Anda di halaman 1dari 27

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN


TH 20403
SEJARAH ASIA TENGGARA: PEMODENAN DAN
PEMBANGUNAN
TUGASAN KUMPULAN
SOALAN 2. : JELASKAN PERKEMBANGAN POLITIK YANG
BERLAKU DI BURMA SEJAK KEMERDEKAAN 1948
SEHINGGA 1962 TELAH MENYUKARKAN SEBUAH NEGARA
BURMA BERSATU. BERIKAN ULASAN DAN ALASAN ANDA
MENGENAI MASALAH TERSEBUT.
NAMA PENSYARAH:EN. BAHARI MD. SHAH

NAMA PELAJAR

NO. MATRIK

1.RUSIAH BINTI ABDUL


RAHMAN
2.SITI JUBAIDAH BT.
MADJABIL
3.TUESDILINAH BT. KEKIJIN

CT12110128
CT12110140
CT12110147

Pengenalan :
Burma juga dikenali sebagai Myanmar, adalah sebuah negara di Asia Selatan dan
Asia Tenggara. Ia bersempadan dengan India, Bangladesh, China, Laos dan
Thailand. Satu pertiga daripada Burma membentuk pantai tanpa gangguan di
sepanjang Teluk Bengal dan Laut Andaman. Ia adalah negara ke-40 terbesar di
dunia dan negara kedua terbesar di Asia Tenggara. Myanmar juga negara ke-24
yang paling ramai penduduk di dunia dengan lebih daripada 60.28 juta orang.

Burma adalah rumah kepada beberapa tamadun awal Asia Tenggara


termasuk Pyu dan Mon.2 Pada abad ke-9, Kerajaan Nanzhao Burma, memasuki
lembah Irrawaddy berikutan penubuhan Empayar Pagan pada tahun 1050an.
Bahasa dan budaya Burma perlahan-lahan menjadi dominan di negara ini. Dalam
tempoh ini, agama Buddha Theravada secara beransur-ansur menjadi agama
utama di negara ini. Empayar Pagan jatuh kerana serangan-serangan Mongol
(1277-1301), dan beberapa peperangan negeri yang

muncul. Pada separuh

kedua abad ke-16, negara ini telah disatukan semula oleh Dinasti Taungoo bagi
tempoh yang singkat. Dinasti Taungoo adalah empayar terbesar dalam sejarah
Asia Tenggara.3 Pada awal abad ke-19 Dinasti Konbaung memerintah kawasan
Burma termasuk Manipur dan Assam. Negara ini telah dijajah oleh Britain selepas
tiga Perang Anglo-Burma (1824-1885).
Pemerintahan British membawa perubahan kepada sosial, ekonomi,
kebudayaan dan pentadbiran masyarakat feudal. Sejak kemerdekaan pada tahun
1948, negara ini telah berada dalam salah satu perang saudara yang paling lama
berlaku di kalangan kumpulan pelbagai etnik di negara ini yang tidak dapat
diselesaikan.Permasalahan politik yang berlaku menyebabkan Burma sebagai
sebuah negara sukar bersatu. Dari tahun 1962 hingga 2011, negara ini adalah di
bawah pemerintahan tentera. Tentera Junta telah dibubarkan pada tahun 2011
berikutan pilihan raya umum pada tahun 2010.
1 Asian Development Bank Myanmar Fact Sheet, Retrieved 8 July 2010.
2 Dougald JW O'Reilly (2007). Early civilizations of Southeast Asia. United
Kingdom: Altamira Press. ISBN 10: 0-7591-0279-1.
3 Lieberman 2003: 152
2

1.0 Nama
Republik Kesatuan Burma adalah nama rasmi negara semasa pentadbiran
Inggeris. Sebelum tahun 1989, ia telah menjadi Kesatuan Burma. Negara ini kini
lebih dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai "Myanmar". Kedua-dua nama ini
berasal dari nama kumpulan etnik majoriti Bamar di Burma. "Myanmar"
dianggap sebagai bentuk sastera nama kumpulan etnik. Nama "Myanmar" telah
digunakan dalam Bahasa Inggeris sejak zaman pemerintahan penjajah British.
Pada tahun 1989, kerajaan tentera ingin mengubah nama negara "Myanmar".
Menamakan semula Negara Burma menjadi isu yang dipertandingkan. Kumpulan
pembangkang dan kebanyakan negara terus menggunakan "Myanmar" kerana
mereka tidak mengiktiraf kesahihan kerajaan tentera yang memerintah atau
pihak berkuasa untuk menamakan semula negara ini. 4 Pelbagai kumpulan etnik
lain di Burma memilih untuk tidak mengiktiraf nama Myanmar kerana istilah
"Myanmar" hanya sinonim dengan kumpulan majoriti etnik Bamar. 5 "Myanmar"
terus digunakan dalam bahasa Inggeris oleh Amerika Syarikat, Australia,
Kanada ,United Kingdom, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan negaranegara lain dunia termasuklah Malaysia.
1.1

Latar sosial dan politik Burma:

Politik Negara Myanmar atau Burma memang menarik. Beribu tahun sebelum
masihi, kerajaan lama purba telah memerintah negara ini dengan membina
pagoda-pagoda dan kota-kota lama.Negara ini dijajah oleh British sehingga
mencapai kemerdekaan pada tahun 1948. Kerajaan pertama yang dibentuk
sangat rapuh dan tidak mampu mentadbir pelbagai bangsa etnik termasuk di
4 Steinberg, David L. (February 2002). Burma: The State of Myanmar.
Georgetown University Press. ISBN.
5 Myint-U, Thant (2001). The Making of Modern Burma. Cambridge: Cambridge
Univ. Press. ISBN 0-521-79914-7.
3

pergunungan. Pemerintahan tentera bermula bila General Ne Win mengambil


alih kuasa pada tahun 1962 dan mengamal polisi pengasingan dari dunia luar.
Ekonomi Negara merudum dan rakyat semakin miskin, tersekat dari bantuan
dunia luar. Gerakan pro-demokrasi bermula pada tahun 1988 dipelopori oleh
Aung San Suu Kyi anak kepada pemimpin Burma Aung San mula mendapat
perhatian pihak luar.
Burma adalah sebuah negara yang kaya dengan sumber dan terkenal
sebagai rice bowl of Asia.. Walau bagaimanapun, sejak reformasi tahun 1962,
ekonomi Burma telah menjadi salah satu aspek yang paling kurang membangun
di dunia. KDNK Burma berada pada $ 42,953 bilion dan berkembang pada kadar
purata 2.9% setiap tahun.6 Antara lain, Kesatuan Eropah (EU), Amerika Syarikat
dan Kanada telah mengenakan sekatan ekonomi ke atas Myanmar. 7 sistem
penjagaan kesihatan Burma adalah salah satu aspek yang paling teruk di dunia.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meletakkan Burma pada tangga ke-190
negara yang paling teruk di dunia. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan
beberapa pertubuhan lain telah melaporkan secara konsisten dan sistematik
pencabulan hak asasi manusia di negara ini, termasuk buruh kanak-kanak,
penyeludupan manusia dan kekurangan kebebasan bersuara.
Burma terbahagi kepada 4 kawasan utama iaitu Dataran Tinggi Shan, Lembah
Irrawady, Jajaran Banjaran Utara dan Kawasan pantai Arakan.Latar geografi ini
mempengaruhi latar belakang ekonomi dan kehidupan penduduknya, misalnya
kawasan Lembah Irrawady yang subur merupakan kawsan pertanian utama
sementara kawasan pantai Arakan pula merupakan kawasan yang penting untuk
aktiviti perdagangan, perikanan dan pertanian serta menjadi pusat petempatan
manusia dan pusat kerajaan sejak sekian lama. 8 Jumlah penduduk Burma
sentiasa bertambah dan dua wilayah yang paling padat penduduknya ialah
6 "Burma". The World Factbook. Central Intelligence Agency.
https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/geos/bm.html.
Retrieved 13 January 2007.
7 Overview of Burma sanctions". BBC. 18 December 2009.
http://news.bbc.co.uk/2/hi/asia-pacific/8195956.stm. Retrieved 3 June 2011.
8 Abu Talib Ahmad, (2000) , Sejarah Myanmar, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, hlm. 2-4.
4

