Anda di halaman 1dari 27

[ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS]

1.0 Pengenalan Isu Dan Trenda Dalam Pendidikan Khas


Setiap hari terdapat ramai murid yang menghadiri sekolah untuk menerima
pendidikan

yang

disediakan

oleh

sekolah.

Pengajaran

dan

pembelajaran

dilaksanakan oleh guru berdasarkan topik-topik yang terkandung dalam sukatan


rasmi yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Segala topik dalam
sukatan yang ditetapkan oleh setiap mata pelajaran perlu diajar dalam tahun
berkaitan. Guru akan menguji penguasaan pengetahuan dan kemahiran yang telah
disampaikan melalui ujian dan juga peperiksaan di akhir penggal tahun akademik.
Pada amnya, penjelasan di atas memberi sedikit gambaran tentang sistem
pendidikan yang bercorak aliran perdana, dan corak pelaksanaannya memang
bersesuaian dengan kebolehan majoriti murid dalam sistem persekolahan umum.
Namun terdapat segolongan murid yang akan sudah pasti akan menghadapi
kegagalan dalam pengajaran dan pembelajaran sekiranya mengikuti sistem
pendidikan seperti yang dijelaskan.

Golongan murid ini merupakan murid

berkeperluan khas kerana mereka mengalami keadaan kecacatan yang menjadi


halangan kepada penguasaan pengetahuan dan kemahiran yang disampaikan oleh
guru melalui proses pengajaran dan pembelajaran seperti yang biasa diamalkan
dalam sistem pendidikan aliran perdana.

Untuk mencapai kejayaan dalam

pendidikan, pelbagai usaha dan bantuan perlu disediakan untuk membantu mereka.
Oleh yang demikian, corak pendidikan adalah berbeza dan mempunyai pelbagai ciriciri yang tidak terdapat dalam sistem pendidikan aliran perdana. Pendidikan yang
disediakan untuk golongan berkeperluan khas tersebut dikenali sebagai pendidikan
khas.
Oleh hal yang demikian, timbul isu-isu berkaitan dengan Pendidikan Khas
yang melibatkan guru dan juga pihak-pihak yang berkaitan. Isu-isu ini kadangkala
mengganggu perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran guru dan juga murid
Pendidikan Khas itu sendiri. Antara isu yang sering dilihat dan berlaku dalam
Program Pendidikan Khas ini melibatkan Guru Pendidikan Khas, Murid Pendidikan
Khas, pihak atasan atau pentadbir sekolah, peruntukan dan dana yang diberi, bahan
JABATAN PENDIDIKAN KHAS

Page 1

[ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS]


bantu belajar yang bersesuaian, penglibatan ibu dan bapa dan kemudahan fizikal
yang disediakan.

JABATAN PENDIDIKAN KHAS

Page 2

[ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS]


2.0 Bahagian A
2.1 Laporan Aktiviti ( Aktiviti Meningkatkan Kompetensi Sosial)
2.1.1 Kekuatan aktiviti yang dirancang
Aktiviti yang kami rancang melibatkan aktiviti luar bilik
darjah. aktiviti luar bilik darjah sememangnya sebuah aktiviti yang
jarang murid laksanakan. oleh sebab itu, apabila menjalankan
aktiviti ini, murid-murid menjadi seronok dan ingin menjalankan
aktiviti ini berulangkali. selain itu, jika dilihat daripada langkahlangkah aktiviti yang kami sediakan, terdapat pelbagai elemen
mata pelajaran lain yang kami serapkan. antara mata pelajaran
yang kami serapkan ialah pendidikan alam sekitar, pendidikan seni,
pendidikan jasmani dan bahasa melayu.
Selain itu, aktiviti yang kami jalankan juga tidak memakan
belanja yang banyak. hal ini kerana, bahan yang digunakan boleh
didapati di dalam bilik darjah. alatannya juga boleh dibawa oleh
murid. secara tidak langsung elemen nilai murni boleh diterapkan di
dalam aktiviti ini.
2.1.2 Sebab menjalankan aktiviti
Aktiviti yang kami rancang bertujuan untuk meningkatkan
tahap kemahiran bersosial murid. di dalam kumpulan yang kami
pilih, terdapat beberapa orang pelajar yang mengalami kemahiran
social yang agak teruk. oleh sebab itu, kami telah merancang
sebuah aktiviti yang memerlukan murid tersebut berkomunikasi
dengan rakannya dalam menyiapkan tugasan yang telah diberikan.
Selain itu juga, terdapat murid yang mempunyai keyakinan
diri yang lemah. oleh sebab itu, kami telah merancang sebuah
aktiviti yang meningkatkan keyakinan murid. keyakinan diri amat
penting

bagi

seorang

murid

dalam

menjalankan

sebuah

pembelajaran supaya pembelajaran seorang murid menjadi sebuah


pembelajaran yang bermakna.
Di dalam kumpulan yang kami pilih juga terdapat beberapa
orang murid yang mempunyai disiplin yang teruk. iaitu sikap yang
JABATAN PENDIDIKAN KHAS

Page 3

[ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS]


suka mengganggu rakan. oleh sebab itu, kami telah menjalankan
sebuah aktiviti yang boleh mengurangkan sikap tersebut
2.2 Rancangan Aktiviti
(Sila Rujuk Lampiran)

3.0 Bahagian B (Isu-Isu Pengurusan Program Integrasi Pendidikan Khas)


3.1 Pihak Pengurusan Sekolah
3.1.1

Isu Kemudahan Infrastuktur

JABATAN PENDIDIKAN KHAS

Page 4

[ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS]


Kemudahan infrastruktur memainkan peranan yang penting
dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas. Suasana pembelajaran yang tidak selesa memberi impak
yang sangat mendalam kepada murid. Tambahan pula mereka
terdiri daripada golongan yang kurang upaya dan mempunyai
masalah untuk belajar. Isu yang seringkali timbul mengenai
kemudahan infrastruktur adalah seperti kelas yang sempit dan tidak
mempunyai pembahagian, meja dan kerusi yang tidak mencukupi,
tiada ruangan khas seperti sudut bacaan, kekurangan alatan
permainan serta peralatan terapi yang tidak boleh membantu
perkembangan motor halus dan kasar murid.
Di

