Anda di halaman 1dari 23

Sinopsis Novel Di Sebalik Dinara

Bab 1.
Farisha berada di Lapangan Terbang Senai, Johor untuk
menaiki kapal terbang ke Kuala lumpur. Dia terjumpa
seorang pemuda yang bersikap sopan santun dan kacak.
Pemuda itu bersenyum kepadanya. Di dalam pesawat,
kebetulan pemuda itu duduk di tepinya. Farisha berminat
akan jam tangan pemuda yang juga merupakan pusat
kawalan elektronik. Setelah berbual ringkas. Mereka
tertidur dalam penerbangan. Di balai ketibaan KLIA,
Farisha terlupa menghubungi rakan serumahnya Shida dan
abangnya, Azraai. Dia terpaksa menaiki teksi balik ke
tempat kediaman. Pada pukul 10.00 malam, dia baru
sampai di hadapan pintu apartmennya. Kad pintar tidak
dapat berfungsi untuk membuka pintu rumah. Setelah
menghubungi Shida, Shida yang sedang bermain skuasy
segera balik untuk membuka pintunya, iaitu, kunci pintu
telah ditukar kepada Retinal Scanner. Farisha terkejut
tentang perubahan rumah mereka. Menurut Shida, abang
Farishalah yang memasang retinal scanner itu.
Melalui hologram, wajah Azraai wujud di depannya. Azraai
menyatakan bahawa dia bimbang akan keselamatan
Farisha kerana berlakunya kes pembunuhan yang tidak jauh
dari apartmen Farisha. Azraai meminta Farisha supaya
mendaftar retinal matanya dalam sistem keselamatan

rumahnya dengan bantuan Shida. Setelah itu, Farisha pun


tidur kerana terlalu letih.
Di sebuah bilik pejabat, Dr. Maxi sedang berbincang
tentang Farisha. Aqram , pemuda yang duduk di sisi
Farisha dalam pesawat itu telah mengesahkan bahawa
Farisha ialah orang yang dicari oleh mereka selama ini
kerana DNA Farisha daripada cawan di pesawat itu
memang orang yang dicari oleh mereka. Aqram
mengatakan bahawa dia tidak dapat membaca minda
Farisha kerana otak Faisha memiliki sejenis pendinding
yang dipanggil Wall. Dr. Maxi menyerahkan Penetrator
kepada Aqram untuk membantunya supaya dapat
melemahkan Wall Farisha dan dapat membaca minda
Farisha. Mereka memerlukan Farisha untuk
menyelamatkan sistem Dinara .
Bab 2
Farisha telah menghubungi Rosman, rakan syarikatnya
supaya membawa dia ke Hotel Renaissance kerana dia
hendak menyertai ucapan pembukaan yang akan
disampaikan oleh Philips Young, Presiden Persatuan
Penggodam Antarabangsa. Rosman menelefonnya bahawa
keretanya telah rosak. Farisha segera menjagakan Shida
yang sedang tidur lena. Farisha meminta Shida
membawanya ke stesen monorel. Setelah sampai di hotel
itu, sebuah robot penyambutnya ke dewan itu. Malangnya
Philip Young tidak dapat hadir di dewan dan hanya

hologram beliau yang muncul di pentas sahaja. Akhirnya


Rosman sempat tiba di dewan itu. Sebenarnya Farisha dan
Rosman membuka sebuah syarikat perunding keselamatan
sistem komputer yang bernama Secured Shell Sdn. Bhd
setahun yang lalu. Mereka baru mendapat projek di
Senawang. Mereka kesempitan wang sehingga Rosman
tidak dapat menggantikan kereta lamanya tambahan lagi
Rosman bercadang untuk berkahwin tidak lagi.
Rosman mendapati bahawa ada seorang pemuda yang
kacak sedang memerhatikan Farisha. Pemuda itu
memperkenalkan dirinya Aqram. Farisha terkejut kerana
dapat bertemu semula dengan pemuda yang dijumpainya di
Lapangan Terbang Senai semalam itu . Aqram bekerja di
Soft Lab, Cyberjaya. Aqram menyatakan bahawa dia
sedang mencari jururunding untuk satu projek mini di Soft
Lab dan ingin menawarkan projek kepada syarikat Farisha.
Ketika berbual-bual dengan Farisha, Aqram menekankan
Penetrator di tangannya untuk melemahkan Wall minda
Farisha. Farisha berasa pening kerana terdapat cahaya
berkilat di depan matanya. Aqram hanya sempat membaca
sedikit ingatan Farisha sahaja. Aqram berasa kesal kerana
maklumat yang diperolehnya dalam minda Farisha terlalu
sedikit. Aqram memerlukan Farisha untuk menyelamatkan
sistem Dinar dalam syarikat mereka.
Bab 3
Rosman teruja untuk mengetahui tawaran yang diutarakan