Rakhine dan Tenasserim.Pada tahun 1850, kedua-dua wilayah ini mempunyai


penduduk berjumlah 586,000 orang.9
Sebahagian besar penduduk tinggal di luar bandar dengan menjalankan
aktiviti pertanian dan

perikanan

sebagai sumber ekonomi

utama.Jumlah

penduduk di Rangoon iaitu bandar utama di Burma dalam era sebelum Perang
Dunia Kedua ialah 500,000 orang diikuti oleh Mandalay kira-kira 163,000
orang.Bandar-bandar lain hanya mempunyai penduduk antara 20,000 hingga
70,000 orang.10 Penduduk Burma umumnya boleh dibahagikan kepada tiga
kumpulan utama iaitu Tibeto-Burman, Mon-Khmer dan Tai-China. Kelompok yang
termasuk dalam Tibeto-Burman dipecahkan kepada tiga sub-kumpulan iaitu
Burma dan Proto-Burma, Chin- kachin dan Lolo. Bagi kumpulan Mon-Khmer pula
terdiri daripada Mon, Palaung dan Yimbau. Kumpulan Tai-China pula terdiri
daripada orang Shan, Karen, Khun dan Lao. 11 Majoriti penduduk di Burma atau
Myanmar merupakan Burman (sekitar 70%), selebihnya adalah terdiri daripada
etnik minoriti seperti Shan, Karen, Rakhines, Cina, India, Mon dan kumpulan kecil
etnik yang lain.
Para pengkaji mempunyai pelbagai pandangan mengenai kelompokkelompok etnik ini serta kedudukan mereka.Kumpulan etnik utama adalah orang
Burman yang bertumpu di kawasan Myanmar Tengah. Mereka dikatakan
bertanggungjawab membentuk kerajaan-kerajaan silam di Burma seperti Pagan,
Ava, Amarapura dan Mandalay. Pada abad ke-11, beberapa kerajaan kecil
Burman disatukan oleh Raja Anawartha sehingga ke Lembah Irrawady dan ke
Lembah Sittang. Raja Anawartha juga memperkenal dan menyebarkan agama
Buddha Hinayana.Istilah Burman digunakan merujuk kepada kelompok majoriti
sementara Burmese digunakan untuk kelompok minoriti Shan di kawasan
tersebut.12
9 Burma Handbook, New Delhi: Government of India Press, 1943, hlm. 10
10 Ibid, hlm. 4
11 Ibid, hlm 13
12 Abu Talib Ahmad, (2000), Sejarah Myanmar, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, hlm.4
5

Karen merupakan etnik terbesar di bahagian utara iaitu di sepanjang


sempadan antara Burma dan Thailand dan merangkumi 10% daripada penduduk
Burma dan kebanyakan mereka adalah beragama Kristian. Etnik ini pro-British
dan berkebolehan menguasai bahasa Inggeris yang menyebabkan mereka
diambil bekerja oleh pentadbiran Inggeris.Apabila Burma mencapai kemerdekaan
,etnik ini menuntut sebuah negara bebas dan perjuangan bersenjata telah
dilakukan yang digerakkan oleh Oraganisasi Pertahanan Karen(KNDO) 13.Etnik
Mon pula adalah kelompok yang berpengaruh dan bertumpu di bahagian selatan
Burma dan orang-orang Mon ini telah menjalankan kolaborasi dengan KNDO
melalui Organisasi Pertahanan Kebangsaan Mon (MNDO). 14 Etnik Shan adalah
kumpulan minoriti yang ke-2 terbesar di Burma yang berbahasa mirip Thai sebab
ada kaitan dengan penubuhan kerajaan Ayuthaya satu ketika dulu.Etnik lain
seperti Rohingya yang tidak diakui oleh kerajaan Burma sebagai warganegara.
Kebanyakan penduduk Burma (80%) adalah penganut agama Buddha
Theravada kecuali puak Mon,Kachin dan Chin yang beragama Kristian serta
penduduk Rohingya yang beragama Islam.

13 George A. Theodorson, Minority People in the Union of Burma. Hlm. 3


14 Ibid, hlm. 14
6

Sumber : Goggle imej


1.2

Perkembangan politik 1948-1962:

Tidak banyak yang mengetahui bahawa Burma pernah dijajah oleh kolonial
Inggeris selama 62 tahun. Kesan daripada penjajahan dari tahun 1824 hingga
7

1886 membawa negara tersebut menjadi sebahagian daripada empayar


India.Hal ini menyebabkan negara yang kini mengandungi sekitar 60.28 juta
penduduk

ini

menjadi

sebahagian

daripada

pentadbiran

wilayah

India.

Pentadbiran di bawah wilayah tersebut cuma berakhir pada tahun 1948 apabila
Burma dipisahkan daripada pentadbiran tersebut lalu membentuk pentadbiran
sendiri dan mencapai kemerdekaannya pada tahun itu juga.
Semasa era Perang Dunia Kedua,Liga Kebebasan Rakyat Anti-Fasis (AFPFL)
merupakan antara organisasi yang kuat dan berpengaruh di Burma.Organisasi ini
diwujudkan pada bulan Ogos 1944 oleh kalangan nasionalis yang anti-Jepun.
Aung San melalui penubuhan Badan Kebebasan Rakyat Anti-Fasis (BKRAF) atau
Anti-Fascist Peoples Freedom League (AFPFL) berusaha menentang Jepun
walaupun pada awalnya pernah menerima latihan dari pihak Jepun pada tahap
awal peperangan.
Jepun menjajah Burma selama 4 tahun tetapi gagal menguasai Burma
dan ramai pegawai British melarikan diri ke India.

Jepun cuba mendapatkan

sokongan daripada rakyat Burma dengan menjanjikan kemerdekaan dan


pembebasan.Jepun kemudiannya menyokong Aug San, pemimpin utama Burma
untuk menguasai

latihan tentera dan menentang British.Pada tahun 1942,

tentera Burma yang terlibat menentang Jepun ketika itu dikenali sebagai Tentera
Kemerdekaan dan Tentera Pertahanan. Pada tahun 1943 ia dikenali Tentera
Negara yang bergabung dengan tentera Berikat.
Semasa pendudukan

Jepun, orang Burma

menerima pengalaman

mentadbir dan bila Jepun membenarkan Burma merdeka pada 14 Ogos 1943,
sebuah kerajaan telah dibentuk yang diketuai oleh Dr. Ba Maw , walaupun
pengalamannya tidak meluas ke kawasan luar bandar, tetapi telah memberi
keyakinan

untuk mentadbir negara sendiri. Pada tahun 1945, Tentera Berikat

telah berjaya menghalau Jepun dan pentabiran Burma kembali berada di bawah
tentera British yang bertujuan menubuhkan semula
memulihkan kemusnahan

pemerintahan serta

dan menyusun semula sistem ekonomi

dengan

bantuan syarikat lama di Burma.


