Anda di halaman 1dari 19

BAHAGIAN A:

Soalan a:
Apakah pandangan UNESCO tentang kemahiran menulis ?
Literasi bahasa atau pernah juga disebut sebagai kenal huruf atau celik huruf
didefinisikan sebagai kemampuan minimum untuk membaca dan menulis dalam sesuatu
bahasa. Dalam konteks soalan ini, merupakan Bahasa Melayu. Fungsi kemahiran untuk
membaca dan menulis ini secara umumnya adalah untuk memenuhi tuntutan kehidupan
seharian dan merupakan keperluan asasi setiap individu. Satu kajian yang telah dijalankan
oleh Atan Long dan rakan-rakan (1983) menyatakan bahawa kadar literasi di Malaysia ialah
sebanyak 74 peratus dengan pecahan mengikut etnik dengan etnik Melayu sebanyak 47
peratus, etnik Cina sebanyak 39 peratus dan etnik India pula sebanyak 37 peratus manakala
kajian yang dijalankan oleh Perpustakaan Negara (1996) telah menunjukkan 93 peratus
rakyat Malaysia yang berumur 10 tahun ke atas adalah literat, iaitu daripada kalangan yang
telah mendapat pendidikan formal di sekolah rendah.
Kadar yang dinyatakan oleh kedua-dua kajian tersebut adalah tinggi jika
dibandingkan dengan kajian yang telah dijalankan oleh UNESCO (1995) di mana kadar
literasi rakyat Malaysia ialah 83 peratus berbanding dengan Indonesia sebanyak 93.8 peratus,
Filipina 94.65 peratus, Singapura 91.1 peratus dan Thailand sebanyak 93.8 peratus. Namun
begitu, menurut Mariam & Awang Had Salleh (1997), kajian tersebut lebih tertumpu pada
kemahiran membaca berbanding dengan kemahiran menulis.
Menurut UNESCO (1980), kemahiran menulis merupakan sebahagian daripada
kemahiran literasi yang merupakan salah satu hak asasi individu yang menjadi
tanggungjawab sesebuah kerajaan terhadap rakyatnya. Ianya merupakan sebahagian daripada
keperluan literasi yang penting dalam keperluan manusia. Memandangkan kemahiran literasi
menulis dianggap sebagai keperluan asa manusia, maka setiap kerajaan yang wujud adalah
bertanggungjawab menyediakan rakyatnya dengan kemahiran tersebut melalui penyediaan
sumber pembelajaran, prasarana dan sebagainya bagi memenuhi keperluan tersebut. Fungsi
utama kemahiran menulis ialah untuk berkomunikasi bagi menyelesaikan masalah harian
dalam hal pendidikan, social dan pekerjaan.

Page | 1

Soalan b :
Terangkan instrumen mengukur kemahiran menulis yang digunakan dalam kajian ini?
Kajian ini dijalankan dengan melibatkan aktiviti pengumpulan data tentang
penguasaan kemahiran menulis murid di sekolah rendah melibatkan kedua-dua tahap iaitu
Tahap 1 dan Tahap II. Untuk proses pengumpulan data kajian ini, pengkaji telah melibatkan
pembinaan dua buah instrument utama iaitu skema analisis karangan versi Tahap I dan versi
Tahap II serta dua set soalan mengikut tahap tersebut. Seterusnya dua buah jadual matriks
yang mengandungi tanda aras kemahiran menulis mengikut tahap penguasaan kemahiran
menulis dalam Bahasa Melayu akan dihasilkan oleh pengkaji daripada data analisis.
Skema karangan yang dibina mengikut versi berdasarkan tahap ini mempunyai
penekanan yang berbeza, begitu juga dengan senarai kecekapan menulis yang dikelompokkan
mengikut komponen yang juga berbeza-beza.
Bagi Tahap I, ianya mengandungi tiga komponen yang berikut, iaitu :
i.

Menulis asas

ii.

Wacana

iii.

Tatabahasa

Manakala bagi Tahap II pula, ianya mengandungi tiga komponen yang berikut, iaitu:
i.

Sosiolinguistik

ii.

Wacana

iii.

Tatabahasa.

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, Kementerian Pendidikan


Malaysia :2003a dan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Tahun 1
hingga 6, Kementerian Pendidikan Malaysia : 2003b serta model komunikatif (lihat Hymes,
1972; Bachman, 1990; Hutchinson, 1990; dan Hashim, 2003 & 2005) dijadikan sebagai
rujukan utama dalam pembinaan instrument tersebut.
Untuk versi Tahap I, kandungan instrument tersebut mengandungi komponen,
subkomponen dan item kecekapan kemahiran menulis dalam Bahasa Melayu bagi Tahun 1,
Tahun 2 dan Tahun 3. Subkomponen mekanis dan tulisan awal, iaitu menyalin, menulis dan
bina-lengkapkan terdapat dalam komponen kemahiran menulis asas. Manakala dalam
komponen wacana pula, terdapat subkomponen koheran iaitu kecekapan menyusun idea serta
membina makna dan kohensi iaitu kecekapan menyusun ayat secara padu dan padat untuk
membina teks. Bagi komponen tatabahasa pula, ianya mengandungi subkpmponen aspek
mekanis, morfologi dan siktaksis yang merupakan kecekapan memilih dan menggunakan
Page | 2