oleh Aqram. Atas desakan Rosman, Farisha menghantar emel kepada Aqram tentang projek mini itu. Aqram
membalas e-mel tentang kegembiraannya kerana Farisha
menerima tawaran mereka. Keesokan hari, mereka bertemu
di luar dewan simposium. Rosman hendak membawa
mereka ke Puchong untuk perbincangan mereka. Menurut
Aqram, mereka akan berbincang di rumah Karl, seorang
penyelidik SoftLab yang banyak berjasa. Rosman dan
Farisha terkejut tentang nama Karl kerana Karl pernah
memenangi anugerah inovasi peringkat kebangsaan dan
sejak memenangi anugerah tersebut, Karl terus menyepi
daripada pihak media. Aqram membawa mereka menaiki
LRT untuk ke Puchong . Di platform monorel, Farisha
mendapati bahawa penumpang sebelah ialah seorang
wanita tua yang menghidap penyakit barah.
Ketika tiba di rumah agam milik Karl, mereka disambut
oleh seorang lelaki tua. Lelaki itu bernama Dr. Maxi yang
juga bekerja di Soft Lab dalam bahagian penyelidikan. Dr.
Maxi ingin membuat tawaran langsung kepada Syarikat
Secured Shell tentang projek mini itu dengan nilai RM1.5
juta. Rosman dan Farisha terkejut tenang tawaran tersebut.
Farisha ingin mengetahui skop kerja itu. Dr. Maxi
menerangkan bahawa khidmat mereka adalah menggodam
tiga kelompok komputer SoftLab yang merupakan
infrastruktur sistem pengkomputeran awam dalam masa
empat minggu. Farisha tidak berkeyakinan untuk menerima

projek itu. Bagaimanapun, Dr. Maxi menyatakan bahawa


Farisha berbakat besar dan pernah berjaya melepasi sistem
keselamatan Bank Sapurba dahulu. Farisha terkejut kerana
Dr.Maxi mengetahui peristiwa tiga tahun yang lalu itu.
Farisha ingin berfikir dahulu tentang tawaran tersebut.
Setelah itu, Dr. Maxi membawa Farisha dan Rosman ke
dalam terowong. Di hujung terowong itu terdapat ruang .
Di situ mereka ternampak Karl terbaring di atas katil
hospital canggih di dalam sebuah bilik kaca. Karl telah
menghidap penyakit barah usus selama tiga tahun. Farisha
teringat akan arwah ibu bapanya juga menghidap penyakit
barah tulang. Mereka hanya berdiam diri. Menurut Dr
Maxi, Karl masih aktif dalam penyelidikan. Farisha diminta
menggodam sistem Dinara yang dibuat oleh Karl. Setelah
balik, Farisha kurang senang hati atas projek itu dan ingin
meminta pendapat daripada abangnya.
Bab 4
Azraai bersungguh-sungguh memintanya menerima sahaja
tawan itu. Pada petang itu, Farisha menerima pesanan
ringkas daripada Rosman bahawa dia masih berada di
Senawang dang tidak sempat untuk pergi ke Soft Lab
petang nanti. Farisha terpaksa pergi ke SoftLab sendiri.
Farisha enggan menaiki kenderaan awam kerana berasakan
dirinya diekori orang. Shida dibangunkan oleh Farisha.
Shida tergesa-gesa bangun kerana terdapat temu janji
dengan seorang pelanggan. Kebetulan mereka menuju ke

destinasi yang sama, iaitu SoftLab di Cyberjaya. Shida


menerima tawaran untuk menulis satu rencana dengan
harga RM25000. Setibanya di Soft Lab, Shida disambut
oleh Khairul Anwar. Sebaliknya Farisha disambut oleh
Aqram ke bilik keselamatan untuk mendaftar cap jari dan
retina mata. Farisha dibawa ke sebuah bilik besar sebagai
tempat kerjanya. Farisha berasa selesa di tempat kerjanya.
Seterusnya Farisha juga dibawa ke pusat data yang
merupakan perkakas Dinara. Farisha diberitahu bahawa di
situlah semua data untuk perisian Desktop Maya yang
digunakan oleh pelanggan Soft Lab, iaitu semua data
disimpan dalam Dinara. Oleh itu Farisha
dipertanggungjawabkan untuk menggodam dan
mengukuhkan sistem Dianara.
Setelah pulang dari Soft Lab, mereka berdua minum di
sebuah kopitiam. Shida mengatakan bahawa dia ditawarkan
supaya menulis satu rencana dan satu buku biografi dengan
bayaran sebanyak RM40 ribu. Mereka berdua akan mula
bekerja pada keesokan hari di Soft Lab manakala Rosman
tidak dapat datang kerana kerja di Senawang belum selesai.
Di pejabat Soft Lab, Dr. Maxi berbincang dengan Khairul
Anwar dan Aqram bahawa mereka perlu memastikan Shida
sentiasa di situ bersama dengan Farisha. Shida juga akan
dijadikan pengganti Farisha jika apa-apa terjadi kepada
Farisha. Shida dianggap sesuai kerana mereka sebaya dan
tubuh badan hampir sama. Mereka memerlukan Alia untuk
menjalankan tugas tetapi mereka turut bimbang akan emosi

