Anda di halaman 1dari 25

Arahan : Tiap-tiap soalan yang berikut diikuti oleh empat jawapan pilihan iaitu A,

B, C, dan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan rajah berikut.

Ancaman Siam
Ancaman Bugis

Kedaulatan Kedah
Tercabar

1. Ancaman ini menyebabkan Sultan Kedah bertindak..


A meminta bantuan Inggeris
B menghantar ufti kepada Siam dan Bugis
C berpakat dengan Perak menyerang Bugis
D mengadakan kerjasama dengan Perancis

Soalan 2 berdasarkan rajah yang berikut.

Keperluan tanah untuk pertanian

Sultan Dziauddin memerlukan bantuan

2. Rentetan keadaan di atas membawa kepada..


A Perjanjian Burney 1826
B Perjanjian Inggeris – Kedah 1786
C Pendudukan SHTI di Pulau Pinang
D Pengambilan Seberang Perai oleh SHTI

NSR
Soalan 3 berdasarkan petikan yang berikut.

Beta kecewa dengan Perjanjian yang dibuat


antara beta sendiri, kekanda Temenggung
Abdul Rahman dan Residen John Crawfurd.
Sultan Hussein,
Ogos 1824

3. Apakah tindakan Sultan Hussein atas kekecewaan ini?


A Membunuh John Crawfurd
B Menyerang British di Singapura
C Menyerahkan kuasa kepada Temenggung Abdul Rahman
D Meninggalkan istananya di Kampung Gelam, Singapura

4. Apakah isi-isi penting Perjanjian Inggeris – Belanda 1824?


I Melaka ditukarkan dengan Bangkahulu
II Belanda mengiktiraf petempatan British di Singapura
III British bebas berdagang di keseluruhan Kepulauan Melayu
IV British berjanji tidak akan membuka petempatan baru di selatan Singapura

A I, II, dan III


B I, II, dan IV
C I, III, dan IV
D II, III, dan IV

NSR
Soalan 5 berdasarkan rajah yang berikut.

Gabenor Negeri-negeri Selat

Residen Konsuler

5. Rajah di atas menunjukkan struktur pentadbiran Negeri-negeri Selat pada


tahun 1826. X merujuk kepada..

A Residen
B Residen AM
C Pesuruhjaya Tinggi
D Gabenor Jeneral British di India

Rajah di bawah menunjukkan perubahan dasar pentadbiran British di Tanah Melayu.

Dasar tidak Dasar campur


campur tangan tangan

6. Apakah faktor yang menyebabkan perubahan dasar tersebut?


I Kekayaan hasil laut
II Kekacauan kongsi gelap Cina
III Persaingan dengan kuasa Barat lain
IV Penindasan raja-raja Melayu ke atas pedagang

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

NSR
Rajah di bawah menunjukkan perebutan untuk menguasai Sungai Linggi.

Dato’ Kelana
Sungai Linggi
Dato’ Bandar

7. Apakah keistimewaan Sungai Linggi?


A Pusat pentadbiran
B Pusat pengeluaran bijih timah
C Perhubungan utama ke Melaka
D Pelabuhan perdagangan di Selat Melaka

Jadual di bawah berkaitan dengan pemimpin di negeri-negeri Melayu.


Tokoh Negeri Tahun
Sultan Abdullah Perak 1874
Dato’ Kelana Sungai Negeri Sembilan 1874
Ujong

8. Tokoh tersebut berkaitan dengan


A pernah dibuang negeri
B pernah dibantu oleh Brisih
C pernah bekerjamasa dengan Siam
D pernah diserang oleh kongsi gelap

Jadual di bawah menunjukkan pegawai British di negeri Melayu.


Tokoh Negeri
Martin Lister Negeri Sembilan
J. G. Davidson Selangor

9. Mengapakah pihak British melantik tokoh tersebut?


A Memilih pembesar tempatan
B Memperkenalkan budaya Barat
C Menjadi pengerusi Mesyuarat Negeri
D Menasihati sultan dalam pemerintahan
Penyataan di bawah menerangkan ketokohan Sultan Perak.

