Anda di halaman 1dari 5

PANDUAN

COPYWRITING
(Panduan Membina Ayat Jualan)

oleh : fahirafauzi
www.fahira.my
PERHATIAN : NASKAH INI TIDAK BOLEH DIJUAL

1.0 APA ITU COPYWRITING


Copywriting bermaksud segala bentuk penulisan atau grafik yang
digunakan untuk tujuan pemasaran dan hasilkan jualan.
Terdapat 2 jenis copywriting iaitu secara online dan offline. Contohnya
seperti berikut :
Copywriting Online : Facebook, laman web, emel, forum signature
Copywriting Offline : Flyer, majalah, sticker, billboard, banner, namecard





2.0 10 ELEMEN STUKTUR PENULISAN IKLAN
Headline. Bermaksud ayat iklan utama
Sub-headline. Bermaksud penerangan kepada ayat iklan utama
Nama produk
Penerangan produk secara ringkas
Manfaat produk. Sertakan 5 manfaat pun sudah mencukupi.
Kekuatan produk. Sertakan status kelulusan KKM, testimoni
pelanggan, jaminan keberkesanan atau jaminan pemulangan wang
Cara penggunaan.
Harga produk.
Tawaran yang sukar ditolak . Contohnya diskaun, freegift, ebook
percuma dan lain-lain yang anda rasakan sesuai. Wujudkan
keunikan.

Cara tempahan. Sertakan paling kurang 2 cara sama ada SMS, PM


di FB page atau PM di FB personal


3.0 CONTOH TEMPLATE IKLAN BERPENGARUH


Headline
Bina 3 baris ayat pendek yang memukau.
-

Gunakan perkataan ajaib seperti PROMOSI, DISKAUN,


JUALAN MURAH, HAPPY HOUR, STOCK CLEARANCE atau
mana-mana yang anda rasakan sesuai.

Sertakan manfaat produk dan tempoh masa keberkesanan.


Contoh : Kurus seawal 10 hari, Kulit licin dalam 2 minggu,
Kurangkan rabun dalam 14 hari

Ayat arahan pembelian.


Contoh : SMS DG7 ke 013xxxxxxx

Sub-headline
Gunakan teknik Masalah & Penyelesaian.
-

Contoh :
Bagaimana saya boleh bantu anda kurus seawal 10 hari tanpa
perlu bersenam?
Saya BANTU anda _____________________.
Saya BANTU anda _____________________.
Saya BANTU anda _____________________.

Nama produk
Penerangan produk secara ringkas
Manfaat produk
Kekuatan produk
Harga produk
Tawaran yang sukar ditolak
Cara penggunaan
Cara tempahan

4.0 CONTOH SKRIP IKLAN BERPENGARUH


DISKAUN 50% UNTUK 27 ORANG BERTUAH !
Buang Toksin & Kurus Kurang 14 hari
SMS 'DG7' ke 013xxxxxxx
Bagaimana Anda Boleh Buang Toksin Dan Langsing Dengan Menggunakan Koyok
Ajaib Dalam Masa 10 Hari?
Kami BANTU anda buang toksin & segar semasa bangun pagi
Kami BANTU anda kembali langsing tanpa telan pil kurus ajaib
Kami BANTU anda buang toksin & kurus dengan koyok ajaib jenama XYZ"
***********************************************************************
DETOX FOOT PATCH GOLD (DETOX SLIMMING) 100% ORI
***********************************************************************
Koyok ajaib ini diperbuat daripada _______________________.
Produk Ini Sedang Hot di Pasaran & Kebanyakannya adalah TIRUAN ! Jangan
Tertipu & Rugi Ratusan Ringgit ! Dapatkan yang ori daripada kami.
5 MANFAAT PRODUK KAMI :
---- Menyingkirkan toksin badan & lemak berlebihan
Menjadikan badan lebih segar & bertenaga
Mencantikkan kulit
Merawat resdung & sembelit
Melegakan sakit kepala, kaki, tumit & sendi
KEKUATAN PRODUK KAMI :
---- Dijamin 100% selamat & tiada kesan sampingan
Diluluskan oleh KKM. Lihat : http://bit.ly/kelulusanKKM
Dijamin 500% berkesan atau wang anda dikembalikan.
Disertakan dengan testimoni pelanggan :http://bit.ly/testimonidetox
HARGA PROMOSI :
---- PERCUMA poslaju !
CARA PEMAKAIAN :
---- Lihat di sini : http://bit.ly/carapakaidetox
*****************************************
BERMINAT? TUNGGU DULU...
----Bonus tambahan !
Jika anda membuat tempahan sebelum jam 11.59 malam ini (Ahad 14/7/2013), anda
layak mendapatkan DISKAUN 10% pada pembelian ke-2.
Stok TERHAD kepada 27 orang pembeli terawal sahaja !
Untuk TEMPAHAN segera, SMS 'DG7' ke 013xxxxxxx

Terima kasih.
Sekian sahaja perkongsian daripada saya.
SELAMAT MAJU JAYA
Ikhlas,
FAHIRA FAUZI

Anda mungkin juga menyukai