Anda di halaman 1dari 15

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER: NOVEMBER 2014

HBPS1203
PENGURUSAN ORGANISASI PENDIDIKAN AWAL KANAK - KANAK

NAMA

: EMILIAZUANA HALMAN

NOMBOR MATRIK

: 790604135336001

NO. KAD PENGENALAN

: 790604135336

NOMBOR TELEFON

: 014-8933665

ALAMAT E-MAIL

: miez5679@yahoo.com

NAMA TUTOR

: CIK KIAH ANAK SAKUDAN

PUSAT PEMBELAJARAN

: OUM CAWANGAN SIBU,


SARAWAK

SEMESTER 4 - NOVEMBER 2014

KERTAS KERJA
PENUBUHAN
PRASEKOLAH

ISI KANDUNGAN
BIL
1.0

PERKARA
PENGENALAN

MUKA
SURAT
4

1.1 DASAR PENDIDIKAN PRASEKOLAH

1.2 MATLAMAT PENUBUHAN PRASEKOLAH

2.0

RASIONAL

3.0

NAMA, VISI & MISI PRASEKOLAH

4.0

OBJEKTIF PENUBUHAN

5.0

LOKASI

6.0

PELAN LANTAI

7.0

KURIKULUM & PROGRAM PEMBELAJARAN

8.0

ASPEK PEMAKANAN

9.0

ASPEK KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN

10

10.0

KOS PENUBUHAN

13

11.0

STAF

13

12.0

PENUTUP

14

RUJUKAN

15

1.0 PENGENALAN
3

Kementerian Pelajaran Malaysia mula melaksanakan program pendidikan prasekolah annex


pada tahun 1992, sebagai projek rintis berdasarkan keputusan Jemaah Menteri pada 18
Disember 1991 yang telah bersetuju mewujudkan sebanyak 1,131 buah kelas prasekolah.
Sementara itu Mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Jun 2001 telah bersetuju supaya KPM
meneruskan program peluasan prasekolah mulai tahun 2002. Sejak daripada itu peluasan
prasekolah telah dijalankan dari semasa ke semasa mengikut dasar sedia ada, NKRA
Pendidikan dan juga cadangan peluasan dalam RM Ke10.
1.1 DASAR PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan bahawa Sistem Pendidikan Kebangsaan
merangkumi Pendidikan Prasekolah, Pendidikan Rendah, Pendidikan Menengah, Pendidikan
Lepas Menengah dan Pendidikan Tinggi. Menjadi tanggungjawab KPM untuk memberi
perhatian yang serius kepada pembangunan pendidikan prasekolah di negara ini. Akta
Pendidikan 1996 memperuntukkan aspek-aspek penting mengenai prasekolah, iaitu
penubuhan tadika, kuasa Menteri menubuh dan menyelenggara tadika, kurikulum prasekolah,
bahasa pengantar, pengajaran Agama Islam dan sebagainya.
Dari segi pendemokrasian pendidikan, dasar yang khusus membolehkan kanak-kanak
menikmati peluang pendidikan prasekolah tanpa mengira pendapatan keluarga, kawasan
tempat tinggal dan kumpulan etnik termasuk kanak-kanak dengan keperluan pendidikan khas
(Children With Special Education Needs).
Di antara prinsip-prinsip asas dasar ialah menyediakan kemudahan pendidikan prasekolah
kepada kanak-kanak yang berumur antara 4 dan 6 tahun. Memastikan penggunaan Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan. Guru-guru prasekolah hendaklah mempunyai latihan
dalam bidang pendidikan prasekolah. Memastikan kemudahan fizikal dan peralatan
bersesuaian dan berkualiti dibekalkan. Satu mekanisma naziran dan penyeliaan dijalankan.
Kerajaan juga memastikan semua institusi pendidikan prasekolah mematuhi PeraturanPeraturan Pendidikan Prasekolah 1996 seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 24, Akta
Pendidikan 1996.

