Anda di halaman 1dari 12

1

PLG526 Pengurusan Tenaga Manusia Dalam Organisasi Pendidikan

1.0 KONSEP PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Pengurusan sumber manusia telah didefinisikan sebagai suatu pendekatan pengurusan


yang strategik yang melibatkan elemen terpenting dalam organisasi iaitu individu yang bekerja
dan menyumbangkan idea, kepakaran dan tenaga ke arah pencapaian objektif organisasi dan
kemampuan mereka untuk terus bersaing. Oleh itu, pengurusan sumber manusia merupakan
penggabungan antara pengetahuan , kepakaran, potensi , kemahiran dan sikap yang perlu
dibangunkan oleh organisasi.

Sehubungan dengan itu, keprihatinan yang tinggi yang disusuli dengan tindakan yang
sewajarnya perlu diambil dalam memilih, melatih, membangunkan, mewujudkan hubungan
pekerja yang baik, menilai prestasi kerja, dan menyediakan ganjaran yang setimpal dengan
sumbangan yang telah diberikan oleh pekerja. Tindakan=tindakan yang diambil terhadap
fungsi-fungsi berkenaan akan berada dalam suatu ikatan yang padu dengan membangunkan
falsafah pengurusan sumber manusia organisasi melalui pendekatan kepentingan bersama.

Melalui pembangunan pendekatan ini, pengurus sumber manusia perlu mengutamakan


kepentingan bersama dari segi matlamat pencapaian, saling mempengaruhi, saling
menghormati, saling memperoleh ganjaran yang setimpal dan saling bertanggujawab, dan
bersedia member I akauntibiliti terhadap tugas yang diberikan. Kewujudan dan penghayatan
terhadap semangat mengutamakan kepentingan bersama akan meningkatkan komitmen
terhadap tugas dan organisasi yang akan menjuruskan kepada peningkatan pencapaian
prestasi organisasi dan pembangunan kemanusiaan yang lebih terserlah.

Secara umumnya, penekanan terhadap konsep pengurusan sumber manusia ialah


menjadikan pekerja sebagai aset utama organisasi. Aset ini perlu dibangunkan melalui strategi,
sistem dan budaya organisasi bagi memastikan individu pekerja yang mampu menjalan tugas-
tugas yang telah ditetapkan demi kelangsungan dan perkembangan organisasi. Strategi jangka
pendek dan jangka panjang yang telah dikenalpasti hendaklah mampu menjurus kepada
penggunaan tenaga kerja secara optimum yang akan dicapai melaui kerjasama silang antara
pekrja dengan pengurus, pekerja dengan pekerja dan antara individu dengan organisasi untuk
membangunkan prestasi, kreativiti dan potensi pekerja ke arah mencapai matlamat organisasi.
2
PLG526 Pengurusan Tenaga Manusia Dalam Organisasi Pendidikan

2.0 PENGENALAN

Berdasarkan Abdul Aziz Yusoff (2006), ‘sumber manusia’ ialah aset terpenting
organisasi sama ada organisasi perniagaan yang mengutamakan aspek-aspek produktiviti,
kualiti, kepuasan pelanggan, keuntungan dan ‘viality’ ataupun organisasi awam yang
mementingkan kualiti perkhidmatan, keberkesanan kos serta kepuasan dan keselesaan
pelanggan. Bagi sesebuah organisasi perniagaan, sumber manusia yang dimilikinya bermula
pada peringkat pengurusan atasan. Ringkasnya, ‘sumber manusia’ bagi sesebuah organisasi
atau institusi itu merupakan individu yang terlibat secara langsung dalam menyumbang
kepakaran, kemahiran atau tenaga kerja bagi mencapai visi, misi dan objektif sesebuah institusi
itu.

3.0 DEFINISI PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Menurut Faridahwati Mohd.Shamsudin et al. (2006), ‘pengurusan sumber manusia’


merujuk kepada cara dan pendekatan yang digunakan oleh organisasi untuk mengurus dan
mengawal aktiviti yang berkaitan dengan sumber manusia dalam organisasi agar selari dan
mencapai matlamat organisasi.

Berdasarkan Byars & Rue (2006), pengurusan sumber manusia atau pengurusan
personelia merupakan suatu aktiviti yang dijalankan dalam semua organisasi besar atau kecil
sama ada organisasi berorientasikan perniagaan atau perkhidmatan.