Sekolah

Kebangsaan

Bukit

Tinggi,

kemudahan

infrastruktur seperti kelas Pendidikan Khas secara berasingan


dengan murid arus perdana telah disediakan namun kelas yang
diberikan berkondisi agak tidak selesa kerana keadaan kelas yang
agak sempit dan tidak mempunyai pembahagian. Hal ini memberi
masalah kepada guru serta murid apabila sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung, murid dari kelas lain tidak boleh
memberi tumpuan terhadap apa yang telah dipelajari di dalam
kelas mereka kerana gangguan dari segi bunyi dan pergerakan
yang mereka boleh perhatikan. Seharusnya pihak sekolah haruslah
lebih peka dengan membuat pembahagian dan memperluaskan
lagi kelas pendidikan khas yang telah disediakan. Jika perkara
seperti ini tidak diberi perhatian sewajarnya, murid-murid mungkin
akan mengalami kekeliruan dari segi penerimaan maklumat
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Disamping itu, kemudahan seperti meja dan kerusi juga
tidak mencukupi. Pihak sekolah hanya menyediakan meja dan
kerusi yang mencukupi untuk murid-murid kelas A, B dan C sahaja,
manakala kelas D hanya diberikan papan putih sahaja. Hal ini

JABATAN PENDIDIKAN KHAS

Page 5

[ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS]


menyebabkan ketidakselesaan kepada murid-murid berkeperluan
khas untuk belajar. Kelas yang dibekalkan meja dan kerusi juga
turut mengalami masalah apabila mereka terpaksa berkongsi meja
kerana terdapat meja yang rosak. Keselesaan murid haruslah dititik
beratkkan supaya objektif pembelajaran tercapai dengan jayanya.
Selain itu saya juga dapati bahawa sekolah ini sangat
kekurangan alatan permainan yang sesuai untuk diberikan kepada
murid-murid berkeperluan khas. Seharusnya alatan permainan
untuk kanak-kanak istimewa ini mestilah bersifat lebih selamat dan
tidak merbahaya. Alatan itu mestilah lebih bersifat ringan dan
lembut. Akan tetapi saya dapati, guru di sekolah ini menggunakan
alatan permainan yang keras, tajam dan berat. Alatan permainan
seperti ini jelas tidak memenuhi spesifikasi keselamatan untuk
kanak-kanak berkeperluan khas. Kita sedia maklum bahawa muridmurid berkeperluan khas tidak semuanya mampu menggunakan
alatan yang serupa dengan murid yang normal.

3.1.2 Isu Kewangan


Isu kewangan merupakan isu yang paling sensitif pada
masa kini. Hal ini kerana segala-galanya memerlukan wang. Pihak
sekolah
Pelajaran

telah

mendapat

Malaysia

untuk

peruntukan

daripada

meningkatkan

Kementerian

kemudahan

dan

menaiktarafkan kelas Pendidikan Khas. Namun pihak pentadbiran


seolah-olah pilih kasih serta meminggirkan hak mutlak murid-murid
Pendidikan Khas kerana mereka hanya memberikan sebahagian
sahaja peruntukan itu kepada kelas Pendidikan Khas, selebihnya
mereka salurkan kepada hal-hal lain di sekolah.
Hal ini juga memberi impak yang negatif kepada murid
Pendidikan Khas kerana kebanyakkan program yang dirancang
tidak diluluskan oleh pihak sekolah kerana isu kekangan kewangan
JABATAN PENDIDIKAN KHAS

Page 6

[ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS]


yang timbul. Seperti semua sedia maklum, program Pendidikan
Khas memerlukan kos yang tinggi kerana banyak terlibat dalam
aktiviti luar seperti program terapi berkuda, terapi hidro (renang),
terapi bowling dan sebagainya. Perkara seperti ini seterusnya
memberi kesan kepada murid itu sendiri apabila terpaksa
mengeluarkan wang saku mereka sendiri untuk melibatkan diri
dalam aktiviti terapi tersebut. Hal ini amat mengasihankan apabila
kebanyakkan mereka terdiri daripada keluarga yang kurang
berkemampuan dari segi kewangan.
Akibat daripada itu, maka kebanyakan program yang
dijalankan adalah bersifat dalaman sahaja kerana memerlukan
belanjawan yang

rendah. Namun kesan kepada murid pula

mungkin murid akan mudah bosan dengan kaedah yang sama


sahaja digunakan oleh pihak guru di sekolah berkenaan. Hal ini
sekaligus akan menyebabkan tiada peningkatan yang berlaku
kepada murid dan menjejaskan semangat mereka untuk mencapai
kecemerlangan setara dengan murid normal.
3.1.3 Isu Penempatan Murid
Antara isu lain yang menarik perhatian saya ialah mengenai
isu petempatan kanak-kanak berkeperluan khas ini ke dalam
sistem Pendidikan Khas di sekolah. Hal ini adalah kerana
terdapatnya murid yang tidak layak dimasukkan ke dalam program
intergrasi di sekolah namun atas dasar peribadi antara ibu bapa
dan pihak tertinggi pengurusan di sekolah mereka diberi peluang
untuk mengikuti Program Pendidikan Khas. Murid yang tidak layak
adalah seperti tidak dapat menguruskan diri sendiri seperti tidak
tahu untuk pergi ke tandas dengan sendiri. Hal ini akan
menyusahkan guru dan pembantu pengurusan murid kerana perlu
menguruskan

JABATAN PENDIDIKAN KHAS

mereka.

Murid

Page 7

seperti

ini

seharusnya

tidak

[ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS]


dimasukkan ke kelas Pendidikan Khas dan perlu dihantar ke
Pemulihan Dalam Komuniti terlebih dahulu.
Kesilapan penempatan murid dalam pembahagian kelas
juga misalnya mampu kesan buruk kepada murid berkenaan.
Sebagai contoh murid yang mengalami masalah penglihatan
dimasukkan bersama dengan murid masalah pembelajaran.
Akibatnya murid sudah pasti ketinggalan dan tidak mengikuti
proses pembelajaran dan pengajaran dengan sempurna. Di
sekolah ini terdapat seorang murid yang mengalami masalah
penglihatan dan ditempatkan bersama murid-murid bermasalah
pembelajaran.

