Anda di halaman 1dari 14

TTooppiikk

  • Pemikiran dan
    22 Konsep Nombor

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menghuraikan mengenai kognisi kanak-kanak bagi setiap
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.
Menghuraikan
mengenai
kognisi
kanak-kanak
bagi setiap tahap
perkembangan;
2.
Menerangkan perkembangan konsep matematik dan sains kanak-
kanak; dan
3.
Memahami proses perolehan konsep nombor.
PENGENALAN

Melalui topik terdahulu, kita telah belajar secara sepintas lalu mengenai tahap perkembangan mengikut teori Piaget. Piaget berpendapat bahawa pemikiran merupakan satu proses yang disedari dan berkembang secara berperingkat- peringkat.

Selanjutnya, topik ini akan membincangkan dengan lebih terperinci mengenai kognisi kanak-kanak bagi setiap perkembangan yang dilalui mereka. Selain itu, kita juga akan melihat perbezaan konsep pemikiran kanak-kanak selari dengan pertambahan usia mereka.

Kita juga akan diperincikan mengenai perkembangan konsep matematik dan sains kanak-kanak. Di samping itu, kita akan pelajari bagaimana konsep itu berkembang dan bagaimana konsep itu diperoleh. Akhir sekali, kita akan diterangkan mengenai penguasaan konsep nombor dalam kalangan kanak- kanak.

TOPIK 2 PEMIKIRAN DAN KONSEP NOMBOR  27 AKTIVITI 2.1 Pada pendapat anda, apakah yang diinginkan
TOPIK 2
PEMIKIRAN DAN KONSEP NOMBOR
27
AKTIVITI 2.1
Pada pendapat anda, apakah yang diinginkan oleh seorang bayi yang
berusia dua bulan apabila dia menangis? Mengapa?
2.1
2.1

KOGNISI KANAK-KANAK DAN PERINGKAT PERKEMBANGAN

Pada mulanya, pemikiran bayi hanya berdasarkan deria dan kemahiran motor. Aktiviti sensori ialah pengalaman yang dikesan melalui lima derianya, sementara aktiviti motor diperoleh hasil gerak balas fizikal sewaktu berinteraksi dengan objek.

  • 2.1.1 Peringkat Deria Motor (0–2 Tahun)

TOPIK 2 PEMIKIRAN DAN KONSEP NOMBOR  27 AKTIVITI 2.1 Pada pendapat anda, apakah yang diinginkan

Rajah 2.1: Bayi menghisap mainan yang merupakan satu peringkat deria motor dalam teori perkembangan Piaget

Peringkat deria motor merupakan peringkat paling bawah dalam teori perkembangan Piaget. Pada peringkat ini, pemahaman bayi adalah berasaskan pada gerakan spontan yang tidak dipelajari yang dipanggil skema dalaman dan ia sentiasa berubah. Gerakan spontan ini adalah seperti menghisap, memegang dan juga melihat. Gerakan spontan bayi ini dapat disesuaikan dengan pengalaman yang bayi alami. Sebagai contoh, seperti yang dapat dilihat dalam Rajah 2.1, bayi berusia dua bulan sudah pandai menghisap, namun lama- kelamaan dia akan menyedari bahawa terdapat perbezaan dari segi gaya antara menghisap susu dan juga menghisap jari.

28

TOPIK 2

PEMIKIRAN DAN KONSEP NOMBOR

Apabila berumur antara 8 dan 12 bulan, kanak-kanak mula memperolehi konsep kekekalan dengan memahami bahawa objek itu terus wujud walaupun mereka tidak melihatnya lagi. Apabila mainan bayi berusia 8 bulan diambil, ia tidak akan berusaha untuk mencarinya, tetapi apabila dilakukan pada bayi berusia 10 bulan, ia akan mencari objek yang hilang itu. Tahap sensori motor ini diakhiri dengan keupayaan bayi meniru model yang tiada di hadapannya. Bayi berumur 16 bulan boleh meniru mimik tingkah laku orang lain. Ini bermakna ia berupaya mewakilkan peristiwa atau objek secara dalaman atau mental.

Subtahap peringkat perkembangan sensori motor boleh dilihat dalam Jadual 2.1 di bawah.

