Anda di halaman 1dari 14

Tugasan Projek

EDU 3083
Nordina
binti
1.0 PENDAHULUAN
Menurut Trotter (1986), terdapat lima peringkat perkembangan guru iaitu peringkat
novis, peringkat novis lanjutan, peringkat cekap, peringkat mahir dan peringkat pakar.
Sebagai guru permulaan (novis), mereka perlu menguasai bidang profesion keguruan
terlebih dahulu untuk melengkapkan diri sebagai seorang guru berkualiti tinggi. Sehubungan
itu, guru novis perlulah bersedia untuk menghadapi cabaran dan situasi sebenar seorang
guru dalam bidangnya. Salah satu aspek yang perlu dilaksanakan ialah mematuhi dan
menghayati Kod Etika Profesion Keguruan, akauntibiliti dan integriti guru serta Surat
Pekeliling Ikhtisas.
Salah satu usaha ke arah pembangunan profesionalisme guru permulaan, Setiap
guru permulaan mesti melibatkan diri secara aktif dalam program pementoran bagi
meningkatkan dan memantapkan penguasaan pengetahuan, kemahiran dan nilai berkaitan
pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah. Pementoran merujuk kepada
hubungan serta komunikasi secara profesional iaitu seseorang guru yang lebih
berpengalaman atau lebih berpengetahuan membantu guru permulaan yang baru
berkhidmat di sekolah.

Pementoran melibatkan komunikasi dua hala dalam tempoh masa

yang tertentu antara seorang individu yang berpengalaman, berpengetahuan serta


mempunyai kebijaksanaan yang tinggi (mentor) dengan seorang yang dianggap kurang
berpengalaman, berpengetahuan serta kurang berkemahiran (menti/guru permulaan).
Seorang guru seharusnya mempunyai kualiti yang khusus dan konsisten supaya
dipandang mulai oleh masyarakat. Guru yang cemerlang seharusnya mempunyai ciri-ciri
personaliti yang sesuai. Kecemerlangan peribadi guru misalnya, perlu diamalkan bagi
merealisasikan peranan guru sebagai

pemangkin wadah perjuangan untuk pelajar

membina daya pemikiran yang analitikal, kritis dan kreatif serta membentuk individu-individu
yang boleh menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan yang berlakun di sekeliling
mereka.
Globalisasi dan perubahan dalam dasar pendidikan Malaysia yang menuju ke arah
kemajuan sosio ekonomi pula membuktikan guru perlu meningkatkan profesionalisme diri
supaya seiring dengan ledakan maklumat terkini. Antara strategi yang membolehkan amalan
refleksi melalui penulisan reflektif/jurnal dan portfolio pengajaran, penyelidikan tindakan,
latihan profesionalisme berterusan, perkembangan professional on-line dan aktiviti Pusat
Kegiatan Guru.
1

Tugasan Projek
EDU 3083
Nordina
binti
2.0 LAPORAN PEMERHATIAN TERHADAP GURU BAHARU (NOVIS).
Menurut Syed Ismail Syed Mustafa dan Ahmad Subki Miskon (2013), kebanyakan guru
permulaan dikatakan pasif, tidak kreatif, membosankan, tidak inovatif, tidak imaginatif dan
tidak dapat merangsang pembelajaran murid. Mereka dikatakan tidak dapat menggunakan
ilmu dan idea yang dipelajari di institut perguruan di dalam situasi bilik darjah yang
sebenarnya. Mereka juga tidak boleh menyesuaikan ilmu dan kemahiran yang didapati serta
menggunakannya di dalam pengurusan bilik darjah secara berkesan. Guru permulaan ini
boleh dikatakan hilang punca terutamanya di tahun pertama mula mengajar.
Adakah ini benar-benar berlaku? Apakah mereka gagal dilahirkan sebagai guru yang
berkualiti setelah mengikuti kursus selama 5 hingga 6 tahun di IPG? Untuk melihat kekuatan
dan kelemahan guru permulaan atau guru novis yang baru berkhidmat di sekolah, saya
telah melakukan pemerhatian terhadap seorang guru novis di sekolah saya yang baru dua
tahun berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Sungai Manggis. Guru wanita yang berasal dari
negeri Kelantan ini mula berkhidmat di sekolah ini pada 7 Januari 2013

setelah

menamatkan kursus Lepasan Ijazah j-Qaf di IPG selama 18 bulan.


2.1 Kekuatan dan Kelemahan
Setelah melakukan pemerhatian terhadap guru berkenaan, saya dapat
melihat kesantunan guru tersebut dalam pergaulan dan perhubungan antara
guru dengan murid, rakan sejawat, pihak pengurusan sekolah dan masyarakat
setempat. Kesantunan guru dapat dilihat dalam diri guru tersebut melalui nilai sopan
santun dalam pergaulan sehari-hari. Selain daripada kesantunan dalam berbahasa,
guru novis itu juga sentiasa menjaga kesantunannya dalam berpakaian. Pakaian
yang dikenakan amat bersesuain dan memenuhi peraturan tatatertib dan kelakuan
bagi penjawat awam. Kesantunan tingkah lagu juga turut dijaga dalam pelbagai
situasi.
Selain daripada itu, guru novis di sekolah saya adalah seorang guru yang
sangat penyayang dan mempunyai sifat kepedulian terhadap murid. Sifat itu
terserlah apabila beliau menunjukkan sifatnya yang penyabar lebih-lebih lagi ketika
berhadapan dengan murid yang bermasalah. Beliau mampu mengawal perasaan
dan melayan kerenah murid-murid, menghormati serta menghargai murid-murid.
Sifat ambil peduli terhadap murid-murid ini terbukti apabila beliau telah menyandang
tempat kedua dalam

anugerah Guruku Sayang sempena Sambutan Hari Guru

Peringkat Sekolah yang seratus peratus dipilih berdasarkan undian murid-murid.


