Anda di halaman 1dari 6

KERTAS CADANGAN

MAJLIS BERBUKA PUASA SEMPENA

RAMADHAN AL MUBARAK 1436H

TARIKH :

08 JULAI 2015 (RABU)

TEMPAT:
DEWAN KESEDAR INN,
GUA MUSANG, KELANTAN

ANJURAN:
JAWATANKUASA KEBAJIKAN KANAK- KANAK DAERAH
DAN PASUKAN PERLINDUNGAN KANAK- KANAK JAJAHAN
GUA MUSANG DENGAN KERJASAMA
PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT JAJAHAN GUA MUSANG

1.0

PENDAHULUAN

Kertas cadangan ini adalah bertujuan untuk menjelaskan penganjuran satu

program

pengisian

kerohanian

sebagai

satu

daripada

program

yang

dapat

mengimarahkan aktiviti bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Majlis berbuka
puasa bersama remaja khususnya di kampung Bertam ini diharapkan dapat mencapai
objektif yang telah diharapkan dan berjalan dengan lancar.
Seluruh hati yang rindu terubat dengan hadirnya tetamu agung yang dinantinantikan, yang membawa bersamanya keampunan (maghfirah), rahmat dan kebebasan
daripada api neraka (itqun minnannar). Itulah bulan yang paling mulia dan bulan yang
menjadi ketua kepada segala bulan, bulan Ramadhan al-Mubarak. Bulan yang ada
padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Bulan yang Allah jadikan
berpuasa padanya suatu kewajipan dan beribadat pada malam-malamnya sebagai
amalan sunat. Bulan yang satu amalan sunat mendapat pahala seperti melakukan satu
amalan wajib dan satu amalan wajib mendapat pahala seperti 70 amalan wajib di luar
Ramadhan.
Kelebihan bulan Ramadhan dan amalan berpuasa tidak terhad kepada
seseorang individu sahaja. Apa yang lebih penting adalah kewajipan berpuasa ini
memberikan kelebihan untuk mengeratkan hubungan sesama manusia tanpa mengira
darjat, keturunan dan peringkat usia. Ramadhan mengajar kita untuk menginsafi nasib
golongan mereka yang dalam kesusahan, kemiskinan, kebuluran dan penindasan sama
ada di negara sendiri mahupun di seluruh dunia. Justeru, bulan Ramadhan mendidik
kita erti sabar dan mensyukuri nikmat yang dikurniakan Allah s.w.t.
Bulan Ramadhan ramah dengan ciri-ciri yang membangkitkan dan memulihkan
keimanan. Maka itu, program Majlis Berbuka Puasa ini diadakan sebagai suatu usaha
yang bermanfaat kepada golongan remaja khususnya. Antara amalan mulia yang boleh
dimanfaatkan dalam bulan Ramadhan ini ialah membentuk, membimbing dan
mencorakkan peribadi para remaja dengan sifat-sifat mulia melalui ibadat berpuasa.
bak kata pepatah Melentur buluh biarlah daripada rebungnya.

2.0

MATLAMAT
2

Kemuliaan bulan Ramadhan dan kewajipan melaksanakan Rukun Islam Ketiga

ini kepada para remaja
3.0

OBJEKTIF
Selepas mengikuti program ini diharapkan agar para peserta
3.1

Memahami kewajipan berpuasa sebagaimana yang diperintahkan oleh

Allah s.w.t.

3.2

Menambahkan

pengetahuan

berkaitan

dengan

amalan

di

bulan

Ramadhan.
3.3

Mendidik remaja menghormati dan memuliakan bulan Ramadhan dengan

pembentukan akhlak yang baik.

4.0

KUMPULAN SASAR
Peserta-peserta terdiri daripada 50 orang remaja dari Kampung Bertam, Gua
Musang, Kelantan.

5.0

LOKASI PROGRAM
Program akan dilaksanakan di Masjid Kampung Bertam, Gua Musang, Kelantan

6.0

TARIKH PELAKSANAAN PROGRAM

Program ini akan diadakan pada 05 Julai 2015 (Ahad) bermula jam 5.00
petang.

7.0

PERASMIAN MAJLIS
Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat
Jajahan Gua Musang, Encik Hizani Bin Ibrahim.

8.0

9.0

SENARAI JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat

: En. Hizani Bin Ibrahim

Pegawai Kebajikan Masyarakat Jajahan Gua Musang, Kelantan

Pengerusi

: En. Dzulkapri bin Hakim

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Kanak- Kanak Daerah
Gua Musang, Kelantan.

AJK

: Puan Zuria Ernie Binti Zulkifli

Puan Wan Safarina Binti Wan Mohd Nashir
Encik Mohd Faizal Bin Ibrahim
Encik Zukifli Bin Alias

ATURCARA PROGRAM

MASA

AKTIVITI

5.00 6.00 ptg

Pendaftaran peserta / Taklimat program

6.00 6.30 ptg

Majlis Perasmian

6.30 7.15 mlm

Tazkirah Ramadhan

7.15 7.30 mlm

Zikir Ramadhan

Majlis Berbuka Puasa

Solat Maghrib berjemaah

10.0

PENGISIAN PROGRAM

Antara aktiviti yang dicadangkan ialah:

Ceramah mengenai kelebihan Ramadhan dan bacaan zikir.

11.0

ANGGARAN PERBELANJAAN
ANGGARAN PERUNTUKAN PROGRAM
4

JUMLAH (RM)

BIL

PERKARA

1.

Makan dan Minum peserta & urusetia

1.1 Makan malam (majlis berbuka puasa)
(50 Orang x RM 20.00 (hidang)

1000.00

JUMLAH KESELURUHAN

12.0

1,000.00

PENUTUP
Secara

keseluruhannya

diharapkan

program

yang

dirancang

ini

dapat

dilaksanakan seperti mana yang dirancang. Semoga para peserta mendapat manfaat
dan faedah daripada program ini.

Disediakan oleh:
.......................................................
(ZURIA ERNIE BINTI ZULKIFLI)
Pegawai Psikologi
Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan Gua Musang, Kelantan.
29 Jun 2015
Ulasan Atau Syor Oleh:
* Disokong / Tidak Disokong
5

............................................................................................................................................................

Kelulusan PKMN
*Diluluskan / Tidak Diluluskan

* potong yang tidak berkenaan