Alia yang tidak menentu. Sebenarnya Alia ialah sebuah


cyborg yang canggih.
Bab 5.
Pada pagi itu, Alia sudah menunggu kedatangan Farisha di
lobi pejabat. Setelah itu, Alia membentangkan semua
kemudahan yang ada di tempat kerja mereka kepada
Farisha. Farisha terkejut tentang penerangan Alia yang
lancar sekali.
mamak Ketika makan petang, Farisha dan Shida makan di
kedai. Mereka berasa agak aneh terhadap Alia yang
memiliki kulit yang terlalu sempurna sehingga tidak dapat
bulu kening. Mereka menyangka bahawa Alia pernah
menjalani pembedahan plastik. Farisha turut mengatakan
bahawa Aqram mempunyai fizikal dan perlakuan yang
lebih sempurna. Shida turut berminat terhadap Aqram.
Pada sebelah petang, Aqram menyambung penerangan Alia
pada pagi itu. Farisha turut mendebat dengan Aqram
tentang kelemahan sistem Dinara. Farisha mendapati
bahawa sistem pengkomputeran itu mempunyai kelemahan
yang banyak. Aqram mengakui kelemahan itu dan meminta
Farisha menggodam sistem itu supaya keselamatannya
boleh ditingkatkan. Aqram turut mengakui bahawa Dinara
sudah dicerobohi dan penceroboh telah menyusupkan satu
virus bom jangka yang akan memusnahkan Dinara pada
tarikh tertentu.
Pada sebelah malam, Rosman menyatakan bahawa dia
tidak dapat menyertai kerja Farisha di Soft Lab kerana

syarikat di Senawang itu telah menambahkan tugas untuk


Rosman. Sebaliknya di pejabat Soft Lab, Dr. Maxi sedang
berbincang tenang tugas yang akan dilakukan pada
keesokan hari. Alia sungguh marah kerana tidak diberitahu
tentang rancangan Dr.Maxi. Dr. Maxi mengatakan bahawa
Alia akan diberi arahan ketika berada di bilik Farisha padi
esok. Setelah Alia beredar dari situ, Dr. Maxi hendak
menghapuskan sebahagian ingatan Alia kerana Alia
kecenderungan untuk bersaing dengan wanita lain. Alia
cemburu dengan perhubungan rapat antara Medina dengan
Karl. Sebaliknya Alia dicipta oleh Karl. Mereka berancang
untuk meneruskan rancangan bermula pada pukul 9.00 pagi
esok sebelum 10.30 pagi kerana Karl akan menerima
rawatan sekitar pukul 11.00.
Pada malam itu, Farisha tidak dapat tidur dengan baik
kerana asyik bermimpi tentang serang binatang buas
sehingga dia terlewat bangun.
Bab 6
Farisha tiba sepuluh minit lewat ke ruang kerjanya. Sebaikbaik sahaja dia duduk di kerusinya, tiba-tiba dia terasa
pening. Ketika itu, Alia menerima arahan daripada Dr.
Maxi supaya mengurut kepala Farisha. Farisha turut
tertidur. Dua jarum keluar daripada kepala kerusi dan mula
mencucuk kiri dan kanan tengkuk Farisha. Farisha telah
berinteraksi dengan Karl. Ketika itu, Dr.Maxi, Aqram dan
Khairul Anwar sedang menyaksikan reaksi Farisha di bilik
Dr. Maxi. Alia sungguh tidak puas hati kerana Farisha

dapat berinteraksi dengan Karl dan bukan dia yang


menjalankan tugas itu. Dalam mimpi itu, Karl mengatakan
bahawa Farishalah sahaya yang dipercayainya untuk
menyelamatkan Dinara. Karl juga mengatakan bahawa
sejak dahulu, dia sudah mempersiapkan Farisha dengan
kelengkapan untuk berhubungan dengannya. Alia hilang
kawalan dan terjerit pekik kerana Farisha dapat berbincang
dengan Karl. Aqram terpaksa mematikan suis di belakang
tengkuk Alia dan Alia turut tegak dan kaku.
Apabila Farisha terjaga semula, dia ternampak Aqram di
depannya. Farisha tidak teringat apa yang telah berlaku
sebelum itu. Aqram memberikan multivitamin kepada
Farisha supaya lebih segar. Seterusnya mereka berdua
menyambung penerangan semalam. Farisha berpendapat
bahawa dia seolah-olah pernah menggunakan sistem
Dinara.
Apabila tengah hari, Farisha makan petang bersama dengan
Shida di kantin Soft Lab. Farisha berasa hairan tentang
mimpi ngeri yang dialaminya. Shida pula menyatakan
bahawa dia sedang mengkaji Karl , saintis terkenal di situ
melalui arkib syarikat itu. Shida juga mengatakan bahawa
sistem Dinara merupakan hasil Karl dengan seorang wanita
yang bernama Medina dan Medina telah menghilangkan
diri setelah sistem Dinara disiapkan. Bagaimanapun Shida
tidak dapat mencari maklumat yang selanjutnya tentang
Medina di dalam arkib syarikat.
Bab 7.

