Anda di halaman 1dari 40

TAJUK : SEKTOR PERKHIDMATAN DI MALAYSIA

ISI KANDUNGAN

1.0
2.0
3.0
4.0

PENGENALAN.
SUB SEKTOR PERKHIDMATAN DAN SUMBANGANNYA.
FAKTOR PERKEMBANGAN SEKTOR PERKHIDMATAN.
KESAN SEKTOR PERKHIDMATAN DAN LANGKAH

MUKA
SURAT
1-2
3-14
15-20
21-29

PENAMBAHBAIKAN.
5.0 KESIMPULAN.

30-31

1.0

PENGENALAN.

Sektor ekonomi utama di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga sektor


yakni sektor primer, sektor sekunder dan sektor tertier. Sektor ekonomi
tersebut boleh dikelaskan melalui hubungannya dengan aktiviti yang
dijalankan dengan sumber alam. Kegiatan yang berkait secara langsung
dengan sumber alam seperti penggunaan atau pengeksploitasian sumber
akan termasuk ke dalam sektor primer (Azman Abdullah, 2008). Contohnya,
aktiviti pertanian, perikanan, pembalakan dan perlombongan. Bagi sektor
yang menggunakan produk atau hasil keluaran daripada sektor primer untuk
menjalankan aktivitinya akan termasuk dalam sektor sekunder. Contoh
sektor sekunder ialah aktiviti perindustrian dan pembuatan. Sektor tertier
pula merupakan sektor sokongan kepada sektor primer dan sektor sekunder.
Sektor tertier juga sangat penting bagi menjalinkan dan menyokong kegiatan
ekonomi sektor pertanian dan perindustrian. Kemajuan sektor primer dan
sekunder juga bergantung kepada sektor tertier. Umpamanya, sektor
pertanian memerlukan perkhidmatan pengangkutan untuk membawa hasil
ke kilang dan kilang memerlukan perkhidmatan kewangan, insurans dan
pemasaran untuk menjalankan aktivitinya.
Umumnya sektor perkhidmatan ini tidak menghasilkan produk yang
berbentuk

barangan

perkhidmatan

tetapi

pelancongan,

dalam

bentuk

perkhidmatan.

Contohnya,

pengangkutan,

perhubungan,

kewangan,

perbankan, utiliti, pendidikan, kesihatan, perniagaan dan perkhidmatan


kerajaan

(Azman

Abdullah,

2008).

Oleh

itu,

sektor

perkhidmatan

sememangnya merupakan sektor yang terpenting bagi negara Malaysia


dengan melibatkan banyak subsektor ekonomi dalam kelompok sektor
perkhidmatan ini. Sektor ini juga telah memberi sumbangan yang besar
kepada pembangunan ekonomi negara dan merupakan sektor ekonomi yang
kedua terpenting selepas sektor perkilangan. Berdasarkan kepada statistik
yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, sebanyak 55.4 %
daripada Hasil Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) tahun 2014 telah
1

disumbangkan oleh sektor perkhidmatan. Selain itu, sektor perkhidmatan


juga meningkatkan pembangunan sosioekonomi masyarakat, memberi
peluang pekerjaan dan menggalakkan perkembangan sektor ekonomi lain.
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi perkembangan sektor
perkhidmatan negara antaranya adalah disebabkan oleh faktor fizikal, faktor
budaya dan faktor manusia. Berdasarkan perkembangan faktor terbabit,
sektor perkhidmatan berpotensi untuk dimajukan sebagai sektor ekonomi
utama negara pada masa hadapan. Namun begitu, perkembangan positif ini
juga

mempunyai

nilai

negatif

jika

tidak

diuruskan

dengan

baik.

Perkembangan sektor perkhidmatan di Malaysia juga berdepan dengan


pelbagai cabaran dan isu yang memerlukan beberapa tindakan dan
penambahbaikan agar tidak mengundang mudarat kepada keseimbangan
alam sekitar dan tidak mendatangkan kerugian kepada negara kelak.

Pengagihan

Pengangkutan, Penyimpanan,
Perhubungan, Perniagaan,borong,
Runcit.

Pengeluaran
Dan
Pemasaran

Pengeluaran

Kewangan /Insurans dan


Hartanah,
perniagaan/Guaman

PERKHIDMATAN

Sosial

Kesihatan/Pendidikan/
Kebajikan dan Agama,
Pertubuhan Sukarela/
Perkhidmatan Pos,
Perkhidmatan Kerajaan/
Perkhidmatan Sosial.

Penggunaan

Persendirian

Perkhidmatan Rumah Tangga/


Hotel, Makanan dan 2Minuman/
Dobi Pembaikian/ Tukang /
Perkhidmatan Perseorangan

Secara umumnya konsep sektor perkhidmatan boleh di kelaskan


kepada beberapa bahagian.

Rajah 1 di bawah merupakan grafik yang

menjelaskan konsep sektor perkhidmatan:Rajah 1

2.0

SUB SEKTOR PERKHIDMATAN DAN SUMBANGANNYA.

Sektor perkhidmatan terdiri daripada pelbagai subsektor ekonomi, antaranya


adalah sektor pelancongan, pengangkutan dan telekomunikasi, sektor
kewangan, insurans, hartanah & perniagaan. Sektor utiliti seperti elektrik, air
& gas serta sektor perkhidmatan kerajaan. Kesemua subsektor berikut saling
berhubung

kait

dalam

menggerakkan

pembangunan

negara

dan

menggalakkan perkembangan alam sekitar manusia.


2.1 Sektor Pelancongan.
Industri Pelancongan di Malaysia merupakan pendorong utama di dalam
sektor

perkhidmatan

negara.

Sektor

pelancongan

juga

merupakan

menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Perkembangan sektor


pelancongan ini akan menggalakkan perniagaan dan perkhidmatan yang
berkaitan seperti perkhidmatan hotel, resort, chalet, perkhidmatan restoran,
perkhidmatan pemandu pelancong, perkhidmatan utiliti elektrik, air dan gas
serta

perkhidmatan

kewangan

dan

insurans

yang

melibatkan

para

pelancong. Perkembangan kemudahan yang menyokong sektor pelancongan


ini pula akan menggalakkan lagi kemasukan pelancong ke dalam negara kita
(Yahaya Ibrahim, 2008). Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Portal
Rasmi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, sepanjang tahun
2012, Malaysia telah dikunjungi hampir 22 juta orang pelancong dari
pelbagai

negara.

Hal

ini

secara

tidak

langsung

telah

menyumbang

pendapatan sebanyak RM48 bilion kepada negara. Mengikut anggaran, 70%


pelancong asing yang datang ke negara ini adalah dari kalangan negara
3

ASEAN manakala 30% dari Eropah, Amerika Syarikat, serta negara-negara di


rantau Asia Pasifik dan Oceania seperti Jepun, Korea, Taiwan, China,
Australia,

dan

meningkatkan

New

Zealand.

Hal

sosioekonomi

ini

secara

masyarakat.

tidak

Antara

langsung

jenis-jenis

akan
sektor

pelancongan di Malaysia adalah:i. Eko-pelancongan- Aktiviti yang bergantung kepada keindahan alam
semula jadi seperti pelancongan di pantai, pulau, hutan lipur, tanah
tinggi, air terjun atau jeram, tasik, sungai, gua batu kapur, dan
sebagainya. Antara contoh tempat-tempat yang mempunyai tarikan
semula jadi di Malaysia adalah seperti Taman Negara, Hutan Simpan
Belum di Perak, Hutan Simpan Endau Rompin di Pahang, Gunung
Kinabalu, Bukit Fraser, Batu Caves, Selangor, Gua Niah di Sarawak.
Pulau Langkawi, Pulau Tioman dan Pulau Pangkor.
ii. Agro-pelancongan- Aktiviti pelancongan yang berasaskan kegiatan
pertanian, perikanan dan penternakan sebagai tarikan pelancong.
Misalnya ladang teh di Cameron Highland menjadi pusat tarikan
pelancong.

Selain

itu,

kawasan

dusun

buah-buahan,

kawasan

perkampungan nelayan merupakan contoh agro pelancongan. Akuapelancongan seperti di kawasan ternakan akua-kultur, konsep "home
stay" dan lain-lain juga adalah contoh agro-pelancongan. Selain itu,
festival buah-buahan dan bunga-bungaan atau pameran pertanian
juga menggalakkan kedatangan pelancong.
iii.Pelancongan kesihatan- Pelancongan kesihatan adalah aktiviti
pelancongan yang berlaku secara

tidak langsung. Kedatangan

pelancong adalah untuk mendapatkan rawatan perubatan, rawatan


pakar, perkhidmatan hospitaliti swasta, perubatan tradisional, dan lainlain. Misalnya warga asing ingin mendapatkan rawatan pakar di Institut
Jantung Negara di Kuala Lumpur. Secara tidak langsung mereka akan
mengunjungi

Kuala

Lumpur,

menggunakan

perkhidmatan

hotel,

restoran dan sebagainya.


4

iv. Pelancongan

pendidikan- Aktiviti pelancongan yang dilakukan

secara tidak langsung apabila melanjutkan pelajaran, atau mencari


ilmu di suatu tempat dalam tempoh tertentu. Misalnya kedatangan
warga asing yang menyambung pelajaran di pusat pengajian tinggi
negara secara tidak langsung membawa pelancong asing ke dalam
negara. Selain itu, kewujudan pusat-pusat ilmu yang menarik juga
menjadi sumber pelancongan misalnya,

Pusat Sains Negara, Tanah

Tinggi Cameron, dan sebagainya.


v. Pelancongan budaya dan warisan- Aktiviti pelancongan yang
berasaskan

budaya

dan

warisan

sejarah

contohnya

aktiviti

pelancongan di kawasan tinggalan sejarah tapak arkeologi, dan


muzium seperti Lembah Bujang, Kedah, Bandar Hilir, Melaka. Oleh itu,
kesan sejarah menjadi tarikan pelancong asing.
vi. Pelancongan MICE (persidangan, konvensyen dan pameran)Aktiviti pelancongan yang berlaku daripada sesuatu persidangan
antarabangsa secara tidak langsung membawa masuk pelancong asing
misalnya delegasi pelancong asing atau wakil duta dari pelbagai
negara

yang

menghadiri

seminar,

persidangan,

pameran,

dan

simposium di Kuala Lumpur dan Pulau Langkawi menggalakkan aktiviti


pelancongan di situ.
vii.