tanda baca serta memilih struktur-stuktur bahasa yang betul untuk berkomunikasi.
Keseluruhan skema tersebut yang mengandungi 33 item ditunjukkan oleh pengkaji dalam
Jadual 1.1 artikel tersebut.
Instrumen versi Tahap II pula mengandungi komponen, subkomponen dan item
kecekapan yang dibina untuk Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Komponen sosiolinguistik
digunakan dalam versi ini bagi menggantikan komponen asas kerana pada Tahap II
penekanan diberikan untuk pengukuhan kemahiran menulis dan penggunaannya dalam fungsi
komunikasi. Bagi komponen sosiolinguistik ini, ia meliputi subkomponen tujuan penulisan
dan khalayaknya iaitu pembaca, komponen wacana pula meliputi pertalian dan pertautan
manakala komponen tatabahasa mengandungi subkomponen mekanis, morfologi dan
siktaksis. Kesemua instrument versi Tahap II yang mengandungi 31 item kecekapan menulis
ditunjukkan oleh pengkaji dalam Jadual 1.2 artikel tersebut.
Dua set soalan karangan bagi setiap tahap menjadi rangsangan kepada murid untuk
menghasilkan gerakbalas dalam bentuk karangan yang akan dianalisis dengan menggunakan
skema analisis dalam pengumpulan data tentang kemahiran menulis tersebut. Setiap kertas
karangan tersebut memakan masa selama satu jam setengah setiap satunya. Bagi kertas
karangan Tahap 1, ia mengandungi soalan yang meminta murid menyusun gambar mengikut
urutan cerita, melengkapkan ayat berdasarkan gambar menyusun dan menyalin perenggan
menjadi karangan lengkap dan menulis karangan berdasarkan satu tajuk pilihan yang
panjangnya tidak kurang daripada 60 patah perkataan. Tahap II pula mengandungi soalan
yang meminta murid menulis dua buah karangan iaitu jenis keperihalan dan imaginative yang
panjangnya tidak kurang daripada 100 patah perkataan. Setiap pembinaan karangan ini
dilakukan berdasarkan pandangan Weir (1993).
Untuk sampel kajian pula, karangan yang dihasilkan oleh murid Tahap I ( Tahun2 dan
Tahun 3) dan murid Tahap II ( Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 ) yang telah melalui
pengalaman mempelajari mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tempoh sekurang-kurangnya
satu tahun dan diperakui oleh sekolah masing-masing sebagai murid yang mencapai tahap
sekurang-kurangnya mengenal huruf dan menulis awal.
Kedua-dua buah instrument ini akan menggunakan sekala Likert 5 mata bagi menilai
penguasaan kecekapan menulis dalam Bahasa Melayu. Ianya melibatkan seramai 50 orang
murid Tahun 3 dan 50 orang murid Tahun 6 di sebuah sekolah rendah dalam Daerah Kuala
Muda, di negeri Kedah.

Page | 3

Soalan c :
Jelaskan secara ringkas dapatan umum kajian ini ?
Dapatan daripada kajian ini telah ditunjukkan oleh pengkaji dalam dua jadual yang
telah dianalisis mengikut versi yang telah ditentukan iaitu Jadual 1.3 untuk versi Tahap 1
(Tahun 3) dan Jadual 1.4 untuk versi Tahap 11 (Tahun 6). Dapatan-dapatan daripada kajian ini
bertujuan untuk memberikan gambaran yang lebih jelas tentang kecekapan kemahiran
berkomunikasi murid sekolah rendah di Malaysia, iaitu generasi yang akan mendukung
tanggungjwab bagi merealisasikan wawasan 2020 ke arah membin sebuah Negara maju
melalui penguasaan il mu dan teknologi canggih dengan jati diri tempatan.
Pada dasarnya kajian ini dijalankan untuk mengumpul data tentang tahap penguasaan
kemahiran menulis dalam Bahasa Melayu murid sekolah kebangsaan. Analisis static
kebolehpercayaan jumlah-item dan kolerasi skema bagi kedua-dua versi menunjukkan tahap
kebolehpercayaan yang sangat tinggi dengan bacaan versi kedua-dua versi juga mempunyai
nilai alfa 0.99. Koefisien kebolehpercayaan yang tinggi bagi kedua-dua versi tersebut
disebabkan sumbangan kebolehpercayaan yang juga sangat tinggi bagi setiap subkomponen.
Ini seterusnya telah melonjakkan kebolehpercayaan setiap komponennya.
Bukti ketekalan dalam kedua-dua versi tersebut diperkukuhkan dengan hasil analisis
korelasi skema dengan komponen dan kolerasi antara komponen. Bacaan bagi setiap versi
adalah sangat tinggi bagi koefesien kebolehpercayaan instrument di mana bagi versi Tahap 1,
bacaan nilai alfa untuk menulis asas ialah 0.98, wacana 0.97 dan tatabahasa pula
menunjukkan bacaan alfa 0.98. Untuk versi Tahap 11 pula, bacaan alfa bagi
kebolehpercayaan instrument ialah 0.97 bagi sosiolinguistik dan berkongsi bacaan yang sama
iaitu 0.98 bagi wacana dan tatabahasa.
Secara keseluruhannya bagi analisis versi Tahap 1 sepertimana yang ditunjukkan
dalam Jadual 1.3 dalam artikel tersebut adalah berdasarkan kepada 33 taburan item yang telah
dijalankan oleh pengkaji. Dapatan min skor bagi item-item tersebut adalah di antara 2.10
hingga 3.57, manakala sisihan piawainya pula adalah di antara 0.69 hingga 1.0.
Berdasarkan kepada Jadual 1.3, data analisis bagi kajian versi Tahap I menunjukkan
dapatan bagi nilai alfa skema tersebut sangat tinggi iaitu sebanyak 0.99, begitu juga dengan
nilai-nilai alfa bagi setiap pecahan komponen dan subkomponen berada pada paras sangat
tinggi. Bagi komponen wacana, menulis asas dan tatabahasa, nilai alfa berada di antara 0.97
dan 0.98 dengan komponen menulis asas dan tatabahasa menduduki nilai yang tertinggi itu
manakala bagi subkomponen skema berada pada nilai alfa 0.91 bagi pertalian atau koheran
Page | 4