Muhammad Nasri dan Abdul Aziz (2005) pula menggariskan bahawa pengurusan
sumber manusia dalam perspektif Islam bermaksud pelaksanaan amalan pengurusan dalam
usaha untuk memupuk, membangun dan memperkembangkan dan seterusnya meneruskan
keberkesanan penggunaan sumber dalam diri untuk mencapai peningkatan diri dan ummah.

Bagi Maimunah Aminuddin (2003), beliau mendefinisikan pengurusan sumber manusia


sebagai suatu aktiviti yang dijalankan dalam semua organisasi besar atau kecil untuk
memastikan manusia yang diambil bekerja digunakan dengan berkesan dan cekap serta
berupaya menjadi penyumbang kepada pencapaian matlamat organisasi. Menurut Bohlander
(2001) pula, pengurusan sumber manusia merangkumi penggabungan semua tenaga kerja
yang pelbagai untuk mencapai matlamat bersama.
3
PLG526 Pengurusan Tenaga Manusia Dalam Organisasi Pendidikan

Manakala Ivancevich (2001) mentakrifkan pengurusan sumber manusia sebagai fungsi


yang dilaksanakan dalam organisasi bagi membantu menudahkan penggunaan sumber
manusia secara berkesan untuk mencapai matlamat organisasi dan individu.

Courtland (1993) mendefinisikan pengurusan sumber manusia sebagai satu sistem yang
komprehensif dan bersepadu bagi mengurus tenaga kerja secara efektif dalam usaha untuk
mencapai matlamat organisasi. Manakala Sarimah Hanim pula berpandangan bahawa
pengurusan sumber manusia merupakan suatu pendekatan pengurusan strategik yang
melibatkan elemen terpenting dalam organisasi iaitu individu yang menyumbangkan idea,
kepakaran dan tenaga ke arah pencapaian objektif organisasi.

Rumusannya, pengurusan sumber manusia merujuk kepada pendekatan yang diambil


oleh sesebuah organisasi dalam merancang, mengurus dan mengawal elemen penting dalam
sesebuah organisasi iaitu individu dalam mencapai objektif organisasi tersebut.

4.0 LATAR BELAKANG PELAKSANAAN POLISI PENINGKATAN BILANGAN PELAJAR


DALAM BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI PADA PERINGKAT SEKOLAH

Pada tahun 1991, Perdana Menteri pada ketika itu telah membentangkan kertas
kerjanya yang bertajuk “Malaysia: Langkah ke Hadapan” (Ahmad Sarji, 1991) lebih dikenali
sebagai sebuah negara yang maju dalam aspek ekonomi, sosial, psikologi dan budaya, iaitu
menjadi sebuah Negara Perindustrian menjelang tahun 2020, mengikut acuan Malaysia. Dalam
merealisasikan wawasan ini, sembilan cabaran utama perlu diatasi. Dua daripada cabaran-
cabaran tersebut yang berkaitan rapat dengan perkembangan sains dan teknologi ialah

a) Mewujudkan masyarakat yang makmur dengan ekonomi yang berdaya bersaing,


dinamik, mampan dan berdaya tahan.
b) Mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif yang mempunyai daya perubahan
tinggi dan memandang ke hadapan, bukan sahaja sebagai pengguna teknologi tetapi
juga sebagai penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa hadapan.

Untuk mencapai hasrat ini, semua rakyat perlu sama-sama berganding bahu dalam
melahirkan masyarakat yang kreatif dan berketrampilan dalam bidang sains dan teknologi.
Oleh itu setiap rakyat perlu mengambil bahagian dan terlibat secara aktif . Mereka mestilah
mempunyai pengetahuan serta berkemahiran yang tinggi dalam bidang sains dan teknologi.
4
PLG526 Pengurusan Tenaga Manusia Dalam Organisasi Pendidikan

Golongan rakyat yang akan memainkan peranan utama dalam menjayakan wawasan ini
ialah para pelajar yang masih berada di bangku sekolah yang akan menjadi sumber tenaga
utama pada tahun 2020. Mereka ini perlu didedahkan dengan pengetahuan sains dan teknologi
dengan lebih meluas. Malaysia memerlukan lebih banyak ahli sains, doktor, jurutera dan tenaga
professional lain bagi mencapai hasrat wawasan 2020 ini.