Pelancongan sukan dan rekreasi- Aktiviti pelancongan jenis

ini adalah berasaskan sukan dan rekreasi. Misalnya pertandingan


Formula One, Sepang Selangor. Power boat, Tasik Putrajaya dan
Stadium Bukit Jalil yang menggalakkan penglibatan daripada warga
asing atau warga setempat ntuk berkunjung dan menggunakan
perkhidmatan pelancongan di situ.
Kepentingan sektor pelancongan pula lebih memberi faedah kepada
ekonomi negara dan memberi manfaat kepada sosioekonomi penduduk.
Secara keseluruhannya, sektor perkhidmatan pelancongan telah menjadi
5

sumber pendapatan kepada negara melalui perbelanjaan yang dilakukan


oleh para pelancong (Azman Abdullah, 2008). Misalnya perbelanjaan
pelancong ke atas perkhidmatan agensi penasihat pelancongan, penginapan,
dan makanan sedikit sebanyak telah meningkatkan pendapatan negara.
Kedua, sektor pelancongan juga menyebabkan pengaliran masuk wang asing
masuk ke dalam negara.

Misalnya, pelancong dari seluruh pelosok dunia

seperti Eropah, Asia Tenggara dan Asia Barat akan membawa mata wang
asing mereka ke dalam negara sekaligus membantu menstabilkan nilai mata
wang negara apabila aliran wang masuk melebihi aliran wang keluar negara.
Ketiga, sektor pelancongan mampu memberi peluang pekerjaan kepada
masyarakat dalam bidang pelancongan seperti, pemandu pelancong, pekerja
hotel

dan

chalet,

pengusaha

kraf

tangan

dan

kakitangan

agensi

pelancongan. Oleh itu, pertumbuhan sektor pelancongan bukan sahaja


menjadi punca rezeki kepada ahli korporat dan pengusaha syarikat yang
berkaitan, malah memberi pendapatan kepada golongan tenaga separa
mahir melalui peluang pekerjaan. Selain itu, sektor pelancongan juga
menjadi
setempat

pemangkin
melalui

kepada

perkembangan

pembangunan

pembangunan

prasarana

seperti

kawasan

kemudahan

pengangkutan, kemudahan telekomunikasi, pembinaan rumah kedai, hotel,


homestay, restoran, pusat beli belah dan pusat rekreasi.

Kesimpulannya,

sektor pelancongan sangat penting kepada pertumbuhan ekonomi dan


pembangunan sumber manusia.

Gambar di atas merupakan poster pelancaran


sambutan tahun melawat Malaysia bagi tahun 2014.
Bertemakan Malaysia truly asia. Sumber diperoleh
pada 28 Mac 2015 daripada:
http://www.virtualmalaysia.com/blog/visit-malaysia-

pengangkutan darat yang popular di Malaysia.


Sumber diperoleh pada 28 Mac 2015 daripada:
https://azimpublication.wordpress.com/

2.2

Sektor Pengangkutan, Logistik & Telekomunikasi.

Sektor pengangkutan, logistik dan telekomunikasi merupakan sektor yang


sangat penting dalam menjayakan sektor ekonomi lainnya. Perkembangan
sektor ini telah menjadi pemangkin kepada kepesatan aktiviti ekonomi
melalui mobiliti sumber ekonomi. Berdasarkan konseptual, pengangkutan
merujuk kepada kenderaan yang membawa seseorang atau sesuatu dari
satu tempat ke satu tempat yang lain dan biasanya ia membawa dengan
jarak yang jauh berbanding jika berjalan kaki. Pengangkutan juga merupakan
salah satu alternatif dalam sistem perhubungan di dunia. Ia dianggap
sebagai nadi penggerak dan pendapatan bagi sesetengah masyarakat.
Pembangunan sesuatu tempat berkait rapat dengan sistem pengangkutan
(Ibrahim Wahab, 1991). Di Malaysia, sistem pengangkutan terbahagi kepada
dua yakni sistem pengangkutan awam dan persendirian serta sistem logistik.
Kedua sistem ini sangat penting dalam memacu ekonomi negara.
2.2.1 Perkhidmatan Pengangkutan.

Perkhidmatan

pengangkutan

awam

adalah

kemudahan

jaringan

pengangkutan yang disediakan oleh kerajaan atau badan korporat untuk


kemudahan pergerakan masyarakat awam misalnya bas, teksi, LRT dan
Monorel. Pengangkutan persendirian pula di gunakan untuk kemudahan
individu tertentu misalnya perkhidmatan kereta sewa dan bas sewa.
Perkhidmatan pengangkutan melibatkan tiga laluan yang utama iaitu
pengangkutan darat, air dan udara. Sistem laluan ini akan menghubungkan
tempat-tempat dalam sesebuah negara dan juga seluruh dunia. Antara
contoh perkhidmatan yang menggunakan laluan tersebut di Malaysia adalah
seperti berikut.
i. Laluan darat: Sebelum era kemerdekaan, masyarakat menggunakan
denai sebagai jalan darat. Pengangkutan darat pula adalah kereta
lembu dan kereta kuda yang boleh mengangkut manusia dan hasil
pertanian. Masyarakat dahulu juga menggunakan jalan darat untuk
mencari hasil hutan. Kebanyakan jalan awal tertumpu di tepi sungai
kerana kawasan ini rata jika dibandingkan dengan kawasan pedalaman
yang bergunung-ganang dan berhutan tebal (Ibrahim Wahab, 1991).
Namun

hari

ini,

kesan

daripada

pembangunan

Malaysia

telah

menggunakan lebuh raya, jalan raya, jalan kereta api (Kereta Api Tanah
Melayu, KTMB), Sistem Transit Aliran Ringan (LRT), Sistem Komuter,
Monorel

dan

Jalinan

Transit

Express(ERL)

sebagai

jalan

darat.

Pengangkutan darat pula terdiri daripada bas, teksi, lori, treler, kereta,
monorel, komuter dan kereta api.
ii. Pengangkutan air: Perkembangan pengangkutan air juga mengalami
perubahan dari segi kepentingan mengikut edaran zaman. Masyarakat
terdahulu menggunakan sungai dan laut sebagai jalan air utama untuk
mengangkut penumpang dan mengangkut hasil pertanian (Ibrahim
Wahab,

1991).

Pengangkutan

seperti

perahu,

rakit,

dan

jong

merupakan alat pengangkutan yang digunakan oleh mereka. Pada hari


8

ini, sistem pengangkutan sungai dan laut seperti perkhidmatan feri,


kapal pengangkut atau

kapal dagang, bot dan sampan masih di

kekalkan dan di suntik dengan inovasi agar lebih cekap. Perkembangan


pesat dalam sistem pengangkutan air juga menyebabkan munculnya
pelabuhan entrepot seperti Pelabuhan Klang, Pelabuhan Pulau Pinang
dan lain-lain.
iii.Pengangkutan udara: Misalnya, kapal terbang dan helikopter.
Kewujudan KLIA, Kapal Terbang Antarabangsa Subang, Lapangan
Terbang

Antarabangsa

Bayan

Lepas

dan

lain-lain

lapangan

membuktikan sistem pengangkutan di Malaysia juga mengalami


perkembangan pesat. Selain itu, sistem Penerbangan Malaysia (MAS)
dan

Air

Asia

merupakan

syarikat

pengangkutan

udara

yang

mendominasi industri penerbangan Malaysia pada masa kini.


2.2.2 Perkhidmatan Logistik.
Perkhidmatan logistik pula merangkumi perkhidmatan pengangkutan,
penyimpanan dan pengendalian barangan produk siap daripada pengeluar
kepada pengguna. Logistik merupakan komponen yang bertujuan untuk
mengalirkan barangan dan pekerja perkhidmatan dari dalam dan luar
negara. Ia berupaya meningkatkan produktiviti dan daya saing merentasi
industri. Malaysia merupakan hab logistik serantau yang strategik dan
menarik kerana ia mengamalkan ekonomi terbuka serta kedudukannya di
dalam ASEAN yang mempunyai integrasi serantau yang tinggi (Rahim
Abdullah, 2005). Komponen-komponen perkhidmatan logistik adalah seperti
pengangkutan darat, udara dan maritim, (perkapalan dan pelabuhan)
memainkan

peranan

penting

di

dalam

pengangkutan

antarabangsa,

terutamanya pengangkutan barangan yang berjumlah besar seperti minyak


mentah dan bijian.
Kepentingan sektor pengangkutan dan logistik adalah untuk menjana
sistem

ekonomi

negara

melalui

jaringan

pengangkutan

yang

telah
9

disediakan. Melalui kemudahan ini, kutipan input dan output hasil keluaran
negara dapat di sampaikan ke destinasi yang sepatutnya. Misalnya, bahan
mentah atau bahan pertanian dapat di hantar ke kilang dan barangan siap
dapat di hantar ke pasarannya. Oleh itu, pemasaran hasil dan produk dapat
dipertingkatkan dari kawasan bandar ke kawasan luar bandar. Contohnya
pembinaan jalan raya Timur Barat menggalakkan kemasukan produk dari
Pantai Barat ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Selain

itu,

pengangkutan

bertujuan

untuk

memudahkan

sistem

perhubungan masyarakat sama ada di kota mahupun di desa. Walaupun


kebanyakan masyarakat mempunyai kenderaan sendiri, pengangkutan
awam masih menjadi pilihan utama bagi mereka yang berpendapatan
rendah. Pengangkutan juga berfungsi menghantar pekerja pergi dan pulang
serta meningkatkan darjah ketersampaiaan masyarakat dari suatu destinasi
ke destinasi yang lain. Selain itu, pengangkutan juga memudahkan
hubungan dan interaksi antara kawasan. Misalnya, pembinaan jalan raya dari
Gua Musang ke Tanah Tinggi Cameron menggalakkan kemasukan rakyat
Kelantan ke destinasi tersebut. Akhir sekali, pembangunan pengangkutan
menggalakkan penerokaan sumber alam untuk dimajukan (Ibrahim Wahab,
1991). Misalnya, sumber tembaga di Mamut (pedalaman Sabah) dapat
dimajukan

dengan

adanya

sistem

pengangkutan.