Sultan Perak, iaitu Sultan Idris telah mengkritik


pemusatan kuasa di tangan Residen Jeneral. NSR
10. Apakah perkara yang diperjuangkan oleh baginda?
I Menghapuskan jawatan Residen Jeneral
II Mengiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
III Memberi jawatan yang tinggi kepada orang Melayu
IV Meningkatkan taraf pendidikan orang Melayu
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

Kedah
Perlis
Kelantan
Terengganu

11. Senarai di atas merupakan wilayah yang dikuasai oleh British melalui
perjanjian British dengan Siam pada tahun 1909. Apakah faktor utama yang
mendorong British untuk bertindak sedemikian?
A Permintaan daripada Siam
B Kekayaan hasil bumi di negeri tersebut
C Perebutan kuasa antara pembesar tempatan
D Kebimbangan terhadap campur tangan kuasa lain

Negeri Penasihat
Kedah William George Maxwell

NSR
Perlis Meadowe Frost

12. Jadual di atas menunjukkan penempatan Penasihat British di Tanah Melayu.


Apakah isu yang menyebabkan perbalahan antara Penasihat British dengan
pembesar tempatan?
A Pajakan tanah
B Sistem perhambaan
C Sistem pengangkutan
D Pembahagian bidang tugas

Dato’ Jaafar bin Muhammad


Dato’ Abdul Rahman bin Andak
Dato’ Muhammad Salleh bin Perang

13. Senarai di atas merupakan tokoh-tokoh bersejarah di negeri Johor. Apakah


peranan ketiga-tiga tokoh tersebut?
A Membantu memelihara kedaulatan Johor
B Menentang sistem pentadbiran Barat di Johor
C Menentang pelantikan Penasihat British di Johor
D Membantu memajukan pendidikan Inggeris di Johor

Dato’ Abdul
Rahman bin Andak
X
Dato’ Jaafar bin Hj.
Muhammad

14. Berdasarkan rajah di atas, jawatan X dalam sistem pentadbiran Johor ialah
A Pegawai Daerah
B Penasihat Kewangan
C Pegawai Penterjemah Menjadi Timbalan Menteri
D Setiausaha Kerajaan yang pertama

Dato’ Muhammad Mendapat gelaran Bapa


Ibrahim Munsyi Pendidikan Melayu Johor
NSR

X
15. Rajah di atas menerangkan sumbangan seorang tokoh yang telah berjasa
kepada negeri Johor. Apakah X?
A Menyekat kuasa British dalam pentadbiran negeri Johor
B Memartabatkan bahasa Melayu
C Melukis peta pembangunan negeri
D Mewajibkan pendidikan semua rakyat

Pentadbir Sarawak
• Menteri Darat
• Temenggung

16. Maklumat di atas menunjukkan ketua tempatan di Sarawak. Apakah


tanggungjawab ketua tempatan tersebut?
A Memajukan perdagangan
B Menjadi penasihat Sultan Brunei
C Memungut cukai daripada rakyat
D Mengukuhkan kuasa Sultan Brunei

Tahun Peristiwa
1841 Perjanjian antara Pangeran Raja Muda Hashim dengan
James Brooke

NSR
17. Jadual di atas menunjukkan perjanjian yang ditandatangani di Sarawak.
Apakah kandungan perjanjian tersebut?
I James Brooke memerintah negeri Sarawak
II James Brooke membayar 2500 dolar kepada Sultan Brunei
III James Brooke dilantik sebagai penasihat Sultan Brunei
IV James Brooke harus menghormati adat istiadat orang Melayu

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

18. James Brooke mendapatkan nasihat daripada pembesar tempatan di Sarawak


untuk mentadbir. Mengapakah James Brooke berbuat demikian?
I Mengekalkan nilai tradisi tempatan
II Melemahkan pengaruh pembesar tempatan
III Mendapatkan kerjasama pembesar Brunei
IV Menamatkan kebangkitan orang Bidayuh

