Anda di halaman 1dari 5

Negeri-negeri Selat

The Straits Settlements


-
Negeri-negeri Selat
Penempatan Selat koloni diraja Britain diwujudkan pada 1826. Negeri-negeri Selat
ini terdiri dari negeri Pulau Pinang, Melaka, Singapura dan Dindings, Perak
(Manjung). Kesemua negeri ini dahulunya di bawah jajahan takluk British.
Selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, Pulau pinang ditadbir oleh Leftenan
Gabenor sementara Melaka dan Singapura ditadbir oleh Residen. Pada tahun 1826,
ketiga-tiga negeri tersebut digabungkan bagi membentuk Negeri-negeri Selat.
Penggabungan itu bertujuan untuk menyeragamkan serta menjimatkan
perbelanjaan pentadbiran. Pemindahan pentadbiran ke London kerana Syarikat
Hindia Timur Inggeris (SHTI) di India tidak mengambil berat kebajikan Negeri-Negeri
Selat, desakan saudagar-saudagar yang tidak berpuas hati dengan dasar Pejabat
Tanah Jajahan British di India, cadangan Syarikat Hindia Timur Inggeris untuk
menghapus taraf pelabuhan bebas Singapura mengancam kemajuan perdagangan,
kemasukan pendatang China secara tidak terkawal menyebabkan berlaku
kekacauan akibat penubuhan kongsi gelap dan penduduk membantah tindakan
Pejabat Tanah Jajahan British di India yang menjadikan Singapura sebagai tempat
pembuangan banduan dari India. Pada 30 Oktober 1906, Labuan menyertai Negerinegeri Selat.

Isi kandungan [sorokkan]


1 Pendahuluan
2 Sejarah dan pentadbiran
3 Jajahan Dindings dan Seberang Perai
4 Rujukan
5 Lihat juga
Pendahuluan[sunting | sunting sumber]
Negeri-negeri Selat atau juga dikenali sebagai Kawasan Penempatan Selat
merupakan gabungan dari kawasan - kawasan yang dimiliki oleh Syarikat Hindia
Timur Inggeris (SHTI) di Asia Tenggara, yang mana telah diberi Pemerintahan
Kolektif pada tahun 1826 sebagai Koloni Mahkota yang juga diberi kepada
protectorates iaitu merujuk kepada "native princely states" yang meliputi Negeri-

negeri Melayu Bersekutu. Awalnya, Negeri-negeri Selat ini merangkumi Pulau Pinang
(juga dikenali sebagai Pulau Prince of Wales), Singapura, Kepulauan dan Jajahan
Dindings (Wilayah ini dikenali sebagai Daerah Manjung dan menjadi sebahagian
Negeri Perak), Seberang Perai (juga dikenali sebagai Province Wellesley), Melaka,
Labuan (menjadi sebahagian negeri Sabah pada tahun 1963 dan kemudiannya
menjadi Wilayah Persekutuan pada tahun 1984) dan Pulau Krismas serta Kepulauan
Cocos (Keeling) (kini ditadbir oleh Australia).

Sejarah dan pentadbiran[sunting | sunting sumber]


Penubuhan Negeri-negeri Selat adalah melalui Perjanjian Inggeris - Belanda pada
tahun 1824 diantara United Kingdom dan Belanda, yang menyebabkan Kepulauan
Melayu terbahagi kepada Kawasan Jajahan British di bahagian utara dan Kawasan
Jajahan Belanda di bahagian Selatan. Sebagai balasan, kawasan penempatan British
di Bencoolen (Bangkahulu di Sumatera) diserahkan kepada Belanda dan Koloni
Belanda di Melaka diserahkan kepada British serta Belanda tidak akan menuntut
haknya ke atas Singapura. Pusat Pentadbiran Negeri - Negeri Selat telah
dipindahkan dari Pulau Pinang ke Singapura pada tahun 1832.

