Anda di halaman 1dari 3

Pengenalan

Leopold Von Ranke- pengkajian sejarah adalah untuk memaparkan


kejadiankejadian sebagaimana sebenarnya berlaku berasaskan faktafakta dari dokumen-dokumen yang dikaji secara saintifik.
Sejarawan akan menulis karyanya setelah melalui proses pemilihan tajuk,
proses mengumpul dan memilih sumber yang sahih dan seterusnya
adalah proses melakukan tafsiran terhadap fakta-fakta (data) dari sumbersumbernya.
Setiap sejarawan adalah berbeza kerana mereka tidak memiliki suatu
konsep yang sama dan tidak akan menghasilkan karya sejarah yang sama
walaupun mereka menulis dalam skop yang sama.
Oleh itu setiap sejarawan harus menggunakan sesuatu gaya penulisan
yang tersendiri.

Gaya Penulisan Sejarah


I.

Gaya Naratif
Digunakan untuk menceritakan sesuatu perkara yang mempunyai
unsur peristiwa yang didedahkan secara kronologi.
Boleh digunakan bersama-sama pendekatan yang lain seperti
pendedahan supaya lebih menarik
Terbahagi kepada dua bahagian yang utama iaitu naratif
kronologikal dan naratif imaginative.
Kronologikal- bertujuan untuk menceritakan semula mengikut
aturan peristiwa yang telah berlaku secara kronologis.
Imaginatif- bergantung kepada keboehan penulis mengingati
kejadian-kejadian dan menceritakan semula secara logic.
Contoh: Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Johor.

II.

Gaya Deskriptif
Gaya penulisan yang cuba menggambarkan peristiwa secara
terperinci.
sesuai bagi menggambarkan suasana tempat, orang atau
peristiwa - penerangan penulis harus memberi gambaran yang
jelas dalam minda pembaca.
Gaya ini menjadi pembantu kepada gaya-gaya penulisan yang lain.
Contoh: Khoo Kay Kim (1977) dalam karyanya The Western Malay
States, 1850-1873 - menulis secara deskriptif tentang kewujudan
kerajaan-kerajaan negeri Melayu di Tanah Melayu.

III.

Gaya Eksposisi
Dikenali sebagai pendedahan yang bermaksud buka, hurai,
singkap, papar atau tunjuk.
Digunakan untuk memindahkan idea (memberitahu- menyatakan)
tentang sesuatu peristiwa secara jelas dari fikiran penulis kepada
fikiran pembaca.

Gaya ini membongkarkan rahsia tentang mengapa, bagaimana dan


akibat berlakunya sesuatu peristiwa.
lebih sesuai daripada gaya naratif dan deskriptif kerana melibatkan
perkara-perkara yang abstrak dan memerlukan kemahiran
kebolehan intelek penulis.
Contoh: Khoo Kay Kim dalam bukunya The Western Malay States
1850-1873 - mendedahkan tentang penemuan bijih timah di Larut
oleh Long Jaafar bukanlah pada tahun 1848 seperti yang lazim
diketahui.

IV.

Gaya Analisis
Memberi gambaran peristiwa secara kritis dan detail - satu kajian
yang menyeluruh tentang peristiwa serta mengambil suatu masalah
yang kompleks untuk diselidiki secara terperinci setiap komponen
dan perkaitan antara semua komponen tersebut.
Gaya ini biasa digunakan dalam penulisan sejarah ekonomimenekankan penggunaan data-data.
Contoh: The Western Malay States oleh Khoo Kay Kim menganalisa perkembangan perlombongan di Larut.
Dengan membuat suatu analisa yang jitu akan dapat memberi
pendedahan dan penerangan yang sebenar tentang fenomena yang
dikaji (a real exposition and explanation of the phenomenon
studied).

V.

Gaya Kritikan
Gaya kritikan digunakan untuk menjelaskan atau membetulkan
fakta-fakta sejarah yang bias atau menyeleweng persepsi pembaca.
Kritikan bermakna mencari kesilapan pendapat yang lama dan baru
diajukan dalam penulisan sejarah.
Perlu dilihat secara menyeluruh apabila hendak mengkritik.
Alasan-alasan yang diajukan dalam penulisan gaya kritikan, perlu
disokong dengan petikan-petikan (quatation) daripada sumber
rujukan.
Contoh: Syed Hussein Alatas The Myth of the Lazy Native (1977)
membidas penulis barat yang mengatakan kaum melayu sebagai
malas.

Kesimpulan
Penulisan sejarah mempunyai terdiri daripada lima gaya yang berbeza. Setiap
gaya mempunyai mempunyai kegunaannya yang tersendiri bergantung kepada
skop sejarah yang hendak dibincangkan.

Rujukan
1) Mohd Sidin Ahmad, 1999, Ketrampilan Menulis, Kuala Lumpur, DBP

2) Ismail Ahmad, 1996, Penulisan Saintifik, Kuala Lumpur, DBP