Menurut

pemerhatian

saya,

murid

ini

tidak

mengalami sebarang masalah berkaitan kognitifnya. Sepatutnya


murid ini boleh dimasukkan ke arus perdana atau sekolah khas
untuk murid yang menghadapi masalah sepertinya. Hal ini memberi
kesan kepadanya apabila kelihatan bosan kerana guru akan
mengulangi pembelajaran berulang kali kerana murid lain belum
boleh menguasai apa yang diajar.

3.1.4 Isu Pentaksiran Dan Ujian Bulanan


Isu yang berkaitan pentaksiran di sekolah ini ialah mengenai
ujian bulanan yang dilakukan oleh pihak sekolah. Apa yang saya
dapati, pihak sekolah membuat ujian bulanan terhadap murid
istimewa ini berdasarkan Rancangan Pengajaran Tahunan. Pada
pandangan

saya

seharusnya

berdasarkan

pengetahuan

berdasarkan

Rancangan

ujian

sedia

ada

Pengajaran

ini

perlulah

murid

dab

Tahunan

dilakukan
bukannya

yang

telah

disediakan oleh pihak sekolah. Kesannya keputusan pentaksiran


nanti mungkin tidak dapat memberi gambaran kebolehan

yang

sebenar murid-murid berkeperluan khas. Jadi ketidakjituan dalam


JABATAN PENDIDIKAN KHAS

Page 8

[ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS]


memperolehi

keputusan

pentaksiran

hasil

penilaian

boleh

menyebabkan guru salah merancang strategi yang sesuai bagi


meningkatkan kebolehan murid itu lagi.
Selain itu, Ujian Penilaian Sekolah Rendah juga menjadi
masalah kepada kanak-kanak yang berkeperluan khas ini. Terdapat
ibu bapa yang beranggapan bahawa dengan mengambil ujian ini
anak mereka mungkin dapat berjaya dan menjadi lebih bijak.
Memang benar terdapat murid istimewa memperolehi keputusan
yang baik namun hanya beberapa bilangan sahaja. Sepatutnya
ujian ini harus dikaji semula untuk kanak-kanak khas. Walaupun
ujian ini boleh dipilih sama ada hendak menduduki atau tidak
namun kesan pandangan ibu bapa terhadap Ujian Penilaian
Sekolah Rendah ini hendaklah diubah dengan cara yang lain.
3.1.5 Cadangan Mengatasi Masalah
Antara cadangan penambahbaikkan yang perlu diambil
perhatian

oleh

pihak

sekolah

ialah

dari

segi

kemudahan

infrastruktur. Pihak sekolah haruslah menyediakan kelas yang lebih


luas kepada murid berkeperluan khas. Hal ini memberi keselesaan
kepada mereka untuk belajar. Selain itu, pihak sekolah juga perlu
membuat pembahagian yang sempurna di dalam kelas bagi
mengelakkan kekeliruan murid untuk menerima maklumat semasa
sesi pembelajaran dan pengajaran dijalankan. Meja dan kerusi juga
haruslah dibekalkan dengan secukupnya supaya semua murid
tidak merasakan diri mereka didiskriminasikan oleh sesetengah
pihak. Di samping itu juga, alatan permainan yang disediakan juga
haruslah lebih selamat untuk digunakan. Pihak sekolah haruslah
lebih peka terhadap keselamatan murid-murid ini memandangkan
mereka daripada golongan yang kurang upaya dan kurang
memikirkan tentang bahaya yang bakal dihadapi. Pihak sekolah
juga boleh menyediakan permainan tambahan yang mempunyai
JABATAN PENDIDIKAN KHAS

Page 9

[ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS]


pelbagai fungsi seperti permainan yang mengandungi unsure-unsur
terapi.

Selain

murid

dapat

bermain,

mereka

juga

dapat

meningkatkan kemahiran motor kasar dan halus mereka semasa


bermain. Hal ini sekaligus merupakan pembelajaran tidak langsung
kepada mereka.
Dari segi isu kewangan pula, pihak sekolah haruslah
memberikan peruntukan yang secukupnya kepada mereka supaya
segala keperluan mereka dapat dipenuhi. Murid pendidikan khas
boleh berjaya sekiranya diberi perhatian yang khusus kepada
mereka. Pihak sekolah juga seharusnya meluluskan semua
program yang telah dirancang oleh guru Pendidikan Khas kerana
hal ini dapat menyumbang kepada perkembangan psikomotor dan
kognitif kanak-kanak khas. Hal berkaitan kewangan haruslah
diagihkan dengan seadilnya supaya tiada masalah yang timbul di
kemudian hari. Penyalahgunaan wang mereka tidak seharusnya
berlaku jika pihak pengurusan mengamalkan system yang adil dan
saksama. Peluang pendidikan kepada murid-murid Pendidikan
Khas sewajarnya diberi perhatian dan tidak boleh ditindas oleh
pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab kerana mereka juga
berhak mendapat pendidikan yang sama rata. Pihak sekolah tidak
boleh sewenang-wenangnya menyekat peruntukan kewangan
kepada mereka supaya mereka boleh berjaya seperti murid normal
yang lain.
Seterusnya, dari segi penempatan murid pula, pihak sekolah
haruslah mengkaji dahulu masalah yang dihadapi oleh murid yang
ingin ditempatkan di dalam kelas Pendidikan Khas. Kesilapan
penempatan murid

dalam pembahagian kelas juga misalnya

mampu kesan buruk kepada murid dan guru di sekolah tersebut.


Kesannya akan menyusahkan guru terutama dalam menyediakan
Pengurusan Tingkah Laku dan merancang intervensi kepada murid
JABATAN PENDIDIKAN KHAS

Page 10

[ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS]


berkenaan. Selain membebankan guru sudah pastilah guru juga
akan mengeluh dan tidak akan memberi komitmen sepenuhnya
kepada murid sedemikian rupa. Jadi kesan buruk akan berlaku
kepada murid itu dan juga guru.
Ujian pentaksiran juga seringkali dilakukan terhadap kanakkanak berkeperluan khas. Pentaksiran dilakukan bagi mengukur
tahap

kebolehan

murid-murid

berkeperluan

khas.

