Anda di halaman 1dari 2

Sebelum saya memulakan perkongsian, saya ingin bertanya pada rakan-rakan

sekalian, berapakah jumlah air yang ada dalam botol ini? Saya andaikan bahawa air
dalam botol ini mempunyai suatu nilai yang sangat-sangat besar. Boleh rakan-rakan
sekalian andaikan berapakah nilai tersebut?. RM1? RM10? RM 100, RM1000 atau
RM1,000,000?. Terima kasih. Saya akan berikan jawapan akhir nanti.
Tahukah rakan-rakan semua bahawa bumi kita mengandungi 366 kuintilion gelen
air. Namun daripada jumlah tersebut hanya 0.007% sahaja merupakan air bersih.
Hari ini hampir 7 billion daripada kita berkongsi sumber yang tidak ternilai ini. Mari
saya bawa rakan-rakan menjelajah sumber-sumber air di dunia suatu masa lalu.
Bongkah ais di Kilimanjaro telah mencair sejumlah 85% dalam jangka masa 100
tahun. Lautan Aral pernah menjadi tasik terbesar kedua di Asia kini hanya tinggal
1/10 daripada jumlahnya pada 50 tahun yang lalu. Di bandar Mexico, kekeringan
air bawah tanah telah menyebabkan tanahnya menurun 30 kaki daripada
ketinggian asal. Lebih 2 juta penduduk disitu kehilangan punca air paip. Kini lebih
1.2 billion orang tidak mendapat bekalan air bersih.
Disini saya ingin mengambil contoh daripada kehidupan harian kita. Cuba kita
melihat daripada sudut diri sendiri. Air mandian kita yang mencurah-curah dari paip
tanpa henti dalam masa seminit mampu mengumpul sebanyak 1 gelen air.
Bayangkan jika kita menggunakan masa sekurang-kurangnya 10 minit untuk mandi,
kita sudah membazirkan 10 gelen air dengan sia-sia. Bayangkan setiap orang
daripada kita yang ada disini sudah membazir air bersih sekurang-kurangnya 10
gelen sehari. Dalam masa sebulan setiap orang daripada kita sudah mempunyai
kolam renang sendiri? Saya harap anda faham analogi disitu. Apa yang saya ingin
sampaikan disini, terdapat sangat banyak cara untuk kita menjimatkan penggunaan
air bersih.
1. Ketika membasuh muka atau tangan, isikan gayung atau cawan anda dengan air.
Gunakan air hanya bila diperlukan.
2. Ketika kita mandi, tadah air dalam baldi. Gunakan air hanya ketika membersihkan
sabun, shampoo dan sebagainya. Ingat! Paip air bukannya air terjun. Matikan jika
tidak digunakan.

Sebenarnya banyak lagi cara yang boleh kita praktikkan untuk menjimatkan
penggunaan air. Semuanya terpulang pada diri kita sama ada kita sedar bahawa air
itu sangat bernilai atau tidak.
Baiklah, sekarang saya ingin memberikan jawapan saya tentang berapakah nilai air
dalam botol ini. Berani saya katakan nilai air ini lebih bernilai daripada duit yang
ada di bank dunia. Mengapa saya katakan begitu? Disini saya kongsikan beberapa
analogi dan sebab mengapa saya katakan sedemikian.
1. Jika dibandingkan jumlah air yang ada dalam tubuh badan anda dengan jumlah
duit yang ada di dalam dompet anda sekarang. Mana satu yang lebih banyak?.
Sudah tentu air yang ada di tubuh badan kita kerana 55-60% dalam badan kita
merupakan air, dan bukannya duit.
2. Jika seorang jutawan yang gilakan duit dibiarkan di suatu kawasan yang panas
dan lapang tanpa ada apa-apa, dihadapannya diletakkan satu beg berisi duit dan
satu botol air. Mana satu yang akan dipilih oleh jutawan tersebut?. Sudah pasti dia
akan memilih air. Kerana dia tahu air akan dapat menyelamatkan hidupnya
berbanding kertas-kertas yang bercetak nombor itu.
Sebenarnya hanya satu alasan sahaja cukup untuk menjawab persoalan anda
semua. H.I.D.U.P atau L.I.F.E. Itu adalah alasan yang cukup kukuh mengapa
anda perlu menghargai air. Terima kasih.