalam dunia pendidikan di peringkat antarabangsa.

s a
rik
p
e
P
ik u
g
e
m
n
y a
a
p
e
tk
n

om
D
ed
G
s
a
in
P ro
lm
ra
e
Ke
n
y
s
fe
n
ra
u
g

rn k
b
a
C
d id
n
p
rh
a
e
rt ra
e
b
n
a
k
i
n
u
fd

ng
e
P
Pe
n
ijra
h
rh
a
y
s
n

Dalam Malaysia kearah menuju pendidikan bertaraf dunia, tidak dapat lari
daripada cabaran-cabaran yang boleh memberi kesan kepada dunia pendidikan.
Di antara cabaran-cabaran tersebut ialah :
5.1.1 Penghijrahan pensyarah (brain drain)

14 | P a g e

Penghijrahan pensyarah institusi pengajian tinggi awam bukanlah satu fenomena


yang baru. Ia telah lama berlaku. Menurut Encik Wan Mokhtar Wan Yusuf ( Y.D.P.
Persatuan Kakitangan Akademik UKM), penghijrahan ini merupakan satu
fenomena biasa yang sering berlaku dalam mana-mana sektor. Penghijrahan ini
sepatutnya dilihat sebagai tuntutan kepada keperluan tenaga pengajar yang
bertambah dalam sektor pendidikan swasta sejajar dengan perkembangan
pendidikan negara ini.Hal ini memberi ancaman kepada pendidikan di negara
kerana untuk menghasilkan seorang pensyarah bukannya satu perkara yang
mudah.
5.1.2 Dominasi Gender Dalam Profesion Keguruan
Keunggulan idealisme perguruan di negara ini menjadi semakin malap apabila
profesyen perguruan ini dimonopoli oleh kaum wanita. Trend yang berlaku
sekarang menunjukkan profesyen perguruan pada masa kini dan menjelang pada
abad 21 akan terus dimonopoli oleh wanita. Salah satu implikasi negatif
pendominasian gender, khususnya kaum wanita dalam profesyen ini ialah
meluasnya pelbagai perkembangan yang tidak sihat seperti kenakalan remaja,
keruntuhan moral, masalah disiplin, jenayah berat yang semakin meluas berlaku
disebabkan komitmen yang rendah dan ketidakmampuan guru wanita menangani
masalah sosial yang semakin mencabar.Perasaan ketidakpuasan hati di kalangan
guru dalam profesyen perguruan kebelakangan ini telah meningkat dengan begitu
tinggi.
Ini disebabkan meningkatnya beban kerja dan jangkaan yang pelbagai yang
dilakukan oleh guru. Fenomena ini juga mendorong ramai bilangan guru ingin
berhenti dan memohon untuk pilihan bersara daripada profesyen ini. Selain itu,
kaum guru tidak dapat melarikan diri daripada menjadi sasaran kritikan kerana
pendidikan adalah sentiasa terbuka kepada penilaian dan akauntabiliti pelbagai
pihak.Banyak pekembangan terbaru yang berlaku yang memerlukan golongan
pendidik di negara ini lebih bersifat profesional dalam melaksanakan tugas dan
menangani masalah rumit yang berkembang dalam masyarakat sekarang.

15 | P a g e

5.1.3 Peperiksaan Mengikut Keupayaan.


Konsep baru peperiksaan yang akan diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan
yang memberi peluang kepada pelajar-pelajar mengambil peperiksaan mengikut
keupayaan, dikira akan memberi kesan yang luas kepada sistem penilaian dan
sistem pelajaran di sekolah.
Konsep yang dicadangkan oleh Menteri Pendidikan, Dato Seri Najib Tun Abdul
Razak ini, sudah tentu mempunyai implikasi sosial dan moral yang luas kepada
perkembangan pelajar. Murid-murid sememangnya berbeza dari segi kebolehan
dan kecerdasan mereka. Ini menyebabkan sebilangan murid didapati lebih mudah
dan cepat menguasai sesuatu pelajaran dan kemahiran berbanding dengan
segolongan lagi murid yang lemah dan lembab.
Banyak faktor yang menyebabkan mengapa perbezaan ini wujud dan memberi
kesan pada pencapaian individu murid. Dari kajian-kajian yang telah dilakukan
menunjukkan faktor sosioekonomi khususnya latar belakang keluarga seperti
pekerjaan, pendapatan dan pendidikan ibu-bapa mempunyai kesan yang amat
besar kepada pencapaian murid-murid. Konsep peperiksaan yang memberi
peluang pelajar mengambil peperiksaan mengikut keupayaan yang dicadangkan
ini adalah bertujuan menggalakkan pelajar yang pintar dan cerdik atau muridmurid yang telah pun bersedia boleh mengambil peperiksaan lebih awal bagi
tahap-tahap tertentu.
Isu kritikal di sebalik perlaksanaan sistem peperiksaan ini ialah ia boleh
menggoncangkan sistem persekolahan kerana ia boleh menjadi alat untuk
mengukuhkan kedudukan dan pengaruh golongan elit dan golongan berada
mendapat pengiktirafan memihak kepada kepentingan mereka berbanding anakanak golongan kurang berada dan golongan miskin.
Sistem peperiksaan yang dikira liberal ini juga tidak menjadikan sesuatu
perubahan

kepada

yang

berkebolehan

rendah.

Meliberalisasikan

konsep

16 | P a g e

peperiksaan tanpa mengubah rancangan dan program pendidikan untuk


memperbaiki kelemahan akademik golongan berkebolehan rendah sudah tentu
tidak memberi apa-apa makna ke arah merintis masa depan yang cerah kepada
golongan yang berkebolehan rendah.
Salah satu amalan negatif peperiksaan mengikut keupayaan ialah menkelaskan
pelajar mengikut kelas dan kriteria baik, sederhana baik, lemah dan sebagainya.
Amalan ini juga dikenali sebagai "streaming" atau pengaliran. Pengaliran biasanya
dibuat oleh pihak sekolah mengikut pencapaian keseluruhan pelajar, dan
kedudukannya yang bersiri di kalangan pelajar di tahap yang sama.
Konsep peperiksaan seperti ini mengalakkan lebih banyak pertumbuhan pusatpusat

