Anda di halaman 1dari 32

1.

0 PENDAHULUAN

1.1 Penghargaan

Assalamualaikum warahmatullah dan salam satu Malaysia. Selawat dan


salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w. Pepatah Melayu ada
mengatakan, “berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing”. Simbolik kepada
pepatah warisan nenek moyang ini adalah semangat yang diserlahkan oleh semua
pihak yang telah memberikan sumbangan dalam penghasilan kerja projek saya ini.
Segala sumbangan buah fikiran, tenaga dan maklumat yang diberikan oleh rakan-
rakan unit J3 amat dihargai dan akan dijadikan sebagai tugu penghormatan buat
kenangan yang indah. Tidak lupa juga kepada pensyarah pembimbing subjek
Bahasa Melayu II Akademik, Encik Khairulanuar bin Ismail dan Encik Abdul Rani bin
Hassan kerana sudi memberikan tunjuk ajar sepanjang proses penghasilan kerja
projek ini.

Waima sepanjang proses penghasilan kerja projek ini terkandung pelbagai


kesulitan dan kepayahan, tetapi dengan hadirnya pihak-pihak berhati mulia yang
sudi membantu, ucapan syukur kehadrat Illahi akhirnya kerja projek ini dapat
dihasilkan dengan jayanya. Dengan kesempatan ini juga saya ingin menyusun
sepuluh jari memohon keampunan sekiranya ada salah silap dan terkasar bahasa
sepanjang saya menyiapkan kerja projek ini. Sehubungan dengan itu, saya Mohd
Fathul Khair bin Mohd Dahlan ingin merangkap sekali lagi untaian penghargaan dan
jutaan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat dalam penghasilan kerja projek
ini secara langsung mahupun tidak. Yang kecil tidak disebut nama, yang besar tidak
dihimbau gelar. Yang cerdik dengan pandainya. Yang jauh tundan-bertundan, yang
dekat sogo-bersogo, umpama memanjat dah sampai ke puncak. Yang ruas dah
sampai ke buku. Yang kitab dah sampai berkhatam. Yang terniat sudah terkabul.
Yang diminta sudah dapat.

Akhirul kalam, sekali lagi diucapkan terima kasih kepada pihak-pihak yang
telah sudi bertungkus lumus membantu saya dalam menghasilkan kerja projek ini.
Sekian, wassalam.

2.0 TULISAN JAWI


1
2.1 Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi

Tulisan jawi merupakan salah satu pengaruh Islam yang meresap ke alam
Melayu serta sudah lama wujud di Nusantara. Terdahulu, tulisan jawi juga dikenali
sebagai tulisan Melayu huruf Arab. Tulisan ini sampai ke alam Melayu bersama-
sama dengan kedatangan agama Islam, yang dibawa oleh para pedagang Islam
pada ketika itu. Tulisan Jawi juga merupakan tulisan rasmi bagi negara Brunei dan
digunakan secara meluas di Malaysia, Filipina dan Indonesia. Tulisan ini telah
berkembang sejak zaman pemerintahan Kerajaan Islam Pasai, kemudian tersebar
secara meluas hingga ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Kerajaan Islam
Acheh pada abad ke-17.

Bukti kewujudan tulisan Jawi di Malaysia menjadi lebih kukuh apabila Batu
Bersurat Terengganu telah dijumpai yang bertarikh 702H atau 1303M manakala
tulisan Rumi yang paling awal ditemui pada pada akhir kurun ke-19. Hal ini
menunjukkan bahawa tulisan Jawi telah sampai lebih awal berbanding tulisan Rumi.
Tulisan Jawi juga telah menjadi tulisan rasmi di Negeri-negeri Melayu Bersekutu
semasa penguasaan British ketika itu. Pada hari ini, tulisan warisan ini masih diguna
pakai untuk hal ehwal Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakannya
digunakan di negeri Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu.

Gambar 1.1 Batu Bersurat Terengganu

Pada zaman dahulu, tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam


masyarakat. Tulisan ini juga digunakan sebagai perantara penting dalam semua

2
urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. Contohnya digunakan dalam
perjanjian-perjanjian penting antara pihak Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa
Portugis, Belanda dan Inggeris. Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi
negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi.

Gambar 1.2 Pemasyhuran Kemerdekaan Tanah Melayu

J.G de Casparis, seorang sarjana bahasa dari Belanda, dalam penemuannya


iaitu inskripsi tulisan Jawi pada batu nisan Makam Shaeikh Ahmad Majanu di Kota

3
Kempas, Port Dickson, Negeri Sembilan telah menterjemahkan tulisan Jawi yang
terdapat pada batu nisan tersebut. Penemuan beliau telah diperturunkan oleh Prof.
Othman Mohd. Yatim untuk dijadikan bahan rujukan para ahli bahasa tempatan dan
luar negara. Antara yang disebut dalam inskripsi tersebut ialah:

“Bismillahirrahmanirrahim

dara buta buka ata-

mat Majanu berbawat daya/seda ahmat

Pwan balat anak sadang Ahmad Majanu ma Malaga

pada Allah”

"Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi Penyayang, makam ini kepunyaan
Ahmad Majanu, wira yang berjuang, Ahmad gugur bersama-sama isteri Balat dan
anak lelakinya. Semasa berjuang dan gugur."

Gambar 1.3 Batu Nisan Makam Sheikh Ahmad Majanu

Selain itu, para ahli arkeologi telah menemui banyak artifak yang mempunyai
tulisan Jawi. Hal ini telah mengukuhkan lagi tanggapan bahawa tulisan Jawi telah
lama menapak di rantau ini berbanding tulisan Rumi. Antara penemuan itu ialah duit
4
syiling emas pada zaman pemerintahan Sultan Dhiauddin Mukarram Shah (1661 –
1687), iaitu ketika zaman kegemilangan pemerintahan Kerajaan Negeri Kedah.

