Anda di halaman 1dari 5

Malaysia dan Hubungan Serantau

(ASEAN)

Keanggotaan dan Matlamat

Keanggotaan ASEAN

1. Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) ditubuhkan di Bangkok, Thailand


pada 8 Ogos 1967 melalui Deklarasi Bangkok.
2. ASEAN terdiri daripada Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand.
Brunei Darussalam menyertai ASEAN pada 7 Januari 1984, Vietnam pada tahun
1995, Laos dan Myanmar pada tahun 1997 dan Kemboja (Kampuchea) pula
menyertai ASEAN pada tahun 1999.

Matlamat ASEAN

1. Antara matlamat penubuhan ASEAN adalah seperti berikut:


a. Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan social dan pembangunan
kebudayaan di rantau Asia Tenggara.
b. Menggalakkan keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara
dengan mematuhi prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
c. Menggalakkan kerjasama dan bantuan antara satu sama lain dalam pelbagai
bidang termasuk latihan dan penyelidikan
d. Meningkatkan taraf hidup rakyat negara anggota melalui kerjasama dalam
sektor pertanian dan perdagangan.
e. Mengeratkan hubungan dengan pertubuhan serantau dan antarabangsa lain.

Bentuk Kerjasama

Kerjasama Politik

1. Untuk menjamin kestabilan politik dan keamanan negara serantau, konsep ZOPFAN
telah diwujudkan melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada 27 November 1971.
2. Matlamat penubuhannya ialah:
a. Memelihara keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara dengan
mengelak campur tangan daripada mana-mana pihak luar seperti Rusia,
Amerika Syarikat dan China dalam hal-hal di rantau ini.
b. Menyediakan saluran untuk menyelesaikan pertikaian yang berlaku di Asia
Tenggara secara aman dan bukan menggunakan kekerasan.
c. Mengelakkan penglibatan dalam pertikaian antara kuasa besar.
d. Memberi peluang kepada negara anggota untuk menentukan nasib sendiri.
3. Zon Bebas Senjata Nuklear (SEANWFZ) dibentuk pada 16 Disember 1987 untuk
memastikan kawasan ASEAN bebas daripada ancaman senjata nuclear.
4. ASEAN mengamalkan pendirian bersama dalam isu politik seperti pencerobohan
Vietnam di Kemboja, iaitu tentera Vietnam harus berundur dari Kemboja dan
rakyatnya diberi peluang untuk menentukan nasib negara mereka sendiri.

Kerjasama Ekonomi
1. Kerjasama ekonomi dari tahun 1967 hingga 1976 boleh dikatakan lembab kerana
tiada aktiviti dijalankan pada peringkat ASEAN. Kerjasama ekonomi bermula
setelah beberapa perjanjian seperti Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama (Treaty
of Amity and Cooperation) dan Perisytiharan Pakatan ASEAN (Declaration of
ASEAN Concord) ditandatangani pada tahun 1976 di Bali semasa Mesyuarat
Ketua-ketua Kerajaan ASEAN pertama.
2. Antara kerjasama ekonomi negara-negara anggota ASEAN adalah seperti berikut:
a) Melaksanakan projek-projek perindustrian seperti:
i. Projek Baja Urea ASEAN di Indonesia
ii. Projek Baja Urea ASEAN di Malaysia
iii.
Projek Fabrikasi Tembaga ASEAN di Filipina
iv. Projek Vaksin Hepatitis B ASEAN di Singapura
v. Projek Garam Batuan-Abu Soda ASEAN di Thailand

b) Mengadakan usaha sama perindustrian ASEAN.


c) Mengadakan Skim Pelengkapan Perindutrian ASEAN, misalnya dalam
bidang automotif.
d) Mewujudkan Peraturan Perdagangan Istimewa 1977 untuk meningkatkan
perdagangan antara negara anggota. Keistimewaan yang diberikan
termasuk kontrak kuantiti jangka panjang, perolehan istimewa oleh entiti
kerajaan, pelonggaran langkah-langkah bukan tarif dan perluasan tarif
istimewa.
e) Mengadakan kerjasama dalam sektor kewangan
i. Majlis Perbankan ASEAN (ASEAN Banking Council) ditubuhkan
untuk menyelaras kegiatan bank-bank perdagangan di rantau
ii.

