Anda di halaman 1dari 16

Muka surat |

1
HBHE 1203 : PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN SEM MEI 2009 OUM

Isi kandungan

Pendahuluan 2

Pembelajaran konstektual 4

Proses REACT 5

Kemahiran berfikir 7

Kemahiran berfikir secara kritis 10

Kemahiran berfikir secara kreatif 11

Penutup 12

Rujukan 13

Lampiran 14

Pendahuluan :

Abuharis ilham IPGM(IPPP)


Muka surat |
2
HBHE 1203 : PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN SEM MEI 2009 OUM

Pembelajaran kontekstual merupakan suatu kaedah pembelajaran yang mengabungkan isi


kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan menyediakan
pembelajaran secara konkrit iaitu melibatkan aktiviti ‘Hand-On’ dan ‘Mind’. Pendekatan
pembelajaran kontekstual dapat mencungkil potensi kecerdasan murid dengan lebih berkesan
seperti visual ruang, logik-Matematik, Intrapersonal, Verbal Linguistik dan Naturalis. Menurut
John Dewey (1916) yang menyimpulkan bahawa murid-murid akan belajar dengan baik jika apa
yang dipelajari berkaitan dengan apa yang berlaku dipersekitaran.

Pembelajaran ini menekankan pada daya fikir yang tinggi, pemindahan ilmu
pengetahuan, pengumpulan dan penganalisis data, pemecahkan masalah-masalah tertentu samada
secara individu atau berkumpulan. Kontekstual berasal dari ayat asalnya dalam Bahasa Inggeris
yang bermaksud mengikut konteks atau dalam konteks. Konteks pula membawa maksud
keadaan, situasi dan kejadian. Secara umum, kontekstual membawa pengertian yang berkenaan,
releven, ada hubungan, atau berkaitan langsung, mengikut konteks. Selain itu kontekstual juga
yang membawa maksud, makna dan kepentingan. Pendekatan kontekstual menyedari hakikat
bahawa pembelajaran ialah satu proses pelbagai bentuk yang kompleks yang menjangkau
melepasi kaedah-kaedah jenis latih tubi dan rangsangan dan tindak balas.

Pengajaran dan pembelajaran kontekstual adalah merupakan satu konsep pengajaran dan
pembelajaran yang membantu guru mengaitkan bahan subjek yang dipelajari dengan situasi
sebenar. Keadaan tersebut secara tidak langsung berupaya memotivasikan pelajar untuk
membuat perkaitan antara pengetahuan dan mengaplikasinya di dalam kehidupan seharian
mereka sebagai ahli keluarga, warga masyarakat dan pekerja.

Kemahiran berfikir :

Abuharis ilham IPGM(IPPP)


Muka surat |
3
HBHE 1203 : PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN SEM MEI 2009 OUM

Penerapan kemahiran berfikir dalam Pendidikan Kesihatan amat penting selaras dengan
tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kemahiran berfikir adalah unsure utama diberikan
penekanan dan dinyatakan secara tersurat. Kaedah ini bertujuan memberi pemahaman dan
panduan tentang kemahiran berfikir dan pengoperasiannya agar guru dapat menerapkan dalam
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan. Menurut Beyer (1984), berfikir ialah
kebolehan manusia untuk membentuk konsep, memberi sebab atau membuat penentuan. Oleh
itu, berfikir merupakan suatu proses yang menggunakan minda untuk mencari makna dan
pemahaman terhadap sesuatu perkara.

Berfikir juga digunakan untuk membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan
masalah. Proses berfikir melibatkan interaksi antara pengetahuan, kemahiran kognitif serta sikap
dan nilai dalam minda individu. Kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada pemikiran kritis
dan pemikiran kreatif. Kemahiran berfikir secara kritis ialah kebolehan untuk menilai
kemunasabahan idea. Kemahiran berfikir secara kreatif ialah kebolehan untuk mencerna ilmu
pengetahuan yang sedia ada atau dipelajari.

