Anda di halaman 1dari 19

1.

0 Pendahuluan
1.1 Pengenalan Projek
Kursus Proses dan Kaedah Reka Bentuk (RBT3162) memerlukan saya untuk
menghasilkan satu inovasi porduk yang jarang atau masih tidak ditemui dalam
pasaran. Berdasarkan laman web Kumpulan Inovasi dan Kreatif Universiti
Malaysia Perlis (KIK UNIMAP), inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk
menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui
pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea-idea yang
kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan
kualiti dan produktiviti organisasi. Idea-idea ini boleh merangkumi apa-apa
perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja
mahupun pengenalan teknologi. Dalam erti lain, inovasi perlu ditingkatkan
supaya dapat memudahkan manusia untuk melakukan sesuatu tindakan.
Saya membuat pemerhatian di bilik jahitan di Institut Pendidikan Guru
Malaysia Kampus Pendidikan Teknik dan di kedai jahit kebiasaannya terdapat
beberapa jarum yang digunakan tidak dikutip semula. Penggunaan produk yang
bersesuaian menggunakan sebagai salah satu langkah yang terbaik. Akan tetapi
kurang menarik dan mudah hilang jika tidak disimpan dengan elok.
Pengumpulan jarum yang banyak terutama jarum peniti selalu disediakan atau
dijual dalam satu bekas yang mempunyai kuantiti jarum yang banyak. Walaupun
murah, penyimpanan jarum peniti ini menyebabkan satu kebaziran jika tidak
dapat dicari dengan betul apabila jatuh ke atas lantai. Hanya beberapa jarum
yang kelihatan dapat mengutip jarum.
Oleh itu penghasilan produk inovasi Magnamite memudahkan proses
mengutip dengan cepat dan segera untuk menjimatkan masa dan tenaga. Hal ini
kerana, tukang jahit sering kali menerima tempahan yang terlalu banyak
sehingga tidak sempat untuk mengutip jarum.

1.2 Pernyataan Masalah


Inovasi produk ini tercetus kerana masalah-masalah yang dihadapi
oleh pensyarah kursus Ekonomi Rumah Tangga dan tukang jahit. Jarum
saiznya sangat halus dan tidak mudah untuk dilihat jika terjatuh di atas lantai
atau permaidani seperti yang dilampirkan di Lampiran 1. Jarum yang jatuh
1

kebiasaannya akan dikutip menggunakan tangan dan masih ada jarum yang
berbaki tidak masih lagi dikutip.
Untuk memudahkan kerja untuk mengutip jarum pensyarah dari kursus
Jahitan dan beberapa tukang jahit menggunakan magnet yang diguna semula
daripada aksesori lain seperti dalam pembesar suara dan menggunakan
magnet yang jarang dijual di pasaran.
Semasa mengutip jarum di atas lantai juga perlu membongkok dan
meneliti satu persatu supaya tidak terpijak untuk mengelak daripada luka jika
bilik untuk menjahit tersebut tidak menggunakan kasut. Mengutip jarum
memerlukan penelitian yang teliti.
Barang-barang jahitan yang halus juga diletakkan di merata-rata
tempat dan kadang-kadang tidak menemui kedudukan barang tersebut. Ini
menyebabkan mengganggu konsentrasi tukang jahit ketika menjahit apabila
barang yang ingin dicari tidak ketemui.
Oleh itu, setiap permasalahan mempunyai penyelesaian. Kepelbagaian
rekaan dan idea untuk mencipta suatu produk yang dapat mengatasi
permasalahan ini supaya lebih mudah untuk dikendalikan dan mempunyai
nilai estetika.