Pada malam itu, Shida dijemput ke pejabat Secured Shell


Sdn. Bhd untuk membincangkan kontrak projek Soft Lab
kerana Shida memiliki latar belakang undang-undang.
Farisha meneliti setiap halaman dalam kontrak itu. Semasa
mereka bertiga sedang berbincang, tiba-tiba Farisha
mengerang kerana kepalanya berdenyut-denyut. Farisha
terlihat cahaya seperti kilat yang memancar seperti yang
dialaminya di Hotel Renaissance. Mereka terpaksa berhenti
dalam perbincangan itu. Semasa mereka keluar dari
pejabat, Uncle Seng, tauke kedai runcit di blok itu menegur
mereka dan mengatakan bahawa dia ternampak dua orang
pemuda lari keluar dari arah pejabat mereka dengan
membawa beberapa beg besi, piring TV satelit dan
sebagainya. Mereka berasa curiga atas kejadian itu.
Dua hari kemudian, Farisha berkunjung ke rumah Azraai.
Dia disambut oleh dua orang anak saudaranya yang comel,
iaitu Dina dan Aina. Farisha sangat sayang akan dua orang
anak saudaranya. Farisha diberitahu oleh abang dua perkara
yang di luar sangkaannya. Perkara pertama ialah Azraai
telah dikesan oleh doktor bahawa dia telah menghidap
penyakit jantung. Farisha menangis dan meminta Azraai
tidak lagi menyembunyikan masalah kepada Azraai kerana
tidak mahu kehilangan abang yang amat disayangi. Perkara
kedua ialah Azraai menyerahkan satu fail daripada arwah
ayah mereka kepada Farisha dan memberitahunya bahawa
Farisha ialah anak angkat kepada ayah dan ibunya. Azraai
berat hati untuk memberitahu perkara itu kepada adik

angkatnya sejak 26 tahun yang lalu tetapi dia perlu


melaksanakan amanah yang diberikan oleh arwah ayahnya.
Farisha sangat sedih dan menangis sehingga matanya
bengkak. Sesungguhnya kakak iparnya, Mariah turut
mengetahui perkara itu. Apabila sampai di rumah, Farisha
tidak membuka fail plastik itu dan terus mencampakkan fail
itu ke dalam almari bajunya kerana belum bersedia untuk
menerima perkara itu.
Bab 8
Aqram, Dr. Maxi dan Khairul Anwar sedang menonton
skrin besar untuk sesi selanjutnya antara Karl dengan
Farisha pagi itu. Tiba-tiba Farisha jatuh pengsan. Aqram
terus berlari ke arah Farisha. Dr. Maxi menelefon doktor
yang merawat Karl untuk menyatakan bahawa sesi pagi itu
terpaksa dihentikan. Setelah diperiksa oleh pegawai
perubatan, mereka mengambil keputusan untuk menghantar
Farisha ke hospital . Dr. Maxi telah mengarahkan Aqram
dan Khairul Anwar supaya mereka menjalankan rancangan
yang kedua, iaitu Shida akan mengganti Farisha dalam
tugas itu.
Aqram dan Khairul Anwar menjumpai Shida dan
memberitahunya bahawa Farisha telah jatuh pengsan dan
telah dihantar ke hospital. Mereka turut bertanya kepada
Shida tentang keadaan Farisha semalam. Shida mengatakan
bahawa Farisha kelihatan kurang ceria sejak pulang dari
rumah abangnya. Farisha menerima pesanan ringkas
daripada Farisha bahwa dia berada di Hospital Putrajaya