Pembelajaran secara Konstektual

Abuharis ilham IPGM(IPPP)


Muka surat |
4
HBHE 1203 : PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN SEM MEI 2009 OUM

Pengajaran dan pembelajaran konstektual adalah merupakan satu konsep pengajaran dan
pembelajaran yang membantu guru mengaitkan bahan subjek yang dipelajari dengan situasi
sebenar. Secara tidak langsung keadaan tersebut berupaya memotivasikan pelajar untuk
membuat perkaitan antara pengetahuan dan mengaplikasikannya di dalam kehidupan seharian
mereka sebagai ahli keluarga, warga masyarakat dan pekerja.

Menurut Dr. Zolazlan Hamidin ( 2001 ) konstektual jika diambil daripada ayat asalnya
dalam Bahasa Inggeris ( asal bahasa latin con = with + textum = wowen ) bermaksud mengikut
konteks atau dalam konteks.

Konteks pula membawa maksud keadaan, situasi dan kejadian.

1. Yang berkenaan, relevan, ada hubungan atau kaitan langsung, mengikut konteks.
2. Yang membawa maksud, makna dan kepentingan ( meaningful ).

Oleh itu, kaedah konstektual iaitu kaedah yang dibentuk berasaskan maksud konstektual itu
sendiri, seharusnya mampu membawa pelajar ke matlamat pembelajaran ini dan konsep yang
berkenaan atau relevan bagi mereka dan juga memberi makna dalam kehidupan seharian mereka.

Selain itu pembelajaran konstektual dapat mengalakkan pendidik memilih dan membina
persekitaran pembelajaran yang menggabungkan seberapa banyak bentuk pengalaman yang
boleh termasuk aspek social, fizikal, psikologikal, ke arah mencapai hasil pembelajaran yang
diinginkan.

Dalam persekitaran sedemikian, pelajar menemui perhubungan yang bermakna antara


idea abstrak dan aplikasi pratikal dalam konteks alam yang nyata. Konsep dihayati melalui
proses penemuan, pengukuhan dan menghubungkaitkannya dengan beberapa aspek. Di antara
aspek-aspeknya ialah :-

 Individu mengekalkan maklumat dengan lebih berkesan melalui pengalaman sendiri


 Individu memiliki kecerdasan pelbagai
 Pendekatan konstektual mengambil kira pelbagai gaya pembelajaran.

Proses “REACT” dalam pembelajaran konstektual

Abuharis ilham IPGM(IPPP)


Muka surat |
5
HBHE 1203 : PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN SEM MEI 2009 OUM

Dalam proses pembelajaran secara konstektual, murid akan melalui satu atau lebih daripada
kaedah-kaedah pembelajaran berikut :

 Relating ( menghubungkait )
 Experiencing ( mengalami )
 Applying ( mengaplikasi )
 Cooperating ( bekerjasama )
 Transfering ( memindahkan )

Rajah 1.1 : Proses pembelajaran secara konstektual

Relating (menghubungkait)

Murid melakukan aktiviti mengutip sampah di sekitar sekolah untuk menanam sikap cintakan
kebersihan. Menerusi pengalaman ini murid dapat mengaitkan aktiviti yang dilakukan oleh ibu
bapa mereka semasa membersihkan kawasan tempat tinggal mereka setiap hari.

Experiancing (mengalami)

Abuharis ilham IPGM(IPPP)


Muka surat |
6
HBHE 1203 : PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN SEM MEI 2009 OUM

Murid dibawa ke makmal untuk menyaksikan demontrasi serta membuat latihan amali
menyambungkan wayar kepada plug 3 pin. Pengalaman ini boleh digunakan di rumah apabila
berlakunya situasi di mana wayar plug 3 pin sterika tertanggal.

Applying (mengaplikasi)

Murid mempelajari teori dan konsep tuas. Mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan ini
apabila bertemu situasi di mana sebuah kereta yang tayarnya pancit tidak mempunyai jek.
Dengan mengamalkan pengetahuan yang ada, murid boleh menggunakan konsep tuas untuk
menggantikan jek kereta bagi membolehkan penukaran tayar.

