Anda di halaman 1dari 8

DI BAWAH MERUPAKAN NOTA SEJARAH TINGKATAN ENAM.

ANDA BOLEH
MENGGUNAKANNYA SEBAGAI RUJUKAN BAGI MEMBUAT TUGASAN PT 3 SEJARAH
2015.
TINDAKAN
- PRINT
- BACA
- FAHAMKAN
- CARI ISI PENTING
- BUAT CATATAN RINGKAS
- MASUKKAN DALAM PENULISAN TUGASAN PT 3

SEJ T 6 Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896( PERSETIAAN 1895 )


Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896
Pengenalan
Idea penubuhan persekutuan dikemukakan oleh Frank Swettenham pada tahun 1892 kepada Gabenor
Negeri-negeri Selat, Cecil Smith. Pada tahun 1893, Cecil Smith menghantar laporan kepada Pejabat
Tanah Jajahan mencadangkan penubuhan persekutuan yang terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri
Sembilan dan Pahang. Dalam laporan itu, beliau menegaskan penubuhan persekutuan akan
menguntungkan British dan negeri tersebut dari segi politik, ekonomi dan sosial. Frank Swettenham
mengambil inisiatif dengan mendapatkan persetujuan Sultan Perak, Selangor, Pahang dan Yang Dipertuan
Besar Negeri Sembilan terhadap penubuhan persekutuan. Pada 1 Julai 1895, Sultan tersebut
menandatangani perjanjian persekutuan. Pada 1 Julai 1896, Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan
semasa Sir Charles Mitchell menjadi Gabenor Negeri-negeri Selat.
Faktor-faktor penubuhan
1. Untuk mewujudkan keseragaman dan kecekapan pentadbiran
Perlaksanaan sistem Residen telah menyebabkan Residen dilantik di Perak pada November 1874, di
Selangor pada Disember 1874, Pahang pada tahun 1888 dan Negeri Sembilan pada tahun 1895. Residen
dihantar sebagai penasihat untuk menasihati Sultan dalam semua hal kecuali hal-hal yang berkaitan
dengan agama Islam dan adat-istiadat orang Melayu. Walau bagaimanapun, Residen tidak diberi garis
panduan di dalam melaksanakan tugas di Negeri-negeri Melayu. Perlaksanaan sistem Residen bergantung
kepada sepenuhnya di atas kebijaksanaan Residen yang dilantik. Kejayaan dan kegagalan menjadi
tanggungjawab Residen. Akibatnya, berlaku ketidakseragaman dalam pentadbiran di negeri Perak,
Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Kemajuan di antara negeri ini juga tidak seimbang kerana
kebolehan dan cara pentadbiran Residen berbeza-beza.
Terdapat juga perbezaan-perbezaan dalam pentadbiran Undang-uhndang Tanah, keadilan dan sistem cukai
di antara negeri-negeri tersebut. Kemajuan juga tidak seimbang di mana negeri yang kaya iaitu Perak dn
Selangor lebih maju dari negeri yang miskin seperti Pahang. Kerjasama antara negeri sukar dijalankan