Gambar 1.4 Syiling Zaman Pemerintahan Sultan Dhiauddin Mukarram Shah

2.2 Sejarah Penyempurnaan Sistem dan Ejaan Jawi

Tulisan Jawi merupakan satu elemen dan identiti kepada masyarakat Melayu
di rantau Nusantara ini. Berdasarkan fakta sejarah yang diperoleh, tulisan Jawi telah
5
diguna pakai sebagai wacana persuratan, pendokumenan maklumat serta
persetujuan perjanjian antara pemimpin tempatan dan luar dahulu. Oleh hal yang
demikian, terdapat pelbagai prakarsa yang pragmatik diambil oleh kerajaan bagi
memurnikan serta melestarikan lagi kualiti sistem tulisan dan ejaan Jawi, sejajar
dengan perkembangan dunia masa kini.

Merujuk kepada catatan yang diwartakan oleh pihak Dewan Bahasa dan
Pustaka, terdapat dua langkah yang diambil bagi menyempurnakan lagi sistem
ejaan Jawi. Usaha ini diambil kira-kira dari tahun 1981 hingga 1989. Usaha tersebut
pada mulanya dibuat oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Diraja Johor
(P.Bm.P.B) yang menerbitkan sistem ejaan Jawi pada tahun 1937, serta usaha yang
dibuat oleh Allahyarham Zainal Abidin bin Ahmad atau Za’ba pada tahun 1939.
Tulisan jawi yang sedia dipakai dalam sektor pendidikan dan dalam pelbagai urursan
sejak awal abad ini sehinggalah tahun 1986 dikenali sebagai Sistem Ejaan Jawi
Za’ba yang diasaskan pada tahun 1939 pada ketika itu. Kemudian, usaha untuk
meneliti dan menyempurnakan ejaan Jawi tidak berlaku sehingga akhir tahun 1970-
an, kecuali oleh pihak swasta seperti Penerbit Majalah Dian.

Usaha murni bagi melestarikan lagi sistem ejaan dan tulisan Jawi ini
mempunyai objektif dan tujuan yang tersendiri bagi mengelakkan warisan budaya
Melayu ini daripada pupus dibawa arus pemodenan serta dihanyutkan gelombang
globalisasi. Antara tujuan tersebut ialah untuk mewujudkan satu sistem tulisan dan
ejaan Jawi yang dikemaskini sekaligus menyelaraskan pelbagai kaedah ejaan Jawi
yang tidak seragam serta tidak selaras dalam penggunaannya sebelum tahun 1986.

Selain itu, penyempurnaan ini juga dilakukan untuk membaiki atau


membetulkan beberapa kelemahan atau kekurangan yang terdapat dalam sistem
ejaan Jawi lama yang sedang digunakan iaitu Sistem Ejaan Jawi Za’ba.
Sehubungan dengan itu, usaha ini juga bertujuan untuk memodenkan sistem ejaan
Jawi selaras dengan perkembangan ejaan Rumi. Hal ini bertujuan untuk meluaskan
dan mempertingkatkan penggunaannya agar menjadi wahana penulisan bahasa
Melayu moden, tanpa sebarang penghapusan ciri-ciri khusus sejarah dan budaya
yang terkandung di dalamnya. Rentetan itu, penyempurnaan sistem ini juga bagi
menghadapi perkembangan bahasa, bangsa dan negara dalam merealisasikan
Wawasan 2020.

6
Pada tahun 1981, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan bagi mengkaji
penggunaan bahasa Malaysia, terdiri daripada ahli yang telah dilantik oleh Menteri
Pendidikan ketika itu . Jawatankuasa ini dikenali sebagai Jawatankuasa Mengkaji
Penggunaan Bahasa Malaysia telah memperakukan supaya “Sistem Ejaan Jawi’
yang ada sedia ada sekarang hendaklah dikaji semula dan diperkemas. Antara
kertas cadangan yang dibentangkan ketika itu ialah menerbitkan sebuah buku Daftar
Ejaan Jawi-Rumi yang lengkap.

Ekoran daripada perbincangan itu, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka telah
melantik sebuah Jawatankuasa Mengkaji Semula Sistem Ejaan Jawi pada Februari
1983. Jawatankuasa ini dianggotai pakar-pakar sistem ejaan Jawi yang mewakili
Pusat Perkembangan Kurikulum, Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia dan
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan. Bidang tugas jawatankuasa ini ialah
mengkaji semula Sistem Ejaan Jawi Za’ba iaitu Pelita Bahasa Melayu Penggal I
tahun 1941.

Hasil kajian yang dilakukan Jawatankuasa Ejaan Jawi itu telah dibentangkan
dalam Konvensyen Tulisan Jawi anjuran Yayasan Islam Terengganu dan Dewan
Bahasa dan Pustaka yang telah diadakan pada 9 hingga 11 April 1984 di negeri
tersebut. Konvensyen ini telah dihadiri 150 orang pakar mengenai ejaan Jawi
termasuk yang fasih dalam bahasa Arab dan ahli agama Islam serta beberapa
perwakilan rasmi dari negara Indonesia, Brunei Darussalam, Singapura dan
Thailand. Cadangan tersebut telah diterima dengan baik oleh peserta konvensyen
itu. Hasilnya telah dirumuskan dan disusun oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sekitar
tahun 1985 dan diterbitkan pada tahun 1986 dalam bentuk sebuah buku yang
berjudul Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan.