Cooperating (bekerjasama)

Murid ditugaskan secara berkumpulan untuk menyelesaikan masalah pencemaran alam menerusi
satu aktiviti yang memerlukan mereka berbincang dan bekerjasama dengan ahli kumpulan
masing-masing. Hasil yang diperolehi adalah lebih baik disebabkan mereka menyelesaikan
masalah secara bekerjasama.

Transferring (memindahkan)

Murid mempelajari cara untuk mendapatkan sudut tegak dengan menggunakan Teorem
Pythagoras. Murid boleh memindahkan pengetahuan bahawa segitiga bersisi 3m, 4m dan 5m
akan menghasilkan sudut tegak dalam aktiviti mengecat garisan gelanggang permainan.

Kemahiran Berfikir

Abuharis ilham IPGM(IPPP)


Muka surat |
7
HBHE 1203 : PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN SEM MEI 2009 OUM

Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran.


Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat,
konsep atau idea secara teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk
tindakan yang terarah dan sewajarnya.

KONSEP BERFIKIR

 Edward De Bono (1976) mengatakan bahawa kemahiran berfikir ini membolehkan


manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi
tertentu.
 Dewey (1910) menegaskan bahawa pemikiran yang dihasilkan adalah kerana terdapat
situasi keraguan atau masalah tertimbul. Pemikiran merupakan aktiviti psikologikal
dalam sesuatu proses yang dialami untuk digunakan menyelesaikan masalah dalam
situasi yang dihadapi.
 Menurut pandangan Islam, berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan tenaga supaya
otak manusia dapat bekerja dan beroperasi. Tenaga ini diperolehi melalui tafakur.

Berdasarkan pandangan dan definisi yang dihuraikan Konsep Pemikiran bolehlah dirumuskan
sebagai : “Pemikiran ialah satu proses yang menggunakan minda untuk mencari makna dan
penyelesaian terhadap sesuatu keraguan atau masalah yang tertimbul dengan menggunakan
pelbagai cara iaitu membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang logikal dan
munasabah terhadap proses yang dialami.

PROSES BERFIKIR

Abuharis ilham IPGM(IPPP)


Muka surat |
8
HBHE 1203 : PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN SEM MEI 2009 OUM

Berfikir melibatkan pengendalian operasi mental tertentu dalam mida seseorang. Operasi
terbahagi kepada 2 jenis iaitu :

i. Operasi Kognitif :
Adalah kemahiran berfikir yang sering kita gunakan setiap hari, seperti mengelas,
membanding, membuat urutan dan lain-lain.

ii. Operasi Meta Kognitif :


- Merupakan operasi yang mengarah dan mengawal kemahiran dalam proses
kognitif iaitu memandu dan membimbing segala aktiviti pemikiran manusia di
antara komponen-komponen berfikir.

PRINSIP KEMAHIRAN BERFIKIR

 Sentiasa bersikap kostektif iaitu mempunyai sikap positif bagi semua jenis kemahiran
berfikir dan elakkan dari bersikap negatif.
 Berfikir secara perlahan-lahan dan sentiasa berfikir secara mudah.
 Melupakan rasa ego, kita perlu mengikis perasaan ego kita jika inginkan setiap
kemahiran berfikir yang digunakan itu dapat manfaatnya.
 Sentiasa menukar arah otak kita berfikir iaitu, bila kita perlukan berfikir secara logik,
kreatif dan lateral. Kita juga perlu menggunakan pelbagai kemahiran berfikir untuk
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
 Tentukan tujuan kita berfikir dan sering bertanyakan diri sendiri tujuan dan apakah hasil
yang diharapkan.
 Perlu mengambil kira emosi dan perasaan orang lain serta diri sendiri sewaktu berfikir.
 Kita perlu memikirkan alternatif lain sebelum kita membuat keputusan yang lebih baik.
Setiap idea perlulah dilihat secara global supaya perincian kita tidak lari atau melencong
dari skop atau landasan yang sebenar. Setiap pemikiran haruslah diakhiri dengan tindakan
yang seharusnya mendatangkan kesan yang baik pada orang lain.

