Anda di halaman 1dari 17

PROFESIONALISME PERGURUAN

PENGENALAN

Perguruan adalah satu profesion yang bermatlamatkan pembentukan insan dan ihsan manusia
yang sempurna agar manusia yang sempurna itu mengerti tentang peranan dan tanggungjawab
mereka terhadap diri sendiri, masyarakat, alam yang mereka diami serta terhadap keesaan yang
Maha Pencipta. Menurut perspektif agama, kedudukan seorang guru adalah setaraf dan semulia
dengan pemimpin negara dan tugas mendidik ahli masyarakat merupakan satu ibadah yang
dituntut. Dari segi konsep profesionalisme adalah satu nilai yang berkait rapat dengan fungsi
pekerjaan seseorang. Ia perlu wujud dalam diri seseorang jika matlamat pekerjaan menuju ke
arah keberkesanan, produktiviti, kecekapan dan tanggungjawab.
Profesionalisme pada asasnya dianggap suatu nilai yang murni jika individu mengamalkan
tanggungjawab mereka dengan penuh dedikasi, tidak mementingkan diri atau suka memilih
pekerjaaan. Profesionalisme seseorang guru berkait rapat dengan mutu pendidikan di beberapa
segi, seperti sikap dan nilai guru dalam pengajaran umpamanya, akan mempengaruhi minat,
sikap dan nilai pelajar. Begitu juga dengan pendekatan yang digunakan turut memberi pengaruh
terhadap tingkah laku, tahap penerimaan dan kefahaman pelajar dengan pembelajaran. Mutu
pendidikan juga berkait rapat dengan keberkesanan dalam menggunakan sumber pengajaran
secukupnya yang turut mempengaruhi minat, kefahaman, penyertaan dan pencapaian pelajar
dalam pembelajaran. Mutu pendidikan berhubung dengan personaliti guru yang akan
menentukan iklim pembelajaran pelajar.
Keberkesanan dalam profesion perguruan berkait rapat dengan keupayaan dan usaha guru yang
gigih untuk menyempurnakan tanggungjawab terhadap pelajar, sekolah dan masyarakat. Antara
tumpuan keberkesanan dalam profesion ini ialah sejauh mana berkesannya penggunaan sumber
dan teknologi pengajaran, penggunaan kaedah pengajaran, mewujudkan suasana pembelajaran
yang sihat dan berkesan dalam bilik darjah, pengawalan bilik darjah serta keberkesanan
menanamkan sikap serta nilai-nilai murni pembelajaran di kalangan pelajar.

ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB GURU

Etika Profesion Perguruan


1. Seorang guru tidak harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat
profesionnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion
perguruan.
2. Dia tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah
diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.
3. Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah menjalankannya dengan jujur.
4. Tangungjawab utama seseorang guru ialah terhadap murid-muridnya. Kepentingan murid-
muridnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan-kepentingan
masyarakat, persatuan atau persendirian.
5. Dia haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan tiap-tiap muridnya.
6. Dia haruslah memberi perhatian dan pengajaran unutk semua murid tidak kira bangsa dan
agama dan kepercayaaan.
7. Dia haruslah bertugas sebagai "pengganti ibu bapa" dalam usaha untuk membentuk tingkah
laku murid-murid ke arah matlamat- matlamat yang diterima oleh masyrakat.
8. Dia haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira
bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, asal keluarga, intelek,
akademik dan status-status lain.
9. Dia harus mengesan dan menerima perbezaan individu dikalangan murid-muridnya dan
memendu mereka memperkembangankan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta
dan rohani.
10. Dia harus menghormati hak titp-tiap murid supaya maklumat-maklumat sulit mengenai diri
murid-murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidak berkenaan.
11. Dia haruslah bertingkah laku terhadap murid-muridnya sebegitu rupa yang boleh membawa
jatuhnya darjat profesion perguruan.
12. Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan murid-murid,
masyarakat awam dan negara.
13. Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap murid-muridnya supaya mereka dapat
berkembang menjadi warganegara yang taat setia dan berguna.
14. Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan
diri murid-muridnya dan ibu bapa pelajar.
15. Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh yang baik terhadap murid-
murid.
16. Dia tidaklah harus menerima apa-apa bayaran daripada murid-muridnya untuk pelajaran atau
pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan
bayaran-bayaran yang disahkan.
17. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau pengajaran
persendirian.
18. Dia tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap
murid-muridnya.
19. Dia tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa murid-murid atau ahli-
ahli masyarakat dalam manjalankan tugas-tugas profesionnya.
20. Dia tidak harus menjatuhkan nama baik guru-guru lain.
21. Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat dia haruslah menggunakan cara-cara
yang sah sahaja ( iaitu berdasarkan kecekapan).
22. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk
mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan.
Tanggungjawab Seorang Guru
TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR
Seorang guru mestilah mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar
daripada hal-hal yang lain. Guru juga mestilah bersikap adil terhadap setiap
orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor ekonomi, jasmani, mental, emosi,
politik, sosial, keturunan dan agama. Guru juga mestilah mempunyai
perawakan yang baik dari segi pakaian, pertuturan serta memberi contoh
yang baik kepada pelajar. Guru tidak harus mengajar semata-mata untuk
mendapatkan ganjaran. Guru membimbing atau mengajar pelajar tanpa
mengharapkan ganjaran. Guru perlulah memelihara dan memperbaiki
kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan menghadiri kursus
ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran mencapai
mutu yang setinggi-tingginya.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN


SEJAWATAN DAN PROFESION PERGURUAN
Seorang guru mestilah mengelakkan diri daripada membuat sebarang
kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru
di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau membuat sesuatu yang boleh
menjatuhkan maruah seseorang guru. beliau juga tidak patut melibatkan diri
dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai seorang
guru serta sentiasa berusaha dengan sepenuh-penuhnya untuk menunaikan
tanggungjawab yang diberikan kepadanya. Beliau juga perlu sentiasa
bersedia untuk membantu rakan sejawatan terutamanya mereka yang baru
menyertai profesion. Guru juga patut mengawal diri supaya tidak
mencemarkan nama baik profesion serta menjadi ahli sesebuah pertubuhan
guru.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT


DAN NEGARA
Seseorang guru mestilah mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu
ajaran yang boleh mencemarkan nama baik negara ataupun yang
bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara. Memupukkan sikap dalam
diri pelajar dengan nilai yang membantu dan membimbing mereka untuk
menjadi warganegara yang taat setia , bertanggungjawab dan berguna,
menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya
perbezaan kebudayaan keturunan dan agama. Pelajar juga mestilah
menghormati masyrakat tempat guru berkhidmat dan memenuhi segala
tanggungjawab sebagai seorang penduduk negara. Berpegang kepada
tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani
kehidupan sehari-hari dengan baik.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA


Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
Guru mestilah berusaha untuk mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama
yang erat di antara institusi pendidikan dan dengan rumahtangga. Guru juga
mestilah merahsiakan segala maklumat sulit dan tidak akan
membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak
mengetahuinya. Guru patut memberi maklumat kepada ibu bapa demi
kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima
daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. Mengelakkan diri daripada
menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu
bapa pelajar. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata dan
melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar dan ibu
bapa terhadap guru.