Jadual 2.1: Peringkat Perkembangan Sensori Motor

Subtahap

Ciri Utama

 

Pemikir

0 1 bulan

Pembentukan skema awal berdasarkan aktiviti spontan.

Bayi tidak berusaha untuk mencari objek yang hilang.

1 2 bulan

Pengulangan tingkah laku yang akan memberi hasil yang berpusatkan pada badan sendiri.

Bayi tidak berusaha untuk mencari objek yang hilang.

4 8 bulan

Pengulangan tingkah laku yang akan memberi hasil yang berlaku di persekitaran.

Mencari objek yang separuh tersembunyi.

9 12 bulan

Kombinasi gerakan demi mencapai matlamat.

Mencari objek yang tersembunyi sepenuhnya.

12 18 bulan

Menguji pelbagai gerakan demi

Boleh

mengikuti perpindahan

mencapai matlamat.

objek yang kelihatan.

18 24 bulan

Berfikir untuk menyelesaikan masalah dan meniru model.

Boleh mengikuti perpindahan objek yang kelihatan.

  • 2.1.2 Peringkat Praoperasi (2–7 Tahun)

Kanak-kanak pada peringkat ini menggunakan simbol untuk mewakili objek dan peristiwa. Kanak-kanak boleh menganggap blok kayu sebagai telefon mereka ataupun sebagai kereta, dan mereka boleh berfantasi menggunakan mainan tersebut. Walau bagaimanapun, kanak-kanak peringkat ini gagal untuk menguasai konsep kekekalan isi padu, jisim dan juga nombor.

Kekekalan merupakan satu istilah yang merujuk kepada kesedaran bahawa walaupun terdapat perubahan pada bentuk sesuatu jasad, kuantiti fizikal jasad tersebut tidak berubah. Contohnya, jika dirujuk pada Rajah 2.2, kanak-kanak berusia enam tahun diuji dengan menunjukkan dua buah bikar yang sama saiz

TOPIK 2

PEMIKIRAN DAN KONSEP NOMBOR

29

diisi dengan air yang sama banyak. Apabila ditanya manakah bikar yang mengandungi air yang banyak, kanak-kanak akan memberikan jawapan kedua bikar mempunyai jumlah air yang sama banyak. Apabila jumlah air dalam salah satu bikar dituang ke dalam bikar lain yang lebih tinggi, kanak-kanak akan mengatakan bahawa jumlah air dalam bikar yang tinggi adalah lebih banyak daripada bikar yang rendah. Kegagalan kanak-kanak menguasai konsep kekekalan ini adalah disebabkan mereka hanya memfokuskan pemerhatian mereka kepada satu ciri sahaja iaitu saiz bikar dan mengabaikan ciri yang lain.

TOPIK 2 PEMIKIRAN DAN KONSEP NOMBOR  diisi dengan air yang sama banyak. Apabila ditanya manakah

Rajah 2.2: Ujikaji mengenai konsep kekekalan yang dijalankan ke atas kanak-kanak yang berusia enam tahun

Kanak-kanak pada peringkat ini juga bersikap egosentrik iaitu melihat sesuatu perkara berdasarkan perspektif mereka sendiri. Contohnya, seorang kanak- kanak menyalahkan ayahnya atas kegagalannya memukul bola dalam satu permainan besbol.

Jadual 2.2 di bawah memperlihatkan kepada kita ciri-ciri dan corak pemikiran kanak-kanak di peringkat praoperasi.

30

TOPIK 2

PEMIKIRAN DAN KONSEP NOMBOR

Jadual 2.2: Ciri-ciri dan Corak Pemikiran Kanak-kanak di Peringkat Praoperasi

Ciri-

Pemikiran

Contoh

Pemusatan

Memfokuskan perhatian hanya pada satu ciri bagi menyelesaikan masalah

Menumpukan perhatian hanya pada saiz bikar dalam uji kaji air.

Ketidakbolehbalikkan

Tidak dapat menukar balikkan sesuatu tingkah laku secara mental.

Tidak dapat berfikir apa akan terjadi jika air di dalam bikar tinggi dituang semula ke bikar asal.

Egosentrik

Mentafsir peristiwa berdasarkan pandangan sendiri

Kanak-kanak melihat sendiri air di dalam bikar tinggi lebih banyak dan dia berpegang pada kenyataan ini, meskipun ini tidak benar.