1.2 MATLAMAT PENUBUHAN PRASEKOLAH


Penubuhan prasekolah bertujuan sebagai pusat menyuburkan potensi murid dalam semua
aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai
persediaan masuk ke sekolah rendah.
2.0 RASIONAL
4

Rasional penubuhan prasekolah ini adalah untuk memenuhi keperluan masyarakat setempat
terhadap kehendak pendidikan awal kanak-kanak . Selain dari hasrat dan cita-cita prasekolah
ingin membina sebuah tadika yang mampu melahirkan kanak-kanak yang mempunyai jati
diri dan ketrampilan .
Prasekolah juga berhasrat dari segi pembelajaran memberi kanak-kanak pengalaman dalam
interaksi dan sosial yang luas dan berkembang dengan kreatif dan inovatif. Prasekolah juga
ingin menghasilkan kanak-kanak yang mempunyai sikap mesra masyarakat melalui
usahasama penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran kanak-kanak.
Penubuhan prasekolah ini juga bertujuan untuk membantu ibu bapa dalam menyediakan
anak-anak mereka melangkah ke alam persekolahan.Suasana yang stimulatif diharap dapat
membekalkan anak-anak dari aspek akademik, sosial dan akhlak.
3.0 NAMA, VISI & MISI PRASEKOLAH
NAMA
Nama prasekolah saya cadangkan ialah Prasekolah Cemerlang.
VISI
" Pengurusan Pendidikan Prasekolah Yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang "
MISI
"Membangunkan Sistem Pengurusan Pendidikan Yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang
bagi Memperkembangkan Potensi Individu Sepenuhnya dan Memenuhi Aspirasi Negara."
4.0 OBJEKTIF PENUBUHAN
Di negara kita kebanyakan pusat-pusat prasekolah dijalankan oleh pelbagai agensi yang
berbeza seperti agensi kerajaan KEMAS, FELDA, Jabatan Perpaduan, Prasekolah
Kementerian Pelajaran dan swasta. Memandangkan pusat-pusat prasekolah ini dikendalikan
oleh pihak-pihak yang berbeza maka dari segi matlamat dan objektif penubuhannya juga
berbeza. Kepentingan kepada pengajaran 3M membuka mata masyarakat tentang pentingnya
pendidikan di peringkat prasekolah. Ibu bapa berlumba-lumba memilih pusat prasekolah
yang dapat memenuhi harapan dan kehendak mereka. Inilah yang mendorong munculnya
pusat prasekolah seperti cendawan tumbuh pada masa sekarang. Pemilihan pusat prasekolah
oleh ibu bapa adalah berlandaskan kualiti yang dimiliki oleh sesuatu pusat prasekolah yang
menyediakan pendidikan kepada kanak-kanak. Pusat prasekolah yang mempunyai matlamat
dan objektif yang menepati kehendak dan harapan akan lebih menjadi tumpuan ibu bapa.

Matlamat penubuhan pusat prasekolah secara umumnya adalah untuk memberi peluang yang
sama kepada semua kanak-kanak untuk mendapatkan pendidikan pada umur seawal 4 tahun.
Objektif dan matlamat pendidikan prasekolah menggambarkan harapan dan jangkaan yang
perlu dicapai oleh kanak-kanak prasekolah. Di sini mari kita lihat apakah penentuan matlamat
dan objektif pendidikan prasekolah yang telah dibentuk oleh Pusat Perkembangan
Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Pendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan
potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan
memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke tahun satu di sekolah rendah.
Pendidikan prasekolah membolehkan kanak-kanak mencapai tujuan berikut :
i. Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep kendiri yang positif yang menjadi
warganegara yang patriotik;
ii. Menggunakan bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan kemahiran bahasa
untuk berkomunikasi;
iii. Menggunakan bahasa Cina dan bahasa Tamil dengan betul untuk berkomunikasi di
sekolah yang menggunakan bahasa pengantar bahasa Cina dan bahasa Tamil;
iv. Menggunakan bahasa Inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan kedudukannya
sebagai bahasa kedua;
v. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid-murid beragama
Islam;
vi. Mengamalkan nilai-nilai murid dalam kehidupan seharian;
vii. Mempunyai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan
masalah;
viii. Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial;
ix. Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan amalan kesihatan dan
keselamatan yang baik; dan
x. Mempunyai daya kreatif dan estetika unuk menghargai keindahan alam dan warisan
budaya.
Walau bagaimanapun secara umumnya apa yang perlu kita faham bahawa prasekolah
merupakan tempat kanak-kanak mula belajar membiasakan diri dengan rakan sebaya dan
orang dewasa. Di mana mereka berpeluang berinteraksi bersama rakan, meningkatkan
kemahiran-kemahiran perkembangan menyeluruh mereka di samping meningkatkan
keupayaan berkomunikasi. Peruntukan suatu alam persekitaran yang kaya dan menggalakkan
potensi maksimum kanak-kanak ini boleh diwujudkan di pusat prasekolah.