4.0 Pengetua yang cemerlang


Pengetua yang cemerlang dijelmakan sebagai … a decisive, hard-working individual one, who
kept close contact with people and who acted as an informer center. Hemphill et a. (1962).
Effective principals recognize the unique styles and needs of teacher and help them to achieve
their own performance goals. Datuk Abdul Aziz Ismail (1990), ciri-ciri penting seorang
pengetua di sekolah yang cemerlang dan berkaliber hendaklah seorang yang sentiasa:berfikiran
terbuka (open-minded) dan berpandangan jauh (far-sighted).menjalinkan hubungan yang mesra
dengan pegawai-pegawai atasan dan bawahan serta rakan-rakan sejawatnya. (The greatness of a
big man lies in the way he treats little men).mengambil berat tentang kebajikan kakitangannya
dan sentiasa berperikemanusiaan dan bertimbangrasa.tidak menggunakan semata-mata pangkat
dan kuasa untuk bertindak.bersedia mendengar dan mengambilkira pandangan dan cadangan
pegawai-pegawainya sebelum membuat sesuatu keputusan.sedia menerima hakikat bahawa ada
orang lain yang mungkin lebih berpengetahuan atau lebih mahir daripadanya mengenai sesuatu
bidang atau perkara.tegas tetapi adil dan saksama, mengkritik dan menegur sacara membina,
sedia mengampuni seseorang yang bersalah, jika tidak berat kesalahannya.mengeksploitkan
kekuatan-kekuatan setiap pegawainya, bukannya kelemahan-kelemahan mereka.mempunyai
pengetahuan yang kemaskini-memberi perhatian khas kepada idea-idea yang baru.bersikap
positif, sentiasa mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.berani dan sedia
mengemukakan pendapat yang mungkin bercanggah dengan pandangan atau pendirian pihak
atasan tetapi rela menerima keputusan muktamad pihak atasan.Wan Mohd Zahid (1990). Kunci
kepada produktiviti dan daya saing terletak kepada kemampuan tenaga kerja dalam
menggerakkan pengetahuan dalam sains dan teknologi serta kemampuan kepimpinan pengurusan
untuk mengerakkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan terlatih kepada tahap yang
maksimum. Semua ini memerlukan kesungguhan yang tinggi daripada setiap pengetua di sekolah
untuk menentukan pengeluaran tenaga manusia terlatih yang secukupnya. Datuk Wira Abdul
Rahman Arshad (1990) menyatakan, sistem pendidikan di Malaysia luas. Penyertaan untuk
menjayakannya harus dibuat oleh semua pihak. Pengurusan pendidikan itu harus mengalakkan
gabungan segala pandangan dari semua lapisan masyarakat. Asas kejayaan ketua itu ialah
kebolehan pemikirannya sebab dia mengetuai orang lain bukan dengan kerja bahkan dengan
otaknya. Oleh kerana ini berupa satu sistem yang berterusan. Oleh itu harus jangan diadakan
suatu ketuanan dalam masyarakat, harus diadakan kekeluargaan dalam pendidikan.

5.0 Kekuatan Pengetua dalam Pengurusan dan Kepimpinannya


Beberapa petunjuk yang boleh dijadikan ukuran untuk membuktikan terdapatnya kekuatan-
kekuatan dikalangan pengetua dalam mengurus dan memimpin sesebuah sekolah ialah
penghasilan pelajar cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum. Manakala kewujudan sekolah
dengan pelbagai gelaran dan sebagainya membuktikan keupayaan dan kebolehan seseorang
pengetua itu dalam memimpin sesebuah sekolah.Pengiktirafan dan penganugerahan yang
diberikan kepada sebilangan pengetua oleh Kementerian Pendidikan menguatkan lagi kenyataan
tadi. Terdapat sesetengah pengetua yang mempunyai kelayakan akademik yang baik serta
mengikuti kurus-kursus dalam pengurusan dan ada yang cukup berpengalaman dalam
menjalankan tugas sebagai pengetua sekolah menjadikannya kekuatan untuk mencapai kejayaan
. Namun demikian terdapat juga sesetengah pengetua yang gagal menampilkan kualiti
pengurusan dan kepimpinan yang baik. Perkara ini jelas sekiranya terdapat rungutan masyarakat
melalui akhbar-akhbar tempatan. Seorang bekas pengetua disebuah sekolah berkata: "segala
kejayaan adalah kejayaan anak buah dan segala kesilapan adalah kesilapan saya"Dalam keadaan
sekarang pengetua sekolah tidak boleh disalahkan jikalau prestasinya sebagai pentadbir sekolah
tidak mencapai taraf yang diharapkan oleh Kementerian Pendidikan. Tetapi apakah ‘taraf yang
diharapkan? Kementerian Pendidikan perlulah menetapkan kriteria-kriteria untuk memilih dan
menilai pengetua-pengetua sekolah jikalau harapannya ialah mendapat kecekapan dan
keberkesanan dalam pentadbiran sekolah.Hasil kajian yang telah dibuat oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia terdapat 10 isu-isu yang berkaitan dengan kekuatan pengurusan dan
kepimpinan yang perlu ada pada seseorang pengetua sekolah iaitu :Stail kepimpinan
PersonalitiKepimpinanKeilmuanKomunikasiPengiktirafanKomitmenKeberkesanan/kecermelang
anKemahiranKesihatan.
A. Stail Kepimpinan
Setiap pengetua mempunyai stail kepimpinan yang tersendiri Namun demikian apa jua
stail kepimpinan pun yang kesan atau hasil kepimpinan tersebut melahirkan keutuhan
sesebuah organisasi dan berjaya membawa organisasi itu ke arah keberkesanan dan
kecemerlangan dalam mencapai matlamat organisasi. Stail kepimpinan yang
berorentasikan conventional(conforming) adalah tidak sesuai lagi, tetapi perlu diubah
kepada berorentasikan pelanggan iaitu pelanggan sentiasa betul . Namun demikian
kebolehan mengubah stail kepimpinan dan pengurusan adalah mengikut keadaan dan
masa bagi seseorang pengetua untuk memimpin dan mengurus dengan cekap.