kerana tekanan darah terlalu tinggi dan doktor akan


membuat CT-scan kerana ada benjol di belakang
kepalanya. Shida diminta ke pejabat Dr. Maxi. Dr. Maxi
hendak mengetahui kesihatan Farisha dan bertanya sama
ada Farisha telah mengandung. Shida menafikan
pertanyaan Dr. Maxi kerana Farisha tidak memiliki teman
lelaki. Selepas itu Shida menelefon Rosamn tentang
keadaan Farisha.
Bab 9.
Di bilik pejabat Dr. Maxi, mereka berpendapat bahawa
setelah tiga sesi dilakukan untuk berkomunikasi dengan
Karl, badan Farisha sudah lemah dan tidak mampu
menanggung semua kerja itu. Mereka akan menggantikan
Farisha dengan Shida. Mereka perlu membuat persiapan
untuk sesi pagi esok walaupun amanah Karl ialah Farisha
sahaja yang dapat menyiapkan tugas tersebut.
Apabila Shida sampai di rumah, dia mengemaskan pakaian
Farisha untuk dibawa ke hospital. Dia ternampak fail
plastik yang disimpan di dalam almari. Shida membuka fail
itu dan membaca dokumen yang ada di dalam fail itu. Dia
terkejut kerana Farisha ialah anak angkat yang diserahkan
kepada keluarga angkatnya.
Semasa berada di wad, Rosman berasa bersalah kerana
membiarkan Farisha melaksanakan semua tugas di Soft
Lab. Menurut Farisha , dia pengsan kerana tekanan darah
terlalu tinggi, masalah keluarga dan kurang tidur. Shida
ingin mengetahui keputusan daripada CT-scan. Farisha

mengatakan bahawa abangnya telah menjumpai doktor dan


keadaannya tidak membimbangkan. Tidak lama
kemudian,Rosman dan Shida meninggalkan wad itu kerana
Farisha perlu banyak berehat.
Beberapa minit selepas Rosman dan Shida meninggal wad
itu, Farid dan Amin masuk ke wad Farisha. Mereka
mengeluarkan piring TV Satelit lalu membaca minda
Farisha. Ternyata WALL Farisha pada malam itu tidak
fungsi. Dengan mudah, mereka dapat merakamkan ingatan
Farisha lalu keluar dari situ. Selepas itu, Aqram melawat
Farisha. Farisha masih tidur lena. Ternyata Farisha masih
lemah dan tidak dapat meneruskan tugas tersebut.
Sebenarnya sebelum itu, Aqram telah bertemu dengan
Azraai. Azraai memberitahu Aqram bahawa semua
mikrocip masih terletak di tempatnya. Walaupun doktor
telah mengesan mikrocip itu melalui CT-Scan tetapi Azraai
menerangkan bahawa mikrocip itu digunakan untuk tujuan
uji kaji. Dia berbuat demikian atas amanah arwah ibu
bapanya, iaitu semua mikrocip mesti kekal di dalam tubuh
Farisha dan berkhidmat di Soft Lab apabila diperlukan.
Bab 10
Pada pagi itu, Shida asyik mencari maklumat Medina tetapi
maklumat bagi Medina amat sedikit. Nama Medina banyak
dipadamkan daripada kebanyakan laporan. Alia datang ke
belakang Shida dan meminta Shida pergi ke bilik pejabat
Dr. Maxi . Dalam perjalanan, Shida asyik bertanya ke Alia
sama ada berada di sisi Farisha ketika Farisha jatuh

pengsan. Alia enggan menjawab. Sebelum Shida bertanya


apa-apa kepada Dr. Maxi, Alia menekupkan kedua-dua
belah tapak tangan ke wajah Shida. Shida segera tidak ingat
apa-apa. Dalam pembedahan, mikrocip telah dimasukkan
ke dalam tubuh Shida.
Pada pukul 2.00 petang, Shida dibangunkan oleh Aqram.
Menurut Aqram, Shida telah tertidur. Pada petang pukul
2.30, Shida dibawa ke bilik kerja Farisha. Shida diminta
duduk di kerusi Farisha. Dr. Maxi meminta Shida
berhubungan dengan seorang lelaki dan mengikut arahan
yang dipinta. Shida mengangguk. Alia mengurut bahu
Shida. Shida terlena. Dua jarum mudah lentur sudah
menusuk ke tengkuknya.
Setelah kembali ke bilik Dr. Maxi, mereka berempat
menyaksikan keadaan Shida. Nafasnya semakin laju dan
dadanya berombak. Khairul Anwar bercadang supaya
menghentikan sesi itu tetapi Dr. Maxi tidak bersetuju.
Bagaimanapun keadaan Shida semakin serius, Dr. Maxi
terpaksa menghentikan sesi itu. Dr. Maxi tidak mahu
memadam ingatan Shida dan hendak mendengar apa yang
dialami oleh Shida.
Sebaliknya di hospital, Farisha terdengar suara tentang
suara perempuan yang mengatakan dirinya sebagai
mummy. Setelah lima tahun berkhidmat dengan wanita tua
yang separuh gila itu, Farid tidak pernah lihat wanita itu
bergembira begitu. Wanita begitu gembira kerana berjaya
menghubungi anaknya, Farisha. Wanita itu bukan sahaja