Dengan berdasarkan buku tersebut, Dewan Bahasa dan Pustaka telah


menyusun Daftar Ejaan Rumi-Jawi buat pertama kali diterbitkan pada tahun 1988.
Senarai daftar kata masukan dan serapan adalah berdasarkan senarai kata
masukan dalam buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia. Buku tersebut telah
diterima dengan pelbagai reaksi dan pandangan oleh pengguna. Hal ini demikian
kerana terdapat banyak kesalahan pengejaan kata. Beberapa orang pakar
berpendapat bahawa daftar ini telah disemak semula dan diterbitkan untuk cetakan
kedua pada tahun 1989. Dalam keluaran terbaru itu, terdapat beberapa pembetulan

7
terhadap perkataan yang diceta salah atau kurang tepat pengejaannya dalam
cetakan yang pertama, terutamanya perkataan pinjaman dan serapan daripada
bahasa Arab.

2.3 Halaman Novel

“Di rumah Lurah Karangwulan. Mertua nakhoda kami yang dahulu itu.”

“Bagaimana fikiran Juragan? Malam ini pulang ke hotel, atau tidur di sini
saja?”
8
“Tidur di hotel. Besok pagi Sukma Bayu beritahu mereka ehwal perjalananku.”

Mbak Sri datang dan bertanya kepda suaminya, “Juragan setuju?”

“Syukur Alhamdulillah! Dia mahu.” Jamado berlega hati.

“Insya-Allah! Demi Mbak Sri. Lain kali, tolong aku pula, carikan kekasih!”

Pasangan suami isteri itu ketawa riang, dan tinggalkan aku sendirian di
kamar.

Biduri tiba bawakan aku jagung bakar. Dia senyum, elus rambutku, dan
berbisik:

“Terima kasih Daeng, atas pengorbananmu untuk diriku!”

“Lain kali akan berterima kasih juga, jika aku rotan kamu?” Mataku
mencerlang.

“Aku rela terima rotanmu. Berdoalah! Semoga rotan itu, bukan akibat
cemburu.”

* * * * * *

Semudah itukah? Babi! Jantan setan malaun. Aku maki diri aku sendiri. Kerana jelas
apa yang dinamakan suara hati; apa yang dinamakan perasaan; apa yang
dinamakan getar naluri; semuanya itu, belum dapat dikawal akal. Malah, tidak ada
tenaga jasad yang dapat mengekang itu semua, maka beginilah aku. Oh! Aku pun
tidak lebih rasa daripada lelaki biasa. Jantan! Rasakanlah padahnya, engkau si
jantan mata keranjang.

Mana boleh tidak cemburu? Sebelum kami meninggalkan Syonan To ke


Rangoon aku terima kartu pos dari Mbak Tuti, puteri sulung Lurah Karangwulan, di
Semarang! Sejak minggu ketiga Julai setiap malam Biduri pulang ke rumah naik
mobil Arab Kauman penternak wang. Aduh! Panas! Cemburu aku hendak membakar
ombak!

Manalah aku tak iri hati? Memang, pada mulanya, aku berasa syukur, kerana
Kak Andi Zohorah atau Andi Nuraini di Pontianak bertunang!

9
Warna Sukma Usia Muda, Sasterawan Negara
Arena Wati, halaman 185, terbitan Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.

2.4 Transliterasi Teks Rumi

10
11
12
3.0 SOSIOLINGUISTIK

3.1 Definisi Sosiolinguistik

Menurut Dell Hymes (1996), sosiolinguistik ditakrifkan sebagai satu bidang


yang menumpukan terhadap bahasa dalam konteks sosial dan kebudayaan. Dalam
perspektif yang lebih luas, sosiolinguistik merupakan kajian tentang kesan seluruh
aspek kehidupan manusia termasuklah nilai-nilai budaya, pencapaian dan konteks
sesuatu bahasa itu digunakan. Cabang bidang kajian bahasa ini juga merupakan
penyelidikan sesuatu bahasa itu berbeza antara kumpulan mengikut variasi sosial

13
serta kaedah bahasa itu boleh digunakan bagi meletakkan individu tersebut dalam
sesuatu kategori.

Sosiolinguistik berasal daripada dua patah perkataan, iaitu sosiologi dan


linguistik. Sosiologi mencakupi hal-hal yang berkaitan dengan ilmu tentang segala
macam jenis hal masyarakat dengan menyerap ilmu-ilmu sosial yang lain. Linguistik
pula didefinisikan sebagai ilmu pengetahuan yang mengkaji soal bahasa dan juga
merangkumi semua segi komunikasi manusia. Stork dan Widdowson (1983)
menyatakan lingustik merupakan satu bidang kajian dan subjek khusus kajiannya
ialah mengenai bahasa.

Para ahli bahasa mengkaji semua kebolehan manusia untuk berhubung


sebagai pernyataan individu serta sebagai pusaka sepunya sesuatu komuniti
bahasa. Selain itu, ahli-ahli bahasa juga mengkaji mengenai bunyi yang dituturkan
serta teks yang ditulis oleh manusia melalui bahasa mereka.

Secara tuntasnya, Freeman (1972) mendefinisikan sosiolinguistik sebagai


bidang kajian tentang sifat-sifat khusus bagi variasi bahasa, fungsi serta pemakaian
bahasa dalam jalinan interaksi dan perubahan dalam penutur bahasa tersebut.

3.2 Konsep Sosiolinguistik

Terdapat juga konsep penting dalam sosiolinguistik yang perlu dititikberatkan


oleh semua pengkaji bahasa.

Konsep pertama dikenali sebagai bahasa. Bahasa ialah alat yang digunakan
oleh seseorang untuk melahirkan perasaan, kehendak, fikiran, pendapat dan
sebagainya. Selain itu, bahasa juga merupakan alat yang diaplikasikan oleh ahli-ahli
masyarakat untuk berkomunikasi antara anggota masyarakat. Menurut Ferdinan de
Saussure (1959), beliau mengatakan bahasa merupakan seluruh sistem atau

14
peraturan-peraturan bahasa dan keadaannya adalah abstrak. Bahasa juga disifatkan
sebagai alat perhubungan yang timbul secara abitrari dalam sesebuah masyarakat.