2

Tugasan Projek
EDU 3083
Nordina
binti
Berdasarkan pemerhatian saya lagi,

guru novis ini amat memberi

penekanan kepada penyesuaian diri mereka dengan persekitaran di sekolah.


Hubungan dengan guru besar dan guru sentiasa diberikan perhatian utama. Dalam
menjaga hubungan ini, beliau dilihat sangat komited dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab yang diberi tanpa bantahan walaupun terdapat tugas yang difikirkan
membebankan beliau. Dapatan ini tidaklah menghairankan kerana guru novis ini
telah berusia 29 tahun, telah berkahwin dan pemah menjawat beberapa tugas lain
sebelum mengikuti latihan perguruan. Kematangan usia dan pengalaman bertugas
sedikit sebanyak meningkatkan kemahiran beliau berkomunikasi dengan guru lain di
sekolah. Bukan itu sahaja, malah guru novis ini juga mempunyai sikap suka bergaul,
rajin bertanya, pandai berkomunikasi dan ringan tangan malah turut membantu guruguru yang memerlukan pertolongan bagi menjayakan sesuatu program. Sikap positif
ini secara tidak langsung dapat memudahkan beliau meningkatkan perkembangan
diri dan profesionalisme seorang guru dalam menghadapi cabaran semasa.
Namun begitu, terdapat juga beberapa kelemahan yang dikenalpasti.
Antara kelemahan guru novis ini ialah kegagalan beliau dalam pengurusan bilik
darjah seperti mengurus dan mengawal disiplin murid. Ini mungkin disebabkan
oleh sifatnya yang lemah lembut dan tidak mudah marah sehingga terdapat segelintir
murid yang mengambil kesempatan atas kebaikan guru ini dan membuat bising
ketika P & P dijalankan. Beliau kurang keyakinan diri untuk membentuk disiplin
murid-murid.
Selain daripada itu, guru novis ini kurang

menguasai isi kandungan

pelajaran yang ingin disampaikan kepada murid-murid. Beliau juga gagal


merancang aktiviti yang melibatkan murid dan membantu murid belajar di dalam
kelas. Beliau seolah-olah tidak mengaplikasikan teori pedagogi yang telah dipelajari.
Akibat daripada kelemahan tersebut, timbul masalah kawalan kelas, masalah pelajar
bersikap negatif, masalah pelajar tidak berminat belajar, pasif dan gagal memahami
pelajaran yang diajar. Dalam erti kata lain beliau yang baru ditempatkan di sekolah
gagal menyesuaikan diri dalam persekitaran bilik darjah sebenar. Pada pandangan
saya, ini adalah kerana beliau mengalami kejutan transisi apabila ditempatkan di
sekolah kerana mendapati latihan perguruan adalah berbeza sama sekali dengan
situasi yang beliau lalui semasa mengikuti latihan perguruan dan latihan amali.
Melalui pemerhatian saya juga, guru novis ini lemah dari segi pengurusan
masa di dalam bilik darjah khususnya semasa proses P & P dijalankan.
Pengurusan masa melibatkan penggunaan peralatan dan kaedah atau teknik untuk
merancang dan menjadualkan masa dengan sesuai dan tepat. Peralatan dan teknik
3

Tugasan Projek
EDU 3083
Nordina
binti
sepatutnya mampu meningkatkan keberkesanan penggunaan masa. Namun apa
yang berlaku adalah sebaliknya. Teknik dan bahan bantu mengajar tidak dapat
diurus dengan baik sehinggakan matlamat dan objektif pengajaran tidak dapat
dicapai kerana beliau tidak dapat menamatkan sesi P & P dalam jangka waktu yang
ditetapkan.
Selain daripada itu, guru novis tersebut turut mengalami masalah dalam
unit pengurusan kokurikulum. Ini disebabkan oleh kurang pengalaman dan
sikap rendah diri yang tinggi. Saya dapati, beliau kurang signifikan dalam
membuat keputusan ketika aktiviti kokurikulum dijalankan. Beliau juga lebih gemar
diberitahu apa tindakan dan keputusan yang perlu dilaksanakan. Namun begitu,
beliau mudah bekerjasama dengan guru-guru dalam apa jua program yang
dijalankan di sekolah.
2.2 Sejauhmanakah Peranan Saya Sebagai Guru Yang Berpengalaman
Membantu Guru Baharu (Novis) Dalam Memantapkan Profesionalisme
Mereka?
Melihat kepada permasalahan ini dan berdasarkan pengalaman saya selama 19
tahun sebagai guru, saya rasa terpanggil untuk membantu , memberi bimbingan,
sokongan dan bantuan secara profesional bagi pembangunan diri guru novis
tersebut kerana saya percaya bahawa setiap individu boleh berkembang.
Sebagai langkah permulaan, saya telah membimbing guru novis ini dalam
penyediaan bilik darjah yang kondusif, selesa, menarik dan persekitaran
pembelajaran yang efisien. Saya juga mengajak guru novis berkenaan membuat
pemerhatian terhadap kelas-kelas lain. Saya juga telah mengadakan perbincangan
dan bimbingan dari segi pengurusan bilik darjah seperti pengurusan jadual waktu,
buku kedatangan, organisasi kelas dan seumpamanya.
Sebagai langkah seterusnya, saya telah membantu guru novis berkenaan
membuat