5.0 LOKASI
Lokasi prasekolah yang saya cadangkan ialah berdekatan dengan kawasan perumahan dan
berdekatan dengan sekolah rendah.
6.0 PELAN LANTAI
Penyediaan pelan lantai prasekolah yang baik harus mempunyai beberapa bahagian penting
yang terasing iaitu bahagian dalam kelas yang merangkumi ruang pembelajaran, ruang dapur,
ruang makan, bilik air, ruang rehat bagi kes kecemasan dan stor. Pelan lantai luar kelas
prasekolah juga perlu di sediakan bagi reka letak alatan permainan untuk taman permainan
kanak-kanak. Masalah utama dalam penyediaan pelan lantai ini ialah saiz kelas prasekolah
yang selalunya tidak begitu luas dan menyukarkan guru untuk merancang susun atur
peralatan dan perabut. Namun begitu guru harus menggunakan kreativiti tersendiri dalam
menghasilkan pelan lantai dan dekorasi yang terbaik untuk keselesaan murid dan menepati
kehendak komponen-komponen pembelajaran.
RUJUK LAMPIRAN 1 UNTUK PELAN LANTAI.
7.0 KURIKULUM DAN PROGRAM PEMBELAJARAN
Kurikulum dalam prasekolah mesti menggunakan kurikulum asas (Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan, KSPK 2009)
Dalam kurikulum prasekolah ini merupakan usaha untuk menyediakan peluang pembelajaran
yang menyeronokkan dan bermakna kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun.
Kurikulum prasekolah ini mengambil fokus utama berikut :
1. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak.
2. Menekankan inkuiri penemuan.
3. Menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersepadu, bertema, belajar
melalui bermain, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran berasaskan projek.
4. Prinsip utama pendekatan dan kandungan pembelajaran perlu sesuai dengan peringkat
perkembangan kanak-kanak dan mengambil kira perbezaan antara individu.
Melalui proses pengajaran dan pembelajaran ini, kanak-kanak akan memperoleh konsep dan
kemahiran asas yang akan membantu mereka meneruskan pembelajaran ke sekolah rendah
kelak.
RUJUK LAMPIRAN 2 UNTUK JADUAL PENGAJARAN PEMBELAJARAN DI
PRASEKOLAH

