Anda di halaman 1dari 19

1.

PENGENALAN MUZIK KLASIKAL

Zaman Klasikal ataupun lebih dikenali dengan Zaman Viennese bermula dari tahun 1750 hingga
1820. Pada era klasikal, idea-idea baru telah mula bercambah dan budaya barat mula berubah.
Rakyat biasa mula mempersoalkan kemampuan golongan istana dan memperjuangkan hak
individu. Di Amerika Utara, Koloni British melalui kesatuan Boston Tea Party mengadakan
protes berkenaan cukai. Revolusi di Amerika Utara dan Perancis serta peperangan Napoleon
menyebabkan keadaan politik dan ekonomi tidak stabil. Seni muzik dapat dinikmati kepada
rakyat jelata. Kegiatan muzik berpusat di Vienna. Komposer-komposer berpeluang bekerja
secara persendirian serta berkarya di bawah naungan golongan bangsawan. Karya-karya mereka
dipengaruhi oleh muzik rakyat dan muzik popular pada masa itu. Persembahan muzik bukan
sahaja terhad di istana malahan di tempat-tempat awam kawasan persendirian. Perubahan ini
dipengaruhi oleh seni reka, seni bina dan seni lukis orang Greek dan Rom. Revolusi di Amerika
dan Perancis serta peperangan Napoleon telah mengakibatkan kuasa politik dan ekonomi diambil
alih oleh golongan rakyat jelata. Berikutan dengan itu, seni muzik juga mnjadi lebih terbuka
kepada

rakyat

jelata.

Pada

masa

itu

kegiatan

muzik

berpusat

di

Vienna.

Komposer-komposer berpeluang bekerja secara persendirian atau di bawah naungan golongan


bangsawan. Karya-karya mereka dipengaruhi oleh muzik rakyat dan muzik popular.
Persembahan muzik bukan sahaja terhad di istana malahan di tempat-tempat awam dan di
rumah-rumah persendirian.

2.

KRONOLOGI MUZIK ZAMAN KLASIK

3.

CIRI-CIRI MUZIK ZAMAN KLASIKAL

Muzik era klasikal adalah lebih merdu dan senang dinyanyikan

Melodinya juga berunsur simetri dan seimbang.

Muzik era klasikal kaya dengan pelbagai corak irama.

Penggunaan sinkopasi, fermatta luar jangkaan, perubahan nilai not menambahkan


kepelbagaian corak irama dalam muzik era klasikal.

Muzik era klasikal mempunyai tekstur homofoni. Terdapat perubahan daripada satu
tekstur ke tekstur yang lain sama ada secara beransur-ansur atau mendadak.

Mud muzik era klasikal sentiasa berubah-ubah dan mempunyai kepelbagaian. Perubahan
mud juga boleh berlaku secara beransur-ansur atau mendadak.

Muzik era klasikal tidak lagi menggunakan basso continuo seperti yang terdapat pada era
baroque.

Muzik era klasikal lazimnya berbentuk sonata, rondo, tema dan variasi serta minuet dan
trio.

Jenis muzik era klasikal terdiri daripada muzik instrumental dan muzik kamar.
Contohnya, simfoni, concerto dan sonata. Muzik kamar era klasikal terdiri daripada string
quartet, piano trio, piano sonata dan clarinet quintet.

Bentuk sonata merupakan bentuk yang penting digunakan untuk membina babak yang
pertama dalam karya yang besar.

Orkestra era klasikal terdiri daripada empat seksyen iaitu seksyen alat bertali, sekyen alat
tiup kayu, seksyen alat brass dan seksyen alat perkusi. Bilangan pemuzik lebih ramai
berbanding orkestra era Baroque. Dalam orkestra era klasikal, alat bertali merupakan
seksyen yang paling dominan kerana alat bertali lebih banyak memainkan melodi. Alat
tiup kayu menghasilkan warna ton yang kontras. Alat ini kerap memainkan bahagian
solo. Alat tiup kayu membantu melengkapkan harmoni. Timpani merupakan alat perkusi
yang popular dalam orkestra era klasikal.