perancangan

pengajaran

dalam

bilik

darjah

supaya

dapat

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Saya juga


membimbing beliau membuat perancangan pengajaran, pedagogi dan bahan bantu
belajar yang sesuai termasuk penggunaan ICT dalam P & P. Saya juga memberi
ruang kepada guru novis ini memerhatikan saya menjalankan sesi P & P di dalam
bilik darjah untuk dijadikan panduan selain memberikan respon tentang kekuatan
dan kelemahan selepas melakukan pemerhatian semasa guru novis ini menjalankan
sesi pengajaran dan pembelajarannya.
4

Tugasan Projek
EDU 3083
Nordina
binti
Dalam bidang kokurikulum pula, saya telah mengadakan perbincangan
secara formal dan tidak formal bersama guru novis ini tentang aktiviti
kokurikulum di sekolah serta prosedur perlaksanaannya di peringkat sekolah
mahupun peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Selain itu, guru novis ini
juga diberikan cabaran

dan tanggungjawab untuk mengendalikan aktiiviti-aktiviti

kokurikulum bagi memantapkan kemahiran dan kebolehan guru tersebut.


Sebagai guru berpengalaman, saya telah menjadikan diri saya sebagai
rakan sekerja dan teman sosial bagi guru novis ini agar dapat mempengaruhi
perkembangan guru berkenaan. Dalam proses menyesuaikan diri ini, saya telah
menjadi rakan untuk berbual dan tempat untuk berkongsi masalah. Saya juga cuba
sedaya upaya saya

memberi sokongan emosi kepada guru novis ini sebagai

menyokong emosinya agar dapat membantu guru novis ini mengurangkan tekanan
terhadap masalah-masalah yang dihadapi di sekolah. Saya juga membantu beliau
menyesuaikan diri dengan keadaan di sekolah seperti menunjuk ajar perkaraperkara yang berkaitan dengan perjawatan,menjadi penghubung bagi mengenali dan
bekerjasama dengan guru lain serta teman untuk mendengar atau membincangkan
masalah-masalah di sekolah dengan harapan saya dapat menimbulkan semangat
beliau untuk mendidik anak bangsa di sekolah ini.
Kesimpulannya, guru permulaan atau guru novis harus lebih proaktif dan
berusaha melonjakkan profesion keguruan ke arah yang lebih baik lagi. Guru yang
mempunyai ciri-ciri kepimpinan tersebut pasti dapat menyediakan suasana bekerja
yang tenang dan berdaya saing secara positif. Pada masa yang sama, murid dapat
menimba ilmu dengan bersemangat dan seronok. Ini adalah kerana barisan guru
mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang terpuji dan mulia. Di samping itu juga, guru
janganlah memandang mudah profesion keguruan ini. Memetik keratan artikel
Perubahan Tugas Pendidik Pada Era Digital (2009), ...kerjaya ini memerlukan
mereka mempunyai kualiti, berketerampilan, berwibawa, berkelayakan, minat, iltizam
dan berjiwa pendidik...bagi melahirkan lebih ramai tokoh guru terbilang. Maka, guru
perlulah menyahut cabaran tersebut dengan menjadikan ia sebagai pembakar
semangat untuk menjadi seorang tokoh yang terbilang pada suatu hari nanti.