sebab negeri ini mempunyai unit politik yang berasingan. Frank Swettenham berpendapat penubuhan
persekutuan akan mewujudkan keamanan dan kecekapan pentadbiran kerana pentadbiran akan dijalankan
mengikut arahan pusat. Perkara yang berkaitan seperti sistem pentadbiran, cukai, undang-undang tanah
dan keadilan akan disatukan dan diselaraskan. Hal ini akan menjimatkan kos pentadbiran. Usaha
memajukan sistem perhubungan juga dapat dilaksanakan dengan menghubungkan jalan raya dan keretapi
di negeri tersebut. Pada dasarnya, penubuhan persekutuan akan mewujudkan kerjasama ekonomi, politik
dan sosial.
2. Menghadkan kuasa Residen
Perlaksanaan sistem Residen telah menyebabkan perlantikan Residen di Perak, Selangor, Pahang dan
Negeri Sembilan. Walaupun Residen dilantik sebagai penasihat, mereka muncul sebagai kuasa paling
berkesan kerana segala urusan pentadbiran dijalankan atas arahan Residen. Sultan dan Majlis Negeri tidak
dapat menyekat kuasa Residen. Malah Sultan dan pembesar Melayu terpaksa merujuk kepada Residen
dalam menjalankan pentadbiran negeri. Majlis Mesyuarat Negeri kehilangan fungsi sebagai institusi
pentadbiran kerana Residen mempunyai kuasa mutlak.
Semua undang-undang yang diluluskan seperti Undang-undang Tanah mesti ditandantangani oleh
Residen sebelum berkuatkuasa. Gabenor Negeri-negeri Selat juga tidak dapat mengawal kuasa Residen
kerana beliau berada di Singapura dan sibuk dengan urusan-urusan Negeri-negeri Selat. Penubuhan
persekutuan akan mengurangkan kuasa Residen kerana mereka terpaksa tertakluk kepada arahan kerajaan
pusat dan pentadbiran negeri.
3. Masalah kewangan Pahang
Ahli-ahli sejarah seperti Profesor Khoo Kay Kim dan K.G. Tregonning berpendapat bahawa masalah
kewangan Pahang menyebabkan British menubuhkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. British
menduduki Pahang pada tahun 1886 di mana J.P. Rodgers menjadi Residen pertama. British mengambil
Pahang dengan harapan Pahang mempunyai prospek ekonomi cemerlang. Apa yang sebenarnya ialah
Pahang merupakan negeri miskin dengan jumlah penduduk dan hasil bumi yang kurang.
Pada tahun 1890-an, Pahang menghadapi masalah kewangan. Dalam menjalankan pentadbiran, British
mendapat bantuan kewangan dari Negeri-negeri Selat. Pada akhir tahun 1891, hutang Pahang pada
Negeri-negeri Selat ialah $600 ribu. Pada akhir tahun 1892, hutang meningkat kepada $800 ribu. Masalah
kewangan Pahang semakin runcing apabila berlaku kebangkitan Pahang 1891-1895. Jadi beberapa
cadangan dikemukakan oleh British untuk mengatasi masalah ini.
Cadangan pertama ialah British berundur dari Pahang dan menyerahkan pentadbiran kepada Sultan.
Langkah ini tidak dapat dilaksanakan kerana ia menjatuhkan maruah British. Tindakan ini juga membuka
peluang kepada kuasa lain untuk bertapak di Pahang yang sudah tentu akan menjejaskan kepentingan
British.
Cadangan kedua ialah British mendapatkan pinjaman dari Negeri-negeri Selat. Ia tidak dapat
dilaksanakan kerana pada tahun 1890-an, Negeri-negeri Selat juga menghadapi masalah kewangan.
Hutang yang berjumlah $800 ribu pada tahun 1892 masih belum diselesaikan.
Cadangan ketiga ialah British mendapat bantuan kewangan dari negeri yang kaya seperti Perak dan
Selangor. Cadangan ini tidak dapat dilaksanakan kerana Perak dan Selangor enggan membantu sebab
ianya satu unit politik berasingan.