tuisyen

yang

memberi

keuntungan

yang

lumayan

di

samping

mengekspoitasi murid dan ibu bapa demi mendapatkan kelulusan yang baik di
dalam peperiksaan yang diadakan. Pertumbuhan pusat-pusat tuisyen adalah satu
fenomena yang tidak sihat dan ia mencerminkan kegagalan sistem pendidikan
dan sistem persekolahan di negara ini yang kurang cekap menjamin kejayaan
yang baik di dalam peperiksaan. Selain itu peperiksaan akan mempengaruhi ibu
bapa sehingga boleh memberi tekanan mental dan psikologi kepada anak-anak
mereka semata-mata didorong oleh desakan untuk mencapai kejayaan yanga
cemerlang.
Kejayaan di dalam peperiksaan dikira merupakan satu tiket untuk mendapatkan
peluang pekerjaan yang lebih baik di samping untuk mendapatkan tempat
memasuki institusi pengajian tinggi yang begitu berpegang teguh kepada merit
dan prinsip kecemerlangan pencapaian akademik seseorang pelajar.
Dilihat dari perspektif sosiologi, radikal, konsep peperiksaan yang dicadangkan ini
akan mendorongkan kepada satu corak "class struggle" yang lebih ketara yang
mencerminkan realiti keadaan persaingan dan pergelutan masyarakat di luar
sekolah. Keseluruhan falsafah, prinsip, dan proses pendidikan akan terjejas
sekiranya

sistem

peperiksaan

yang

mendasari

wawasan

pendidikan

itu

menyimpang dari matlamat-matlamat unggul pendidikan untuk membentuk dan

17 | P a g e

melahirkan insan yangg seimbang dan sempurna yang perlu dilaksanakan melalui
sistem dan proses persekolahan yang progresif dan dinamis.

5.2 Cabaran Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)


Keberkesanan pengajaran dan mutu penyampaian ilmu yang sempurna oleh guruguru merupakan nadi kejayaan pelaksanaan kurikulum dalam sesebuah sekolah
Kemantapan penguasaan ilmu pedagogi yang ditimba di institut-institut pengajian
tinggi sangat penting bagi membolehkan setiap individu yang terlibat secara
langsung dalam pencarian ilmu mencapai kepuasan dan mengecapi cita-cita yang
diimpikan (Mok Soon Sang. 2000). Sejajar dengan harapan kerajaan menerusi
Kementerian Pendidikan untuk meningkatkan kualiti pendidikan di negara ini, guru
sebagai ahli masyarakat yang bertanggungjawab mendidik dan membentuk
masyarakat berilmu sangat perlu melalui pembelajaran sepanjuang hayat.
Konsep pemelajaran sepanjang hayat (PSH) atau lifelong learning bukanlah
merupakan satu konsep yang baru dalam sistem pendidikan negara yang berlaku
ekoran dari perubahan persekitaran baru di mana ekonomi berasaskan
pengetahuan atau K-Ekonomi menjadi keutamaan. Justeru itu guru memainkan
peranan dalam mengamal serta menerapkan konsep PSH kepada pelajar
disamping memberi penekanan kepentingan PSH dalam pembangunan negara.
Definisi PSH dari segi konsepnya merangkumi pengertian yang begitu luas.
Konsep ini merujuk kepada proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi
program meningkat pengetahuan, kemahiran dan kompetensi samada secara
formal di sekolah, pusat latihan vokasional, atau secara tidak formal berdasarkan
pengalaman

dan

latihan

di

tempat

kerja. Justeru

itu

pembangunan

profesionalisme guru menerusi PSH sangat penting sekali.


Pembangunan Profesionalisme guru ini sangat wajar kerana Kerajaan
Malaysia telah mengambil tindakan proaktif mengubal dasar di mana PSH menjadi
teras utama dalam perancangan pembangunan negara. Rangka Rancangan
Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) bagi tempoh 2001 2010 dan Dasar Wawasan
Negara (DWN) adalah merupakan rangka pembangunan negara jangka panjang

18 | P a g e

bagi menghadapi cabaran globalisasi, liberalisasi ekonomi dan persekitaran


ekonomi berasaskan pengetahuan. Dalam erti kata yang lain, peranan guru
sebagai pelaksana dasar kerajaan di peringkat akar umbi sangat diperlukan. Guru
perlu melalui proses PSH bersama dengan murid-murid. Pembelajaran sepanjang
hayat yang disarankan oleh kerajaan sebenarnya merupakan inti kepada
pembangunan diri setiap guru di Malaysia terutamanya dalam mencapai wawasan
2020.
Guru-guru

hendaklah

bertanggungjawab

bagi

mempunyai

menggalakan

kesanggupan

suasana

untuk

keilmuan

yang

terus
kondusif,

perkembangan budaya, pembelajaran sepanjang hayat dan perkembangan


individu. Mereka wajar mempunyai komitmen yang sepenuhnya terhadap nilai
etika

yang

tinggi,

keadilan,

menghormati

antara

satu

sama

lain

dan

kebertanggungjawaban (akauntabiliti), Komitmen sepenuhnya dalam perhubungan


kerjasama melalui perkongsian maklumat dan penglibatan bersama dalam
membuat keputusan dan komitmen sepenuhnya kepada peningkatan kualiti,
kecekapan dan keberkesanan, terutamanya dalam penggunaan sumber.

5.3 Cabaran Perubahan Sistem Pendidikan

Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam


Dewan Masyarakat Mei 2012, dunia pendidikan berubah dengan penekanan
diberikan kepada penggunaan teknologi maklumat yang selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Keadaan ini seterusnya menyebabkan pengurusan
sekolah menjadi semakin kompleks. Menurut Reighlath dalam Ornstein & Hunkins
(1993), pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah di zaman kepesatan teknologi
banyak mengalami perubahan selaras dengan yang terkini. Ini memberi cabaran
kepada guru di dalam mengikuti perkembangan terkini. Guru perlu menyediakan
diri

