Anda di halaman 1dari 8

KONSEP 5P

Konsep 5P merupakan asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam KBSR. Konsep
ini merupakan aspek penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana melalui proses ini pelajar dapat
menyesuaikan maklumat dalam rangsangan serta menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan
menyeluruh serta mengelakkan kebosanan dalam kalangan murid.
Konsep 5P ini juga merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di
peringkat sekolah rendah. Ia merupakan satu saranan supaya bidang kemahiran atau bahan pengajaran
dan pembelajaran disampaikan secara bersepadu dan tidak secara berasingan.
Dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), konsep 5P masih diteruskan berdasarkan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). 5P merujuk kepada Penggabungjalinan, Penyerapan,
Penilaian, Pengayaan dan Pemulihan. Tidak banyak perbezaan dalam kedua dua Kurikulum ini dan
KSSR mempunyai penambahbaikan sesuai dengan matlamatnya melahirkan murid yang mempunyai
kreativiti dan inovasi selaras dengan dasar negara maju menjelang tahun 2020. Elemen keusahawanan
serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ditekan secara ekplisit di dalam KSSR.
A. Penggabungjalinan
Definisi:
Penggabungjalinan ialah satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang menyarankan supaya
bidang kemahiran yang berkait rapat atau bahan pengajaran yang mempunyai urutan yang baik tidak
disampaikan secara berasingan. Strategi ini berhasrat untuk menjadikan aspek kemahiran saling
memperkukuh dan bahan pengajaran saling melengkapi. Dalam hal ini, sesi pengajaran dan
pembelajaran akan menjadi lebih berkesan.
Ciri-ciri:
1. Penguasaan beberapa kemahiran serentak sama ada inter bidang atau intra bidang
2. Aspek tatabahasa, kosa kata dan peribahasa turut digabungjalinkan
3. Kemahiran bahasa digabungkan dalam proses P&P
Cara pelaksanaan:
Seperti yang telah diterangkan di atas, konsep penggabungjalinan ialah menggabungkan 2 atau
lebih jenis kemahiran, aktiviti atau pun bahan di dalam satu pengajaran dan pembelajaran. Sebagai
contoh, jika guru ingin menggunakan konsep 5P penggabungjalinan kemahiran di dalam teknik
pengajaran dan pembelajaran, maka guru berkenaan akan menggabungkan 2 di antara kemahiran lisan,
kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Isi kandungan P&P guru harus melibatkan gabungan 2 di
antara kemahiran bahasa tersebut. Contohnya, guru merancang ingin mengajar murid-murid tahun 4
yang bertema Rakyat Cergas Negara Maju. Guru memilih tajuk Bintang Badminton sebagai topik
pengajarannya. Guru memilih Hasil Pembelajaran 8.2 Huraian Hasil Pembelajaran Aras 1 sebagai Fokus
Utama yang memfokuskan aktiviti guru di dalam kemahiran menulis. Sementara guru memilih Hasil
Pembelajaran 5.2 Huraian Hasil Pembelajaran Aras 3 sebagai Fokus Sampingan yang memfokuskan
aktiviti guru di dalam kemahiran membaca. Jelas di sini bahawa guru tersebut menggabungjalinkan 2
jenis kemahiran serentak di dalam satu pengajaran dan pembelajaran iaitu kemahiran menulis dan
kemahiran membaca. Langkah-langkah P&P guru seharusnya lebih menekankan kepada fokus
utamanya iaitu kemahiran menulis sementara itu mengaplikasikan kemahiran membaca di dalam satu
lembaran kerja ataupun aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan tahap penguasaan mereka.
Konsepnya sama sahaja jika guru ingin menggabungjalinkan aktiviti dan bahan. Di dalam
penggabungjalinan aktiviti, terdapat tiga aspek aktiviti yang penting iaitu lisan, bacaan dan kefahaman,
serta tulisan. Aktiviti lisan merangkumi berbual, berbincang, berbahas dan lain-lain. Sementara aktiviti
bacaan dan kefahaman merangkumi memahami, meringkas, memberi makna dan lain-lain serta aktiviti
tulisan yang merangkumi esei, laporan, ucapan dan sebagainya. Untuk melaksanakan
penggabungjalinan aktiviti dengan baik, guru perlu merancang aktiviti-aktiviti mengikut urutan yang baik.
Contoh:
a.
Berceramah
mencatat isi
b.
c.