Tugasan Projek
EDU 3083
Nordina
binti
3.0 ANALISIS ARTIKEL PERSONALITI DAN KEMAHIRAN MENURUT
PANDANGAN MD NASIR MASRAN (2000).
Md. Nasir Marlan ( 2000 ) dalam kertas prosiding bertajuk Guru Cemerlang : Personaliti dan
Kemahiran telah memberikan pandangannya tentang kecemerlangan peribadi yang
meliputi perkara berikut iaitu nilai kendiri yang positif, berakhlak mulia, adil , bertimbang
rasa , amanah , bertanggung jawab, kreatif, inovatif, kema , sikap sedia berkongsi, bersikap
terbuka dan berpemikiran positif . Saya telah memilih 5 kriteria yang dinyatakan oleh beliau
untuk membantu saya dalam perkembangan profesionalisme diri saya sebagai seorang
guru.
Kriteria yang menjadi pilihan saya ialah adil , amanah, bertanggungjawab, inovatif
dan kemas . Personaliti membawa maksud satu konsep yang menggambarkan keperibadian
seseorang manusia. Manakala mengikut Dictionary of Psychology (1973), personaliti
ditakrifkan sebagai hasil paduan sifat fizikal, mental, emosi, nilai dan perlakuan seseorang
manusia dalam perhubungan sosialnya, sebagaimana yang dilihat oleh manusia. Dalam
konteks perguruan, sifat-sifat personaliti yang positif iaitu yang baik, sesuai berkesan dan
mulia pada seseorang guru atau ahli professional keguruan merujuk kepada personaliti
seseorang guru. Seseorang guru yang sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti
pengajarannya dan sentiasa mementingkan kejayaan dan kebajikan pelajar-pelajarnya
dikatakan mempunyai personaliti yang tinggi dan melambangkan profesionalisme dirinya.
Sifat adil adalah personaliti guru yang dapat membantu dalam perkembangan
profesionalisme diri saya.
Bersikap adil dalam konteks profesionalisme seseorang guru banyak berkait rapat
dengan sesuatu keputusan yang dibuat. Guru sentiasa diperlukan dalam membuat sesuatu
keputusan khususnya berkaitan dengan murid-muridnya dengan adil.Sama ada di dalam
atau di luar bilik darjah. Guru perlu membuat pertimbangan yang sewajarnya berlandaskan
peraturan dan prinsip yang sedia ada. untuk mengelakkan setiap keputusan yang dibuat
tidak berat sebelah atau berpihak kepada satu pihak sahaja, contohnya, guru perlu melayani
kehendak murid secara adil dan saksama tanpa mengira bangsa, latar belakang murid dan
sebagainya. Ini bagi mengelakkan wujudnya perasaan benci dan sikap ingin memberontak
di kalangan murid terhadap guru tersebut. Ketidakadilan akan menjejaskan proses
pengajaran dan pembelajaran guru dan menyebabkan murid tersebut tiada kerjasama
dalam proses pengajaran dan pembelajaran disamping mempengaruhi murid-murid yang
lain. Justeru, saya perlu mempunyai sikap yang adil dalam apa sahaja perkara yang
dilakukan agar saya dapat memberikan hak yang sama rata kepada semua murid saya
6

Tugasan Projek
EDU 3083
Nordina
binti
tanpa dipengaruhi oleh apa jua sekalipun. Sikap adil ini sekiranya diamalkan dalam
kehidupan saya sebagai seorang guru sudah pasti akan dapat memperkembangkan lagi
profesionalisme dalam diri saya.Ini bertepatan dengan pendapat Ryans (1964) bahawa guru
yang efektif ialah guru yang memiliki ciri ciri peribadi seperti bersikap adil dan tidak memilih
kasih.
Sifat amanah yang dinyatakan oleh Md. Nasir Masran juga tidak kurang pentingnya
dalam membantu perkembangan profesionalisme saya. Amanah mempunyai berkaitan
dengan kepercayaan yang diberikan kepada seseorang individu untuk melakukan sesuatu
tugas atau perkara yang dipertanggungjawabkan. Menurut M. Ali Hassan (1978), Amanah itu
adakalanya berbentuk titipan benda, rahsia, tugas, jabatan dan sebagainya Dalam konteks
profesionalisma keguruan, seseorang guru harus mempunyai sikap amanah. Saya sebagai
seorang guru telah dipertanggungjawabkan oleh masyarakat dan negara untuk mendidik,
mengasuh, membimbing dan membentuk anak murid menjadi insan yang berguna, berdaya
saing, berinovasi, sentiasa ingin maju dan sebagainya kepada bangsa dan negara. Saya
perlu menyampaikan ilmu dan fakta yang benar serta melaksanakan setiap tugas yang
diamanahkan sama ada oleh pihak kementerian, jabatan, sekolah dan masyarakat selagi ia
berkaitan dengan profesion seorang guru.. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran,
saya juga perlu menerapkan nilai amanah dalam diri murid dengan tegas terhadap tugasan
yang diberikan agar ia dihantar tepat pada waktunya dan jujur iaitu tidak meniru tugasan
atau kerja rumah.. Saya juga perlu menyiapkan tugas yang diamanahkan kepada saya tepat
pada masanya tanpa bertangguh atau menyerahkannya kepada rakan sejawat yang lain. Ini
sudah tentu akan membantu saya meningkatkan profesionalisme saya dalam profesiaon
perguruan di sekolah. Sifat amanah yang digalas seorang guru melambangkan integriti
dirinya sendiri yang merupakan satu tanggungjawab yang amat besar dan perlu dilunaskan
sebaik mungkin.
Tanggungjawab adalah satu istilah yang mempunyai hubungan yang sangat
rapat dengan profesion perguruan.Oleh itu saya perlu betul-betul memahami apakah
yang dimaksudkan dengan tanggungjawab seorang guru agar ianya dapat membantu saya
meningkatkan profesionalisme keguruan saya. Ridwan Halim ( 1988 ) mendefinisikan
tanggungjawab sebagai suatu akibat lebih lanjut dari pelaksanaan peranan, baik peranan itu
merupakan hak maupun kewajipan ataupun kekuasaan. Guru mempunyai tanggungjawab
terhadap pelajar, rakan sejawat, masyarakat dan negara juga tanggungjawab terhadap ibu
bapa. Saya perlu melaksanakan tanggungjawab seorang guru terhadap anak murid iaitu
dengan mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar daripada hal-hal yang lain dan
7