hendak mencari anaknya tetapi lebih penting untuk


membuktikan yang benar dan yang lebih hebat.
Keesokan pagi, Shida masih berada di bilik kerja Farisha.
Sepanjang malam dia memencilkan diri di satu penjuru
tanpa mempedulikan orang lain. Alia diminta untuk
memujuk Shida tetapi tidak berkesan. Mereka tidak tahu
apa yang dilakukan oleh Karl terhadap Shida.
Bab 11
Farisha bertanya kepada Azraai tenang nama ibu
kandungnya. Azraai mengatakan bahawa namanya Marilyn,
seorang wanita Portugal tetapi tidak tahu siapa bapa
kandungnya. Azraai berasa syukur kerana mendapat adik
seperti Farisha. Tiba-tiba Farisha menyatakan bahawa
semalam ibu kandungnya datang dan bercakap dengannya.
Azraai terkejut segera meminta Farisha mengemas barang
dan hendak mengeluarkan Farisha dari hospital. Azraai
memandu kereta dan hendak melarikan Farisha keluar dari
Kuala Lumpur. Setelah menghubungi rakannya, Azraai
hendak menuju ke arah Air Keroh, Melaka. Farisha hendak
mengetahui apa hal yang berlaku. Azraai memberitahu
Farisha bahawa ibunya hendak membunuhnya. Dia pernah
cuba membunuh Farisha ketika bayi kerana taksunb dengan
sains dan hendak mengorbankan Farisha demi sains.
Farisha tidak dapat menerima kata-kata Azraai. Farisha
berasa bingung kerana abang dapat mengetahui misi
mereka. Azraai mengatakan bahawa dia baru mengetahui
misi tersebut. Azraai mengatakan bahawa dia hanya dapat

mengetahui perkara itu dua minggu yang lalu. Azraai juga


menerangkan bahawa 26 tahun yang lalu, dua orang lelaki
datang ke rumah mereka dengan membawa Farisha
bersama.
Sebaliknya di bilik kerja Farisha, Shida terpaksa diikat
kerana dia meronta-ronta dan berguling-guling di lantai.
Kekuatannya seperti lelaki. Alia diminta mengurut bahu
Shida dan Shida kembali tenang. Dr. Maxi cuba bercakap
dengan Shida. Shida mengakui dirinya sebagai Karl.
Mereka terkejut. Karl hendak mengetahui ke mana pergi
Farisha. Karl tidak paus hati kerana mereka menggantikan
Farisha dengan Shida. Dr. Maxi mengatakan bahawa dia
terpaksa berbuat demikian kerana keadaan Karl yang tidak
dibenarkan. Shida terus menengking Dr. Maxi bahawa dia
hanya hendak Farisha sahaja untuk menjalankan projek itu
kerana Farisha cukup lengkap. Shida menegaskan bahawa
dia memerlukan Farisha untuk menghapuskan virus yang
disusupi masuk ke dalam Dinara dan mereka kesuntukan
masa. Melalui mulut Shida, Karl mengatakan bahawa jika
virus itu diaktifkan, virus itu akan menular kepada ribuan
manusia. Dr. Maxi segera memberikan arahan supaya
Aqram membawa Farisha ke Soft Lab segera. Sebaliknya
Aqram menerima berita bahawa Farisha telah
meninggalkan Kuala Lumpur.
Dalam perjalanan, Azraai terpaksa menghentikan keretanya
di hentian Pagoh kerana kepala Farisha pening dan sepeti
terpadat cahaya kilat memancar matanya. Farisha terus

jatuh pengsan lagi. Semasa Azraai mencari ubat untuk


Farisha, dua orang lelaki berkaca mata hitam sedang berdiri
di luar kereta mereka. Dengan pistol, dua orang lelaki telah
membawa Farisha dan Azraai diberi amarah supaya tidak
membuat laporan kepada pihak polis.
Alia mengejutkan Shida. Shida menjerit-jerit bagai dirasuk.
Shida menangis dan mengatakan bahawa dia duduk di
dalam penjara. Ramai banduan belasahnya. Shida terus
mengatakan bahawa dia telah membunuh seorang budak
lelaki di dalam dewan pembedahan. Selain itu, dia juga
memukul seorang wanita sampai cacat dan hampir mati lalu
memberi dia kehidupan baharu kemudian. Khairul Anwar
meluru kepada Shida dan bertanya siapanya yang
sebenarnya. Shida mengatakan bahawa Khairul Anwar
sebenarnya bernama Muhammad Irfan yang merupakan
pengemis. Dia telah diberi ingatan baharu dan menjadi
Khairul Anwar. Khairul Anwar sangat marah dan hendak
memukul Shida. Dr. Maxi cuba mengawal emosi Khairul
Anwar yang tidak tenteram.
Bab 12
Dengan cemas, Azraai menghubungi Rosman bahawa
Farisha telah diculik orang. Dia meminta Rosman supaya
mengesan lokasi telefon bimbit Farisha. Rosman dapat
mengesan Farisha telah dibawa ke arah lebuh raya ke utara.
Azraai segera keluar dari hentian Pagor dan menuju ke arah
lebuh raya.
Farid telah menghubungi Marilyn bahawa mereka telah