Jalan

air

juga

menggalakkan industri perhutanan buktinya pengangkutan balak dari


pedalaman Sabah dan Sarawak yang giat dilakukan dengan bantuan laluan
sungai untuk memindahkan balak.

2.2.3 Perkhidmatan komunikasi.


Sistem komunikasi telah muncul sejak dahulu lagi melalui jelmaan
sumber alam. Misalnya, masyarakat dahulu menggunakan api untuk
menghasilkan asap manakala batang kayu, beduk dan seruling digunakan
untuk mengeluarkan bunyi sebagai isyarat untuk menyampaikan mesej
10

tertentu kepada masyarakat. Namun begitu, sejajar dengan peningkatan


tamadun manusia dan kesan globalisasi, perkembangan perkhidmatan
komunikasi dunia semakin pesat. Tambahan pula, perkhidmatan komunikasi
hari ini telah di suntik dengan kemudahan jalur lebar yang akhirnya berjaya
mempelbagaikan

matlamat

komunikasi.

Misalnya,

pada

zaman

kini,

perkhidmatan komunikasi bukan sahaja bertujuan untuk menyampaikan


sesuatu maklumat dan menghubungkan pengguna secara lisan, tetapi
perkhidmatan komunikasi juga sangat penting bagi membuat promosi dan
hebahan secara pantas, menerima aduan dan bantuan, melaksanakan
perkhidmatan atas talian serta menjalankan perniagaan secara maya. Antara
kategori perkhidmatan komunikasi adalah seperti
i.
ii.
iii.
iv.

Perkhidmatan
Perkhidmatan
Perkhidmatan
Perkhidmatan

Perkhidmatan

Komunikasi Maklumat
Kurier
Telekomunikasi
Pos.

komunikasi

maklumat

disediakan

melalui

media

bercetak atau tidak bercetak. Media bercetak adalah seperti akhbar,


majalah, buku dan risalah yang boleh memberi input kepada pembaca.
Secara tidak langsung pembaca dapat memahami mesej yang hendak
disampaikan oleh pihak terbabit. Media bukan cetak pula adalah terdiri
daripada perkhidmatan berbentuk siaran televisyen dan radio yang juga
membolehkan pendengar menerima maklumat.
Perkhidmatan pos pula disediakan untuk menyampaikan surat dan
biasanya digunakan oleh kerajaan, firma atau badan perniagaan.
PERKHIDMATAN POS
PERKHIDMATAN
MEL

PERKHIDMATAN
KAUNTER

MEL BIASA

JUALAN

MEL KHAS

AGENSI

PERKHIDMATAN
TAMBAHAN
PETI SURAT PERSENDIRIAN
MESIN FRANGKI

PEMBAYARAN
SERAHAN TINGKAP
BEG BERKUNCI
INTELPOS

11

Perkhidmatan Pos di Malaysia terbahagi kepada tiga yakni perkhidmatan


mel, kaunter dan perkhidmatan lain. Rajah 2 menunjukkan perkhidmatan
yang disediakan di pejabat pos.
Perkhidmatan telekomunikasi pula
perkhidmatan yang di
Rajah adalah
2
jalankan oleh

Syarikat Telekom Malaysia Berhad, Maxis Communication

Berhad, Celcom Berhad dan sebagainya. Perkhidmatan telekomunikasi dapat


diringkaskan

seperti dalam rajah 3 di bawah. Perkhidmatan kurier pula

adalah perkhidmatan yang digunakan untuk menghantar surat, dokumen,


bungkusan dengan pantas oleh penghantar khas. Mereka menyediakan
perkhidmatan serahan barang dari pintu ke pintu. Contoh syarikat yang
melaksanakan perkhidmatan ini adalah DHL, City Link Express

dan

Nationwide Express Courier. Kepentingan perkhidmatan komunikasi pula


sangat penting bagi mewujudkan hubungan antara masyarakat melalui
medium yang telah di sediakan. Selain itu, perkhidmatan komunikasi juga
menjadi perantaraan sesuatu mesej dan maklumat di sampaikan.
Rajah 3
PERKHIDMATAN TELEKOMUNIKASI
LISAN

BERCETAK

TELEFON /BIMBIT
PANGGILAN TANPA TOL
VIDEOFON

TELEGRAM
TELEKS
TELEFAKS
PANDUAN TELEFON

AUDIOVISUAL

SIDANG AUDIO
INTERNET
E-MEL
MAYPAC

RADIO MARITIM
SIDANG AUDIO

12

2.3

Sektor Kewangan, Insurans, Hartanah & Perniagaan.


Sektor Kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaan

merupakan perkhidmatan yang melibatkan syarikat kewangan dan bank. Sub


sektor kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaan adalah
komponen penting dalam sektor perkhidmatan. Pinjaman dan peruntukan
tabungan dari bank-bank perdagangan adalah salah satu sumber modal
yang digunakan untuk perkembangan sektor-sektor lain (Sarizah Soed,
2005). Bank merupakan salah satu institusi kewangan yang menyediakan
kemudahan perbankan seperti penyimpanan wang manakala syarikat
kewangan pula menyediakan perkhidmatan pinjaman wang kepada individu
untuk menikmati barangan seperti rumah atau kereta melalui urusan jual
beli secara pinjaman. Terdapat pelbagai jenis syarikat kewangan yang
menawarkan perkhidmatan tersebut seperti Bank Islam, Maybank, Bank
Bumiputera Commerce dan Am Bank. Selain itu, bank saudagar juga
memberi perkhidmatan kewangan kepada syarikat swasta. Antara khidmat
yang diberikan adalah seperti menguruskan pasaran wang dan bil diskaun,
memberi khidmat nasihat kepada syarikat dan menguruskan pinjaman
syarikat (Sarizah Soed, 2005). Oleh yang demikian, pengusaha syarikat
perkhidmatan boleh mendapatkan modal melalui bank saudagar.
Perkhidmatan

insurans

pula

adalah

agensi

yang

menjalankan

perkhidmatan perlindungan kepada individu atau keluarga melalui insurans


nyawa, insurans kesihatan, insurans kenderaan, dan insurans pendidikan.
Terdapat dua jenis insurans iaitu insurans konvensional dan insurans takaful.
Sekiranya terjadi kerugian, peserta insurans takaful akan menerima jumlah
tuntutan yang dibuat. Manakala peserta insurans konvensional pula akan
memindahkan

risiko

yang

mereka

hadapi

kepada

syarikat

insurans

13

konvensional. Antara contoh syarikat insurans adalah takaful Malaysia,


Prudential, Etiqa dan kurnia.
Sektor hartanah pula adalah sektor perkhidmatan yang melibatkan
proses jual beli hartanah seperti

rumah kediaman, rumah kedai, ruang

pejabat

bagi

dan

tanah.

Manakala,

perkhidmatan

perniagaan

merupakan jenis perkhidmatan yang terdapat di dalam

pula

negara seperti

perkhidmatan guaman, perundingan (konsultan), perubatan, pendidikan,


keselamatan dan kebersihan serta kerjaya. Perkhidmatan hartanah dan
perniagaan adalah contoh perhidmatan yang di gunakan oleh individu
mahupun

sesuatu

syarikat.

Sektor

kewangan,

insurans,

hartanah

&

perniagaan ini sangat penting bagi memberi perkhidmatan yang berkaitan


dengan produk kewangan, memberi khidmat nasihat dan memberi pinjaman
modal kepada pengguna.
2.4

Sektor Utiliti

Sektor utiliti pula adalah perkhidmatan yang disediakan untuk memberi


keperluan

kepada

Perkhidmatan

masyarakat

ini

berfungsi

misalnya
dengan

tenaga

melibatkan

elektrik

dan

pembekalan

air.
dan

penyelenggaraan sumber tenaga tersebut kepada penduduk, industri,


komersil dan organisasi di tempat kediaman mereka dan di premis mereka.
Perkhidmatan tenaga elektrik dimonopoli oleh Syarikat Bersekutu Kerajaan
iaitu Tenaga Nasional Berhad. Manakala bekalan air pula dilaksanakan oleh
Jabatan Bekalan Air (JBA) di bawah kerajaan negeri masing-masing. Namun
begitu, terdapat juga sesetengah negeri menswastakan perkhidmatan
bekalan air kepada penduduk seperti SYABAS di Selangor dan Air Kelantan
Sdn Bhd di Kelantan.
Perkhidmatan utiliti ini adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan
asas

masyarakat.

memerlukan

air

Sama
dan

ada

elektrik

isi

rumah
untuk

mahupun

menjalankan

firma
tugas

pasti

akan

seharian.

Perkhidmatan ini merupakan keperluan paling penting manusia. Misalnya,


14

bekalan air sangat penting dalam menjalankan perkhidmatan perhotelan,


kulinari dan perkhidmatan perniagaan seperti perniagaan dobi. Elektrik juga
adalah sumber tenaga paling utama dalam sesebuah firma. Misalnya,
bekalan elektrik menjadi nadi kepada pergerakan mesin dan jentera dalam
sesebuah

kilang.