Diharapkan dengan penubuhan persekutuan, hasil negeri kaya seperti Perak dan Selangor dapat
digunakan untuk membantu negeri-negeri miskin seperti Pahang jika negeri-negeri ini digabungkan
sebagai satu unit politik. Frank Swettenham dan C.D. Cowan (Pegawai Tanah Jajahan) menegaskan
British tidak sepatutnya berundur dari Pahang sebaliknya memajukan Pahang daripada hasil Perak dan
Selangor apabila ia bergabung.
4. Keselamatan
A.C. Miller menegaskan faktor keselamatan menyebabkan penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu
pada tahun 1896. British bimbang kekacauan seperti Perang Perak pada 1875-an dan Kebangkitan Pahang
1891-1895 akan berlaku lagi. Penubuhan persekutuan akan membolehkan Negeri-negeri Melayu
Bersekutu mempunyai kemampuan dan keupayaan dari segi ketenteraan, khususnya dalam menjaga
keamanan persekutuan tanpa mengharapkan bantuan luar. C.P. Lucan dalam laporannya menegaskan
penubuhan persekutuan perlu dilihat dari segi aspek keselamatan negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat.
5. Dasar British
Memang menjadi dasar British pada akhir abad ke-19 untuk menggabungkan negeri kecil di bawah satu
pentadbiran yang dikenali sebagai persekutuan. Penubuhan persekutuan akan memberi kebaikan politik,
ekonomi dan sosial kepada British dan Negeri Melayu. Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan
selepas kejayaan British dalam penubuhan persekutuan di Amerika Utara, India, Afrika, Australia dan
New Zealand. Pendapat ini disokong oleh ahli sejarah seperti A.C. Miller dalam bukunya Federation
Decision of 1895 dan Jagjit Singh dalam bukunya Administration of the Federation Malay States 18961920.
Kesan-kesan
1. Politik
Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu berjaya mewujudkan keseragaman dan kecekapan
pentadbiran di seluruh persekutuan. Keamanan dan peraturan yang stabil dan menyeluruh berjaya
diwujudkan di seluruh persekutuan. Perkara yang berkaitan dengan persekutuan seperti sistem
pentadbiran, cukai, keadilan, Undang-undang Tanah dapat disatu dan diselaraskan kerana semua urusan
pentadbiran dijalankan atas arahan kerajaan pusat, khususnya arahan Residen Jeneral yang mengenai
persekutan. Bagi memudahkan pentadbiran, beberapa jabatan seperti kewangan, polism kastam,
perhutanan, hal-ehwal orang Cina, kerja raya, keretapi ditubuhkan. Frank Swettenham dilantik sebagai
Residen Jeneral pertama pada 1 Julai 1896.
Negeri-negeri Melayu Bersekutu bukan merupakan sebuah persekutuan dalam erti kata sebenarnya lebih
merupakan kesatuan politik. Semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahan kerajaan pusat khususnya
Residen Jeneral yang berkuasa penuh dalam semua hal-ehwal termasuk kewangan. Punca utama hasil
(duti eksport) juga dibawah kawalan kerajaan pusat. Tiada pembahagian antara kerajaan negeri dan
kerajaan pusat. Kerajaan negeri hanya mengikut arahan pusat dalam menjalankan pentadbiran. Penubuhan
Jabatan Persekutuan menyebabkan tumpuan besar ke atas kerajaan pusat. Jabatan negeri mengikut arahan
jabatan pusat.

Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu menyebabkan Residen Jeneral muncul sebagai orang paling
berkuasa dalam persekutuan kerana semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahannya. Sultan, Residen
dan Majlis Mesyuarat Negeri tidak dapat mengawal kuasanya. Mereka tertakluk di bawah arahan Residen
Jeneral dalam menjalankan pentadbiran negeri.
Gabenor Negeri-negeri Selat yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan juga tidak dapat
mengawal kuasa Residen Jeneral kerana beliau berada di Singapura untuk mentadbir Negeri-negeri Selat.
Selain itu, sudah menjadi kecenderungan Residen Jeneral menjalankan pentadbiran tanpa merujuk kepada
Pesuruhjaya Tinggi. Majlis Mesyuarat Persekutuan yang diharap mengawal kuasa Residen Jeneral tidak
ditubuhkan sehingga tahun 1909.
Penubuhan persekutuan juga menyebabkan Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri kehilangan
kuasa. Mereka tertakluk di bawah arahan Residen Jeneral dalam menjalankan pentadbiran. Kuasa Sultan
hanya dalam hal-ehwal agama Islam dan adat resam Melayu. Residen tidak lagi bebas menjalankan
pentadbiran negeri kerana mereka tertakluk di bawah arahan Residen Jeneral. Majlis Mesyuarat Negeri
kehilangan fungsi sebagai institusi pentadbiran.
Majlis Mesyuarat Negeri diberi kuasa meluluskan undang-undang tetapi undang-undang digubal oleh
Pegawai Persekutuan yang dikenali sebagai Penasihat Undang-undang. Majlis Mesyuarat Negeri tiada
kuasa pembatal dan terpaksa meluluskan undang-undang yang dipersetujui. Penubuhan Jabatan
Persekutuan telah menyebabkan lebih ramai Pegawai British yang diambil tugas. Keadaan ini
menunjukkan seolah-olah Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditadbir secara langsung oleh British.
Pemusatan kuasa yang keterlaluan telah menimbulkan bantahan Sultan, contohnya, dalam Majlis
Mesyuarat Raja-raja Kedua di Kuala Lumpur pada tahun 1903, Sultan Idris (Perak) telah mengecam hebat
pemusatan kuasa dan mendesak diambil langkah melaksanakan desentralisasi (pengagihan kuasa) bagi
mengembalikan kuasa Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri. Sultan Idris juga mendesak lebih
ramai orang Melayu dilantik dalam jabatan persekutuan. Penubuhan persekutuan membolehkan Sultan
Perak, Selangor, Pahang dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan bertemu dan berbincang bersamasama kepentingan bersama dalam Majlis Mesyuarat Raja-raja sejak tahun 1897 dan Majlis Mesyuarat
Persekutuan sejak 1909.
2. Ekonomi
Perkembangan ekonomi yang pesat di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan kestabilan politik telah
membawa kepada kestabilan ekonomi. Keseragaman dan kecekapan, keamanan dan keaturan serta
pentadbiran yang berkesan telah menyebabkan lebihan hasil dan hasil persekutuan dapat digunakan oleh
semua negeri dalam semua gabungannya. Keadaan politik dan peluang-peluang ekonomi telah
menggalakkan pelabur-pelabur dari Negeri-negeri Melayu atau Seberang Laut untuk melibatkan diri
dalam kegiatan ekonomi, khususnya bijih timah dan getah.
Kedatangan mereka telah menyebabkan berlakunya pertambahan hasil di Negeri-negeri Melayu
Bersekutu, contohnya hasil Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada 1896 berjumlah $8.5 juta telah
meningkat kepada $24 juta pada tahun 1909. Pembinaan sistem jalan raya dan jalan keretapi terutamanya
yang menghubungkan negeri telah memajukan lagi kegiatan ekonomi Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
Pada tahun 1904, sudah terdapat jalan raya sepanjang 2400 km dan jalan keratapi sepanjang 340 batu.