berjaya menangkap Farisha. Farisha masih tidak sedar diri


di dalam kereta. Di makmal, Marilyn melelapkan mata dan
berinteraksi dengan Farisha. Dalam interaksi minda itu,
Farisha menolak Marilyn sebagai ibunya .
Di Soft Lab, Melalui Shida, Karl memberitahu Alia bahawa
dia bernama Rusmina dan merupakan isterinya. Ruparupanya Rusmina pernah derhaka kepada Karl sehingga
dipukul sampai cacat. Selepas Karl mengubah fizikal dan
ingatan serta nama Alia. Fikaran Shida bercelaru kerana
krisis identitinya. Dr. Maxi dan Aqram telah mendapati
bahawa Karl telah memindahkan pengalamannya yang
pahit selamat 20 tahun ke dalam minda Shida. Khairul
Anwar bertanya sama ada ujii kaji sedemikian pernah
dilakukan. Menurut Dr. Maxi, uji kaji yang pernah
dijalankan terhadap Medina itu gagal.
Di lebuh raya, aplikasi pengesan di telefon pintar Rosman
telah menunjukkan kereta yang membawa Farisha tidak ke
Seremban. Melalui telefon, Azraai menyangka bahawa
Farisha telah dibawa ke Soft Lab.
Di dalam kereta, Farisha terjaga dan mendapati bahawa dia
telah ditangkap oleh dua orang lelaki. Tangan dan kakinya
telah diikat.
Di Soft Lab, Alia terus bertanya kepada Shida tentang
hubungan Karl dengan Medina. Shida (Karl) terus
mengakui bahwa dia berjaya atas bantuan Medina. Medina
sungguh bijak dan sentiasa hendak membuktikan dia lebih
hebat daripada Karl. Shida terus berkata bahawa dia gagal

cinta akan Medina dan Medina mengaburi matanya dengan


kecantikan dan kebijaksanaannya. Dr. Maxi, Aqram dan
Khairul Anwar baru mengetahui perkara yang tersembunyi
selama ini. Atas dasar kemanusiaan, Dr. Maxi mengambil
keputusan untuk memadamkan ingatan Karl terhadap
Shida. Pada mula Alia enggan menjalankan prosedur itu
kerana ingin mengetahui peristiwa Karl dengan lebih lanjut
lagi. Alia pun diberi masa 10 minit untuk berinteraksi
dengan Shida tanpa diawasi oleh mereka.
Di sebuah stesen minyak, Marilyn menaiki kereta Farid.
Dia gembira berjumpa dengan Farisha. Dia mengucup pipi
Farisha . Farisha bertanya kepadanya tentang sebab
Marilyn hendak membunuhnya dahulu. Marilyn sedia
memberikan keterangan kepada Farisha untuk mendapat
kepercayaan anak gadisnya.
Bab 13
Aqram menghubungi Dr. Haris supaya mengadakan sesi
terakhir. Menurut Dr. Haris, otak Karl telah semakin lemah.
Alia diminta menjalankan tugas. Alia meletakkan keduadua tangannya di pelipis Shida dan Shida mula lena. Dua
batang jarum mudah lentur sudah memasuki tengkuk Shida.
Berbagai-bagai maklumat daripada otak Karl sudah mula
berpindah kepada Shida. Tiba-tiba kedengaran suara Shida.
Shida mengatakan bahawa dia berterima kasih kepada Alia
yang setia. Dr. Maxi bertanya kepada Karl sama ada boleh
menggunakan Shida untuk menyelamatkan Dinara. Suara
Karl mengatakan bahawa dia akan cuba menyelamatkan

Dinara ketika itu tetapi dia masih perlukan Farisha di situ


sebelum masanya tamat. Setelah tangan dilepaskan, Shida
mua menghidupkan komputer tablet di meja. Karl
mengatakan bahawa Farisha telah memberikannya ilham
untuk mencari punca virus itu dan cara untuk
menyahaktifkan sistem Dinara. Dia juga mengetahui
bahawa semua angkara Medina adalah hendak
menghancurkan mereka. Marilyn masuk ke tempat itu
secara tiba-tiba. Madina mengejek Karl hidup dalam badan
perempuan. Karl memarahi Medina yang menangkap
Farisha. Sebalik Farisha terkejut suara Shida yang berubah
dan nama ibunya ialah Medina.
Medina mula bercerita bahawa 30 tahun dulu, dia datang
bekerja kepada Karl dan telah menjadikan dia sebagai
Medina dan mengambil kesempatan dengan sesuka hati.
Karl mengatakan bahawa segala-gala atas kerelaan Medina
sendiri. Medina mengatakan bahawa ternyata dia lebih
hebat daripada Karl sehingga cemburu terhadapnya. Karl
menjelaskan bahawa dia terpaksa melarikan Farisha
daripada Medina kerana Medina sudah gila dan hendak
membunuh anak sendiri. Medina menafikan dakwaan itu
dan mengatakan bahawa bapanya Karl juga gila dan
sanggup menanam berbagai-bagai implan dalam tubuh
Farisha serta memberikan berjenis-jenis ubat untuk
menjadikan dia sebagai kanak-kanak genius. Dia rela
Farisha mati daripada diseksa begitu.
Rupa-rupanya Farisha ialah anak kepada Karl dan Medina.