Oleh

itu,

perkhidmatan

air

dan

elektrik

sangat

mempengaruhi perkembangan sektor ekonomi.


2.5

Sektor Kerajaan

Di Malaysia, perkhidmatan kerajaan masih lagi menjadi perkhidmatan yang


amat penting kepada penduduknya walaupun negara telah mengamalkan
dasar penswastaan. Ini kerana keupayaan rakyat untuk membayar kos
perkhidmatan swasta masih rendah. Misalnya perkhidmatan kesihatan di
hospital swasta tidak mampu dinikmati oleh golongan berpendapatan
rendah, namun mereka mampu menikmati perkhidmatan tersebut di hospital
kerajaan. Oleh sebab itu, sesetengah bidang perkhidmatan kerajaan amat
relevan

sebagai

usaha

untuk

membantu

mendapatkan

keselesaan,

kesejahteraan, kebajikan dan keselamatan rakyat. Antara sektor utama yang


masih belum di swastakan sepenuhnya seperti sektor pendidikan, kesihatan,
pentadbiran,

dan

keselamatan

negara.

Perkhidmatan

kerajaan

ini

berlangsung dalam tiga peringkat iaitu:


i.
ii.
iii.

Peringkat Kerajaan Negeri


Peringkat Kerajaan Pusat
Pihak Berkuasa Tempatan
Sektor perkhidmatan kerajaan merupakan sub sektor perkhidmatan

yang banyak memberi faedah kepada rakyat.

Institusi

pendidikan

adalah

salah satu perkhidmatan paling utama dalam membangunkan modal insan


negara. Kerajaan telah menyediakan institusi pendidikan di peringkat tadika,
sekolah rendah dan sekolah menengah untuk memberi pendidikan kepada
rakyat. Selain itu, kerajaan juga menyediakan pendidikan di peringkat tinggi
melalui institusi pengajian tinggi seperti universiti, maktab, pusat kemahiran
dan pusat penyelidikan. Selain daripada keperluan pendidikan, kerajaan juga
15

memberi perkhidmatan dalam menjamin kebajikan masyarakat melalui


pembangunan pusat kesihatan seperti hospital, klinik dan pusat rawatan
sementara. Peratus penyertaan bumiputera dalam sektor swasta adalah
rendah terutama pada peringkat profesional, pengurusan dan eksekutif. Oleh
itu, jawatan dalam perkhidmatan kerajaan seperti, kerani, pembantu,
pegawai, askar, polis, guru, doktor, peguam dan pensyarah telah di berikan
kepada bumiputera yang berkelayakan. Selain memberi peluang pekerjaan,
sektor kerajaan juga merupakan agensi yang menggerakkan pentadbiran
dan dasar negara (Perkhidmatan Awam Malaysia, 1999). Kerajaan juga telah
menyediakan perkhidmatan dalam bidang pengurusan dan pentadbiran
melalui kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.

Melalui perkhidmatan

kaunter yang di sediakan oleh kerajaan, rakyat dapat melaksanakan urusan


tertentu

misalnya

urusan

pendaftaran

kelahiran,

pendaftaran

kad

pengenalan, pembayaran cukai dan pelbagai urusan rasmi.


Oleh itu, sektor perkhidmatan di Malaysia juga terdiri daripada
pelbagai subsektor seperti perkhidmatan awam, perdagangan, kewangan,
pelancongan dan pengangkutan. Perkembangan sektor perkhidmatan juga
telah memberi peluang pekerjaan sebanyak 8 juta kepada rakyat Malaysia.
Demikian itu, terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi perkembangan
sektor ini di Malaysia.

3.0 FAKTOR YANG MENGGALAKKAN PERKEMBANGAN SEKTOR


PERKHIDMATAN.
Terdapat beberapa faktor yang menjadi pendorong kepada perkembangan
sektor perkhidmatan negara antaranya adalah di sebabkan faktor fizikal dan
faktor kemanusiaan. Faktor fizikal merupakan faktor yang dipengaruhi oleh
keadaan bumi seperti bentuk muka bumi, tanih, iklim, alam semula jadi dan
bahan mentah. Manakala faktor kemanusiaan pula terdiri daripada faktor
16

yang dipengaruhi oleh manusia dan budaya di sekitarnya. Antara contoh


faktor kemanusiaan adalah seperti teknologi, dasar kerajaan, modal,
infrastruktur,

buruh

dan

permintaan

atau

pasaran.

Oleh

itu,

faktor

perkembangan sektor perkhidmatan dapat di kategorikan seperti dalam


Rajah 4 di bawah.
Rajah 4

Faktor Kemanusiaan

Faktor Fizikal

*Teknologi
*Dasar Kerajaan
*Modal
*Infrastuktur
* Buruh
* Ekonomi

* Bentuk Muka Bumi


* Iklim
* Tanih
* Bahan Mentah

3.1 Faktor Fizikal.


Malaysia mempunyai pelbagai bentuk muka bumi yang indah. Terdapat
tanah tinggi, tanah pamah, lembangan, dan pinggir laut. Kawasan bukit,
gunung dan banjaran membentuk kawasan tanah tinggi. Faktor fizikal bentuk
muka

bumi

Malaysia

yang

pelbagai

ini

telah

mempengaruhi

sektor

perhidmatan pengangkutan negara. Misalnya, jalan raya dan jalan kereta api
sesuai dibina di kawasan tanah pamah, lembah sungai dan pinggir pantai.
17

Hal ini kerana jaringan pengangkutan mudah dibina di kawasan yang


topografinya yang rata dan landai kerana tidak memerlukan kos yang tinggi
serta lebih selamat. Oleh itu, kerja-kerja membina jaringan pengangkutan ini
tidak perlu melalui proses penarahan bukit dan risiko untuk berlaku tragedi
bencana alam di kawasan jalan raya seperti gelongsoran tanih terutama
ketika musim hujan juga berkurangan. Antara jaringan pengangkutan yang
dibina di kawasan tanah pamah ialah jaringan lebuh raya seperti Lebuh Raya
Utara Selatan (PLUS), GUTHRIE, Lebuh Raya Kajang Seremban (LEKAS) dan
banyak lagi. Selain itu, jalan raya, jalan kereta api dan lapangan terbang
turut dibina di kawasan tanah pamah. Justeru itu, kawasan tanah pamah
memiliki darjah ketersampaian yang tinggi sehingga menyebabkan kawasan
ini mula menjadi tumpuan penduduk yang akhirnya berkembang pesat
menjadi sebuah bandar besar.
Selain itu, ciri-ciri semula jadi yang menarik di Malaysia juga menjadi
faktor

tarikan

utama

dalam

sektor

pelancongan.

Misalnya

negara

mempunyai gunung yang unik untuk di daki seperti Gunung Kinabalu.


Terdapat juga gua unik dan gemar dikunjungi pelancong seperti Gua Niah
dan Gua Mulu. Di luar pinggir laut Malaysia pula terdapat kira-kira 270 buah
pulau. Contohnya ialah Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, Pulau Tioman, Pulau
Perhentian dan Pulau Banggi. Pulau Pangkor, Pulau Tioman dan Pulau Payar
di Langkawi yang indah dan menjadi tumpuan pelancong asing mahupun
pelancong domestik. Selain itu, Malaysia juga mempunyai sungai yang telah
menjadi laluan perhubungan penduduk di kawasan pendalaman di Sarawak.
Misalnya Sg. Igan dan Sg. Rajang telah menjadi laluan domestik penduduk
setempat untuk bergerak ke kawasan lain. Selain itu, jalan air di Sarawak
juga digunakan sebagai laluan kegiatan pembalakan seperti dari kem balak
di pedalaman Kapit ke Sibu, Sarawak (Stepheny Ricky, 2005).
Bahan mentah juga menjadi faktor kepada kepesatan perkhidmatan
pengangkutan. Misalnya, bekalan sumber bahan mentah seperti biji timah
dan getah telah menggalakkan pembangunan jalan kereta api dari Taiping ke
18

Port Weld semasa zaman British. Selain itu, kekayaan semula jadi seperti
penemuan gas asli dapat memajukan sektor pengangkutan dan pelabuhan.
Contohnya penemuan gas di Terengganu telah mewujudkan sistem jaringan
yang baik di Kerteh. Selain itu, sumber semula jadi seperti sungai dan laut
juga menggalakkan perkembangan sektor pengangkutan air seperti Sungai
Rajang dan Sungai Kinabatangan yang menjadi laluan penting kepada
penduduk Sarawak.
Faktor tanih, iklim dan suhu juga mempengaruhi perkembangan sektor
perkhidmatan secara tidak langsung. Kepelbagaian jenis tanih di Malaysia
telah menggalakkan perkembangan sektor pertanian negara. Misalnya tanih
aluvium untuk penanaman padi sawah, laterit untuk kelapa sawit dan tanih
gambut untuk penanaman nanas. Justeru itu, perkembangan industri primer
ini

secara

tidak

perkhidmatan

langsung

melalui

mempunyai

perkhidmatan

hubung

kait

pengangkutan

dan

dengan

sektor

perkhidmatan

logistik yang di gunakan untuk menghantar hasil pertanian ke kawasan


industri atau ke pasaran. Selain itu, faktor iklim negara yang panas dan
lembap sepanjang tahun juga menggalakkan aktiviti pelancongan kerana
keadaan iklim negara Malaysia yang stabil. Suhu negara yang sederhana
panas juga menggalakkan kedatangan pelancong asing dari Eropah untuk
menikmati suhu panas dan lembap dari negara kita.
3.2 Faktor Kemanusiaan.
Faktor kemanusiaan juga menjadi sebahagian penting dalam memacu
perkembangan sektor perkhidmatan. Antaranya adalah keupayaan modal.
Modal merupakan faktor pengeluaran yang digunakan bagi menghasilkan
barangan atau perkhidmatan. Melalui modal, kerajaan dan agensi swasta
mampu menjalankan operasi pengeluaran perkhidmatan mereka. Malaysia
memperoleh

modal

melalui

pelaburan

asing,

pengenaan

cukai,

dan

membuat pinjaman. Usaha ini dapat menjamin modal yang besar untuk
menyediakan kemudahan yang di kehendaki. Misalnya melalui modal yang
19

besar Malaysia mampu membangunkan Satelit (Measat 1, 2, Tiongsat) bagi


kemajuan perkhidmatan telekomunikasi dan perkhidmatan jalur lebar. Selain
itu, modal juga penting dalam membina infrastruktur bagi pelbagai
perkhidmatan seperti pembinaan jalan raya, jambatan, sekolah, pusat
kesihatan dan pembinaan bangunan kerajaan. Oleh itu, modal juga
merupakan permulaan yang penting bagi menggalakkan pembangunan
sektor perkhidmatan.
Faktor kedua merupakan galakkan atau dasar daripada kerajaan.
Kerajaan Malaysia telah berusaha dalam memperkembangkan potensi sektor
perkhidmatan melalui amalan dasar buka pintu dalam bidang ekonomi. Sikap
keterbukaan ini dapat dibuktikan melalui kunjungan wakil Malaysia ke
peringkat

antarabangsa.