Pada tahun Oktober 1945, Gebenor Doram Smith telah meluluskan dasar
menyatakan
8

matlamat

Biritish

untuk

memberi

kerajaan

sendiri

dan

mengantungkan Perlembagaan 1935 yang kuasanya berada di tangan Gebenor


dan Majlis. Dasar ini gagal dilaksanakan kerana penentangan dari AFPFL /BKRAF
yang enggan berkerjasama
belakang. Pihak AFPFL/BKRAF

dengan

British kerana dasar ini dianggap ke

sebenarnya disokong oleh tentera, orang ramai

dan pucuk pimpinan Burma. Kegagalan ini menyebab Doram Smith kembali ke
England diganti dengan Hubert Rance sebagai Gebenor baru di Burma.
Perjuangan demi perjuangan telah ditempuh oleh Aung San dan rakan
seperjuangannya

yang

akhirnya

membawa

kepada

kebebasan

Myanmar

daripada penjajahan. Namun, Dalam usaha untuk menetapkan masa depan


Burma, Aung San dan 6 ahli Majlis Kerja telah dibunuh.Aung San telah ditembak
oleh musuh politiknya iaitu U Saw. Ini terjadi ketika sidang Dewan Eksekutif
bersidang pada tanggal 19 April 1947, Aung San bersama enam anggota dewan
termasuk Ba Win (kakak sulungnya) telah diserbu dan ditembak oleh orangorang berpakaian seragam yang merupakan orang-orang suruhan U Saw,
mantan perdana menteri yang mempunyai cita-cita besar dan merasa cemburu
di atas kecemerlangan kepimpinan Aung San.U Saw kemudiannya didapati
bersalah dan mendapat hukuman mati.

Gambar: Aung San

Rance kemudiannya menjadi penyelamat dengan menyusun semula


kerajaan dengan

menubuhkan Majlis Mesyuarat Kerja

Perlembagaan telah siap pada


negara berdaulat

17 Oktober 1947

Kerajaan. Deraf

bahawa Burma menjadi

dan merdeka di luar Kommenwel. Hutang kerajaan British 15

Ribu pound dibatalkan

dan Burma di beri kemerdekaan pada 4 Januari 1948.

Antara tahun 1948 -1952, keaadan di Burma

tidak aman , kerana berlaku

pemberontakan dari tiga puak iaitu:


1. Pihak komunis
2. Pertubuhan Sukarela Rakyat PSV /PVO
berpecah

menjadi

penyokong

pertubuhan Aung San yang

kerajaan

dan

satu

pihak

lagi

menyokong komunis.
3. Pertubuhan Kebangsaan Karen PPKK/KN mereka memberontak
meninggalkan tentera Union of Burma.
Angkatan tentera Union telah ditubuhkan untuk menghapuskan
pemberontakan. Perjuangan Aung San diteruskan oleh naib presidennya iaitu U
Nu sebagai Perdana Menteri. U Nu yang lahir pada 25 Mei 1907 (meninggal 14
Februari 1995 pada umur 87 tahun) adalah perdana menteri pertama Burma.
Memegang mandat sebagai pemimpin AFPFL adalah menjadi tanggungjawab U
Nu untuk memimpin Burma ke arah kemerdekaan pada tarikh 4 Januari 1948,
pada tahap itu , kerajaan cenderung untuk mengamalkan sistem demokrasi.
Myanmar

kemudiannya menjadi negara Republik bebas,

dengan Kesatuan

Myanmar (Union of Burma) dengan Soa Shwe Thaik sebagai Presiden pertama
dan U Nu menjadi Perdana Menteri.Burma merdeka tetapi tidak menjadi ahli
Komanwel (Negara-negara yang pernah dijajah oleh British). Dengan membentuk
dua Dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Kewarganegaraan, piliharaya telah
diadakan pada tahun 1951-1952 dan juga tahun 1956 dan 1960.
Kawasan Geografi
perjanjian Panglong

Burma telah digabungkan

yang mengabungkan Myanmar

mengikut persetujuan
dengan wilayah ( state)

etnik Kachin , Shan dan Chin yang dahulunya ditadbir secara berasaingan oleh
British.Sebagai Perdana Menteri, U Nu cuba untuk memulihkan demokrasi dan
mengisytiharkan agama Buddha sebagai agama rasmi negara. Penubuhan negeri
baharu

dalam Union of Burma untuk kaum Mon dan Arakan, memajukan

perkembangan ekonomi dan sosial. Timbul pula masalah apabila golongan Shan
10

tidak berpuashati dan golongan yang


Buddha

bukan beragama Buddha takut dengan

pengisytiharan

agama

sebagai

agama

rasmi.

Kerajaan

melonggarkan

langkah keselamatan yang akhirnya menyebabkan

telah

jenayah

berlaku berleluasa.Parti Pyidaungsu kemudiannya telah berjaya merangka


rancangan

ekonomi

yang

realistik

mewujudkan semula keharmonian

serta

mengukuh

sistem

demokrasi,

kaum Kachin, Shan dan Burman dengan

membenarkan pemimpin etnik mengekalkan kuasa masing-masing.


Pada malam 2 Mac 1962, Jeneral Nu Win ketua angkatan tentera telah
merampas

kuasa

pemimpin,memecat

mengenepikan

kerajaan

parlimen

membubarkan

dan

berpelembagaan,
seminar.

menangkap

Semua

kuasa

diletakkan dibawah kumpulan Rebolusiner. Dengan alasan bahawa Burma dalam


krisis ekonomi, politik dan agama.Masalah persekutuan menjadi sebab berlaku
rampasan kuasa. Majlis Revolusi

kemundian bertindak

membenarkan parti

politik terus wujud, kebebasan akhbar diberi ,menukarkan sifat kerajaan negeri,
menghapuskan kesatuan polis

dan memasukkan tentera dalam perkhidmatan

awam dan polis, memulihkan undang-undang di luar bandar, menghapuskan


Mahkamah Tinggi

dan digantikan dengan sistem kehakiman tunggal.Akibat

rampasan ini ,tidak ada lagi

pemberontakan yang berlaku di Burma selepas

coup de tat itu. Dalam keadaan sebuah negara baru mencapai kemerdekaan,
tidak dinafikan berlaku permasalahan dalam aspek politik, ekonomi dan sosial.
Permasalahan ini telah membawa kepada konflik yang lebih mencekam.
Perkembangan politik yang berlaku dari tahun 1948 hingga tahun 1962
telah menyukarkan negara Burma bersatu. Faktor utama Burma sukar bersatu
sebagai sebuah negara yang hormoni dan aman adalah faktor politik.

I.Permasalahan politik:
Politik yang stabil merupakan tunjang kepada kemakmuran dan kemajuan
sesebuah negara. Walau bagaimanapun, politik Burma telah memaparkan
keadaan yang bertentangan dari suasana yang dihajati. Permasalahan politik
Burma diibaratkan seperti duri dalam daging yang memberi ancaman kepada
kedaulatan sejagat. Antara punca kepada permasalahan politik Burma ialah
11

perlaksanaan struktur politik yang berlandaskan kepada Buddhisme, perpecahan


AFPFL dan penolakan Marxisme sebagai ideologi parti. Dalam aspek politik
permasalahan ini merupakan beban yang dihadapi Burma selepas kemerdekaan
sehingga pentadbiran bermula pada tahun 1962.

