Anda di halaman 1dari 4

PSIKOLINGUISTIK

(BML2163)
SEMESTER 2 SESI 2009 / 2010

MINGGU PERTAMA

PERBINCANGAN MELIPUTI SUBTOPIK:

SEJARAH PERKEMBANGAN PSIKOLINGUISTIK

PENGERTIAN PSIKOLINGUISTIK

SUBBIDANG PSIKOLINGUISTIK

KONSEP DAN PRINSIP PSIKOLINGUISTIK

- Pada abad yang silam terdapat dua aliran falsafah yang terus bertentangan
dan sangat mempengaruhi perkembangan psikologi dan linguistik.

- Pertama adalah aliran empirisme yang berhubung erat dengan psikologi


asosiasi. Aliran empirisme melakukan kajian terhadap data empiris atau
objek yang dapat dicerap dengan cara menganalisis unsur-unsur
pembentukannya sehinggalah yang sekecil-kecilnya.

- Aliran kedua ialah rasionalisme. Aliran ini mengkaji akal sebagai satu
keseluruhan dan menyatakan bahawa faktor-faktor yang ada dalam akal
patut diteliti untuk memahami perilaku manusia.

- Von Humboldt (1767-1835) berbangsa Jerman, telah mengkaji hubungan


antara bahasa dengan pemikiran manusia.

- Ferdinand de Saussurre (1858-1913) pakar linguistik berbangsa Swiss


memperkenalkan tiga istilah bahasa, iaitu langage (bahasa yang pada
umumnya bersifat abstrak) langue (bahasa tertentu yang bersifat abstrak)
dan parole (bahasa sebagai pertuturan yang bersifat konkrit).

- Edward Sapir (1884-1939) yang berasal dari Amerika adalah pakar dalam
bidang antropologi dan linguistik. Menurut Sapir, psikologi menerbitkan dasar
ilmiah yang padu dalam pengkajian bahasa. Beliau merumuskan bahawa
struktur bahasa menentukan struktur pemikiran manusia.

- Leonard Bloomfield (1887-1949) pakar linguistik yang berasal dari Amerika


berpendapat bahawa peringkat berbahasa bermula daripada pengalaman
yang luar biasa, terutamanya penjelmaan daripada tekanan emosi yang
sangat kuat. Beliau menerapkan teori psikologi behaviorisme yang dikenali
sebagai linguistik struktural atau linguistik taksonomi.

- Otto Jespersen, pakar linguistik berbangsa Denmark telah menganalisis


bahasa menurut psikologi mentalis yang juga sedikit berbau
behaviorisme. Menurutnya bahasa tidak wujud dalam pengertian satu
benda seperti sebuah kereta atau seekor arnab, tetapi merupakan
lambang-lambang dalam otak yang menjelmakan pemikiran.

- Karl Buchler pakar psikologi Jerman dalam bukunya Sprach Theorie (1934)
mengupas bahawa bahasa manusia mempunyai tiga fungsi yang disebut
Kungabe (kemudian disebut Ausdruck) Appel (yang disebut Auslosung)
dan Dartstellung. Kungabe adalah tidakan komunikatif yang diwujudkan
dalam bentuk verbal. Appel adalah permintaan yang ditujukan kepada orang
lain. Dartstellung pula adalah gambaran pokok bagi masalah yang
dikomunikasikan.

- Wundt (1832-1920) ahli psikologi Jerman merupakan orang pertama yang


mengembangkan teori mentalis bahasa secara sistematik . Beliau
menyatakan bahawa bahasa adalah alat untuk melahirkan fikiran. Di samping
itu, Wundt turut dikenali sebagai pengembang teori performasi bahasa.

- Watson (1878-1958) ahli psikologi behaviorisme berbangsa Amerika. Beliau


menempatkan perilaku atau kegiatan berbahasa sama dengan perilaku atau
kegiatan lain, seperti makan, berjalan dan bekerja. Namun, kemudiannya
beliau telah menyamakan perilaku bahasa dengan teori Stimulus - Respons
(S-R) yang dikembangkan oleh Pavlov. Oleh itu, persamaan tersebut
mengesahkan kata-kata adalah sama dengan benda lain sebagai respon
daripada sesuatu stimulus.

PENGERTIAN PSIKOLINGUISTIK

• Psikolinguistik terbentuk daripada perkataan psikologi dan linguistik, iaitu


dua bidang ilmu yang berbeza, masing-masing boleh berdiri dengan sendiri
berdasarkan prosedur dan kaedah yang berlainan. Namun, kedua-duanya
berperanan melatakkan bahasa sebagai objek yang formal.

• Pada awalnya hubungan antara kedua-dua disiplin disebut linguistic


psychology. Ada juga yang menyebut psychology of languange.