Misalnya,

kerajaan

melalui

Kementerian

Perdagangan Antarabangsa telah menghantar rombongan perdagangan ke


Jepun, Jerman, & Amerika untuk memasarkan barangan Malaysia, membuat
promosi dan menarik pelabur asing menanam modal dalam negara.
Kunjungan tersebut di lengkapi dengan seminar, perundingan dan program
untuk mempromosikan negara dan meyakinkan ahli korporat asing.
Kerajaan juga berhasrat agar pelabur asing dapat menanam modal
dalam sektor pelancongan, pendidikan, insurans dan kewangan. Oleh itu,
pelbagai tawaran dalam pelaburan di berikan. Contohnya promosi yang
diberikan kepada pelabur asing adalah pengecualian cukai antara 85%
hingga 100%

dalam sesetengah industri

bagi menggalakkan mereka

melabur di Malaysia. Selain itu, usaha mempromosikan sektor pelancongan


di luar negara juga di lakukan oleh Perbadanan Pelancongan Malaysia
menerusi media massa dan media sosial. Antara usaha kerajaan adalah
melancarkan Tahun Melawat Malaysia pada 2014 bagi menggalakkan
kemasukan pelancong. Bagi meraih kedatangan pelancong kerajaan telah
menganjurkan pelbagai program dan aktiviti seperti pameran kejohanan
sukan bertaraf dunia termasuklah pameran Maritim dan Udara Langkawi
(LIMA), Kejohanan Kereta Formula Satu, kejohanan Lumba Basikal Tour De
20

Langkawi, Sukan Sea dan pelbagai kejohanan yang melibatkan kehadiran


atlet, perwakilan dan secara tidak langsung pelancong yang datang ke
Malaysia untuk menyokong serta memeriahkan lagi kejohanan. Oleh itu,
pelbagai galakan yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk meningkatkan
perkembangan sektor perkhidmatan (Azman Abdullah, 2008).
Selain itu, kerajaan juga memberi galakkan melalui pembangunan
infrastruktur dan sistem telekomunikasi. Dengan adanya prasarana yang
lengkap, sudah tentu sistem perkhidmatan yang dirancang dapat di jalankan
dengan berkesan. Misalnya melalui prasarana yang lengkap dalam sesebuah
hospital, pakar perubatan dapat memberikan kualiti rawatan yang terbaik
kepada pesakit. Selain itu, prasarana yang lengkap dalam sesebuah sekolah
juga

memberikan

kualiti

yang

baik

dalam

proses

pengajaran

dan

pembelajaran.
Faktor

seterusnya adalah keadaan ekonomi negara. Kestabilan

ekonomi juga mampu mempengaruhi perkembangan sektor perkhidmatan.


Kestabilan ekonomi negara akan menggalakkan permintaan terhadap produk
daripada sektor primer dan sekunder. Kemajuan daripada sektor primer dan
sekunder pula secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan sektor
tertier seperti perkhidmatan pengangkutan, perkhidmatan pelancongan dan
perkhidmatan

kerajaan.

Contohnya,

peredaran

hasil

pertanian,

perlombongan dan perindustrian perlu diangkut dengan menggunakan


perkhidmatan pengangkutan dan telekomunikasi yang canggih seperti
rangkaian lebuh raya dan jalan kereta api. Selain itu, kestabilan ekonomi
juga mempengaruhi kuasa beli masyarakat. Misalnya, peningkatan terhadap
pendapatan per kapita rakyat akan menggalakkan mereka menikmati
perkhidmatan

dengan

lebih

baik

seperti

perkhidmatan

pelancongan,

perkhidmatan guaman, perkhidmatan hartanah, perkhidmatan kesihatan dan


perkhidmatan

pendidikan

tinggi.

Oleh

itu,

kemampuan

rakyat

juga

mempengaruhi perkembangan sektor perkhidmatan.

21

Perkembangan sektor perkhidmatan juga di pengaruhi oleh tingkat


teknologi yang dikenakan ke atas jenis perkhidmatan tersebut. Definisi
teknologi telah diterangkan oleh ahli kaji ilmu mengikut disiplin ilmu masingmasing. Dari sudut ekonomi dan masyarakat, teknologi adalah alat dan ilmu
yang digunakan untuk memperbaiki kehidupan manusia. Oleh itu, teknologi
di gunakan untuk mencapai prestasi dalam bidang ekonomi, pendidikan,
kesihatan dan pengurusan sumber. Selain itu, teknologi juga mengandungi
tiga komponen yang melengkapi proses penambahbaikan yakni alatan
seperti mesin, jentera, alatan moden yang digunakan untuk menghasilkan
barang dan perkhidmatan. Kedua adalah kaedah yakni teknik yang
digunakan untuk memproses barang dan perkhidmatan dan yang ketiga
adalah ilmu yang digunakan untuk melengkapi keseluruhan proses tersebut.
(Ahmad Shukri Mohd, 2005). Oleh itu, teknologi sangat berkait rapat dengan
proses

penyelidikan

dan

pembangunan

(R&D)

kerana

melalui

R&D

penemuan ilmu baru dan inovasi dapat di cipta untuk di manfaatkan dalam
sektor perkhidmatan seperti perkhidmatan komunikasi dan maklumat,
perkhidmatan pendidikan, kesihatan, kewangan dan perkhidmatan awam.
Sebagai contoh, teknologi ICT yang berkembang pada hari ini turut
mempengaruhi perkembangan sektor perkhidmatan pendidikan. Melalui
teknologi ICT, pelbagai kandungan ilmu dapat tingkatkan dan di zahirkan
melalui pelbagai rekaan dan penghasilan peralatan moden.
Selain

itu,

teknologi

komunikasi

pula

sangat

penting

bagi

meningkatkan perkhidmatan komunikasi seperti media cetak dan media


tidak

bercetak

seperti

televisyen

dan

radio.

Kejayaan

perkhidmatan

komunikasi juga dibantu oleh alat yang dicipta dengan menggunakan


teknologi canggih seperti jalur lebar, telephone pintar, komputer riba,
Personal Digital Assistant (PDA), faksimili, komputer, radar, Handy talky (HT),
modem dan mikrofon. Melalui teknologi moden tersebut sistem perhubungan
akan lebih cekap dan melewati sempadan dunia.

22

Teknologi moden juga menggalakkan pembinaan projek pembangunan


dalam sektor perkhidmatan. Misalnya, teknologi yang diimport dari Eropah
digunakan untuk membina kereta kabel yang terpanjang di Asia Tenggara di
Pulau Langkawi (dari Bukit Mat Chincang ke Bukit Mat Raya). Selain itu,
bidang pembangunan dan penyelidikan juga mampu meningkatkan sektor
perkhidmatan. Misalnya, melalui aktiviti R&D, negara berjaya menghasilkan
kereta api elektrik LRT dan Monorel bagi meningkatkan kemajuan sektor
pengangkutan.
Kepakaran dan sumber buruh
menggalakkan

juga merupakan faktor penting bagi

perkembangan sektor perkhidmatan. Tenaga buruh di

Malaysia terbahagi kepada tenaga buruh mahir adan separa mahir. Tenaga
buruh mahir berupaya memberi perkhidmatan dalam bidang profesional
seperti jurutera, arkitek, peguam, pensyarah, guru dan doktor perubatan.
Semakin banyak tenaga mahir yang mampu dihasilkan oleh negara, maka
semakin tinggi potensi yang boleh di hasilkan oleh kelompok mahir tersebut
dalam membuat penemuan baru bagi meningkatkan kemajuan negara.
Sebagai

contoh,

tenaga

pakar

bioteknologi

negara

telah

membuat

penemuan baru pada tahun 80-an apabila berjaya menghasilkan biodiesel


daripada minyak kelapa sawit. Selain itu, banyak lagi sumbangan tenaga
pakar dalam melicinkan lagi sistem perkhidmatan negara. Oleh itu,
kemahiran

sumber

manusia

sangat

penting

dalam

mempengaruhi

perkembangan sektor perkhidmatan di Malaysia. Selain daripada tenaga


buruh mahir, sektor perkhidmatan juga memerlukan tenaga buruh separa
mahir dan tidak mahir bagi mengisi kekosongan jawatan dalam sektor
perkhidmatan seperti dalam bidang perhotelan, pusat beli belah, restoran
dan kerja pembinaan. Tenaga buruh merupakan faktor ekonomi dalam
sesebuah negara. Oleh itu, tenaga buruh yang mencukupi sangat penting
bagi mengelakkan kebergantungan terhadap tenaga buruh dari negara
asing. Hal ini kerana negara juga perlu mengurangkan aliran wang keluar
dengan banyak melalui buruh asing tersebut.
23