II.Perlaksanaan struktur politik berlandaskan Buddhisme dan pengisytiharan


agama Buddha sebagai agama rasmi:
U Nu yang bergelar Perdana Menteri Burma telah melaksanakan sebuah
struktur politik yang berdasarkan kepada Buddhisme dan Sosialisme. Tindakan U
Nu ialah memulihkan demokrasi dan pengistiharan agama Buddha sebagai
agama negara, penubuhan negeri baharu dalam Union of Burma untuk kaum
Mon dan Arakan serta memajukan perkembangan ekonomi dan sosial. Golongan
Shan tidak berpuas hati dan golongan yang bukan beragama Buddha juga takut
dengan pengisytiharan agama Buddha sebagai agama rasmi. Permasalahan
timbul akibat penekanan terhadap Buddhisme.
Umum mengetahui bahawa sesungguhnya struktur politik berlandaskan
Buddhisme membawa maksud penekanan sistem pemerintahan dan pentadbiran
yang berteraskan kepada ajaran agama Buddha. Walaupun pada dasarnya
pelaksanaan ini merupakan langkah terbaik dalam memberikan pembangunan
material dan kerohanian untuk negara Burma. Pelaksanaan ini juga bertujuan
untuk menghapuskan pengaruh kolonialisme British di Burma. Namun, masalah
wujud apabila usaha U Nu untuk menjalankan dasar ini mendapat reaksi berbeza
daripada penduduk Burma. Persoalannya, bagaimana reaksi ini yang akhirnya
membawa kepada permasalahan politik di Burma? Reaksi yang berbeza dapat
dilihat daripada dua kelompok yang berlainan.
Pertamanya, kelompok yang beragama Buddha yang memberi tindak
balas yang positif. Kelompok ini beranggapan bahawa dasar U Nu ini akan
menjamin kelestarian agama Buddha yang menjadi asas hampir keseluruhan
penduduk Burma. Namun, masalah timbul dalam kalangan masyarakat minoriti
dan penganut agama lain di Burma. Hal ini disebabkan dasar Buddhisme
menimbulkan
12

perasaan

takut

lantaran

mereka

melihat

keadaan

sebagai

ancaman. Sesetengah pihak juga mempercayai bahawa akan wujud diskriminasi


terhadap penduduk yang bukan beragama Buddha.
Mengikut perangkaan pada tahun 1931, daripada 14.6 juta penduduk
Burma, kira-kira 12.3 juta atau 84 peratus adalah penganut agama Buddha,
Seramai 762,243 atau 5.2 peratus pula animisme diikuti dengan 570,953 atau
3.9 peratus agama Hindu dan 584,839 atau 4 peratus beragama Islam, 331,106
atau 2.3 peratus beragama kristian dan selebihnya lain-lain agama. 15 Ini
menunjukkan agama Buddha adalah agama majoriti penduduk Burma sejak
sekian lama.
Agama Buddha membentuk sudut pandangan dan amalan dalam
kehidupan harian. Keadaan ini jelas berlaku dengan adanya pelbagai peraturan
yang wujud dalam agama Buddha seperti larangan membunuh semua makhluk
bernyawa sama ada manusia mahupun haiwan.Malahan menurut Abu Talib
Ahmad, perkataan bunuh untuk haiwan cuba dielakkan penggunaannya
sebaliknya diganti dengan perkataan yang lebih sesuai seperti ikan tidak
dibunuh untuk dimakan,tetapi ia disebut sebagai mengeluarkannya dari tempat
kehidupan semula jadinya.16 Walaupun begitu secara realitinya, terdapat
amalan yang berbeza dengan pandangan ini. Penentangan terhadap kerajaan
menyebabkan

pembunuhan

dan

kekerasan

dilakukan

terhadap

golongan

pemberontak sama ada orang Karen, Chin, Rohingya mahupun Kachin ditembak
oleh pihak berkuasa.17 Jika dianalisis daripada kaca mata ilmiah, pelaksanaan
struktur politik yang berlandaskan kepada Buddhisme tidak memberi masalah
kerana sejarah telah membuktikan bahawa penggubalan Piagam Madinah yang
berteraskan Islam berjaya menyatupadukan masyarakat Madinah sekaligus
membawa kepada kegemilangan tamadun Islam.
Malah bila kita melihat keadaan masyarakat yang ada di Malaysia
terutamanya yang berbilang kaum dan berbeza dari segi adat dan agama boleh
15 Azharudin Mohamed Dali , (2012), Air mata Kesengsaraan Rohingya Identiti,
Penindasan dan pelarian, Kuala Lumpur: Inteam Pub. Sdn. Hlm.10
16 Abu Talib Ahmad, (2000), Sejarah Myanmar, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, hlm. 16
17 Ibid., hlm. 16
13

hidup dengan aman walaupun agama Islam diisytiharkan sebagai agama rasmi
negara ini.Berbeza dengan keadaan yang berlaku di Burma pelaksanaan corak
politik berteraskan agama telah gagal lantaran mentaliti masyarakat minoriti dan
penduduk bukan beragama Buddha yang takut akan perubahan serta
keengganan bekerjasama dengan pemimpin tempatan untuk merealisasikan
hasrat ini. Selain itu, punca pokok masalah ini adalah rentetan kegagalan
pelaksaanaan dasar ini oleh mereka yang bertanggungjawab yang tidak mampu
meraih keyakinan penduduk yang bukan beragama Buddha.
Pelbagai pembaharuan juga telah dilakukan oleh U Nu dalam
memperjuangkan agama Buddha. Salah satu langkah yang diambil ialah
membuat seruan agar agama Buddha dijadikan agama rasmi. Seruan ini
diperkukuhkan dengan tindakan U Nu membentuk satu agensi biayaan kerajaan
untuk mempromosikan dan mempropogandakan Budhisme pada tahun 1950
apabila Buddha Sasana Council Act telah digubal. Penggubalan agensi ini
diharapkan mampu mencapai hasrat U Nu bagi memastikan pengamalan agama
Buddha di

segenap pelosok Myanmar.Walaupun seruan ini dilihat mempunyai

kebaikan iaitu mendidik agar masyarakat menjiwai agama Buddha tetapi telah
timbul gerakan yang tidak bersetuju yang melihat perkara ini sebagai ancaman.
Antara pihak yang tidak menyokong adalah golongan Kristian, Islam dan
golongan bukan Buddha yang lain.
Keadaan ini berpunca daripada perasaan takut dan syak wasangka jika
agama Buddha menjadi agama rasmi. Golongan ini berpendapat bahawa akan
wujud penindasan terhadap penduduk bukan Buddha jika telah termaktub
Buddha sebagai agama rasmi. Kesannya, dasar ini telah mengundang padah
terhadap pentadbiran kerajaan yang diketuai oleh U Nu.Krisis akibat propaganda
Buddha telah mendorong kepada permasalahan yang lebih rumit dan gagal
ditangani dengan sebaiknya oleh U Nu.
Permasalahan ini ditimbulkan oleh golongan penentang terhadap
pelaksanaan dasar ini. Hal ini dapat dibuktikan melalui dua peristiwa penting.
Pertamanya, telah berlaku pemberontakan Kachin di Utara Myanmar untuk
membantah tindakan kerajaan meneruskan polisi ini. Pemberontakan ini tercetus
kerana pemimpin Kachin menganut agama Kristian yang khuatir jika polisi ini
diteruskan mendatangkan mudarat kepada penganut agama Kristian. Selain itu,

14

ketua kepada Kristian Myanmar yang bernaung di bawah Kayin National Union
(KNU) bangkit menentang kerajaan agar suara puak Karen di dengar oleh
kerajaan. Campur tangan tentera menjadikan keadaan semakin malang apabila
tentangan dibuat yang menuntut agar agama Buddha ini terhad di Myanmar Hilir
sahaja

yang

didiami

majoriti

penganut

agama

Buddha.