untuk

memenuhi

membangunkan

sistem

hasrat

Kementerian

pendidikan

Pendidikan

berkualiti

bertaraf

Malaysia
dunia

iaitu
bagi

19 | P a g e

memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara


Malaysia.
Tugas, tanggungjawab dan peranan guru di Malaysia hari ini bukan sahaja
berbeza dari masa yang lalu, tetapi juga lebih berat dan kompleks. Hal ini adalah
akibat daripada perkembangan dan kemajuan pendidikan negara yang pesat.
Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini harus menyedari
tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang
akan menjadi dewasa nanti. Perubahan sistem pendidikan di Malaysia yang pesat,
khasnya pelaksanaan reformasi pendidikan dalam dekad 80-an dengan
pengenalan program KBSR dan KBSM memerlukan guru mereformasikan diri ke
arah pandangan, sikap dan daya usaha melengkapkan diri dengan ilmu
pengetahun dan kemahiran mengajar yang canggih demi mempertingkatkan
keupayaan dan prestasinya dalam bidang kerja yang kian mencabar.
Ekoran daripada reformasi pendidikan yang dilancarkan khasnya pengenalan
konsep sekolah bestari, tugas dan kerja guru hari ini tidak sama seperti masa
yang lalu. Peranan guru yang lalu merupakan seorang penyampai maklumat tetapi
pada masa kini peranannya telah berubah menjadi seorang pembimbing,
fasilitator dan pemberi rangsangan dalam bilik darjah. Guru pada masa dulu
menumpukan tugasnya mengajar murid dengan ilmu pengetahuan tetapi pada
masa kini menyeluruh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi, mendidik murid
supaya enjadi insan yang berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia berani dan
sanggup menghadapi cabaran hidup serta berguna untuk pembangunan
Negara.Perubahan peranan guru hari ini adalah diiringi dengan perubahan strategi
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Hal ini bermakna sistem latihan
perguruan dahulu telah dianggap kurang sesuai dan berguna lagi untuk mencapai
matlamat pendidikan dalam era globalisasi dan bertaraf dunia. Perubahanperubahan yang seperti ini tentunya mengubah harapan dan keperluan semua
pihak ke atas kecekapan dan keterampilan guru-guru agar impian yang menjadi
wawasan dan matlamat kementerian menjadi kenyataan.

20 | P a g e

5.4 Cabaran Perkembangan Profesionalisme Guru.


Satu perbahasan relevan tentang globalisasi ialah pengkajian mengenai kesan
globalisasi terhadap perkembangan profesionalisme keguruan. Usaha yang dilihat
menerusi cabaran globalisasi dalam perkembangan profesionalisme keguruan
ialah dapat meningkatkan kualiti guru sama ada dari segi kelayakan akademik,
kepakaran dalam pengajaran, kualiti professional dan kualiti personal atau
kepimpinan guru dalam organisasi sekolah dan masyarakat, meluaskan
pengetahuan

guru

bersifat

global,

kemahiran

ICT

dan

interaksi

global

membolehkan guru meluaskan konsep pembelajaran mengatasi halangan bilik


darjah dan birokrasi sekolah, meluaskan peluang kepada guru perkhidmatan dan
guru-guru dalam latihan dari segi pendidikan guru dan peningkatan taraf
profesionalisme dan sebagainya.

5.5 Cabaran TMK dalam pendidikan


Sejajar dengan perkembangan semasa, Malaysia tidak ketinggalan dalam
mengembangkan sayap Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) ini ke dalam
dunia pendidikan. TMK diserapkan ke dalam dunia pendidikan setelah kerajaan
mengambilkira pembudayaan dan penguasaan TMK di kalangan pelajar di negara
ini.

Usaha

ini

dilaksanakan

bagi merapatkan

jurang

digital terutamanya

menyediakan kemudahan komunikasi melalui internet ke sekolah-sekolah di


kawasan luar bandar.

21 | P a g e

Perubahan dasar utama pendidikan negara bagi menjana pengeluaran sumber


tenaga manusia menjadi negara maju berasaskan sains dan teknologi tanpa
mengabaikan kepentingan pembangunan aspek rohani, jasmani dan emosi
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) untuk melahirkan
warganegara yang progresif, dinamik, patriotik dan bersatu padu.
Namun begitu, kita tidak sepatutnya alpa dengan isu dan cabaran yang
dihadapi dalam dunia pendidikan ini. Isu dan cabaran ini perlu diatasi agar hasrat
kerajaan berjaya dicapai. Jom kita lihat peta konsep yang menggunakan sofware
thinking map ini dengan lebih mendalam lagi mengenai isu dan cabaran TMK
dalam dunia pendidikan ini. Tan Ai Goh (1998), penggunaan komputer dalam
pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja membantu guru mencapai objektif
pedagoginya, malah ia memberi peluang kepada pelajar untuk mencuba cara
pembelajaran yang baru. Sokongan daripada pihak pentadbir juga banyak
memainkan peranan sejauh mana penerimaan komputer di kalangan guru dan
pelajar.

5.6 Cabaran Melahir modal insan yang berintegriti


Prinsip

akauntabiliti

dan integriti

penting dan menjadi

amalan oleh setiap

penjawat awam, lebih-lebih lagi pendidik yang mendidik generasi hari muka.
Dimana generasi muda adalah sebagai pelapis kepada pemimpin yang ada
sekarang.

Suatu

hari

nanti akan

memegang

tampuk

utama

negara,

semestinya diberi perhatian yang lebih bagi menghasil modal-modal insan yang
berwibawa dan mempunyai sifat-sifat pemimpin yang selari dengan tuntutan
agama. Guru gagal dalam mendidik sekiranya

hanya tertumpu

atau

mementingkan intelek semata-mata. Kita dapat melahirkan ahli bijak pandai tapi

22 | P a g e

tidak

bermoral, contohnya akauntan

yang

menggelapkan wang negara dan

sebagainya. Oleh itu kita mesti mendidik para pelajar yang seimbang dari segi
intelek dan sahsiah yang selari dengan kehendak agama.

Dalam era dunia tanpa sempadan ini, guru wajar mendalami falsafah dan
budaya integriti sebagai persediaan untuk menjadi guru yang berwibawa. Dalam
konteks ini, kewibawaan seorang guru bukan sahaja diukur dari segi kebolehan
melahirkan pelajar yang mendapat gred A dalam semua mata pelajaran, bahkan
lebih dari itu, guru dinilai dari segi keupayaan mendidik murid menjadi insan
yang

beretika, beradab

dan berakhlak

mulia. Dalam erti kata

lain,

tugas

seorang guru tidak hanya terhenti setakat mengasah kecerdasan minda murid,
tetapi juga mendidik

jiwa dan sanubari mereka agar menjadi insan mulia yang

sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka. Ini adalah


selaras dengan hasrat kita untuk menjadi sebuah Negara maju mengikut
acuan sendiri, iaitu sebuah negara yang mencapai kemajuan yang seimbang dari
segi kesejahteraan ekonomi, kestabilan politik, kesepaduan sosial dan berjaya
membina masyarakat yang berpegang teguh kepada nilai agama, moral dan
etika.
Krisis yang berlaku di Barat dan kemunculan pemikiran baru yang kembali
menekankan kepentingan amalan nilai moral

dan

etika

dalam masyarakat

adalah untuk mengingatkan kita supaya kita tidak sekali-kali mengabaikan fungsi
asas pendidikan di negara kita, iaitu untuk melahirkan insan kamil yang memiliki
kecerdasan intelek, keseimbangan emosi, kehebatan jasmani dan kekuatan
rohani. Bagi merealitikan hasrat ini, dibahu para guru diberi tanggungjawab yang
besar dalam membentuk sahsiah pelajar dan seterusnya dapat melahirkan
pemimpin yang berintegriti pada masa akan datang. Lahirnya Institut Integriti
Malaysia adalah atas keperihatinan pemimpin untuk melahirkan warga Malaysia
yang mempunyai integriti yang tinggi dalam jiwa setiap warganya.

