Anda di halaman 1dari 17

Permainan Wau

Pengenalan

Permainan wau ini juga dikenali dengan layang-layang.Permainan wau


amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini
dimainkan sejak kurun ke 15. Wau masih digemari dan dimainkan di
kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri


seperti wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau
kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah dan wau
barat. Begitupun wau bulan sangat digemari oleh orang Melayu. Reka
corak biasanya bermotifkan awan larat akan menghiasi kebanyakan
wau yang dihasilkan dan diwarnakan dengan pelbagai warna. Selain
dijadikan bahan permainan, wau juga menjadi hasil kraftangan dan
hiasan dinding

Cara Bermain
Pada kebiasaannya wau akan
dimainkan oleh dua orang iaitu seorang akan memegang wau dan
seorang lagi yang dipanggil juru anjung akan memegang tali. Apabila
angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara
menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di
udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang
berwarna-warni itu.
Posted by bib at 6:47 AM 18 comments
Galeri Layang-layang merupakan sebuah muzium yang terletak di aras satu dalam
bangunan yang dikenali sebagai Muzium Rakyat, Kecantikan dan Layang-layang di Jalan
Kota, Bandar Hilir, Melaka. Muzium Layang-layang ini telah dirasmikan oleh YAB
Ketua Menteri Melaka pada bulan September 1995.
Muzium ini mempamerkan sejarah bermulanya permainan layang-layang di seluruh
dunia baik sebagai alat komunikasi atau digunakan dalam peperangan, sukan dan masa
lapang. Memperkenalkan kita kepada tradisi pembuatan, permainan, dan fungsi layang-
layang yang dikongsi bersama oleh banyak negara di dunia. Ia mempamerkan pelbagai
bentuk layang-layang tradisi dan moden termasuk wau tradisional Nusantara. Terdapat
pelbagai saiz layang-layang yang diperbuat daripada bahan semulajadi dan moden. la
pasti akan mendorong kita untuk mengenali layang-layang, mengkagumi, menghargai
seni pembuatan,dan keindahan layang-layang.
Wau

Teraju tiga sememangnya sinonim


dengan wau, juga dikenali sebagai
layang-layang di negeri-negeri
sebelah pantai barat semenanjung.
Sebagai permainan masa lapang bagi
kalangan rakyat biasa dan golongan
istana. Sejak zaman-berzaman
sekitar kurun kelima belas, wau
telah dimainkan oleh orang Melayu.
Mereka telah mempercayai ada
kaitan di antara semangat angin dan
langit.

Jenis-Jenis Wau
Berbagai jenis dan bentuk wau telah
dicipta. Wau burung, wau pari, wau
katak, wau bayan, wau merak, wau
kucing, wau jala budi, wau lenggang
kebayan, wau sewah, wau barat dan
yang sangat digemari oleh orang
Melayu ialah wau bulan. Rekacorak
bermotifkan awan larat pada
kebiasaannya adalah menghiasi
kebanyakan wau yang dihasilkan
dengan berwarna-warni. Kelantan
dan Terengganu sehingga kini masih
mengekalkan tradisi pembuatan wau
yang menarik, selain dijadikan untuk
permainan ianya juga sebagai hasil
kraftangan dan hiasan dinding
Cara Bermain

Pada kebiasaannya wau akan


dimainkan oleh dua orang, iaitu
seorang akan memegang wau dan
seorang lagi dipanggil juru anjung
yang memegang tali. Apabila angin
bertiup maka tali akan ditarik
melawan arus angin dengan cara
menghulur dan menarik talinya
sehinggalah wau tersebut tinggi di
udara. Kilauan cahaya matahari akan
menambah cantik lagi wau yang
dihias berwarna-warni.