hingga kepada nilai tertinggi iaitu 0.97 bagi pertautan atau kohensi dalam komponen wacana
dan morfologi dalam komponen tatabahasa.
Namun begitu, dua item kecekapan menulis iaitu Bina13 dalam komponen menulis
asas mempunyai nilai korelasi jumlah yang rendah dengan bacaan 0.33 manakala bacaan min
ialah 2.53 dan sisihan piawai 0.69 sahaja. Begitu juga dengan Tali15 dalam komponen
menulis asas dan subkomponen bina-lengkap dimana bacaan kolerasi jumlah berada pada
bacaan yang agak rendah iaitu 0.63 sahaja manakala min pada bacaan 3.26 (sp=1.06).
Walaupun terdapat dua item yang mempunyai kolerasi jumlah yang agak rendah dan
sederhana, ianya tidak menjejaskan kebolehpercayaan subkomponen masing-masing di mana
kesemua subkomponen tersebut menunjukkan bacaan yang tinggi.
Kebolehpercayaan bagi jumlah item bagi analisis untuk skema karangan versi Tahap
11 pula ditunjukkan dalam Jadual 1.4 bagi 31 taburan item kajian yang dijalankan. Min skor
bagi analisis item versi Tahap 11 pula berada pada bacaan 3.18 hingga 4.02 manakala sisihan
piawai berada di antara 0.93 hingga 1.17.
Kebolehpercayaan komponen dan subkomponen menunjukkan bacaan alfa yang
tinggi iaitu di antara 0.95 hingga 0.98 manakala kebolehpercayaan skem pada bacaan alfa
0.99. Bagi kolerasi jumlah pula, nilai bacaan paling rendah ialah 0.85 bagi item Meka22 di
bawah komponen tatabahasa dan subkomponen mekanis manakala nilai min ialah 4.02 dan
1.15 bagi sisihan piawai. Kehadiran semua item dengan bacaan alfa yang tinggi ini telah
menyumbang kepada kebolehpercayaan yang sangat tinggi bagi setiap subkomponen skema.
Dapatan untuk kolerasi skema analisis karangan versi Tahap 1 seperti pada Jadual 1.5
pula menunjukkan bacaan yang amat tinggi iaitu nilai alfa melebihi 0.97. Ianya begitu
signifikan dengan setiap komponennya iaitu menulis asas, wacana dan tatabahasa. Manakala
kolerasi antara komponen juga sangat tinggi dan signifikan tetapi lebih rendah berbanding
dengan koefeisien kebolehpercayaan dengan bacaan alfa diantara 0.92 hingga 0.94 sahaja.
Dengan itu menurut Crocker dan Algina (1986) dan Anastasi (1988), skema tersebut
mempunyai kesahan dalaman dan kesahan pembezaan yang membuktikan kesahan gagasan
instrument.
Dapatan untuk skema analisis versi Tahap 11 pula seperti yang ditunjukkan dalam
Jadual 1.6 juga menunjukkan skema tersebut mempunyai kolerasi yang amat tinggi dan
signifikan dengan setiap komponennya iaitu sosiolinguistik, wacana dan tatabahasa dimana
bacaan alfa melebihin 0.97 manakala kolerasi antara komponen juga didapati sangat tinggi
dan signifikan dengan nilai bacaan antara 0.92 hingga 0.95. Namun begitu, bacaan tersebut
lebih rendah sedikit jika dibandingkan dengan koefisien kebolehpercayaan. Berdasarkan
Page | 5

dapatan tersebut, kesimpulan yang boleh dilakukan menurut Crocker dan Algina (1986) dan
Anastasi (1988), skema tersebut mempunyai kesahan dalaman dan kesahan pembezaan yang
membuktikan kesahan gagasan instrument.

Page | 6

BAHAGIAN B
Pendahuluan
Sistem pendidkkan Negara kita yang berteraskan peperiksaan telah mendorong murid
belajar dan menghafal untuk lulus dalam setiap peperiksaan. Pengetahuan yang diterima
dengan cara ini tidak akan kekal. Ini bermakna kejayaan dalam peperiksaan tidak
memberikan gambaran sebenar tentang kejayaan penguasaan sesuatu kurikulum. Oleh yang
demikian, Kementerian Pendidikan Malaysia atau KPM telah melaksanakan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan.
PBS dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosuder yang
telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Ia merupakan satu bentuk penilaian
yang dilakukan oleh guru dan pihak sekolah.
Namun begitu, sejak pelaksanaan PBS dijalankan banyak keluhan dari guru-guru
tentang PBS itu sendiri. Pelbagai komen serta pandangan yang menjurus ke arah usaha agar
pihak KPM memansuhkan terus pelaksanaan PBS. Justeru itu, satu kajian telah dijalankan di
sekolah saya bagi mendapatkan maklumbalasa berkaitan pelaksanaan PBS di sekolah saya
sendiri dengan menggunakan kaedah temu bual secara berstruktur. Respondan bagi kajian ini
ilah 5 orang guru Bahasa Melayu di sekolah saya dan tempoh perkhidmatan mereka sebagai
guru telah melebihi 15 tahun pengalaman.
Pengenalan PBS
Penilaian Berasaskan sekolah (PBS) dijalankan oleh guru-guru mata pelajaran secara
berterusan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ia merupakan penilaian
holistic yang menilai aspek kognitif iaitu intelek, afektif iaitu rohani dan emosi, dan aspek
psikomotor iaitu fizikal selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) atau Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).
Objektif pelaksanaan PBS ini adalah untuk mendapatkan gambaran keseluruhan
potensi murid, memantau pembangunan individu bagi membantu untuk meningkatkan
potensi diri dan membuat laporan yang bermakna kepada pembelajaran murid. Komponen
PBS pula terdiri daripada bidang akademik iaitu Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran
Pusat (PP), dan bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Menurut Lembaga
Peperiksaan Malaysia (2012), kedua-dua bidang tersebut memberi pengiktirafan dan

