Anda di halaman 1dari 4

INTROVERT

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Yang Dihormati Dr Che Hasnizah,


pensyarah kemahiran komunikasi kumpulan 2, dan hadirin sekalian. Pada hari ini,
saya diberikan peluang keemasan untuk menyampaikan ucapan saya yang bertajuk
introvert.
Persoalannya, apakah yang dimaksudkan dengan introvert? Pernahkah anda
mendengar istilah introvert dan juga ekstrovert? Sebelum itu, izinkan saya
menggambarkan satu situasi yang biasa berlaku di sekeliling kita. Semasa pergi ke
taman tema permainan separti Sunway Lagoon, terdapat dua jenis orang, salah satu
jenis adalah orang yang berasa sangat gembira dan tidak dapat menunggu lagi untuk
menaiki roller coaster dan satu jenis lagi ialah orang yang berasa takut dan tidak
berminat terhadapnya. Situasi ini sebenarnya telah menunjukkan 2 personaliti yang
berbeza di dalam dunia ini.
Introvert pada dasarnya merujuk kepada jenis kepribadian seseorang yang
merupakan lawan dari ekstrovert. Introvert merupakan individu yang lebih berkaitan
dengan dunia dalam fikiran manusia itu sendiri. Manakala Ekstrovert pula pada
dasarnya merujuk kepada jenis kepribadian seseorang yang merupakan lawan dari
Introvert. Ekstrovert merupakan individu yang suka berinteraksi dengan dunia luar.
Sudah menjadi satu kebiasaan bagi individu ekstrovert bergaul dalam golongan
masyarakat sehingga mereka mudah diterima oleh masyrakat . Individu ekstrovert
juga merupakan individu yang suka mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti sosial.
Individu Ekstrovert telah mendapat sambutan yang baik oleh masyarakat dan hal ini
secara tidak langsung telah menyebabkan individu introvert berasa rendah diri sabab
tidak dapat mengambil bahagian dalam aktiviti sosial dengan aktif seperti individu
ekstrovert. Namun begitu, hal ini bukan merupakan satu perkara yang salah bagi
seseorang introvert. Jenis kepribadian introvert atau ekstrovert ini merujuk pada
preferensi-preferensi yang dipilih oleh seseorang. Sementara preferensi preferensi
itu dipilih berdasarkan hal-hal yang terasa lebih nyaman untuk dilakukan atau dijalani
oleh seseorang individu. Introvert lebih berasa nyaman apabila keadaan itu senyap
manakala ekstrovert berasa lebih nyaman apabila berinteraksi dengan individu yang
lain.

Adakah ini membawa maksud bahawa introvert adalah individu yang tidak
suka bergaul dengan orang lain dan bersifat sombong kepada orang lain? Hal ini
merupakan salah faham yang serius terhadap individu introvert Pada dasarnya, orang
introvert juga suka bersosialisasi, namun mereka sudah merasa nyaman jika memiliki
1 atau 2 orang teman dekat karena bagi mereka yang terpenting bukanlah kuantitas
teman yang mereka miliki tetapi lebih kepada kualitas atau kedalaman hubungan
yang mereka bangun.Hal ini demikian kerana sumber energi mental mereka berasal
dari proses menyendiri ini sehingga bagi orang yang tidak mengerti, orang introvert
terkadang disalah artikan sebagai pribadi yang anti sosial dan tertutup. Ketika orang
introvert bersosialisasi dengan banyak orang, maka stock energi mental mereka
perlahan-lahan akan berkurang dan ketika itu terjadi, maka mereka akan mengisi
tenaga dirinya dengan menyendiri. Ketika orang introvert bersosialisasi dengan
banyak orang, maka stock tenaga mental mereka perlahan-lahan akan berkurang dan
ketika