B. Personaliti/ketokohan
Sebagai pengurus dan pemimpin seorang pengetua itu sewajarnya menampilkan
personaliti yang amat baik dan memeliharanya setiap masa. Pengetua yang mempunyai
personaliti yang tinggi dapat menjelmakannya melalui petuturannya, akal budinya dan
tatalakunya. Imejnya yang baik yang disaluti dengan ciri-ciri kepimpinan yang berkualiti
membuatnya disegani dan dihormati. Ini sedikit sebanyak membantu menyumbang
keberkesanan pengurusan dan kepimpinannya.
C. Kepimpinan
Kepimpinan pengetua amat penting kerana ia merupakan pemimpin sekolahnya dan ia
juga menentukan hala tuju sekolahnya. Kepimpinanya juga mencorakkan keputusan yang
diambil bagi mencapai matlamat organisasi. Lazimnya pengetua dilantik berdasarkan
kekanan dan kekanan tanpa leaders quantities tidak membantu pengetua itu untuk
memimpin dengan berkesan. Oleh itu bakal pengetua disarankan mengikuti kursus
kepimpinan terlebih dahulu untuk melayakkannya memimpin organisasi. Salah satu
kursus yang dihadiri oleh pengetua ialah kursus Program Sekolah Berkesan
( PSB ).Menurut Yaacob Wan Ibrahim (1998), semua pengetua sekolah mesti
melaksanakan tanggungjawab mereka dengan serius ke arah menampilkan
kecemerlangan institut yang diterajui mereka berteraskan kepada keperluan menghasilkan
warganegara yang intelek. Tambahnya lagi, pengetua perlu cekap dalam pengurusan
pentadbiran dan akademik dengan menampilkan ciri-ciri berinovasi serta berketrampilan
dalam menjalankan tugas yang diamanahkan oleh pihak Kementerian.
D. Keilmuan
Semua pengetua mesti peka kepada perubahan dalam masyarakat kita teruatama sekali
kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Oleh yang demikian pengetua
sekolah haruslah mengemaskinikan pengetahuan dan ilmu tentang profesionnya.
Pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang berkaitan dengan bidang tugas dan
tanggung jawabnya membolehkan seseorang pengetua itu memimpin dan mengurus
dengan baik organisasinya. Pengetua seharusnya sentiasa mengemaskinikan
pengetahuannya agar mudah menyelesaikan pelbagai masalah di dalam organisasi. Ini
dapat dilakukan melalui pembacaan pelbagai bahan bacaan ilmiah. Sekiranya berpeluang
melanjutkan pelajaran atau mengikuti kursus dan seminar, maka ianya tidak seharusnya
dilepaskan kerana cara ini juga dapat meningkatkan keilmuan seorang pengetua.
E. Komunikasi
Kepentingan komunikasi dalam pengurusan dan kepimpinan tidak dapat dinafikan .
Seorang pengetua itu seharusnya mempunyai jaringan komunikasi yang luas, menegak
dan mendatar. Corak komunikasinya juga adalah pelbagai hala dan gaya ini
membolehkan ia mengurus sebuah organisasi dengan berkesan. Dengan itu misi dan visi
seseorang pengetua akan sampai pada semua peringkat di dalam organisasinya. Satu
contoh yang baik ialah berhubung dengan permasalahan guru dan kakitangan sekolah
yang mana pengetua boleh bertindak sebagai kaunselor.Shahabuddin Ashari (1998)
menyatakan, dengan adanya program seperti, Perasa ( program untuk membantu guru
bermasalah menerusi khidmat kaunseling pengetua ) sedikit sebanyak telah dapat
mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni, saling bantu- membantu dan memahami
sesama rakan sekerja.
F. Pengiktirafan
Pengiktirafan terhadap hasil kerja seorang pengetua adalah penting untuk mengangkat
matrabat seseorang pengetua. Walaupun ianya bukan ditagih dan bukan dijadikan
matlamat utama, namun kepuasan kerja sahaja tanpa penghormatan dan pengiktirafan
pelbagai pihak, belum cukup mengangkat martabat pengetua ke tempat yang
tinggi.Pengiktirafan ini lebih dilihat sebagai anugerah kecemerlangan dalam pengurusan
dan kepimpinan seorang pengetua dan ini secara tidak langsung merupakan langkah
positif ke arah mengangkatkan martabat para pengetua.Utusan Malaysia ( 5 Ogos 1997 ).
Kementerian pendidikan bersetuju menyeragamkan gred mata gaji semua pengetua
sekolah menengah ke DG2. Ini bermakna pengetua sekolah menengah kategori B yang
sebelum ini mendapat tangga gaji DG3, akan menikmati kenaikan ke DG2. Dengan itu,
seoarang pengetua akan menikmati gaji pokok minimum RM2,985 dan maksimum
RM4,086 - belum termasuk pelbagai elaun lain.Selain daripada itu, Kementerian
Pendidikan juga telah mewujudkan jawatan ‘Pengetua Cemerlang’, dimana jawatan ini
merupakan satu jawatan naik pangkat Gred Satu yang memberi pengiktirafan terhadap
keberkesanan dan kecermelangan kepimpinan di peringkat organisasi sekolah menengah.
Pengetua Cemerlang adalah seorang yang dianggap pakar dalam bidang kepimpinan,
pengurusan, dan penyelesaian masalah pendidikan diperingkat organisasi sekolah.

G. Komitmen
Pengetua secara umumnya adalah komited terhadap tugas, tanggungjawab dan aktiviti
mereka. Pendapat seorang pengetua disebuah sekolah, "Prioriti saya ialah tugas mengajar
saya. Itu yang menyebabkan saya jadi pengetua. Urusan lain kena tunggu saya habis
kelas." Pengetua sanggup bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa-apa isu atau
keputusan secara tidak langsung menunjukkan komitmen seorang pengetua. Pada masa
ini selain daripada etika profesion perguruan, belum ada etika khusus untuk pengetua.
Namun demikian etika seumpama ini bleh juga meningkatkan komitmen pengetua
terhadap tugas dan tanggungjawab mereka.
H. Keberkesanan / kecemerlangan
Seorang pengetua itu merupakan ‘the central figure’ dalam pengurusan dan pentadbiran
di sekolah. Beliau menjadi tempat rujukan, tempat rundingan, tempat bicara, tempat
mendapat keputusan, tempat mendapat khidmat nasihat dan sebagainya. Sekiranya
pengetua kekurangan maklumat dan kurang pengetahuan di dalam pengurusan maka
sudah tentulah banyak perkara tidak dapar berjalan dengan cekap sebagai contoh
tindakan yang dibuat hanyalah dari maklumat yang sedikit dan lebih kepada tekaan dan
agakan. Ini boleh memburukkan lagi keadaan maka cara-cara pengurusan moden perlu
diterap dalam pengurusan agar mencapai kecemerlangan.

I. Kemahiran
Kebolehan memimpin dan kemahiran mengurus sekolah amat penting bagi seorang
pengetua sekolah untuk menerajui organisasinya dengan berkesan. Rosenblum (1979), "
In many ways the school principal is the most important and influential individual in any
school. He or she is the person responsible for all activities that occur in and around the
school building. It is the principal’s leadership that sets the tone of the school."
Kemahiran yang tinggi dalam Pengajaran dan Pembelajaran sama ada berkaitan dengan
teknologi atau metodologinya adalah penting untuk menyumbang idea untuk membantu
guru-guru meningkatkan profesional kerja . Kemahiran lain seperti membuat keputusan
dan kaunseling, tidak dapat dinafikan kepentingannya kepada pengetua untuk membantu
dan memimpin pegawai-pegawai dibawahnya ke arah pencapaian matlamat organisasi.

J. Kesihatan
Kesihatan merupakan prasyarat yang utama untuk seseorang itu sebelum melayakkannya
menjalankan tugas. Kepelbagaian tugas seorang pengetua menuntutnya mempunyai
ketahanan fizikal dan mental serta kesihatan yang baik. Faktor seperti tekanan kerja, tidak
sempurna makan-minum dan waktu rehat memburukkan lagi kesihatan seseorang
pengetua. Oleh itu seorang pengetua itu perlu fitness agar ia dapat menjalankan tugas
dengan baik. Ini dapat dilakukan dengan mengaktifkan diri dalam kegiatan sukan dan
membuat pemeriksaan doktor secara berkala.