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

19. Kegiatan ekonomi di Sarawak berkembang pesat disebabkan kekayaan hasil


perlombongan seperti
I besi
II emas
III minyak

NSR
IV arang batu

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

Pada tahun 1924, sebuah Jabatan


Pelajaran telah ditubuhkan di Sarawak

20. Pernyataan di atas mengenai penubuhan Jabatan Pelajaran di Sarawak.


Apakah tujuan penubuhan jabatan tersebut?
A Memantau pergerakan guru
B Melicinkan pentadbiran sekolah
C Menyekat penubuhan sekolah Cina
D Mengawal perkembangan pendidikan di Sarawak

Overbeck dan Dent

Perjanjian dengan Sultan Brunei Perjanjian dengan Sultan Sulu


(1877) (1878)

21. Rajah di atas menunjukkan perjanjian yang ditandatangani oleh Overbeck dan
Dent. Apakah kesan perjanjian tersebut?
A Penguasaan Sabah oleh British
B Pemimpin tempatan hilang kuasa
C Pemberontakan rakyat ditamatkan
D Persaingan kuasa Barat ditamatkan

Mahkamah Majistret
Mahkamah di
Sabah
Mahkamah Anak Negeri

NSR
22. Rajah di atas mengenai mahkamah di Sabah. Semasa pentadbiran SBUB,
mahkamah majistret bertanggungjawab mengendalikan kes
I culik
II bunuh
III rompakan
IV penceraian

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

23. Apakah cukai yang dikenakan oleh Syarikat Borneo Utara British kepada
rakyat Sabah untuk menghasilkan pendapatan?
I Cukai sirih
II Cukai kepala
III Lesen perahu
IV Lesen memburu

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

Sekolah Latihan bagi anak-anak Ketua


Anak Negeri

NSR
24. Pernyataan di atas mengenai sekolah yang ditubuhkan pada tahun 1909.
Apakah tujuan sekolah tersebut ditubuhkan?
A Memodenkan sistem pendidikan
B Menghasilkan guru-guru sekolah Melayu
C Memberi pendidikan sebelum ke luar negeri
D Menyediakan pegawai tadbir peringkat rendah

Lahad Datu
Jesselton
Sandakan

25. Senarai di atas merupakan bandar utama di Sabah. Apakah persamaan ketiga-
tiga bandar tersebut?
A Pusat pelabuhan
B Pusat pentadbiran
C Pusat pembalakan
D Pusat perlombongan

26. Syarikat Borneo Utara British membawa masuk buruh asing untuk
menampung kekurangan tenaga buruh di Sabah. Apakah kesan kemasukan
buruh tersebut?
A Kewujudan dwiekonomi
B Kebangkitan rakyat tempatan
C Menghadapi masalah kongsi gelap
D Kewujudan masyarakat berbilang kaum

Cengkih
Buah pala

NSR
27. Senarai di atas merupakan tanaman dagangan yang diusahakan di Pulau
Pinang. Mengapakah Pulau Pinang menggiatkan tanaman tersebut?
A Buruhnya ramai
B Tanahnya subur
C Harganya tinggi
D Modalnya rendah

Gambir
Lada hitam

28. Senarai di atas berkaitan dengan Sistem Kangcu di Johor. Kemajuan tanaman
tersebut mempunyai kaitan dengan
A campur tangan British
B kedatangan Buruh India
C kemasukan orang Cina
D penanaman modal Eropah di Tanah Melayu

Beberapa jenis tanaman dagangan


Kurun ke 20 tradisional menjadi kurang penting
disebabkan harganya yang kurang stabil

29. Apakah langkah yang telah diambil oleh British untuk menghadapi masalah
di atas?
A Mengurangkan pengambilan
B Mengurangkan kos tanaman
C Memperkenalkan tanaman baru
D Mengurangkan baka yang lebih bermutu

Tanaman kopi diperkenalkan dan


diusahakan secara besar-besaran di Perak,
Selangor, Negeri Sembilan dan Johor

NSR
30. Mengapakah British mengambil tindakan di atas?
A Tanah pertanian yang sesuai
B Mempunyai buruh yang mahir
C Percubaan menanam getah gagal
D Harga kopi tinggi di pasaran dunia