Tugasan Projek
EDU 3083
Nordina
binti
mengambil berat tentang permasalahan pelajar tidak kira apa juga keadaan, agama, dan
bangsa. Saya perlu membimbing atau mengajar pelajar tanpa mengharapkan ganjaran dan
sentiasa memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan
kursus ikhtisas , mesyuarat atau seminar supaya pengajaran saya mencapai mutu yang
setinggi tingginya demi masa depan pelajar.
Tanggungjawab terhadap rakan sejawat pula ialah tidak membuat sebarang
kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru. Amalan saling
tolong-menolong, sikap toleransi dan menghormati guru-guru yang lain adalah senario guru
di sekolah yang seharusnya saya amalkan. . Oleh itu, sikap membantu rakan sejawatan
terutamanya mereka yang baru menyertai profesion perguruan merupakan tanggungjawab
yang perlu saya laksanakan di sekolah agar profesionalisme dalam diri saya dapat
ditingkatkan lagi.
Tanggungjawab guru kepada masyarakat dan negara iaitu tidak menyebarkan
sesuatu ajaran yang boleh mencemarkan nama baik negara ataupun ajaran yang
bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukun Negara juga memupuk sikap dalam diri pelajar
agar menjadi warganegara yang taat setia, dan menghormati adanya perbezaan
kebudayaan keturunan dan agama. Nilai murni yang diamanahkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia perlu diutamakan bagi mencerminkan keperibadian saya sebagai
seorang guru yang profesional..
Tanggungjawab guru terhadap ibu bapa, saya perlu mewujudkan hubungan yang
mesra dan kerjasama yang erat serta merahsiakan segala maklumat kepada ibu bapa demi
kepentingan anak-anak mereka. Saya perlu menggunakan maklumat yang diterima
daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan
kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan ibu bapa terhadap
guru. Tanggungjawab yang dilaksanakan dengan cekap dapat meningkatkan peranan
profesional keguruan saya.
Saya juga perlu memiliki akhlak mulia seperti yang dinyatakan oleh Md. Nasir
Masran dalam usaha meningkatkan profesion saya. Seorang pendidik perlulah menjadi
tauladan yang baik kepada para pelajarnya ( Gamal, 2003 ) Mereka perlu sentiasa
menunjukkan contoh teladan kepada para pelajar, ini kerana sebagai seorang duta
ilmu,pengetahuan , kelakuan dan tindak tanduk mereka sentiasa diperhatikan ( Ab Halim,
Hamdi, Rosadah & Safani , 2013 ) . Oleh itu saya perlu melengkapkan diri dengan ilmu
pengetahuan dan akhlak mulia supaya ianya akan dicontohi serta memastikan
kelangsungan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan. Guru perlu meningkatkan
8

Tugasan Projek
EDU 3083
Nordina
binti
kemampuannya untuk membentuk pelajar agar memiliki keperibadian dan berakhlak mulia.
Menurut Jahangir Mahmud ( 2010 ), guru perlu berperanan sebagai pengurus,
fasilitator ,ahli psikologi, pakar rujuk, inovator, penilai,agen perubahan dan pemimpin. Dalam
kepelbagaian peranan seorang guru, guru seharusnya memilikisifat dan kualiti yang baik

dari segi peribadi, professional dan sosial agar dapat menjalankan tugas sebagai
pendidik dengan lebih sempurna. Guru yang berjiwa pendidik pasti mampu membimbing
pelajarnya untuk memiliki nilai keinsanan dengan kualiti peribadi dan jalinan sosial yang
baik. Menurut Rashidy Jamil al-Rashid (2011), bagi meningkatkan kualiti peribadi
seorang pendidik, pendidik seharusnya membersihkan jiwanya terlebih dahulu sebelum
membimbing manusia. Oleh itu matlamat atau tujuan pendidikan perlu jelas di kalangan
para pendidik sebelum mereka boleh membimbing pelajar kejalan yang lurus dan
seterusnya mampu membezakan diantara kebenaran dan kepalsuan (Wan Mohd. Noor,
2005).
Kriteria seorang guru yang kreatif juga turut disarankan oleh Md. Nasir Masran
bagi mencapai kecemerlangan peribadi. Kreatif dimaksudkan sebagai kebolehan untuk
mencipta serta menghasilkan sesuatu idea. Seorang guru yang berkesan sentiasa
memperbaiki diri untuk menjadi seorang yang kreatif. Guru yang mengamalkan ciri-ciri
kreatif bukan sahaja perlu menghasilkan dan mencipta benda baru, tetapi yang penting
seorang guru amat penting mengkaji, menyelidik ilmu dan kemahiran pengajaran bagi
menyampaikan ilmu pengetahuan kepada anak didiknya. Guru yang kreatif akan sentiasa
mencuba benda-benda dan idea-idea baru untuk menarik minat murid-muridnya dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Seorang guru yang berkesan sentiasa merebut peluang yang ada untuk
penambahbaikan bukan hanya untuk dirinya tetapi juga kepada murid-murid khususnya
dan pihak sekolah amnya. Imu yang diperolehi dapat dikongsi dan diguna bersama bagi
memajukan diri dan sekolah ditambah pula dengan kepesatan teknologi pada abad ini, jika
guru-guru tidak berusaha meningkatkan kemajuan diri dan mencuba benda-benda baru,
murid-murid akan mudah bosan dan seterusnya tidak berminat untuk mengikuti pengajaran
yang disampaikan oleh guru. Pendidikan dianggap paling berkuasa untukmempengaruhi
kreativiti seseorang individu itu (Aaser 1993). Di samping itu,pendidikan juga dianggap
sebagai faktor yang boleh dikawal oleh masyarakatberbanding faktor-faktor yang lain
(Levine 1996). Justeru itu ramai cendiakiawantermasuklah para pendidik, ahli psikologi, dan
ahli politik telah mempersoalkanperanan yang telah dimainkan oleh elemen-elemen penting
dalam pendidikanseperti kurikulum, sekolah dan lebih khusus lagi para guru dalam
membangunkankreativiti, kemahiran, sikap dan kemampuan pelajar (Levine 1996).
4.0 AMALAN REFLEKTIF DALAM KEGURUAN
9