Di masa kini walaupun wau masih


mendapat tempat dikalangan
masyarakat Melayu tetapi layang-
layang juga tidak kurangnya telah
mendapat perhatian oleh masyarakat
tempatan dan juga antarabangsa.
Pelbagai bentuk dan corak layang-
layang telah dicipta, ada layang-
layang yang berbentuk orang, kapal
berangkai dan ada yang dimainkan
dengan menggunakan dua utas tali.
Kebanyakkan pertunjukan wau dan
layang-layang masih mendapat
tempat di Malaysia, terutama ketika
hari-hari sambutan perayaan atau
pertandingan wau antarabangsa
Cara Membuat Wau

Pembuatan sesebuah wau agak rumit


dan memakan masa, dari kerja-kerja
meraut buluh untuk dijadikan
rangka, mengimbang stabilkan kepak
sehingga melekatkan kertas pada
rangka wau tersebut mengambil
masa dua minggu untuk siap. Rangka
buluh tulang belakang wau lebih
besar daripada kepaknya, kemudian
diikat dengan menggunakan benang
mengikut bentuk serta jenisnya.
Rangka yang telah disiapkan akan
ditampal dengan tiga lapis kertas
nipis dan lutsinar dengan berlainan
warna. Lapisan pertama
menggunakan kertas berkilat, lapisan
kedua menggunakan warna yang
berbeza dan bercorak awan larat
iaitu bercorak pucuk rebung atau
bunga cengkih yang telah ditebuk.
Pada lapisan ketiga pula corak
berlainan yang telah ditebuk
ditampalkan.

Di bahagian kepala atau muncungnya


serta dihujung kiri dan kanan kepak,
akan dihiasi dengan rambu-rambu
halus yang berwarna warni
menambah cantik lagi rupanya. Busul
akan diregangkan di bahagian
belakang tengkuk wau, agar ianya
mengeluarkan bunyi dengung apabila
diterbangkan diudara. Busul
diperbuat dari daun rembia atau
mengkuang yang telah direndam dan
dilurut lalu dibiarkan kering. Ia
berbentuk seperti alat memanah.
Tali teraju diikatkan di antara bahu
kepak dan tulang belakang sebelah
bawah wau bagi mengimbangi wau -
Teraju Tiga.
Pengamatan

Masyarakat Melayu mempunyai


pelbagai jenis kebudayaan
yang digarap daripada
pelbagai keturunan.
Kebudayaan ini disatukan
menjadi satu kebudayaan yang
unik kerana hampir setiap
keturunan mempunyai adat
sehingga membentuk
kebudayaan Melayu. Ini
termasuklah suka bergotong-
royong menjalankan kegiatan
ekonomi, di mana ikatan itu
terus diperkukuh dan
dipererat dengan acara-acara
keramaian dan juga hiburan.
Lantaran resam yang demikian
maka banyak permainan
tradisional yang
dipertandingkan.

Permainan tradisional telah


berupaya membentuk
sebahagian daripada
kehidupan yang dilalui oleh
nenek moyang kita. Asas
penting yang menjamin
kesinambungan permainan
tradisional pada masa lalu
ialah keseragaman cara hidup
nenek moyang kita. Kegiatan
harian, bermusim dan tahunan
daripada individu ke individu
tidak banyak berbeza. Ini
membolehkan mereka bekerja
dan berhibur pada masa yang
sama. Malah sejak dari kecil
lagi mereka membiasakan diri
dengan keadaan yang
demikian. Apabila musim
menuai padi berakhir dan
musim tengkujuh tiba pesawah
dan nelayan mengisinya
dengan kerja-kerja
sampingan. Kerja-kerja
demikian boleh ditangguhkan
dengan mudah. Tempoh
peralihan antara musim inilah
digunakan untuk mengadakan
keramaian serta pesta.

Apabila sesuatu permainan


diadakan di sesebuah
kampung, penduduk kampung
berdekatan turut berkunjung
untuk mengambil bahagian
atau sekadar memberi
semangat. Suasana pesta di
padang permainan boleh
mewujudkan interaksi sosial di
antara kampung-kampung
yang mengambil bahagian.
Oleh yang demikian permainan
tradisional juga dikenali
sebagai permainan rakyat. Ada
di antara permainan ini yang
sekarang tidak dimainkan lagi
tetapi hanya diketahui oleh
ibu bapa dan datuk nenek kita
sahaja. Tetapi ada juga yang
masih dimainkan lagi oleh
kanak-kanak sehingga hari ini.
Di antara permainan itu
termasuklah guli, congkak,
wau, selambut, sepak raga,
gasing dan lain-lain.

