Anda di halaman 1dari 4

TEORI PENGAJARAN PENULISAN.

6.0.1 Antara teori yang dikemukakan ialah Teori behaviorisme, kognitif, mentalis dan
interaksionalis. Kesemua teori ini dikaji sehingga melahirkan teori pembelajaran bahasa yang
dipraktiskan oleh guru-guru semasa proses pembelajaran bahasa di dalam bilik darjah
berlangsung.
6.1
Teori Behaviorisme
6.1.1 Ia adalah teori yang merujuk kepada gerak balas yang berlaku apabila ada rangsangan
daripada guru dan menghasilkan pembelajaran. Ia dipelopori oleh Bloomfield, Edward Spir,
Boss dan Brooks yang merupakan ahli bahasa dan dikaji oleh ahli psikologi seperti Ivan
Pavlov. Ia merangkumi elemen-elemen:
a.
Proses pembelajaran memerlukan pengukuhan berbentuk ganjaran , pemantauan dan
pembetulan serta merta.
b.
Latih tubi adalah keperluan sepanjang proses pembelajaran berlangsung.
c.
Pembelajaran bahasa menitikberatkan persekitaran bilik darjah yang kondusif kepada
seluruh ahli yang terlibat seperti guru dan murid-murid.
d.
Proses pembelajaran bahasa adalah proses penekanan terhadap latihan dan
pengulangan yang mencorak kebiasaan. Ia adalah proses mekanis yang memerlukan
koordinasi daya mental
e.
.Proses timbal balik rangsangan dan gerak balas,
f.
Gerak balas yang berulang-ulang akan dilakukan untuk memperolehi ganjaran
g.
Gerak balas yang dipantau dengan peneguhan positif akan lebih kerap diulangi
h.
Gerak balas yang kerap akan menghasilkan kebiasaan.
6.1.2 Teori ini boleh diadaptasi oleh guru-guru untuk sesi latih tubi dan penyediaan isi dan
data-data untuk membentuk sebuah karangan. Ahli behaviorisme menegaskan
bahasa pengajaran bahasa mestilah dimulakan dengan kemahiran lisan. Maka, teknik
sumbang saran dalam pengumpulan isi , fakta dan data di dalam kelas amat menepati teori
ini.
6.2
Teori Kognitif
6.2.1 Teori lain yang ialah Teori Kognitif yang dipopularkan oleh Jean Piaget yang
menitikberatkan perkembangan kognitif murid-murid melalui latihan mengingat, mengekod
dan menyimpan maklumat bersesuaian dengan kebolehan mental mereka. Pendapat yang
dipersetujui oleh ahli pemikiran kognitif lain seperti Robin Lakoff, D. Slobin dan Mangantar
Simantunjak ini menegaskan bahawa proses ini (pembelajaran bahasa) adalah proses internal
yang abstrak. Ia berlaku di dalam minda dan tidak dapat diukur melalui tingkah laku. Teori
kognitif ini menggariskan ciri-ciri berikut sebagai tunjang utama teori yang dibawa mereka
iaitu:
a.
Bahasa bersifat kreatif, tidak berlegar di dalam seputar persoalan objek, peristiwa,
pengalaman perilaku atau pengalaman naluriah seperti yang didakwa oleh pemikir teori
behaviourisme
b.
Otak/kognitif menjadi sarana penting dalam pemprosesan bahasa

c.
Fikiran harus berada di dalam pemikiran sebagai satu komponen yang tidak boleh
terpisah
d.
Pengetahuan terhasil daripada pemikiran manusia secara semulajadi
e.
Teori ini merangkumi elemen kesejagatan yang ada hubungan dengan kognitif
6.3
Teori Interaksionalisme
6.3.1 Teori ini meletakkan pembelajaran bahasa sebagai komponen wacana dan melibatkan
mental dan linguistik. Mark Halliday menegaskan bahawa kebolehan pembelajaran bahasa
tidak boleh bergantung sekadar kepada kebolehan kognitif semata-mata. Menurut beliau,
kemahiran kognitif hanya membolehkan murid-murid mentafsir makna tetapi belum tentu
pentafsiran itu boleh dilahirkan di dalam bentuk bahasa yang sewajarnya tanpa bantuan
linguistik.
6.3.2 Teori ini menitikberatkan aktiviti komunikasi di mana penyampaian makna adalah
subjek utama di dalam proses pembelajaran dan pengajaran bahasa. Ia menekankan bahawa
latihan berterusan harus diberikan kepada murid-murid agar mereka memperolehi kekuatan
mempelajari struktur bahasa dan interaksi agar dapat menggunakan bahasa dengan fasih dan
lancar.
6.4
Teori Konstruktivitisme
6.4.1 Teori terakhir yang dibincangkan ialah teori konstruktivisme. Teori ini juga berputik
daripada pandangan kognivitisme iaitu pengetahuan manusia dibina secara aktif oleh manusia
itu sendiri melalui daya pemikirannya. Segala maklumat yang diterima oleh murid-murid
akan diserap dan disesuaikan dengan maklumat sedia ada untuk membentuk storan baru di
dalam fikirannya.
6.4.2 Teori pemikiran yang dibawa oleh Mc Brien & Brandt (1997) ini antaranya
menegaskan bahawa manusia tidak sekadar menerima pengetahuan tetapi membina
pengetahuan melalui informasi yang diterima otaknya. Melalui pengalaman sedia ada, muridmurid membina pengetahuan dengan cara menguji idea dan pendekatan, mengadaptasinya dan
meletakkannya bersama-sama pengetahuan sedia ada di storan baru. Teori ini lebih dikenali
juga dengan teori pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid.
6.4.3 Guru bertindak sebagai penyumbang gagasan dan pereka bentuk bahan pengajaran dan
terpulang kepada murid-murid untuk menganalisis idea, mengolah semula atau
mengadaptasinya bersesuaian dengan pengetahuan yang sedia ada di dalam mindanya.
6.4.4 Berdasarkan teori-teori di atas, dapatlah disimpulkan bahawa, teori pengajaran
penulisan adalah sebahagian daripada proses pemerolehan bahasa melalui prinsip yang empat
yang saling berkaitan itu iaitu kemahiran membaca, mengira, menulis, dan
menaakul. Kesemua proses tersebut melibatkan koordinasi minda dan anggota lainnya
sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.
6.5
Teori Mentalis
6.5.1
Teori ini menegaskan bahawa bahasa adalah aktiviti mental, milik istimewa manusia
yang dikurnia bersama-sama kelahirannya. Teori ini menekankan bahawa pengetahuan
bahasa, penafsiran makna seseorang dilahirkan oleh proses di dalam otak dan saraf. George
A. Miller direkodkan sebagai mencatatkan bahawa proses mental dilakukan oleh seorang