Melodi pada zaman klasik lebih pendek, frasa lebih clear-cut dan kelihatan lebih jelas.

4.

GENRE ATAU JENIS MUZIK ZAMAN KLASIKAL

Terdapat 2 jenis genre muzik vokal yang lazimnya digunakan dalam Muzik Zaman Klasik. Genre
tersebut adalah seperti berikut;
i.
ii.

i.

.
.

Oratorio
Opera ( Seria dan Buffa )

Oratorio
Oratorio merupakan suatu karya seni yang mengandungi muzik okestra, nyanyian koir,
solo, duet yang dinyanyikan secara aria dan recitatif. Dalam genre ini, tiada lakonan,

props mahupun kostum malahan latar balakang. Muzik dan lagu yang disampaikan adalah
berunsur keagamaan. Namun begitu, oritorio pada zaman ini kurang popular dan kurang
mendapat sambutan. Namun begitu, terdapat 2 oratorio yang agak popular iaitu The Creation
dan The Sessone oleh Haydn.
ii.

Opera
Di dalam opera, ianya adalah karya produksi muzikal yang melibatkan beberapa elemen

muzikal, nyanyian koir, solo dan duet. Dalam opera juga, ianya adalah dilakonkan dan
menggunakan kostum dan juga props serta latar belakang bagi mewujudkan kesan dan persepsi
penonton. Dalam persembahan opera, penciptaan opera diutamakan dan dititikberatkan dan
kemudian baharulah muzik instrumental dimasukkan.
Terdapat 2 jenis opera yang terkenal pada zaman klasik iaitu Opera Seria dan juga Opera Buffa.
Opera Seria mempunyai plot-plot yang kompleks dan dimainkan lagu-lagu yang merdu sahaja

sambil dinyanyikan oleh castrati. Opera Buffa pula merupa opera yang wujud dalam plot hasil
opera Seria. Opera Buffa ini kebanyakkanya melakonkan watak-watak ataupun kisah-kisah
komedi dan kisah yang disampaikan berkisar kepada rakyat dalam kelas sederhana dan rendah.

2.

Genre Muzik Instrumental


Terdapat 3 genre muzik instrumental iaitu;
i.

Simfoni

ii.

Koncerto

iii.

Muzik kamar sonata dan kuartet bertali

i.

Simfoni

Merupakan genre yang paling penting dalam zaman Klasik kerana ia wujud di dalam zaman
ini. Pada awalnya simfoni dicipta untuk hiburan di istana sahaja. Simfoni ini pendek dan
hanya dalam 4 babak sahaja. Babak 1 mengandungi sonata, iaitu eksposisi, perkembangan,
rekapitulasi ( Bentuk Temari ABA) sementara babak 2,3, dan 4 mengandungi muzik yang
pendek. Setiap babak mempunyai kesatuan tersendiri dan disatukan oleh motif dan lain-lain
ciri yang ketara ialah Simfoni No 40 dalam G Minor - first movement (Mozart) dan Simfoni
No 5 dalam C Minor - first movement (Ludwig Van Beethoven).
ii.

Orkestra

Merupakan sekumpulan pemuzik yang memainkan alat bertali, perkusi, bras dan alat tiupan.
Orkestra yang standard memainkan genre simfoni diperkembangkan di negara Itali dan
Jerman oleh Sammastini dan Johann Stamitz dari 20 pemuzik hingga ke 60 orang pemuzik
( akhir zaman klasik ). Alat-alat yang terlibat adalah keluarga bertali, flut, klarinet, basun 2
trumpet dan hon Perancis. Alat-alat tersebut berfungsi mengiringi kumpulan orkhestra

membuat persembahan, menghasilkan iringan harmoni bagi yang berrenj rendah dan memberi
warna ton kepada muzik yang dimainkan oleh pemuzik yang lain.
iii.