Page | 7

autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan
sekolah.
Kaedah Temubual
Terdapat beberapa jenis instrument digunakan untuk mengumpulkan maklumat dalam
sebarang penyelidikan. Kaedah temubual secara berstruktur dijalankan dalam kajian ini bagi
mendapatkan maklum balas atau maklumat berkaitan PBS dalam pengajaran Bahasa Melayu
di sekolah saya. Seramai 5 orang guru mata pelajaran Bahasa Melayu telah dipilih sebagai
respondan kajian bagi mendapatkan persepsi mereka terhadap pelaksanaan PBS.
Menurut Merriem (1998), penggunaan temubual berstruktur bertujuan untuk
mengumpulkan maklumat yang tepat seperti maklumat sosiodemografik, umur, pendapatan,
taraf perkahwinan, tahap pendidikan dan sebagainya. Soalan temubual berstruktur ini telah
ditetapkan atau digubal oleh saya sendiri berdasarkan kepada kehendak soalan bagi tugasan
EPM 414 dan dijalankan selama seminggu akibat kekangan masa samada masa saya sendiri
atau pun masa respondan yang terlibat.
Chia Chiow Ming et. Al (2013) menyatakan bawaha temubual dijalankan untuk
meneroka dan memperolehi maklumat secara mendalam. Temubual dijalankan secara
bersemuka. Setiap temubual tersebut kemudiannya telah ditranskripkan supaya saya lebih
memahami isi-isi perbualan antara saya dan respondan. Setiap respondan bagi temubual ini
saya rahsiakan namanya dan nama-nama respondan saya kenalpasti melalui kod khas iaitu
dikenali sebagai Guru 1 bagi responding pertama dan begitulah seterusnya sehingga kepada
respondan yang kelima.
Laporan Dapatan Temubual
Di dalam kajian ini, saya hanya menggunakan kaedah temubual berstruktur sebagai
cara untuk mengumpulkan data sepanjang kajian dijalankan. Guru-guru yang terlibat sebagai
respondan hanya perlu menjawab dengan menandakan pilihan jawapan YA atau TIDAK
pada soalan temubual yang dijlankan. Di akhir soalan tersebut, saya menyediakan ruangan
komen untuk respondan meluahkan apa yang terbuku dihati berkaitn dengan pelaksanaan
PBS secara bertulis. Hasil daripada analisis dapatan temubual tersebut telah dapat membantu
saya untuk menyiapkan laporan bagi memenuhi kehendak soalan tugasan bagi kod mata
pelajaran EPM414, Penilaian Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

Page | 8

Dapatan daripada soalan temubual berstruktur yang telah saya laksanakan kepada 5
orang guru yang menjasi respondan kepada kajian ringkas saya ini adalah seperti dalam
Jadual 1 berikut :
Jadual 1 : Dapatan Hasil Temubual Berstruktur Guru Mengenai PBS
Bil. Jawapan
Bil

Soalan

Adakah guru menyokong konsep PBS ?

Adakah latihan melaksanakan PBS mencukupi ?

Adakah guru memahami konsep-konsep PBS seperti standard,


evidens, descriptor, instrument dan sebagainya ?

Adakah guru memerlukan latihan yang lebih mendalam ?

Adakah pelaksanaan PBS menambahkan beban guru ?

Adakah guru menghadapi masalah menetapkan Band untuk setiap


murid ?

Adakah PBS membantu dalam penguasaan Bahasa Melayu ?

Adakah PBS menunjukkan kemahiran sebenar murid ?

Adakah guru menghadapi masalah ketika menggubal instrument?

10

Adakah guru setuju jika PBS dimansuhkan

YA

TIDA
K

Berdasarkan Jadual 1 tersebut jelas menunjukkan bahawa kelima-lima respondan


memberikan jawapan TIDAK berkaitan dengan item-item soalan yang diajukann kepada
mereka berkaitan dengan PBS ini. Mereka benar-benar tidak bersetuju dalam apa juga bentuk
soalan yang diajukan tentang PBS. Pada mereka, PBS bukan memberikan kebaikan kepada
guru tetapi lebih kepada beban kerja yang terpaksa ditanggung oleh mereka selain bebanbeban sedia ada yang harus diselesaikan oleh setiap guru yang mengajar di sekolah. Guru
bukan sahaja mengajar tetapi juga terpaksa melakukan beban perkeranian yang lainna seperti
menyiapkan fail mesyuarat, membuat perancangan untuk aktiviti sekolah, menjalankan
kegiatan kokurikulum, merawat murid dan pelbagai lagi beban tugas yang sedikit sebanyak
memerlukan pengorbanan dan komitmen yang amat tinggi daripada guru.
Betul sistem ini diperkenalkan oleh Kementerian setelah beberapa kali mesyuarat
diadakan. Betul sistem ini diperkenalkan kerajaan setelah mengambil kira kebaikannya untuk
guru, murid-murid dan sistem pendidikan negara. Betul tujuan sistem ini baik untuk
Page | 9