Desakan

dan

pemberontakan ini menjadi gunting dalam lipatan yang menggugat pentadbiran


U Nu.
Rakyat Burma tidak dapat bersatu jika soal agama tidak diatasi dengan
baik sebab isu agama ini adalah isu yang sangat sensitif.Diskriminasi mungkin
timbul terhadap penganut-penganut agama lain, dan itulah yang paling ditakuti
oleh etnik-etnik seperti Kachin,Mon dan Chin. Bagi etnik minoriti seperti
Rohingya yang beragama Islam, mereka ini lebih sengsara sebab tidak diiktiraf
oleh kerajaan Burma malah ditindas sehingga ke hari ini.Isu agama menjadi
sebab yang amat penting mengapa Burma sukar untuk bersatu pada tahun
1948-1962.

III.Perpecahan Liga Kebebasan Rakyat Anti-Fasis (AFPFL):


Sejarah penubuhan AFPFL telah terbentuk melalui gabungan atau
perikatan daripada pertubuhan-pertubuhan besar seperti All-Burma Peasants
Organisation, Federation Of Trade Organisation, kumpulan-kumpulan etnik (Karen
Youth League), ahli-ahli individu, dan sebuah parti politik iaitu parti sosialis.
Perikatan ini menamakan Aung San sebagai presiden dan bertanggungjawab
membimbing

gabungan

ini

berjuang

menuntut

kemerdekaan.

Menjelang 1958, negara ini sebahagian besarnya mula memulihkan ekonomi,


tetapi mula jatuh selain masalah politik akibat perpecahan dalam AFPFL kepada
dua puak, satu yang diketuai oleh U Nu dan Tin, dan yang satu lagi oleh Ba Swe
dan Kyaw Nyein. AFPFL Stabil pimpinan Ba Swe dan Kyaw Nyein dan AFPFL
Bersih pimpinan U Nu dan Tin. Perpecahan ini sebenarnya tidak menjadi masalah
jika ditangani dengan baik kerana perkara ini akan menyuburkan sistem
demokrasi di Myanmar. Demokrasi membawa maksud pemerintahan rakyat
kerana pemilihan parti yang memerintah adalah berdasarkan majoriti sokongan
rakyat. Oleh itu, jika difikir mengikut logik akal perpecahan ini memberi impak
positif kepada rakyat kerana persaingan AFPFL Stabil dan AFPFL Bersih pastinya
15

akan berlangsung secara sihat dalam melakukan dasar dan pelaksanaan yang
terbaik untuk menambat hati penduduk Burma.
Namun, perpecahan ini tidak membawa kesan seperti yang diharapkan
lantaran Perang Terbuka kerana kedua-dua pihak saling melemparkan berbagaibagai tuduhan seperti rasuah, nepotisme, gila seks dan membunuh sama ada
melalui media massa dan dakyah politik melalui ceramah. Keadaan ini
merupakan suatu hal yang menjadikan pemangkin permasalahan yang lebih
tenat. Akibat perpecahan ini bukan sahaja menimbulkan masalah luaran tetapi
juga masalah dalaman yang merumitkan keadaan. Persaingan yang wujud dalam
AFPFL itu sendiri untuk menguasai kesatuan politik telah mencambahkan benihbenih masalah yang mengundang kepada pergolakan politik di Burma. Keadaan
bertambah parah apabila ahli-ahli politik tempatan mengidam-idamkan untuk
menjadi Perdana Menteri.
Sememangnya perebutan ini mengundang pelbagai masalah yang tiada
bernokhtah. Selain itu, permasalahan juga berpunca daripada sebab peribadi,
cemburu kuasa, gila kuasa dan perasaan syak wasangka dalam kalangan
pemimpin AFPFL dari peringkat pusat hingga peringkat akar umbi. Lantaran itu,
suatu yang pasti permasalahan dalaman dan luaran telah membawa kepada
krisis perpecahan dalam AFPFL. Lebih malang lagi, AFPFL mula dikaitkan dengan
penjenayah yang menggunakan parti untuk melarikan diri daripada tindakan
undang-undang. Permasalahan yang tidak berjaya ditangani ini telah membawa
kepada era pemerintahan baru dalam politik Myanmar. Perpecahan ini telah
memberi kesan yang besar tehadap politik demokrasi kerana persaingan yang
wujud untuk memerintah Myanmar.

Keadaan bertambah malang dengan

adanya penglibatan golongan tentera dalam kancah politik kesan daripada


pergolakan yang berlaku dalam AFPFL. Semua sedia maklum penglibatan tentera
akan menyumbang kepada pemerintahan kuku besi.
Walaupun begitu, penglibatan golongan tentera adalah bersandarkan
kepada kehendak sesetengah rakyat Myanmar yang tidak lagi percaya kepada
sistem demokrasi dan meminta golongan tentera untuk campur tangan dalam
sistem politik.Tentera telah mengambil alih

pentadbiran dan U Nu telah

mengisytiharkan emergency darurat dalam perlembagaan. Pada tahun 1960,


politik di Myanmar dikuasai oleh tentera dan diketuai oleh General Ne Win yang
16

berperanan sebagai kerajaan sementara selama 2 tahun.Ini terjadi apabila U Nu


dikenakan undi tidak percaya hanya dengan sokongan pembangkang Barisan
United Nasional (National United Front/NUF ), dipercayai mempunyai 'kriptokomunis' di kalangan mereka. Lebih 400 orang yang bersimpati dengan komunis
'telah ditangkap, 153 dihantar pulang ke Pulau Coco di Laut Andaman. Antara
mereka ialah pemimpin NUF Aung Than, abang Aung San. Kyemon dan Rangoon
Harian juga telah ditutup.
Kerajaan baru Ne Win mengadakan pilihan raya umum pada tahun 1960
yang mengembalikan Parti Kesatuan U Nu, dengan satu majoriti besar. 18 Keadaan
stabil tidak kekal

lama, apabila Persekutuan Pergerakan Shan bermula yang

dipimpin oleh Nyaung Shwe Sawbwa Sao Shwe Thaik (Presiden pertama
Myanmar

bebas

1948-52).

Beliau

bercita-cita

untuk

menjadi

sebuah

persekutuan 'longgar', dilihat sebagai sebuah gerakan pemisah yang mendesak


kerajaan menghormati hak pemisahan dalam 10 tahun yang diperuntukkan oleh
Perlembagaan 1947. Ne Win telah berjaya menanggalkan kuasa feudal Sawbwa
Shan pada tahun 1959.
Perpecahan yang berlaku dalam Liga Kebebasan Rakyat Anti-Fasis (AFPFL),
menyukarkan lagi Burma untuk bersatu sebab jika para pemimpin sudah tidak
sekepala,masing-masing mahu menang dan mempunyai tujuan peribadi maka
yang jadi mangsanya adalah rakyat .Rakyat akan berpecah sokongannya.
Jeneral Ne Win mula mengambil alih peranan U Nu sebagai pemimpin utama
Burma pada tahun 1960 dan junta tentera menguasai sepenuhnya pemerintahan
menjelang

tahun

1962

hinggalah

sekarang.