Dr. Maxilah yang membawa Farisha kepada keluarga


angkatnya demi keselamatannya. Dia dibawa ke Soft Lab
kerana atas permintaan Karl. Kepintaran Farisha sangat
diperlukan untuk menyelamatkan Dinara. Karl sendiri tidak
mampu lakukannya. Dinara dibangunkan oleh Karl dan
Medina. Dengan sombong, Medina mengatakan bahawa
Dr. Maxi sepatutnya mencarinya untuk menyelamatkan
Dinara kerana dialah yang paling hebat. Tiba-tiba Shida
menjerit dan mengatakan bahawa Medina gila dan sabotaj
projek mereka.
Pada masa itu, Dr. Haris menelefon Dr. Maxi bahawa Sesi
itu mesti dihentikan segera kerana Karl sudah nazak.
Khairul Anwar selesai melancarkan dua program seperti
yang dicadangkan oleh Dr. Maxi. Medina berpuas hati atas
kejadian itu. Dr. Maxi memberitahu Medina bahawa Karl
sedang dalam keadaan nazak. Mereka terkejut. Medina
tidak tahu Karl menghidap penyakit.
Mereka semua menuju ke arah rumah Karl di Puchong.
Farisha dan Aqram turut menaiki kereta Azraai. Aqram
mula bercerita tentang virus dalam sistem Dinar. Medina
berdendam terhadap Karl atas sikap angkuh Karl, iaitu
Median berusaha membantu Karl dalam penyelidikan tetapi
Karl telah mensabotaj Medina dengan memindahkan
pingatan seorang bekas banduan ke dalam minda Medina
sehingga Medina menjadi separuh gila. Oleh itu Medina
hampir membunuh anaknya sendiri.
Aqram juga menceritakan bahawa dia sebenarnya berumur

60 tahun dan merupakan adik Karl yang terencat akal. Karl


telah membina semula luarannya malah memberikan
ingatan dan fikiran baharu kepadanya. Menurut Aqram,
Alia merupakan hasil percubaan Karl yang pertama tetapi
kurang sempurna, iaitu tidak mengubah emosinya yang
kuat cemburu. Aqram mengakui bahawa dia, Alia, Khiarul
Anwar dan beberapa ratus orang pekerja di Soft Lab ialah
cyborg.
Aqram menjelaskan bahawa Farisha adalah manusia biasa
yang lahir daripada benih kasih sayang Karl dengan
Medina.
Bab 14
Apabila sampai di rumah Karl , mereka hanya dibenarkan
masuk ke bilik rawatan Karl seorang demi seorang. Medina
dan Alia turut masuk ke bilik rawatan itu dan perasaan
sedih ketika keluar. Farisha hanya memberikan salam
kepada ayah yang baru dikenalinya. Setitik air jernih
mengalir di pipi lelaki yang sedang nazak itu. Pada pukul
7.00 Dr. Haris mengumumkan Karl sudah meninggal dunia.
Wasiat terakhir Karl ialah mayatnya dibakar dan abunya
ditabur di Selat Melaka. Pada hari Ahad, berpuluh-puluh
orang pekerja Soft Lab berkumpul di Port Dickson untuk
upacara itu. Medina menggenggam tangan Farisha
sepanjang upacara. Medina turut menyesal kerana lari
daripadanya. Farisha memuji ibunya dan bapanya sama
hebat.
Farisha mendapati bahawa Shida hanya diam sahaja sejak

semalam dan kelihatan agak aneh. Tiba-tiba Shida


mengatakan bahawa mati itu satu pemulaan baharu. Farisha
bimbang akan Shida. Tiba-tiba Shida menyuruh Farisha
tidak perlu bimbang akan Shida dan mereka berdua masih
ada banyak kerja di Soft Lab untuk menyelamatkan Dinara.
Aqram memegang tangan Shida dan bertanya sama ada dia
ialah Karl. Shida mengatakan bahawa dia tidak sanggup
meninggalkan Akeem, adiknya seorang di dunia ini. Aqram
terdiam. Farisha sudah berlari mencari Medina.