Tujuan

pentaksiran juga adalah untuk memberi pengetahuan akan


kebolehan murid-murid berkeperluan khas. Disinilah guru-guru, ibu
bapa

dan

pihak

sekolah

dapat

mengenalpasti

daya

dan

kompentensi murid-murid berkenaan. Dalam hal ini pihak sekolah


haruslah menyediakan ujian yang bersesuaiaan dengan muridmurid berkeperluan khas dan bukanlah mengikut Rancangan
Pengajaran Tahunan semata-mata. Seperti semua sedia maklum,
pengajaran dan pembelajaran terhadap murid pendidikan khas
boleh difleksibelkan mengikut tahap kognitif mereka begitu juga
dengan ujian dan pentaksiran bagi mengukur prestasi mereka.

4.0 Guru Pendidikan Khas


4.1 Kekurangan Guru Terlatih
Kekurangan guru dalam bidang Pendidikan Khas dilihat
begitu ketara sekali. Berikutan dengan kekurangan guru tersebut
maka, Kementerian Pelajaran telah membuka peluang kepada
Guru Sandaran Tidak Terlatih dalam Kursus Perguruan Lepasan
Ijazah (KPLI). Pendidikan Khas mula menerima guru-guru KPLI ini
JABATAN PENDIDIKAN KHAS

Page 11

[ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS]


yang datang dari pelbagai opsyen. Sedikit sebanyak guru-guru
lama merasa agak lega kerana persepsi mungkin akan berubah
apabila Pendidikan Khas mula diajar oleh guru berijazah. Kita tidak
menafikan ada sebahagiannya sangat komited tetapi bilangan itu
sangat sedikit jika dibandingkan dengan pelbagai masalah lain
yang timbul selepas itu.
Tidak berminat , terpaksa mengajar juga kerana tiada
pekerjaan , tidak boleh memberikan komitmen sepenuhnya dan
gagal mengajar dengan baik adalah antara yang menjadi masalah
utama dalam Pendidikan Khas. Tempoh masa yang diperuntukan
untuk melatih mereka ini sangat tidak relevan untuk menjadi
seorang guru lebih-lebih lagi guru Pendidikan Khas. Kurangnya
pengetahuan dan pengalaman menyebabkan proses pengajaran
dan pembelajaran tidak berkesan dan ada sebahagiannya merasa
tidak selesa bersama dengan murid Pendidikan Khas. Inilah
kesannya daripada temuduga yang dijalankan secara tidak telus.
Ramai pegawai atasan menggunakan kuasa mereka memilih
saudara-mara atau ahli keluarga menceburi bidang ini kerana
opsyen yang mereka miliki menyebabkan mereka sukar mendapat
pekerjaan lain dalam erti kata lain menggunakan kabel.
Campur tangan yang sedemikian juga melahirkan ramai
guru Pendidikan Khas yang hanya makan gaji dengan pendidikan
tetapi

mempunyai

komitmen

lain

seperti

perniagaan

dan

sebagainya. Seolah-olah mereka tidak mampu berbuat apa dan


setiap hari hanya menunggu masa untuk balik sahaja sama seperti
murid Pendidikan Khas. Jika dulu guru-guru lama membuat semua
perkara dengan sendiri termasuk bahan bantu mengajar dan
pengurusan kelas. Kumpulan guru baru yang ada sekarang sangat
terhad pengalamannya kerana semua kerja-kerja yang sepatutnya
tugas guru diserahkan kepada pembantu pengurusan murid. Maka
JABATAN PENDIDIKAN KHAS

Page 12

[ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS]


lahirlah guru-guru yang tidak berkualiti dan tidak mampu mengurus
dengan baik.
4.2 Bebanan Tugas

Menjadi seorang guru memerlukan kesabaran dan ini


merupakan perkara yang seharusnya diketahui oleh guru-guru
sejak dari mula menjejakkan kaki ke bidang ini lebih-lebih lagi
mereka yang terlibat dengan program Pendidikan Khas, namun
setiap perkara ada batasannya kerana guru juga manusia biasa
dengan keperluan sama seperti orang lain. Guru Khas selalunya
diberikan dibebankan dengan waktu ganti kelas aliran perdana. Hal
ini akan mengganggu perjalanan sesi pengajaran guru pendidikan
Khas yang terpaksa meninggalkan kelas kerana menggantikan
kelas guru aliran perdana yang tidak hadir ke sekolah.
Selain itu, guru Pendidikan Khas juga dibebankan dengan
tugas-tugas

bukan

mengajar

kerana

dilantik

memegang

jawatankuasa yang mempunyai tugasan berat seperti setiausaha


sukan di sekolah. Guru pendidikan khas merupakan guru yang
dianggap guru yang paling mudah bekerja. Tidak perlu menyemak
soalan yang berlambak, tidak perlu memikirkan strategi untuk murid
lulus cemerlang, dan hanya terdapat beberapa orang murid sahaja
di dalam kelas. Mungkin tekaan itu betul jika guru tersebut
mengambil mudah apa yang akan diajar kepada murid pendidikan
khas, namun tidak mudah sekiranya guru tersebut benar-benar
ingin mengajar muridnya berilmu dan menerima sesuatu apabila
hadir ke sekolah setiap hari. Maka semua tugas-tugas penting
dipertanggungjawab kepada guru Pendidikan Khas. Kesibukan dan
beban tugas yang bukan hakiki menyebabkan perhatian ke atas
murid dan kelas Pendidikan Khas terabai dan terbiar.