transformasi sistem pendidikan negara, iaitu untuk menilai potensi murid dan kesediaan
untuk belajar, selain menguji penguasaan dan pencapaian. Tetapi apakah sistem ini betulbetul baik untuk meningkatkan mutu pendidikan negara? Apakah sistem ini betul-betul boleh
diterima oleh para guru?
Persoalan tersebut diberikan oleh guru yang menjadi respondan di akhir ruangan
komen yang saya sediakan diakhir soalan temubual yang dikemukakan. Guru merungut
tentang hal in sejak ia mula dilaksanakan pada tahun 2011. Ada yang menulis pelbagai komen
di media-media social tentang masalah yang harus mereka pikul apabila PBS ini
dilaksanakan. Apa yang lemahnya dengan sistem ini? Lemahnya bukanlah pada tujuannya
yang baik iaitu untuk menilai potensi murid, memantau pertumbuhan dan membantu
meningkatkan potensi murid; dan membuat pelaporan bermakna tentang pembelajaran
individu. Tetapi lemahnya sistem ini adalah pada penggunaan sistem memasukkan datanya
yang tidak boleh comply dengan beban data semasa.
Sistem Pangkalan Data PBS amat lemah. Justeru lemahnya sistem data PBS ini, maka
guru perlu memasukkan data pada waktu lewat malam. Akibatnya, pada waktu pagi guru
mengantuk menyebabkan mutu mengajar menjadi lemah, sekali gus menjejas mutu
pengajaran dan pembelajaran. Akibatnya, murid tidak mendapat pembelajaran yang sempurna
kerana waktu guru dihabiskan pada tugas perkeranian, bukan pada tugas hakikinya. Ini
kerana selain sibuk memasukkan data, guru juga sibuk mengemaskan rekod.
Guru juga terpaksa menyiapkan kerja-kerja PBS sendiri seperti membina instrumen
soalan, menanda dan menyemak kertas soalan. Selepas itu, guru perlu mengadakan aktiviti
bilik darjah untuk menyelesaikan segala keperluan kurikulum dan kemahiran insaniah yang
lain. Guru kadang-kadang terpaksa lepaskan murid ke aras band yang lebih tinggi biarpun
arasnya belum dicapai. Selain itu, guru perlu mengurus fail pelajar yang mungkin mencecah
angka ribu dan puluhan unit almari untuk penyimpanan fail berkenaan serta memasukkan
ratusan band pelajar ke dalam sistem.
Secara umumnya, guru tidak setuju dengan pelaksanaan PBS bukanlah kerana tidak
mahu menerima perubahan berkaitan dengan corak pentaksiran yang mereka amalkan di
sekolah. Mereka semua faham konsep PBS itu sendiri dan menyokongnya. Ini jelas
berdasarkan kepada Jadual 1 yang ditunjukkan, semua respondan memberikan jawapan YA
apabila ditanya adakah guru menyokong konsep PBS dalam Item 1 soalan temubual. Namun
begitu, apa yang mendorong guru menentang pelaksanaannya adalah kerana kelemahan dari
segi pelaksanaan, latihan, beban kerja guru dan sebagainya. Tugas guru adalah untuk
mengajar dan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid mengikut sukatan pelajaran
Page | 10

yang telah ditetapkan oleh KPM tetapi apabila wujudnya PBS ini, guru-guru terpaksa
melakukn tugas-tugas perkeranian melebihi daripada tugas sebagai seorang pendidik itu
sendiri.
Oleh itu, jika Kementerian Pendidikan Malaysia serta kerajaan mahu juga
meneruskan penggunaan sistem ini, teruskanlah dengan membaiki dan meningkatkan
sistemnya supaya para guru tidak lagi tertekan dengan sistem yang tidak mesra
pengguna.Tugas mengajar ini seronok dan mulia. Maka, jangan bebankan para guru dengan
perkara yang tidak sepatutnya
Rumusan Temubual
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dilaksanakan secara berperingkat
bermula pada awal tahun 2011 adalah transformasi dilakukan Kementerian Pelajaran bagi
memastikan sistem pendidikan negara dapat melahirkan modal insan yang berkesan. Sistem
PBS juga adalah salah satu usaha membangunkan modal insan secara holistik dengan
menekankan penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif
dan pengamalan nilai, etika dan moral yang tinggi. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
merupakan penambahbaikan bagi sistem peperiksaan yang sedia ada iaitu UPSR dan PMR.
Sistem pentaksiran yang baru ini telah dirangka dan disusun secara sistematik oleh lembaga
peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia yang mana terdapat bukupanduan pengurusan
dan pengendalian pentaksiran berasaskan sekolah yang boleh dijadikan panduan untuk
mengoperasikan PBS di sekolah rendah dan menengah.
Konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu pentaksiran yang
bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan
psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR). Komponen-komponen PBS terbahagi kepada dua bidang
iaitu mentaksir bidang akademik dan bukan akademik yang mana bidang akademik terdiri
daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala bidang bukan
akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani,
Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Kedua-dua bidang ini memberi pengiktirafan dan
autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan
sekolah.
Setiap komponen tersebut memainkan peranan yang penting untuk mentaksir muridmurid mengikut bidang yang ditetapkan. Di dalam bidang akademik murid-murid,
Pentaksiran pusat (PS) dan Pentaksiran Sekolah (PS) yang memainkan peranan. Pentaksiran
Page | 11

pusat (PS) adalah pentaksiran yang ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat
sekolah oleh guru berdasarkan tugasan yang dikeluarkan oleh Lembaga peperiksaan dalam
tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran. Pentaksiran Sekolah (PS) pula adalah
pentaksiran yang menjurus kepada bidang akademik yang mana berfungsi sebagai
pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang
pembelajaran (assessment of learning). Terdapat dua jenis pentaksiran sekolah iaitu
pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif.
Pentaksiran