23 | P a g e

6.0 CADANGAN LANGKAH MENGHARUNGI DAN MENGATASI ISU DAN


CABARAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

6.1 Perkembagan Profesionalisme Keguruan


Dengan globalisasi yang semakin rancak menguasai dunia-dunia dalam pelbagai
bidang seperti politik, sosial, pendidikan dan ekonomi ianya memberikan
kelebihan menerusi perkembangan profesionalisme keguruan dalam bidang
pendidikan khasnya. Berdasarkan gambar rajah di bawah terdapat lima
perkembangan yang jelas diperoleh menerusi globalisasi. Impak globalisasi dan
pengantarabangsaan pendidikan ketika ini sudah mulai difahami dan pelan
tindakan telah pun digubal untuk menangani isu dan cabaran yang bakal timbul.
Perubahan corak dalam pendidikan dalam masa terdekat akibat daripada
globalisasi, pengantarabangsaan dan perubahan dalam teknologi maklumat dan
komunikasi ini cukup mencabar bagi pendidikan di Malaysia. Berikutnya adalah
cabaran-cabaran, peranan pendidikan serta persekitaran yang perlu dihadapi oleh
pendidikan di Malaysia.
Dunia tanpa sempadan menyebabkan Malaysia menghadapi kemelutan
sosial. Kebanjiran maklumat, akses yang mudah keadaan dunia hiburan,layaran
mudah bahan-bahan porno melalui Internet dan melayari alam siber yang menjadi
trend masyarakat menyebabkan berlakunya gejala negatif di masyarakat kini.
Perasaan kebimbangan terhadap generasi pelajar masa ini telah tercetus akibat
fenomena negatif ini. Perkembangan tersebut telah mendorong para perancang
kurikulum Malaysia terpaksa menyemak semula keberkesanan kurikulum sekolah
untuk menghadapi pelbagai perubahan akibat pengaruh globalisasi tersebut.
Penyemakan terhadap kekuatan dan kelemah system pendidikan di Malaysia
perlu dilakukan dari semasa ke semasa oleh perancang kurikulum untuk
menyediakan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan tertentu bagi
menghadapi daya saing persekitaran global yang semakin sengit dan mencabar.

24 | P a g e

Mengikut Prof Michael Gibbons (2003), Setiausaha Agong Persatuan


Universisti Komonwel (ACU), globalisasi pendidikan ialah proses perubahan untuk
amalan dan pelaksanaan pengajaran yang berkualiti. Fungsi utama globalisasi
pendidikan

adalah

menghasilkan

sumber-sumber

yang

diperlukan

untuk

pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat. Ia merupakan proses berterusan


untuk meningkatkan tahap kemahiran dan pengalaman individu.
Dalam keadaan dunia pendidikan yang semakin mencabar ini, sebagai pengamal
ilmu, guru perlu menguasai subjek yang diajarnya. Guru juga perlu menunjukkan
interaksi dua hala dan menggunakan pelbagai teknik dan kaedah untuk
menambah keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Sebagai
ejen keberkesanan pendidikan, tugas guru adalah untuk mendidik murid-murid
supaya menjadi generasi berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bersemangat
patriotisme dan bertanggungjawab terhadap diri, masyarakat, agama dan Negara
selaras dengan apa yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Menurut Wan Mohd. Zahid (1993), pada abad ke-21, para pelajar perlu
dikembangkan potensinya yang ada di hemisfera otak kanan dan di hemisfera
otak kirinya secara seimbang. Dari sudut proses pengajaran dan pembelajaran
pula, dalam abad ke-21 para pelajar akan mendapat pelbagai kemudahan,
termasuk kemudahan ICT sebagai yang dirancang untuk membantu mereka
dalam proses pembelajaran bestari. Hal ini menjadi satu cabaran kepada
profesion keguruan. Dalam proses penilaian pelajar pula, penilaian kemajuan
Perkembangan Profesionalisme Keguruan Melalui Globasasi

berasaskan sekolah (PKBS); penilaian hasil pembelajaran (learning outcomes);


pelaksanaan penanda aras (bench marking); dan ujian atau peperiksaan secara
talian terus (on-line) akan menjadi perkara biasa untuk dilaksanakan dalam abad
Meluaskan program pensiswazahan guru bagi memperbaiki taraf kualiti dan tarap profesionalisme keguruan

ke-21. Guru hendaklah menyediakan diri untuk menghadapi cabaran-cabaran ini.


Menurut Wise (1999), Increasingly, technology is poised to revolutionize
teaching, learning and assessment.

Kemahira n ICT dan interaksi global meluaskan konsep pembelajaran

Meletakkan Profesion Keguruan sebagai profesion terpenting

25 | P a g e

Mewujudan Pengajaran yang efektif

Meluaskan pengetahuan guru bersifat global

6.1.1 Meluaskan Pengetahuan Guru Bersifat Global


Meluaskan peluang kepada guru dalam perkhidmatan dan guru dalam latihan dari
aspek pendidikan guru dan peningkatan taraf profesionalisme. Ini dilihat menerusi
adanya peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang yang ditawarkan bagi
memantapkan diri dengan ilmu dan kemahiran dalam sesuatu tempoh yang telah
ditetapkan mampu meningkatkan lagi taraf profesionalisme keguruan. Selain itu,
menerusi globalisasi ianya dapat meluaskan pengetahuan guru secara global.
Seperti yang kita tahu, guru perlu sentiasa mengekalkan nilai intelektualnya
kerana guru merupakan agen perubahan dalam menghasilkan produk berkualiti
atau modal insane yang diperlukan di Negara kita. Guru perlulah peka dengan
perkembangan semasa kerana selain tanggungjawab menyalurkan ilmu kepada
murid, guru menjadi sumber rujukan dan teladan bagi masyarakat di sekeliling.