JABATAN PENDIDIKAN KHAS

Page 13

[ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS]


Guru pendidikan khas juga selalu diarahkan oleh pihak
sekolah supaya terlibat dalam melaksanakan tugas-tugas umum
seperti menjadi penganjur bagi sesuatu program, membuat
persiapan tempat dan sebagainya. Pihak sekolah menganggap
guru pendidikan khas tidak mempunyai banyak kerja yang hendak
diselesaikan. Sebaliknya, sikap seperti ini akan memberi kesan
kepada murid dan guru pendidikan khas itu sendiri.
4.3 Cadangan Mengatasi Masalah
Bagi meningkatkan profesionalisma guru-guru Pendidikan
Khas pihak sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan
Pelajaran Negeri perlu merangka program-program atau kursus
serta bengkel bagi menambah input-input yang sesuai dengan
program pendidikan. Ianya juga perlu dilihat dari aspek agama atas
segala tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada semua
golongan guru. Guru perlu memiliki pengetahuan profesional yang
serdahana bagi melaksanakan tugas sebagai guru dengan
jayanya. Pengetahuan profesional ini perlu bagi memandu
pemikiran guru dan bertingkah laku di dalam bilik darjah dan
keputusan tentang pembelajaran dan pengajaran, kurikulum dan
fenomena bilik darjah.
Sejajar dengan ini, guru seharusnya sentiasa mengemaskini
perkembangan pendidikan diri dengan bacaan dan inkuiri diri yang
meluas terutama bidang kepakaran masing-masing.

Guru juga

disarankan mengamalkan ciri-ciri penyelidikan profesion yang


sentiasa berkembang.

Penyelidikan membawa kepada inovasi

dalam pendidikan diri seorang profesional. Guru perlu menganjak


dan merubah paradigma melalui amalan penyelidikan yang kukuh.
Guru bersikap terbuka dan tidak mempunyai tanggapan yang
menyulitkan tentang sebab-sebab dan hubungan sebab musabab
melaksanakan tugas ini. Guru juga perlu menguasai atau
JABATAN PENDIDIKAN KHAS

Page 14

[ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS]


mempunyai pengetahuan dasar minimum yang mencukupi sebagai
guru. Antara pengetahuan minimum itu ialah pengetahuan isi
kandungan,

pegetahuan pedagogi am,pengetahuan kurikulum,

pengetahuan konten pedagogi, pengetahuan tentang pelajar dan


ciri-ciri diri ,pengetahuan falsafah, matlamat, tujuan, nilai dan
sejarah pendidikan.
Pemilihan dan pengambilan guru pelatih perlu diperketatkan
lagi dengan mengambilkira aspek personalti, minat, latar belakang
dan kegiatan luar. Ini memberi ruang kepada institusi perguruan
membentuk insan guru yang berkualiti dan boleh melaksanakan
dasar-dasar

negara.

Kementerian

pelajaran

juga

perlu

meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan


guru dapat bertugas dengan dedikasi dan telus. Pemantauan perlu
dijalankan secara sitematik dan berterusan supaya guru sentiasa
berusaha dengan lebih cemerlang dan berkualiti. Bagi Guru
Sandaran Tidak Terlatih tempoh masa yang ditetapkan untuk
mendapatkan ilmu pedagogi tidak mencukupi. Mereka perlu diberi
tempoh masa yang lebih lama supaya mereka dapat mempelajari
tenik-teknik dan pendekatan dalam pengajaran.

5.0 Murid Pendidikan Khas


5.1 Masalah Disiplin
Murid pendidikan khas sangat sinonim dengan masalah
kenakalan mereka. Tingkah laku bermasalah ini timbul kerana
kurangnya keupayaan individu dalam proses mengadaptasi atau
akomodasi apabila menghadapi perubahan situasi dalam alam
persekitaran. Ini menyababkan berlakunya gangguan emosi dan
aktiviti kehidupan individu serta seterusnya mengganggu kestabilan
dan keharmonian persekitarannya seperti pergaduhan dengan
pelajar normal, berkeliaran semasa PnP, terpengaruh dengan
JABATAN PENDIDIKAN KHAS

Page 15

[ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS]


masalah disiplin pelajar normal serta kurang berminat untuk
melakukan tugasan yang diberi guru.
Guru sering menghadapi masalah untuk melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran pengurusan tingkah laku.
Secara umumnya masalah tingkah laku atau disiplin bagi muridmurid masalah pembelajaran mempunyai ciri-ciri tertentu. Antara
ciri-ciri yang ada pada murid-murid yang bermasalah tingkah laku
ialah penumpuan yang singkat, memencil dan menarik diri daripada
aktiviti kelas, terlalu bergantung kepada seseorang, tidak mesra
dengan guru dan orang lain, gopoh dan tidak sabar, motivasi
kendiri rendah, agresif, melanggar perintah, sentiasa mempunyai
perasaan negatif, memberi jawapan sesuka hati, kurang kemahiran
mengawal emosi, perlakuan hiperaktif dan sering resah serta
kurang kepercayaan terhadap kebolehan diri.
Masalah tersebut secara umumnya telah dipengaruhi oleh
beberapa faktor. Antara faktor yang mempengaruhi pengurusan
tingkah laku dan disiplin di dalam kelas seperti kedudukan tempat
duduk murid yang jauh dari guru. Susun atur peralatan seperti
meja,

kerusi,

almari

memainkan

peranan

penting

dalam

mewujudkan kelas yang kondusif dan mempunyai ruang untuk


murid dan guru bergerak. Selain itu, alat bahan mengajar yang
dipamerkan hendaklah sentiasa ditukar.
5.2 Perlabelan Murid
Isu pelabelan terhadap kanak-kanak khas agak ketara di
negara kita. Perkara sedemkian juga wujud di sekolah yang saya
telah jalani praktikum pada kali ini. Hal ini kerana terdapat muridmurid normal yang memanggil kanak-kanak sindrom down sebagai
orang yang cacat yang mempunyai mata yang sepet. Mereka
menggelarnya
JABATAN PENDIDIKAN KHAS

sebagai

orang

Page 16

sepet.

Keadaan

ini

boleh

[ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS]


menyebabkan kanak-kanak sindrom down tadi berasa rendah diri
dan tidak akan selesa berada di persekitaran sekolah.
5.3 Gangguan Seksual
Isu seterusnya pula merupakan isu gangguan seksual dan
ketidakseimbangan hormon yang berlaku kepada murid-murid
khas. Murid-murid khas yang tidak mengerti apa-apa selalu
dijadikan mangsa gangguan seksual oleh rakan-rakan malah guru
Pendidikan Khas sendiri. Isu ini merupakan isu serius yang perlu
diberikan perhatian kerana ia merupakan satu jenayah yang kejam.
Lain pula dengan ketidakseimbangan hormon yang berlaku
sesama murid-murid Pendidikan Khas. Murid-murid khas juga
manusia yang diciptakan oleh Allah dan mempunyai keinginan
untuk berpasangan seperti orang lain, namun mereka tidak pandai
mengawal

keterujaan

mereka

sekiranya

mereka

menyukai

seseorang. Contohnya, murid daripada kategori sindrom Down.