Bercerita

berbincang

Membaca

menulis karangan

mengesan isi

mengulas

menulis ulasan

Di dalam penggabungjalinan bahan, guru memberikan tumpuan kepada bahan atau tema
pengajaran dan pembelajaran. Bahan itu boleh terdiri daripada bahan utama atau bahan sokongan.
Perancangan harus dibuat bagi menentukan bahan yang dipilih sesuai dengan keperluan, pengalaman,
dan tahap pencapaian murid. Di dalam penggabungjalinan bahan boleh terdiri daripada tiga jenis bahan
iaitu bahan utama(petikan), bahan sokongan(bahan rangsangan) dan bahan lisan(rakaman). Guru boleh
menggabungjalinkan bahan-bahan ini mengikut keperluan masa yang diperuntukkan di samping
mempunyai pertalian dan urutan yang baik. Sebagai contoh:
a.
b.

Berita

ulasan
Iklan

surat permohonan

temu duga

surat jawapan

B. Penyerapan
Definisi:
Di dalam KBSR penyerapan merupakan proses penyebatian dan menyatupadukan pengetahuan
atau unsur pengetahuan daripada satu mata pelajaran lain sebagai isi pelajaran bagi sesuatu mata
pelajaran yang diajar. Dalam pengajaran Bahasa Melayu unsur ilmu, nilai, dan kemahiran bernilai tambah
seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar, dan kajian masa depan boleh diserapkan.
Ciri-ciri:
1. Proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai dan kemahiran bernilai tambah dalam P&P bahasa
Melayu
2. Penyerapan kemahiran bernilai tambah
3. Peyerapan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis
4. Penyerapan semangat patriotisme dan nilai murni dalam P&P
Cara pelaksanaan:
C. Pengayaan
Definisi:
Pengayaan adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk memberi
peluang kepada murid mengembangkan sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya kreativiti, dan
semangat kepemimpinan. Pengayaan disediakan untuk semua murid sama ada kumpulan
cerdas, sederhana, atau lemah.
Ciri-ciri:
1. Diberi penekanan mengikut tahap kebolehan, bakat, keupayaan dan minat murid
2. Aktiviti pengayaan boleh diubah mengikut kesesuaian seperti melakukan aktiviti yang lebih mencapar
kepada murid yang sudah hasil pembelajaran awal dari jangkaan masa
3. Aktiviti pengayaan boleh dilakukan dengan bimbingan guru atau sendirian mengikut kebolehan murid.
Cara pelaksanaan:
Sebagai seorang guru, anda perlu mengambil kira beberapa perkara semasa merancang aktiviti
pengayaan di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Untuk menarik minat murid-murid terhadap
P&P guru, guru seharusnya pandai merangka aktiviti pengayaan yang bersifat kreatif dan eksperimental.
Ini penting bagi meningkatkan proses pemahaman murid-murid di samping mengelakkan murid-murid
bosan atau jemu dengan corak P&P yang sama.
Beberapa aktiviti pengayaan boleh dijalankan di bilik darjah yang sesuai mengikut kecerdasan
murid yang pelbagai seperti pembelajaran akses kendiri, kerja projek, bacaan tambahan, permainan dan
rekreasi, serta pembelajaran berbantukan komputer. Semua aktiviti ini mempunyai variasi dan kaedahnya
yang tersendiri serta menarik minat murid-murid dalam mengembangkan sifat ingin tahu, semangat
berdikari, daya kreativiti, dan semangat kepemimpinan. Seharusnya aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh
murid-murid hendaklah dilakukan dengan menggunakan daya usaha sendiri atau hasil kendiri yang boleh
memberi kesan kepada diri murid-murid.
Contoh-contoh aktiviti telah diberikan seperti di atas. Kita lihat bagaimana cara pelaksanaan
untuk aktiviti yang berbantukan komputer.