• Secara etimologi, kata psikologi berasal daripada bahasa Yunani Kuno psyche
dan logos. Kata psyche bererti jiwa, roh atau sukma, manakala kata logos
bermaksud ilmu. Justeru, psikologi secara harfiahnya bererti ilmu jiwa atau
ilmu yang objek kajiannya adalah jiwa.

• Dalam gambaran luas, psikologi lebih membahas atau mengkaji tingkah laku
manusia dari segi yang boleh diamati. Alasannya, jiwa bersifat abstrak
sehingga tidak dapat diamati secara empirikal. Walau bagaimanapun, objek
kajian setiap ilmu harus dapat dicerap secara mendalam. Walaupun besar
kemungkinan gerak-geri seseorang belum tentu menggambarkan keadaan
jiwa sebenarnya, namun secara tradisinya psikologi lazimnya dimaksudkan
sebagai satu bidang ilmu yang cuba mempelajari tingkah laku manusia.

• Secara umumnya, linguistik bermaksud ilmu bahasa atau ilmu yang


meletakkan bahasa sebagai objek kajian. Bahasa merupakan fenomena yang
hadir dalam segala aktiviti kehidupan manusia. Oleh sebab itu, kita boleh
meneliti kewujudan berbagai-bagai cabang linguistik dengan berdasarkan
pelbagai kriteria atau pandangan. Bidang linguistik dikelaskan dalam tiga
fasa kajian, iaitu:

• Pertama, objek kajiannya dibahagikan kepada dua jenis, iaitu linguistik mikro
dan makro. Kajian linguistik mikro adalah struktur dalaman bahasa yang
mencakupi struktur fonologi, morfologi sintaksis dan leksikon. Kajian
lingustik makro pula adalah bahasa dan hubungannya dengan faktor-faktor di
luar bahasa seperti sosiologi, psikologi, antropologi dan neurologi.

• Kedua, menurut tujuan kajiannya, linguistik dapat dibezakan dalam dua


bidang utama, iaitu linguistik teoritis dan linguistik terapan. Kajian
teoritis hanya ditujukan untuk mencari atau menemukan semua teori
linguistik. Kajian terapan pula difokuskan ke arah penerapan kaedah-kaedah
linguistik dalam aktiviti yang praktis, seperti pengajaran bahasa, terjemahan
dan penyusunan kamus.

• Ketiga, kewujudannya disebut linguistik sejarah atau sejarah linguistik.


Linguistik sejarah mengkaji perkembangan dan perubahan sesuatu
bahasa atau sejumlah bahasa, sama ada untuk dibandingkan ataupun
sebaliknya. Sejarah linguistik pula mengkaji perkembangan ilmu linguistik,
sama ada tentang tokoh- tokoh, aliran-aliran teori ataupun hasil-hasil kerja
(Chaer, 1994).

• Weiss yang berasal dari Amerika merupakan salah seorang tokoh psikologi
behaviorisme yang terkemuka. Beliau telah merintis jalan ke arah kelahiran
disiplin psikolinguistik. Teori yang dikemukakan oleh Wiess:

• Bahasa merupakan satu kumpulan respons yang jumlahnya tidak


terbatas terhadap sesuatu stimulus. Bahasa merupakan stimulus
terhadap sesuatu respons atau sesuatu respons terhadap stimulus.
• Perilaku bahasa adalah alat untuk mengubah dan menampilkan
kegiatan seseorang sebagai hasil warisan dan perolehan.

Psikolinguistik bersifat antara disiplin dan dikaji oleh orang daripada berbagai-bagai
bidang, seperti psikologi, sains kognitif dan linguistik. Terdapat beberapa subbidang
dalam psikolinguistik yang mendasari komponen-komponen bahasa manusia.

i. Fonetik dan fonologi adalah kajian tentang bunyi pertuturan. Dalam


bidang psikolinguistik, penyelidikan menumpukan perhatian pada cara-
cara otak memproses dan memahami bunyi.

ii. Morfologi adalah kajian tentang struktur-struktur perkataan, khususnya


hubungan antara perkataan-perkataan yang berkait (misalnya
jalan dan berjalan) dan pembentukan perkataan dengan berdasarkan
peraturan-peraturan (contohnya pembentukan kata berimbuhan).

iii. Sintaksis adalah kajian pola-pola yang menetapkan tatacara


perkataan- perkataan digabungkan untuk membentuk ayat.

iv. Semantik adalah kajian yang berkenaan dengan makna perkataan dan
ayat. Jika sintaksis adalah berkenaan dengan struktur formal
ayat, semantik pula mengolahkan maksud ayat yang sebenar.

v. Pragmatik adalah kajian tentang peranan konteks dalam pentafsiran


makna.