Pada tahun 1867, Negeri - Negeri Selat telah dijadikan sebagai Koloni Mahkota
British yang mana pusat pentadbirannya telah dipindahkan dari Calcutta ke Pejabat
Tanah Jajahan di London pada 1 April. Pada 4 Februari "Letters Patent" telah
diberikan kepada penempatan sebagai Perlembagaan Koloni. Bagi memberi kuasa
yang lebih kepada Gabenor Negeri - Negeri Selat yang mentadbir Koloni Negeri Negeri Selat, sebuah badan telah ditubuhkan bagi membantu Gabenor iaitu Majlis
Eksekutif Negeri - Negeri Selat yang mengandungi keseluruhan ahli - ahli majlis
rasmi (i.e. ex officio), dan sebuah Badan Perundangan yang mengandungi ahli - ahli
rasmi dan ahli - ahli yang dipilih. Jentera Pentadbiran bagi Koloni Negeri - Negeri
Selat dan Negeri - Negeri Melayu Bersekutu telah dilaksanakan oleh Perkhidmatan
Awam yang mana anggotanya telah dilatihkan dengan peperiksaan atau ujian yang
kompetitif yang dilaksanakan setiap tahun di London. Pulau Pinang dan Melaka
ditadbir secara langsung dari Gabenor dan Konsulat Residen.

Jajahan Dindings dan Seberang Perai[sunting | sunting sumber]


Jajahan Dindings yang merangkumi beberapa pulau berhampiran dengan muara
Sungai Perak dan sebahagian kawasan yang bersambungan dengan tanah besar
Perak telah diserahkan kepada British melalui Perjanjian Pangkor pada tahun 1874.
Walaubagaimanapun, Jajahan Dindings telah dikembalikan oleh British kepada

Kerajaan Negeri Perak pada tahun 1937 kerana sukar untuk ditadbir secara
langsung dari Pulau Pinang selain kelemahan dari segi politik dan kewangan.

Seberang Perai (dahulunya dikenali sebagai Province Wellesley), terletak di Tanah


Besar Semenanjung Malaysia dan berhampiran dengan Pulau Pinang telah
diserahkan kepada United Kingdom oleh Sultan Kedah pada masa itu iaitu Sultan
Muhammad Jiwa selepas kekalahan Angkatan Perang Kedah di dalam peperangan
untuk merampas kembali Pulau Pinang oleh British pada tahun 1798 dan
bersempadanan dengan Utara dan Barat Perak. Sempadan dengan Kedah telah
dipersetujui oleh British melalui Perjanjian ditandatangai oleh British dengan Siam
kerana pada ketika itu Kedah adalah dibawah naungan Siam. Kawasan ini ditadbir
oleh Pegawai Daerah dan dibantu oleh beberapa orang pembantu yang berhubung
dengan Penasihat British di Pulau Pinang.

Pada masa kini, sempadan bagi negeri - negeri Pulau Pinang dan Kedah adalah
tertakluk kepada Akta Kedah dan Pulau Pinang 1984.

Negeri-negeri Melayu Bersekutu


Faktor-faktor Penubuhan
1. Kedudukan Negeri Pahang

Pada mulanya Inggeris berkeyakinan bahawa Pahang mempunyai potensi


yang baik dari segi ekonomi. Setelah memperkenalkan sistem residen pada tahun
1888 di Pahang , Inggeris mengalami krisis kewangan sejak tahun 1890-an.

Pada tahun 1892 Pahang terpaksa membuat pinjaman kepada negeri-negeri


Selat. Keadaan bertambah buruk apabila berlaku pemberontakan Pahang oleh Dato
Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau untuk menentang Inggeris yang mernambahkan
lagi beban kewangan Pahang.

Dalam keadaan terdesak, Kerajaan Inggeris perlu membuat keputusan sama


ada hendak mengundurkan diri dari pahang atau sebaliknya. Demi memelihara
maruah dan maartabat Inggeris , Pahang perlu dipertahankan melalui cadangan
pembentukan persekutuan untuk mengatasi masalah kewangan negeri ini.

2. Kawalan Kuasa residen

Di bawah Sistem residen, Residen menjadi terlalu berkuasa di negeri-negeri


masing-masing. Sultan hanya simbol semata-mata dan bertindak sebagai
pemerintah boneka. Kesukaran sistem perhubungan menjadikan Residen semakin
berani menguatkan kuasa mereka. Kuasa Residen yang keterlaluan boleh
menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pembesar-pembesar Melayu.