6.0 Dilema Pengetua Sekolah


Mc Pherson dan Crowson (1987). Membicarakan mengenai dilema yang dihadapi oleh
para pengetua yang berpunca daripada pengalaman dan latihan mereka sebelum dan
selepas menjadi pengetua. Diantaranya adalah : Kebanyakan pengetua ini adalah dilantik
dari kalangan guru-guru bilik-darjah. Jadi, sebagai guru kerja-kerja mereka ini hanyalah
berhubung dengan pelajar-pelajar dan apa yang berlaku dalam bilik darjah. Pengetua ini
tidak mempunyai pengalaman dengan tugas-tugas pengurusan/pentadbiran sekolah,
apatah lagi dalam soal kepimpinan. Menjadi pengetua bererti melakukan tugas-tugas
yang berbeza dengan tugas-tugas seorang guru seperti, menghadapi orang-orang dewasa
(guru dan ibu-bapa), tekanan-tekanan dan keperluan-keperluan kerja dan sebagainya.
Dalam waktu yang sama mereka juga menjadi tumpuan untuk segala maklumat dan
pemimpin disekolah. Ini bererti para pengetua memerlukan bukan sahaja kemahiran yang
berbeza tetapi juga kebolehan dalam mendapatkan kerjasama dari kakitangan
bawahannya.Perhubungan pengetua dengan guru-guru; dimana para guru lebih suka soal-
soal yang berkaitan dengan pengajaran dijadikan hak mereka, tanpa gangguan atau
campur-tangan dari pengetua mereka seperti yang dilaporkan oleh McPherson dan
Crowson (1982). Akibatnya, pengetua ini menumpukan perhatian hanya kepada tugas-
tugas pentadbiran sekolah sahaja.Walaupun pengetua diberi kursus dalam perkhidmatan,
namun seperti yang dirumuskan oleh Rallis dan Highsmith (1986), mereka dilatih sebagai
pengurus sekolah dan bukan sebagai pemimpin pengajaran. Kerana jika pengalaman
mengajar dijadikan sebagai asas latihan maka seseorang pengetua itu belum boleh
menjadi pemimpin pengajaran. Mengikut Thomson (1986) pengalaman mengajar sahaja
tidak cukup untuk menjadi seseorang itu sebagai pengetua.Banyak kajian telah dijalankan
bagi tujuan untuk memahami ‘dunia pengetua’. Walcot 1973, Willis 1980, dan Howell
1981. Salah satu daripada kajian yang signifikan ialah hanya 25 peratus sahaja daripada
masa pengetua ini ditumpukan kepada pengajaran, manakala bakinya dihabiskan dengan
tugas-tugas pentadbiran dan perhubungan pelajar. Jika sekiranaya pengetua ini mengubah
tumpuan masa yang lebih kepada kepimpinan pengajaran, maka segala urusan
pentadbiran akan terbengkalai. Kerana mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk
menjalankan kerja kedua-dua bidang tersebut. Rallis dan Highsmith (1986). Banyak masa
bekerja pengetua dipenuhi oleh kerja-kerja pentadbiran dan kebanyakkannya
menumpukan perhatian kepada tugas-tugas remeh-temeh untuk mempastikan sekolah itu
berjalan. Morris et.al (1984). Mendapati pengetua menerima tekanan kerja yang banyak
dari pihak atas seperti dari pihak (PPD/JPN) dalam bentuk arahan dan peraturan.
Pengetua ini juga dibebankan dengan tugas-tugas pentadbiran dan surat menyurat yang
datangnya dari semua peringkat yang kebanyakkannya memerlukan tindakan segera. Dan
adakalanya pengetua ini terperangkap dalam satu keadaan iaitu diantara tuntutan pihak
atasan dengan kehendak di sekolah iaitu daripada kaitangan sekolah, ibu-bapa dan
masyarakat tempatan.Leithwood dan Montgomery (1984). Telah berjaya mengenalpasti
mengenai golongan pengetua berkesan dan pengetua yang kurang/tidak berkesan. Mereka
merumuskan pengetua yang berkesan adalah ketua-ketua yang menitikberatkan soal
pencapaian matlamat sekolah, ekspektasi dan kehendak ibu-bapa. Disebaliknya, bagi
pengetua yang kurang/tidak berkesan pula menganggap tugas-tugas pengurusan dan
kepimpinan sebagai masalah yang utama. Ini bererti pengetua tidak mempunyai vision
dan ciri-ciri peribadi yang tidak terdapat pada pengetua-pengetua yang berkesan.Laporan
Jemaah Nazir, menunjukkan kebanyakan pengetua tidak memberi panduan kurikulum
kepada guru masing-masing, sebaliknya lebih mirip kepada pentadbiran am sahaja, tidak
dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, terutama pedagogi serta pendekatan
melaksanakan kurikulum.Sebenarnya masalah dan dilema yang dihadapi oleh pengetua-
pengetua adalah banyak sekali dan yang dinyatakan di atas ini hanyalah masalah yang
perlu lagi dibuatkan kajian semula.

7.0 Kesimpulan
Kita tahu bahawa pendidikan adalah alat bagi pembangunan individu dan seterusnya
pembangunan masyarakat dan negara. Kita juga yakin bahawa pendidikan adalah asas
kepada tamaddun sesebuah masyarakat. Dan kita juga yakin, pendidikan dapat
memainkan peranan yang amat penting dalam merealisasikan wawasan 2020. Oleh itu,
adakah ciri-ciri pengurusan dan kepimpinan pengetua di sekolah dapat meletakkan
pendidikan ke atas landasan yang betul-betul mantap dan kukuh ke arah mencapai
matlamat wawasan 2020 seperti yang disarankan oleh Y.A.B. Perdana Menteri kita.
Dalam hubungan ini, peranan seorang pengetua yang bertindak sebagai seorang pengurus
atau pemimpin dalam pendidikan diperingkat menengah bukan sahaja tertumpu kepada
aspek pengawasan dan pengawalan pelajar dan kakitangannya bahkan ianya juga
merangkumi tugas-tugas yang tidak tercatat didalam gambaran tugas hariannya. Corak
atau gaya kepimpinan yang dipraktikkan oleh pengetua itu mungkin berkesan dalam satu
keadaan tertentu dan tidak akan berkesan dalam satu keadaan yang lain. Untuk
memastikan keberkesanan kepimpinan itu, pengurus atau pemimpin hendaklah
menganalisis keadaan persekitaran, ciri-ciri kakitangan dibawahnya dan faktor-faktor
penting yang dapat mempengaruhi kepimpinannya dalam mencapai kecemerlangan
sekolah. Dengan menggunakan kekuatan dalam pengurusan dan kepimpinan pengetua
sekolah dapat menyumbangkan kepimpinan yang baik dan menghasilkan pengurusan
yang berkesan dan cemerlang. Adalah menjadi harapan pengetua pada suatu hari nanti :
Kelahiran banyak sekolah yang cemerlang .Masalah disiplin guru dan pelajar disekolah
menuju ke arah ‘zero defect’.Banyak laporan yang positif dalam media massa berhubung
dengan pendidikan di sekolah.Ramainya bilangan pengetua yang berjaya menghasilkan
produktivi yang tinggi.Pengiktirafan pengetua dalam status profesional.Mengubahsuaikan
semula jenis latihan dalam perkhidmatan pengetua supaya matlamat asas penubuhan
sesebuah sekolah dapat dicapai.Memilih dan menaikkan pangkat pengetua yang komited
kepada kemajuan pengajaran. Ertinya pengetua yang dilantik adalah mereka yang benar-
benar membuktikan kejayaan dalam kemajuan sekolah.Akhirnya, para pengetua juga
harus menilai nilai-nilai kepercayaan dan pegangan mereka sebagai pengetua. Mereka
harus boleh mengenal-pasti kelemahan-kelemahan mereka dan menjalankan komitmen
mereka ke arah memajukan prestasi pelajar-pelajar. Mereka juga harus peka terhadap
tuntutan-tuntutan masyarakat dan juga masa depan pelajar-pelajarnya.
K. Bibliografi
Leo Ann Mean. Status Pentadbir Sekolah di Malaysia sebagai ahli profesional. Universiti
Malaya, Fakulti Pendidikan.Professor Tunku Ismail Tunku Md. Jewa (1989 18, March).
Kearah darjah profesional yang lebih tinggi dalam pentadbiran sekolah.Universiti Sains
Malaysia Online.Internet. http://www.lib.usm.my/press/index.html. Asas
Pengurusan.Mohd. Khairi Che Teh (1998, 15 Mei). Pengetua disaran laksanakan PSB.
Utusan.(1997, 15 Februari). Pengalaman pengetua hadapi samseng. Mingguan Malaysia.
(1998, 28 Februari). Program Perasa bantu guru bermasalah. Utusan Malaysia Online.Hj.
Mohammad Yunus. (19 ?). Realisasi dan Operasi wawasan pendidikan melalui
Pengurusan dan Kepimpinan Pengetua.Dr. Azmi Zakaria, Dr. Quek Bong Cheng dan Dr.
Wan Fatimah Mohamad. (19 ?). Indikator Kepimpinan Cemerlang: Satu Analisis
Pengurusan. Jurnal Guru. Datuk Abdul Aziz Ismail. (1990, 16 Mei). And Dear Friend.
Jurnal Guru.Rahman Abdullah. (1986, Disember). Guru Besar: Pengurus dan Pendidikan.
Jurnal Kementerian Pendidikan.Prof. Madya Dr. Nik Azis Nik Pa. (1991, 16 Mei).
Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan Sekolah pada Zaman Matlumat. Jurnal Guru.Dr.
Hussin Mahmood. (1991, 16 Mei). Kepimpinan Pengajaran: Kekangan dan Implikasi.
Jurnal Guru.Dasar pelantikan pengetua tidak berubah. (1998, 7 Ogos). Berita Harian.