4.0 CABARAN DAN KESAN SEKTOR PERKHIDMATAN SERTA


LANGKAH PENAMBAHBAIKAN.
Perkembangan sektor perkhidmatan secara umumnya telah memberi faedah
kepada kegiatan

sosioekonomi penduduk dengan memberi peluang

pekerjaan, memenuhi keperluan asas, memberi pendidikan, kebajikan dan


menjamin kesihatan masyarakat. Sungguhpun, sektor perkhidmatan telah
memberi pelbagai faedah dan kesan yang positif kepada kemajuan dan
perkembangan ekonomi negara namun, Malaysia juga perlu berhadapan
dengan pelbagai kesan, isu dan cabaran akibat daripada aktiviti yang di
jalankan oleh sektor perkhidmatan negara.
4.1 Kesan Kepada Alam Sekitar Fizikal.
Aktiviti pembangunan dalam sektor perkhidmatan secara tidak langsung
akan memberi kesan negatif kepada kestabilan alam sekitar manusia
antaranya adalah berlakunya pencemaran air, udara, pencemaran darat,
gangguan

ekosistem,

hakisan

tanah,

perubahan

pandang

darat

dan

pemanasan setempat.
4.1.1 Pencemaran air.
Pencemaran air berlaku akibat pembuangan bahan kotoran domestik,
industri, pertanian, atau juga akibat hakisan tanah ke dalam sumber air
sehingga menjadikan sumber air itu tidak lagi selamat untuk hidupan air dan
kegunaan manusia. Pengurusan sektor perkhidmatan yang tidak terkawal
juga boleh menyebabkan berlakunya pencemaran air. Misalnya dalam sektor
perkhidmatan pelancongan, terdapat sesetengah pengusaha hotel dan resort
mengambil jalan pintas membuang sisa kumbahan dari hotel, resort
24

mengalir ke sungai, tasik atau pantai. Oleh itu, berlakulah pencemaran


domestik akibat daripada pembuangan sampah sarap dan sisa kumbahan
tersebut.

Kesannya,

sampah organik akan mereput dan diuraikan oleh

bakteria dengan oksigen yang terlarut dalam air. Ini akan mengurangkan
kandungan oksigen air dan menyebabkan kematian organisma-organisma
akuatik.

Kesan

daripada

pembuangan

sisa

kumbahan

pula

akan

menyebabkan air tercemar dengan pembiakan bakteria E-Coli.


Selain daripada itu, pembuangan sisa bahan kimia seperti minyak dari
kenderaan, gris, dan bahan-bahan lain yang terapung di atas air dapat
mengurangkan penembusan cahaya matahari dan resapan gas seperti
oksigen. Ini seterusnya boleh menyebabkan hidupan akuatik mati.
4.1.2 Pencemaran udara.
Pencemaran udara juga boleh berpunca daripada pelepasan asap kenderaan.
Kesan daripada kepesatan sistem pengangkutan dan perhubungan, jumlah
kenderaan seperti bas dan teksi mahupun kenderaan persendirian akan
meningkat. Kemudahan jaringan jalan raya yang baik juga menyebabkan
destinasi mudah di tuju. Hal ini akan meningkatkan lagi penggunaan
kenderaan di jalan raya. Akibatnya,

kadar pelepasan asap melalui eksos

kenderaan akan meningkatkan jumlah gas beracun dalam atmosfera. Hal ini
secara tidak langsung akan menyebabkan pencemaran udara berlaku. Asap
kenderaan merupakan asap tercemar yang mengandungi karbon monoksida
dan sulfur dioksida. Peningkatan gas dalam atmosfera menyebabkan udara
menjadi tidak bersih dan berlakunya fenomena jerebu dan peningkatan
suhu. Antara contoh pencemaran udara berlaku semasa proses pemecahan
batu granit untuk membuat jalan dan memecah batu kapur di pinggir Ipoh
untuk membuat simen menyebabkan pencemaran udara berlaku di kawasan
tersebut.
Pencemaran udara ini sangat memberi kesan kepada kesihatan
manusia seperti menjejaskan sistem pernafasan manusia. Manusia sukar
untuk bernafas dalam keadaan udara yang tercemar kerana udara telah
diracuni oleh gas-gas yang tidak diperlukan. Gas-gas seperti karbon
25

monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dan


akan

melambatkan

tindak

balas

manusia

dan

kesan

seterusnya

menyebabkan mengantuk, penyakit lelah dan fungsi paru-paru terjejas.


Selain manusia, hidupan lain seperti flora dan fauna juga akan mengalami
kesan daripada pencemaran udara.
4.1.3 Pencemaran darat.
Selain itu, kepesatan sektor perkhidmatan juga menyebabkan berlakunya
pencemaran darat. Pencemaran darat berlaku apabila lambakan sampah
sarap yang di buang oleh masyarakat mencemarkan alam sekitar. Sampah
sarap seperti plastik, tin, kertas, botol dan sisa makanan di buang merata
tempat apabila ramai pelancong yang datang ke negara kita terutama
semasa sambutan hari perayaan, pesta dan program mega di adakan.
Kedatangan pelancong daripada pelbagai negara dan mempunyai latar
belakang yang berbeza telah menyebabkan pencemaran darat berlaku.

4.1.4 Kemusnahan ekosistem.


Kemusnahan ekosistem juga berlaku kesan daripada aktiviti pembinaan.
Pembinaan infrastruktur perkhidmatan seperti hotel, resort, padang golf dan
lebuh

raya

menyebabkan

tanah

ditebus

guna,

hutan

ditebang

dan

digondolkan. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan spesies


hidupan liar dan flora kehilangan habitat serta mengundang masalah
kepupusan biodiversiti setempat. Contohnya, pembinaan lebuh raya dan
landasan kapal terbang menyebabkan paya ditimbus dan hutan ditebang.
Kemusnahan habitat flora dan fauna ini pula akan menyebabkan kehilangan
sumber alam yang berharga seperti kayu kayan, cengal, resak, berlian,
damar, orkid hutan, Periuk kera, herba dan hidupan liar . Aktiviti pembinaan
infrastruktur seperti sekolah, pusat pengajian tinggi, hospital dan kawasan
penempatan

akan

menyebabkan

penyahhutanan

berlaku.

Aktiviti
26

penyahhutanan

menyebabkan

penyederhanaan

suhu

pokok

dimusnahkan

yang

berfungsi

dan

akhirnya

sebagai

agen

menyebabkan

peningkatan suhu. Kawasan hutan yang ditebang menyebabkan wujudnya


lebihan karbon dioksida dalam udara (Jamaluddin, 2011). Jumlah karbon
dioksida yang berlebihan berbanding oksigen dalam udara menyebabkan
kawasan pembangunan menjadi panas. Kemusnahan kawasan hutan juga
menyebabkan kawasan tanah terdedah kepada pancaran matahari dan
menyebabkan kekurangan proses fotosintesis.
4.1.5 Hakisan tanah dan tanah runtuh.
Kesan seterusnya yang berlaku akibat daripada pembangunan sektor
perkhidmatan adalah kejadian hakisan tanah dan tanah runtuh. Antara
faktor-faktor yang menjadi punca kejadian tanah runtuh ialah aktiviti
pemotongan, penarahan, penurasan & penebukan kaki bukit atau kawasan
tanah tinggi untuk membina lebuh raya, terowong dan jambatan. Aktiviti
pemotongan dan penambakan yang tidak mengambil kira faktor-faktor sudut
kecuraman cerun, kekuatan tanah atau batuan, darjah luluhawa, air bawah
permukaan serta pengaruh litupan tumbuhan dalam proses pembinaan.
Tanah yang digondolkan akan menyebabkan struktur tanah menjadi tidak
stabil dan mengundang gelongsoran tanah yang boleh meragut nyawa dan
kehilangan

harta

benda.

Selain

daripada

penarahan

bukit,

aktiviti

penebangan hutan bagi tujuan pembangunan juga mendatangkan hakisan


tanah. Apabila penebangan hutan dilakukan, tanah tersebut akan terdedah
kepada agen hakisan dan mewujudkan struktur tanah yang tidak stabil
kerana tiada pelindung atau tanaman penutup bumi hingga menyebabkan
berlakunya tanah runtuh.
4.1.6 Pemanasan Setempat.
Pembangunan sektor perkhidmatan juga mendatangkan kesan kepada
pemanasan setempat. Pemanasan setempat merupakan akibat daripada
aktiviti manusia yang mengubah kawasan hijau menjadi kawasan binaan
27

atau

bandar

seperti

kegiatan

penyahhutanan,

pembukaan

bandar,

pembinaan jalan raya yang banyak atau kawasan perindustrian yang mampu
mengubah ciri iklim dan cuaca. (Shaharuddin, 2012). Proses pemanasan
setempat ini berlaku apabila peningkatan suhu sekitar disebabkan ketiadaan
pelindung yang menghalang pancaran matahari, dan lebihan gas karbon
dioksida dalam atmosfera. Seterusnya akan mengurangkan hujan atau
mengubah corak hujan yang lazimnya berlaku sehingga mewujudkan
fenomena kemarau. Pengurangan kelembapan udara ekoran daripada
fungsinya untuk membebaskan wap-wap air ke udara melalui proses
transpirasi sudah hilang atau berkurangan. Udara sekitar menjadi kering dan
cuaca menjadi panas. Hal ini terjadi kerana hutan tidak lagi mampu
berfungsi

untuk

menyederhanakan

suhu

dengan

cara

memerangkap

bahangan matahari dan membebaskan wap-wap air menerusi proses


perpeluhan. Oleh itu, kawasan setempat yang lengkap dengan perkhidmatan
kebiasaannya akan menjadi pusat tumpuan ekonomi dan menggalakkan
pertumbuhan bandar. Hal ini akan menggalakkan kepadatan penduduk dan
mengakibatkan kesesakan lalu lintas dan merancakkan kegiatan manusia
yang memberi kesan kepada alam sekitar.
Selain daripada itu, kesan penggunaan penyaman udara dalam sektor
perkhidmatan seperti di dalam hospital, klinik, institusi pendidikan tinggi,
hotel resort dan pejabat-pejabat juga mengundang pemanasan setempat.
Proses ini berlaku apabila gas kluoroflorokarbon (CFC) yang dibebaskan oleh
alat penyaman udara, aerosol dan peti sejuk. Gas kluoroflorokarbon (CFC)
merupakan penyumbang utama kepada penipisan lapisan ozon. Apabila CFC
dibebaskan

di

atmosfera,

klorin

bertindak

balas

dengan

ozon

dan

membebaskan oksigen dan menyebabkan lapisan ozon di stratosfera


menjadi semakin nipis atau berlubang. Oleh itu, sinaran ultra ungu matahari
sampai ke permukaan bumi dan akhirnya menyebabkan suhu meningkat.