Malangnya, fenomena yang terjadi sekarang ialah wujudnya kekurangan pelajar yang
mengambil bidang sains dan teknologi di institusi-institusi pengajian tinggi (IPT). Oleh itu,
peranan pendidikan sains kini menjadi semakin penting dalam membantu negara mencapai
status negara maju yang memerlukan lebih ramai tenaga mahir dalam bidang ini. Penguasaan
sains dan teknologi akan membolehkan Malaysia membina kekuatan untuk berdaya saing
dengan negara-negara maju setanding dengan negara maju yang lain seperti Amerika Syarikat,
United Kingdom dan Jepun.

Untuk mencapai negara maju, khasnya yang berorientasikan perindustrian, Malaysia bukan
sahaja perlu banyak bergantung kepada sumber modal dan pembangunan teknolgi, malah
kuantiti dan kualiti tenaga manusia yang menguasai dan boleh menyesuaikan diri dengan sains
dan teknologi terkini perlu dititikberatkan.

Sehubungan itu, kurikulum sains hendaklah seiring dan besifat futuristik dan global context.
Matapelajaran bersifat reka cipta, teknikal dan R&D diperbanyakkan, Kementerian Pelajaran
perlu sedar dan sentiasa proaktif terhadap segala aspek berkaitan pendidikan sains dan
teknologi., di samping merancang strategi-strategi untuk masa sekarang dan masa mendatang.

4.1 STRATEGI DAN PELAKSANAAN POLISI PENINGKATAN BILANGAN PELAJAR DALAM


BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI DI PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH

Negara memerlukan ramai tenaga manusia yang mempunyai kepakaran dalam bidang
Sains dan Teknologi . Untuk memenuhi keperluan tersebut sistem pendidikan telah menetapkan
dasar 60:40 (sains /teknikal: sastera). Kedudukan pada tahun 2000 menunjukkan pencapaian
dasar ini masih jauh daripada sasarannya. Cuma 27.7% sahaja pelajar berada dalam jurusan
sains dan teknikal. Dasar membenarkan pilihan jurusan oleh pelajar merupakan salah satu
faktor yang menyumbangkan kepada keadaan ini.
5
PLG526 Pengurusan Tenaga Manusia Dalam Organisasi Pendidikan

Dari segi pemilihan jurusan teknik dan vokasional, trend menunjukkan peratusan pelajar
yang memilih jurusan tersebut telah meningkat iaitu 5.12% pada tahun 1980 kepada 16.1%
pada tahun 2000. Namun pencapaian ini masih jauh daripada sasaran KPM untuk mencapai
60% pelajar dalam bidang sains.

Cabaran KPM adalah untuk menyediakan kemudahan pendidikan sains dan teknik
supaya lebih ramai pelajar sertai bidang tersebut. Memandangkan peratusan jurusan sains
masih rendah dan masih jauh dari sasaran, KPM telah menetapkan beberapa strategi bagi
merealisasikan impian ini.

4.2 PENGGUBALAN DASAR PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI DI SEKOLAH


MENENGAH

Sains dan teknologi di Malaysia telah diberi penekanan penting sejak tiga dekad yang lalu.
Sejak tahun 1965 , matapelajaran sains telah dijadikan mata pelajaran teras di peringkat
sekolah rendah dan menengah rendah. Manakala di peringkat sekolah menengah atas , aliran
sains tulen telah diperkenalkan. Dengan ini pelajar dapat menguasai sains secara lebih khusus
dan mendalam.

Sepanjang tahun 1980an sehingga sekarang, beberapa strategi lagi dilaksanakan. Ia


bertujuan bagi mengemaskinikan dan memantapkan lagi pendidikan sains agar sesuai dengan
keperluan dan kehendak semasa negara.

Falsafah Pendidikaan Sains telah digubalkan bagi memenuhi matlamat dan hala tuju
pendidikan sains menjadi lebih jelas. Negara ingin melahirkan masyarakat Malaysia yang celik
sains dan teknologi untuk membangunkan sumber manusia yang terlatih, dinamik dan produktif,
serta menyumbang kepada pencapaian taraf negara maju menjelang tahun 2020.

Selepas itu, Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSR) telah diperkenalkan.


Pelaksanaannya telah membawa banyak perubahan kepada isi, pendekatan dan matlamat
pendidikan sains dan matematik. Jawatankuasa Sains Kementerian Pendidikan ditubuhkan. Ia
bertujuan untuk mengkaji dan membuat perakuan bagi meningkatkan kualiti pendidikan sains.

