Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Sebelum mendapat tugasan ini, saya beranggapan bahawa tugasan untuk program
pyramid aktiviti selama empat minggu ini adalah tugasan yang sama ketika melakukan
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Apabila sahaja mendapat tugasan ini,saya berasa
agak terkejut kerana jangkaan saya meleset.
Tugasan ini ialah berkenaan dengan Kadar Nadi dimana kami perlu menyatakan
kepentingan pengambilan kadar nadi selepas program senaman, prosedur yang digunakan
untuk mengambil kadar nadi, membuat aktiviti dan mengambil kadar nadi yang diperlukan
dan mengira kadar nadi mengikut maklumat yang diperolehi.
Sebelum memulakan tugasan ini, saya sememangnya tidak tahu bagaimana cara
untuk menyiapkan tugasan ini disamping kurangnya pengetahuan mengenai kadar nadi.
Namun saya akhirnya mendapat sedikit petunjuk apabila diberi tunjuk ajar oleh Pn.Nik
Suzanah. Dengan itu, saya amat berterima kasih kepada Pn, Nik Suzanah sebagai
pensyarah subjek GKK. Tugasan ini sememangnya memberi banyak input yang berguna
kepada saya yang mengambil subjek GKK sebagai subjek elektif sepanjang pengajian saya.
Seterusnya, kawan-kawan saya juga telah membantu saya dalam melengkapkan
tugasan saya ini. Ahli kumpulan kumpulan saya Kasturi A/P Krishnan dan Mythili A/P
Manimaran telah banyak membantu saya dari segi mencari maklumat, memberikan idea
dalam membentuk grafik dan banyak lagi. Kami telah menyiapkan tugasan ini dengan
berganding bahu bersama-sama. Kami juga bertolak ansur semasa mambahagikan
tugasan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepadanya dalam membantu saya
melengkapkan tugasan ini.
Selain itu, Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan
rakan rakan bagi melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan
meningkatkan cara saya berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih saya untuk
berkomunikasi dengan baik dan membuat persediaan untuk menjadi seorang guru yang
berkualiti. Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh para pensyarah dalam proses
menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan
yang terdapat pada diri saya dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan.

Saya juga dapat dilihat komitmen dan bertanggungjawab saya dengan ahli
kumpulan saya sepanjang saya melakukan kerja khusus ini. Secara umumnya, latihanlatihan yang telah melakukan ini bertujuan mengekalkan tahap kecergasan individu dan ia
merupakan suatu amalan yang mudah untuk dipraktikkan. Ia tidak memerlukan wang yang
banyak hanya sedikit masa dan tenaga.
Sepanjang saya melaksanakan dan membina kerja kursus ini, banyak
pengalaman dan ilmu serta kemahiran baru yang dapat saya peroleh dan timba. Semasa
menjalankan kerja kursus ini, kami diminta menyediakan kerja kursus secara individu. Aspek
yang diperhatikan adalah dari segi liputan isi kandungan, konsistensi serta bukti-bukti yang
dapat dikemukakan. Pengolahan isi juga perlu asli beserta sokongan ilmiah.
Saya juga dapat mengaplikasikan pelbagai pendekatan dalam menyelesaikan
masalah kesihatan peribadi yang dikenal pasti semasa penilaian kecergasan.Sebelum
melaksanakan projek ini,saya kurang bekerjasama bersama rakan-rakan apabila melakukan
sesuatu aktiviti.Tetapi sekarang saya dapat menunjukkan ciri-ciri kebolehan bekerja secara
berpasukan semasa melaksanakan aktiviti kecergasan fizikal peribadi yang dirancang.
Selain itu, melalui kerja khusus ini, saya dapat mengawal berat dan dan mencegah
kegemukan.Saya dapat mengekalkan tubuh badan dan kecerdasan otak.Matlamat
seterusnya, kita juga dapat menghilangkan stress.Saya dapat pelbagai faedah dan dapat
mencapai matlamat saya dengan melaksanakan kerja kursus ini.
Penyediaan folio beserta sokongan ilmiah yang terbukti kesasihannya
merupakan pengalaman baru bagi saya. Kerana itu, setiap daripada sokongan ilmiah yang
mahu saya letakkan di setiap maklumat kerja kursus saya, saya perlu memastikan dahulu
bahawa sokongan ilmiah tersebut mestilah benar-benar tulin dan terbukti ketokohannya.
Disamping itu, walaupun tugasan ini nampak mudah tetapi bahan-bahan rujukan tentang
pentaksiran adalah terhad. Saya mengambil masa yang lama untuk menyiapkan folio
kerana keliru dengan isi kandungan yang perlu dimasukkan dalam folio.
Akhir kata, sebagai guru , aktiviti ini amat membantu saya pada masa
hadapan iaitu semasa saya berada dalam dunia persekolahan dengan anak murid saya.
Dengan ini kita dapat melahirkan individu yang akhlak mulia, bertanggungjawab serta
berkeupayaan

mencapai

kesejahteraan

diri

dan

keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.

memberi

sumbangan

terhadap