IV.Penolakan Marxisme sebagai idealogi parti

Perkataan komunis adalah berkaitan dengan Komunisme yang membawa


maksud orang yang menganut fahaman Komunisme. Komunisme adalah sebuah
ideologi. Maksud komunisme ialah suatu fahaman politik yang menjadikan
faktor pengeluaran (ekonomi) dan barang-barang pengguna sebagai milik
18Smith, Martin (1991). Burma Insurgency and the Politics of Ethnicity.
London and New Jersey: Zed Books hlm 195197.
17

negara. Fahaman ini banyak diamalkan di negara China dan beberapa negara di
Eropah Timur.

Karl Marx
Dari manakah fahaman Komunisme ini berasal? Penganut fahaman ini berasal
dari Manifest der Kommunistischen yang ditulis oleh Karl Marx dan
Friedrich Engels, sebuah manifesto politik yang pertama kali diterbitkan pada 21
Februari 1848, teori mengenai komunis sebuah analisis pendekatan kepada
perjuangan kelas (sejarah dan masa kini) dan ekonomi kesejahteraan yang
kemudian pernah menjadi antara gerakan yang paling berpengaruh dalam dunia
politik.Apakah kaitannya dengan sejarah politik Burma yang menyebabkan
negara tersebut tidak dapat bersatu dan akhirnya diperintah oleh junta tentera.

Setiap parti yang dibentuk mempunyai ideologi dan fahaman masingmasing agar perjuangan lebih terarah dan tidak terpesong. Perkara yang sama
telah melanda Burma/Myanmar kerana parti yang ditubuhkan perlu mempunyai
ideolagi. Masalah timbul lantaran U Nu menolak Marxisme sebagai ideologi parti.
Marxisme merupakan ideologi komunis yang dibawa oleh Karl Marx iaitu
kekayaan dikongsi bersama. U Nu lebih cenderung dengan polisi satu bentuk
sosialisme iaitu Burmese Way to Socialism yang bertujuan memiliknegarakan
semua harta dan hasil pendapatan.
Perkembangan ini telah mengundang perasaan syak wasangka yang
berlarutan dalam kalangan masyarakat. Hal ini rentetan daripada dasar yang
diperkenalkan oleh U Nu mempunyai persamaan dengan ideologi Marxisme iaitu
segala harta, tanah, pendapatan adalah hak milik negara. Fenomena ini
melahirkan perasaan tidak puas hati sehingga membawa kepada perpecahan
Majlis Tertinggi Parti dan mengakibatkan haluan berbeza dalam AFPFL kepada
dua pihak iaitu penyokong U Nu dan Kyaw Nyein. Justeru, jika diteliti tindakan U
18

Nu diibaratkan seperti seorang yang hipokrit kerana dasar yang diperkenalkan


mempunyai persamaan dengan ideologi Marxisme walaupun hakikatnya beliau
menolak fahaman ini. Kesannya, senario ini menyebabkan kejatuhan mendadak
dalam majoriti parlimen bagi U Nu.Kesannya U Nu telah dijatuhkan oleh Jenderal
Ne Win.Kesepakatan dalam pemerintahan tidak wujud dalam pentadbiran U Nu
kerana tindakan yang kurang efisen yang menyebabkan beliau berundur kerana
sikap hipokrit dan tidak berfikir panjang.Apa yang dicipta oleh U Nu dalam
pentadbirannya sama dengan ideologi komunis Karl Marx yang mempraktikkan
semua

aset

negara

adalah

hak

mutlak

Negara.

V.Kelemahan Pemerintahan 1948-1962


Pemimpin yang mantap akan membawa negara ke arah
kecemerlangan,rakyat bersatupadu dan dapat hidup dengan aman tetapi
sebaliknya pemimpin yang lemah membawa kepada permasalahan yang tidak
pernah padam. Kenyataan ini sudah cukup untuk menerangkan masalah sosial di
Myanmar akibat daripada kelemahan pemerintahan.Rakyat tidak puas hati dan
akan menimbulkan pelbagai masalah yang menyebabkan Burma tidak dapat
bersatu.Jika dibuka lembaran sejarah pemerintah yang bertanggungjawab
sekitar tahun 1948 hingga 1960 adalah insan bernama U Nu. U Nu merupakan
seorang yang memandang tinggi kepada orang Inggeris kerana kekaguman dan
kesenangan beliau terhadap pihak Inggeris. Hal ini dapat dibuktikan apabila U Nu
mendapat jolokan George Bernard Shaw Myanmar. Tindakan ini menimbulkan
ketidakpuasan hati penduduk lantaran anggapan bahawa Inggeris adalah
penjajah dan tidak sewajarnya di beri muka. Namun, dalam pemerintahan U Nu
berlaku sebaliknya kerana pengiktirafan dan kebanggaan beliau terhadap
Inggeris sangat tebal sehinggakan pentadbiran yang sistematik tidak dapat
dijalankan.
Hal ini ekoran daripada ketaksubannya terhadap Inggeris yang
melalaikannya daripada melakukan pemerintahan yang berkualiti.Kegagalan U
Nu berterusan apabila tidak berhasil memberi kepimpinan yang berkesan.Ini
telah membuktikan bahawa U Nu diiktiraf sebagai seorang pemerintah yang
lemah kerana melakukan tindakan yang tidak munasabah serta mempunyai latar
belakang yang kurang baik seperti panas baran dan kaki botol. Antaranya ialah
pembinaan rumah tumpangan untuk anjing-anjing yang berkeliaran di kota
19

Myanmar. Padahal, pada ketika itu masih ramai penduduk Myanmar tidak
mempunyai tempat tinggal yang tidak selesa.
Ini menunjukkan U Nu tidak prihatin dengan keadaan masyarakat yang
majoritinya terdiri daripada masyarakat petani yang miskin serta memerlukan
perhatian daripada pihak kerajaan untuk membela nasib mereka.Di samping itu,
U Nu dilihat sebagai seorang yang tidak mempunyai pengalaman dalam
pemerintahan. Pernyataan dapat dibuktikan melalui tindakan yang diambil oleh
U Nu iaitu dasar Burmese Way to Socialism yang menimbulkan curiga dalam
kalangan rakyat dan membawa kepada perpecahan parti dan junta tentera
berkuasa.

VI.Masalah etnik
Rasanya masalah etnik ini adalah masalah yang paling sukar di atasi
kerana setiap etnik di bumi Burma mempunyai permintaan dan desakan masingmasing. Pemimpin perlu bijak seperti kata pepatah Menarik rambut dalam
tepung,rambut jangan putus dan tepung jangan berselerak. Kepelbagaian etnik
di negara Burma/Myanmar merupakan halangan kepada kejayaan khususnya
dalam membentuk perpaduan. Dalam keadaan ini, aspek penting adalah
hubungan

majoriti-minoriti.Hubungan

majoriti-minoriti

seringkali

dipenuhi

dengan pelbagai konflik, pergaduhan mahupun peperangan.Dalam kaeadaan


berkonflik biasanya golongan minoriti berada dalam kaedaan lemah dan
tertindas sebab bilangan mereka kecil dan bertambah sukar apabila pihak
majoriti memegang kuasa.19
Myanmar mempunyai ramai puak minoriti yang perlu diberi perhatian
oleh setiap pemimpin yang menerajui pemerintahan. Kegagalan berbuat
demikian akan menimbulkan kekecohan dan ketidakpuasan hati golongan
minoriti. Antara puak etnik di Myanmar seperti Karen, Kachin, Shan, Kayah, Chin
Mon,Rohingya,

Arakan

dan

lain-lain.