6.1.2 Kemahiran ICT/TMK Dan Interaksi Global


Perkara yang paling penting bagi mendepani cabaran profesion keguruan pada
masa kini ialah meningkatkan kemahiran Dalam Penggunaan ICT. Bidang
perguruan sentiasa berkembang dan berubah sejajar dengan perubahan zaman.

26 | P a g e

Perkembangan global dengan teknologi telekomunikasi dan internet menuntut


banyak cabaran kepada pendidik untuk mencapai Misi Nasional. Para guru mesti
bersikap proaktif dan terangsang dengan perkembangan teknologi yang semakin
canggih ini. Ilmu ICT mesti terlebih dahulu dapat dikuasai oleh para pendidik
sebagai melengkapkan diri dengan kemahiran terkini bagi menyempurnakan
penubuhan sekolah bestari yang berteraskan penggunaan komputer sebagai satu
bentuk kurikulum wawasan negara Malaysia untuk menjadikan negara maju
menjelang 2020.
Guru juga harus memperlengkapkan diri secara global kerana dalam era
teknologi maklumat masa kini masyarakat terpaksa berdepan dengan pelbagai
peralatan elektronik dalam kehidupan harian sebagai cara hidup moden.
Pembestarian sekolah seperti projek Sekolah Bestari dan SchoolNet, hendaklah
dihargai oleh guru dengan menggunakan segala kemudahan semaksima
mungkin. Dengan globalisasi guru dapat meningkatkan kemahiran ICT dan
interaksi global yang mana ianya meluaskan konsep pembelajaran mengatasi bilik
darjah. Contohnya, dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, guru
dapat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang merentasi
penyediaan pengalaman murid tanpa terbatas. Contohnya, murid berpeluang
melihat keadaan gunung berapi, keadaan di kutub utara dan menyelami di dasar
laut menerusi carian laman video pendidikan di internet.
6.1.3 Mempunyai Ciri Dan Kualiti Profesional

Seseorang guru itu perlulah mempunyai ciri dan kualiti yang profesional sesuai
dengan proses perkembangan pendidikan ini. Cabaran guru untuk merealisasikan
Misi Kementerian Pendidikan, khasnya meningkatkan kualiti sekolah ialah guru
haruslah sentiasa berusaha meningkatkan taraf profesional melalui latihan dalam
perkhidmatan, perlaksanaan penyelidikan tindakan secara kolaborasi, membuat
refleksi kendiri, memupuk budaya ilmu, menambah ilmu dan kemahiran melalui epembelajaran dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang terkini
untuk merancang serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

27 | P a g e

dengan berkesan. Sebanyak 11 anjakan utama untuk mentransformasikan sistem


pendidikan negara dalam PPPM dan juga teras dan dasar pembangunan insan
mestilah difahami oleh semua terutama guru sebagai pelaksana dalam sistem
pendidikan anak bangsa bagi memperkasa generasi muda pada masa
depan.Guru juga mestilah berupaya membuat keputusan, menyelesai masalah
serta berfikiran kritis dan kreatif. Para pendidik juga mesti sedar bahawa profesion
mereka bukan sahaja mengajar tetapi terlibat sebagai pentadbir, pengurus,
perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya.

6.1.4 Mewujudkan Pengajaran yang Efektif


Dari segi pengajaran yang efektif dalam sekolah berkualiti pula, bergantung
kepada perlakuan mengajar guru dalam proses perancangan, pelaksanaan dan
penilaian. Keberkesanan pengajaran boleh berlaku apabila guru telah merancang
sesuatu

program

mengajar

mengikut

prinsip

mengajar.pengajaran

efektif

mempunyai objektif pelajaran eksplisit yang ditentukan berdasarkan sukatan


pelajaran serta kebolehan murid-murid. Selain itu melaksanakannya dengan
cekap dan berjaya menggunakan teknik mengajar yang sesuai. Strategi dan
kaedah mengajar yang digunakan adalah sesuai dan cerdas diberikan aktiviti
pengayaan, manakala murid-murid yang lambat dibimbing dengan aktiviti
pemulihan. Keberkesanan pengajaran ini dapat dilihat apabila guru menggunakan
teknik penilaian terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah. (Noriati et. Al, 2009).
6.1.5 Berilmu pengetahuan Dan Berakhlak Mulia
Selain itu juga, dalam mendepani cabaran profesion keguruan pada masa kini,
seorang guru perlulah berpengetahuan, berdaya fikir dan berakhlak mulia. Guru
yang berpengetahuan perlu serba tahu dengan menambah pembacaan untuk
peningkatan ilmu serta dapat membawa isu-isu semasa untuk dibincang dan
mencari penyelesaian. Isu-isu semasa berkaitan dengan kekeluargaan dan

28 | P a g e

komuniti masyarakat, ekonomi dan sebagainya. Guru yang berpengetahuan dapat


melahirkan generasi anak didik yang cemerlang di kemudian hari. Dalam
perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion perguruan
perlu menyediakan diri dengan amalan nilai murni dan akhlak yang terpuji. Dalam
kurikulum pendidikan ditegaskan nilai-nilai murni yang perlu diserapkan kepada
pelajar dalam pengajaran. Penerapan nilai murni ini penting untuk menyediakan
para pelajar menjadi warga yang berguna kepada bangsa dan negara. (Mook
Soon Sang,2010)
6.1.6 Bertanggungjawab
Tanggungjawab merupakan suatu perkara yang amat penting untuk membimbing
pelajar bagi mencapai kemajuan dan wawasan, para guru perlu melaksanakan
tanggungjawab terhadap terhadap pelajar seperti mengutamakan kebajikan dan
keselamatan pelajar, bersikap adil, memupuk nilai murni. Tanggungjawab
terhadap ibu bapa juga penting seperti seperti mewujudkan hubungan mesra,
menghormati mereka, tidak dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi
mereka dan memberi maklumat kepada mereka untuk kepentingan anak-anak
mereka. Seterusnya tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara seperti
mengelak dari menyebar perkara negatif, menghormati masyarakat setempat
serta menggalakkan kerjasama dan persefahaman. Dan akhirnya tanggungjawab
terhadap rakan sejawat dan profesion seperti mengelak dari membuat kenyataan
negatif, tidak melibat diri dalam kegiatan yang menjejaskan kepercayaan
masyarakat serta membantu rakan sejawat.