D. Pemulihan
Definisi:
Pengajaran pemulihan merupakan langkah khas yang guru lakukan untuk membantu murid yang
menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan
mengira (3M).Pendidikan pemulihan adalah lebih terbatas dan lebih khusus sifatnya kerana ia bertujuan
membaiki kelemahan pembelajaran. Ia melibatkan murid-murid yang lambat, iaitu mereka yang lembab
mencapai pembelajaran berbanding dengan kanak-kanak yang lain. Pencapaian pembelajaran muridmurid ini biasanya di bawah tahap pencapaian yang sepatutnya (Koh Boh Boon, 1982).
Ciri-ciri:
1. Aktiviti pemulihan bertujuan membantu murid menguasai hasil pembelajaran yang belum dicapai
2. Aktiviti dilakukan mengikut kadar kemampuan murid.
Cara pelaksanaan:
Di dalam pelaksanaan aktiviti pemulihan, guru seharusnya bijak untuk merancang aktiviti-aktiviti
yang sesuai dengan tahap kecerdasan mereka.
Kita ambil contoh pemulihan di dalam bilik darjah yang menekankan
Aktiviti pemulihan boleh dilakukan melalui lima kaedah iaitu pengajaran individu, pengajaran
kumpulan kecil, pengajaran kumpulan besar, pengajran bimbingan rakan sebaya dan juga pengajaran
kolaboratif. Bagi pengajaran individu guru akan membimbing murid bagi mengatasi masalah yang
dihadapi dengan alat bantuan yang sesuai manakala bagi pengajaran kumpulan kecil pula guru akan
membimbing murid yang berada dalam kelompok kumpulan yang sama dan mempunyai masalah yang
sama tetapi mendapat perhatian secara individu dari guru.
Pengajaran kumpulan besar pula ialah murid-murid mendapat pemulihan dalam sebuah
kelompok yang besar di mana murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran yang [
Berapa langkah khas harus diambil kira ketika menjalankan langkah-langkah pemulihan bagi
memastikan objektif aktiviti pemulihan tercapai seperti membuat perancangan dan memilih teknik
pengajaran yang sesuai, menentukan masalah yang sama tidak berulang, mengikuti kemajuan murid
dengan menggunakan senarai semak dan juga membuat penentuan aktiviti penhukuhan yang sesuai dan
secocok bagi menyelesaikan masalah. Setelah selesai proses pemulihan sebagaimana yang telah
dijadualkan satu penilaian harus dilakukan bagi menguji tahap penguasaan murid. Penilaian ini bertujuan
bagi memastikan sama ada objektif pengajaran pemulihan terlah tercapai atau tidak dan tindakan susulan
akan diambil ke atas murid.
Rasionalnya pendidikan pemulihan adalah amat penting kerana melalui pendidikan pemulihan muridmurid yang lemah dapat diasuh dan diberikan tumpuan yang lebih berbanding murid lain. Hal ini berlaku
kerana murid adalah berbeza dari segi pengalaman, minat dan juga kebolehan. Oleh itu murid yang
lemah atau menghadapi masalah tertentu perlulah diberi perhatian dan bimbingan. Objektif pendidikan
pemulihan diadakan adalah untuk membolehkan murid-murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu
dengan mengikuti aktiviti-aktiviti alternatif yang sesuai dengan murid.
Selain itu pendidikan pemulihan ini juga membolehkan murid-murid mendapat layanan dan
kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mental mereka di samping
membolehkan murid mengurangkan masalah yang dihadapi melalui bantuan guru-guru dan juga pihak
lain. Murid juga turut diberikan peluang untuk mencuba mengembangkan potensi diri mereka dalam
pelajaran dan minat mereka untuk mencuba ke tahap yang lebih maju serta sama-sama melibatkan diri
sepenuhnya dalam aktiviti-aktiviti sosial sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.
Antara faktor yang membawa kepada masalah pembelajaran ialah apabila wujudnya perasaan
tidak yakin, rendah diri dan takut dalam kalangan murid. Selain itu masalah pembelajaran juga berlaku
akibat daripada sikap negatif yang ada dalam diri murid tersebut sendiri seperti tidak mahu mengikut
kata, tingkah laku yang kurang baik serta disiplin diri yang rendah. Faktor kecacatan sejak lahir dan
selepas lahir juga turut menyumbang kepada masalah pembelajaran. Murid yang mengalami kecacatan
ini akan ditempatkan disekolah khas yang bersesuaian dengan keadaan mereka.
E. Pentaksiran dan penilaian
Definisi:
Penilaian merupakan satu proses atau aktiviti yang sistematik untuk memperoleh maklumat yang
berguna dalam menentukan sesuatu prestasi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Dalam