Konsep seterusnya ialah komuniti bahasa. Komuniti bahasa merupakan


kumpulan penutur yang mengiktiraf diri mereka sebagai penutur sesuatu bahasa
yang tertentu. Alibinya, komuniti bahasa Melayu ialah penutur-penutur bahasa
Melayu di Semenanjung, Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura dan lain-lain kawasan
di Nusantara yang mengguna pakai bahasa ini sebagai alat perhubungan atau
wahana mobiliti sosial mereka. Selain itu, terdapat juga komuniti bahasa Cina.
Kumpulan ini menuturkan bahasa Cina dan mengiktiraf diri sebagai penutur bahasa
tersebut. Mereka terdiri daripada penutur dialek Hokkien, Kantonis, Mandarin, Hakka
dan Hailam. Masyarakat India juga mengiktiraf diri mereka sebagai penutur mutlak
kepada bahasa mereka dan dikenali sebagai komuniti bahasa Tamil. Komuniti ini
menuturkan bahasa Urdu, Hindi dan lain-lain lagi.

Konsep yang terakhir ialah dialek. Menurut ahli-ahli antropologi, dialek


didefinisikan sebagai satu bentuk bahasa pertuturan yang berkembang dan
digunakan dalam ranah komunikasi masyarakat. Manakala, dalam kalangan ahli-ahli
bahasa dan linguistik, dialek dikatakan berasal daripada perkataan Greek, dialektos
yang menjurus kepada kepelbagaian ciri bahasa yang dituturkan oleh sekumpulan
pengguna atau penutur sesuatu bahasa. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat
pula, dialek ialah satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau
oleh sesuatu kelas sosial berbeza daripada bahasa standard. Dialek juga dikatakan
sebagai pelat daerah atau negeri dan loghat.

Halliday telah menjeniskan bahasa berdasarkan dua aspek, iaitu pengguna


dan penggunaan. Menurut beliau, pengguna ialah orang yang menggunakan
sesuatu bahasa didapati bahawa bahasa berbeza dari segi siapa-siapa yang
menggunakannya, seperti perbezaan yang timbul antara cara orang Kelantan dan
orang Perak dan sterusnya menggunakan bahasa. Penggunaan pula bermaksud
kesesuaian jenis bahasa yang digunakan dengan keadaan atau situasi sewaktu
bahasa itu digunakan.

Kamus Linguistik memberi maksud dialek sebagai kelainan bahasa yang


berbeza dari segi sebutan, tatabahasa, dan kosa kata daripada bahasa baku. Dalam
sesuatu bahasa yang mempunyai banyak dialek, satu daripada dialek-dialek ini
15
dipilih sebagai variasi yang digunakan oleh semua penutur untuk berhubung.
Variasai bahasa Melayu ini disebut sebagai variasi bahasa umum atau bahasa
standard atau bahasa baku.

Menurut Meilet (1967), dialek seperingkat bentuk ujaran setempat yang


berbeza-beza, yang memiliki ciri-ciri umum dan masing-masing lebih mirip
sesamanya dibandingkan dengan bentuk ujaran lain daripada bahasa yang sama
dan tidak harus mengambil semua bentuk ujaran daripada semua bahasa.

Dialek juga boleh dikenal pasti dalam dua bentuk. Bentuk yang pertama ialah
dialek baku. Dialek baku ialah dialek yang didukung dan diiktiraf oleh pemerintah
dengan menjadikannya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi sesebuah
negara. Manakala, bentuk kedua dikenali sebagai dialek tidak baku. Dialek tidak
baku diertikan sebagai bahasa yang tidak mendapat dukungan dan diiktiraf oleh
kerajaan sesebuah negara.

3.3 Faktor Kewujudan Dialek

Mangantan Simanjuntak dalam bukunya, Aspek Bahasa dan Pengajaran,


beliau mentakrifkan dialek sebagai satu variasi bahasa yang digunakan oleh
sekumpula manusia yang tinggal di satu kawasan geografi tertentu. Beliau juga
menggariskan istilah geografi sebagai bukan menjurus kepada geografi politik
secara tegas, bahkan kepada geografi linguistik yang disebut sebagai isoglos atau
sempadan linguistik.

Selain itu, dialek juga wujud melalui faktor politik. Faktor politik telah
membahagikan negara ini kepada unit-unit politik yang lebih kecil sehingga
mewujudkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan,
Melaka, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Hal ini secara tidak langsung
16
telah menyebabkan timbulnya dialek tempatan. Dialek-dialek tempatan di
Semenanjung Malaysia sebenarnya ialah variasi daripada bahasa Melayu malah,
dalam satu-satu dialek tempatan di Malaysia terdapat pula ideolek, iaitu kelainan
stilistik. Hal ini terjadi kerana perbezaan konteks. Kesemua kelainan ini disebut
sebagai dialek tetapi penuturnya masih dapat memahami pertuturan antara satu
sama lain.

Sehubungan dengan itu, dialek turut dipengaruhi faktor persekitaran


pergaulan. Seseorang itu mungkin memperolehi asas yang berbeza dengan dialek
pertuturan di persekitaran geografinya kerana ditentukan oleh pergaulannya saja.
Sebagai contoh, kita dapati seseorang itu menuturkan dialek Kedah dan bukan
dialek Selangor yang menjadi dialek asas penutur itu disebabkan oleh persekitaran
kekeluargaan dan pergaulannya. Ahli keluarga di rumahnya secara terus-menerus
menggunakan dialek Kedah dalam kehidupan mereka sehari-hari. Begitu juga dalam
pergaulan mereka dengan ahli-ahli keluarga lain yang tinggal di Kuala Lumpur dan
Petaling Jaya.