Fenomena

ini

mendorong

kepada

permasalahan etnik kerana memperjuangkan hak masing-masing. Konflik etnik di


Myanmar

begitu

ketara

selepas

Myanmar

memperoleh

kemerdekaannya

19 Azharudin Mohamed Dali , (2012), Air Mata Kesengsaraan Rohingya Identiti,


Penindasan dan Pelarian, Kuala Lumpur: Inteam Pub. Sdn. Hlm.105
20

daripada Britain bulan Januari 1948. Setiap etnik minoriti mempunyai masalah
masing-masing yang perlu diselesaikan. Mon dan Arakan merupakan etnik yang
melancarkan pemberontakan kerana U Nu yang gagal mengotakan janji. Dalam
janji kemerdekaan, U Nu mencadangkan pembentukan satu negeri berasingan
bagi orang Arakan dan Mon dalam tahun 1960. Janji ini sengaja ditabur untuk
memberi kepuasan kepada minoriti-minoriti etnik dan memancing undi daripada
mereka.
U Nu,ketika berkempen pada tahun 1960 berjanji memberi status negeri
kepada Arakan tetapi terpaksa berundur kerana desakan tentera.U Nu, dalam
kenyataan

yang

diucapkannya

semasa

Karen

State

Constitutional

Amendment berhubung isu hak minoriti pada 8 Oktober 1951, menyebut:


I might explain at this point that the Contitution has made provision for
the right
Of equality and feedom,right relating religion;cultural; education and economic
right. These right will continue to be anjoyed even by the smallest minority. By
the term Minority Right, Imean those so-called Rights which entice members of
the Union to dismember themselves with separate election.. I need hardly say
that this union of Burma belong equally to all nationals, Chins, Kachins,
Kerannis,Mons, Arakaneses, all.Athough the Burmeses are majority people, they
are not a people to misuse their majority. 20
( Ingin saya jelaskan di sini, di peringkat ini bahawa
perlembagaan

mengandungi

beberapa

perkara

atau

peruntukan

berhubung hak untuk kesaksamaan dan kebebasan. Hak itu ialah hak
berkaitan agama, budaya, pendidikan dan ekonomi. Hak-hak ini boleh
terus didikmati oleh semua, walaupun minority. Apa yang dimaksudkan
di sini ialah mereka yang menjadi ahli dalam Kesatuan Burma di mana
Kesatuan Burma adalah milik sama rata semua warganegara tidak kira
Shan, Chin, Kachin, kerani, mon dan Arakan. Walaupun Burman adalah
ahli majoriti, mereka bukannya boleh menggunakan keistimewaan
majoriti itu.)
20 J. Silverstein, Burma dalam Roger M. Smith (penyunting) , Southeast Asia
Documents of Political Development and Change, London: Cornell University,
1979, hlm. 108.
21

Kenyataan U Nu ini membayangkan hasratnya untuk memberi hak


kesamarataan kepada semua etnik sama ada etnik majoriti mahu pun
minoriti.Antara etnik yang berjuang untuk mendapatkan sebuah negara bebas
termasuklah Muslim Rakhine iaitu orang-orang Islam di utara Arakan. Namun,
selepas pilihan raya telah menyaksikan kemenangan U Nu tetapi beliau
melengahkan janji yang telah dibuat dan langsung tidak mengendahkan puak
Arakan dan Mon. Senario ini telah mendorong kebangkitan puak ini untuk
menegakkan keadilan. Justeru, pada akhir 1961 telah berlaku pemberontakan
minoriti yang memberi tekanan terhadap pemerintahan dan pentadbiran U Nu.U
Nu terpaksa menerima bahawa pemberontakan minoriti ini memberi kesan
kerana pemberontakan ini berjaya menguasai satu per sepuluh daripada negeri
tersebut. Oleh itu, dalam memberi kepuasan kepada minoriti-minoriti etnik,
kerajaan bersetuju menubuhkan dua buah negeri lagi untuk orang Mon dan
Arakan.
Pemberontakan puak Arakan dan Mon menjadi pengajaran berguna
kepada pemimpin yang memerintah agar tidak mengambil ringan masalah puak
minoriti.
Pada tahun 1949, Karen National Defense Organization (KNDO) merupakan
organisasi yang menjadi landasan kepada perjuangan puak Karen. KNDO telah
melancarkan pemberontakan untuk mendapatkan hak negeri

serta ingin

mempertahankan budaya mereka. Puak Karen berpendapat budaya mereka akan


terjejas jika dasar Buddhisme meresap dan dipraktikkan dalam sosial masyarakat
Myanmar. Perjuangan hak negeri dan budaya juga dipelopori oleh etnik lain yang
merasa tergugat dengan dasar dan polisi kerajaan. Akibat pemberontakan yang
dilancarkan oleh etnik-etnik ini telah mendorong kepada langkah drastik diambil
oleh pemerintah.
Fenomena yang semakin memuncak menyebabkan U Nu tidak lagi
mampu menghentikan tindakan pemberontakan ini. Lantaran itu, beliau telah
meminta bantuan General Ne Win mengambilalih kedudukan beliau.Kerajaan
yang dibentuk oleh U Nu telah merangka satu perlembagaan yang membabitkan
soal pentadbiran Myanmar. Walaupun perlembagaan ini mendapat tentangan
oleh puak Shan dan Kayah yang berkehendakan perlembagaan ini dikaji semula.
Penentangan wujud rentetan daripada isu persekutuan yang membabitkan soal
22

keselamatan negara dan kedudukan mereka dalam pembangunan. Puak Shan


dan Kayah tidak berpuas hati dengan kandungan perlembagaan yang tidak
memberi jaminan keselamatan dan perlindungan terhadap puak mereka.
Rentetan itu, timbul satu rancangan sulit Chaofa untuk menentang persekutuan.
Chaofa sanggup bekerjasama dengan musuh negara iaitu Kuomintang (KMT),
rakyat Thai dan Amerika (CIA) untuk menghancurkan persekutuan. Pakatan ini
menimbulkan cacamarba dalam membincangkan permasalahan sosial yang
berlaku di Myanmar. Penentangan yang dilakukan akhirnya menundukkan pihak
kerajaan.
Oleh itu, negeri Shan dan Kayah diberi hak untuk berundur daripada
kesatuan pada tahun 1958 selepas 10 tahun bernaung di bawah Kesatuan
Myanmar. Tindakan ini lantaran mereka yang tidak berpuas hati dengan
perlembagaan persekutuan. Walau bagaimanapun, tindakan ini menimbulkan
kekhuatiran General Ne Win kerana bimbang jika pengunduran ini tidak
dibenarkan oleh U Nu. General Ne Win sedia maklum bahawa U Nu tidak mahu
puak Shan dan Kayah keluar dari Kesatuan Myanmar. Pengunduran puak ini akan
memberi kesan yang lebih signifikan kepada permasalahan sosial di Myanmar
kerana pengaruh yang cukup besar dalam kerajaan. Ini kerana jika pihak
kerajaan memenuhi permintaan satu puak etnik, maka etnik-etnik yang lain juga
akan

meminta

dan

mendesak

agar

permintaan

mereka

juga

harus

dipertimbangkan yang mana akan menimbulkan keadaan yang tidak selesa di


pihak pemerintah.Hal sebeginilah yang menyebabkan Burma sukar untuk
disatukan.
Sesungguhnya, masalah etnik bukan perkara yang mudah kerana
kepelbagaian etnik memerlukan keadilan dan kesamarataan untuk mengelakkan
konflik social. Permintaan dan desakan daripada etnik-etnik ini perlu ditangani
dengan bijak oleh pemimpin agar rakyat dapat bersatu dan membentuk negara
yang aman.