28

4.1.7 Perubahan Iklim Mikro.


Penebangan tumbuhan dan pembinaan bangunan bagi sektor perkhidmatan
seperti bangunan kerajaan, institusi pendidikan dan pembinaan jalan raya
juga boleh meningkatkan suhu atau iklim secara mikro. Hal ini berlaku
apabila kelembapan dalam udara berkurangan dan mengakibatkan suhu
mengalami perubahan. Contohnya, suhu maksimum yang dicatatkan di
Melaka ialah 35 C dan suhu minimum ialah 22 C. Suhu ini menunjukkan
bahawa Melaka mempunyai cuaca yang

panas. Melaka dikatakan begitu

panas pada waktu siang dan menjadikan persekitaran tidak begitu selesa
kepada warga kota. Suhu di kawasan bandar lebih tinggi berbanding di
pinggir bandar. Hal ini disebabkan oleh terdapat banyak permukaan simen
dan konkrit, asap kilang, kenderaan dan kurangnya litupan hijau. Apabila
sesebuah bandar berkembang, peratusan kawasan permukaan tak telap air
akan meningkat dan ini memberi kesan kepada sifat albedo permukaan,
suhu udara dan bajet haba bandar. Justeru, keadaan ini memberi pelbagai
impak terhadap proses mikro iklim bandar. Oleh itu, ketiadaan tumbuhtumbuhan hijau untuk menjalankan proses transpirasi akan menyebabkan
suhu meningkat. Contohnya aktiviti penebangan hutan di Cameron Highland
menyebabkan suhu meningkat sebanyak 1.5 darjah celsius dari tahun 1974
hingga tahun 2004.
4.1.8 Perubahan Pandang Darat
Selain itu, kesan pembangunan sektor perkhidmatan seperti pelancongan,
pendidikan dan kesihatan secara tidak langsung akan menyebabkan
perubahan daripada sudut fizikal atau perubahan pandang darat. Proses ini
terjadi apabila kawasan semula jadi berubah kepada kawasan pelancongan
seperti padang golf, hotel, resort, jalinan jalan raya, lebuh raya, lapangan
terbang, pelabuhan dan empangan. Kegiatan tersebut akan menyebabkan
29

perubahan landskap sesuatu kawasan daripada bentuk asal kepada bentuk


baru. Pembinaan empangan menyebabkan kawasan hutan yang luas
ditenggelami air.

4.2 LANGKAH PENAMBAHBAIKAN.


Bagi

mencapai

sesebuah

kemajuan,

negara

terpaksa

menggadaikan

sebahagian besar sumber alam dan hutan untuk tujuan pembangunan. Hal
ini kerana pembangunan negara dalam pelbagai sektor ekonomi seperti
pertanian, perindustrian dan perkhidmatan juga merupakan keperluan
kepada negara. Namun begitu, bagi melestarikan pembangunan sesebuah
negara, kerajaan dan pelbagai pihak harus berusaha melaksanakan langkahlangkah yang boleh mengurangkan kesan negatif kepada alam sekitar. Antar
usaha yang boleh dilakukan bagi menstabilkan kelestarian alam akibat
aktiviti dalam sektor perkhidmatan adalah dengan memberi pendidikan alam
sekitar sebagai langkah kesedaran kepada masyarakat, melaksanakan projek
penghutanan semula, program kitar semula, mengawal pelepasan asap
kenderaan

bermotor

dan

melaksanakan

langkah

pemeliharaan

dan

pemuliharaan.
4.2.1 Penghutanan dan penanaman semula.
Hutan mempunyai 1001 fungsi yang memberi manfaat kepada penghuni
bumi

antaranya

adalah

berfungsi

sebagai

kawasan

tadahan

hujan,

membantu mengimbangi suhu bumi, menstabilkan peratusan oksigen di


permukaan bumi, membekalkan air, menjadi habitat flora dan fauna serta
membekalkan sumbernya kepada kehidupan manusia. Namun begitu,
30

ancaman terhadap hutan di Malaysia menyebabkan negara berdepan


dengan konflik tanah runtuh, banjir lumpur, gangguan bekalan air serta
kepupusan spesies flora dan fauna (Mohd. Rafi Abdullah, 2012). Oleh yang
demikian usaha penanaman semula dan penghutanan semula penting untuk
menjamin kelestarian alam akibat kesan pembangunan.
Penghutanan semula adalah aktiviti mewujudkan hutan di atas tanah
yang bukan hutan seperti tanah bekas lombong, tanah tandus atau gersang,
atau tanah yang di penuhi dengan lalang (Julian Evans, 1995). Menurut
terbitan Akhbar Utusan Sarawak pada 31 May 2014, usaha FRIM ini telah di
jalankan di Hutan Simpan Bukit Lagong, Kepong di bahagian kampus FRIM.
Hutan ini juga di iktiraf sebagai Hutan Tropika buatan manusia tertua di
dunia. Tempat asal kawasan tersebut merupakan kawasan bekas lombong
biji timah yang telah di usahakan sejak 1927 dan kini menjadi hutan rekreasi
yang terkenal. Penanaman semula pula merupakan usaha bagi memulihara
sumber hutan yang telah terancam. Kegiatan ini biasanya dilakukan di
kawasan hutan yang telah ditebang. Tujuan penanaman semula adalah
untuk mengekalkan spesies pokok hutan tersebut. Di samping itu, dapat
mengekalkan kualiti alam sekitar yang baik, memulihara tanah yang subur
dan sumber air yang cukup. Oleh itu, pengusaha balak perlu menanam
semula pokok balak yang ditebang dengan anggaran 3 batang pokok bagi
sebatang pokok yang di tebang. Oleh itu, projek perhutanan dan penanaman
semula ini sangat penting bagi mengekalkan kadar oksigen dan karbon
dioksida dalam atmosfera.
4.2.2 Pendidikan alam sekitar.
Pendidikan alam sekitar merupakan usaha yang di lakukan untuk memberi
kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya menjaga alam sekitar.
Pendidikan alam sekitar diwajibkan bagi setiap peringkat pendidikan samada
di peringkat sekolah, IPTA, peringkat kampung, negeri atau peringkat
kebangsaan. Pendidikan alam sekitar di peringkat sekolah rendah dan
31

menengah, di masukkan dalam kurikulum formal melalui mata pelajaran


geografi. Matlamat pendidikan ini adalah untuk memberi pengetahuan dan
kefahaman asas tentang alam sekitar dan masalahnya.
Selain itu, pendidikan alam sekitar di peringkat pengajian tinggi pula
lebih mendalam dengan memenuhi keperluan sebagai bakal pewaris bangsa.
Pendidikan

alam

sekitar

di

peringkat

tinggi

terdedah

kepada

cara

pemeliharaan dan pemuliharaan hutan, perancangan pembangunan lestari


hutan dan pengurusan sumber-sumber semula jadi secara terancang. Pelajar
juga di dedahkan dengan masalah alam sekitar dan penyelesaiannya.
Pendidikan alam sekitar di peringkat tinggi lebih matang dan mampu
memberi kesan kepada generasi akan datang.
4.2.3 Kempen Alam Sekitar .
Kempen

kesedaran

ini

bertujuan

untuk

mendedahkan

kepentingan

memelihara dan memulihara alam sekitar. Kempen kesedaran boleh


dilakukan

dalam

bentuk

ceramah

mahupun

pertandingan

dengan

bertemakan menyayangi alam sekitar. Risalah juga boleh diedarkan untuk


menyedarkan orang ramai tentang pengurusan sisa pepejal, kepentingan
kitar semula dan kepentingan mengurangkan asap kenderaan. Poster-poster
yang berkaitan boleh diletak dan dipaparkan di kawasan awam, seperti bas
stesen, pusat beli-belah, kawasan sekolah, dan sebagainya.
Selain daripada itu, kempen kitar semula juga adalah alternatif yang
baik untuk memelihara alam sekitar. Antara barang yang boleh di kitar
semula ialah surat khabar, majalah lama, kertas terpakai dan kotak kertas.
Barang-barang ini boleh diproses semula untuk menghasilkan kertas baru.
Kerajaan dan NGO juga wajar menyediakan tong kitar semula di tempat
terbuka seperti di terminal bas, kawasan pelancongan, hotel, resort dan
kawasan rekreasi. Oleh itu, masyarakat dapat menjayakan program kitar
semula secara tidak langsung walaupun semasa bercuti di luar. Selain itu,
aktiviti kitar semula kertas juga wajar di lakukan di jabatan-jabatan kerajaan,
32

pejabat swasta dan institusi pendidikan yang sememangnya tinggi dalam


penggunaan

kertas. Oleh itu, bagi menjayakan keberkesanan program

kesedaran, pihak media juga perlu memberi sumbangan yang besar dan
bekerjasama menjayakan hasrat kerajaan ini. Hal ini kerana media massa
seperti televisyen, radio, surat khabar, majalah dan website memainkan
peranan yang penting dalam membentuk cara pemikiran pengguna. Oleh itu,
pendedahan media massa terhadap kepentingan menjaga

alam sekitar

mampu memberi kesedaran kepada rakyat.