Pada tahun 1903, terdapat jalan keretapi dari Perai ke Seremban dan disambungkan ke Johor Bahru pada
tahun 1909.
Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah memajukan perusahaan bijih timah dan getah.
Buktinya pada tahun 1889 eksport bijih timah Perak, Pahang Selangor dan Negeri Sembilan berjumlah
20000 tan. Pada tahun 1904, eksport bijih timah persekutuan ialah 70000 tan. Selepas penubuhan
persekutuan, orang-orang Eropah mula mengambil alih penguasaan ke atas perlombongan-perlombongan
bijih timah yang dikuasai oleh orang-orang Cina. Begitu juga dengan perusahaan getah yang semakin
berkembang selepas penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1897, hanya terdapat 345
ekar, 1905 50 ribu ekar dan 1909 meningkat kepada 200 ribu ekar yang ditanami getah.
3. Sosial
Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah berjaya mewujudkan keamanan dan peraturan. Jaminan
keselamatan dan persamaan hak di sisi undang-undang telah menggalakkan imigran Cina dan India,
lebih-lebih lagi terdapat peluang dalam perkhidmatan persekutuan dan perkembangan bijih timah.
Kedatangan imigran telah menyebabkan pertambahan penduduk di Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
Selain itu, kedatangan imigran juga mewujudkan masyarakat majmuk. Orang-orang Cina dan India
adalah masyarakat yang berasingan dan tidak dapat mengasimilasikan diri dalam masyarakat Melayu.
Penubuhan pesekutuan menyebabkan perutmbuhan dan perkembangan bandar-bandar seperti Taiping,
Kuala Lumpur, Kelang dan lain-lain lagi.
Selain itu, terdapat pelbagai kemudahan sosial seperti perhubungan, kesihatan, pelajaran dan lain-lain.
Walau bagaimanapun, kemudahan sosial itu mempunyai kepentingan ekonomi kerana ia disediakan di
kawasan yang mempunyai kegiatan ekonomi. Pada tahun 1909, terdapat 52 buah klinik di persekutuan
dan 1904 kemudahan perhubungan diadakan (2400 km jalan raya dan 340 batu jalan keretapi).
Dalam bidang pelajaran, banyak sekolah-sekolah didirikan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada
tahun 1907, terdapat 266 buah sekolah Melayu, 1903 terdapat 15 buah sekolah Tamil dan 1911, 50 buah
sekolah Cina. Selain itu, terdapat sekolah Inggeris yang didirikan oleh kerajaan dan mubaligh. Pada tahun
1905, Maktab Melayu Kuala Kangsar dibina khas untuk anak-anak golongan bangsawan. Pada tahun itu,
kerajaan membina maktab teknik di Kuala Lumpur untuk menyediakan tenaga mahir bagi Jabatan Kerja
Raya dan keretapi.
Pada hari ini dalam tahun 1896, Pahang, Negeri Sembilan, Perak dan Selangor telah bergabung
menjadi Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan Kuala Lumpur sebagai pusat pentadbirannya.
Usaha untuk menubuhkan Persekutuan Negeri-negeri Melayu Bersekutu ini bermula menjelang tahun
1892 apabila didapati bahawa Sistem Residen telah tidak sesuai lagi dan tidak dapat memenuhi
kehendak pentadbiran penjajah Inggeris di Tanah Melayu. Cadangan rasmi yang pertama bagi
mengadakan suatu bentuk persekutuan datangnya dari Sir Charles Lucas, seorang Pegawai Tetap di
Pejabat Jajahan London dalam bulan Mac 1892 yang telah diasaskan dari perbincangan dengan Frank
Swettenham. Penjajah British mendapati bahawa sistem yang paling sesuai bagi negeri-negeri Melayu
ialah satu sistem di mana pentadbirannya diseragamkan supaya negeri-negeri yang lebih kuat dan
kaya akan dapat membantu negeri-negeri yang lemah dan kurang mewah.
Untuk melaksanakan rancangan ini, pada tahun 1895, Frank Swettenham telah diutus ke negeri-negeri
yang berkenaan untuk menerangkan rancangan tersebut kepada Raja-Raja Melayu serta mendapatkan
persetujuan mereka. Frank Swettenham telah berjaya mendapatkan persetujuan daripada Raja-Raja