6.2. Peranan Institusi Keluarga Dan Sekolah


Dunia sekarang sedang menghadapi era globalisasi yang kian memuncak.
Keterbatasan dalam memantau penerimaan ledakan sumber dan bijak menapis
serangan unsur-unsur perlu dilaksanakan dengan segera agar kita tidak jatuh
dalam arus globalisasi. Globalisasi jika dilihat memberikan manfaat dan juga

29 | P a g e

keburukan kepada kita andai kita tersalah membuat pilihan dan keputusan.
Semua pihak perlulah sama-sama bertanggungjawab dalam usaha memelihara
kemajuan yang tercipta tanpa perlu kecundang disebabkan tewas dalam
globalisasi. Peranan sesebuah institusi keluarga dan sekolah amat penting dalam
membantu membina kemahiran-kemahiran yang seharusnya dikuasai murid
berdasarkan globalisasi.

6.3 Perubahan Kurikulum Dan Sistem Pendidikan

6. 3.1 Sekolah Bestari: Tumpuan kepada proses pengembangan dan pemupukan

pembelajaran dengan menggunakan komputer dan penggunaan multimedia.


6.3.2 Projek Sekolah Net: Penggunaan komputer peribadi dan persekitaran Local
Area Network (LAN). Guru berfungsi sebagai penerima maklumat sesuatu bahan
kurikulum dan pembelajaran daripada luar dan kemudian menyalurkannya kepada
pelajar. Ini memberi peluang kepada pelajar mendapat kemahiran dan maklumat
sesuai dengan keupayaan mereka dan aplikasi pelbagai stail pembelajaran.
6.3.3

Projek Smart Lab: Menggunakan jaringan komputer bagi membolehkan

pelajar mengakses ilmu dan maklumat daripada pelbagai sumber dengan guru
berfungsi sebagai pemandu, pelayar dan pemudahcara.
6.3.4 Projek Sekolah Vista: Perisian aplikasi bagi pengurusan bilik darjah untuk
pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi membolehkan guru menguruskan bilik
darjah dengan berkesan dan memberi peluang kepada pelajar berkomunikasi
secara elektronik dengan rakan dan guru. Tambahan pula, perkembangan dari
segi penggunaan teknologi maklumat, kurikulum di Malaysia juga telah disemak
semula dan diberi nilai tambah supaya kurikulum tersebut adalah relevan dan
berupaya untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran tertentu bagi menghadapi
persekitaran global setelah mereka melepasi alam persekolahan.

30 | P a g e

6.3.5 pengurusan pendidikan: Dalam hal ini, pengurusan pendidikan telah


mengalami transformasi dalam perkembangan dunia global terutama dari segi
penggunaan teknologi telekomunikasi dan pengkomputeran. Beberapa perisian
baru

telah

diaplikasikan

yang

dikenali

sebagai

Pengurusan

Maklumat

Sekolah (School Management Information System) bagi meningkatkan kecekapan


dalam pengurusan pendidikan. Dengan aplikasi tersebut ianya sedikit sebanyak
membantu dalam pengurusan pendidikan seperti:

Membantu dan mempermudahkan pengurus sekolah membuat keputusan.


Meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran.
Mengurangkan beban pengurus dalam melaksanakan tugas yang pelbagai.
Meningkatkan kecekapan sistem pengurusan fail.
Memudah dan menjimatkan masa dari segi mengumpul, memproses dan
menyimpan data seperti laporan kehadiran pelajar.
Meningkatkan kecekapan dalam penyediaan gred/markah peperiksaan pelajar.
Penempatan pelajar dalam kelas.
Membuat agihan jadual waktu mengajar guru.
Pembinaan jadual waktu guru.
Membuat agihan sumber kewangan, buku teks, dan sebagainya.
Menyimpan data mengenai stok dan inventori sekolah serta pelbagai
urusan rutin yang dikendalikan pentadbir dan guru.
(Rahmad Sukor, 2006)
6.3.5 Memperbaiki Kualiti Sistem Peperiksaan
Adalah penting langkah dan strategi pembaharuan dilakukan oleh Kementerian
Pendidikan bagi memperbaiki dan meningkatkan kualiti sistem peperiksaan.
Sistem peperiksaan yang dibentuk bukan sahaja perlu menguji kebolehan
akademik semata-mata tetapi keseluruhan aspek perkembangan dan kualiti serta
potensi individu sejajar dengan falsafah pendidikan negara.
Peperiksaan yang menekankan kepada kecemerlangan akademik semata-mata
tidak memberi gambaran menyeluruh terhadap perkembangan pelajar. Selain itu,
langkah-langkah perrlu dibuat bagi memperbaiki kualiti dengan menekankan
aspek-aspek kognitif dengan menguji kebolehan pelajar dari segi pemikiran kritis,

31 | P a g e

rasionaliti, logik, pertimbangan dan nilai, ketepatan fakta, penyelaisaian masalah,


aplikasi, membuat penilaian dan sebagainya.
Konsep peperiksaan berterusan dalam konteks sekolah perlu di ambil kira sebagai
kriteria keseluruhan mengukur perkembangan masyarakat yang sihat, berdaya
maju dan cemerlang di samping memberi peluang kepada kepada setiap orang
untuk mencapai rasa kejayaan dan penghargaan diri. Perubahan asas dalam
sistem pendidikan perlu dibuat. Perubahan ini bukan bersifat kosmetik tepi
perubahan substantif supaya kurang berorientasikan peperiksaan. Antaranya
cadangan supaya tiga peperiksaan sekolah menengah dikurangkan kepada dua.
Ini akan mengurangkan tekanan. Antara perubahan tersebut ialah membolehkan
kegiatan ko-kurikulum diambil kira untuk memasuki universiti. Ketika ini sepuluh
peratus daripada nilai markah kemasukan universiti datangnya daripada aktiviti
ko-kurikulum. Apabila kita berubah kepada sekolah bestari nanti, penekanan akan
diberikan kepada soal penguasaan ilmu dan kemampuan pelajar mengikut
kemampuan sendiri iaitu konsep kendiri.