Segala usaha-usaha ini telah membawa kepada inovasi dalam pendidikan sains khasnya.
Sebagai contoh, proses pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Sains telah
menekankan penglibatan secara aktif, kreatif dan produktif. Pelbagai kaedah pembelajaran
6
PLG526 Pengurusan Tenaga Manusia Dalam Organisasi Pendidikan

melalui inkuiri telah diperkenalkan seperti melakukan eksperimen, kajian kes, projek dan
simulasi.

Mata pelajaran-mata pelajaran baru yang berunsur sains dan teknikal seperti Reka-Cipta
dan Lukisan Kejuruteraan diperkenalkan. Tujuannya ialah untuk memenuhi keperluan
pembangunan dan gunatenaga masa hadapan. Selain itu, ia dapat memberi peluang kepada
pelajar supaya berusaha mencipta produk baru dengan menggunakan pengetahuan sains dan
teknologi.

Akta pendidikan juga digubal melibatkan Rang Undang-undang Pendidikan (RUP) 1995
yang telah menggantikan Akta Pendidikan 1961, pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti
(AUKU, 1971) serta penggubalan 2 akta baru telah membawa dimensi baru dalam dasar dan
perancangan pendidikan Negara . Dasar ini telah menetapkan bahawa pendidikan dari pra-
sekolah sehingga pendidikan tinggi. Langkah ini diambil supaya memenuhi keperluan tenaga
manusia dalam bidang sains dan teknologi ke arah Wawasan 2020 sebagi sebuah Negara
Perindustrian baru.

4.3 PENINGKATAN KUALITI PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS

Dalam usaha untuk mencapai polisi 60:40 pelbagai strategi telah dilaksanakan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia . Antaranya dengan menyediakan latihan dan kursus-kursus
yang dapat membantu guru-guru meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran mereka.

Guru-guru yang terbabit diminta menghadiri kursus serta latihan untuk meningkatkan
kaedah-kaedah pembelajaran melalui inkuiri . Kaedah-kaedah ini dapat mengasuh dan
membimbing pelajar supaya menjadi lebih kritis, analitis, kreatif dan sistematik sebagai langkah
memupuk dan mengembangkan kemahiran saintifik pelajar. Kemahiran-kemahiran saintifik ini
amat penting kerana kemahiran yang dipelajari akan kekal berbanding fakta yang boleh dilupai
oleh pelajar-pelajar.

Selain kaedah inkuiri, guru-guru sains juga digalakkan mengamalkan pendekatan


pengajaran dan pembelajaran Konstektual di dalam proses P&P mereka. Pendekatan ini adalah
penting dilaksanakan kerana ia boleh menjadikan proses pembelajaran murid lebih menarik dan
7
PLG526 Pengurusan Tenaga Manusia Dalam Organisasi Pendidikan

lebih memahami kerana isi kandungan dan pelajaran dikaitkan dengan kehidupan seharian
pelajar.

Usaha-usaha juga telah diambil dengan melengkapkan sekolah dengan makmal komputer.
Ia selaras dengan perkembangan era teknologi maklumat serta kepentingan computer itu
sendiri dalam membantu pelajar menguasai konsep dan proses kemahiran sains melalui
simulasi, makmal, pengkalan mikro komputer dan pengkalan data.

4.4 MENINGKATKAN KUALTI PROFESINALISME GURU-GURU SAINS

Dalam usaha kerajaan untuk mencapai polisi 60:40 , dan seterusnya negara mencapai
hasrat kearah wawasan 2020, sumber tenaga adalah sesuatu yang amat bernilai dan perlu
diberi perhatian. Tenaga guru dan kebajikan guru-guru perlu diambil kira sebagai faktor yang
penting untuk mencapai hasarat ini.

Guru-guru yang memainkan peranan yang utama dalam mencapai polisi ini, memerlukan
kepakaran dan sanggup memberi perkhidmatan profesionalisme yang amat berkualiti dalam
membentuk pelajar-pelajar kearah pemikiran sains.