Perkembangan Kawasan Penanaman Getah


Tahun Kawasan (ekar)
1897 345
1910 500 ribu
1914 1.5 juta

31. Berdasarkan jadual di atas, apakah faktor yang menyebabkan peningkatan


kawasan penanaman tersebut?
A Penghapusan cukai eksport
B Galakan daripada pembesar tempatan
C Kejatuhan harga kopi di pasaran dunia
D Tiada persaingan dengan tanaman lain

32. Perusahaan bijih timah di Tanah Melayu pada kurun ke-19 telah mengalami
beberapa perubahan besar. Apakah perubahan tersebut?
A Kapal korek telah digunakan
B Industri mengetin mula berkembang
C Tanah Melayu menyertai Majlis Timah Antarabangsa
D Kemasukan buruh Cina secara beramai-ramai

33. Antara berikut, yang manakah kesan daripada perkembangan perusahaan


melombong timah di Tanah Melayu pada kurun ke 19?
I Perpindahan orang Melayu dari luar bandar ke kawasan bandar
II Kemasukan beramai-ramai orang Cina ke Tanah Melayu
III Campur tangan British dalam hal ehwal Negeri-negeri Melayu
IV Pembinaan landasan kereta api yang menghubungkan bandar dengan

NSR
pelabuhan

A I, II, dan III


B I, II, dan IV
C I, III, dan IV
D II, III, dan IV

Bahan ini digunakan untuk membuat alatan yang


digunakan dalam pembedahan serta membuat
penebat kabel telegraf dasar laut. Bahan ini juga
boleh digunakan untuk membuat bola golf.

34. Maklumat di atas merupakan kegunaan bagi


A getah
B damar
C getah perca
D getah jelutung

Negara Cara Kemasukan Buruh ke Tanah Melayu


China Sistem Kontrak
India Sistem Kangani

35. Apakah persamaan antara kedua-dua sistem di atas?


I Tambang dibayar
II Majikan ditetapkan

NSR
III Latihan kemahiran diberi
IV Tempoh bekerja ditentukan

A I, II, dan III


B I, II, dan IV
C I, III, dan IV
D II, III, dan IV

36. Rajah di bawah berkaitan dengan kegiatan ekonomi di Tanah Melayu.

Kemajuan Perindustrian di Eropah

Perkembangan sistem perhubungan


X
Penggunaan kapal korek

Tenaga buruh ramai

Pada pendapat anda, apakah kegiatan ekonomi X yang ditunjukkan dalam


rajah tersebut?
A Perkembangan dalam perusahaan getah tiruan
B Perkembangan perusahaan pembalakan kayu meranti dan kayu cengal
C Perkembangan perusahaan lada hitam dan kelapa sawit
D Perkembangan perlombongan bijih timah

Jadual di bawah menunjukkan usaha membebaskan Kedah daripada Siam.


Tahun Perkara
1823 Sultan Kedah berjuang
1831 mengembalikan kedaulatan Kedah dari
1836 Siam tetapi gagal

37. Apakah punca kegagalan usaha tersebut?

NSR
A Taktik peperangan Siam terancang
B British memberi bantuan kepada Siam
C Kelengkapan perang Siam moden
D Pembesar Kedah bekerjasama dengan Siam

Pernyataan di bawah berkaitan dengan peristiwa pada tahun 1842.

Wilayah Perlis, Setul, dan Kubang


Pasu diasingkan dari Kedah

38. Apakah kesan daripada pengasingan tersebut?


A Kedah menjadi naungan British
B Siam mengembalikan takhta Kedah
C Kedah menghantar ufti kepada Siam
D Siam menyerahkan Pulau Pinang kepada Kedah

39. Apakah faktor yang membantu kemenangan British ke atas Dol Said pada
tahun 1832?
I Bekalan makanan disekat
II Rembau memberi bantuan
III Taktik gerila digunakan
IV Singapura memberi bantuan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Maklumat di bawah berkaitan dengan pendirian Dol Said.

Naning ialah negeri yang bebas dan berdaulat.


Rakyat Naning tidak perlu mematuhi perintah dan
arahan British

40. Mengapakah beliau berpendirian demikian?

NSR
A British menyerang Naning
B British menghantar Residen
C British melaksanakan buruh paksa
D British memperkenalkan cukai baru

Senarai di bawah berkaitan dengan pahlawan Sarawak.