1.3 Penyelesaian Masalah


Masalah yang dapat dikenal pasti diatasi dengan kepelbagaian idea
dan rekaan yang menarik untuk digunakan oleh tukang jahit atau pensyarah
kursus Ekonomi Rumah Tangga. Kepelbagaian idea diolah di dalam bentuk
lakaran untuk dilihat dengan lebih jelas dan dapat direkodkan.
Masalah ini dapat diatasi dengan bantuan produk inovasi yang
bernama Magnamite. Nama ini diberi sesuai dengan penggunaan magnet di
produk ini. Penghasilan kereta kawalan jauh digabung bersama projek kayu
dan perspek sebagai salah satu penyelesaian masalah ini.
Kereta kawalan jauh akan mengawal pergerakan tempat menyimpan
barang-barang jahitan. Dengan melekat magnet di bahagian bawah kereta
2

memudahkan untuk mengutip jarum. Magnet dilekat mengikut kesesuaian saiz


kereta.
Pengubahsuaian reka bentuk kereta kawalan jauh kepada tempat
menyimpan barang-barang jahitan yang halus sebagai satu tempat sementara
Magnamite ini tidak digunakan untuk mengutip jarum. Kepelbagaian fungsi
dalam satu produk dapat menjimatkan ruang dan boleh dijadikan sebagai
hiasan.
Oleh itu, dengan penciptaan Magnamite dapat membantu masalah
yang dihadapi oleh pensyarah daripada kursus Jahitan dan tukang jahit.

1.4 Objektif Projek


Masalah yang dapat dikenal pasti diselesaikan dengan penghasilan satu inovasi
reka bentuk berdasarkan obejktif yang berikut :
a) Menghasilkan satu produk alat kawalan jauh yang boleh dikawal untuk
mengutip jarum.
b) Menghasilkan satu produk untuk meletak dan menyimpan barang-barang
jahitan yang halus.
c) Menghasilkan satu produk yang mempunyai dua fungsi.

1.5 Mengumpul Maklumat dan Data


a) Pemerhatian
Merujuk Ting Len Siong (2013), pemerhatian adalah rutin yang
biasa dilakukan oleh manusia setiap hari tanpa mengira masa,
tempat dan perkara ini boleh berlaku sama ada secara sedar atau
tidak sedar. Saya membuat pemerhatian di kedai-kedai menjahit
pakaian. Kebanyakkannya saya akan terjumpa beberapa batang
jarum yang tidak dikutip.
b) Pengalaman
Berdasrkan laman web Pusat Rujukan Persuratan Bahasa Melayu,
pengalaman ialah apa-apa yang pernah dialami. Untuk mencipta
produk ini saya mempunyai pengalaman apabila jarum peniti jatuh
di atas lantai dan memerlukan masa untuk mengutip serta
mengganggu fokus saya untuk menjahit ketika saya mengambil
kursus Membaiki Pakaian pada semester yang lepas.
c) Temu Bual
Kahn dan Cannell (1957) mendefinisikan temu bual sebagai
perbualan dengan bertujuan. Tujuan utama temu bual adalah
untuk mendapatkan maklumat yang khusus. Saya menemu bual
pensyarah daripada kursus Ekonomi Rumah Tangga berkaitan
dengan jarum yang sering jatuh ke atas lantai di makmal jahitan.

2.0 Sorotan Kajian


2.1 Tinjauan Produk
Sorotan kajian yang telah saya lakukan melalui tinjauan beberapa
produk yang sedia ada yang biasa digunakan untuk mengutip jarum.
Gabungan bahan-bahan dan barang sedia ada ditinjau dan mendapatkan
maklumat untuk menghasilkan inovasi reka bentuk yang ingin dicipta.
2.1.1

Produk di Pasaran
Rajah 1 dan Rajah 2 merupakan contoh produk yang baisa digunakan
untuk mengutip jarum.

Rajah 1 : Penggunaan magnet dalam pembesar suara (buzzer)

2.1.2

Rajah 2 : Magnet bersaiz kecil untuk melekat jarum


Produk yang akan dicipta
Berdarkan Rajah 3, Rajah 4 dan Rajah 5 merupakan gabungan bahan
dan keperluan yang akan digunakan untuk Magnamite.

Rajah 3 : Magnet

Rajah 4 : Kereta kawalan jauh

Rajah 5 : Kayu

3.0 Senarai bahan, alatan dan mesin yang digunakan


3.1 Senarai Bahan Yang Digunakan
NAMA BAHAN
Kereta kawalan jauh

SPESIFIKASI BAHAN
Bergerak ketika
mengutip jarum yang
dikawal oleh kawalan
jauh.