Seorang guru perlu mempunyai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dan mampu
mengeluarkan idea yang inovatif. Guru perlu mempunyai kepakaran yang mencukupi untuk
menjalankan tugas beliau secara efisien, kualiti profesionalisme guru perlu dipertingkatkan.
Selain daripada kursus perguruan pra-perkhidmatan, satu program latihan guru dalam
perkhidmatan jangka panjang dan bersistem perlu dirancangkan.

Justeru itu, Program Kesedaran Sains selam 3 tahun (1998-2000) di bawah aktiviti
Pembangunan Staf Kementerian Pendidikan dilaksanakan. Ia merupakan program khas bagi
guru-guru termasuk penolong kanan,gurubesar,pengetua,pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan
Negeri dan pensyarah maktab perguruan. Mereka merupakan kumpulan yang terlibat secara
langsung dalam P & P Sains dan Matematik di sekolah,maktab perguruan atau pengurus Sains
dan Matematik di Jabatan Pendidikan Negeri.Tujuan program ini ialah untuk meningkatkan lagi
kualiti dan akses dalam pendidikan sains supaya misi dan matlamat pendidikan berkenaan
tercapai.

Sepanjang 3 tahun, 6 komponen program/kursus telah dilaksanakan. Program/kursus yang


dimaksudkan ialah Kursus Jangka Pendek SEAMEO RECSAM, Kursus Sandaran/Rekakhas
8
PLG526 Pengurusan Tenaga Manusia Dalam Organisasi Pendidikan

UPM, Kursus In Country,Khidmat Pakar,Kajian Tindakan dan Kajian Program Sains. Anggaran
peserta adalah seramai 4,365 orang guru dan melibatkan peruntukan sebanyak RM10 juta dari
Kementerian Sains,Teknologi dan Alam Sekitar.Diharapkan usaha dan strategi-strategi yang
dijalankan akan menampakkan hasil dan kemajuan dalam pendidikan Sains dan Matematik,P &
P diharapkan lebih berkesan dan menarik manakala minat dan budaya sains dan teknologi
dapat dipupuk kepada pelajar. Kementerian Pendidikan adalah pihak yang perlu peka dan
tanggungjawab kearah merealisasikan dan menjayakan aspirasi negara untuk melahirkan
masyarakat yang menguasai sains,teknologi dan infomasi.

Selain itu, institusi pengajian tinggi juga memainkan peranan penting dalam melahirkan
tenaga pengajar yang berkualiti dan berkebolehan dalam bidang sains. Universiti-universiti dan
institut-institut perguruan seperti Universiti Sains Malaysia mampu melahirkan guru-guru sains
yang berkualiti dan dapat melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan.

5.0 KEKANGAN-KEKANGAN YANG WUJUD SEMASA PELAKSANAAN POLISI


PENINGKATAN PELAJAR-PELAJAR DALAM BIDANG SAINS DI SEKOLAH

Laporan Penyata Jawatankuasa Perancang Pelajaran Tinggi 1967 mengesyorkan


supaya unjuran murid peringkat menengah atas di Malaysia ditetapkan pada nisbah 60% Sains
dan Teknikal dan 40% Sains Sosial (40%). Selama tiga dekad , pelbagai usaha telah dijalankan
untuk mencapai nisbah ini. Walau bagaimanapun sehingga kini , sasaran masih belum dicapai.

Setiap tahun terdapat lebih kurang 40% murid yang layak menyertai aliran sains dan
teknologi di menengah atas tetapi memilih tidak menyertai aliran ini. Ini termasuklah mereka
yang menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam mata pelajaran sains dan matematik
PMR.

Tahap penyertaan pelajar yang rendah dalam jurusan sains ini dikaitkan dengan kualiti
pendidikan sains seperti kekurangan makmal sains tulen dan kekurangan peralatan pengajaran
dan pembelajaran. Selain itu, kekurangan guru sains yang berkelayakan dan asas pendidikan
sains yang kurang mantap di kalangan pelajar juga merupakan faktor yang mempengaruhi
kualiti pendidikan sains dan menyebabkan pelajar kurang menyertai jurusan sains. KPM
menghadapi cabaran untuk menyediakan infrastruktur pendidikan sains dan teknologi serta
9
PLG526 Pengurusan Tenaga Manusia Dalam Organisasi Pendidikan

menyediakan guru sains yang berkelayakan dan mencukupi. Usaha ini perlu bagi meningkatkan
penyertaan serta menarik minat pelajar mempelajari sains dan teknologi.