VII.Pemberontakan Komunis dan Etnik:


Tahun-tahun pertama kemerdekaan Burma telah ditandakan oleh
pemberontakan berturut-turut oleh Komunis Bendera Merah yang diketuai oleh
23

Thakin Soe, Komunis Bendera Putih yang diketuai oleh Thakin Than Tun, Ybaw
Hpyu (White-band PVO) diketuai oleh Bo La Yaung, ahli tiga puluh komrad,
pemberontak tentera yang menggelarkan diri mereka Tentera Myanmar Revolusi
(RBA) diketuai oleh pegawai Komunis Bo Zeya, Bo Yan Aung dan Bo Ye Htut ketiga-tiga mereka adalah ahli Tiga puluh komrad, Arakanese Islam atau Mujahid,
dan Kesatuan Kebangsaan Karen (Karen National Union).
Selepas kemenangan Komunis di China pada tahun 1949 di kawasan
pedalaman Myanmar Utara selama bertahun-tahun,

ia dikawal oleh tentera

pasukan Kuomintang (KMT) di bawah arahan General Li Mi. Komunis merupakan


salah sebuah fahaman yang menular di hampir keseluruhan Asia Tenggara dalam
memperjuangkan ideologi dan fahaman dalam kalangan masyarakat. Myanmar
antara negara yang telah memperlihatkan campur tangan komunis dalam politik
yang akhirnya memberi kesan kepada permasalahan sosial. Parti Komunis Burma
telah ditubuhkan yang bermatlamatkan memperjuangkan agenda komunis
dalam pemerintahan dan telah mendapat sokongan daripada golongan bawahan
yang tertindas seperti petani. Keadaan ini menyebabkan Myanmar mengalami
kekacauan dari parti-parti komunis dan pihak pelampau yang selalu sahaja cuba
menghasut petani-petani untuk menyebelahi pihak mereka.

Dalam perjuangan Parti Komunis Burma atau kemudiannya dikenali


sebagai

White

Flag

telah

melakukan

pemberontakan

dan

disertai

oleh

pertubuhan paramilitari iaitu Peoples Volunteer Organisation. Di samping itu,


akibat daripada penindasan kerana permasalahan rasuah perjuangan komunis
dibantu oleh sekumpulan kecil orang Rohingya yang mempunyai matlamat
perjuangan yang sama. Perkara ini dibuktikan melalui Perang Etnik yang telah
dilancarkan oleh orang Rohingya yang menggelarkan diri mereka sebagai
Mujahid.
Selain daripada Perang Etnik, telah berlaku Perang Saudara antara
komunis dan Rangoon yang telah mengakibatkan keruntuhan pentadbiran pusat.
Gabungan

antara

pemberontakan

komunis

dan

etnik

hampir

berjaya

menumpaskan kerajaan yang terkepung di Yangon. Pentadbiran yang hampir


lumpuh akibat huru-hara yang ditimbulkan oleh masyarakat Myanmar membawa
kepada permasalahan sosial yang tidak pernah reda dalam lipatan sejarah
24

Myanmar. Walaupun langkah pengharaman Parti Komunis telah dilancarkan


tetapi pengaruhnya masih membiak dalam kalangan masyarakat.Ini telah
menyukarkan Burma untuk bersatu sebab halangan-halangan yang datang
bertali

arus

dan

perlukan

penyelasaian.

VIII.Permasalahan Ekonomi.
Ekonomi ditakrifkan sebagai suatu pasaran yang wujudnya permintaan
dan penawaran. Kemantapan ekonomi merupakan tunjang kepada kesejahteraan
dan kemajuan sesebuah tamadun. Jika ekonomi di tahap kritikal maka
pembangunan akan terencat. Myanmar juga tidak lari daripada permasalahan
ekonominya

yang

menjadi

penyumbang

kepada

kegawatan

dalam

pembangunan. Antara masalah ekonomi Myanmar ialah kegagalan progran


ekonomi yang dikenali Pydawtha, kelembapan ekonomi, ekonomi sosialis
demokratik, kerosakan harta benda akibat perang dan kelemahan manusia.
Kegawatan

ekonomi Myanmar merupakan

penyumbang

kepada masalah-

masalah yang wujud selepas kemerdekaan sehingga pentadbiran bermula pada


tahun 1962.Masalah yang berlarutan ini telah menyukarkan lagi keadaan di
Burma untuk rakyatnya bersatu padu sehati sejiwa.
Kesimpulan:
U Nu sebagai perdana menteri yang pertama memainkan peranan yang
penting dalam sejarah politik Burma dari tahun 1948 - 1962.Kepincangan yang
timbul dalam pemerintahan beliau menyebabkan Burma sukar untuk bersatu. Ini
disebabkan berlakunya persaingan etnik kerana negara yang diberikan jolokan
sebagai

negara

etnik.Ancaman

Yugoslavia
komunis

Asia
yang

Tenggara
setiasa

ini

terdiri

mengambil

daripada
peluang

pelbagai
untuk

mengembangkan ideologinya serta perpecahan dalam Liga Kebebasan Rakyat


Anti-Fasis (AFPFL) selepas pembunuhan Aung San memberikan kesan yang
berpanjangan kepada sejarah negara Burma. Tindakan U Nu mengisytiharkan
agama Buddha sebagai agama rasmi negara itu mempunyai tujuan yang baik
sebenarnya tapi cara beliau menangani dan mendekatkan penduduk Burma
dengan nilai-nilai baik dalam agama Buddha tidak praktikal malah menimbulkan

25

perasaan sangsi di kalangan penganut agama lain yang akhirnya timbul masalah
yang lebih besar yang menyebabkan Burma tidak dapat disatukan.

Keadaan

makin

parah

apabila

Jeneral

Ne

Win

mengambil

alih

pemerintahan.Kecenderungannya membentuk pasukan tentera yang kuat dan


menguasai sistem pemerintahan tentera menimbulkan peningkatan ketegangan
etnik . Era demokrasi berakhir apabila beliau merampas kuasa dan menolak
konsep

persekutuan

kerana

dikatakan

akan

merosak

kesatuan

negara.

Pemerintahan tentera terus membentuk sejarah Burma untuk selama 26 tahun


dan beberapa dasar seperti pengusiran orang asing, pengawalan media,
pemenjaraan ratusan pemimpin politik atas alasan menentang kumpulan
penentang menyebabkan negara tersebut tersisih daripada pengetahuan dunia
luar. Oleh itu, Burma dilihat sebagai sebuah negara tertutup dan tidak banyak
berhubung dengan negara luar.

Bibliografi:
Abu Talib Ahmad, (2000), Sejarah Myanmar, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
Abu Talib Ahmad, (1991), Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka
Azharudin Mohamed Dali , (2012), Air mata Kesengsaraan Rohingya Identiti,
Penindasan dan pelarian, Kuala Lumpur: Inteam Pub. Sdn.
Asian Development Bank Myanmar Fact Sheet, Retrieved 8 July 2010.
Dougald JW O'Reilly (2007). Early civilizations of Southeast Asia. United Kingdom:
Altamira Press. ISBN 10: 0-7591-0279-1.

26

J. Silverstein, (1979) Burma dalam Roger M. Smith (penyunting) , Southeast


Asia Documents of Political Development and Change, London: Cornell
University, hlm. 108.
Li Be Nih, (2015), Sejarah Asia Tenggara: Pemodenan dan Pembangunan, UMS
Smith, Martin (1991). Burma Insurgency and the Politics of Ethnicity. London
and New Jersey: Zed Books hlm 195197.

27