Magnet

Melekat jarum dengan


mudah.

Perspek

Mudah untuk melihat


alatan jahitan yang
disimpan.

Blok kayu

Membuat reka bentuk


utama untuk menyimpan
alatan jahitan.

Papan lapis

Membentuk reka bentuk


yang ditutup oleh
perspek.

Glu

Mencantum bahagian
antara satu sama lain.

Skru

Untuk menyambung dan


memasang antara base
plate kawalan jauh
dengan blok kayu.

Span

Untuk mencucuk jarum.

Kain

Membalut span.

Kertas pasir

Meratakan permukaan
kayu.

3.2 Senarai Alatan Yang Digunakan


NAMA ALATAN
Kikir parut

SPESIFIKASI ALATAN
Membuat lubang di
bahagian untuk menyimpan
alatan jahitan.

Pemutar skru

Memutar skru Untuk


menyambung dan
memasang antara base
plate kawalan jauh dengan
blok kayu.

Berus glu

Meratakan glu di atas


permukaan

Pembaris keluli

Alat ini digunakan untuk


mengukur dan
memindahkan
ukuran. Selain itu, pembaris
keluli juga digunakan untuk
membina garisan lurus
pada permukaan dan
menguji kerataan

Sesiku L

permukaan.
Alat ini digunakan untuk
membuat garisan lurus
bersudut tepat, menguji
kerataan, ketepatan.
dan kepersegian.

Pensel

Menanda dan menggaris


10

garisan.

3.3 Senarai Mesin Yang Digunakan


NAMA MESIN
Mesin gergaji tangan

SPESIFIKASI MESIN
Memotong bahagian kayu dan
papan lapis mengikut ukuran.

Cordless Drill

Membuat lubang untuk mencantum


di bahagian skru.

Mesin kumai

Membentuk lengkuk di bahagian


kayu.

11

4.0 Kos Projek


Jenis Bahan

Kos (RM)

Kereta mainan

40.00

Magnet

10.00

Perspek

10.00

Blok kayu

5.00

Papan lapis

2.00

Glu

5.00

Skru

5.00

Span

1.00

Kain

2.00

Kertas pasir

2.00
Jumlah (RM)

82.00

12

5.0 Jadual Kerja / Carta Gantt

JUN

BULAN / MINGGU
AKTIVITI

JULAI

OGOS

SEPTEBER

OKTOBER

Taklimat penerangan tugasan


Mengenal pasti masalah
Pengumpulan data dan maklumat
Lakaran idea
Pemilihan idea terbaik
Pemilihan bahan, alatan dan mesin
terbaik
Membuat perancangan kos
Kertas cadangan
Membuat pembentangan
Pengubahsuaian
Menghantar kertas cadangan

13

Mengenal pasti bahan


Pembinaan produk
Pengujian produk
Pengubahsuaian
Menghantar projek
Dokumentasi
Menghantar dokumentasi

6.0 Lakaran projek


6.1 Lakaran
6.1.2 Lakaran 1

14

6.1.3 Lakaran 2

15

6.1.3 Lakaran 3

6.1.4 Lakaran yang dipilih

16

6.2 Isometrik

17

6.3 Ortografik

18

7.0 Kesimpulan
Kertas cadangan ini merupakan langkah pertama sebagai persediaan untuk
membina produk inovasi reka bentuk dengan memberi gambaran awal untuk
memulakan projek. Persediaan rapi ini memudahkan perjalanan proses pembinaan
produk inovasi reka bentuk.
Penentuan produk diselangi pendapat pensyarah dan rakan. Produk yang
mempunyai ciri-ciri dari mata pelajaran Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam
dan Kejuruteraan Elektrikal. Bidang ini menggabungkn ketiga-tiga elemen dalam satu
produk supaya produk yang dapat dihasilkan berkemampuan untuk dipasarkan dan
digunakan.
Oleh itu, produk yang bercirikan kepelbagaian nilai estetika dan komersial
dapat memasarkan produk dengan harga yang berpatutan. Kepelbagaian fungsi dan
memudahkan pengguna untuk menggunakan menjadi tunggak utama untuk
menghasilkan satu inovasi reka bentuk.

19