Abuharis ilham IPGM(IPPP)


Muka surat |
9
HBHE 1203 : PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN SEM MEI 2009 OUM

Kepentingan kemahiran berfikir dalam P&P

Dari aspek pendidikan kemahiran berfikir akan menpengaruhi cara pembelajarannya sama ada
kepantasan serta keberkesanan pembelajarannya. Kajian-kajian tentang berfikir menunjukkan
bahawa pelajar yang dilatih untuk berfikir mempunyai perkembangan positif terhadap
pembelajarannya.

Kemahiran berfikir berupaya meningkatkan penguasaan pengetahuan dan seterusnya


meningkatkan motivasi dalam diri pelajar. Peningkatan motivasi untuk belajar dengan cara tidak
langsung membantu kemahiran berfikir.Salah satu cara meningkatkan kemahiran berfikir dalam
kalangan pelajar sekolah ialah dengan mengadakan projek Pendidikan Kesihatan yang
berunsurkan kreativiti.

Penekanan terhadap daya pemikiran kritis dan kreatif dalam kurikulum merupakan
tindakan dan pekembangan yang baik. Justeru itu, semua pihak harus mengembelingkan tenaga
untuk menjana pemikiran yang kritis dan kreatif ini terhadap individu pelajar sejak kecil lagi.

MODEL KEMAHIRAN BERFIKIR

Model kemahiran berfikir terdapat dua prinsip iaitu ( rujuk rajah di bawah ):

(a) Disusun berdasarkan keperluan prasyarat.


(b) Disusun berdasarkan urutan dari mudah ke kompleks.

Abuharis ilham IPGM(IPPP)


Muka surat |
10
HBHE 1203 : PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN SEM MEI 2009 OUM

KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS

Kemahiran berfikir secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk
menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan kelemahan sesuatu
hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti.

ISTILAH kritikal berasal dari perkataan Greek kritikos yang bermaksud judge atau menghakimi
atau mengadili. Dalam tradisi orang-orang Greek dan Yunani, ia melahirkan pemikir-pemikir
yang amat kritikal terhadap sesuatu subjek dan akhirnya menjadi ahli falsafah yang terkenal.

Barat menjadikan asas berfikir Aristotle, Plato dan Socrates sebagai landasan mengembangkan
ilmu dan kehidupan. Dalam tradisi orang-orang Islam pemikiran kritikal memang menjadi
landasan dalam membuat sesuatu keputusan, tafsir dan takwil . Menafsir al- Quran dan hadis
dilakukan secara kritikal supaya hasil pemikiran selari dengan kebenaran. Kebenaran dalam
Islam merujuk kepada sumber naqliah atau sumber wahyu. Wahyu adalah autoriti atau wibawa
yang tertinggi dalam memandu manusia berfikir supaya kebenaran yang diterima tidak saja zahir
tetapi memberi makna yang hakiki.

Berfikir secara kritikal membimbing pemikir ke arah kebenaran. Puncak kepada berfikir
menemukan manusia mengenai kebenaran. Proses berfikir kritikal membolehkan seseorang
membezakan yang benar dengan yang salah, yang buruk dengan yang baik, yang bermanfaat dan
bermusibat, yang memberi faedah atau mendatangkan padah dan sebagainya. Sudah tentu asas
yang memberikan kemampuan seseorang berfikir kritikal ialah ilmu, maklumat, pengalaman,
pertukaran pandangan dan dalam tradisi Islam diakhiri dengan hikmah. Hikmahlah merupakan
jalan terbaik membimbing manusia menemui kebenaran.