  • 2.1.3 Peringkat Operasi Konkrit (7–11 Tahun)

Peringkat ini dikenali sebagai konkrit kerana kanak-kanak hanya boleh melakukan operasi pada imej dan objek yang nyata dan tidak pada perkara yang abstrak. Operasi ini mempunyai tiga kualiti yang saling berhubung dan tidak wujud pada tahap sebelumnya seperti yang dapat dilihat dalam Rajah 2.3.

30  TOPIK 2 PEMIKIRAN DAN KONSEP NOMBOR Jadual 2.2: Ciri-ciri dan Corak Pemikiran Kanak-kanak di

Rajah 2.3: Peringkat operasi konkrit

Dengan keupayaan baru ini, kanak-kanak dapat mengkoordinasi beberapa aspek masalah dan ini membantu mereka menyelesaikan masalah dengan pelbagai cara, sifat egosentrik kanak-kanak juga dapat dikurangkan. Pada peringkat ini juga kanak-kanak dapat menguasai konsep seriasi dan pengkelasan. Seriasi merujuk kepada kebolehan menyusun objek dalam satu siri yang dikehendaki seperti panjang dan saiz. Manakala pengkelasan pula merujuk kepada mengelaskan objek berdasarkan kepada ciri yang telah ditetapkan seperti warna dan bentuk.

TOPIK 2

PEMIKIRAN DAN KONSEP NOMBOR

31

  • 2.1.4 Peringkat Operasi Formal (11 Tahun ke Atas)

Pada tahap ini, pemikiran kanak-kanak berkembang dan mereka mula memahami perkara abstrak dan logik. Ia boleh disifatkan sebagai satu set penentuan yang membolehkannya memanipulasi setiap elemen sehingga setiap penyelesaian masalah dapat difikirkan serentak. Menurut Piaget, pemikiran kognitif kanak-kanak waktu ini berupaya mencapai tahap pemikiran orang dewasa. Oleh itu, remaja berupaya untuk menaakul menurut aturan logik, menggunakan proposisi abstrak serta menggunakan konsep dalam bentuk am, ibarat, persamaan dan konsep berlawanan. Remaja boleh membina pelbagai hipotesis untuk menjelaskan sesuatu kejadian dan seterusnya menguji hipotesis tersebut menurut kaedah saintifik.

Berdasarkan tahap perkembangan mengikut Piaget di atas, dapat kita nyatakan bahawa tahap pemikiran kanak-kanak berkembang mengikut pertambahan usia. Tahap perkembangan pemikiran ini dapat dilihat dalam Jadual 2.3 di bawah.

Jadual 2.3: Tahap Pemikiran Kanak-kanak Mengikut Pertambahan Usia

Peringkat

Usia

Pemikiran

Deria motor

0 2 tahun

Pengetahuan bayi berdasarkan tindakan refleksi kepada kemahiran motor dan deria. Pada peringkat akhir tahap ini, bayi boleh menggunakan perwakilan mental.

Praoperasi

2 7 tahun

Kanak-kanak menggunakan objek bagi mewakili peristiwa dengan berdasarkan perspektif sendiri. Kanak- kanak juga gagal untuk menguasai konsep kekekalan isi padu, jisim dan juga nombor pada peringkat ini.

Operasi

7 11 tahun

Kanak-kanak boleh memahami dan menggunakan

konkrit

operasi logik untuk menyelesaikan masalah.

Operasi

11 tahun ke

Kanak-kanak berupaya mencapai tahap pemikiran

formal

atas

abstrak. Keputusan yang dibuat adalah berdasarkan pertimbangan yang munasabah.