3.4 Dialek Sosial

Dalam pembentangan kertas kerja ini, dialek sosial telah dijadikan fokus
utama kajian yang hendak dilakukan. Dialek sosial juga disebut sebagai “register”
atau laras bahasa, iaitu variasi bahasa yang berkaitan dengan penggunaan bahasa
berkenaan. Laras bahasa merupakan variasi-variasi yang dipilih untuk digunakan
dalam sesuatu situasi tertentu dalam kehidupan sehari-hari. Ure dan Ellis (1977)
menganggap laras bahasa sebagai jenis-jenis bahasa yang digunakan mengikut
situasi-situasi yang berlainan. Laras bahasa merupakan satu konvensi sosial.
Sesuatu bahasa tertentu digunakan untuk keadaan atau situasi tertentu. Ferguson
(1968) sewaktu membincangkan mengenai ciri-ciri bahasa yang telah maju,

17
mengatakan bahawa salah satu ukuran bagi menentukan taraf kemajuan ialah
menerusi jumlah laras yang wujud dalam bahasa berkenaan.

Dalam beberapa buku sosiolinguistik, laras bahasa terbahagi kepada lima


jenis laras bahasa. Hal tersebut terdiri daripada laras bahasa cerpen, laras bahasa
agama, laras bahasa puisi, laras bahasa ekonomi dan laras bahasa iklan. Dalam
buku Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu 2, laras bahasa terbahagi kepada tujuh,
setelah menerima penambahan beberapa laras bahasa yang lain, iaitu laras bahasa
sains, laras bahasa undang-undang dan laras bahasa matematik.

Menurut Profesor Emeritus Abdullah Hassan, beliau merumuskan dialek


sosial berubah bukan sahaja menurut daerah geografi tetapi juga melalui perbezaan
golongan sosial. Perbezaan golongan sosial ini juga dikatakan sebagai perbezaan
standard taraf hidup antara manusia seperti golongan raja, pemerintah dan golongan
bawahan.

Dalam hal yang lain juga, dialek sosial juga dipengaruhi perbezaan
pendidikan. Pendidikan juga sangat memainkan peranan yang penting bagi
menentukan taraf kehidupan sosial seseorang dalam kalangan masyarakat
setempat. Selain itu, perbezaan pekerjaan dan profesion turut diserap dan dikenali
sebagai sebahagian daripada dialek sosial. Hal ini demikian kerana setiap profesion
dan bidang kerjaya mempunyai perbezaan struktur dan taraf sosial yang tersendiri.
Alibinya, profesion guru mempunyai taraf sosial yang tersendiri berbanding kerjaya-
kerjaya yang lain.

3.5 Faktor Kewujudan Dialek Sosial

Terdapat beberapa faktor yang menentukan pemilihan dan penggunaan


sesuatu dialek sosial dalam sesebuah masyarakat.

Antaranya ialah faktor taraf pendidikan yang berbeza. Orang yang


mempunyai pendidikan yang tinggi menggunakan laras bahasa yang berbeza
daripada orang-orang yang tidak berpendidikan atau hanya mempunyai taraf
pendidikan yang rendah. Pertuturan dan perbendaharaan kata antara kedua-dua
golongan ini juga mempunyai perbezaan.

18
Selain itu, faktor kedudukan sosial turut mempengaruhi berlakunya dialek
sosial dalam kalangan masyarakat. Dalam bahasa Melayu, kawasan tempat tinggal
tidaklah menjadi faktor pembeza yang besar dalam membahagikan penutur-penutur
kepada kelas-kelas sosial yang tertentu. Pada amnya, bahasa Melayu terbahagi
kepada dua kelas sosial, iaitu bahasa istana atau bahasa dalam dan bahasa luar
istana. Perbezaan yang nyata antara kedua-dua laras bahasa ini hanyalah dari segi
perbendaharaan kata sementara aspek morfologi, sintaksis dan fonologinya tidak
banyak perbezaan.

Faktor latar belakang keluarga dan tempat tinggal juga menyebabkan


terjadinya dialek sosial dalam masyarakat. Cara pertuturan seseorang yang datang
dari keluarga yang berkedudukan tinggi adalah berbeza daripada cara pertuturan
orang yang datang dari keluarga yang kurang mampu. Begitu juga halnya dengan
orang yang datang dari kawasan tempat tinggal berlainan. Misalnya, laras bahasa
yang digunakan oleh seseorang yang latar tempat tinggalnya di bandar dengan
laras bahasa yang digunakan oleh penutur yang tinggal di desa. Perbezaan itu amat
ketara dari segi perbendaharaan kata.

Gangguan dalam berbahasa juga merupakan faktor terjadinya dialek sosial.


Gangguan berbahasa yang dimaksudkan ialah gangguan bahasa ibunda dan dialek
daerah. Laras bahasa Melayu yang dituturkan oleh orang Cina berbeza dengan
laras bahasa yang dituturkan oleh orang India. Melalui laras bahasa yang digunakan
oleh seseorang itu, kita dapat meneka dan mengagak bahasa ibunda yang dikuasai
olehnya. Begitu juga halnya dengan laras bahasa standard yang diucapkan oleh
orang Perak adalah berbeza dengan laras bahasa standard yang diucapkan oleh
orang Johor. Dengan ini, kita dapat mengetahui dialek daerah yang dikuasai oelh
seseorang itu.

Sementelahan, fungsi-fungsi sosial perlakuan bahasa turut menjadi de factor


kepada dialek sosial. Terdapat beberapa aspek dalam fungsi-fungsi sosial perlakuan
bahasa. Perlakuan-perlakuan bahasa diperlukan kerana bahasa ialah sebahagian
dariapda perlakuan sosial, misalnya bahasa untuk menghasilkan sesuatu maksud
atau perasaan, memberi arahan, meminta dan sebagainya. Dalam tiap-tiap situasi
sosial, terdapat penggunaan bahasa yang berlainan, dihasilkan oleh interaksi seperti

19
perbualan, orang-orang yang terlibat dalam perbualan serta peranan terhadap
situasi-situasi dalam masyarakat.

