Anda di halaman 1dari 2

Peranan dan tanggungjawab Guru Cemerlang

1. Membuat perancangan pengajaran , melaksanakan pengajaran mata


pelajaran kepakaran dan pembentukan serta pembanguan diri pelajar
mengikut tahap yang tertinggi yang ditetapkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia.
1.1 Menyediakan Rancangan Pengajaran berasaskan peraturan-peraturan
Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan ) 1997, kurikulum Kebangsaan dan surat-surat
pekeliling berkaitan.
1.2 Mengajar mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan yang ditetapkan
mengikut garis panduan dan tahap kebolehan pelajar.
1.3 Merancang dan melaksanakan tugas-tugas berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran
1.4 Menentukan status semasa pencapaian (Take-Off- Value) setiap pelajar dalam
mata pelajaran kepakaran dan menetapkan sasaran pencapaian akademik setiap
pelajar yang diajar dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
1.5 Mengamalkan kaedah/strategi pengajaran dengan mengguna pakai atau
menghasilkan pelbagai bahan pembelajaran dan pengajaran yang terkini , kreatif,
inovatif, menarik dan berkesan.
1.6 Mengenal pasti secara spesifik kelemahan dan kekuatan setiap pelajar dalam
mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
1.7 Menyediakan program pengayaan untuk pelajar cemerlang dan pemulihn bagi
pelajar yang berpotensi rendah.
1.8 Memantau kemajuan pencapaian akademik setiap pelajar yang diajar.
1.9 Menyediakan laporan dan mengnalisis kemajuan setiap pelajar yang diajar
dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
1.10Menyampaikan laporan kemajuan pembelajaran pelajar yang diajar kepada
pengetua, ibu bapa dan pelajar.
1.11Menyediakan Jadual Spesikasi (JSU) pentaksiran dan penilaian bagi mata
pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
1.12Menjadi ahli badan profesional yang berkaitan dengan mata pelajaran
kepakaran (jika ada).
2. Memimpin dan membantu dalam tugas kurikulum dan kokurikulum
berkaitan dengan mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
2.1 menjadi ahli panitia dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang
pengkhususan.
2.2 Menjadi pakar rujuk mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
2.3 Membantu mengatasi kelemahan dan membimbing pelajar dalam mata
pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
2.4 Menyelaras penyediaan rangcangan strategik, tatikal dan operasi pengajaran
dan pembelajaran mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
2.5 Merancang dan menjadi fasilitator dalam bengkel peningkatan profesionalnisme
guru khasnya dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
2.6 Menjadi penasihat persatuan akademik mata pelajaran kepakaran atau bidang

pengkhususan.
2.7 Merancang dan melaksana aktiviti kokurikulum yang boleh membantu
meningkatkan prestasi akademik pelajar.
2.8 Menyediakan laporan kemajuan setiap pelajar dalam aktiviti kokurikulum, mata
pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
3. Menjadi pakar rujuk, memberi khidmat nasihat , dan membimbing guru
dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
3.1 Merancang dan melaksanakan aktiviti perkembangan staf bidang kurikulum dan
kokurikulum dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
3.2 Menjadi mentor kepada guru dalam bidang pedogogi khususnya berkaitan
dengan strategi pengajaran.
3.3 Member maklum balas tentang kemajuan guru yang dibimbingnya kepada
pengetua/ pengarah dan guru berkesan.
3.4 Memberi khidmat nasihat dan bimbingan kepada guru di institusi persekitaran
yang memerlukan kepakarannya.
4. Menjalankan kajian, menghasilkan penulisan ilmiah dan penyelidikan,
meneroka inovasi dan penemuan baru dalam mata pelajaran kepakaran
atau bidang pengkhususan dan membentang hasilnya.
4.1 Menjalankan kajian dan/ atau inovasi dalam mata pelajaran kepakaran atau
bidang pengkhususannya.
4.2 Menghasilkan penulisan/artikel berkaitan pendidikan khasnya dalam mata
pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan dan menghantara satu salinan
kepada bahagian-bahagian yang berkenaan di Kementerian Pelajaran Malaysia.
5. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pegawai Pelajaran
Daerah, Pengarah Pelajaran Negeri dan Pengarah Bahagian di
Kementerian Pelajaran Malaysia.
5.1 Menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan mata pelajaran kepakaran atau
bidang pengkhususan yang diarahkan dari semasa ke semasa dengan kebenaran
Pengetua/ Ketua Jabatan
6. Tugas am
6.1 Bertanggungjawab memaklunkan secara rasmi sebarang perubahan dari segi
pertukran jawatan, penempatan dan apa juga perubahan daripada status
perkhidmatan kepada Bahagian Sumber Manusia, Jemaah Nazir Sekolah Ibu Pejabat
dan Negeri.

Anda mungkin juga menyukai