SEMAK KENDIRI 2.1 Terangkan peringkat permulaan dan akhir peringkat perkembangan deria motor kanak-kanak.
SEMAK KENDIRI 2.1
Terangkan peringkat permulaan dan akhir peringkat perkembangan
deria motor kanak-kanak.
32  TOPIK 2 PEMIKIRAN DAN KONSEP NOMBOR AKTIVITI 2.2 Terangkan bagaimana proses perubahan pemikiran kanak-kanak
32
TOPIK 2
PEMIKIRAN DAN KONSEP NOMBOR
AKTIVITI 2.2
Terangkan bagaimana proses perubahan pemikiran kanak-kanak
dari peringkat praoperasi ke tahap pemikiran kanak-kanak peringkat
operasi konkrit.
AKTIVITI 2.3 1. Apakah konsep matematik yang paling awal yang perlu dipelajari dan dikuasai oleh kanak-kanak?
AKTIVITI 2.3
1.
Apakah konsep matematik yang paling awal yang perlu
dipelajari dan dikuasai oleh kanak-kanak?
2.
Bagaimanakah sekiranya kanak-kanak tidak dapat menguasai
konsep awal ini? Bincangkan.
2.2
PERKEMBANGAN KONSEP MATEMATIK
DAN SAINS

Konsep matematik dan sains berkait secara langsung dengan perkembangan kognitif kanak-kanak. Sama ada kita sedar atau tidak kanak-kanak mempelajari kedua-dua konsep ini dalam setiap aktiviti mereka seharian. Kanak-kanak dilahirkan dengan sifat ingin tahu. Sewaktu kanak-kanak bermain dengan blok dan bongkah misalnya, mereka sebenarnya melalui pengalaman kognitif seperti melakukan pengkelasan. Begitu juga sewaktu kanak-kanak memegang objek atau menghisap susu, mereka sebenarnya sedang menggunakan deria mereka secara optimum. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan berkembang menjadi semakin kompleks selari dengan pertambahan usia mereka.

  • 2.2.1 Bagaimana Konsep Berkembang

Peringkat awal kanak-kanak merupakan satu peringkat di mana mereka terlibat secara aktif dalam pemerolehan konsep dan kemahiran asas. Pembelajaran konsep membolehkan mereka menyusun dan mengkategorikan maklumat yang diperoleh. Sesuatu konsep yang dikuasai boleh diaplikasikan sebagai jalan penyelesaian masalah dalam kehidupan harian. Apabila kanak-kanak melakukan aktiviti harian mereka, kita dapat memerhatikan bagaimana konsep dibina dan digunakan oleh kanak-kanak. Sebagai contoh, dalam aktiviti padanan satu dengan satu, mengira, klasifikasi dan juga pengukuran.

TOPIK 2

PEMIKIRAN DAN KONSEP NOMBOR

33

Apabila kanak-kanak bertambah dewasa, mereka mengaplikasikan konsep asas untuk menjelajah dan mendapatkan penemuan baru dalam konsep sains. Di samping itu, pengaplikasian konsep dapat membantu mereka memahami beberapa konsep matematik yang lebih kompleks seperti operasi penambahan dan pengurangan. Apabila kanak-kanak membesar dan berkembang secara fizikal, sosial dan mental, pemahaman konsep mereka juga turut berkembang. Setiap kanak-kanak mencapai tahap perkembangan yang sama tetapi pada masa yang berlainan. Pencapaian perkembangan konsep kanak-kanak ini berlaku mengikut peringkat dan berurutan. Perkembangan konsep ini boleh dilihat dalam jadual 2.4 di bawah.

Jadual 2.4: Konsep dan Kemahiran: „Beginning Points for Understanding

Peringkat

Asas

Aplikasi

Tahap Lebih

Primary

Tinggi

 

Deria

Pemerhatian,

     

motor

penyelesaian

0

2 tahun

masalah,

 

padanan

satu dengan satu, nombor, bentuk, kesedaran ruang.

Praoperasi

Himpunan dan

Mengikut

Simbol nombor,

 

2

7 tahun

klasifikasi,

urutan, corak,

himpunan dan

 

bandingan,

seriasi, pola,

simbol.

kiraan, pecahan

pengukuran

(sebahagian dan

tidak formal,

keseluruhan),

berat,

bahasa.

panjang,

suhu, nilai, masa, turutan.

 

Transisi

 

Rajah,

   

5

7 tahun

penambahan dan

 

pengurangan

yang konkrit.

 

Operasi

     

Nombor bulat,

Konkrit

operasi,

7 11

pecahan, fakta

tahun

nombor, nilai

 

tempat,

geometri,

pengukuran

standard.

34

TOPIK 2

PEMIKIRAN DAN KONSEP NOMBOR

Konsep asas yang berkembang sewaktu awal kanak-kanak menjadi asas kepada pemahaman kanak-kanak terhadap matematik dan sains. Kebanyakan pemahaman tentang bagaimana dan bila perkembangan berlaku adalah berdasarkan teori Piaget dan Vygotsky mengenai perkembangan konsep.