itu

terjadi,

maka

mereka

akan

mengisi

tenaga dirinya

dengan

menyendiri. Malahan ekstrovert perlu berinteraksi dengan individu yang lain untuk
mengisikan tenaganya.
Menurut kajian Matt Ridley, terdapat personality yang ditentukan oleh gengen kita, iaitu gen D4DR. Gen ini terdapat 2 jenis, satu lebih panjang dan satu lebih
pendek. Bagi individu yang mempunyai gen yang lebih panjang, mereka selalu
mencari sesuatu yang baru dan tidak tahan untuk mengulangi pengalaman kerja yang
tetap. Mereka merupakan individu ekstrovert. Individu yang mempunyai Gen D4DR
yang lebih pendek lebih suka untuk bersendirian.
Terdapat beberapa salah faham terhadap Introvert. Pertama sekali, salah
fahamnya ialah Introvert tidak suka berbicara. Sebenarnya Introvert tidak berbicara
jika memang tidak ada yang penting untuk diperkatakan. Mereka berpikir sebelum
bicara. Jika ada terlalu banyak orang, Introvert biasanya sulit untuk berkata-kata dan
memutuskan diam saja. Salam faham seterusnya ialah Introvert selalu ingin berada
sendirian. ntrovert merasa sangat nyaman dengan pikiran mereka sendiri. Namun,
terkadang mereka merasa kesepian jika mereka tidak memiliki teman untuk berbagi
mengenai penemuannya. Oleh sebab itu, mereka akan sangat setia jika mereka
mempunyai pasangan atau sahabat yang baik dengan dia.

Kelebihan individu introvert adalah pendengar yang baik dan merupakan


teman yang berkualiti. Hal ini demikian kerana Introvert selalunya berteman dengan
orang yang benar-benar ingin menjadi temannya. Oleh itu, mereka juga lebih
menghargai temannya, dan sanggup membantu dan bersedia untuk mendengar
masalah mereka. Selain itu, Introvert juga mempunyai kelebihan dalam bidang
penulisan. Walaupun introvert kurang aktif dalam berbicara, tapi mereka dapat
menghasilkan cerita yang unik sebab mereka selalu berfikir.Selain itu, introvert juga
mempunyai fikiran dan Imajinasi yang luas. Walaupun mereka pendiam, tetapi otak
mereka selalu berfikir terhadap sesuatu.
Satu contoh individu introvert yang baik ialah Albert Einstein. Dalam buku
yang bernama <Einstein: A Life>, penulis Denis Brian telah menyatakan kisah
Einstein sebagai seorang introvert. Semasa Albert Einstein kecil, beliau merupakan
seorang yangpemalu dan pendiam.Beliau berasa malu untuk bercakap di hadapan
kelas. Ketika ditanya soalan oleh guru, beliau tidak mampu menjawabnya. Beliau juga
selalu didenda oleh guru dan dianggap sebagai seorang pelajar yang tidak mempunyai
hadapan yang cerah. Walau bagaimanapun, sebagai seorang introvert, beliau malu
untuk berkomunikasi dengan orang yang lain, dan berasa takut untuk bercakap di
hadapan orang, tetapi beliau lebih tertumpu kepada pemikiran diri sendiri. Kejayaan
beliau bukan sahaja disebabkan oleh usahanya, tetapi juga cara pemikirannya. Jelaslah
bahawa sebagai seorang introvert bukanlah perkara yang memalukan, tetapi juga akan
membawa kepada kejayaan jika berusaha dengan bersungguh-sungguh.
Antara kelemahan Introvert ialah keyakinan pada diri sendiri adalah kurang.
Introvert cenderung tidak mempunyai kepercayaan diri yang tinggi semasa
berhadapan dengan keramaian. Mereka akan berasa rendah diri semasa berhadapan
dengan Ekstrovert dan hal ini akan menyebabkan mereka tidak dapat menonjolkan
kebakatan yang berada dalam dirinya. Kelemahan yang seterusnya ialah kelebihan
mereka kurang diakui. Seorang introvert akan terus berusaha untuk beradaptasi
dengan lingkungan mahupun suasana yang penuh dengan banyak orang. Mereka
kurang untuk menonjolkan kebakatan diri sendiri dan menyebabkan mereka kurang
peluang untuk menarik perhatian masyarakat.
Kesimpulannya, personaliti seseorang tidak boleh dibahagikan kepada baik
atau sebaliknya. Ekstrovert tidak semestinya merupakan individu yang baik dan

Introvert juga bukan seorang yang mempunyai kelemahan melebihi kebaikan. Seperti
jari kita yang tidak sama panjangnya, setiap jari mempunyai fungsi masing-masing.
Introvert dan Ekstrovert mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing dan
yang pentingnya, bukannya menolak kelemahan diri sendiri semasa medapatinya,
tetapi kita haruslah menerimanya dan cuba mengatasi.
Sekian,

terima

kasih.

Anda mungkin juga menyukai