berkenaan. Berikutannya satu perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Persekutuan 1895 telah
ditandatangani di antara Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir Cecil Clementi Smith bagi pihak Kerajaan
British dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Sultan Idris, Perak; Sultan Suleiman, Selangor; Sultan
Mahmud, Pahang; dan Yam Tuan Besar Sri Menanti, Dato Bandar Sungai Ujong, Undang Johol, Undang
Rembau dan Tengku Dewa Tampin. Menurut Perjanjian ini, Raja-Raja yang berkenaan bersetuju
menempatkan diri mereka dan negeri-negeri mereka di bawah lindungan Kerajaan British dan
menjadikan negeri-negeri mereka satu persekutuan yang akan dikenali sebagai Protected Malay
States yang akan ditadbirkan dengan nasihat dari Kerajaan British.
Dicatat oleh CIKGU RAZAK di Rabu, Jun 24, 2015 Tiada ulasan:
Label: PT 3 SEJARAH 2015

Reaksi:
KERJA KURSUS SEJARAH PT 3 2015
Kerja kursus sejarah PT 3 2015
1. Arahan kepada calon

Tugasan wajib dilaksanakan


Calon kena datang sekolah pada masa penulisan ini berlangsung. Jangan tak sekolah.
Masa - 8 waktu Sejarah di dalam kelas ( mungkin cikgu akan membuat jadual khas kepada anda.
Biasanya cikgu akan memberikan taklimat kepada semua calon bagaimana tugasan ini dijalankan dari
mula hingga akhir )
Tugasan / penulisan esei ini hanya dilakukan di sekolah dengan bimbingan guru
Mintalah bantuan guru sebelum anda menulis laporan seperti cara mendapatkan bahan yang sepatutnya
anda dapatkan sama ada internet, buku, majalah , akhbar, akhbar online atau risalah/ makalah
Hasil tugasan dibuat dengan menulis esei di sekolah semasa anda di dalam kelas.
Tarikh menyiapkan tugasan ialah pada -28 JUN- 10 JULAI 2015 ( sebelum raya dan bertindih dengan
penulisan geografi pada minggu depan. kena atur masa betul betul )

2. Tugasan adalah berdasarkan dokumen Persetiaan Persekutuan 1895


Tugasan mestilah mengandungi beberapa perkara seperti di bawah ( isi mesti ada yang ini )
- Tajuk kajian
- Nama penulis
- Kandungan
o Pengenalan- menjelaskan latarbelakang perjanjian dan menggambarkan keseluruhan kajian secara umum
o Menjelaskan faktor pemeterian persetiaan
o Menganalisis kesan setiap butiran perjanjian terhadap negeri-negeri melayu
o Menghubungkait pembentukan persekutuan dengan kedaulatan malaysia
o Rumusan
o Sumber rujukan
3. Nasihat saya kepada para pelajar
Sebelum membuat penulisan sepenuhnya tugasan anda diminta membuat rujukan awal berkaitan dengan
tajuk di atas
1. Perancangan

a. Contoh Jadual kerja/ senarai semak ( sesuaikan dengan tarikh sekolah anda )
Bil
1