8.0 ASPEK PEMAKANAN


Aspek pemakanan amat penting dan perlu dititik berat. Kanak-kanak perlu makan makanan
yang mengandungi protein, sayur, serat dan vitamin -.Untuk tujuan membestarikan
pemakanan, guru dan PPM boleh membuat demontasi memasak dihadapan kanak-kanak dan
meminta mereka membantu. Aspek keselamatan perlu diutamakan.
Penghayatan nilai-nilai Islam diterap dikalangan kanak-kanak bagi adab makan dan doa
makan. Penerangan tentang adab-adab makan cara yang disaran oleh Agama Islam kepada
kanak- kanak.
Contoh makanan yang tidak sihat seperti nasi basi, keropok, coklat perlu diperjelaskan
implikasinya kepada kanak-kanak. Guru akan mengajar kanak-kanak cara melihat dan
mengenalpasti tarih luput pada makanan terutama yang disediakan di dalam tin.
Beberapa aktiviti yang fikirkan sesuai dalam mauduk pembestarian pemakanan seperti :
a. Mengumpul, memotong dan menampal gambar makanan yg digemari dan berbual
mengenainya
b. Melukis dan mewarnakan gambar bagi menghasilkan buku skrap dan bercerita
mengenainya
c. Mengumpul, memotong dan menampal gambar makanan yang digemari
d. Membentuk makanan daripada doh
e. Menyedia dan mengemas tempat makan
f. Main peranan atau lakonan
g. Kanak-kanak menceritakan semula aktiviti memasak diselang seli dengan soalan guru
h. Nyanyian atau nasyid berkaitan makanan.
Penyediaan makanan seperti bahan mentah, penyimpanan makanan dan kebersihan alatan
memasak sangat penting untuk memastikan kebersihan dan kesihatan kanak-kanak terjamin.
Dalam sesbuah tadika haruslah mengaplikasikan beberapa perkara-perkara yang penting
untuk memastikan bahagaian penyediaan makanan dalam keadaan bersih dan untuk
mengelakkan sebarang keracunan makanan terhadap murid-murid. Sebagai seorang pengurus
haruslah mempunyai kemahiran mengelola dan mengurus pemakanan di prasekolah dengan
efektif untuk membantu pengurus memilih dan menbeli bahan mentah yang berkhasiat dan
bermutu. Pengurus haruslah memilih makanan segar dan bersih untuk menjamin kualiti
makanan supaya setiap bekalan bahan mentah tidak cepat rosak. Hal ini kerana, mengelakkan
pembaziran wang yang digunakan untuk membeli bahan mentah dan juga masa yang
diluangkan untuk mengurus pembelian bahan mentah.
8

Selain itu, penyediaan makanan haruslah mengikuti makanan kegemaran kanakkanak, segar dan berkhasiat. Contohnya, Nasi goreng. Seterusnya, lebihkan pengambilan
sayur-sayuran dan buah-buahan kerana ia mengandungi kurang lemak serta murid-murid
mendapat bekalan vitamin dan serat dalam pemakanan yang seimbang. Hal ini juga penting
untuk kesihatan murid-murid bagi mencegah penyakit kanser mahupun penyakit kronik.
Buah-buahan tersebut hendaklah dimakan dengan segera sebagai pencuci mulut ataupun
diminum jusnya. Apabila selesainya makan, murid-murid haruslah diberikan air minum untuk
mengekalkan suhu dan mengeluarkan sisa bahan daripada badan dan peluh dan air kencing.
Sekurang-kurangnya murid-murid mendapat air dalam kuantiti enam hingga lapan gelas
sehari.
Seterusnya, makanan yang disediakan haruslah sentiasa bersih, segar dan berkualiti
untuk mengelakkan berlaku sebarang risiko yang boleh menjejaskan kesihatan kanak-kanak
dalam prasekolah. Pastikan alatan penyediaan makanan sentiasa bersih dan bersesuaian
pengunaan di dalam dapur. Contohnya, dapur yang mempunyai papi air, tempat membuang
sampah bertutup, sinki untuk mencuci tangan dan pingan mangkuk. Seterusnya peralatan
elektrik yang tidak mampu dicapai oleh kanak-kanak. Keadaan lantai dapur sentiasa kering
untuk mengelakkan kanak-kanak tergelincir dan terjatuh.
Selain itu, pembantu pengurusan murid memainkan peranan yang penting dalam
menjaga kebersihan makanan murid-murid bagi mengelakkan berlakunya masalah seperti
keracunan makanan sekaligus boleh menyebabkan penyakit berjangkit dalam kalangan
murid-murid. Di samping itu, bagi kakitangan haruslah diberi pendedahan mengenai caracara menjaga kebersihan serta sekurang-kurangnya mengikuti bengkel bagaimana penyediaan
makanan supaya dalam keadaan berkhasiat serta mengelakkan pembaziran makanan.
Bersesuaian dengan fungsi sebagai pembantu pengurusan murid iaitu menyediakan dan
menghidangkan makanan dan minuman yang bersih, berzat dan seimbang untuk muridmurid. Seterusnya, sentiasa mengemas dan membersihkan perkakas yang telah digunakan.
Oleh itu, pengurus haruslah memastikan bahawa pembantu pengurusan murid tidak lalai
dengan bidang tanggungjawabnya dalam membantu pengurusan prasekolah.
Berikut merupakan cadangan menu harian prasekolah saya :
MENU MAKANAN HARIAN
PRASEKOLAH CEMERLANG

HARI

MAKANAN

MINUMAN

NASI GORENG / PISANG

MILO

BIHUN SUP/ GORENG / APPLE

JUS OREN

MEE SUP / GORENG / PEAR

SUSU

NASI CAMPUR / BUBUR / PISANG

JUS OREN

KEK / SANDWICH / APPLE

SUSU SOYA

ISNIN
SELASA
RABU

KHAMIS
JUMAAT
JADUAL DI ATAS BOLEH BERUBAH MENGIKUT BAHAN.