RUMUSAN

Kesimpulannya, pada era globalisasi ini atau dunia tanpa sempadan telah
memaksa industri pendidikan di Malaysia untuk melalui era transformasi yang
sangat dirasai gelombangnya. Selain itu, perkembangan pendidikan di Malaysia
yang semakin pesat ini adalah hasil daripada minat ibu bapa yang tinggi terhadap
perkembangan pendidikan dan persekolahan anak-anak mereka baik di peringkat
pra sekolah, pendidikan rendah, menengah dan juga di institusi pengajian tinggi.
Kesedaran tersebut adalah implikasi daripada kesedaran mengenai kepentingan
pendidikan bagi memajukan diri dalam menghadapi cabaran kehidupan yang
semakin sengit.
Bagi menghadapi cabaran pendidikan, guru merupakan aset utama yang
berperanan dalam menyahut segala cabaran pendidikan akan datang. Jadi, ciriciri guru dalam cabaran globalisasi pendidikan perlu dititikberatkan oleh semua

32 | P a g e

guru. Guru perlulah mempunyai iltizam yang tinggi iaitu melibatkan diri secara
bersungguh-sungguh serta penuh tanggungjawab dalam pelaksanaan tugas
melahirkan modal insan kelas pertama. Seterusnya, dalam era globalisasi ini
seseorang guru itu perlu berorientasikan maklumat, dengan kata lain bersungguhsungguh mengejar maklumat baru yang berkaitan pendidikan serta isu-isu
semasa. Aspek ini perlu diambil perhatian kerana ia amat berguna kepada pelajar.
Profesion keguruan adalah satu bentuk perkhidmatan sosial yang amat mencabar
jika dilihat dari segi tanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara. Hal ini
kerana golongan guru adalah golongan yang bertanggungjawab memastikan
Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Guru tercapai.
Oleh itu, peranan-peranan daripada pihak pendidik, ibubapa, dan pelajar itu
sendiri amatlah penting bagi menghadapi transformasi dunia tanpa sempadan ini.
Akhir sekali, pihak perancang pendidikan perlu melihat isu-isu dan cabaran yang
berbangkit secara menyeluruh dan komprehensif. Menyelesaikan masalah secara
runcitan dan memberi tumpuan kepada aspek tertentu dan mengurangkan
tumpuan kepada aspek lain akan menghalang pelaksanaan pendidikan kita
terutama bagi memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri.

PENUTUP

Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam forum pendidikan 2014 menyatakan bahawa
Penerapan nilai, etika dan kerohanian dalam sistem pendidikan global adalah
penting untuk melahirkan masyarakat yang harmoni, selain menolak dilema
pendidikan tanpa roh,. Katanya lagi Kita mahu rakyat Malaysia yang melalui
sistem pendidikan mempunyai semua nilai diperlukan untuk menjadi masyarakat
global'.
Justeru dalam menuju alaf baru pendidikan bertaraf dunia paradigma pendidikan
perlukan anjakan yang dapat mendorong para pendidik memainkan peranan
mereka dengan lebih agresif dan progresif. Paradigma pendidikan perlu diubah
daripada menerima kepada mencipta atau mencari, daripada ketaatan kepada

33 | P a g e

komitmen , daripada individu kepada perkongsian, daripada rutin kepada inovatif


dan kretif, daripada reaktif kepada proaktif dan daripada pasif kepada progresif.
Kementerian Pendidikan perlu terlebih dahulu memastikan semua dalam keadaan
bersedia bagi mendokong semua dasar atau sistem baru yang lebih futuristik.
Setiap lapisan masyarakat mahupun individu haruslah memainkan peranan
masing-masing.

Kita

perlu

bekerjasama

dan

berganding

bahu

dalam

melaksanakan dan merealisasikan wawasan negara demi untuk melahirkan insan


yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, inovatif, kreatif, progresif dan
berakhlak mulia selaras dengan falsafah pendidikan negara. Sebagai golongan
bukan pendidik, kita janganlah meletakkan seluruh tanggungjawab ini hanya
kepada golongan pendidik sahaja, tetapi haruslah memberikan komitmen yang
menyeluruh dan bersepadu.
Selain daripada itu, kemudahan-kemudahan bagi tujuan pendidikan juga akan
terus bertambah bagi tujuan pembelajaran. Bersesuaian dengan dunia tanpa
sempadan, kita seharusnya didedahkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan
supaya kita semua tidak ketinggalan. Maka, kemudahan-kemudahan inilah yang
akan membantu kita sebagai alat bantu mengajar yang boleh dipercayai.
Kepesatan arus globalisasi ini juga akan membuatkan pemikiran anak-anak
generasi kita pada masa hadapan akan lebih jauh ke hadapan dengan bantuan
pelbagai kemudahan yang di sediakan.
Perdana Menteri kita, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah berkata ketika
membentang Rancangan Malaysia Kesembilan, Dalam konteks dunia global,
modal

insan

bermutu

tinggi

satu

keperluan,

bukan

lagi

kemewahan.

Pembangunan modal insan dalam RMK-9 dirangka supaya bersifat holistik,


menyeluruh dan bersepadu. Melalui ungkapan beliau itu, beliau amat berharap
agar negara kita akan mencapai hasrat dan aspirasi dan seterusnya menyertai
barisan negara maju menjelang 2020.
Apapun, kita sememangnya mengimpikan apa yang direncanakan kerajaan
menjadi suatu kenyataan. Apalah guna menjadi satu bangsa yang maju jika
kepentingan akhlak dan budi pekerti dikesampingkan. Sebaliknya kita mahu

34 | P a g e

menjadi satu ummah yang seimbang dan cemerlang dalam semua perkara. Ini
adalah bertepatan dengan satu hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Hakim
di mana Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:Kemuliaan manusia adalah
agamanya, harga dirinya (kehormatannya) adalah akalnya dan ketinggian
kedudukannya adalah akhlaknya

BIBLIOGRAFI
A. Rizal, Samsudin, Mohamad Zaid dan Ashaari (2008). Sekolah Dan Masyarakat.
Penerbit UTHM.
Ee Ah Meng. (1999) Pendidikan Malaysia. Shah Alam : Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Kamus Dewan (2007), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2008). Modal Insan Cemerlang: Minda Kelas
Pertama . Putrajaya: Bhagian Sekolah, KPM.
Mok Soon Sang. (2000). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Kursus Perguruan Lepas
Ijazah) Semester2. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah A.
Majid (2010) Guru dan Cabaran Semasa. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd:
Mariam Mohamed Nor and Rahmad Sukor Ab. Samad (2006). Teaching and
Writing for ESL. Kuala Lumpur: Universiti Malaya Press.
Sufean Hussin (2002). Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia. Teori dan
Analisis, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Tor Geok Hwa (2004). Mengembangkan Pemahaman Global: Cabaran Arus
Globalisasi Terhadap Sistem Pendidikan Di Malaysia. Petaling Jaya: IBS Buku

35 | P a g e

Sdn. Bhd.
Rujukan Internet:
http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?
lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=1522&cmd=resetall
Berita Harian, (2007). Pendidikan sepanjang hayat bina sahsiah diri, 16 Mei
2007.