Tarikh
24/6/2015

24/6/2015

3
4
5

6
7
8
9
10
11
12
13
14
15

10/7/15
10/7/15
10/7/15

Aktiviti
Menerima taklimat daripada guru mata
pelajaran Sejarah berkaitan penulisan
tugasan
Membuat rujukan awal ke laman web
yang berkaitan dengan tajuk yang diberi
sebagai persediaan awal
Mengenalpasti cara penulisan tugasan
Menentukan tajuk penulisan
Membuat rujukan lanjut berkaitan
dengan tajuk tugasan menerusi internet,
buku, majalah, akhbar, makalah, jurnal
untuk mendapatkan bahan penulisan
Menulis kerangka awal tugasan
Menulis draf awal tugasan dengan
bimbingan guru dengan lebih teliti dan
kemas
Menulis pengenalan
Menulis faktor
Menulis kesan
Menulis perkaitan
Membuat rumusan
Mengemas kini tugasan
Menyemak tugasan
Menghantar tugasan

Catatan

b.
i.
ii.
iii.

Objektif kajian ( sebagai contoh sahaja )


Mengenalpasti isu-isu berkaitan dengan Persetiaan Persekutuan 1895
Mengenalpasti faktor yang menyebabkan berlakunya Persetiaan Persekutuan 1895
Menghuraikan perkaitan Persetiaan Persekutuan 1895 dengan sejarah negara pada masa kini.

c.
i.
ii.
iii.

Kaedah kajian ( boleh dihuraikan lagi )


Membaca akhbar tempatan dan online
Merujuk buku teks Sejarah Tingkatan 2 ( muka surat 46 ) atau buku rujukan yang sesuai
Melayari internet untuk merujuk bahan berkaitan dengan tajuk tugasan

d. Tajuk : Persetiaan Persekutuan 1895 ( mungkin boleh tambah yang lebih baik seperti Kedaulatan
Malaysia berteraskan Persetiaan Persekutuan 1895 )
2.
3.
a.
b.
4.

proses awal
menyediakan kerangka kasar penulisan
Tajuk : Persetiaan Persekutuan 1895
Nama penulis ; nama awak
Pengenalan (huraikan latar belakang bagaimana persetiaan Persekutuan boleh ditandatangani/ siapa yang
terlibat secara langsung )

5.
a.
b.
c.
d.

Faktor pemeteraian persetiaan persekutuan


Krisis kewangan Pahang ( huraikan sikit )
Perkongsian perkhidmatan pakar ( huraikan sikit )
Kemajuan sistem perhubungan ( huraikan sikit )
Faktor keselamatan ( huraikan sikit )

6.
a.
b.
c.

Kesan persetiaan persekutuan terhadap negeri melayu


Kuasa pentadbiran dipegang oleh residen ( huraikan sikit )
Penubuhan jabatan baru ( huraikan sikit )
Kemerosotan kuasa sultan dan majlis mesyuarat negeri ( huraikan sikit )

7.
a.
b.
c.

Perkaitan pembentukan persekutuan dengan kedaulatan malaysia


Kejayaan dalam sistem pemerintahan iaitu dengan mencontohi sistem birokrasi barat
Kejayaan dalam pembangunan ekonomi
Peningkatan kemudahan asas dan kemudahan sosial

8. Rumusan pengetahuan/ nilai/ unsur patriotisme/ harapan


9. Rujukan ( sekurang-kurangnya tiga )
Internet
https://ms.wikipedia.org/wiki/Perjanjian_Persekutuan_12_Jun_1895
buku teks
Masariah binti Mispari , Johara binti Abdul Wahab, Ridzuan bin Hasan , 2007, Buku teks Sejarah
Tingaktan 2, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
akhbar online

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2010&dt=0923&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm
Dicatat oleh CIKGU RAZAK di Rabu, Jun 24, 2015 10 ulasan:
Label: PT 3 SEJARAH 2015

Anda mungkin juga menyukai