9.0 ASPEK KEBERSIHAN & KESELAMATAN


.Pendidikan yang disediakan kepada anak-anak di sekolah mampu menyediakan modal insan
yang berilmu pengetahuan. Hal ini selari dengan aspirasi Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd
Najib Tun Abdul Razak yang berazam untuk menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada
anak-anak agar mereka mampu bersaing dalam dunia globalisasi yang semakin mencabar
kini. Hasrat ini dapat direalisasikan jika persekitaran sekolah berada dalam keadaan kondusif
kerana anak-anak akan berasa selesa apabila berada di sekolah. Persekitaran yang kondusif
ada hubung kait dengan kebersihan kawasan sekolah. Pada pendapat saya, pelbagai langkah
boleh dilakukan untuk memastikan kawasan persekitaran sekolah sentiasa bersih. Sahsiah
terpuji atau keperibadian unggul memainkan peranan yang sangat dominan dalam
membentuk jati diri yang mapan. Sahsiah murid yang mantap mampu memastikan kawasan
persekitaran sekolah sentiasa bersih. Murid-murid yang sering membuang sampah meratarata merupakan individu yang tidak memiliki sahsiah terpuji. Mereka tidak mempunyai
perasaan sayang akan sekolah kerana sahsiah mereka pada tahap rendah. Oleh itu, pihak
sekolah perlu memastikan murid-murid mempunyai sahsiah yang unggul agar mereka
10

menunjukkan rasa sayang akan sekolah. Pelbagai program boleh dilaksanakan oleh pihak
sekolah bagi melahirkan murid yang memiliki sahsiah terpuji. Sebagai contoh, program
seperti Kem Jati Diri mampu memupuk rasa sayang kepada sekolah. Aktiviti dalam Kem Jati
Diri seperti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah misalnya, mampu memupuk rasa
cinta murid kepada sekolah. Murid-murid juga dapat berinteraksi antara satu sama lain
semasa melakukan kerja gotong-royong. Faedah daripada aktiviti ini ialah kawasan sekolah
bukan sahaja menjadi bersih tetapi pada masa yang sama juga hubungan antara murid dapat
dieratkan seperti peribahasa sambil menyelam minum air. Oleh itu, jelas bahawa sahsiah yang
mantap mampu memastikan kebersihan kawasan persekitaran sekolah. Selain sahsiah yang
mantap, penguatkuasaan peraturan sekolah juga mampu memastikan kawasan persekitaran
sekolah senrtiasa bersih. Peraturan sekolah digubal adalah untuk memastikan murid-murid
dapat mendisiplinkan diri agar mereka menjadi insan yang berguna. Peraturan supaya muridmurid menjaga kebersihan kawasan persekitaran sekolah seperti kantin, padang, kelas,
asrama dan sebagainya telah ditulis dalam Buku Peraturan Sekolah. Peraturan ini dirangka
supaya murid-murid menjaga kebersihan kawasan persekitaran sekolah dan hukuman akan
dikenakan jika mereka didapati melanggar peraturan yang ditetapkan. Sebagai contoh,
peraturan seperti mengenakan denda kepada setiap murid yang membuang sampah meratarata perlu dikuatkuasakan oleh pihak sekolah jika mendapati murid-murid telah membuang
sampah merata-rata. Denda melakukan kerja amal seperti membersih tandas sekolah perlu
dikuatkuasakan untuk menyedarkan murid-murid supaya mematuhi peraturan yang
ditetapkan sekali gus menjadikan setiap hukuman yang dikenakan sebagai pengajaran agar
tidak mengulangi lagi pada masa depan. Mereka akan berhati-hati jika ingin membuang
sampah merata-rata kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali. Oleh itu, penguatkuasaan
peraturan juga mampu memastikan kawasan sekolah sentiasa bersih. Di samping itu, kempen
juga merupakan wadah yang amat berkesan dalam membina sekolah yang bersih. Kempen
yang dilancarkan mampu memberi kesedaran kepada murid-murid agar sentiasa menjaga
kebersihan kawasan sekolah. Keselamatan sesebuah prasekolah sangat penting untuk
mengelakkan kemalangan murid-murid prasekolah. Sekiranya peraturan keselamatan di
ingkari oleh pengusaha tadika ia mengakibatkan perkara yang tidak diingini berlaku. Oleh itu
sebagai seorang bakal guru prasekolah, mematuhi peraturan sangat penting untuk
keselamatan warga tadika.
Oleh hal yang demikian, terdapat ruang yang boleh mengakibatkan risiko terhadap
keselamatan murid-murid iaitu bahagian dalam dan luar bangunan tabika. Dari segi kawasan
ruang luar prasekolah haruslah dipagar untuk menyekat pergerakan murid-murid dan
11