Tugasan Projek
EDU 3083
Nordina
binti
Malaysia merupakan sebuah negara yang membangun dan sedang giat berusaha untuk
mencapai taraf sebuah negara maju. Oleh itu, pendidikan adalah bidang yang sangat
penting untuk dikukuhkan memandangkan kemajuan bagi sesebuah negara adalah
bergantung kepada kejayaan sistem pendidikan yang dijalankan. Sistem pendidikan yang
berjaya akan dapat membantu menghasilkan rakyat yang mempunyai kepakaran dari
pelbagai bidang.
Profesion perguruan adalah satu profesion yang mulia dan amat penting dalam proses
pembangunan manusia, masyarakat dan negara.Guru berperanan sebagai penyampai ilmu
dan kemahiran kepada pelajar dalam mencorak mereka.Ungkapan guru diibaratkan sebagai
lilin yang membakar diri bagi menyinarkan kehidupan para pelajar adalah sangat
bertepatan. Namun, sebagai guru, kita harus peka terhadap perubahan yang berlaku dalam
pendidikan.
Al-Farabi menggunakan pelbagai istilah untuk menerangkan konsep pendidikan yang
secara tak langsung merupakan peranan seorang guru. Baginya tujuan pendidikan ialah
untuk mendisiplin (tadib), melatih (tahdhib), membimbing (tasdid), mengajar (talim),
mengasuh (tarbiya), dan menaksir (taqwim). Tugas guru ialah untuk mendidik pelajar ke
arah mencapai kebahagiaan dan keseumpurnaan (bermoral tinggi) kerana manusia dicipta
untuk tujuan ini.
Menurut Al-Farabi, pendidikan adalah penting untuk semua orang kerana tanpa
pendidikan, manusia tidak akan mencapai kebahagian dan kesempurnaan yang diidamidamkan. Amalan dan pemikiran refleksi terhasil daripada cetusan idea yang dikemukakan
oleh Dewey (1933) dalam bukunya yang berjudul How We Think. Walaupun gagasan idea
ini sudah agak ketinggalan zaman namun penggunaannya dalam bidang perguruan tidak
dapat dipisahkan.
Ini dibuktikan dengan wujudnya pelbagai kajian berkenaan pemikiran dan amalan
refleksi yang dilaksanakan oleh para penyelidik pendidikan di seluruh dunia dari semasa ke
semasa (Van Manen, 1977; Schon, 1983; Boud et al., 1985; Pollard dan Tann, 1990; Hatton
dan Smith, 1995; McAlpine et al., 1999; Corcoran dan Leahy, 2003; Nor hasniza dan
Muhammad Yusof, 2005; Nor Hasniza et al., 2006; Ooi, 2006).
Oleh yang demikian , wajarlah setiap orang guru sentiasa merefleksi proses
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Ia bagi tujuan memperbaiki prestasi
pengajarannya. Melakukan amalan refleksi dapat membolehkan guru membuat penilaian
kendiri. Dengan kata lain guru tersebut mengamalkan tindakan reflektif iaitu satu bentuk
inkuri refleksi kendiri terhadap amalan yang dilakukan, di mana guru menjadi lebih sedar
terhadap amalan mereka sendiri dan menjadi lebih kritis terhadap amalan tersebut.