Muzik Kamar

Ianya merupakan muzik yang dimainkan untuk pemuzik. Genre yang selalunya dimainkan
adalah serenades, divertimenti, sonata dan kuartet bertali. Kebiasannya ianya dimainkan untuk
hiburan golongan diraja dan pihak istana dibilik-bilik kecil dan juga di bilik tidur.
a. Sonata Muzik untuk piano dan alat-alat lain
Pada zaman ini, muzik instrumental menjadi genre yang penting. Alat
Harpiscchord mula digantikan dengan alat piano yang dicipta pada zaman
ini. Dengan ini, terdapat banyak karya untuk instrumental seperti sonata
dicipta khas untuk alat muzik seperti piano, flut dan violin.
b. Kuartet Bertali
Ia adalah ensembel dan juga genre yang terdiri daripada dua pemain
violin, satu seco dan satu viola. Komposer pada masa itu mendapati
bahawa keseimbangan warna ton dan cara yang ekspresif yang dihasilkan
oleh keluarga bertali sesuai untuk dimainkan sebagai kamar.

5.

LATAR BELAKANG JOHANN SEBASTIAN BACH (1685 1750 )

Johann Sebastian Bach (21 Mac 168528 Julai 1750) adalah seorang penggubah dan pemain
organ Jerman yang prolifik. Karya beliau bersifat keagamaan dan sekularnya untuk alat-alat
muzik koir, orkestra dan solo telah menggabungkan beberapa elemen - elemen muzik dalam era
barok dan membawa muzik era tersebut ke peringkat kematangan muktamad. Walaupun beliau
tidak memperkenalkan sebarang bentuk yang baru, beliau memperkayakan gaya Jerman yang
lazim dengan teknik gaya gerak imbang, pengawalan penyusunan harmonik dan motivik dari
skala terkecil sehingga ke terbesar, dan pemadanan irama dan jalinan dari luar negeri, khususnya
dari Itali dan Perancis. Ramai orang menganggap Bach sebagai penggubah Barok yang terutama,
serta salah seorang penggubah yang terutama dalam sejarah. Bersama-sama dengan tokoh-tokoh
seperti George Frideric Handel, beliau merupakan salah satu tokoh yang terkemuka dalam
peralihan daripada muzik era barok ke muzik era klasikal.

Dilahirkan di Eisenach, Thuringia pada 21 Mac 1685 dan meninggal di Leipzig ketika berumur
enam puluh lima tahun dalam keadaan buta pada 28 Julai 1750. Bach boleh bermain berbagai
alat muzik termasuk organ, harpsikord dan klavikord. Pada 1703 untuk pertama kalinya beliau
dilantik sebagai pemain organ di Neuekirche. Beliau mempelajari muzik vokal dan organ
Buxtehude stail Jerman utara.
Beliau mengambil alih jawatan Johann Georg Ahle sebagai pemain organ di Gereja St. Balsius
pada 1708. Beliau diminta memberi cadangan tentang teknik bermain organ. Namun beliau
meletak jawatan beliau kerana dibangkang oleh Pietists kerana penggunaan karya muzik gereja
beliau terlalu beradun dan kompleks. Gott ist mein Konig, kantata No.71 merupakan karya
muzik organ dan harpiskord yang pertama yang telah dicetak. Pada 1714 beliau dilantik sebagai
pemain organ istana di Weimar dan ketua konsert orkestra kamar yang ditubuhkan oleh Duke
Ernst August. Dengan dipengaruhi oleh stail Itali beliau mencipta karya untuk organ seperti
prelude, fugues dan toccata, disamping mencipta muzik kantata.
Pada 1717 beliau menjadi Capellmeister di istana Prince Leopold. Bach banyak mencipta muzik
jenis keagamaan dan antara muzik instrumental yang dicipta ialah muzik kibod dan muzik kamar
untuk pengajaran dan konserto. Pada 1720 beliau menggantikan Johann Kuhnau sebagai kantor
di sekolah koir St Thomas disamping menjadi pengarah muzik di beberapa gereja di Leipzig.
Di Leipzig, merupakan tahun-tahun yang terakhir bagi Bach dan beliau telah mencipta muzik
koral termasuk kantata, Mass, Passion, Magnificat in D major (S. 243) , Christmas Oratorio.
Beliau juga mencipta muzik harpsikord dan organ the Musical Offering (S. 1079) dan the Art of
Fugue (S. 1080). Bach mempunyai stail penciptaan yang tersendiri. Ini adalah hasil dari
mengkaji karya-karya komponis lain dan menggunakan kaedah meniru atau menggubah skor,
mengasimilasikan ciri-ciri yang terbaik dari setiap komponis. Beliau telah mencipta boleh dikata
semua genre muzik kecuali opera.
Beliau mencipta 200 karya organ, muzik untuk Harpsikord dan Klavikord, muzik kamar, muzik
untuk orkestra, muzik vokal termasuk mass, kantata (gereja dan sekular), oratorio, motet dan
lain-lain muzik.