menghalang penculik masuk ke dalam tadika. Pastikan juga permukaan longkang dan
permukaan lain yang terbuka ditutup untuk mengelakkan murid-murid terjatuh ke dalam
longkang semasa melalukan aktiviti luar. Selain itu, taman permainan murid-murid juga
dalam keadaan yang selamat untuk digunakan. Contohnya tempat memanjat dan mengelunsur
dialas dengan bahan yang lembut untuk mengelakkan kecederaan berlaku semasa muridmurid bermain di taman permainan.
Seterusnya, peraturan keselamatan haruslah diutamakan dalam sebuah tadika bagi
memberikan keselesaan kepada murid-murid. Sekiranya terdapat bahan-bahan yang patah,
pecah dan tidak digunakan lagi diletakkan di dalam stor ataupun dibuang untuk mengelakkan
kemalangan berlaku. Pastikan setiap waktu pintu pagar sentiasa ditutup untuk mengelakkan
pencuri ataupun penculik masuk ke dalam tadika. Sebagai seorang guru yang prihatin,
haruslah membimbing kanak-kanak mengenai undang-undang dan keselamatan jalan raya
iaitu lihat kanan, lihat kiri, lihat kanan, sekiranya tidak ada kereta yang melintas baru
melintasi jalanraya. Guru bukan hanya mengajar mengenai keselamatan semasa berada dalam
kawasan sekolah malah mengajar mengenai persekitaran di luar kawasan sekolah.
Selain itu, bagi mengurangkan kecederaan dan kemalangan berlaku hindarkan kanakkanak daripada bermain ditepi longkang, paya dan sungai, kolam ikan. Hal ini dapat
diaplikasikan apabila guru dan murid-murid menjalankan aktiviti luar kawasan tabika.
Contohnya ke Muzium ataupun Zoo Negara. Seterusnya, apabila murid-murid terlibat dengan
aktiviti luar kawasan tabika, guru haruslah menyediakan senarai perserta murid-murid
sebagai rekod untuk memastikan keadaan murid-murid selamat. Selain itu, ia dapat
membantu pihak polis untuk mencari maklumat murid yang hilang sekiranya berlaku
kehilangan murid-murid semasa dalam lokasi. Tambahan pula, sekiranya sesebuah tabika itu
menitikberatkan mengenai keselamatan murid-murid, pengurus bolehlah memohon insuran
dari pihak yang berkenaan untuk insuran perlindungan murid-murid sekiranya berlaku
kemalangan yang tidak di jangkakan.
Berbalik kepada kawasan persekitaran tabika, pastikan tiada tanaman yang berduri,
beracun dalam persekitaran tadika serta perkenalkan kepada murid-murid jenis tumbuhtumbuhan beracun serta serangga perosak dan berbisa. Pastikan tiada benda tajam seperti
pengunting pokok bunga tertingal dalam kawasan tabika bagi mengelakkan murid-murid
bermain dengan benda yang memberikan risikio yang tinggi terhadap keselamatan muridmurid. Oleh hal itu, seorang pengusaha haruslah mewujudkan persekitaran luar prasekolah
yang selamat untuk kanak-kanak bermain dan memanipulasikan objek dalam persekitarannya
bagi mengekalkan keselamatan kanak-kanak dalam kawasan tabika.
12