Isu-isu seperti ini akan membawa kepada masalah-masalah lain
jika tidak dibendung seperti hubungan seks sesama mereka.

5.4 Cadangan Mengatasi Masalah


Terdapat pelbagai cara bagi mengatasi masalah yang timbul
melibatkan murid Pendidikan Khas ini. Antaranya ialah guru
hendaklah peka di dalam penyediaan bahan yang bersesuaian
dengan murid-murid keperluan khas ini. Terdapat sesetengah guru
menggunakan muzik latar semasa membuat aktiviti. Hal ini
menyebabkan kebisingan di dalam kelas, tindakan agresif,
mengada-ngada dan sebagainya. Sekiranya mempelbagaikan
suasana tempat belajar iaitu di luar bilik darjah. Oleh kerana
mereka mudah tertarik kepada persekitaran, mereka akan hilang
tumpuan untuk belajar di luar bilik darjah dan mereka lebih banyak
JABATAN PENDIDIKAN KHAS

Page 17

[ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS]


bermain. Selain itu, guru juga boleh melaksanakan peneguhan
negatif kepada murid seperti mengenakan dendaan dan hukuman
kepada mereka. Hal ini mungkin dapat mendorong mereka supaya
tidak lagi melakukan perkara yang tidak disukai oleh guru.
Bagi masalah pelabelan pula, guru haruslah menasihati
murid-murid dari arus perdana supaya tidak mengejek dan melabel
murid-murid Pendidikan Khas dengan perkataan yang tidak baik.
Hal ini perlu diberi perhatian oleh pihak atasan supaya mengambil
tindakan terhadap murid yang cuba mengejek murid-murid
Pendidikan

Khas

agar

mereka

tidak

sewenang-wenangnya

menghina insan istimewa ciptaan Tuhan ini.


Selain itu, masalah gangguan seksual perlu diatasi dengan
memberi pendedahan tentang seksualiti kepada murid Pendidikan
Khas. Mereka haruslah didedahkan tentang permasalahan ini
supaya dapat membezakan antara perkara yang boleh mereka
lakukan dan yang tidak boleh mereka lakukan. Mereka juga
haruslah dikawal dengan lebih ketat dan tidak dibiarkan merayaurayau tanpa arah tujuan.

6.0 Ibu Bapa Atau Waris


6.1 Penglibatan Ibu Bapa
Penglibatan ibu bapa yang kurang turut menjadi isu dalam
Pendidikan Khas. Ibu bapa hanya meletakkan harapan kepada
guru untuk membentuk anak-anak mereka yang sudah sedia
maklum bukanlah dari golongan normal. Ibu bapa sepatutnya
menjadi pendamping murid-murid ini kerana ibu bapa paling rapat
dengan insan istimewa ini.

JABATAN PENDIDIKAN KHAS

Page 18

[ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS]


Apabila anak mereka ini dibawa keluar dari sekolah oleh
guru untuk mengikuti aktiviti seperti pertandingan boling, aktiviti
perkemahan dan sebagainya, ada sebilangan ibu bapa yang
meradang akibat murid lewat pulang ke sekolah yang menganggu
masa ibu bapa untuk mengambil anak yang terlibat dengan
program tersebut. Ibu bapa ini tidak sedikit pun berterima kasih
kepada guru yang membawa anak-anak keluar dari kepompong
kelas mereka supaya diberi hak untuk sama-sama merasa aktiviti
yang dijalankan seperti rakan-rakan mereka yang normal di luar
sana.
Apabila perjumpaan bersama waris diadakan bilangan yang
hadir tidaklah seperti yang dijangkakan kecuali perjumpan itu
melibatkan pengagihan sumbangan wang atau apa saja bentuk
kepada anak-anak mereka, barulah ibu bapa ini hadir untuk
menerima

elaun

yang

dikatakan

hak

anak-anak

mereka.

Sesetengah ibu bapa tidak dapat dapat menerima kenyataan


bahawa anak mereka dilahirkan sebagai insan yang istimewa di
atas muka bumi Allah ini. Bagi mereka yang tidak dapat menerima
hakikat, murid-murid ini akan diberi tanggungjawab sepenuhnya
kepada guru untuk membentuk dan mendidik. Selain itu, ada juga
murid yang tidak dipelihara oleh ibu bapa tetapi oleh keluarga
terdekat yang sanggup untuk memelihara.
6.2 Kurang Mengambilberat
Ibu bapa juga kurang mengajarkan anak-anak mereka
tentang kepentingan menguruskan diri terutama membuang air
besar, air kecil dan lebih menyedihkan lagi bagi murid-murid
perempuan yang datang haid. Mereka tidak didedahkan dari rumah
asas kebersihan dan menggunakan keperluan yang bersesuaian
semasa kedatangan haid. Ini bakal mengganggu urusan guru
semasa P&P dan murid-murid lain.
JABATAN PENDIDIKAN KHAS

Page 19

[ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS]