formatif

membabitkan

proses

sepanjang

pembelajaran

murid

menggunakan pelbagai kaedah dalam melapor maklumat selain membuat penilaian sama ada
bertulis atau verbal mengenai cara meningkatkan pembelajaran murid. Guru tidak dibenar
membandingkan murid serta meletakkan skala yang menunjukkan kedudukan mereka seperti
digunakan sebelum ini. Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah lembaran kerja,
pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan, tugasan rumah dan ujian. Manakala
Pentaksiran sumatif dilakukan pada hujung pembelajaran dengan membuat pertimbangan dan
penilaian prestasi murid dalam meneruskan pembelajaran. Maklumat itu dalam bentuk
kualitatif atau kuantitatif mengikut standard ditetapkan sekolah. Contoh instrumen yang
boleh digunakan ialah ujian bulanan dan ujian penggal. Pembaharuan lain ialah segala
perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja mereka termasuk ujian dan
peperiksaan disimpan dalam portfolio. Dokumen portfolio itu merekodkan kegiatan dan
pencapaian murid sepanjang sesi persekolahannya untuk rujukan guru dan ibu bapa.
Pentaksiran Sekolah adalah komponen utama dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kerana ia berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan
pengajaran guru serta mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah
dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu proses pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran
ini dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula daripada aspek
perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau
penskoran, perekodan dan pelaporannya. Justeru, pentaksiran ini amat penting untuk
menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang
harmoni dan seimbang. Selain daripada itu, ianya merupakan aktiviti yang berterusan yang
menagih komitmen yang tinggi serta hala tuju yang jelas daripada guru dan pihak sekolah
untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum.
Pentaksiran sekolah bercirikan satu pentaksiran yang holistik iaitu mampu memberi
maklumat keseluruhan tentang pencapaian pengetahuan dan kemahiran serta pengamalan
nilai murni murid-murid. Disamping aktiviti pentaksiran berterusan iaitu berjalan seiring
Page | 12

dengan proses pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran sekolah juga bersifat fleksibel iaitu
kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan murid dengan merujuk
standard prestasi yang dibina berdasarkan standard kurikulum. Jelas menunjukkan
pentaksiran yang dirangka sangat menyeluruh dan memberi banyak kelebihan kepada
pendidikan di negara kita walaupun terdapat kekeliruan daripada segelintir para pendidik dan
ibu bapa untuk melaksanakan sistem ini di sekolah.
Dalam usaha menjadikan pentaksiran berasaskan sekolah ini dapat dilaksanakan
dengan berkesan, Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan iaitu menggunakan Standard
Prestasi sebagai sumber rujukan oleh semua pihak yang terlibat dalam pendidikan secara
langsung dan tidak langsung. Standard Prestasi digunakan untuk melihat kemajuan dan
pertumbuhan pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Disamping itu, Ia
merupakan proses untuk mendapatkan maklumat tentang sejauh mana tahap pengetahuan,
pemahaman dan tindakan yang boleh murid-murid lakukan atau telah menguasai apa yang
dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap
pencapaian. Pernyataan Standard diletakkan dalam kategori mengikut Band iaitu Band 1,
Band 2, Band 3, Band 4, Band 5 dan Band 6 yang disusun mengikut hierarki dan dijelaskan
dengan deskriptor yang menyatakan tingkah laku terperinci yang boleh diperhati dan diukur
dalam menentukan prestasi individu murid-murid.
Salah satu kelebihannya ialah, Pentaksiran ini tidak membandingkan pencapaian
seseorang murid dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan
menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan murid tersebut dalam pembelajaran
berdasarkan pernyataan standard. Justeru, murid-murid akan dinilai secara adil dan saksama
sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan
potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Malahan, pihak sekolah juga mampu
mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang
merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang
bertanggung jawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak
didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang
kepada pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing.
Selain itu, Standard Prestasi juga boleh dijadikan kayu ukur standard pendidikan negara dan
sebagai alat untuk membandingkan dengan standard pendidikan negara lain.
Konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) juga menyediakan pentaksiran bagi
menilai murid-murid tidak hanya di dalam bidang akademik malah terdapat pentaksiran yang
dirangka untuk melihat penglibatan murid-murid di dalam bidang sukan dan kemahiranPage | 13

kemahiran yang lain. Komponen pentaksiran tersebut terdiri daripada Pentaksiran


Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) adalah sebagai panduan
untuk menilai aktiviti fizikal dan kesihatan, mengukur penyertaan, penglibatan, prestasi
murid dalam pelbagai aktiviti sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum (extra-curricular).
PAJSK memerlukan murid melibatkan diri dalam aktiviti bukan akademik sama ada di dalam
atau di luar bilik darjah mengikut keupayaan murid dan dibangunkan untuk melengkapi
sistem pentaksiran pendidikan di Malaysia supaya lebih holistik dan bersepadu. Ia juga
sejajar dengan konsep Satu Murid Satu Sukan (1M1S), pembangunan modal insan dan
perkembangan potensi murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) seperti yang
dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Manakala bagi Pentaksiran Psikometrik, dilaksanakan untuk menilai dan mengukur
kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability)
daripada pengalaman dan persekitaran. Ianya suatu kaedah yang digunakan secara sistematik
untuk mengumpul maklumat yang menggambarkan ciri (trait) psikologi yang diukur
merangkumi dua komponen utama iaitu aptitud dan personaliti murid. Ujian Aptitud pula
terbahagi kepada dua komponen iaitu Ujian Aptitud Am dan Ujian Aptitud Khusus. Yang
mana, Ujian Aptitud Am mengukur kebolehan yang menggambarkan kemahiran asas murid
secara hierarki juga mengenal pasti kecenderungan murid berdasarkan kriteria tertentu seperti
mengenal pasti kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah dan kecenderungan
murid. Manakala Ujian Aptitud khusus adalah untuk mendapatkan maklumat khusus tentang
struktur kecerdasan serta minat atau kecenderungan murid dalam bidang tertentu. Ujian
Aptitud Khusus ini telah menerapkan Teori Kecerdasan Pelbagai yang diperkenalkan oleh
Howard Gardner. Yang mana beliau percaya bahawa manusia itu diklasifikasikan pintar
cerdas bukan dari cerdas akademik semata tetapi mempunyai sembilan kecerdasan yang lain
iaitu verbal, kreativiti, muzik, naturalis, visual, kinestetik, interpersonal, intrapersonal dan
logik matematik.
Inventori Personaliti pula ialah satu instrumen yang digunakan untuk mengumpul
maklumat tentang sahsiah unik setiap murid. ianya bertujuan membantu mengenal pasti
personaliti murid supaya guru dapat menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai serta membantu murid dan ibu bapa mengenal pasti personaliti anaknya dan menyedari
potensi diri mereka. Disamping itu, pihak sekolah dapat menyediakan profil murid yang
lengkap untuk rujukan dan kegunaan dalam pendidikan dan perkembangan individu muridmurid.
Page | 14

