UPAYA BAHASA
Dalam peristiwa lain, tarian yang dilakukan oleh seekor lebah dalam
bentuk angka lapan dapat memberitahu teman-teman lebah yang lain
bahawa ada sumber, kuantiti, tempat dan jarak manisan. Kepantasan
lebah berkenaan menari, selain kekerapan kibasan sayapnya
memaparkan jumlah serta jarak tempat manisan. Pembentukan angka
lapan adalah tentang arah manisan yang hendak diperoleh (Von Frisch,
1981).
Daripada tiga contoh berkenaan, jelas bahawa ayam, lebah dan kera
boleh berkomunikasi antara satu sama lain dengan menggunakan
“bahasa” masing-masing. Begitulah juga halnya bagi manusia.
Seseorang mudah berkomunikasi dengan seseorang yang lain
menerusi bahasa. Walau bagaimanapun, ada satu persoalan yang
timbul. Apakah bahasa haiwan sama dengan bahasa manusia?
PERTUKARAN KOD
Pengertian
Penggunaan kod yang melibatkan dua atau lebih ragam linguistik
dalam Perbualan atau interaksi yang sama (Carol & Ury, 1977).
Penggunaan dua bahasa secara berselang-seli (Valdes & Fallis, 1978).
Dalam peristiwa lain, tarian yang dilakukan oleh seekor lebah dalam
bentuk angka lapan dapat memberitahu teman-teman lebah yang lain
bahawa ada sumber, kuantiti, tempat dan jarak manisan. Kepantasan
lebah berkenaan menari, selain kekerapan kibasan sayapnya
memaparkan jumlah serta jarak tempat manisan. Pembentukan angka
lapan adalah tentang arah manisan yang hendak diperoleh (Von Frisch,
1981).
Daripada tiga contoh berkenaan, jelas bahawa ayam, lebah dan kera
boleh berkomunikasi antara satu sama lain dengan menggunakan
“bahasa” masing-masing. Begitulah juga halnya bagi manusia.
Seseorang mudah berkomunikasi dengan seseorang yang lain
menerusi bahasa. Walau bagaimanapun, ada satu persoalan yang
timbul. Apakah bahasa haiwan sama dengan bahasa manusia?
PROSES BAHASA
Fasa Motivasi
Fasa Tanggapan
Fasa Penyimpanan
Fasa Penahanan
Fasa Generalisasi
Fasa Prestasi
Fasa prestasi juga dikenali sebagai fasa perlakuan. Fasa ini boleh
dilihat dan diukur daripada perubahan tingkah laku seseorang murid
dalam pembelajaran. Fasa prestasi berlaku apabila seseorang murid
bertindak balas dengan perubahan tingkah lakunya sebaik sahaja
isyarat rangsangan diberikan. Misalnya, murid bertindak balas dengan
menjawab soalan guru secara lisan.
PEMEROLEHAN BAHASA
Fonologi
Morfologi
Sintaksis
Semantik
Pragmatik
Rujukan
Dan Isaac Slobin (1992). (terj. Ton Ibrahim 1992). Ilmu psikolinguistik.
Kuala Lumpur: DBP.
PETIKAN
(Adenan Ayob, Majalah Wadah DBP Sabah, Jilid 21, Bil. 3, September
2006)
Pengajaran berasaskan laman web merupakan salah satu daripada
agenda utama dalam sistem pendidikan sekarang, malah dianggap
sangat berguna dan sesuai untuk mendokong aspirasi sekolah bestari,
selain memenuhi aspek persiapannya oleh pihak kerajaan;
menyediakan ruang penempatan perkakasan teknologi maklumat,
menerapkan kaedah penggunaan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran, termasuk mewujudkan persekitaran yang cenderung
kepada aplikasi ilmu. Pihak kerajaan turut menggesa para guru supaya
meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat, di
samping mempelbagaikan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik
pengajaran dengan mengkaji kesesuaiannya dari segi penyerapan
ilmu. Pengetahuan haruslah memperincikan tahap pelajar.
(Adenan Ayob, Majalah Wadah DBP Sabah, Jilid 21, Bil. 4, September
2006)