Bahasa Melayu KBSR, penilaian merupakan satu proses untuk menguji, mengukur, dan membuat
pertimbangan mengenai kebolehan atau kemahiran dan kefahaman murid berdasarkan objektif
Pengajaran dan Pembelajaran.
Ciri-ciri:
Bertujuan bagi mendapatkan maklumat untuk menentukan pencapaian sesuatu hasil pembelajaran dan
objektif P&P
2. Penilaian dilakukan secara berkala den berterusan serta tindakan susulan bagi mengetahui tahap
penguasaan dan pencapaian murid
Cara pelaksanaan:
1.

Rancangan Pelajaran Harian`


Bahasa Melayu Tahun 4
Tarikh
Masa
Mata pelajaran
Tahun
Bilangan Murid
Tema
Tajuk

1.5
i.
5.2

i.

: 7 Ogos 2012
: 1020 1120 pagi
: Bahasa Melayu
: Tahun 4A
: ___ orang
: Rakyat Cergas Negara Maju
: Bintang Badminton

Hasil Pembelajaran:
Fokus utama
8. 2
Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu
penulisan teks tentang sesuatu tajuk
Aras 1
i.Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk.
Fokus sampingan
Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat.
Aras 1
Menyatakan fakta yang terdapat dalam bahan.
Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami
perkara yang dibaca.
Aras 3
Menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca.
Objektif pembelajaran:
Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat:
1. Membina sekurang-kurangnya 6 ayat tunggal berdasarkan tajuk
Bintang Badminton .
2. Menyatakan sekurang-kurangnya 5 fakta yang terdapat dalam petikan Bintang Badminton.
3. Menjawab sekurang-kurangnya 5 soalan pemahaman berdasarkan teks Bintang Badminton yang
dibaca.
Sistem bahasa:
Tatabahasa : antonim (lelaki x perempuan, muda x tua, dalam x luar,
ramai x sedikit, selepas x sebelum)
Kosa kata
: menundukkan, merangkul, arena

Pengisian kurikulum
Ilmu : Pendidikan Jasmani
Nilai : Kerajinan, patriotisme, semangat kesukanan.
Kemahiran bernilai tambah (KBT):
Kemahiran berfikir

: Menjana idea

Kemahiran belajar cara belajar


Kecerdasan pelbagai
interpersonal, intrapersonal

: Mencatat isi penting


: verbal-linguistik,

Pengetahuan sedia ada : Murid-murid pernah bermain badminton dengan


rakan.
Bahan bantu mengajar
lembaran kerja.

