Anda di halaman 1dari 3

Fitrah Kejadian Manusia mengikut Perspektif Agama

• Manusia adalah sebaik-baik kejadian yang diciptakan oleh Allah S.W.T


di bumi ini.

• Akal yang dianugerahkan oleh Tuhan membezakan manusia dengan


ciptaan-Nya yang lain.

Menurut Al-Ghazali (1971)

Setiap insan mengenali Allah S.W.T yang merupakan fitrah manusia


dalam usaha mengenali diri sendiri untuk menjadi insan yang bertakwa.
Menurutnya lagi, terdapat dua unsur yang berkaitan dengan keperluan
manusia iaitu unsur roh dan jasad. Kehidupan beragama merupakan fitrah
dalam diri setiap manusia dimuka bumi ini. Ini ditegaskan Allah S.W.T
dalam Al-Quran ( surah Al-Imran,ayat 19) yang membawa maksud:

“Sesungguhnya apa yang diredhai disisi Allah S.W.T hanyalah Islam”

Ini bermakna kehidupan beragama merupakan fitrah manusia yang


sangat penting dalam kehidupan seseorang individu. Firman Allah dalam
surah Al-Zariyat, ayat 51-56 yang bermaksud:

“Dan ingatlah Aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka
memperhambakan diri kepada Ku”.

Fitrah kejadian manusia mengikut perspektif biologi

• Memperlihatkan asas-asas genetik seperti baka dan faktor


persekitaran yang menyumbang kepada pembentukan diri seseorang.

Fitrah kejadian manusia juga mempengaruhi ketidaksamaan yang dimiliki


oleh seseorang. Baka mempengaruhi perbezaan individu daripada aspek:

 Kognitif – tahap kecerdaan seseorang


 Fizikal – warna rambut, mata, kulit, tinggi, rendah, dan
sebagainya.
 Emosi – kesabaran dalam menghadapi cabaran.
Persekitaran turut menyumbang kepada perbezaan individu dalam fitrah
manusia daripada aspek berikut:

• Latarbelakang keluarga
• Pengaruh rakan sebaya
• Kebudayaan dan kepercayaan masyarakat
• Sumber teknologi
• Guru dan sekolah

Fitrah kejadian manusia dan kaitannya dengan potensi

• Potensi –keupayaan dan kebolehan manusia yang terpendam dalam


diri seseorang.

• Menurut Kamus Dewan (1989) – bermakna kemampuan(mencapai,


menghasilkan atau melakukan
sesuatu) kebolehan, kekuatan,
kesanggupan, keupayaan untuk
berkembang maju.

• Potensi seseorang itu berkembang sejak manusia dilahirkan.


• Berkaitan dengan fungsi hidup seseorang manusia yang normal untuk
berkembang, selaras dengan fitrah manusia dijadikan di bumi ini.
• Merangkumi semua aspek dalam kehidupan iaitu aspek intelektual,
rohani, emosi dan jasmani.

Manusia perlu mengoptimumkan potensi yang ada dalam dirinya selaras


dengan fitrah manusia yang telah ditetapkan oleh Allah agar mendapat
kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Potensi
Perkembangan intelek Manusia Perkembangan rohani

Perkembangan emosi Perkembangan sosial

Perkembangan jasmani
Implikasi fitrah kejadian manusia terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran.

Merancang strategi untuk mengembangkan potensi pelajar

Mengenalpasti potensi-potensi yang ada pada pelajar

Memberi motivasi kepada pelajar untuk meneruskan potensi-potensi yang ada


pada pelajar.

Guru mesti menguasai ilmu-ilmu yang berkaitan dengan perkembangan kanak-


kanak.

Kesimpulannya, guru perlu menyedari potensi murid-murid adalah berbeza


antara satu sama lain. Guru yang peka terhadap potensi yang ada dalam diri
murid-murid dapat membantu mengembangkannya supaya mencapai
kemajuan dalam setiap bidang yang diceburi. Pendidikan memainkan
peranan penting untuk mempertingkatkan potensi manusia. Jika pendidikan
yang diterima berkesan, maka potensi manusia itu terus meningkat dan
berkembang.