PERANAN PENGETUA DALAM USAHA MENERAPKAN PRINSIP ETIKA KERJA


KPM UNTUK KECEMERLANGAN SEKOLAH
PENDAHULUAN
Mengikut Kamus Dewan (1989), pemimpin bermaksud orang yang memimpin. Kepimpinan
berlaku apabila seseorang itu berkebolehan mendorong, memujuk dan mempengaruhi orang lain
untuk berusaha ke arah pencapaian sesuatu objektif tertentu. Kepimpinan boleh didefinisikan
sebagai seni atau proses mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas mereka
supaya mereka rela bergiat dan berusaha ke arah pencapaian matlamat sesebuah organisasi.
Dalam kepimpinan, pengaruh dan kecekapan pemimpin dapat membawa ke arah kecemerlangan
sesebuah organisasi. Oleh itu organisasi seperti sekolah, pengaruh kepimpinan dan kecekapan
pengetua amat penting dalam menentukan kejayaan sekolah di bawah pimpinannya. Peranan
pengetua dalam menangani pelbagai masalah yang melibatkan sama ada kakitangan di bawah
pimpinannya, komuniti di sekitar sekolah ataupun urusan di peringkat atas mempengaruhi
prestasi sekolah.
Etika ditakrifkan sebagai tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion
terhadap masyarakat (Intan, 1991). Manakala Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia pula
adalah panduan tingkah laku yang menjadi pegangan setiap warga Kementerian Pelajaran
Malaysia berlandaskan nilai-nilai akhlak mulia. Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia
mempunyai objektif untuk menanamkan sikap positif dan menghapuskan sikap negatif dalam
melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan bagi mempertingkatkan kualiti kerja,
meningkatkan disiplin diri bagi menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan
dan organisasi dan memberikan sumbangan positif yang berterusan kepada negara (KPM, 1999).
Cemerlang mengikut Kamus Sistem (1982) pula bermaksud berkilauan, bercahaya dengan
terang, sangat baik dan sangat indah. Manakala berdasarkan Kamus Pelajar Bahasa Malaysia
(1987) pula, kecemerlangan membawa maksud hal atau keadaan cemerlang atau kegemilangan.
Kesimpulannya kecemerlangan merupakan pencapaian terhadap sesuatu hasil kerja yang berjaya
membawa sesuatu pihak atau organisasi ke peringkat yang lebih tinggi. Dalam usaha mencapai
kecemerlangan sesebuah organisasi, budaya kerja cemerlang amat penting diterapkan dalam
kalangan pemimpin dan kakitangan di bawah kawalannya. Budaya kerja merupakan satu
kumpulan nilai-nilai atau prinsip-prinsip yang diterima oleh seseorang atau sesuatu kumpulan
sebagai amalan ketika menjalankan tugas atau tanggungjawab yang diamanahkan.
Kecemerlangan sesebuah organisasi hanya boleh dicapai apabila mendapat sokongan secara
bersepadu dan bantuan daripada pihak-pihak yang terlibat. Dalam konteks organisasi sekolah,
kerjasama di antara pengetua, guru-guru, murid-murid, ibu bapa dan juga stakeholder adalah
amat mustahak. Kecemerlangan sekolah mempunyai pelbagai takrifan. Secara umumnya takrifan
ini bergantung kepada persepsi serta nilai yang berbeza daripada pelbagai pihak. Umum
memberikan penekanan kepada kecemerlangan akademik sebagai kayu pengukur kecemerlangan
sekolah. Mengikut Sergiovanni (2001), terdapat aspek-aspek lain yang diberi penekanan selain
akademik iaitu keprihatinan guru-guru terhadap pelajar, keselamatan di sekolah, dan kerjasama
ibu bapa dan sekolah. Bagi pelajar pula sekolah berkesan dan cemerlang adalah sekolah yang
memberi peluang yang sama, mempunyai persekitaran yang cantik, bersih dan harmonis serta
mempunyai guru-guru yang membantu mereka meningkatkan prestasi pembelajaran dan
kreativiti. Pihak sekolah pula menekankan perkembangan pelajar yang seimbang, komunikasi
yang baik di kalangan staf, perkembangan staf yang berterusan dan persekitaran kerja yang baik
(Garbutt, 1996). Jelaslah bahawa sekolah mempunyai pelbagai tuntutan daripada masyarakat.
Justeru, sekolah haruslah berperanan sebagai sebuah organisasi yang dinamik dan mengamalkan
strategi pengurusan yang bersesuaian dengan tuntutan semasa.
Organisasi mengikut Kamus Dewan (1994) bermaksud kesatuan yang terdiri daripada bahagian
atau golongan yang tersusun dalam sesuatu pertubuhan dan perbadanan. Weber (1948) pula
mentakrifkan organisasi sebagai perhubungan sosial yang menghad atau menutup kemasukan
orang luar dengan mengadakan peraturan. Dalam organisasi wujud pehubungan sosial, di mana
ahlinya berinteraksi secara rasional dan aktif, serta terdapat hieraki dan pembahagian tugas.
Kecemerlangan organisasi semestinya memberi kesan positif kepada mereka yang terlibat.
Pelanggan akan mendapat barangan atau perkhidmatan yang lebih bermutu, pengurus dan
pekerja mendapat ganjaran yang lebih tinggi. Sebaliknya jika prestasi organisasi merosot, akan
memberi kesan negatif kepada semua yang terlibat. Sekolah sebagai sebuah organisasi
pendidikan di mana pengetua adalah pemimpin yang bertanggungjawab atas jatuh bangunnya
sesebuah sekolah. Kepimpinan pengetua adalah merujuk kepada kebolehan pengetua
mempengaruhi, memotivasi dan mengubah sikap dan tingkah laku guru-guru, staf sokongan dan
murid-murid bersikap positif, gigih dan penuh dedikasi untuk melaksanakan dasar dan program-
program sekolah dan bagi mencapai visi, matlamat dan aspirasi sekolah Dengan kata lain
kepimpinan pengetua merupakan faktor utama kecemerlangan sekolah. Sekolah cemerlang
kerana pengetua dan pasukan kerjanya cemerlang. Sekolah cemerlang memerlukan seorang
pengetua yang benar-benar mahir, yakin dan berkemampuan untuk menjadikan halangan sebagai
satu cabaran, peluang sebagai satu kemudahan dan perubahan sebagai landasan kecemerlangan.
Untuk mencapai kecemerlangan, sesebuah sekolah itu perlulah mencapai tahap optimum dalam
aspek pengurusan kurikulum, pengurusan kokurikulum, pengurusan am sekolah, pengurusan
kewangan dan penguruan prasarana dan penyelenggaraan sekolah. Sebagai pemimpin sekolah,
pengetua seharusnya dapat melaksanakan pelbagai usaha dalam menerapkan lima Prinsip Etika
Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia untuk kecemerlangan sekolah. Prinsip tersebut ialah Niat
Yang Betul, Perlakuan Yang Baik, Penggerak Ke Arah Kebaikan, Memperkotakan Apa Yang
Dikata serta Berdisiplin Dan Beradab.
1. Niat Yang Betul
Niat yang betul dalam Prinsip Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia bermaksud
melaksanakan pekerjaan dengan niat yang betul sebagaimana yang dituntut oleh ajaran agama
(KPM, 1999). Orang yang tidak mempunyai niat yang betul semasa bekerja tidak akan bekerja
dengan baik. Orang itu tidak akan mempunyai komitmen terhadap kerja yang dilakukannya.
Ramai orang yang bekerja tetapi tidak faham atau mengerti kenapa mereka bekerja selain
daripada ingin menyara hidup. Dengan mengamalkan nilai-nilai murni dalam perkhidmatan
seperti amanah, benar, bijaksana, sentiasa bersyukur, dedikasi , ikhlas, tidak riak atau menunjuk-