Langkah/
masa

: Gambar Raket badminton dan bola tangkis, petikan Bintang Badminton, ,

Isi pelajaran

Aktiviti P&P

Catatan

Contoh soalan:
Guru menunjukkan gaya seorang pemain
Sukan apakah yang
badminton.
dimainkan oleh guru?
Guru bertanya adakah murid menonton
Andaian jawapan
perlawanan akhir olimpik.
-badminton
Bahan bantu mengajar:
Apakah nama benda ini? Murid diminta meneka aksi yang
Raket dan bola tangkis.
-Bulu Tangkis
dilakonkan oleh guru.
Siapa gemar bermain
Murid ditunjukkan bola tangkis dan raket.
Set induksi
Kemahiran berfikir:
permainan
ini?
(5 minit)
Murid menjawab soalan tentang
menjana idea.
-murid
badminton berdasarkan pengalaman
Siapakah pemain handal sedia ada
dalam permainan ini?
Guru mengaitkan soal jawab tadi
-Chong Wei , Lin Dan ,
dengan tajuk P&P hari ini
Rashid Sidek, Hafiz Hashim

Menyatakan fakta dalam


petikan.
Langkah 1
(8 minit)

Langkah 2
( 10 minit)

Peta Minda:
(Rujuk rampiran 1)

Menjawab soalan
pemahaman
Kosa kata:
Menundukkan:
Menewaskan
Merangkul

Bahan bantu mengajar:


Petikan Bintang
Murid diminta membaca petikan yang
Badminton
bertajuk Bintang Badminton dan diminta
Peta minda
mencari isi penting setiap peranggan dan
Nilai:
mencatat dalam peta minda yang
Patriotisme
didearkan oleh guru.
Kecerdasan pelbagai:
Guru dan murid untuk menyemak
Verbal-linguistik
jawapan.
Nilai:
Patriotisme
Guru dan murid-murid berbincang
Bahan bantu mengajar:
tentang kosa kata yang terdapat dalam Petikan dan lembaran
petikan.
kerja pemahaman.
Murid-murid diberi lembaran kerja
Kecerdasan pelbagai:
pemahaman.
interpersonal
Guru membincangkan jawapan bersama-

Mencapai
Arena
Medan; gelanggan
Tatabahasa
Antonim
lelaki x perempuan
muda x tua
dalam x luar
ramai x sedikit
selepas x sebelum

Langkah 3
(9 minit)

Pengayaan:
Menukar perkataan yang
digariskan dalam petikan
dengan antonim yang betul.
(Rujuk Lampiran 2)
Pemulihan:
Memilih antonim yang tepat
bagi perkataan yang digarisi
dalam ayat. (Rujuk lampiran
3)
BINTANG
BADMINTON
Menulis ayat tunggal
berdasarkan petikan Bintang
Badminton.

Langkah 4
( 25 minit)

sama dengan murid.

Guru menerangkan dan memberikan


contoh-contoh antonim kepada muridmurid.
Murid-murid menjawab soalan mengikut Bahan bantu mengajar:
kumpulan pengayaan dan kumpulan
lembaran kerja
pemulihan.
Guru membincangkan jawapan bersama- Nilai:
sama dengan murid.
Kerajinan

Bahan bantu mengajar:


Lembara kerja, petikan
Bintang Badminton.
Kemahiran belajar cara
Murid dalam kumpulan diminta menulis
belajar
:Mencatat
ayat tunggal berkaitan dengan Datuk Lee
isi penting petikan
Chong Wei pada lembaran yang telah
Kecerdasan pelbagai:
diberikan.
Intrapersonal
Murid membentangkan jawapan mereka
Nilai:
dihadapan kelas.
bekerjasama

Rumusan kognitif:
Menulis ayat tunggal
Penutup
(3 minit)

Murid-murid diminta merumus tentang


tentang ikon sukan badminton
kemahiran bahasa yang dipelajari
Rumusan Sosial:
Guru meminta murid menyenaraikan
Bersenam dan bersukan
kebaikan bersukan
baik untuk kesihatan kita

Nilai:
Semangat patriotisme

Refleksi Guru :
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Ulasan Guru Matapelajaran:
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------