10

Tugasan Projek
EDU 3083
Nordina
binti
Jurnal Reflektif (JF) juga dikenali sebagai log pembelajaran adalah himpunan rekod
yang didokumenkan berasaskan pengalaman pembelajaran. Ia adalah kerangka yang
membolehkan seseorang individu merekod, mencatat dan membuat maklum balas terhadap
permasalahan yang diperhatikan serta memberikan respons terhadap permasalahan
tersebut. Setiap maklumat yang telah dirakam boleh digunakan kembali untuk membuat
penafsiran, analisis, dan kritikan berdasarkan cara berfikir dan konteks yang dialami oleh
guru. Jurnal yang dihasilkan juga boleh sama ada dalam bentuk penulisan, paparan imej,
lakaran, dan lain-lain jenis sumber rujukan yang berkaitan.
Jurnal Reflektif dapat digunakan bagi tujuan merekodkan pembangunan ideaidea dan wawasan guru / atau kumpulan. Manakala konteks yang diberikan dan ia boleh
melibatkan konsep, idea, dan isi atau permasalahan yang dihadapi dalam konteks
pengajaran dan pembelajaran.

merenung kembali kandungan subjek dan pengalaman

peribadi sebagai satu cara untuk meningkatkan pemahaman penyelesaian masalah.


menganalisis pembelajaran kendiri yang bersesuaian dengan diri sendiri untuk dikongsi
bersama ke arah memajukan diri orang lain.

Ia dapat membina suatu kerangka

pembelajaran yang baru bersesuaian dengan keperluan semasa berasaskan pengalaman


peribadi serta persekitaran.
Refleksi memberi peluang guru menganalisis diri serta menyedari tentang
kekuatan dan kelemahan diri. Dengan ini, guru dapat membuat pengubahsuaian serta
membaiki proses pembelajaran mereka dengan efektif. Antara strategi yang boleh dilakukan
oleh guru untuk meningkatkan profesionalisme mereka ialah penulisan jurnal/reflektif. Ia
sebagai jentera untuk mereflek secara sistematik dan merangsangkan pemikiran reflektif.
Kajian menunjukkan aktiviti ini merupakan salah satu strategi terbaik untuk mendorong guru
mengamalkan penyiasatan reflektif dan penilaian kendiri terhadap isu-isu pengajaran dan
pembelajaran (Bolin, 1988; Richert, 1990; Zeichner & Liston, 1987).
Portfolio ialah satu koleksi dokumen pencapaian dan langkah-langkah yang
dapat diambil dan dilakukan untuk melengkapkannya. Koleksi ini merupakan satu usaha
dan kerjasama dalam kalangan guru dan pelajaruntuk menentukan tujuan, kandungan dan
kriteria penilaian ke atas Portfolio. Penilaian portfolio dibuat berdasarkan kepada koleksi
pelajar sepanjang tahun. Ia merupakan salah asatu cara yang terbaik untuk menunjukkan
pencapaian akhir dan cara menunjukkann apa yang pelajar benar-benar boleh lakukan.Ia
menunjukkan pencapaian pelajar dari segi kerja bertulis, seni, projek sains, pemikiran
sejarah atau matematik. Akhirnya Portfolio adalah satu cara untuk memotivasikan pelajar ke
tahap yang lebih tinggi.

11

Tugasan Projek
EDU 3083
Nordina
binti
Satu lagi strategi guru mampu meningkatkan profesionalisme diri ialah
menjalankan penyelidikan tindakan tentang semua aspek yang berkaitan dengan
pengajaran. Idea-idea baru tentang kaedah-kaedah mengajar dalam pengajaran perlu
diterokai. Budaya penyelidikan, penulisan dan pembacaan wajib dipupuk di kalangan guru
untuk

meningkatkan

perkembangan

profesionalisme

diri

serta

bertindak

secara

professional.
Ia merupakan satu jenis penyelidikan yang berbentuk renungan kendiri dan
melibatkan penyelidik sendiri mengkaji amalan yang lazim dalam bidang tugas mereka.I
adalah satu kaedah penyelidikan yang kini digunakan dengan meluas dalam pendidikan.
Kebanyakan guru menggunakannya dengan tujuan memperbaiki pengajaran mereka.
Kaedah ini juga menggalakkan guru memikirkan dengan mendalam tentang pengajaran
mereka.Guru dengan ini mengumpulkan dan membuat pentafsiran data untuk memahami
dengan mendalam aspek-aspek tertentu pengajaran dan berlainan dengan kaedah
penyelidikan lain kerana ia bertumpu kepada penyelidik melihat diri sendiri dan memperbaiki
pengajaran. Bagi meningkatkan profesionalisme, setiap guru perlu memperbaiki dirinya
dengan mengubah kelazimannya. Ia suatu proses di mana guru menyemak semula,
membaharui dan melanjutkan komitmen mereka sebagai agen perubahan terhadap tujuan
pengajaran; mereka menguasai dan memperkembangkan secara kritikal pengetahuan,
kemahiran serta kecerdasan pelbagai yang diperlukan dalam pengajaran (Day, 1999). Salah
satu dimensi profesionalisme ialah kerelaan untuk melanjutkan pemahaman mereka
terhadap pengajaran dan menghalusi kesenian mereka.
Profesion keguruan merupakan profesion yang tertua di dunia dan kini memasuki
satu lagi era baharu. Peranan guru pada masa dahulu hanya tertumpu sebagai penyampai
ilmu. Berbanding sistem pemudah pendidikan kini, guru lebih banyak berperanan sebagai
pemudah cara pengetahuan yang seharusnya lebih bersedia dan peka dalam
melahirkan dan menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan
berkesan. Selaras dengan perubahan peranan pendidik , guru harus lebih inovatif, kreatif
dan efektif dalam penyampaiannya serta sentiasa memikirkan pendekatan baharu untuk
mengadaptasikan amalan mereka dengan kehendak pelajar sebagai knowledge worker
dalam era revolusi maklumat abad ke-21.
Guru

yang

professional

juga

perlulah

menguasai

kemahiran

untuk

menggunakan teknologi maklumat. Ini kerana bidang pendidikan sentiasa berkembang


dan mengalami perubahan mengikut tuntutan zaman, perkembangan pesat percantuman
teknologi-teknologi telekomunikasi dan internet serta globalisasi dunia telah banyak
12