6.3 Penyalahgunaan Elaun
Kementerian

Pelajaran

Malaysia

telah

pun

memberi

peruntukan sebanyak RM150 sebulan kepada setiap kanak-kanak


berkeperluan khas. Elaun yang diberi ini adalah bertujuan untuk
membantu golongan kanak-kanak berkeperluan kanak-kanak yang
tidak berkeupayaan ini untuk menampung kos hidup mereka.
Selain itu elaun ini juga bertujuan untuk meringankan bebanan ibu
bapa yang mempunyai anak-anak yang kurang upaya ini. Seperti
yang sedia maklum perbelanjaan untuk menampung kanak-kanak
berkeperluan khas sebenarnya agak memerlukan jumlah wang
banyak. Hal ini termasuklah kos perubatan dan juga terapi yang
melibatkan pertuturan atau pun fisioterapi.
Namun begitu, apa yang menjadi isu di sini ialah
penyalahgunaan wang elaun yang diberikan kepada kanak-kanak
berkeperluan khas ini oleh ibu bapa. Ada ibubapa yang
menggunakan wang elaun tersebut untuk urusan peribadi dan
kemudahan keluarga masing-masing. Seharusnya perkara itu tidak
harus berlaku dan perkara ini seharusnya menjadi tanggungjawab
ibu bapa sendiri untuk menjaga wang saku yang diberi oleh
kerajaan dengan sebaiknya.
6.4 Sering Menyalahkan Guru
Isu lain yang selalu berlaku ialah,waris sering menyalahkan
guru sekiranya berlakunya kecederaan oleh murid semasa di
sekolah. Walhal, anak mereka mempunyai tingkah laku yang
negatif sehingga tidak mampu dibendung oleh guru. Waris juga
sering mendakwa bahawa guru memukul anak mereka. Namun
sebaliknya, murid selalu bergaduh dengan murid lain di dalam
kelas. Malah,terdapat segelintir waris yang sanggup mengambil
tindakan dengan menyaman guru di mahkamah.
JABATAN PENDIDIKAN KHAS

Page 20

[ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS]


6.5 Cadangan Mengatasi Masalah
Dalam menentukan hala tuju muird-murid Pendidikan Khas,
ibu bapa perlu menjadi tunjang dan penglibatan ibu bapa sangat
penting. Ibu bapa perlu sedar bahawa sokongan dari pihak
keluarga terutama ibu bapa sangat penting. Ibu bapa perlu
didedahkan dan menambah pengetahuan tentang maklumat yang
berguna mengenai Pendidikan Khas. Bukan sahaja untuk lebih
mengenali masalah anak-anak tetapi membantu ibu bapa cara
yang betul dan terbaik untuk menguruskan anak-anak istimewa ini.
Kelas kaunseling dan bimbingan perlu dilaksanakan oleh pihak
berkenaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan juga Pusat
Pemulihan dalam Komuniti untuk memberi maklumat yang berguna
mengena keupayaan dan juga kelebihan yang ada pada anak-anak
ini supaya tidak disisihkan.
Polisi Rancangan Pendidikan Individu (RPI) menggalakkan
penglibatan ibu bapa. RPI adalah rancangan pengajaran bertulis
disediakan khusus untuk setiap pelajar. Ia mengandungi garis
panduan yang dibentuk khusus bagi mendidik kanak-kanak
istimewa

menguasai

kemahiran

asas

pembelajaran.

RPI

mengandungi komponen seperti tahap pencapaian terkini, tahap


kefungsian kanak-kanak daripada segi mental, fizikal, emosi,
social, aspek-aspek lain yang berkaitan pendidikannya, matlamat
jangka panjang dan pendek, struktur perkhidmatan pendidikan dan
sokongan penilaian dan tindakan susulan. Berdasarkan komponen
RPI itu, kejayaan RPI yang dijalankan di kelas khas bermasalah
bukan hanya bergantung kepada kecekapan dan ketabahan guru
khas semata-mata, malah merangkumi kerjasama dan penglibatan
ibu bapa itu sendiri. Ibu bapa mesti memberi sumbangan yang
wajar dan memainkan peranan dengan mennyokong usaha guru.
Ini bermakna bagi menentukan kejayaan RPI dan menentukan
JABATAN PENDIDIKAN KHAS

Page 21

[ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS]


kejayaan pembelajaran kanak-kanak bermasalah pembelajaran,
ianya perlu dikongsi bersama.
Bagi ibu bapa yang tidak dapat menerima kenyataan, sesi
kaunseling boleh dilaksanakan oleh kaunselor yang professional
agar jiwa ibu bapa ini tenang dan boleh menerima kekurangan dan
kelebihan anak mereka. Anak-anak ini jika diajar dan dibimbing
seperti anak-anak normal yang lain, berkemungkinan besar mereka
juga boleh berjaya, sekurang-kurangnya dapat menguruskan diri
sendiri.
Bagi

mengatasi

masalah

isu

isu

kewangan

dalam

Pendidikan Khas seperti isu penyalahgunaan wang elaun oleh ibu


bapa

misalnya,

satu

pemantauan

daripada

pihak

Jabatan

Kebajikan Masyarakat perlulah diwujudkan. Satu sesi perbincangan


dan kaunseling mengenai pengurusan elaun anak-anak mereka
perlu disediakan. Jadi kesedaran yang tinggi dapat dipupuk dalam
kalangan

ibu

bapa.

Mereka

juga

perlu

disedarkan

akan

tanggungjawab mereka dan betapa pentingnya wang elaun itu


terhadap anak-anak mereka yang tidak berkeupaayaan itu.
Cadangan mengatasi masalah sekiranya berlakunya isu
waris menyalahkan murid ialah, waris sepatutnya menyelidik
terlebih dahulu dan mendapatkan bukti-bukti yang kukuh sekiranya
berlakunya kecederaan kepada anak mereka. Selain itu, pihak
sekolah boleh memperuntukkan kewangan untuk memasang CCTV
sebagai bukti berikutan banyak isu saman menyaman guru timbul
pada masa kini. Seterusnya, adalah penting bagi guru mengumpul
semua maklumat berkenaan murid itu dan menyatakan aktiviti yang
guru rancangkan supaya ianya dapat dikongsi bersama-sama ibu
bapa murid. Guru juga bolehlah menyediakan beberapa contoh
hasil kerja murid dan tunjukkan kepada ibu bapanya. Sekiranya
terdapat perbezaan antara hasil kerjanya dengan rakan yang
JABATAN PENDIDIKAN KHAS

Page 22

[ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS]


sebaya dengannya, tunjukkan juga contoh hasil kerja rakan itu
untuk memastikan ibu bapa tidak salah faham dengan guru
tersebut.
Seterusnya,

sebagai

guru,

kita

bertanggungjawab

mewujudkan persatuan bagi ibu bapa murid pendidikan khas


supaya mereka mendapat peluang beramah mesra dan bertukar
fikiran. Persatuan Sokongan Ibu Bapa dan Guru Pendidikan Khas
adalah usaha bagi menggabungkan semua ibu bapa dan guru yang
mengajar murid pendidikan khas di sekolah itu. Melalui usaha ini,
semua ibu bapa dapat kenal lebih rapat antara satu sama lain. Hal
ini dapat mengurangkan masalah ketidakpuasan hati antara guru
dan ibu bapa.