Akhir sekali, dialek sosial juga dipengaruhi faktor aspek-aspek linguistik


bahasa tersebut. Ciri-ciri linguistik dapat dilihat daripada beberapa dimensi. Pada
satu pihak ciri-ciri linguistik berkait rapat dengan faktor-faktor sosial. Pada pihak
yang lain pula ialah sifat-sifat bahasa itu sendiri membawa perubahan yang antara
lain mencakupi aspek-aspek kehadiran atau ketidakhadiran sesuatu ciri, keseringan
kehadiran dan susunan-susunan struktur tertentu. Pada amnya, terdapat dua
perkara yang membezakan laras-laras yang berkait dengan linguistik, iaitu
tatabahasa dan perbendaharaan kata. Walau bagaimanapun, perbezaan antara
laras bahasa itu tidaklah terlalu jauh hingga boleh menimbulkan katidakfahaman
antara penuturnya. Unsur faham-memahami masih kuat dan kukuh kecuali dari segi
pengunaan istilah-istilah dan perkataan-perkataan tertentu yang mempunyai
pengertian yang khusus.

3.6 Skop Kajian

“Di rumah Lurah Karangwulan. Mertua nakhoda kami yang dahulu itu.”

“Bagaimana fikiran Juragan? Malam ini pulang ke hotel, atau tidur di sini
saja?”

“Tidur di hotel. Besok pagi Sukma Bayu beritahu mereka ehwal perjalananku.”

Mbak Sri datang dan bertanya kepda suaminya, “Juragan setuju?”

“Syukur Alhamdulillah! Dia mahu.” Jamado berlega hati.

20
“Insya-Allah! Demi Mbak Sri. Lain kali, tolong aku pula, carikan kekasih!”

Pasangan suami isteri itu ketawa riang, dan tinggalkan aku sendirian di
kamar.

Biduri tiba bawakan aku jagung bakar. Dia senyum, elus rambutku, dan
berbisik:

“Terima kasih Daeng, atas pengorbananmu untuk diriku!”

“Lain kali akan berterima kasih juga, jika aku rotan kamu?” Mataku
mencerlang.

“Aku rela terima rotanmu. Berdoalah! Semoga rotan itu, bukan akibat
cemburu.”

* * * * * *

Semudah itukah? Babi! Jantan setan malaun. Aku maki diri aku sendiri. Kerana jelas
apa yang dinamakan suara hati; apa yang dinamakan perasaan; apa yang
dinamakan getar naluri; semuanya itu, belum dapat dikawal akal. Malah, tidak ada
tenaga jasad yang dapat mengekang itu semua, maka beginilah aku. Oh! Aku pun
tidak lebih rasa daripada lelaki biasa. Jantan! Rasakanlah padahnya, engkau si
jantan mata keranjang.

Mana boleh tidak cemburu? Sebelum kami meninggalkan Syonan To ke


Rangoon aku terima kartu pos dari Mbak Tuti, puteri sulung Lurah Karangwulan, di
Semarang! Sejak minggu ketiga Julai setiap malam Biduri pulang ke rumah naik
mobil Arab Kauman penternak wang. Aduh! Panas! Cemburu aku hendak membakar
ombak!

Manalah aku tak iri hati? Memang, pada mulanya, aku berasa syukur, kerana
Kak Andi Zohorah atau Andi Nuraini di Pontianak bertunang!

Dipetik daripada novel Warna Sukma Usia Muda,


karya Sasterawan Negara Arena Wati, halaman

21
185, terbitan Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.

3.7 Analisis Dialek Sosial

Daripada halaman 185 novel Warna Sukma Usia Muda, karya Sasterawan
Negara Arena Wati yang telah dikaji, terdapat beberapa ayat yang telah dikenal pasti
mempunyai unsur dialek sosial. Antaranya ialah:

“Babi! Jantan setan malaun.”

Daripada dialog di atas, didapati bahawa dialog tersebut mempuyai unsur


ragam bahasa kesat. Ragam bahasa kesat ialah penggunaan perkataan kesat

22
dalam sebarang pertuturan sama ada dengan diri sendiri mahupun dengan orang
lain. Hal ini demikian kerana perkataan babi merupakan sebahagian kata maki yang
sering digunakan oleh segelintir masyarakat di Malaysia. Selain itu, penggunaan
perkataan setan juga boleh dikelasifikasikan sebagai unsur bahasa kesat. Melalui
novel Warna Sukma Usia Muda, penulis telah menceritakan mengenai diri Daeng
yang sedang berperang menangkis perasaan yang dikuasai oleh nafsu dirinya
kepada Biduri, anak kepada kedua-dua pasang suami isteri tersebut. Oleh hal yang
demikian, Daeng telah menjadikan dirinya sebagai tempat untuk melepaskan
amarah kepada nafsu dirinya terhadap Biduri yang dicintainya selama ini.

“Syukur Alhamdulillah.”

“Berdoalah.”

“Insya-Allah.”

Ketiga-tiga ungkapan di atas mempunyai laras bahasa agama. Hal ini dapat
dilihat berdasarkan penggunaan perkataan-perkataan syukur, Alhamdulillah, Insya-
Allah dan berdoalah. Ketiga-tiga ayat di atas sering kali diucapkan oleh orang Islam
setelah mendapat sesuatu kejayaan daripada Allah, meminta sesuatu daripada Allah
dan membuat janji dengan sesama Muslim dengannya. Dalam hal ini juga, terdapat
unsur pinjaman perkataan daripada bahasa Arab seperti perkataan doa dan syukur.
Selain itu juga, penggunaan perkataan Alhamdulillah dan Insya-Allah sudah cukup
untuk dikelasifikasikan sebagai laras bahasa agama.