Matematik dan sains adalah saling berkaitan. Konsep asas matematik seperti perbandingan, pengkelasan dan pengukuran disebut juga sebagai kemahiran proses bila diaplikasikan terhadap masalah-masalah sains. Oleh itu, konsep asas matematik diperlukan untuk menyelesaikan masalah dalam sains. Kemahiran proses sains yang lain seperti pemerhatian, komunikasi dan hipotesis juga sama penting untuk menyelesaikan masalah-masalah dalam matematik dan sains.

Apabila kanak-kanak membuat pemerhatian terhadap beberapa jenis buah, seperti epal merah, epal hijau, anggur, oren dan pisang, mereka meneliti buah- buahan tersebut dari aspek warna, bilangan, tekstur, bentuk, rasa dan kandungan. Hasil pemerhatian yang dilakukan boleh direkodkan menggunakan kemahiran pengiraan dan pengkelasan. Selain daripada itu, aktiviti ini juga boleh dikembangkan lagi dengan menimbang dan mengukur buah-buahan tersebut. Pada akhir aktiviti, buah-buahan tersebut boleh dipotong kepada beberapa bahagian yang sama banyak. Oleh itu kanak-kanak dapat pendedahan mengenai konsep pecahan.

Huraian di atas menerangkan kepada kita bahawa konsep kemahiran matematik dan sains boleh diperolehi oleh kanak-kanak dalam aktiviti yang dilakukan

secara hands-on dan minds-on.

  • 2.2.2 Bagaimana Konsep Diperolehi?

Pembelajaran akan menjadi lebih bermakna apabila kanak-kanak memahami apa yang dipelajari. Apabila kanak-kanak meneroka persekitaran mereka, mereka dapat menimba pengalaman di mana pengetahuan digunakan secara aktif untuk membentuk perhubungan yang baru. Pembelajaran yang berlaku di bawah kawalan kanak-kanak dikenali sebagai pembelajaran semula jadi. Selain daripada itu, terdapat dua lagi pengalaman pembelajaran iaitu Pembelajaran Tidak Formal dan Pembelajaran Berstruktur. Sila rujuk Jadual 2.5 untuk melihat konsep yang dipelajari melalui tiga jenis aktiviti.

TOPIK 2

PEMIKIRAN DAN KONSEP NOMBOR

35

Jadual 2.5: Pemahaman Konsep Secara Pembelajaran Aktif Melalui Tiga Jenis Aktiviti

Jenis Aktiviti

Interaksi yang

Pengalaman yang Diperolehi daripada

Ditekankan

Pengetahuan yang Digunakan Secara Aktif

Semula Jadi

Kanak-kanak/

Dimulakan secara spontan oleh kanak-kanak

Persekitaran

sewaktu mereka memulakan aktiviti seharian. Cara ini digunakan oleh kanak-kanak peringkat deria motor. Peranan orang dewasa menyediakan persekitaran yang menarik dan merangsang kanak-kanak bagi membolehkan mereka mengoptimumkan penggunaan deria.

Tidak Formal

Kanak-kanak/

Dimulakan oleh orang dewasa sewaktu kanak-

Persekitaran/

kanak terlibat dengan pengalaman semulajadi. Ia

Orang dewasa

berlaku secara tidak dirancang dan boleh berlaku apabila dirasakan kanak-kanak memerlukan bantuan bagi memperbetulkan keadaan.

Berstruktur

Orang dewasa/

Aktiviti pembelajaran berbentuk separuh

Kanak-kanak/

terancang. Ia boleh dilakukan secara individu,

Persekitaran

kumpulan kecil atau besar pada masa-masa tertentu. Aktiviti ini juga boleh dijalankan mengikut urutan yang telah ditentukan.

  • 2.2.3 Menilai Tahap Perkembangan Kanak-kanak

Tahap perkembangan kanak-kanak boleh dilihat dan dinilai. Apabila kanak- kanak dapat menyempurnakan segala tugasan konsep yang tertentu tanpa bantuan, ini menunjukkan bahawa mereka telah mencapai tahap perkembangan konsep tersebut. Setiap pemerhatian yang dijalankan perlu direkodkan sebagai panduan pengajaran konsep yang seterusnya.