3.0

Bahagian C (Ulasan Kerja Amali)


3.1

aktiviti 1 (Menayangkan Gambar)


Aktiviti pertama yang kami lakukan ialah menayangkan sebuah
gambar bunga. Kemudian murid perlu meneka jenis bunga tersebut. Jika
dilihat pada aktiviti tersebut, kebanyakkan aktiviti dimonopoli oleh murid.
Guru hanyalah sebagai fasilitator. Oleh itu, secara tidak langsung,
keberanian murid dalam menjawap soalan dapat dipupuk. Selain itu,
perkembangan kognitif murid juga dapat dikembangkan.

3.2

aktiviti 2 (Bersiar-Siar Sambil Memetik Daun Dan Bunga)

JABATAN PENDIDIKAN KHAS

Page 23

[ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS]


Semasa aktiviti ini, murid telah dibawa oleh guru bersiar-siar di
kawasan taman sekolah dalam bentuk kumpulan. Selain itu, murid juga
diminta untuk memetik bunga dan daun pokok yang mereka lihat. Dalam
aktiviti ini, guru telah memupuk beberapa sikap positif. Yang pertama ialah
bekerjasama dengan rakan, berdisiplin dan bergaul mesra dengan rakan.
Sikap positif bekerjasama mula dipupuk apabila murid bekerjasama
dengan rakan dalam mencari pokok bunga yang sesuai dengan tugasan.
Kemudian, sikap positif yang kedua iaitu berdisiplin mula dipupuk apabila
mereka bergerak dalam keadaan yang senyap dan tidak mengganggu
rakan-rakan dari aliran perdana yang sedang belajar. Seterusnya ialah
pembentukkan sikap positif yang ketiga iaitu bergaul mesra dengan rakan
dapat dilihat apabila mereka saling tolong menolong antara satu sama
dalam menjayakan tugasan yang diberikan.
3.3

Aktiviti 3 (Melekatkan Bunga Dan Daun Dalam Sehelai Kertas Putih)


Semasa aktiviti ini, murid dikehendaki untuk melekatkan daun dan
bunga yang mereka perolehi ke atas sebuah kertas putih. Melalui aktiviti
ini, murid telah diajar untuk menghormati pandangan orang lain secara
tidak langsung. Hal ini kerana, untuk menghasilkan sebuah kerja
berpasukan yang baik, mereka haruslah menerima setiap pandangan ahli
kumpulan. Selain itu, sikap tolong menolong juga dapat diserapkan ke
dalam aktiviti ini.

3.4

Aktiviti 4 (Menghasilkan Kolaj Bunga)


Melalui aktiviti ini, murid diminta untuk menggoyak kertas warna
menjadi cebisan kecil. Kemudian meletakkan gam di atas kertas putih
seterusnya melekatkan cebisan kertas yang dikoyak di atas kertas putih
dan membentuk bentuk bunga. Jika kita lihat pada aktiviti ini, kesabaran
yang tinggi amat diperlukan. Oleh itu, aktiviti ini telah membentuk sikap
sabar dalam diri murid.

3.5

Penutup (Membentangkan Hasil Kerja)

JABATAN PENDIDIKAN KHAS

Page 24

[ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS]


Aktiviti penutup membolehkan ketua setiap kumpulan untuk
membentangkan hasil kerja mereka kepada kumpulan lain. Melalui aktiviti
ini, sikap yang berani haruslah ada dalam diri murid bagi membentangkan
sebuah hasil kerja. Oleh itu, pembentukan sikap positif dalam aktiviti ini
ialah sikap berani.

4.0 Kesimpulan
Isu dan trenda dalam Pendidikan Khas sering berlaku dalam sistem pendidikan
pada masa kini. Sekiranya isu seperi ini tidak dibendung dengan cepat dikhuatiri
masalah yang lebih besar akan timbul dalam sistem pendidikan ini. Sebagai seorang
guru kita perlulah bijak dalam menangani setiap isu yang datang bagi memastikan
proses pembelajaran berjalan seperti yang dirancang.
Namun

begitu,

kerjasama

daripada

semua

pihak

amatlah

diperlukan.

Kesimpulannya, semua pihak perlulah sedar tentang tanggungjawab masing-masing


dan sentiasa berfikir untuk meningkatkan tahap pencapaian murid Pendidikan Khas.

JABATAN PENDIDIKAN KHAS

Page 25

[ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS]

5.0 Rujukan
BUKU
Kamarudin Haji Husin ( 1986 ), Panduan Latihan Mengajar, Selangor : Longman
Malaysia Sdn. Bhd.
K.A. Razhiyah ( 2006 ), Anak Istimewa Panduan Ibu Bapa Membesarkan Anak
Istimewa, Kuala Lumpur : Pts Profesional
Mohd Sharani Ahmad ( 2006 ), Mengurus Kanak-Kanak Yang Susah Belajar, Kuala
Lumpur : Pts Professional
Mok Soon Sang ( 2009 ),Perkembangan Kanak-Kanak, Perak : Penerbitan Multimedia
JABATAN PENDIDIKAN KHAS

Page 26

[ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS]


Sdn. Bhd.
Omardin Ashaari ( 2007 ), Pengurusan Sekolah Suatu Panduan Lengkap, Kuala
Lumpur : Utusan Publication & Distribution Sdn. Bhd.
INTERNET
http://shermiemy.blogspot.com/2011/01/isu-dan-trenda-dalam-pendidikan.html
https://sites.google.com/a/ippm.edu.my/jpk/bahan-ilmiah
http://belognurna.blogspot.com/2011/09/pengenalan-kepada-pemulihan-dalam.html
http://yushazwani.blogspot.com/2011/09/isu-isu-yang-berkaitan-pendidikan-khas.html

JABATAN PENDIDIKAN KHAS

Page 27

Anda mungkin juga menyukai