Kemahiran berfikir kritis boleh dikuasai dan ditingkatkan melalui :

􀁸 Proses mencirikan
􀁸 Proses perbandingan
􀁸 Proses pengumpulan dan klasifikasi
􀁸 Proses penyusunan mengikut kriteria
􀁸 Proses menganalisis
􀁸 Proses mengesan kecondongan
􀁸 Proses penilaian dan membuat keputusan

Abuharis ilham IPGM(IPPP)


Muka surat |
11
HBHE 1203 : PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN SEM MEI 2009 OUM

KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF

Kemahiran berfikir secara kreatif ialah kecekapan menggunakan minda untuk :


 Menjana dan menghasilkan idea
 Mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai dan bernilai sama ada bersifat
maujud, abstrak, idea atau gagasan.
 Menerokai dan mencari makna, pemahaman dan penyelesaian masalah secara inovatif.

Kemahiran berfikir secara kreatif harus mempunyai :

(a) Keupayaan untuk menjana idea


(b) Keupayaan hubungkait
(c) Keupayaan membuat inferens
(d) Keupayaan meramal
(e) Keupayaan hipotesis
(f) Keupayaan mensintesis dan mengitlak
(g) Keupayaan gambaran mental
(h) Keupayaan penciptaan untuk penghasilan idea.

Kemahiran berfikir secara kreatif dapat membantu pelajar mengembangkan lagi potensi mereka
dalam aspek yang memerlukan penggunaan idea. Kemahiran ini juga dapat memotivasikan
pelajar untuk berusaha dengan lebih gigih untuk berjaya. Kemahiran ini juga dapat
meningkatkan aspek kognitif dan efektif dan seterusnya perkembangan intelek pelajar.

Abuharis ilham IPGM(IPPP)


Muka surat |
12
HBHE 1203 : PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN SEM MEI 2009 OUM

PENUTUP

Secara amnya, pengajaran konstektual dan kemahiran berfikir mampu menyajikan satu
alternative bagi guru dalam usahanya untuk menghasilkan pembelajaran yang
memberangsangkan di kalangan pelajarnya. Keadaan ini boleh menjadi lebih mudah kerana
setiap yang dipelajari oleh pelajar melalui kaedah konstektual dan kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif akan menjadi lebih bermakna dalam kehiduapan mereka sekiranya dapat
dimanfaatkan sebagai panduan mereka untuk menceburi bidang kerjaya yang paling berkesan
dan sesuai berdasarkan minat dan kecederungan mereka.

Abuharis ilham IPGM(IPPP)


Muka surat |
13
HBHE 1203 : PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN SEM MEI 2009 OUM

RUJUKAN

1. Prof. Dr. Mansor Fadzil,dan Prof. Madya Dr. Widad Othman (2007).HBHE 1203
Pedagogi Pendidikan Kesihatan. Open University Malaysia.

2. Universiti Putra Malaysia. Kemahiran Berfikir.

Di talian : www.educ.upm.edu.my/~gm/berfikir.htm

3. Prof. Dr. Sidek Baba (2006). (atas talian)

Di talian : http://jurnalakademik.blogspot.com/2006/06/pemikiran kritis.html

Abuharis ilham IPGM(IPPP)


Muka surat |
14
HBHE 1203 : PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN SEM MEI 2009 OUM

Abuharis ilham IPGM(IPPP)


Muka surat |
15
HBHE 1203 : PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN SEM MEI 2009 OUM

Contoh lembaran kerja kemahiran berfikir secara kreatif

Abuharis ilham IPGM(IPPP)


Muka surat |
16
HBHE 1203 : PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN SEM MEI 2009 OUM

Contoh lembaran kerja kemahiran berfikir secara kritis

Contoh Mencirikan
Tuliskan ciri-ciri yang terdapat pada objek di bawah:

􀁸 Alat berfikir iaitu Rajah Pancaran digunakan untuk proses pencirian dilakukan kepada
haiwan di atas.
􀁸 Bulatan dilukis
􀁸 Tajuk untuk konsep atau item dilukis di tengah-tengah bulatan.
􀁸 Garisan yang memancar keluar dari bulatan dilukis di sekeliling bulatan.
􀁸 Pada setiap hujung garisan yang memancar itu dituliskan ciri yang wujud kepada
konsep atau objek.
􀁸 Kemudian proses ini diulangi untuk ciri yang lain.

Abuharis ilham IPGM(IPPP)