Tugasan Projek
EDU 3083
Nordina
binti
membawa pelbagai cabaran kepada kerjaya perguruan. Ilmu dan kemahiran dalam
teknologi dan info komunikasi yang dikuasai guru dapat digunakan sebagai pemangkin
kearah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti.
Profesionalisme

perguruan

seterusnya

memerlukan

seorang

guru

berpengetahuan dan berdaya fikir serta berakhlak. Guru dalam profesion keguruan ini
perlu menjadi seorang tokoh yang serba tahu, khususnya setiap aspek yang berkaitan
dengan sistem pendidikan. Guru diharapkan dapat membawa isu-isu semasa untuk
perbincangan dan mencari penyelesaiannya bersama-sama murid di dalam kelas.
Guru
perjumpaan

boleh
dengan

meningkatkan
guru-guru

profesionalisme

lain

di

Pusat

diri

Kegiatan

dengan
Guru

mengadakan
(PKG)

untuk

membincangkan dan membuat refleksi sesama mereka pengalaman mengajar topiktopik tertentu di samping mendapat input-input baru daripada fasilitator yang pakar
dalam bidang-bidang tertentu. Guru-guru dapat menilai diri sendiri tentang pengajaran,
memperoleh maklumbalas daripada rakan-rakan, membaca penulisan reflektif rakan-rakan
dan berkongsi maklumat tentang strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran. Apabila
mereka mereflek dan membincang sesama rakan tentang pengalaman pengajaran, mereka
akan menjadi more thoughtful teachers. Dengan cara ini, guru akan dapat menambahkan
ilmu, ketrampilan dan berkongsi pengalaman bagaimana hendak memilih strategi terbaik
untuk menyelesai masalah pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata pelajaran seperti
yang dinyatakan oleh Fullan dan Hargreaves (1993) bahawa guru perlukan interactive
professionalisme.
Perkembangan profesionalisme guru secara berterusan adalah aspek yang
patut ditekankan oleh pentadbiran dan Institusi Pendidikan termasuk sekolah. Ianya
perlu dijadikan sebagai aktiviti wajib dalam usaha untuk menginstitusikan konsep
pembangunan sumber manusia. Sekiranya aspek ini tidak dititikberatkan ianya akan
menjejaskan profesion perguruan.
Seiring dengan arus perubahan dalam era teknologi dan globalisasi guru sentiasa
perlu membuat refleksi mendalam tentang diri sendiri dan amalan pengajaran dan
pembelajaran. Usaha guru untuk meningkatkan profesionalisme diri dari segi keilmuan,
ketrampilan dan kemahiran serta pembentukan sahsiah yang berakhlak mulia perlu
dititikberatkan. Ini kerana kualiti guru adalah asas kepada kecemerlangan pelajar dan
sekolah. Manakala kewibawaan guru adalah tunggak kepada profesionalisme guru.
13

Tugasan Projek
EDU 3083
Nordina
binti

Bibliografi
Syed Ismail Syed Mustapa dan Ahmad Subki Miskon (2013).Asas Kepimpinan &
Perkembangan Profesional. Selangor : Penerbitan Multimedia sdn. Bhd
Fatimah Bunyamin (2012). Nota Cinta untuk Guru. Kuala Lumpur: Must Read Sdn. Bhd.
Norbi Husin (2011). Memecah Masalah (Soal Jawab Guru). Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Abdullah Md Zain. (2007). Ulul Albab: Pendekatan Islam Hadhari kea rah melahirkan modal
insan terbilang. Kertas Kerja Seminar Ulul Albab. Anjuran JAKIM. Kuala Terengganu,
21 September 2006.hal 40.
Boon, P. Y. (2002). Amalan Reflektif Kearah Peningkatan Profesional Guru. Journal
IPBA/Jilid 3 : Bil 2.
Dr Abd Yusof. (2007). Guru dan kepentingan amalan reflektif: satu kajian kes. Journal
Akademik, Institut Perguruan Kota Bharu. Jilid 13.
Ishak Saat. (2009). Pendidikan Negara Bangsa Malaysia. Shah Alam: Karisma Publications
Sdn Bhd.
Md. Nasir Masran (2000), Guru Cemerlang: Personaliti dan Kemahiran (Prosiding Seminar
Kebangsaan penyelidikan dan pembangunan dalam pendidikan 2000 : Bahagian
Pendidikan Guru, KPM
https://www.scribd.com/doc/19389892/Jurnal-Sosialisasi-Guru-Permulaan-Di-SekolahRendah
http://deriakacamata.blogspot.com/

14