nunjuk, bekerja bukan kerana terpaksa dan penyayang akan mendorong guru-guru dan staf
sokongan melaksanakan tugas pada landasan yang betul. Pada mesyuarat awal tahun, penekanan
terhadap peri pentingnya guru-guru mengamalkan dengan ikhlas dan jujur nilai-nilai tersebut dan
menjadikan kerja sebagai satu ibadah yang dituntut oleh agama. Pengetua menjelaskan kepada
guru-guru dan staf bahawa sebagai penjawat awam, guru-guru dan staf hendaklah
memperbetulkan niat bekerja daripada bekerja untuk mendapat gaji dan faedah kewangan
semata-mata kepada konsep kerja sebagai amal ibadah untuk diri dan masyarakat. Dengan
kesedaran yang mendalam dalam sanubari mereka, diyakini bahawa setiap kakitangan di sekolah
akan dapat menghasilkan kualiti kerja yang tinggi kerana mereka sentiasa menyedari bahawa
kerja yang mereka lakukan sentiasa dipantau oleh Yang Maha Kuasa dan Maha Mengetahui apa
yang mereka lakukan. Keimanan kepada Tuhan akan mendorong mereka melakukan pekerjaan
yang terbaik agar diredai dan dirahmati oleh Allah. Pendapatan hasil kerja dengan niat yang
betul akan mendapat kerahmatan kerana ia halal. Daripada pemerhatian dan pemantauan yang
dilakukan, didapati berlaku perubahan tingkal laku hasil kesedaran yang mendalam terhadap
tanggungjawab dan amanah yang dipikul berjaya menghasilkan kualiti dan keberkesanan dalam
tugas. Tugasan dapat diselesaikan dengan sempurna dan tepat pada waktunya. Guru-guru dan
staf sokongan telah dapat menjalankan tugas utama dengan tekun di samping tugas-tugas
tambahan sebagai satu tanggungjawab bersama dan dilaksanakan dalam semangat kerjasama
tanpa rungutan. Mereka menyedari bahawa ganjaran yang mereka akan peroleh bukan sahaja di
dunia malahan juga di akhirat. Penerapan nilai-nilai Islam yang diterapkan ini juga dapat
diterima dan bersesuaian dengan kepercayaan dan anutan agama dalam kalangan guru-guru
bukan Islam. Natijahnya didapati dalam kalangan guru-guru jelas 98 peratus dapat menepati
aspirasi dan Prinsip Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Contohnya bilangan guru dan
staf yang datang lewat amat berkurangan kecuali atas sebab-sebab kecemasan.
Seterusnya dalam kalangan guru-guru baru, mereka dikehendaki melafazkan Aku Janji bagi
memastikan mereka memahami serta menghayati matlamat sebenar menjadi seorang guru. Aku
Janji adalah suatu kontrak antara penjawat awam dengan majikan. Penjawat awam mesti
memahami, menghayati dan mematuhi Aku Janji sebagai asas kepada amalan nilai dan etika
dalam perkhidmatan awam (P.U(A) 395). Peraturan-Peraturan Pegawai Perkhidmatan Awam
Bahagian II Para A(2)(a)-(j). Aku Janji ini amat penting bagi memastikan semua guru baru
menyedari bahawa apabila mereka melaporkan diri sebagai penjawat awam, secara automatik
mereka telah terikat dan tertakluk kepada peraturan-peraturan am penjawat awam. Sebarang
keingkaran yang dilakukan , tindakan tatatertib boleh dikenakan kepada mereka. Selain itu, pada
setiap sambutan Hari Guru pula saya bersama-sama semua guru melafazkan Ikrar Guru bagi
membaharui azam dan janji untuk berkhidmat dan melaksanakan tanggungjawab serta amanah
dengan cemerlang. Ikran dan janji yang diucapkan di hadapan murid-murid dapat membugar dan
memperkukuhkan semula azam dan kesedaran guru-guru bahawa dengan niat yang betul
sahajalah kepuasan akan dapat dirasai apabila ramai atau semua murid mencapai kecemerlangan
dalam bukan sahaja dalam akademik, malahan juga kokurikulum dan sahsiah diri.
Dengan niat yang betul akan meningkatkan kualiti kerja guru-guru dan staf sokongan. Selain
mesyuarat awal tahun, mesyuarat bulanan pentadbir, mesyuarat bulanan guru-guru, staf dan
kurusu profesionalisme bagi meningkatkan kecemerlangan mereka, pengetua sentiasa
menekankan aspek kualiti dan keberkesanan kerja sebagai satu budaya yang perlu diamalkan
secara berterusan dan istiqamah. Untuk mengamalkan budaya kerja cemerlang , ia bermula
dengan niat yang betul, konsep ilmu yang betul, amalan yang betul, dinilai dan ditambah dengan
amalan rohani secara berterusan. Antara pengisian dalam kursus profesionalisme ialah ceramah
daripada pegawai Jabatan Pelajaran Johor mengenai pengurusan tatatertib penjawat awam, PT
MC Care yang menyentuh tentang pentingnya mematuhi peraturan dan etika kerja, pemantapan
pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran di samping pembudayaan ICT dalam kalangan
guru dan staf sokongan.
Pemantapan nilai murni diperkukuhkan lagi dengan Program Membudayakan Al-Quran bagi
guru, staf Islam dan murid-murid Islam manakala Program Penerapan Nilai-nilai Murni bagi
guru dan murid-murid bukan Islam, pada waktu yang sama setiap pagi Jumaat. Justeru
diharapkan agar berlaku perubahan positif dalam kalangan kakitangan khususnya darpada
bekerja kerana kena arah atau disuruh kepada bekerja secara sukarela dan menawarkan diri, dari
mudah berpuas hati kepada sentiasa ingin memperbaiki, dari bekerja untuk mendapat gaji kepada
bekerja untuk amal ibadah diri sendiri dan masyarakat, dari menggunakan kuasa sebagai satu
peluang untuk mengaut kekayaan dan disalahguna kepada kuasa sebagai satu amanah, bersikap
adil dan akauntabiliti, dari menyusahkan dan dibenci pelanggan kepada diutamakan dan dihargai
pelanggan, dari berpuas hati dengan ilmu yang ada kepada sentiasa belajar dan meningkatkan
penguasaan ilmu, dari memberi layanan yang kasar, lambat dan menyusahkan kepada mesra,
cepat dan memudahkan, dari mengkritik dan mencari kelemahan kepada menghargai dan
mencari kehebatan, dari menunggu dan lihat sahaja peluang yang ada kepada mencipta dan
mencari peluang, dari tidak menghargai kemudahan kepada menghargai dan menjaganya, dari
mementingkan diri sendiri kepada mengutamakan orang lain, dari menyalahguna dan
memanipulasi pengetahuan kepada disebar dan dikongsi dan dari menafikan kesalahan dan
meminta bukti kepada mengaku dan meminta maaf. Perubahan sikap ini amat penting ke arah
pembudayaan kerja kelas pertama yang seterusnya menghasilkan kecemerlangan organisasi.
Sebagai pemimpin, pengetua perlu sentiasa memastikan perhubungan yang baik dan mesra
sentiasa terjalin dalam kalangan semua guru, staf dan murid-murid. Penekanan terhadap peri
pentingnya hubungan baik, bekerjasama, faham-memahami, bertolak-ansur, hormat-
menghormati dan sebagainya sentiasa dinyatakan bukan sahaja semasa perhimpunan mingguan,
mesyuarat guru, mesyuarat staf, perjumpaan dengan murid asrama tetapi juga semasa mesyuarat
bersama PIBG. Suasana harmoni yang terjalin menjamin kesejahteraan, ketenteraman dan
keselesaan kepada murid untuk belajar dan guru untuk mengajar serta kepada staf yang
menyumbang kepada kelancaran dan kesempurnaan sistem penyampaian kepada pelanggan di
sekolah. Memperkukuhkan hubungan silaturrahim amat dituntut agama bagi menjamin
kesejahteraan dan keseronokan bekerja di tempat kerja. Dengan merasai keseronokan bekerja