10.0 KOS PENUBUHAN


Kos penubuhan prasekolah adalah antara RM10,000 hingga RM15, Bagi mereka yang
berminat untuk menubuhkan prasekolah dan sudah mempunyai wang simpanan sebanyak
RM10,000 RM15,000 sudah mencukupi untuk penubuhan prasekolah tersebut
Cuba lihat contoh anggaran pengiraan kos ini:.
Beli peralatan tadika (meja dan kerusi pelajar, white board dll) : RM4,500
Beli alatan permainan : RM2,000
Keceriaan (mengecap, mural) : RM500
Stationery: RM300
Promosi (buat phamplet, signboard, dll) : RM1,200
Pengubahsuaian : RM1,500
Deposit sewa premis (anggaran sewa bulanan: RM800) : RM3,600
Lain-lain : RM800
Jumlah keseluruhan: RM14,400
11.0 STAF
Seperti yang diperuntukkan oleh kementerian saya berhasrat untuk mengambil dua orang
staf sahaja iaitu seorang guru dan seorang lagi pembantu pengurusan murid. Ini adalah
kerana prasekoilah yang akan ditubuhkan terhad pengambilan kanak kanak iaitu
maksimum adalah 30 orang.
Kelulusan untuk guru adalah Ijazah dalam pendidikan Awal Kanak- kanak manakala
pembantu pengurusan murid Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) dan mempunyai perwatakan
yang mesra , lemah lembut dan suka kepada kanak kanak serta pandai memasak.

12.0 PENUTUP
Saya berharap agar kertas kerja yang saya kemukakan ini diangkat bagi mendapat kelulusan
oleh semua pihak yang terlibat dalam dalam penubuhan prasekolah.
13

Saya berharap penubuhan prasekolah ini adalah untuk melahirkan insan yang cemerlang dan
menjadikan pemangkin untuk memajukan bangsa, negara dan berjasa juga pada agama
tercapai. Bak kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya.
2795 PATAH PERKATAAN

RUJUKAN.

14

Angus, L. (1997). Studies in Educational Policy and Administration (Educational


Government). Melbourne: Monash University.
Dr. Shahizan Hasan & Ahmad Shabudin Che Noh. (2005). Panduan Merancang Aktiviti
Prasekolah. Kuala Lumpur : PTS Profesional Publishing.
Educational Planning and Research Division. (2001). Education in Malaysia: A Journey to
Excellence. Kuala Lumpur: Ministry of Education.
Haliza Hamzah. et.al. (2008). Perkembangan Kanak-kanak. Kuala Lumpur : Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
Institut Tadbiran Awam. (1991). Malaysia Kita. Kuala Lumpur: Percetakan
Nasional Malaysia.
Kasnani Ab. Karim. et. al. (2005). Perkembangan Pendidikan Prasekolah.

Subang Jaya :

Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.


Kasnani Ab. Karim. et. al. (2006). Perkembangan Pendidikan Prasekolah.

Subang Jaya :

Kumpulan Budiman Sdn. Bhd


Kementerian Pelajaran Malaysia. (2007). Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Kuala
Lumpur : KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Laporan Tahunan Kementerian Pendidikan
Malaysia 2001. Kuala Lumpur: AG Grafik Sdn. Bhd.
Mohd. Taib Hashim. (1998). Nota Kursus Penggubalan dan Penilaian Dasar Awam. Kuala
Lumpur. INTAN.
Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah. (2007). Panduan Pendidikan Prasekolah. Kuala
Lumpur : PTS Profesional Publishing.
Pindaan Akta Pendidikan 1996 (Akta A1152) yang diwartakan pada Disember
2002.

Bahagian Perancangan dan Pembangunan Penyelidikan. (2001). Pembangunan

Pendidikan 2001 2010. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.


Putri Zabariah. et. al. (2006). Tadika Berkualiti. Kuala Lumpur : PTS Profesional Publishing.

15