Penguasaan konsep asas yang kukuh amat penting bagi membolehkan kanak- kanak mencapai tahap konsep yang lebih tinggi. Ini kerana penguasaan konsep asas yang kukuh membawa kanak-kanak kepada transisi operasi konkrit, di mana mereka akan berhadapan dengan simbol yang abstrak dalam matematik dan penerokaan alam sains. Apabila sesuatu konsep yang abstrak diperkenalkan kepada kanak-kanak, fokus kepada aspek yang boleh difahami dan timbulkan kesedaran mereka terhadap konsep tersebut. Kanak-kanak boleh dibantu dengan mencipta struktur kognitif yang baru melalui perancangan pembelajaran pengalaman yang mengambil kira aspek semula jadi, tidak formal dan berstruktur.

36  TOPIK 2 PEMIKIRAN DAN KONSEP NOMBOR AKTIVITI 2.4 1. Apakah yang anda lakukan sekiranya
36
TOPIK 2
PEMIKIRAN DAN KONSEP NOMBOR
AKTIVITI 2.4
1.
Apakah yang anda lakukan sekiranya kanak-kanak yang
berumur lima tahun masih belum dapat menguasai konsep
Âone-to-one correspondenceÊ?
2.
Reka satu permainan anda sendiri yang berkonsepkan Âone-to-
one correspondenceÊ dan terangkan tentang permainan tersebut.
2.3
2.3

KONSEP NOMBOR

Nombor adalah konsep asas dalam matematik. Kanak-kanak mengambil masa yang panjang untuk mengembangkan konsep dan kemahiran tentang nombor. Idea mereka terbina dan berkembang berdasarkan kepada pengalaman, refleksi daripada pengalaman dan juga komunikasi dengan orang lain yang menjadikan mereka semakin matang. Konsep nombor bagi kanak-kanak adalah termasuk mengira, menjelaskan nombor, kesedaran tentang nombor, set membanding- beza, nilai tempat, pecahan dan anggaran.

2.3.1

Mengira

Kemahiran dan kefahaman nombor terbina melalui kemahiran mengira. Kemahiran asas mengira ini terbentuk melalui konsep padanan satu dengan satu (one-to-one correspondence) di mana ia melibatkan padanan setiap objek dalam setiap kumpulan yang mempunyai jumlah objek yang sama banyak. Berdasarkan padanan satu dengan satu ini juga membolehkan kanak-kanak menyelesaikan masalah dan memberikan sebab musabab berkaitan dengan himpunan (sets). Mengira juga merupakan kebolehan yang terpenting untuk memperoleh kemahiran nombor yang lain.

Kebanyakan kanak-kanak sudah boleh mengira secara hafalan (rote counting) dan kemahiran ini adalah penting kerana kanak-kanak boleh dilatih untuk mengira secara bermakna (rational counting). Apabila kanak-kanak mengira, anda perlu minta mereka menunjuk objek yang dibilang sambil menyebutkan nombor tersebut mengikut turutan dan tegaskan kepada kanak-kanak nombor terakhir yang disebut menunjukkan jumlah bilangan kesemua objek yang dibilang. Pengalaman mengira yang diperoleh oleh kanak-kanak akan membentuk kebolehan mengira.

TOPIK 2

PEMIKIRAN DAN KONSEP NOMBOR

37

  • 2.3.2 Kesedaran tentang Nombor

Kesedaran tentang nombor sama seperti kemahiran mengira yang memerlukan masa yang panjang dan pelbagai situasi atau pengalaman sebenar untuk terbina. Apabila kanak-kanak memahami tentang nombor, ini bermakna mereka telah mempunyai kesedaran tentang nombor yang berkaitan antara kuantiti dan pengiraan. Selain daripada itu, ia juga merangkumi tentang kefahaman ÂlebihÊ dan ÂkurangÊ, perbandingan kuantiti atau jumlah, perhubungan antara ruang dan kuantiti dan sebahagian dan keseluruhan kuantiti. Kesedaran tentang nombor dikenali sebagai subitising. Terdapat dua jenis subitising iaitu perceptual

subitising dan conceptual subitising.