pendengar apabila menghadapi pertuturan yang meliputi proses memadan, menerima,


mentafsir, memahami dan mempercayai. Ahli pemikir kognitif juga terlibat melahirkan teori
mentalis yang juga dikenali sebagai Koda Kognitif atau Innatis ini.
6.5.2 Di antara ciri-ciri teori mentalis yang berkait rapat dengan pengajaran penulisan ialah
a.
Murid-murid mesti diajar dengan ayat yang gramatis, iaitu yang sempurna menurut
hukum hakam tatabahasa kerana ia memainkan peranan penting dalam proses pembentukan
ayat.
b.
Kemahiran membaca dan menulis adalah keutamaan dan kemahiran tatabahasa pula
hendaknya diajar secara formal.
c.
Semenjak dilahirkan, manusia sudah dibekalkan dengna jentera penguasaan
bahasa. Manusia mempunyai kebolehan semula jadi untuk merumus dan membentuk ayatayat mengikut sistem bahasa yang mereka ada.
d.
Kecekapan yang merupakan rumus-rumus atau tatacara bahasa sudah berada di dalam
mental manusia. Manakala prestasi yang merupakan penggunaan atau penghasilan daripada
apa yang berada di dalam stor mental manusia. Kedua-dua elemen ini saling kait mengait
menurut teori mentalis.

Elemen pendekatan, teori, kaedah, model dan teknik, dapatlah dirumuskan bahawa
pengetahuan secara holistik merupakan satu keperluan yang mendesak di dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran penulisan. Ciri pengajaran berkesan ialah kepelbagaian
penyampaian dan kejelasan penyampaian oleh guru. Di antara objektif penulisan ialah
memperkembangkan imaginasi dan pemikiran kritis murid-murid di samping menyediakan
murid-murid yang berpengetahuan menyampaikan maksud melalui penulisan yang betul. Di
samping menitikberatkan proses penulisan yang sesuai, tidak ketinggalan juga ialah
pemuliharaan hukum bahasa baku yang melibatkan tatabahasa, ejaan, kosa kata serta sebutan
yang betul di dalam aktiviti menulis dan membaca.
9.0
RUJUKAN.
Juriah Long, Raminah Hj. Sabran & Sofiah Hamid. (1990). Pendekatan mengajar bahasa
Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Kamarudin Hj. Husin. (1988). Pedagogi Bahasa. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Raminah Hj. Sabran. (1993). Kecekapan berkomunikasi dalam bahasa Malaysia. Kuala
Lumpur: Fajar Bakti.
Raminah Sabran & Rahim Syam. (1985). Kaedah pengajaran bahasa Malaysia. Petaling Jaya:
Fajar Bakti.
Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM]. (2001). Sukatan pelajaran kurikulum bersepadu
sekolah menengah bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zainol Ismail. (2003). Fokus Unggul/ UPSR Penulisan. Johor Bahru: Penerbitan Pelangi Sdn.
Bhd.

Abu Hassan Abdul, Abd. Rashid Md. Idris. (2012). Seni Mengarang BMK 3043. Tanjong
Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Awang Sariyan.(2004).Tertib Mengarang.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dr Ali Mahmood, Mashudi Bahari, Lokman Abd Wahid, Dr Seman Salleh, Munsyi Zainal
Abidin Kasim, Dr Adenan Ayob, Mohd Rain Shaari.(2011).Pengenalan Pendidikan
Bahasa Melayu.Seri Kembangan:Open Uninersity Malaysia.
Raminah Hj. Sabran,Rahim Syam.(1986).Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia.Petaling
Jaya:Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.