Setiap individu yang terlibat dalam pembangunan atau pelaksanaan sistem


pentaksiran pendidikan adalah bertanggungjawab menjamin kualiti dan mutu pentaksiran
yang dikendalikan. Kualiti hendaklah menjadi tumpuan utama dalam semua aspek dan
peringkat pentaksiran. Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat
dan menunjukkan keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid. Maklumat yang tepat
boleh membantu pembuat dan penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan
pengajaran dan pembelajaran. Maka dengan itu, kementerian pelajaran juga telah bersiap
sedia menyediakan indikator atau petunjuk utama bagi penjaminan kualiti dalam Pentaksiran
Berasakan Sekolah ini iaitu kesahan, kebolehpercayaan, kebolehtadbiran dan keadilan.
Penjaminan kualiti bagi pelaksanaan PBS pula dapat dicapai melalui proses pementoran,
penyelarasan, pemantauan dan pengesanan.
Selain daripada itu, pihak kementerian pelajaran juga telah menyediakan beberapa
langkah untuk mengkaji kelemahan dan kebaikan perlaksanaan sistem PBS ini. Antaranya
ialah menyediakan sebuah portal rasmi maklumat berkaitan PBS yang terkandung di
dalamnya sebuah kajian soal selidik mengenai tahap kesediaan guru melaksanakan PBS.
Kajian soal selidik tersebut wajib diisi oleh guru-guru tahun satu, dua, tiga dan tingkatan satu.
Ianya bertujuan untuk mendapatkan maklumat kesediaan guru dan dapatan soal selidik
tersebut dapat membantu Kementerian Pelajaran Malaysia merangka pelan tindakan
penambahbaikan pelaksanaan PBS.
Tuntasnya, jelas terbukti bahawa Pentaksiran Berasaskan Sekolah ini telah dirangka
dengan sempurna dan tersusun bagi meningkat dan menjamin mutu pendidikan negara pada
masa akan datang. Apa yang penting, setiap perancangan rapi yang telah disusun haruslah
berakhir dengan perlaksanaan yang sempurna. Maka PBS ini jika dilaksanakan dengan baik
dan terancang, serta mendapat kerjasama yang jitu daripada semua pihak yang terlibat, ianya
bakal mewujudkan persekitaran yang harmonis di sekolah untuk perkembangan individu dan
pada masa yang sama memberi banyak manfaat serta mampu mengurangkan masalah gejala
sosial yang berlaku pada masa sekarang ini selain memberi transformasi yang positif terhadap
pendidikan di Malaysia.

Page | 15

BAHAGIAN C :
Rasional Pemilihan
Pemilihan instrument #1 dan instrument #2 adalah berdasarkan kepada DSKP yang
telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia seperti mana yang terkandung dalam
Kurikulum Standard Sekolah Rendah atau KSSR.
Berdasarkan kepada instrument tersebut, pemilihan pernyataan standard adalah bagi
memenuhi Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) bagi tahun-tahun tertentu murid iaitu
Tahun 3 bagi instrument yang diberikan. Manakala pemilihan descriptor dan evidens adalah
untuk membuat pentaksiran di dalam kelas terhadap penyataan standard yang telah dipelajari
oleh setiap murid mengikut RPT dan RPH yang telah dirancang oleh guru yang mengajar
mata pelajaran tersebut.
Membaca merupakan salah satu sumber pengetahuan dan asas pembentukan diri ke
arah memperoleh ilmu pengetahuan. Tujuan membaca bagi memahami teks yang dibaca dan
kandungan teks memberi makna kepada pembaca (Yahya 2005). Keupayaan membaca
merupakan suatu kemahiran yang amat bernilai dan merupakan proses yang dinamik, iaitu
memerlukan komunikasi yang aktif dan bermakna antara pembaca dengan penulis. Membaca
juga dikatakan sebagai keupayaan seseorang mengecam bentuk visual dan menghubungkan
antara bentuk dengan bunyi dan melalui pengalaman serta berupaya mentafsirkan
maksudnya. Pemahaman bacaan bergantung pada gabungan dari segi pengetahuan bahasa,
gaya kognitif, dan pengalaman membaca.
Sementara itu, kemahiran menulis merupakan suatu budaya intelek yang saling
melengkapi antara kemahiran membaca dengan menulis. Keupayaan menulis merupakan
proses penyaluran maklumat yang bersifat mekanikal dan disalurkan secara bersistem iaitu
mengambil kira matlamat, penggunaan bahasa, audiens, dan gaya penulisan. Sehubungan itu,
keupayaan membaca dan menulis merupakan suatu kemahiran yang menjadi punca atau asas
dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu di
sekolah. Pencapaian dan kebolehan yang tinggi dalam kemahiran membaca dan menulis pasti
dapat meningkatkan penguasaan pembelajaran murid dalam Bahasa Melayu dan mata
pelajaran tertentu.

Page | 16

Definisi dan Ciri-ciri Deskriptor dan Evidens


Deskriptor merupakan pernyataan tentang apa yang murid tahu dan boleh lakukan di
dalam proses pembelajaran seperti mana yang telah ditetapkan oleh DSKP mata pelajaran.
Evidens pula merupakan bahan bukti yang perlu diuruskan secara sistematik mengikut
keputusan Jawatankuasa PBS. Evidens terbahagi kepada dua iaitu evidens murid dan evidens
bahan. Evidens murid merujuk kepada keupayaan sebenar murid tentang apa yang dia tahu
dan boleh buat secara lisan atau perlakuan manakala evidens bahan merujuk kepada apa-apa
bukti produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain yang dihasilkan
oleh murid dlam melaksanakan sesuatu tugasan. Evidens bahan boleh disediakan secara
individu atau berkumpulan.
Ciri-ciri evidens adalah seperti berikut :
i.