Karya-karya Bach yang dihormati kerana mempunyai sifat intelektual yang mendalam,
penguasaan teknik, dan keindahan seni, telah mengilhami kesemua ahli muzik dalam
tradisi Eropah, daripada Mozart sehingga ke Arnold Schoenberg. Antara karya-karyanya ialah:
1.

Karya Berasaskan Suara;


1.1 Cantatas
1.2 Motets
1.3 Liturgical works in Latin
1.4 Passions and oratorios
1.5 Secular cantatas
1.6 Chorales
1.7 Songs and arias

2.

Karya Berasaskan Organ;


2.1 Trio sonatas for organ
2.2 Preludes and Fugues, Toccatas and Fugues, Fantasias and Fugues, and
Passacaglia and Fugue for organ
2.3 Trios and miscellaneous pieces for organ
2.4 Concerti for organ
2.5 Chorale Preludes I: Orgelbchlein (Little Organ Book)
2.6 Chorale Preludes II: Schbler Chorales
2.7 Chorale Preludes III: "Leipzig" Chorale Preludes ("The Great Eighteen"
chorales)
2.8 Chorale Preludes IV: "German Organ Mass", part of Clavier-bung III
2.9 Chorale Preludes V: Kirnberger chorale preludes

2.10 Miscellaneous chorale preludes


2.11 Partitas and chorale variations

6.

ANALISIS KARYA JOHNN SEBASTIAN BACH

Dalam analisis salah satu karya agung yang dihasilkan oleh Johnn Sebastian Bach, saya telah
memilih salah satu karya koncerto ciptaan beliau. Tajuk karya yang saya pilih adalah Concerto
Grosso (Brandenburg Concerto ). Lagu ciptaan tersebut dimainkan dalam tangganada D
Major.
i.

Latar Belakang Karya


Lagu tersebut dihasilkan oleh Johnn Sebastian Bach pada tahun 1721. Concerto
Grosso bermaksud jenis karya muzik instrumental yang mengandungi alat-alat
bertali yang dibahagikan kepada dua kumpulan : tutti atau ripieno ialah orkestra
penuh melawan concertino dengan sekumpulan 2-3 pemain muzik. Dengan itu,
ianya akan memberi kesan kontras yang lebih jelas. Concerto Grosso telah dicipta
oleh J.S.Bach dan ditujukan kepada Christian Ludwig, dengan harapan untuk
mendapat peluang pekerjaan di bawah institusi muzikal beliau. Motif Concerto ini
adalah berulang dan terdapat banyak ulangan dalam karya ini tetapi ditambah dan
diselang seli dengan motif yang baru. Walaupun diulang-ulang lagunya tetapi
masih ada kelainan dalam sesetengah bahagian. Terdapat imitasi dan sekuen yang
digunakan oleh Mozart dalam bar ke 5 dan seterusnya dalam simfoni ini.

ii.

Tekstur / Jalinan Karya


Persembahan serentak, dua atau lebih lapisan melodi yang agak sama membentuk
tekstur polifoni ( bunyi yang banyak). Dalam polifoni, beberapa lapisan melodi
berganding dan berlingkar untuk mendapat perhatian. Ini akan menambah dimensi
yang boleh dikaitkan dengan perpektif dalam lukisan; Setiap lapisan melodi
memperkaya lapisan melodi lain. Teknik menggabungkan beberapa lapisan
melodi

dalam

sesuatu

karya

secara

menyeluruh

dipanggil counter-

point (contrapuntal). Lazimnya muzik polifoni mengandungi imitasi. Dalam lagu


Concerto Grosso tersebut, karya dihasilkan dalam polifoni. Apabila tutti bermain,

tekstur menjadi agak tebal dan tekstur menjadi nipis apabila alat solo ripieno
mengambil alih untuk bermain.
iii.