“The species of the male.”

Kartu pos

Lurah Karangwulan

Ketiga-tiga ayat tersebut telah dikenal pasti sebagai ragam bahasa pijin.
Bahasa pijin ialah bahasa campuran antara dua atau lebih bahasa. Morfologi dan
sintaksis bahasa ini biasanya akan mempunyai suasana dan inovasi tempatan,
tetapi tiada perkaitan dengan mana-mana bahasa ibunda para penuturnya. Dalam
23
halaman novel yang telah dipilih dan dikaji, ketiga-tiga ayat tersebut dikategorikan
sebagai bahasa pijin kerana pada ayat yang pertama, penulis telah menggunakan
bahasa Inggeris sebagai metafora untuk menerangkan mengenai sifat dan fitrah
seorang lelaki yang gemar memikirkan sesuatu yang melebihi batas pemikiran.
Manakala, ayat yang kedua dan ketiga mewakili penyerapan bahasa Indonesia.
Kartu pos ialah poskad, sementara lurah ditakrifkan sebagai ketua kampung atau
penghulu sesuatu kawasan.

“Engkau si jantan mata keranjang.”

Berdasarkan petikan dialog yang digunakan oleh Sasterawan Negara Arena


Wati, didapati bahawa beliau telah menggunakan ragam bahasa kasar untuk
menggambarkan diri Daeng sebagai seorang gila perempuan. Bahasa kasar ialah
penggunaan bahasa yang kurang sopan dan tidak bertatasusila. Walaupun
penggunaan mata keranjang sebagai sama erti kepada seorang lelaki yang gila
perempuan, namun pengucapannya dianggap kasar dari segi pengucapannya dan
bahasanya.

Cemburu aku hendak membakar ombak.

Mataku mencerlang.

Merujuk ketiga-tiga ayat di atas, laras bahasa yang terdapat dalam ayat-ayat
tersebut ialah laras bahasa cerpen. Laras bahasa cerpen merupakan laras bahasa
yang sering digunakan oleh setiap penulis cerpen atau novel. Dalam sesuatu karya
kreatif, penulis mempelbagaikan penggunaan perkataan untuk menghidupkan
sesuatu perkara. Seperti ayat cemburu aku hendak membakar ombak, penulis
menggambarkan perasaan cemburu yang menyelubungi Daeng terhadap Biduri
sehingga ke tahap yang lebih tinggi dan tidak lagi boleh dikawal sehingga membakar
sesuatu yang dianggap mustahil untuk dihapuskan. Manakala, pada ayat mataku
mencerlang, penulis telah menggunakan perkataan mencerlang untuk menggantikan

24
perkataan berkilau dan bercahaya bagi mempelbagaikan penggunaan kosa kata
dalam bahasa Melayu.

“Terima kasih Daeng.”

Ungkapan di atas merupakan ungkapan yang mempunyai unsur dialek sosial.


Dialek sosial tersebut disebut sebagai ragam bahasa halus. Bahasa halus ialah
bahasa yang diucapkan dengan penuh sopan santun dan bertatasusila.
Berdasarkan ungkapan “Terima kasih Daeng.”, dapat dilihat kesopanan dan
kesusilaan Biduri menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh Daeng terhadap
dirinya daripada dikenakan hukuman rotan daripada Lurah Karangwulan.

Manalah aku tak iri hati?

Mana boleh tidak cemburu?

Ayat di atas ini mempunyai unsur bahasa basahan. Menurut Siti Hajar Abdul
Aziz dalam bukunya Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu 2, ragam bahasa basahan
diinterpretasikan sebagai bahasa yang digunakan untuk urusan seharian. Bahasa
basahan juga dikenali sebagai bahasa pasar. Hal ini disebabkan oleh faktor untuk
memudahkan perbualan dan pemahaman. Selain itu, bahasa ini juga tidak
mementingkan pematuhan pada peraturan tatabahasa kerana lebih memfokuskan
mesej yang difahami oleh pendengar. Merujuk kepada struktur ayat tersebut, ayat-
ayat yang sepatutnya ialah bagaimana aku tidak iri hati dan bagaimana tidak
cemburu.

25
“Mertua Nakhoda kami yang dahulu itu.”

“Bagaimana fikiran Juragan.”

Setelah dikaji dan diselidik, kedua-dua ayat di atas ini mempunyai unsur
ragam bahasa jargon. Bahasa jargon merupakan terminologi yang berkaitan dengan
aktiviti-aktiviti tertentu, pekerjaan dan kumpulan penutur yang spesifik. Bahasa
jargon juga dikatakan bahasa khusus yang sering digunakan dalam bidang tertentu
dan bersifat setempat atau kumpulan sosial, kumpulan sepekerjaan dan dalam
kalangan masyarakat kelas bawah. Lantaran itu, ayat-ayat di atas dikelasifikasikan
sebagai bahasa jargon golongan pelayar. Hal ini demikain kerana perbualan
tersebut berlaku antara pasangan suami isteri yang hidup miskin dan anak kapal
Sukma Bayu.

4.0 RUMUSAN

Setelah membuat kajian dan penyelidikan mengenai dialek sosial


berdasarkan satu halaman novel, iaitu novel Warna Sukma Usia Muda, karya
Sasterawan Negara Arena Wati halaman 185, barulah saya faham mengenai
kepelbagaian dialek yang terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu di dalam
negara ini.

Terdapat beberapa faktor dominan yang telah menyebabkan terjadinya


perbezaan dialek sosial dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Antaranya ialah
latar belakang keluarga dan tempat tinggal. Secara keseluruhannya, dialek sosial
yang berlaku dalam satu halaman novel yang telah dikaji ini dipengaruhi keadaan

26
kehidupan sebuah keluarga yang serba kekurangan. Hal ini juga berikutan
persekitaran mereka yang dikelilingi golongan kelas bawahan atau kelas rendah.