Perceptual subitising adalah kebolehan menyatakan berapa banyak bilangan objek tanpa perlu mengira atau membilang objek tersebut satu persatu atau mengumpulnya. Manakala conceptual subitising pula melibatkan pola nombor dalam lingkungan seperti titik yang terdapat pada buah domino. Bilangan titik itu akan dikumpulkan kepada beberapa kumpulan terlebih dahulu untuk menyatakan jumlah keseluruhannya. Contohnya, apabila terdapat lapan objek, maka kanak-kanak akan mengumpulkan objek tersebut kepada dua kumpulan empat-empat dan menyatakan bilangannya tanpa membilang satu persatu. Perceptual subitising merupakan pemikiran asas untuk mengira dan conceptual subitising pula terbina daripada kemahiran mengira dan mengenal pasti corak yang membantu mengembangkan kesedaran mereka tentang nombor dan kemahiran aritmetik.

  • 2.3.3 Membanding

Perbandingan melibatkan dua atau lebih nombor atau objek yang membolehkan penilaian yang spesifik dibuat tentang ciri atau atribut. Atribut yang melibatkan pengukuran tidak formal adalah seperti saiz, panjang, tinggi, berat dan kelajuan. Manakala atribut kedua pula ialah perbandingan kuantiti. Apabila membuat perbandingan kuantiti, kanak-kanak melihat kepada dua kumpulan objek dan memutuskan sama ada objek dalam setiap kumpulan itu sama bilangannya atau satu kumpulan mempunyai bilangan yang lebih. Perbandingan merupakan asas kepada pengukuran dan tertib.

38

TOPIK 2

PEMIKIRAN DAN KONSEP NOMBOR

  • 2.3.4 Bahagian dan Keseluruhan

Kanak-kanak mempunyai kefahaman semula jadi tentang bahagian dan keseluruhan yang boleh digunakan sebagai asas untuk memahami pecahan. Kanak-kanak akan memahami dan dapat menjelaskan kegunaan pecahan seperti satu perempat, satu pertiga dan setengah. Mereka juga belajar bahawa tubuh badan mereka terdiri daripada beberapa bahagian yang unik seperti tangan, kaki, kepala dan badan.

Selain daripada itu, kanak-kanak juga belajar sekumpulan benda boleh dibahagikan seperti membahagi barang mainan blok kepada rakan yang lain, dan sesuatu objek atau benda itu boleh dibahagikan kepada bahagian yang lebih kecil seperti sebiji kek boleh dipotong kepada beberapa bahagian.

Secara beransur-ansur kanak-kanak mula memahami bahagian-bahagian akan membentuk sesuatu objek atau benda itu secara keseluruhannya. Bahagian- bahagian atau pecahan ini sama ada mempunyai saiz dan jumlah yang sama atau berbeza. Dengan ini, kanak-kanak dapat membandingkan nombor dan saiz. Selain daripada itu, kanak-kanak dapat mengembangkan konsep sama banyak, lebih dan kurang.

38  TOPIK 2 PEMIKIRAN DAN KONSEP NOMBOR 2.3.4 Bahagian dan Keseluruhan Kanak-kanak mempunyai kefahaman semula

Terdapat beberapa aspek kognitif kanak-kanak seperti tahap perkembangan dan kognisinya, perkembangan konsep matematik dan sains dan juga konsep nombor.

Tahap pemikiran kanak-kanak dikuasai oleh tahap perkembangan kanak- kanak tersebut.

Bermula dengan aktiviti deria motor, pemikiran kanak-kanak semakin berubah dan matang sehingga mencapai tahap pemikiran operasi formal iaitu tahap pemikiran yang hampir sama dengan tahap pemikiran orang dewasa.

Sewaktu mengalami proses perubahan itu, kanak-kanak banyak belajar daripada pengalaman dan komunikasi dengan persekitaran yang membolehkan mereka menguasai konsep kognitif yang penting seperti konsep matematik, konsep nombor dan juga konsep sains.

TOPIK 2 PEMIKIRAN DAN KONSEP NOMBOR  39
TOPIK 2
PEMIKIRAN DAN KONSEP NOMBOR
39

Bahagian dan keseluruhan

Conceptual subitising

Desentrasi

Egosentrik Konsep kekekalan

Perceptual subitising