ASEAN
Syarikat Kewangan ASEAN ditubuhkan untuk memberikan
kemudahan kewangan kepada negara-negara yang terlibat dalam
projek-projek uasaha sama ASEAN.

f) Mengadakan kerjasama dalam bidang komunikasi


i. Pemasangan kabel laut ASEAN menghubungkan negara anggota
ii. Mengasaskan Skim Pertukaran Berita Televisyen
iii.
Mengiktiraf lessen pemandu di rantau ASEAN
g) Mengadakan kerjasama dalam sektor makanan dan pertanian
i. Penubuhan Pusat Perancangan Pembangunan Pertanian ASEAN
ii.

sebagai bank data mengenai masalah pertanian


Penubuhan Plant Quarantine Traning Centre and Institute di

iii.

Serdang
Penubuhan ASEAN Centre for Development of Agricultural

Cooperation di Indonesia.
h) Mengadakan dialog dengan negara-negara maju
i) Mewujudkan Kawasan Pertumbuhan Segi Tiga yang menggalakkan
pembangunan dalam bidang perdagangan, perlancongan, pengangkutan
dan perhubungan seperti:
i. IMT-GT (Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand)
ii. IMS-GT (Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Singapura)
iii.
BIMP-EAGA (Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur BruneiIndonesia-Malaysia-Filipina)

Kerjasama Sosial dan Kebudayaan

1. Tabung Kebudayaan ASEAN diwujudkan untuk mengeratkan hubungan antara negara


ASEAN melalui aktiviti kebudayaan seperti Pesta Filem ASEAN dll.
2. Penubuhan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM).
Tujuan penubuhan adalah seperti berikut:
a) Mengembangkan Bahasa Melayu supaya setaraf dengan bahasa moden
b) Meningkatkan semangat persaudaraan di antara negara anggota
c) Meningkatkan peranan Bahasa Melayu sebagai alat perhubungan yang lebih
luas
3. Pembentukan Pertubuhan Menteri-menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO)
a) Menggalakkan kerjasama dalam bidang ilmu pengetahuan
b) Menganjurkan projek berikut;
i. Pusat Kajian Bahasa Inggeris di Singapura (RELC)
ii. Pusat Pembaharuan dan Teknologi di Filipina (INNOTECH)
iii.
Pusat Pendidikan Serantau bagi Pendidikan Sains dan Matematik
(RECSAM) di Pulau Pinang.

Cabaran ASEAN

Ekonomi
1. Pengurangan permintaan pasaran dunia terhadap sumber bahan utama seperti bijih
timah dan getah asli negara-negara ASEAN telah membantutkan pertumbuhan
ekonomi dirantau ini
2. Negara-negara ASEAN terpaksa member perhatian kepada sektor perkilangan dan
perkhidmatan.
3. Pengeluaran dan pemasaran keluaran yang sama menyebabkan persaingan yang sengit
dikalangan negara ASEAN.
4. Pergantungan kepada negara maju dari segi ekonomi masih berlanjutan. Indonesia
dan Thailand dibebani hutang luar negara.

Sosial
1. Negara ASEAN menghadapi cabaran besar untuk mengekalkan taraf hidup
rakyatnya.
2. Proses pembandaran yang pesat dan kadar pengangguran yang meningkat
menjejaskan usaha meningkatkan taraf hidup penduduk di negara ASEAN.

Politik
1. Perubahan kepimpinan di sesetengah negara ASEAN
2. Percubaan rampasan kuasa atau keganasan di Filipina dan Indonesia
3. Negara ASEAN terpaksa mengenakan sekatan terhadap kebebasan berpolitik
di negara masing-masing.