Digelar Raja Darat


Berkuasa di Ulu Sungai Skrang
Membina kubu di Bukit Sadok

41. Tokoh tersebut ialah


A Asun
B Rentap
C Banting
D Syarif Masahor

Rajah di bawah berkaitan dengan peristiwa pada tahun 1854

James Brooke Menawan kubu Rentap di Sungai Lang


dan membakar perkampungan Rentap

42. Apakah tindak balas Rentap selepas peristiwa tersebut?


A Menyerang Sungai Skrang
B Menyerang Sungai Rajang
C Membina kubu di Bukit Sadok
D Membina kubu di Nanga Skrang

Rajah di bawah berkaitan dengan tokoh yang terlibat dalam pakatan sulit di
Sarawak pada tahun 1860.

Sharif Masahor

Pakatan Sulit Datu Patinggi Abdul Ghapur

Temenggung Hashim
NSR
43. Apakah tujuan pakatan tersebut?
A Menyerang Kanowit
B Membina kubu di Sarikei
C Berdamai dengan kerajaan Brooke
D Menyerang Kuching bagi menggulingkan Brooke

Peristiwa di bawah berlaku pada 2 November 1875

Birch tiba di Pasir Salak untuk menyebarkan surat pengisytiharan


mengambil hak memungut cukai oleh British.
Kesempatan ini digunakan oleh Dato’ Maharaja Lela untuk
membunuhnya.

44. Apakah kesan serta-merta pembunuhan Birch tersebut?


A British menyerang Pasir Salak
B British memperkenalkan sistem Residen
C British tidak mencampuri hal ehwal adat
D British telah menyerahkan semula kuasa Sultan

Pernyataan di bawah berkaitan dengan peristiwa pada 2 Oktober 1875.

Sultan Abdullah didesak menandatangani


pengisytiharan penyerahan kuasa.

45. Apakah kuasa Residen selepas pengisytiharan tersebut?

NSR
I Mentadbir tanah
II Melantik penghulu
III Mengurus kutipan cukai
IV Melantik pengganti sultan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

Rajah di bawah berkaitan dengan peristiwa pada tahun 1875.

P.J Murray Menghantar juruukur dan tentera ke


Terachi

46. Apakah alasan P.J Murray untuk mengambil tindakan tersebut?


A Mengambil alih pentadbiran
B Memaksa penduduk membayar cukai
C Mendesak penduduk menerima Residen
D Menyiasat perbalahan antara Dato’Kelana dengan Yamtuan Antah

47. Mengapakah tindakan E. A. Wise mendirikan balai polis di Lubuk Terua


ditentang oleh Dato’ Bahaman?
A British menangkap anak buahnya
B British telah menceroboh kawasannya
C British mengawal penduduk di wilayahnya
D British memaksa penduduk membayar cukai
Pernyataan di bawah merupakan peristiwa pada 16 Disember 1891.

British menangkap tiga orang pengikut Dato’ Bahaman

48. Mengapakah British mengambil tindakan tersebut?


A Mereka memiliki hamba
B Mereka telah menyerang balai polis

NSR
C Mereka mengutip cukai tanpa kebenaran
D Mereka mengutip hasil hutan tanpa kebenaran

Rajah di bawah mengenai kebangkitan Mat Salleh.

Mat Salleh Menentang pentadbiran SBUB di


Sabah

49. Apakah faktor yang menyebabkan kebangkitan tersebut?


I Perkampungan dibakar
II Perjuangan sebagai jihad
III Penangkapan anak buahnya
IV Pelucutan gelaran jawatan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

50. Antara berikut yang manakah menunjukkan kejayaan Mat Salleh menentang
SBUB?
I Menguasai Inanam
II Menyerang Ambong
III Membakar Pulau Gaya
IV Mengambil alih Tambunan

A I dan II

NSR
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

51. Bagaimanakah SBUB bertindak menghapuskan kebangkitan pengikut


Antanom?
I Membuang daerah
II Merampas harta benda
III Menjadikan buruh paksa
IV Mengarahkan mereka bersumpah taat setia

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

Rajah di bawah menunjukkan peristiwa kebangkitan pada tahun 1915.