Pada zaman dahulu, sebelum adanya


rumah pangsa HDB dan semasa mainan
plastik 50-sen merupkan sebuah hadiah
yang mewah, kanak-kanak di kampung
yang kebanyakannya tidak bersekolah
lebih imaginatif dan bijak dalam cara
mereka berhibur. Mereka mengubah
dan mereka mainan daripada kepingan-
kepingan kayu dan bahan-bahan lain
yang mudah didapati. Mereka juga
bermain permainan yang turut dimain
oleh nenek moyang mereka.
Unsur seni dan permainan adalah
keperluan asas kehidupan manusia di
dunia dan tidak mungkin dapat
dipisahkan daripada kehidupan
masyarakat. Masyarakat Melayu
tradisional juga tidak ketinggalan
dalam soal ini. Dalam menjalankan
aktiviti kehidupan sara diri mereka
telah mengisi masa lapang dengan
pelbagai kegiatan yang dapat
menghiburkan hati.
Wow! Orang bermain wau!

Senarai
Permainan:

Batu
Seremban
Congkak
Gasing
Guli
Sepak Raga
Wau
Pengamatan
Hak Cipta Terpelihara, 2002: Fairuz (Ketua), Fazly, Iylia dan Rudy.

Mukadimah

Pada zaman dahulu, sebelum


adanya rumah pangsa HDB dan
semasa mainan plastik 50-sen
merupkan sebuah hadiah yang
mewah, kanak-kanak di kampung
yang kebanyakannya tidak
bersekolah lebih imaginatif dan
bijak dalam cara mereka
berhibur. Mereka mengubah dan
mereka mainan daripada
kepingan-kepingan kayu dan
bahan-bahan lain yang mudah
didapati. Mereka juga bermain
permainan yang turut dimain
oleh nenek moyang mereka.

Unsur seni dan permainan adalah


keperluan asas kehidupan manusia di
dunia dan tidak mungkin dapat
dipisahkan daripada kehidupan
masyarakat. Masyarakat Melayu
tradisional juga tidak ketinggalan
dalam soal ini. Dalam menjalankan
aktiviti kehidupan sara diri mereka
telah mengisi masa lapang dengan
pelbagai kegiatan yang dapat
menghiburkan hati.
Wow! Orang bermain wau!

Senarai Permainan:

Batu Seremban
Congkak
Gasing
Guli
Sepak Raga
Wau
Pengamatan
Hak Cipta Terpelihara,
2002: Fairuz (Ketua),
Fazly, Iylia dan Rudy.
Cara Membuat Wau
Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan
memakan masa, dari kerja-kerja meraut
buluh untuk dijadikan rangka, mengimbang
stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas
pada rangka wau tersebut mengambil masa
dua minggu untuk siap. Rangka buluh tulang
belakang wau lebih besar daripada
kepaknya, kemudian diikat dengan
menggunakan benang mengikut bentuk serta
jenisnya.
Rangka yang telah disiapkan akan ditampal
dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar
dengan berlainan warna. Lapisan pertama
menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua
menggunakan warna yang berbeza dan
bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk
rebung atau bunga cengkih yang telah
ditebuk. Pada lapisan ketiga pula corak
berlainan yang telah ditebuk ditampalkan.

Di bahagian kepala atau muncungnya serta


dihujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi
dengan rambu-rambu halus yang berwarna
warni menambah cantik lagi rupanya. Busul
akan diregangkan di bahagian belakang
tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi
dengung apabila diterbangkan diudara. Busul
diperbuat dari daun rembia atau mengkuang
yang telah direndam dan dilurut lalu
dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti alat
memanah. Tali teraju diikatkan di antara
bahu kepak dan tulang belakang sebelah
bawah wau bagi mengimbangi wau - Teraju
Tiga.
<<<Kembali