: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140514/re_07/Guru
-dan-cabaran-semasa#ixzz3SBARZdXJ Utusan Melayu (M) Bhd

REFLEKSI TUGASAN

Terlebih dahulu , saya memanjatkan kesyukuran kehadrat Illahi kerana telah dapat
menyiapkan tugasan-tugasan yang telah di amanahkan
tetapkan.

pada masa yang di

Memang tidak dinafikan sepanjang proses melaksanakan

tugasan-

tugasan ini , wujudnya beberapa kekangan yang hadir di celah-celah kesuntukan


masa dan pelbagai tugasan lain yang perlu di laksanakan sebagai seorang ibu
dan pendidik. Alhamdullilah berkat sokongan, rakan rakan , ibu, suami dan
anak-anak, akhirnya saya dapat menyiapkan semua tugasan yang di berikan.
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ribuan terima kasih
kepada pensyarah pembimbing iaitu En. Zaharudin bin Talib yang begitu komited
dan tidak jemu dalam memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya dan rakanrakan untuk menguasai kemahiran seterusnya melaksanakan tugasan-tugasan
yang diberi. Sesungguhnya kursus EDU 3093 - Guru dan Cabaran Semasa ini
banyak memberi ilmu dan manfaat saya kepada saya sebagai seorang guru di
sekolah. Dengan Ilmu yang diperolehi sepanjang kursus ini akan dapat
meningkatkan lagi mutu dan kualiti pengajaran saya di sekolah seterusnya dapat
melahirkan murid-murid yang berkualiti dan seimbang. Terima kasih yang tidak
terhingga juga kepada rakan-rakan seperjuangan dan rakan-rakan pendidik

36 | P a g e

kerana banyak membantu dan berkongsi

idea sepanjang tempoh

saya

melaksanakan semua tugasan ini.


Kesemua kemahiran yang dipelajari dalam kursus ini juga merupakan
pengalaman yang bermakna bagi saya. Bagi menguasai dan memahami tajuktajuk dan kemahiran-kemahiran yang dipelajari

ini menuntut saya membuat

rujukan dalam buku-buku rujukan dan modul, mengulangkaji nota-nota yang


diberikan, bertanya dan berdiskusi bersama rakan-rakan. Berbekalkan segala ilmu
yang diperolehi

inilah saya mengorak langkah dalam membuat tugasan yang

diberi.
Bagi tugasan kursus ini,

saya dituntut untuk

membuat satu esei yang

menghuraikan tentang satu isu atau cabaran semasa dalam pendidikan. Dalam
tugasan ini saya telah memilih untuk menghuraikan tentang isu/cabaran
globalisasi dalam pendidikan. Saya memilih isu ini kerana ia mampu mencabar
diri untuk melihat cabaran atau isu dalam pendidikan dalam konteks yang lebih
luas. Hal ini kerana dalam tempoh 17 tahun berkhidmat sebagai guru saya sering
berhadapan dengan isu dan cabaran di sekolah dan dalam bilik darjah sahaja.
Dalam proses melaksanakan tugasan ini saya telah membuat pelbagai rujukan
tentangisu dan cabaran globalisasi dalam pendidikan termaksuklah mengadakan
sesi perbincangan bersama rakan-rakan secara maya, bertanya kepada rakanrakan guru yang lebih senior dan melayari laman sesawang internet.
Sesungguhnya kecanggihan teknologi masa kini banyak membantu saya dalam
melunaskan tugas yang diberi ini. Hal inilah yang menjadi kekuatan dalam
melaksanakan tugasan ini.
Selain itu terdapat juga beberapa masalah dan kekangan yang dihadapi
terutamanya faktor masa. Sebagai guru saya mempunyai pelbagai tugas dan
tanggungjawab yang perlu dilaksanakan di sekolah lebih-lebih lagi dalam situasi
peperiksaan UPSR yang semakin hampir. Disamping itu pelbagai tugas sebagai
isteri dan ibu juga perlu di laksanakan di rumah. Hal ini menuntut saya
menguruskan waktu dengan baik namun terdapat juga hal-hal yang berlaku di luar
kawalan. Kesemua faktor ini telah menghadkan usaha saya dalam melaksanakan

37 | P a g e

tugasan yang diberi ini dengan sempurna namun saya telah cuba untuk
menghasilkan yang terbaik.
Sepanjang melaksanakan tugasan ini secara tidak langsung dapat menambah
pengetahuan tentang isu dan cabaran globalisasi yang melanda negara.
Disamping itu ia juga dapat membugarkan kembali nilai-nilai profesional keguruan
yang ada dalam diri agar terus berfikiran positif dan berusaha untuk membentuk
murid yang seimbang walaupun dihimpit dengan pelbagai kesan negatif dalam
mengharungi era globalisasi terutama dalam bidang pendidikan. Hal ini turut
memotivasikan diri saya sebagai seorang guru.
Walaupun tugasan ini agak sukar bagi saya namun manfaat yang terkandung
didalamnya sangat besar kepada saya kerana melalui pengalaman sepanjang
melaksanakan tugasan ini, dapat meningkatkan ilmu dan kualiti profesional dalam
diri saya dan rakan-rakan.
Secara

kesimpulannya,

kesemua

meningkatkan ilmu pengetahuan saya

tugasan

yang

diberi

ini

dapat

terutama dalam menghayati nilai

profesional sebagai guru dan mendalami isu dan cabaran semasa dalam
pendidikan agar dapat menyediakan murid-murid saya untuk mengharungi
cabaran globalisasi pendidikan pada masa akan datang tanpa mengabaikan
peranan dan kepentingan nilai-nilai murni.
Dalam keadaan dihambat masa,sokongan semua

menjadi tunjang

kekuatan saya dalam melaksanakan semua tugasan ini. Secara tidak langsung
tugasan-tugasan ini berupaya mambugarkan kembali ilmu-ilmu yang dipelajari
satu ketika dahulu. Ia juga turut menjadi langkah permulaan dalam menyediakan
diri dan minda saya bagi menghadapi peperiksaan akhir kelak.Semoga dengan
ilmu dan pengalaman yang diperoleh ini akan dapat menjadikan saya seorang
pendidik yang lebih cemerlang pada masa hadapan.

38 | P a g e