Anda di halaman 1dari 4

PROGRAM

BEBAS DENGGI
SEKOLAH KEBANGSAAN KAYAN
2010
TARIKH 17 FEBRUARI 2010
HARI RABU
MASA 2.00 – 3.30 PETANG

ANJURAN : BIRO PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH


DAN AEDES SK KAYAN.
1. LATAR BELAKANG
1.1 Demam denggi adalah satu penyakit yang masih menjadi satu
masalah kesihatan awam di Malaysia. Bilangan kes-kes denggi
dilaporkan semakin meningkat dari tahun ke tahun. Negeri
Perak juga mencatat kes denggi yang semakin
membimbangkan. Hasil lawatan Kementerian Kesihatan ke SK
Kayan juga mendapati terdapat jentik-jentik di kawasan
takungan air.

2. OBJEKTIF
2.1 Objektif Am
Untuk mendedahkan kanak-kanak sekolah kepada aktiviti
pencegahan dan kawalan denggi dengan tujuan mengwujudkan
satu kumpulan yang menjadikan “Change Agent” kepada
masyarakat.
2.2 Objektif Khusus
i) Untuk memberi kefahaman, kesedaran dan kemahiran di
dalam mencegah dan mengawal kejadian demam denggi
di sekolah.
ii) Untuk melibatkan semua warga sekolah dalam aktiviti
pencegahan dan pengawalan demam denggi.

3. RASIONAL
3.1 Sekolah-sekolah mempunyai organisasi yang lengkap di mana
guru kesihatan di sekolah-sekolah berkenaan boleh diharap
sebagai co-ordinator pelaksanaan bebas denggi.
3.2 Bagi menyemai pengatahuan dan amalan baik di dalam
kawalan denggi kepada peringkat umur yang rendah supaya
pengetahuan dan amalan tersebut dapat diteruskan apabila
dewasa nanti. Di samping itu diharap murid sekolah dapat
menjadi agen perbahan kepada bebas denggi di rumah,
kampong/taman dan seterusnya kepada masyarakat umum.
3.3 Kajian daripada negara-negara lain telah menunjukkan bahawa
aktiviti kawalan denggi yang ditumpukan kepada golongan
kanak-kanak sekolah telah mencapai kejayaan.
4. MATLAMAT
4.1 Mendedahkan kepada murid-murid sekolah tentang aktiviti
pencegahan dan kawalan denggi bagi mewujudkan satu
kumpulan yang menjadi agen perubahan kepada masyarakat
setempat.
4.2 Memberikan kesedaran, kefahaman dan kemahiran bagi
menghindari dan mencegah demam denggi.
4.3 Mewujudkan masyarakat sifar denggi.

5. JAWATANKUASA PERLAKSANA

PENASIHAT Pn Rudiah binti Abas (GB)


PENGERUSI Pn Zalina bt Zakaria (PK Hem)
NAIB PENGERUSI 1 En Mohd Zahid b Zainuddin (PK 1)
NAIB PENGERUSI 2 En Saaidin bin Mahmud (PK Koku)
SETIAUSAHA En Mazni bin Othman
BENDAHARI Pn Noor Irwani binti Ismail
AJK Pn Norazlina bt Othman (PRA)
Pn Hasnah bt Saad (Tahun 1)
Pn Asnony bt Alwi (Tahun 2)
En Mohd Salihin bt Ghazali (Tahun 3)
En Mohd Zaidi b Rashid (Tahun 4)
Pn Hanafiah bt Hussin (Tahun 5)
En Haris b Hussin (Tahun 6)
Pn Salina bt Ibrahim (Bilik SAL)
Pn Juriah bt Adris (Surau)
Pn Wan Aisyah bt Wan Yusuf (B Guru)
En Mohd Hafiz b Shahimi (Mak. ICT)
Cik Rafidah bt Hashim (PSS)
En Saaidin b Mahmud (Bilik KH)
Pekerja Swasta (Tandas dan Longkang)
6. AKTIVITI
6.1 Aktiviti yang akan dijalankan ialah:
6.1.1 Gotong royong membersihkan bilik darjah.
6.1.2 Gotong royong membersihkan tandas sekolah.
6.1.3 Gotong royong membersihkan kawasan sekolah.
6.1.4 Ceramah Pencegahan Denggi.
6.1.5 Melukis Poster Denggi.
6.1.6 Pameran Denggi.
7. JADUAL PERLAKSANAAN AKTIVITI.
Rujuk Lampiran.

8. ANGGARAN PERBELANJAAN.
Rujuk Lampiran.

9. SUMBER KEWANGAN.
9.1 Sekolah
9.2 Kedai Buku
9.3 PIBG

10. KESIMPULAN
10.1 Harapan agar Program Bebas Denggi ini dapat memberikan
kesedaran kepada semua murid dan warga sekolah betapa
perlunya pencegahan awalan melalui amalan penjagaan
kebersihan persekitaran sekolah amnya dan kawasan kediaman
khususnya. Semoga dengan sokongan dan kerjasama oleh
semua pihak, penyakit denggi boleh dikawal.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(MAZNI BIN OTHMAN)


Setiausaha
Biro Pendidikan Pencegahan Dadah dan Aedes
SK Kayan Sitiawan
2010
Disahkan oleh: