Anda di halaman 1dari 16

HBMT 4203

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA


SMP PPG 2012
(SEMESTER MEI 2015 )

HBMT 4203
TEACHING OF UPPER SECONDARY
MATHEMATICS PART I

NAMA

Mohd Azhanorazam Bin Kamis

NO. MATRIKULASI

830321015901001

NO. KAD PENGENALAN

830321015901

NO. TELEFON

01113307808

E-MEL

azhanorazam@yahoo.com

TUTOR

Pn. Jamaliah Bte Hashim

HBMT 4203

PUSAT PEMBELAJARAN

Pusat Pembelajaran Negeri Sembilan

ISI KANDUNGAN
BIL

1.0

KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.

Pengenalan

2.

2.0

Janjang Aritmetik

3.

3.0

Perkaitan Janjang Aritmetik Dengan Analisis Data


Kuantitatif

3.1 Pengenalan

3.2 Meramal Pencapaian Pelajar

Aktiviti Pengajaran Janjang Aritmetik

11

4.

4.0

5.

Rujukan / Referensi 20

14

PENGENALAN
Sebagai seorang guru, kita perlulah memahami tingkah laku dan corak prestasi

pelajar di dalam peperiksaan yang mereka duduki. Ini kerana, ianya akan memudahkan
kita untuk mengenalpasti kelemahan dan kekuatan pelajar dalam Matematik. Analisis
1

HBMT 4203

corak prestasi pelajar boleh diukur menggunakan dua kaedah iaitu analisis data
kuantitatif dan analisis data kualitatif.
Analisis data kuantitatif adalah data yang berbentuk angka atau bilangan. Oleh
itu, data kuantitatif dapat dikaji dan dianalisis menggunakan teknik model matematik
serta teknik pengukuran statistik. Analisis data kuantitatif berfungsi untuk mengetahui
jumlah atau tahap pencapaian kumpulan kajian. Data ini juga bersifat nyata serta dapat
diterima oleh kumpulan penyelidik lain untuk diteliti bagi mendapatkan keakuran
terhadap data daripada kumpulan kajian.
Data kualitatif pula adalah data yang berbentuk kata-kata dan bukan dalam bentuk
angka. Data kualitatif diperoleh melalui berbagai-bagai teknik pengumpulan data seperti
wawancara, temuramah, analisis dokumen serta perbincangan berkumpulan. Bentuk lain
bagi data kualitatif adalah gambar yang diperoleh melalui sesi fotografi atau rakaman
video. Data ini adalah bersifat abstrak sehingga kumpulan peneliti harus benar-benar
memahami isi kandungan yang ingin disampaikan oleh pengkaji.
Analisis data kualitatif serta kuantitatif memiliki kekuatan dan kelemahan
tersendiri. Ini kerana, penilaian yang sistematik mengambil kira semua faktor yang boleh
mempengaruhi maklumat yang diperolehi (Bhasah Abu Bakar, 2003). Ahli akademik
pada umumnya sependapat bahawa kedua-dua pendekatan tersebut mampu menghasilkan
kesimpulan yang dapat dipastikan tahap keakurannya. Namun begitu, untuk memahami
kebolehan serta kemajuan dalam pencapaian pelajar dalam peperiksaan, analisis data
kuantitatif adalah lebih sesuai untuk digunakan. Ini kerana, guru dapat menggunakan
aplikasi janjang aritmetik untuk membuat ramalan pencapaian pelajar. Ramalan tersebut
pula adalah berdasarkan kepada keputusan sebenar pelajar dalam peperiksaan yang lepas.
2.0

JANJANG ARITMETIK
Janjang aritmetik merupakan satu jujukan nombor yang memenuhi syarat tertentu

iaitu mempunyai nombor sebutan pertama (a) dan juga beza sepunya (d). Oleh itu, setiap
sebutan selepas sebutan pertama (a) dibina dengan menambah bilangan malar yang
2

HBMT 4203

dipanggil sebagai beza sepunya (d). Untuk mencari nilai d adalah dengan menggunakan
rumus yang berikut :

d = Tn+1 Tn , yang mana

Tn+1 ialah sebutan ke ( n + 1 )

Tn ialah sebutan ke n

Walaubagaimanapun, ini hanyalah rumus dalam matematik sedangkan cara paling


mudah ialah dengan hanya mengambil sebutan kedua, kemudian tolak sebutan pertama.
Dan jika diambil sebutan ketiga, maka tolak dengan sebutan kedua. Namun begitu, syarat
janjang aritmetik itu sendiri tidak boleh diabaikan iaitu susunan nombor adalah
berjujukan.
Jujukan di dalam janjang aritmetik adalah seperti contoh yang berikut :
a , a + d, a + 2d, a + 3d, .........( dan seterusnya )
2 , 5 , 8 , 11 , 14 , 17 , 20, ........ ( dan seterusnya )
Contoh di atas menunjukkan satu jujukan nombor dengan sebutan pertama ialah 2
dan beza sepunya ialah 3. Untuk mencari sebutan ke-n, dua perkara penting yang perlu
ada ialah a dan d. Seperti yang diketahui, a ialah sebutan pertama bagi janjang tersebut
manakala d ialah beza sepunya. Namun begitu, kita juga boleh menentukan bilangan
sebutan dalam sebarang janjang aritmetik melalui rumus Tn = a + ( n 1 )d, dimana
n ialah bilangan sebutan.

Berikut ialah contoh untuk mengenal sebutan pertama (a) dan beza sepunya (d) :
Diberi, 3 sebutan pertama dalam satu janjang ialah 2, 10, 18, ...
Cari sebutan ke-19.

HBMT 4203

Penyelesaiannya ialah :
Kaedah Pertama : Menggunakan rumus
Dalam kes ini, n = 19 dan a = 2.
D = T3 - T2 atau T2 - T1
[ 18 - 10 = 10 - 2 ]
Maka, d = 8

Setelah semua maklumat sudah diperoleh, masukkan kesemua

nilai tersebut ke dalam rumus Tn = a + ( n 1 )d.


T 19 = 2 + (19 - 1)(8)
= 2 +144
= 146.

Manakala, rumus siri aritmetik iaitu Sn = n/2 [ 2 a +( n - 1 )d ] digunakan


untuk mengira hasil tambah sebutan dalam janjang aritmetik tetapi tidak begitu sesuai
untuk diaplikasikan dalam meramal markah pelajar untuk peperiksaan yang akan datang.

3.0

PERKAITAN JANJANG ARITMETIK DENGAN ANALISIS DATA


KUANTITATIF

HBMT 4203

3.1

PENGENALAN
Melaksana pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah menjadi tugas utama guru.

Pelbagai ilmu pengetahuan, kemahiran dan penyerapan unsur murni perlu berlaku.
Peranan guru melaksana pengajaran berkesan menjadi faktor penting peningkatan tahap
pembelajaran pelajar ke arah perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Namun begitu, guru juga perlu memahami kemampuan pelajar dalam menguasai
mata pelajaran yang diajar. Untuk itu, guru memerlukan satu alat yang boleh mengukur
tahap pencapaian pelajar iaitu peperiksaan. Melalui peperiksaan tersebut, markah yang
diperolehi itu adalah data kuantitatif yang boleh digunakan untuk meramal markah
pelajar bagi peperiksaan yang seterusnya menggunakan rumus janjang aritmetik.

3.2

MERAMAL PENCAPAIAN PELAJAR


Sebagai guru, adalah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk mengetahui

potensi dan kemajuan pelajar di dalam kelas. Setelah pelajar menduduki peperiksaan,
guru perlu membuat analisis data keputusan pelajar untuk menilai keberkesanan dan hasil
pengajaran. Oleh yang demikian, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah
mewujudkan satu sistem headcount untuk guru membuat ramalan pencapaian pelajar
berdasarkan keputusan peperiksaan yang lepas.
Namun begitu, penggunaan janjang aritmetik juga boleh diguna pakai untuk
menghasilkan data berdasarkan kepada analisis data kuantitatif. Janjang aritmetik boleh
berfungsi sebagai penetap kepada keputusan ramalan untuk peperiksaan yang bakal
dilaksanakan di sekolah untuk sepanjang tahun. Kebiasaannya, pihak sekolah akan
melaksanakan peperiksaan sebanyak empat kali setahun atau lebih, bergantung kepada
keputusan mesyuarat yang dikelolakan oleh pentadbir.

HBMT 4203

Jadual 1
Jadual di atas menunjukkan headcount pelajar Tingkatan 5 Arif bagi mata
pelajaran Matematik Tambahan. Nilai letak kerja ( TOV ) merupakan markah pelajar
pada peperiksaan akhir tahun lepas. Selain itu juga, kita dapat lihat bahawa sekolah
tersebut telah menetapkan empat peperiksaan utama pada tahun tersebut iaitu Ujian Mac,
Peperiksaan Pertengahan Tahun, Ujian Julai serta Peperiksaan Akhir Tahun. Ini
bermakna, guru perlu meramal empat keputusan peperiksaan bagi seorang pelajar
berdasarkan kepada data yang telahpun diperolehi.
Berdasarkan kepada analisis data kuantitatif, guru telahpun mempunyai data yang
berbentuk angka dan ini memudahkan guru untuk menggunakan aplikasi janjang
aritmetik bagi meramal empat keputusan peperiksaan bagi sorang pelajar. Taburan gred
menunjukkan terdapat 2 pelajar mendapat gred A, 4 pelajar mendapat gred B serta 4
pelajar mendapat gred C. oleh itu, sasaran dan ramalan guru perlulah realistik dan
sesuai dengan kemampuan pelajar iaitu 4 pelajar yang mendapat B akan meningkat
kepada gred A serta 4 pelajar yang mendapat gred C pula akan meningkat kepada gred
B. secara keseluruhannya, ramalan guru terhadap keputusan peperiksaan pelajar pada
peperiksaan akhir tahun ialah 6 orang akan mendapat gred A manakala 4 orang akan
mendapat gred B.

HBMT 4203

Oleh kerana terdapat tiga gred yang berbeza iaitu A, B dan C, maka guru
perlu menetapkan sasaran pencapaian pelajar terlebih dahulu. Berdasarkan kepada
aplikasi janjang aritmetik, dua syarat utama ialah dengan mengetahui nilai sebutan
pertama (a) dan juga beza sepunya (d). oleh kerana nilai sebutan pertama sudah
diketahui iaitu markah peperiksaan lepas, guru perlulah menetapkan beza sepunya
mengikut gred peperiksaan agar ianya dapat mencapai sasaran pada akhir tahun nanti.
Pelajar 3 dan pelajar 7 yang mendapat gred A, guru boleh menetapkan beza
sepunya bagi pelajar tersebut ialah 2. Berikut ialah cara pengiraan untuk mendapatkan
nilai sebutan ke-2 hingga sebutan ke-5 :

Sebutan pertama (a) = 87, beza sepunya (d) ialah 2.


Gunakan rumus a , a + d, a + 2d, a + 3d, .........( dan
seterusnya )

Oleh itu, 87, 87+2, 87+4, 87+6, 87+8.


= 87, 89, 91, 93, 95.

Jadual 2
Jadual 2 menunjukkan markah ramalan bagi pelajar 3 dan pelajar 7 yang telah
dikira menggunakan aplikasi janjang aritmetik. Guru mensasarkan pelajar tersebut akan
mendapat 89 markah pada ujian Mac, 91 markah pada peperiksaan pertengahan tahun, 93
markah pada ujian Julai serta 95 markah pada peperiksaan akhir tahun.
7

HBMT 4203

Selain itu juga, guru boleh menggunakan rumus Tn = a + ( n 1 )d untuk


menentukan beza sepunya yang boleh diguna pakai bagi mencapai sasaran yang
dikehendaki. Berikut ialah contoh pengiraaan menggunakan aplikasi janjang aritmetik
bagi mencari nilai beza sepunya pelajar 4 jika diberi sebutan pertama dan sebutan ke-5 :

Sebutan pertama (a) = 65, sebutan ke-5 (Tn) = 85


Tn = a + ( n 1 )d,
85 = 65 + (5-1) d
4d = 85 -65
d = 20/4
=5
Gunakan rumus a , a + d, a + 2d, a + 3d, .........( dan
seterusnya )
= 65, 65+5, 65+10, 65+15, 65+20
= 65, 70, 75, 80, 85.

HBMT 4203

Jadual 3
Jadual 3 menunjukkan markah ramalan bagi pelajar 4 yang telah ditetapkan
dengan menggunakan aplikasi janjang aritmetik. Melalui sebutan pertama dan sebutan
ke-5, guru dapat menetapkan beza sepunya bagi pelajar 4 ialah 5 untuk memastikan
pelajar tersebut mendapat gred A pada peperiksaan akhir tahun nanti.
Akhir sekali ialah untuk menetapkan markah sasaran bagi pelajar yang mendapat
gred C agar meningkat kepada gred B. Sebagai contoh, pelajar 8 telah mendapat 50
markah dan disasarkan untuk meningkat kepada 70 markah (T 5) pada gred B. Oleh itu,
guru perlu mencari beza sepunya untuk mendapatkan markah ramalan pada T 2, T3, serta
T4. Berikut ialah langkah pengiraan untuk mencari nilai beza sepunya bagi pelajar 8 :

Sebutan pertama (a) = 50, sebutan ke-5 (Tn) = 70


Tn = a + ( n 1 )d,
70 = 50 + (5-1) d
4d = 70 -50
9

HBMT 4203

d = 20/4
=5
Gunakan rumus a , a + d, a + 2d, a + 3d, .........( dan
seterusnya )
= 50, 50+5, 50+10, 50+15, 50+20
= 50, 55, 60, 65, 70.

Jadual 4
Jadual 4 menunjukkan markah ramalan bagi pelajar 8 yang telah ditetapkan
berdasarkan kepada sebutan pertama dan sebutan ke-5. Seterusnya guru dapat
menetapkan beza sepunya bagi pelajar 8 ialah 5 untuk memastikan pelajar tersebut
mendapat gred B pada peperiksaan akhir tahun nanti.

10

HBMT 4203

Jadual 5
Jadual 5 menunjukkan hasil pengiraan untuk menentukan markah ramalan pelajar
pada setiap ujian dan peperiksaan pada tahun semasa dengan menggunakan aplikasi
janjang aritmetik. Maka, kita dapat membuat kesimpulan bahawa janjang aritmetik boleh
digunakan untuk membuat analisis data kuantitatif berdasarkan kepada markah pelajar
pada peperiksaan lepas bagi meramal pencapaian mereka pada setiap peperiksaan yang
akan dilaksanakan di sekolah.

11

HBMT 4203

4.0

AKTIVITI PENGAJARAN JANJANG ARITMETIK

Mata pelajaran

: Matematik

Kelas

: Tingkatan 5 Delima

Tarikh

: 1 / 7 / 2015

Masa

: 11.40 am - 12.20 pm (40 minit)

Bilangan murid

: 20 orang

Bidang pelajaran

: Janjang aritmetik

Objektif pembelajaran:
Pelajar akan dapat menyelesaikan masalah melibatkan janjang aritmetik dengan
menjawab betul 4 daripada 5 soalan yang diberi.
Alat bantu mengajar :
Marker pen, Perisian Microsoft PowerPoint, Lembaran kerja.
Pengetahuan sedia ada:
Pelajar telah mempelajari subtopik awal yang terdapat di dalam tajuk janjang iaitu
mengenal jujukan, mencari nilai beza sepunya serta menggunakan rumus yang
diberi.

12

HBMT 4203

Fasa

Isi

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Kandungan
Aktiviti Guru
Set Induksi
(5 min)

Aktiviti Pelajar

Rumus-rumus

a. Mengimbau semula rumus

pelajar memberi respon

dalam subtopik

yang terdapat dalam J.A

kepada soalan dan penerangan

awal J.A

b. Guru menerangkan idea

guru.

awal pembelajaran baharu.

Perkembanga

Menggunakan

a. Guru menerangkan

a. Pelajar memahami konsep

n idea

rumus penting

langkah untuk

menyelesaikan masalah

dalam J.A

menyelesaikan masalah

berpandukan kepada model

dalam J.A

Polya.

b. Guru memaparkan contoh

b. Pelajar melihat paparan

soalan penyelesaian masalah

soalan yang diberikan.

c. Guru meminta pelajar

c. Pelajar secara sukarela,

untuk mencuba jawab pada

cuba untuk menjawab soalan

papan tulis.

yang diberi.

(15 min)

13

HBMT 4203

Penilaian
(15 min)

Pengukuhan

a. Guru mengedarkan

a. Pelajar melengkapkan

terhadap

lembaran kerja untuk

lembaran kerja.

pengajaran

dilengkapkan.
b. Guru menetapkan masa 10
minit untuk menjawab
soalan yang diberi.

b. Pelajar berusaha menjawab


dalam masa yang ditetapkan.

c. Guru memantau dan


membimbing pelajar yang

c. Pelajar bertanya guru, cara

lemah.

menjawab soalan yang sukar.

d. Guru memilih pelajar


secara rawak untuk
membentangkan jawapan

d. Pelajar yang terpilih

mereka.

membentangkan hasil kerja


mereka dihadapan kelas.

Refleksi/
Penutup
(5 min)

Refleksi

a. Guru membuat rumusan

a. Pelajar mendengar rumusan

pengajaran dan

pembelajaran pada hari

guru.

pembelajaran.

tersebut.
b. Guru meminta
maklumbalas pelajar
c. Guru menamatkan sesi
pengajaran

b. Pelajar memberi respon


terhadap pertanyaan guru.
c. Pelajar mengucapkan terima
kasih atas ilmu yang telah
diberi oleh guru.

14

HBMT 4203

RUJUKAN / REFERENSI
Bhasah Abu Bakar. (2003). Asas Pengukuran Bilik darjah. Tanjung Malim :
Quantum Books.
Hajah Noresah (2010). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1995). Strategi Pengajaran Pembelajaran
Matematik Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: Bahagian Pendididkan Guru.
Mohamad Rashidi Razali (1991). Halatuju Pendidikan Sains Matematik Untuk
Meralisasikan Wawasan 2020. Johor Bahru: Jabatan Matematik UTM.

15