Sah iaitu evidens yang dikemukakan hendaklah relevan dan menggambarkan

ii.

penguasaan/pencapaian standard yang telah ditetapkan.


Autentik iaitu murid dapat membuktikan evidens yang dikutip adalah hasil

iii.

kerja sendiri.
Kecukupan iaitu evidens yang dikumpul mencukupi untuk menunjukkan

iv.

kemampuan murid.
Semasa iaitu evidens dapat membuktikan murid dapat membuat tugasan

v.

mengikut piawaian semasa.


Tekal iaitu evidens yang dikumpul dapat membuktikan ketekalan perlakuan
dengan membuktikan keputusan yang sama diberi oleh pentaksir yang
berlainan.

Penggubalan Instrumen
Penggubalan sesuatu instrumen perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan.
Beberapa pertimbangan perlu dibuat, seperti ujian yang hendak ditadbirkan sebaiknya
mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin merangkumi komponen pengetahuan,
kemahiran dan sikap yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat untuk memastikan para
pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang relevan dengan sukatan pelajaran/objektif
pengajaran.
Pengubalan instrumen perlu mengikuti pelbagai proses, termasuk penyediaan JPU,
pembinaan item instrumen, membuat instrumen rintis dan memurnikan item instrumen. Akhir
sekali, sebelum instrumen tersebut ditadbirkan, item-item instrumen hendaklah dinilai guru
mata pelajaran tersebut Keseluruhan proses ini boleh membantu untuk memastikan kualiti

Page | 17

item instrumen dari segi kebolehpercayaan, kesahan, dan seterusnya, pengukuran yang adil
(Hale, 1980).
Menurut Kubiszyn dan Borich (2003), JPU (Test Specification Table) adalah carta
duahala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta ini
menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan
konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur. Dengan demikian, JPU boleh menjadi
panduan kepada guru tentang sukatan pelajaran yang perlu diajar dan objektif pengajaran
yang perlu dicapai pelajar. Dari segi pembinaan item instrumen pula, JPU akan menjadi
panduan kepada guru supaya item-item yang dibina merangkumi semua kandungan
pengajaran daripada awal hingga akhir. Dengan demikian, JPU seharusnya dibina seawal
mungkin, misalnya sebelum kita memulakan pengajaran.
Bagi menentukan jenis soalan yang sesuai, guru perlu terlebih dahulu menentukan
domain objektif pengajaran (kognitif, psikomotor, afektif atau sosial) dan peringkat objektif
pengajaran yang ingin diukur. Misalnya, jika kita ingin mengukur domain kognitif bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu bagi tajuk Struktur ayat pada peringkat Aplikasi, maka jenis
soalan yang sesuai ialah soalan jenis Objektif yang berbentuk melengkapkan ayat atau
soalan jenis Subjektif yang berbentuk menggubal ayat-ayat.
Seterusnya jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran,
domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Jumlah
soalan adalah penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu
pentaksiran. Secara ringkasnya, kebolehpercayaan pentaksiran bermaksud keupayaan sesuatu
pentaksiran itu memberi markah yang sama, sekiranya murid menjawab semula ujian
tersebut. Kesahan pentaksiran pula bermaksud keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang
pentaksiran itu ingin mengukur.
Sumber-sumber yang digunakan pula adalah merujuk kepada DSKP mata pelajaran
serta tahun mata pelajaran itu di ajar. Guru haruslah lebih peka tentang kehendak serta
matlamat setiap jenis soalan pentaksiran yang hendak digubal supaya matlamat sebenar PBS
itu akan tercapai.

Page | 18

RUJUKAN
1.

Abdul Rahim Abdul Rashid,( 1996 ), Panduan Latihan Mengajar, Kuala Lumpur,
Dewan Bahasa dan Pustaka.

2.

Asas Pendidikan 1 Dinamika Sekolah dan Bilik Darjah. Kamarudin Hj. Husin &
Kamarul Azhar. Longman Malaysia Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. 1994.

3.

Ee Ah Meng, ( 1989 )Pendidikan di Malaysia Untuk Guru Pelatih, Edisi Kedua,


Petaling Jaya, Siri Pendidikan Fajar Bakti.

4.

Kamarudin Hj. Husin, ( 1994 ) KBSM dan Strategi Pengajaran Bahasa (Edisi Baru),
Siri Pendidikan Perguruan, Kuala Lumpur, Kumpulan Budiman Snd. Bhd.

5.

KBSM dan Model-model Pengajaran Bahasa. Kamarudin Hj Husin. Vinlin Press Sdn
Bhd. Kuala Lumpur . 1989.

6.

Mat Nor Hussin, Ab. Rahman Ab. Rashid,( 1988 ) Alat Bantu Mengajar Dalam
Pengajaran Bahasa, Siri Pendidikan Longman, Selangor, Longman Malaysia Snd.
Bhd.

7.

Musa Mohd Hisham, (1997). Penggunaan Bahan Bantu Belajar Dalam Bahasa
Melayu, dlm. Jurnal Dewan Bahasa. 3 Mac 2010

8.

Murid dan Alam Belajar untuk PPPRP4T. Chong Lean Keow. Kumpulan Budiman
Sdn.Bhd. Selangor. 2008.

9.

Ngui Kuen Sang (1981: 35 ), Pedagogi I, Siri Pendidikan Longman, Selangor,


Longman

10.

Alimudin Haji Mohd Dom (1988). Tanggapan Pelajar terhadap Perkhidmatan


Bimbingan dan Kaunseling Di enam buah Sekolah Menengah di Perak. Thesis
Universiti Pertanian Malaysia ( Tidak diterbitkan)

Page | 19