guru-guru dan staf sokongan akan berasa gembira dan ingin kekal lebiih lama dalam
perkhidmatan di tempat kerja dan seterusnya memberi sumbangan bakti kepada organisasi
dengan hati terbuka dan sanggup berkorban masa, tenaga bahkan wang ringgit semata-mata
untuk kepentingan organisasi sekolah.
Walaupun cara kerja segelintir kakitangan masih perlu ditingkatkan supaya lebih baik lagi,
namun sebahagian besar kakitangan dapat mengurus masa dengan lebih baik dan bekualiti.
Seterusnya kesan positif tidak terhenti di sini sahaja, bahkan kesan jangka panjang yang berlaku
ialah merealisasikan kemenjadian murid menjadi insan yang harmonis dan seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang seterusnya menjadi modal insan kelas pertama sebagaimana yang diharapkan
dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010.
2. Perlakuan Yang Baik
Perlakuan yang baik merujuk kepada melakukan tugas dengan sempurna ke arah mencapai hasil
yang berkualiti di samping memperbaiki imej organisasi. Sebagai pemimpin, pengetua sentiasa
menekankan tentang perlakuan yang baik amat perlu diamalkan pada setiap masa. Guru, staf
sokongan dan murid sentiasa ditegaskan agar sentiasa bertutur dengan baik, menunjukkan
penampilan diri yang kemas, bersih dan bersopan sepanjang masa agar dapat memberi kepuasan
kepada pelanggan, menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil usahanya dan organisasi.
Sebagai pemimpin di sekolah, pengetua dapat menerapkan prinsip perlakuan yang baik dengan
melaksanakan ‘Kempen Budi Bahasa Budaya Kita’ setiap tahun pada bulan Mac. Melalui
kempen serupa ini warga sekolah dapat mengamalkan budaya berterima kasih terutama dalam
kalangan guru, staf dan murid-murid terhadap segala usaha-usaha dan pencapaian yang telah
dicapai oleh mereka. Budaya berterima kasih ini bukan sahaja diamalkan di dalam kelas semasa
proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan, tetapi juga dalam apa juga perkara yang
dilaksanakan. Dalam perhimpunan mingguan pada setiap hari Isnin, budaya berterima kasih
dapat ditonjolkan melalui ucapan terima kasih pengetua atas sumbangan guru dan murid-murid
dalam setiap aktiviti sama ada di peringkat sekolah, daerah atau negeri serta peringkat yang lebih
tinggi lagi tanpa mengira aktiviti atau pertandingan itu mencapai kejayaan utama ataupun tidak.
Yang jelas dapat difahami oleh guru dan murid adalah setiap usaha yang telah dilaksanakan akan
dihargai sekurang-kurangnya dengan ucapan terima kasih dan tahniah.
Budaya berterima kasih juga perlu diterapkan dalam kalangan guru dan staf sokongan serta staf
swasta bagi mewujudkan keharmonian di tempat kerja. Pengetua perlu memahami bahawa
keupayaan, kemampuan dan tahap pendidikan, kematangan serta penerimaan kakitangan adalah
berbeza-beza. Oleh itu pengetua perlu mengamalkan pendekatan yang berbeza bagi memastikan
kakitangan dapat menjalankan tugas dengan sempurna. Dalam melaksanakan tugas, pengetua
perlu mempunyai kebolehan mengurus pelbagai peranan yang mereka perlu lakonkan dalam
proses pelaksanaannya (Small, 1974). Oleh hal yang demikian, kemahiran pengetua dalam
‘membaca’ segala aspek dari guru dan staf sokongan adalah penting. Pengetua boleh
menggunakan kemahiran berkomunikasi dengan cara berdepolmasi, logik dan boleh diterima
oleh mereka.
Selain itu, perlakuan yang baik diperkuatkan lagi dengan amalan budaya hormat-menghormati
seperti ucapan salam dan selamat sejahtera kepada kakitangan dan murid-murid. Budaya
bersalam-salaman antara pentadbir dan kakitangan sejenis ketika berjumpa di mana-mana dalam
kawasan atau luar kawasan sekolah menguatkan lagi hubungan silaturrahim. Begitu juga dengan
pelanggan yang hadir, mereka juga akan dilayan dengan sopan dan berbudi bahasa oleh
pentadbir, guru-guru, staf sokongan dan murid-murid. Dengan itu imej sekolah dapat
digambarkan sebagai sebuah organisasi pendidikan yang berjaya memupuk dan menerapkan nilai
berbudi bahasa dan bersopan. Kursus berkaitan etika dan protokol diberikan kepada guru dan staf
sokongan untuk memantapkan penghayatan dan amalan tersebut dalam kehidupan seharian di
tempat kerja.
Selain itu amalan kebersihan fizikal dan minda merupakan perlakuan yang baik yang saya
terapkan di sekolah. Program Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas pada setiap minggu
juga menjadi perangsang kepada semua guru tingkatan dan murid-murid memastikan kelas
masing-masing sentiasa mengamalkan kebersihan pada setiap masa. Sekiranya kelas mereka
mendapat markah tertinggi dalam penilaian program tersebut, guru dan murid kelas berkenaan
akan berasa bangga dan dihargai apabila selain diberi ucapan tahniah, mereka akan diberi
ganjaran berupa sijil dan ‘banner’ serta sedikit wang untuk terus mereka gunakan bagi
menceriakan kelas. Hasil daripada program ini didapati keseluruhan kelas sentiasa berada dalam
keadaan yang bersih dan kelas sentiasa ceria. Pengetua juga harus sentiasa mengingatkan semua
guru semasa mesyuarat pentadbir, mesyuarat guru dan juga hari profesionalisme atau dalam
ucapan perhimpunan agar mereka memastikan dulu kebersihan persekitaran kelas sebelum
memulakan proses pengajaran dan pembelajaran supaya amalan mementingkan kebersihan ini
menjadi ikutan dan amalan sebenar murid di mana sahaja mereka berada.
Selain itu, sebagai pengetua perlu sentiasa mengamalkan kepimpinan melalui teladan dengan
menunjukkan amalan-amalan yang baik seperti bersih, cekap dan amanah supaya guru-guru dan
staf sokongan mencontohi perlakuan tersebut. Pengetua harus bertindak sebagai ‘role model’
dengan memperlengkapkan diri dengan sikap, kemahiran dan ilmu pengetahuan. Sebagai
pemimpin, pengetua amat mementingkan ketepatan waktu dalam kalangan guru dan staf
sokongn. Semua subordinat mesti mematuhi waktu kerja yang telah ditetapkan ketika masuk
kelas, makmal, bengkel, mesyuarat dan juga majlis-majlis rasmi serta kursus-kursus di sekolah
atau di luar sekolah. Sebagai pemimpin, pengetua juga hendaklah memastikan kehadirannya ke
sekolah lebih awal. Dengan kehadiran awal ini pengetua mempunyai masa yang cukup untuk
memantau kehadiran guru-guru, staf dan murid-murid ke sekolah. Sekiranya guru dan staf hadir
lebih awal, proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat dilaksanakan tepat pada waktunya
dan seterusnya waktu instruksional dapat dilindungi. Ini amat penting bagi memastikan waktu
hak murid dapat diberikan kepada mereka dan murid dapat menerima ilmu dan kemahiran
sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Pekeliling Iktisas Bilangan 2/1981. Pengetua akan
bersama-sama dengan guru bertugas memantau kehadiran di pintu masuk utama sekolah. Selain
dapat memantau kehadiran mereka pengetua juga dapat memantau keselamatan murid dan juga
gelagat ibu bapa yang yang menghantar anak-anak ke sekolah. Melalui pemantauan di pintu