Genre
Genre muzik yang terdapat di dalam karya Concerto Grosso adalah dalam genre
muzik instrumental. Ini adalah kerana terdapat sekumpulan pemuzik yang
memainkan alat muzik bertali, perkusi, bras dan alat tiupan kayu. Fungsi alatan
muzik tersebut adalah berfungsi sebagai nadi ataupun tulang belakang kepada
persembahan sesebuah kumpulan orkestra. Alat-alat muzik yang bernj rendah
akan menghasilkan iringan harmoni dan violin merupakan watak utama di dalam
memainkan melodi lagu tersebut.. Concerto Grosso merupakan karya yang
mempunyai nilai yang tinggi yang dicipta oleh Johnn Sebastian Bach dan
mempunyai suasana yang riang, lambat, dan unik. Melodinya merdu dan menarik.
Terdapat empat pergerakan tempo dalam lagu ini iaitu:
i)
ii)
iii)
iv)

iv.

Pergerakan sangat cepat (Allegro )


Pergerakan lambat (Andante, )
Pergerakan gemalai minuet (Menuetto ) dan
Pergerakan cepat (Allegro )

Dinamik
Pergerakan minuet bermula dengan agak keras dalam tekanan lagu ini iaitu dalam
prasa (rangkai lagu) 3 bar. Oleh sebab itu saya melebelkan lagu ini minuet.
Ianya amat sesuai untuk tarian gemalai klasik. Tema yang pertama bermula
dengan nada muram tetapi itu hanyalah pada permulaannya sahaja. Pergerakan
berikutnya cepat dengan iringan alat-alat muzik yang dimainkannya lebih rendah
seperti viola. Teknik permulaannya bermula dengan iringan alat-alat muzik oleh
Johnn Sebastian Bach dalam concerto grosso ( gubahan muzikal untuk satu atau
lebih alat solo dan orchestra) akhirnya. Pergerakan lagu ini juga terdapat irama
yang romantic /gemalai (minuet).

Mempunyai corak irama yang sangat menarik seolah-olah ia dibentuk untuk


menjadi melodi. Concerto ini menjadi lebih menarik melodinya kerana
pergerakan tempo yang cepat dan lambat di selang selikan dengan teratur.
Kedengaran Concerto ini lancar dan licin walaupun dimainkan dengan cepat. Apa
yang menarik tempo yang lambat dan minuet ini dapat dimainkan dengan baik
dan simfoni ini menjadi bertambah harmoni.
v.

Alat-Alat Muzik Yang Digunakan

Di dalam karya Concerto Grosso (Brandenburg Concerto ) ini, terdapat banyak


alat muzik yang digunakan. Ianya termasuklah alat-alat tiupan, bertali dan
gesekkan. Gubahan yang dibuat adalah untuk alat muzik atau pun orkestra yang
memainkan karya ini mengandungi alat-alat muzik seperti 2 Oboi (oboe), 1
Clarinetti in B (clarinet), 1 Flauto (flute), 1 Fagotti, 1 Carno in Balto, 1 Carno in
G, 2 Violino, 1 Violin dan 1 Violoncello Basso.
Alat-alat muzik ini adalah amat penting kerana alat muzik tersebut merupakan
tulang belakang kepada persembahan concerto grosso ini. Alat muzik yang berenj
rendah digunakan untuk menghasilkan iringan harmoni. Violin 1 merupakan alat
utama untuk memainkan melodi. Alat tiupan kayu pula digunakan untuk memberi
warna ton manakala alat bras pula berfungsi adalah terhad dan hanya digunakan
untuk memainkan bahagian-bahagian yang memerlukan fanfare sahaja. Alat
perkusi timpani pula digunakan untuk memberi penekanan kepada suasana
klimaks lagu tersebut dengan bunyi yang tonik.
v.i

Alat Muzik Yang Digunakan;


a)

Oboe

Oboe adalah alat muzik

double

reed

jenis

woodwind.

keturunan

dari

shawm.