4.2.4 Mengawal pelepasan asap kenderaan bermotor.
Perkhidmatan

pengangkutan

merupakan

penyumbang

utama

kepada

pencemaran udara. Oleh itu, bagi mengurangkan kesan pelepasan gas toksik
daripada asap kenderaan, pihak berwajib perlu melakukan beberapa usaha
untuk memulihkan keadaan udara yang tercemar. Penggunaan petrol tanpa
plumbum

merupakan

salah

satu

usaha

yang

dapat

mengurangkan

kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat


mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku di waktu pagi dan juga
dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan selesema daripada
berlarutan.
Selain itu, usaha untuk mengurangkan pencemaran udara juga boleh
dilakukan

dengan

menggunakan

penukar

pemangkin

atau

catalytic

converter yang lebih mesra alam. Kerajaan juga boleh mewajibkan


penggunaan penukar pemangkin (Catalytic Converters) dalam industri
pembuatan kenderaan bermotor. Penukar pemangkin dua hala (Two -way
Catalytic

Converters)

boleh

mengurangkan

hingga

98%

unsur-unsur

pencemaran dengan cara menukarkan Hidro Karbon dan Karbon Monoksida


kepada Karbon Dioksida dan Wap. Penukar pemangkin tiga hala (three- way
Catalytic Converters) pula boleh mengoksidakan oksida Nitrogen tertentu,
tanpa mengurangkan kecekapan enjin atau menambahkan penggunaan
minyak kenderaan bermotor.

33

Oleh itu, Catalytic Converter bertujuan untuk mengurangkan tahap


toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin
pembakaran

dalaman.

Antara

kerja

yang

termasuklah

menukar

karbon

monoksida

dilakukan
kepada

komponen

karbon

ini

dioksida,

mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan


hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air. Faedah
yang boleh diperoleh daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat
diminimumkan. Walau bagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin
berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka
enjin akan mencemarkan udara. Oleh itu, sikap pengguna kenderaan
bermotor yang sering membiarkan enjin kenderaan sentiasa hidup semasa
menunggu atau tabiat memanaskan enjin juga boleh menyebabkan gas
dibebaskan tanpa henti. Justeru itu, jika kesedaran dapat dipupuk dalam
kalangan pengguna agar mematikan enjin dalam keadaan idling atau dalam
keadaan menunggu ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan
mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera
yang membawa pemanasan global dalam jangka panjang.
Kesimpulannya, terdapat beberapa langkah yang harus giat di jalankan
bagi mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar akibat daripada
pembangunan sektor perkhidmatan seperti pengangkutan, pelancongan,
kewangan, dan perkhidmatan kerajaan.

34

5.0

KESIMPULAN.

Secara keseluruhannya, sektor perkhidmatan di Malaysia merupakan sektor


tertier

yang

sangat

penting

dalam

pembangunan

negara.

Sektor

perkhidmatan merupakan penggerak utama dalam memajukan sektor primer


dan sekunder negara. Melalui khidmat logistik misalnya, bahan mentah
mampu di eksploitasi dan di hantar ke kawasan industri untuk di olah
menjadi output. Seterusnya output pula di hantar ke lokasi pemasaran
melalui perkhidmatan pengangkutan.

Oleh itu, perkembangan sektor

perkhidmatan sangat penting bagi melancarkan pergerakan sektor pertanian


dan

industri.

perkhidmatan

Antara

contoh

pelancongan,

subsektor

perkhidmatan

pengangkutan,

kewangan,

adalah

seperti

insurans

dan

perniagaan, kesihatan, pendidikan, utiliti dan perkhidmatan awam. Setiap


sub sektor tersebut mempunyai kepentingan dan sumbangan yang positif
kepada pembangunan sosioekonomi negara.
Terdapat

pelbagai

faktor

yang

menjadi

pemangkin

kepada

perkembangan sektor perkhidmatan negara antaranya adalah dipengaruhi


oleh

faktor

fizikal

dan

faktor

kemanusiaan.

Faktor

fizikal

sangat

mempengaruhi perkembangan sektor perkhidmatan. Keanekaan bentuk


muka bumi negara yang terdiri daripada tanah pamah, tanah tinggi, pinggir
pantai dan lembangan menjadikan negara berpotensi untuk melaksanakan
aktiviti pelancongan dan juga pembinaan jaringan pengangkutan mengikut
35

kesesuaian bentuk muka bumi. Selain itu, faktor kemanusiaan juga memberi
pengaruh yang besar kepada perkembangan sektor perkhidmatan negara.
Faktor kemanusiaan seperti dasar kerajaan, teknologi dan R&D, modal,
keadaan ekonomi, tenaga buruh dan pembangunan infrastruktur memberi
impak kepada perkembangan sektor ini. misalnya dasar kerajaan yang giat
membuat promosi dan menggalakkan pelancong asing ke Malaysia melalui
kempen dan mengadakan tahun melawat Malaysia pada 2014 telah
mencatatkan kunjungan yang tinggi pada tahun tersebut. Selain itu, faktor
lain seperti bekalan tenaga buruh yang mencukupi dan kecekapan tenaga
buruh mahir yang berpotensi melicinkan operasi perkhidmatan juga boleh
membangunkan sektor perkhidmatan negara. Oleh itu, faktor kemanusiaan
juga penting untuk di bangunkan bagi menggalakkan pertumbuhan sektor
perkhidmatan Malaysia.
Selain daripada faktor perkembangan, kita juga perlu mengambil kira
kesan yang timbul akibat daripada kegiatan perkhidmatan ini. Antara kesan
yang paling ketara akibat daripada kegiatan sektor perkhidmatan ini adalah
gangguan terhadap alam sekitar seperti pencemaran, penyahhutanan,
peningkatan suhu, pemanasan setempat dan gangguan ekosistem alam.
Oleh itu, kesan terhadap alam sekitar juga perlu di kaji dan di laksanakan
beberapa langkah penambahbaikan agar negara dapat menikmati manfaat
sektor perkhidmatan tanpa mengabaikan kelestarian alam sekitar. Antara
langkah

yang

perlu

diperkasakan

adalah

usaha

pemuliharaan

dan

pemeliharaan, pendidikan alam sekitar, kempen kesedaran dan langkah R&D


bagi mengatasi masalah yang berlaku. Oleh itu, semua pihak perlu
bekerjasama melakukan perubahan walaupun kesan yang di dapati tidak
begitu besar dalam jangka pendek, namun kesannya mungkin lebih terserlah
dalam jangka masa panjang.

36

BIBLIOGRAFI

Ahmad Shukri Mohd. Naim & Amran Md. Rasli. (2005). Pengurusan Teknologi.
Johor Bharu:
Universiti Teknologi Malaya.
Azman Abdullah, Rosnah Haji Salleh & Kuswandi Tayen. (2008). Kemahiran
Geograf. Selangor: Arah Pendidikan Sdn. Bhd.
Ibrahim Wahab. (1991). Pengangkutan Bandar di Malaysia. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kementerian Pendidikan, Malaysia.
Jamaluddin Md. Jahi. (2011). Perubahan Persekitaran Fizikal dan Keselamatan
Manusia.
Malaysian Journal of Environmental Management. 12 (2): 3-10.
Julian Evans (1995). Hutan Perladangan di Kawasan Tropika (Mohd Nasir
Hamzah,
Penterjemah.) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

37

Kerajaan Malaysia. (1999). Perkhidmatan Awam Malaysia: Menuju Alaf Baru.


Kuala Lumpur:
Unit Pemodenan Tadbir dan Perancangan Pengurusan
Malaysia (MAMPU).
Mohd. Rafi Abdullah (2012). Cintai Alam Sekeliling Kita. Kuala Lumpur:
Penerbit Kerjaya Sdn. Bhd.
Rahim Abdullah. (2005). Siri Pengurusan dan Pentadbiran: Pengurusan
Logistik
Antarabangsa.
Kuala lumpur: Utusan Publications &
Distribution Sdn. Bhd.
Sarizah Soed & M. Nazri Zakaria. (2005). Asas-Asas Ekonomi: Siri Ekonomi
dan Kewangan. Pahang: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Shaharuddin Ahmad. (2012). Mikroiklim Bandar Perkembangan dan Impak
Pulau Haba Bandar
di Malaysia. Selangor: Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Stepheny Ricky. (2005). Persepsi Penduduk Mengenai Masalah Hakisan
Tanah Akibat Kegiatan Pembalakan di Daerah Song, Sarawak. Projek Ijazah
Sarjana Muda. Jabatan Geografi
dan Alam Sekitar. Universiti Malaya.
Wan Shahara Ahmad Ghazali. (2014). Utusan Sarawak: FRIM UTM Bina Hutan
Baru. Edisi 31
May 2014. Sarawak: Utusan Sdn.Bhd.
Yahaya Ibrahim, Sulong Mohamad & Habibah Ahmad. (2008). Pelancongan
Malaysia: Isu
Pembangunan, Budaya, Komuniti, dan Persetempatan.
Kedah: Penerbit Universiti Utara
Malaysia.

RUJUKAN INTERNET

Jabatan Perangkaan Malaysia. Diperoleh pada 27 Mac 2015 daripada


http://statistics.gov.my/portal.
Portal Rasmi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. ETP:
Usaha
Mentransformasikan Pelancongan Ke Tahap Baru. Diperoleh pada
27 Mac 2015
daripada http://www.motac.gov.my/bm/arkib/2012/348-etpusaha-mentransfromasipelanconganke-tahap-baru.

38

39

Anda mungkin juga menyukai