Kebangkitan Tok Janggut Perasaan anti British

52. Bagaimanakah perasaan anti-British mendorong kebangkitan Tok Janggut?


A British memaksa rakyat menjadi buruh paksa
B British mencampuri hal ehwal adat masyarakat
C Kerajaan Patani menyeru rakyat Kelantan mengisytiharkan jihad
D Kerajaan Turki Uthmaniyah menyeru umat Islam menentang penjajah
Barat
Pernyataan di bawah berkaitan dengan peristiwa pada tahun 1928.

1000 orang petani berkumpul di Marang, Kuala


Telemong, dan Kuala Berang. Mereka
mengisytiharkan perang terhadap British

53. Antara berikut, yang manakah kejayaan perjuangan petani tersebut?


I Menguasai balai polis

NSR
II Mengibarkan bendera merah
III Menawan Kuala Terengganu
IV Menubuhkan kerajaan sementara

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

Soalan 54 berdasarkan senarai yang berikut.

Tok Janggut
Mat Salleh
Dato’ Bahaman

54. Mengapakah tokoh-tokoh seperti di atas sanggup berkorban dalam


menghadapi penjajah British?
A Untuk menebus maruah negara
B Untuk mendapat penghargaan generasi akan datang
C Untuk mendapat anugerah dan penghormatan negara
D Untuk memenuhi tuntutan masyarakat membebaskan diri dari penjajah

55. Apakah situasi yang berlaku di Asia Tenggara yang telah mempengaruhi
gerakan kebangsaan di Tanah Melayu?
I Perjuangan Jose Rizal menentang Sepanyol
II Perjuangan Parti Nasional Indonesia menentang Belanda
III Perjuangan Mahatma Ghandi menuntut kemerdekaan India
IV Perjuangan Dr. Sun Yat Sen menumbangkan kerajaan Manchu

A I dan II
B II dan III

NSR
C III dan IV
D I dan IV

Pelajar yang pulang dari Timur Tengah


telah memulakan Gerakan Islah di
negara kita. Mereka digelar Kaum
Muda.

56. Apakah matlamat perjuangan tokoh-tokoh Kaum Muda di atas?


A Menentang Kaum Tua
B Membebaskan tanah air dari penjajah
C Menghidupkan kembali adat resam lama
D Menyeru orang Islam kembali pada ajaran Islam

Raja Chulan
Dato’ Onn Jaafar
Ishak Haji Muhammad

57. Senarai tokoh di atas adalah golongan intelektual berpendidikan Inggeris


yang memperjuangkan semangat kebangsaan melalui..
I penulisan
II sistem perundangan
III penubuhan madrasah

NSR
IV penubuhan persatuan

A I, II, dan III


B I, II dan IV
C I, III, dan IV
D II, III, dan IV

Abdul Samad Ahmad


• Serunai Pujangga
• Kapal Tiada Nakhoda
• Hari Kejatuhan Kita

58. Apakah mesej yang ingin disampaikan oleh Abdul Samad Ahmad melalui
puisi-puisi di atas?
I Menghidupkan adat resam lama
II Membangkitkan isu keagamaan
III Menyeru merebut peluang ekonomi
IV Menyuburkan perasaan cintakan bangsa

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

59. Mengapakah perjuangan KMM dianggap radikal?


I Membekalkan senjata kepada Jepun
II Ingin menyatukan Tanah Melayu dengan Indonesia
III Mengamalkan dasar tidak bekerjasama dengan British
IV Menyuarakan tentangan secara terbuka terhadap British

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

NSR
60. Mengapakah kejayaan Persaudaraan Sahabat Pena Melaya menganjurkan
persidangan kebangsaan dianggap sangat bermakna?
I Mampu memecahkan semangat kenegerian
II Mulai membentuk konsep kebangsaan Melayu
III Sebagai permulaan kemunculan semangat kebebasan
IV Berjaya menghimpunkan ahli dari seluruh Tanah Melayu

A I, II, dan III


B I, II dan IV
C I, III, dan IV
D II, III, dan IV

NSR