Justeru, Frank swettenham mengesyorkan supaya jawatan Residen Jeneral


diwujudkan bagi menyelaraskan tugas keempat-empat buah negeri Melayu di
bawah Sistem Residen

3. Kecekapan dan keseragaman pentadbiran

Di bawah pemerintahan Sistem Residen, pentadbiran kempat-empat buah


negeri diasingkan dan ditadbirkan oleh empat orang resdien yang
berlainan.Hasilnya wujud ketidakseragaman pentadbiran di Negeri-negeri di Tanah
Melayu. Resdien menumpukan perhatian di negeri-negeri masing-masing.

Frank Swettenham mencadangkan penyatuan Negeri-negeri Melayu bagi


mengatasi ketidakseragaman pentadbiran. Melalui pembentukan persekutuan,
Inggeris dapat menambahkan kecekapan pentadbiran serta dapat memajukan
pembangunan sosioekonomi secara menyeluruh dan bersepadu di keempat-empat
buah negeri

Pembentukan persekutuan ini juga diharapkan mewujudkan keseragaman


pentadbiran, kerjasama antara negeri untuk memajukan sistem pengangkutan yang
pastinya menguntungkan Inggeris kerana memudahkan usaha membawa hasil
ekonomi ke pelabuhan untuk dieksport.

4. Faktor keselamatan

Pihak Inggeris menyedari bahawa Persekutuan adalah perlu bagi membentuk


satu pasukan tentera bersama melindungi Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri
Selat. Sebelum ini kekacauan yang berlaku di Tanah Melayu ditangani dengan
terpaksa mendapatkan bantuan dari Singapura, Hong Kong dan India.

Melalui pembentukan persekutuan, kekuatan angkatan tentera dapat


diwujudkan dengan adanya gabungan keempat-empat buah negeri. Dengan
memiliki angkatan tentera yang besar dan kuat, Inggeris bertambah yakin untuk
mengatasi sebarang kemungkinan berkaitan kekacauan di Negeri-negeri Melayu
tanpa bantuan dari negara luar.

5. Faktor ekonomi

Kegagalam Sistem Residen memajukan dan mempelbagaikan sumber


ekonomi di sesebuah negeri telah memberi peluang yang lebih luas kepada orangorang Cina untuk mengeksploitasi kekayaan ekonomi di Negeri-negeri Melayu.
Justeru, perlaksanaan Sistem Residen lebih menguntungkan orang Cina berbanding
orang Inggeris.

Bertitik tolak daripada pengalaman tersebut, maka pembentukan sebuah


persekutuan amat penting bagi mewujudkan keseimbangan kemajuan ekonomi dan
menarik kehadiran pelabur-pelabur Eropah ke Negeri-Negeri Melayu. Kemasukan
pelabur Eropah secara beramai-ramai dijangka akan mempercepatkan
pertumbuhan dan kemajuan ekonomi secara berskala besar.

6. Memperluaskan Sistem perhubungan

Di setiap negeri, Residen, membina jalan raya dan keretapi untuk negerinya
sahaja. Tiada usaha untuk menghubungkan jalan raya dan jalan keretapi di antara
keempat-empat buah negeri itu. Lantaran itu adalah sukar bagi resdien
membincangkan perkara-perkara penting antara satu sama lain.

Oleh itu dengan penubuhan persekutuan, sistem perhubungan dapat


dimajukan antara Negeri-negeri Melayu bagi memudahkan usaha-usaha menyelaras
sistem pengurusan di negeri-negeri tersebut.

7. Dasar Kerajaan Inggeris

Pada akhir abad ke-19, Inggeris mula menggalakkan penyatuan terhadap


negeri-negeri yang terletak di bawah perlindungannya. Pembentukan sebuah
persekutuan didiorong oleh hasrat dan dasar Inggeris yang ingin menyatukan
negeri-negeri kecil di tanah jajahan mereka. Matlamatnya ialah untuk memudahkan
usaha mengeksploitasi sumber kekayaan negeri agar ianya dapat dikumpulkan dan
diagihkan secara sama rata bagi faedah semua.

Selain itu, usaha penyatuan memperlihatkan dasar Inggeris yang cuba


mengurangkan kos pentadbiran, mewujudkan kestabilan ekonomi dan
menambahkan kecekapan dalam pemerintahannya. Ini menjadi dasar Inggeris
untuk memperlihatkan kejayaan perlaksanaan dasar ini di tanah jajahannya di
Australia, Afrika selatan, Amerika Utara dan Kanada.