Seterusnya, kedudukan sosial dalam masyarakat juga telah menyebabkan


wujudnya dialek sosial dalam kalangan masyarakat. Hal ini dapat dilihat antara
pasangan suami isteri yang masih menggelar besannya Lurah Karangwulan,
walaupun mereka sudah pun menjadi besan.

Selain itu, dialek sosial yang terdapat dalam halaman novel ini berlaku
disebabkan desakan diri sendiri. Hal ini dapat dilihat melalui Daeng yang berperang
dengan perasaannya terhadap Biduri. Dia berusaha untuk tidak berprasangka buruk
terhadap perasaannya daripada dikuasai syaitan.

Konklusinya, dialek sosial dalam kalangan masyarakat di Malaysia


dipengaruhi banyak perkara sama ada faktor penarik mahupun faktor penolak.
Dialek sosial berlaku apabila terdapat perbezaan latar belakang dan tempat tinggal.
Selain itu, dialek sosial juga berlaku disebabkan oleh kedudukan sosial dalam
masyarakat. Akhir sekali, perkara ini juga dipengaruhi desakann sendiri ataupun
faktor dalaman.

5.0 REFLEKSI

Alhamdulillah, akhirnya selesai juga tugasan bahasa Melayu ini. Sepanjang


proses penyelesaian tugasan ini, terdapat banyak cabaran yang terpaksa saya
harungi untuk menyiapkan tugasan ini walau apa-apa jua keadaan.

Pada masa yang sama juga, saya terpaksa bersaing dengan rakan-rakan
yang lain dalam mendapatkan maklumat mengenai tugasan ini, terutamanya
maklumat daripada buku. Kami terpaksa bersaing untuk meminjam buku dari pusat
sumber institut, disebabkan kekurangan sumber rujukan yang berteraskan buku.
Namun begitu, perkara sebeginilah yang banyak mengajar saya untuk menjadi lebih
fokus dan prihatin terhadap tugasan yang telah diberikan. Disebalik kekurangan itu,

27
rakan-rakan juga tidak terlepas dalam memberikan maklumat tambahan kepada
saya untuk dimuatkan ke dalam tugasan ini.

Selain itu, saya juga ada mengakses internet dan memuat turun maklumat-
maklumat penting mengenai topik yang telah diberikan oleh saya. Semua maklumat
yang diperoleh, telah dianalisis dan dipertimbangkan untuk dimuatkan dalam
penulisan saya ini bagi memberikan kefahaman yang luas kepada saya dan rakan
yang lain.

Justifikasinya, perkara yang banyak saya pelajari sepanjang menyiapkan


tugasan ini ialah bekerja secara individu dengan bantuan rakan dan pensyarah
pembimbing. Di samping itu, saya juga telah mempelajari cara-cara mendapatkan
maklumat penting dengan lebih sistematik dan strategik. Melalui cara inilah kita
dapat mengurangkan budaya plagiarisme yang sentiasa menyelubungi setiap pelajar
institusi pengajian tinggi. Oleh hal yang demikian, kaedah ini sewajarnya diteruskan
sehingga ke generasi akan datang agar mereka dapat merasainya seperti yang saya
rasai. Banyak perkara yang dipelajari sepanjang tugasan ini disiapkan. Sekian,
terima kasih.

6.0 BIBLIOGRAFI

Buku-buku

Hashim Bin Musa, 1999. Sejarah Perlambangan Tulisan Jawi. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999.

Hashim Bin Musa, 2006. Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi Edisi Kedua. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2006.

Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
2007.

28
Mangantar Simanjuntak, 1982. Aspek Bahasa dan Pengajaran. Kuala Lumpur:
Sarjana Enterprise, 1982.

Nik Safiah Karim, Norlidza Shamsuddin, 2008. Teks STPM Bahasa Malaysia Kertas
1 & 2. Shah Alam: Oxford Fajar, 2008.

Peter Trudgill, 1984. Sosiolinguistik Satu Pengenalan. Kuala Lumpur: Dewan


Bahasa dan Pustaka, 1984.

Sasterawan Negara Arena Wati, 2005. Warna Sukma Usia Muda. Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia, 2005.

Siti Hajar Abdul Aziz, 2008. Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu 2. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2008.

Laman Web

Mahmud Saefi, 2006. Dialektologi: Langkah Kerja dan Aplikasinya.


www.contohskriptesis.com. Akses pada 9 September 2009.

Naim Firdaus, 2007. Tulisan-tulisan Di Rantau Nusantara. http://naim-


firdaus.blogspot.com. Akses pada 9 September 2009.

Prof. Emiretus Abdullah Hassan, 2007. Pengenalan Dialek Sosial.


http://sosiolinguistik.blogspot.com. Akses pada 9 September 2009.

29
7.0 LAMPIRAN

Senarai Gambar

Gambar 1.1 Batu Bersurat Terengganu


Gambar 1.2 Pemasyhuran Kemerdekaan Tanah Melayu
Gambar 1.3 Batu Nisan Makam Sheikh Ahmad Majanu
Gambar 1.4 Syiling Zaman Pemerintahan Sultan Dhiauddin Mukarram Shah

30
8.0 BORANG KOLABORASI

NAMA PELAJAR : MOHD FATHUL KHAIR BIN MOHD DAHLAN


NO. MATRIK : 26315
KUMPULAN : PPISMP UNIT J3 SEMESTER/PERINGKAT: 1
MATA PELAJARAN : BAHASA MELAYU II AKADEMIK
PENSYARAH PEMBIMBING : TN. HAJI ABDUL RANI BIN HASSAN

T/ TANGAN
TARIKH PERKARA YANG DIBINCANGKAN KOMEN
PENSYARAH

31
32