Adalah

Ia

adalah

dipercayai

bahawaoboe

berasal

dari

bahasa Perancis hautbois,

bererti "high wood". Alat

muzik ini kadang-kadang

masih

dalam

yang

bahasa

Inggris

disebut

hautboy

memainkan

oboe

disebut obois.

b)

Klarinet

Alat muzik klarinet ini merupakan jenis muzik bardasarkan cara memainkanya
dengan cara ditiup buluh tunggal yang dapat bergetar. Alat muzik ini
biasanya diperbuat daripada kayu atau logam yang diberi lubang-lubang dan
gamitan, menghasilkan suara kecil

melengking (nomina). Klarinet adalah

instrumen muzik dari keluarga woodwind.

Namanya diambil dari penambahan

akhiran "-et" yang berarti "kecil" pada kata Itali

"clarino"

yang

berarti

"trompet". Sama seperti saksofon, klarinet dimainkan dengan menggunakan


satu reed. Klarinet merupakan keluarga instrumen terbesar, dengan ukuran

dan pitch yang berbeda-beda. Kata klarinet umumnya merujuk pada soprano
klarinet B, yang merupakan klarinet terumum. pemain klarinet disebut klarinetis.
c)

Flute

d).

Violin

e)

Viola

f)

Cello

Kesimpulan
Concerto Grosso (Brandenburg Concerto ) No 5 dalam nada D Major merupakan ciptaan Johnn
Sebastian Bach yang lengkap pada tahun 1721 yang sedap dan merdu didengar juga menarik
serta unik. Ianya adalah Concerto yang popular dan merupakan salah satu karya Johnn Sebastian
Bach yang terkenal dalam zaman Klasikal Eropah. Tempo lagu Concerto ini adalah dalam
allegro dan kadangkala diselang seli andante dan juga minuet. Concerto ini bertanda masa 6/8.
Gubahan ini mengandungi hampir kesemua not dalam muzik iaitu not, minim, krocet, kuaver dan
semikuaver. Gubahan yang dibuat ini adalah untuk alat muzik atau pun orkestra yang memainkan
karya ini mengandungi 2 Obei, 1 Clarinet, 1 Flute, 1 Fagotti, 1 Carno in Balto, 1 Carno in G, 2
Violino, 1 Violin dan 1 Violoncello Basso. Terdapat empat pergerakan tempo dalam simfoni ini
iaitu pergerakan sangat

cepat ( Molto Allegro 2/2), pergerakan lambat (Andante, 6/8),

pergerakan gemalai minuet (Menuetto Trio, 3/4) dan pergerakan cepat (Allegro assai, 2/2). Ada
juga pergerakan bentuk sonata. Concerto ini berbentuk ABC. Kesimpulannya Concerto ini
menarik dan unik sekali.

RUJUKAN
1. Pravina Manoharan, Kamarudin Ahmad, Mohd Azam Sulong, Janet Tan Goon Hong,
(2010) . HBMS3404 Teknologi dan Alat Muzik. Kuala Lumpur: Open Universiti
Malaysia.

2. Prof Madya Zaharul Lailiddin Hj Saidon, Mohd Nizam Hj Nasrifan, (2010) HBMS3103
Pengajaran Muzik IV. Kuala Lumpur : Open Universiti Malaysia.

3. Pravina Manoharan (2009) HBMS2103 Pengajaran Muzik 2. Kuala Lumpur : Open


Universiti Malaysia.

4. Mohd Azam Sulong, Ghazali Abdul Ghani, Mahayuddin Abdul Rahim, Mohd Niam Haji
Hasrifan . (2009) HBM2203 Pengajaran Muzik III. Kuala Lumpur : Open Universiti
Malaysia.

5. HBMS1203 Pengajaran Muzik 1. Kuala Lumpur : Open Universiti Malaysia.

6. HBMS1103 Pengenalan Pendidikan Muzik . Kuala Lumpur : Open Universiti


Malaysia.C. H. Lee ( 2004 ). Pendidikan Muzik KBSR Tahun 1. Seberang Prai , Penang :
Rhytham.