masuk sekolah, dapat meningkatkan kepatuhan menepati masa dalam kalangan kakitangan dan
pelajar-pelajar. Selain itu, pemantauan melalui ‘management by walking about’ ke semua
kawasan sekolah yang dilaksanakan memudahkan pengetua memantau ke seluruh kawasan
sekolah. Melalui pemantauan secara meronda pengetua akan dapat memantau kebersihan dan
keceriaan kelas dan kawasan sekolah, tahap keselamatan sekolah dan juga pemantauan proses
pengajaran dan pembelajaran secara tidak formal. Tindakan semerta perlu diambil sekiranya
terdapat kelas-kelas yang tidak ada guru atau guru yang lambat masuk ke kelas dengan
menghubungi guru tersebut atau merujuk jadual guru ganti yang disediakan oleh Penolong
Kanan. Penggunakan Buku Rekod Pengesanan Murid Ponteng Kelas dapat mengurangkan kes
ponteng kelas. Pengetua juga sentiasa menegaskan tentang perlunya semua guru dan staf
sokongan mematuhi ketepatan waktu penghantaran surat atau laporan atau kepada pengetua atau
kepada Pejabat Pelajaran Daerah,Jabatan Pelajaran Negeri, Jemaah Nazir Sekolah atau
Kementerian Pelajaran dan agensi-agensi lain yang berkaitan.
Kesimpulannya, dalam kepimpinan melalui teladan, apa pun yang kita harap orang lain buat, jika
kita sendiri tidak melakukannya, ia tidak akan berjaya. Walau bagaimanapun jika masih ada
segelintir atau seorang dua yang masih lambat, pengetua perlu bertemu dan menasihati mereka
mengenai hal tersebut. Dalam pertemuan itu, penjelasan perlu diberi tentang pekeliling-
pekeliling dan peraturan berkaitan seperti PKPA, PIN dan sebagainya. Perubahan jelas berlaku
kerana mereka yang terbabit dapat menerima tindakan tersebut. Dengan melaksanana usaha-
usaha ini kecemerlangan sekolah pada keseluruhannya dapat ditingkatkan. Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang diberikan kepada lapan peratus guru dan staf sokongan bagi
menghargai komitmen dan usaha yang telah ditunjukkan sepanjang tahun. Ganjaran serupa ini
jelas memberi motivasi kepada kakitangan untuk terus menunjukkan kualiti-kualiti yang baik
sebagai seorang penjawat awam.
3. Penggerak Ke Arah Kebaikan
Prinsip kerja Penggerak Ke arah Kebaikan bermaksud menampilkan diri sebagai seorang yang
dinamik, maju, berdaya saing dan dapat mendorong seseorang melakukan kebaikan. Sebagai
pengetua dan pemimpin sekolah hendaklah berusaha agar hasil kerja dan amalan dapat
menonjolkan ciri-ciri kecemerlangan dan ketinggian kualiti yang boleh menjadi sumber inspirasi
kepada rakan sejawat. Selain itu pengetua juga harus sentiasa menjadi pekerja yang terbaik
(KPM, 1999). Pengaruh dan kecekapan pengetua sekolah amat penting dalam menentukan
kecemerlangan sekolah di bawah kepimpinannya. Pengetua sekolah adalah kakitangan terpenting
di peringkat sekolah. Pengetua merupakan jawatan tertinggi di peringkat sekolah menengah,
dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, bertanggungjawab atas apa yang berlaku di
sekolah dan persekitarannya (Jemaah Nazir Sekolah-Sekolah Persekutuan, KPM, 1993). Selaku
pemimpin sekolah, pengetua mestilah dapat menjelaskan hala tuju melalui visi dan misi sekolah.
Visi dan misi sekolah mestilah difahami, dihayati dan dikongsi oleh semua wagra sekolah.
Contohnya SMK(P) Temenggong Ibrahim Gemilang Di Malaysia Menjelang 2010. Penjelasan
tentang visi dan misi sekolah boleh dilakukan pada mesyuarat pertama awal tahun persekolahan
dan juga semasa perhimpunan sekolah. Visi dan misi sekolah juga perlu dipaparkan di semua
tempat strategik seperti di pejabat, di dewan, di bilik guru, di makmal, di bilik-bilik mesyuarat,
makmal dan juga dipaparkan di blok-blok bangunan yang strategik serta dipaparkan dalam
Laman Web Rasmi Sekolah agar dapat dokongsi oleh semua warga sekolah dan stakeholder.
Setiap anggota organisasi perlu mengetahui dan menghayati visi dan misi serta bidang tugas dan
tanggungjawab serta akauntabiliti masing-masing. Diyakini, jika seluruh warga sekolah jelas
tentang wawasan sekolah dan tindakan untuk mencapainya, sudah pasti kecemerlangan sekolah
akan dapat dicapai. Standard atau piawaian organisasi dan sasaran pencapaian juga perlu
dijelaskan . Kriteria Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan tindakan tatatertib atas salahlaku
anggota juga dijelaskan. Visi sekolah boleh dicapai melalui kecemerlangan akademik,
kokurikulum dan sahsiah murid. Bagi merealisasikan visi tersebut pengetua mestilah dapat
menterjemahkannya melalui perancangan strategik sekolah yang telah dirancang melalui kerja
sepasukan.
Dalam melaksanakan segala perancangan strategik pengetua tidak mungkin melakukannya
seorang diri. Oleh hal yang demikian pengetua harus menurunkan kuasa melalui ‘empowerment’
kepada subordinat iaitu guru-guru penolong kanan, guru-guru kanan mata pelajaran dan uru-guru
cemerlang. Banyak tugasan yang dilaksanakan secara bekerja sepasukan umpamanya
pemantauan pengajaran dan pembelajaran, pemantauan buku latihan murid diturunkan kuasa
kepada barisan pentadbir dan guru-guru kanan mata pelajaran, pemantauan kokurikulum dan hal
ehwal murid diturunkan kuasa kepada Penolong Kanan Kokurikulum dan Penolong Kanan
HEM. ‘Empowerment’ yang diamalkan berupaya membimbing dan mendedahkan golongan
pelapis untuk mengurus dan melaksanakan tugas bersama-sama. Ini akan menjadikan rasa
kekitaan dan tanggungjawb terhadap kecemerlangan organisasi merupakan tanggungjawab
bersama. Jaya atau tidaknya sekolah adalah bergantung kepada komitmen semua anggota dalam
pasukannya.
Sebagai pemimpin transformasi, pengetua sentiasa memberi sokongan secara individu dengan
menunjukkan rasa hormat dan penghargaan kepada guru-guru dan mengambil berat tentang
perasaan dan keperluan mereka. Pengetua juga sering menunjukkan pengharapan untuk melihat
kecemerlangan, kualiti dan hasil kerja yang terbaik daripada guru-guru dan staf sokongan. Selain
menggalakkan budaya kerja sepasukan, pengetua selalu memberi kepercayaan kepada guru-guru
untuk membantu kerja-kerja yang mencabar. sentiasa menjaga hubungan yang baik dengan guru-
guru dan staf sokongan dan mengelakkan kecurigaan dalam menjalankan tugas. Pengetua juga
membentuk permuafakatan dengan menggalakkan penglibatan guru-guru dalam membuat
keputusan dan menanamkan sifat-sifat kepimpinan kepada guru-guru. Pengetua juga sentiasa
menunjukkan sifat keterbukaan untuk membuat perubahan berdasarkan idea-idea atau
kefahaman baru. Guru-guru dan staf sokongan boleh berjumpa untuk menyatakan pandangan,
permasalahan atau berbincang mengenai tugas pada bila-bila masa kerana pintu pejabat sentiasa
terbuka. Karenah birokrasi perlu dielakkan. Oleh hal yang demikian setiap guru dan staf
sokongan boleh berbincang dengan pengetua bukan sahaja di pejabat tatapi juga di mana-mana
tempat dan masa yang sesuai. Dengan itu guru-guru dan staf sokongan lebih mudah dapat
menyel