5.1 TENAGA PENGAJAR

Tenaga pengajar terlatih masih berkurangan di sekolah terutama di kawasan luar


bandar dan pedalaman. Kekurangan ini berlaku terutamanya bagi mata pelajaran kritikal seperti
sains dan matematik. Kebanyakan sekolah luar bandar sering mendapat guru yang kurang
berpengalaman dan tiada latihan. Ini menimbulkan ketidaksepadanan (mismatch) penempatan
tenaga pengajar.

Penempatan dan pertukaran guru pula merupakan faktor berlakunya ketidakseimbangan


guru lelaki dan perempuan di sekolah menengah khasnya di sekolah menengah teknik yang
memerlukan lebih ramai guru-guru lelaki. Penempatan dan pertukaran guru tidak dapat
dilaksanakan mengikut keperluan perkhidmatan dan opsyen kerana pertimbangan
kemanusiaan.

Bagi menampung kekurangan guru ini maka, khidmat guru sandaran tidak terlatih
diperlukan . Ada di antara mereka yang terpaksa mengajar mata pelajaran kritikal seperti sains
dan matematik menengah atas yang memerlukan kemahiran yang tinggi.

5.2 PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti chalk and talk menyebabkan guru tidak
menjadi fasilitator pembelajaran tetapi cuma penyampai maklumat untuk menghabiskan tajuk-
tajuk dalam sukatan pelajaran tanpa memberi pertimbangan terhadap potensi pelajar.

Kaedah amali dan hands on masih belum dilaksanakan dengan meluas. Guru-guru
sains tidak member penekanan kepada elemen penyebatian KBKK, multiple intelligence,
cooperative learning dan konstektual learning.
10
PLG526 Pengurusan Tenaga Manusia Dalam Organisasi Pendidikan

5.3 KEBERKESANAN KURIKULUM SAINS

Pelaksanaan kurikulum yang digubal bagi matapelajaran sains juga turut memberi
kesan terhadap pembelajaran pelajar-pelajar. Adalah didapati bahawa tahap kemahiran
pembelajaran sains dan tahap penguasaan isi kandungan sains teras secara keseluruhannya
adalah tinggi bagi mata pelajaran Biologi diikuti oleh Kimia dan Fizik. Ini menyebabkan pelajar-
pelajar merasakan bahawa mata pelajaran sains teras yang diajar di sekolah sukar untuk
dikuasai oleh mereka, tambahan pula isi kandungan yang tidak berkaitan atau tidak terdapat di
sekeliling mereka.

6.0 BAGAIMANAKAH MISMATCH TENAGA MANUSIA BOLEH BERLAKU ?

Ingersoll (1996, 2000, 2001) telah membawa perhatian pendidikan terhadap fenomena
mengajar di luar bidang atau ‘mismatch’ sejak satu dekad lalu di Amerika Syarikat. Menurut
beliau, fenomena ini bermakna guru “ assigned to teach subjects for which they have little
education or training “ (hlm.21). Satu kajian US Department of Education pula mendefinisikan “
teachers as out of-field if they did not hold an undergraduate major or minor in the field in which
they taugh most courses “ (Zumwalt & Craig, 2005, hlm.174).

Kewujudan fenomena ini di Malaysia juga telah sekian lama tidak diberi perhatian serius.
Data tahun 1991 bagi mata pelajaran Sejarah sahaja menunjukkan hampir separuh (46.3%)
daripada guru yang mengajar sejarah di sekolah menengah tidak mempunyai latihan khusus
dalam mata pelajaran itu (KPM,1991). Bekas Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin Tun
Hussien sebelum ini telah membuat kenyataan sebagai reaksi kepada rungutan bahawa
berlaku masalah kekurangan guru di negara ini, sebaliknya beliau melaporkan terdapat lebihan
6000 orang guru (Penempatan Tidak Seimbang, 2006). Beliau dilaporkan memberitahu bahawa
lebihan itu berpunca daripada pengagihan penempatan guru yang tidak seimbang (‘mismatch’)
di mana kawasan bandar mempunyai terlalu ramai guru sementara kawasan luar bandar tidak
mempunyai guru yang mencukupi.

Terdapat beberapa faktor mengapa berlakunya ‘mismatch’ dalam pendidikan iaitu :

1. Kekurangan guru opsyen


Bagi guru-guru di sekolah menengah, agihan tugas mengajar kebiasaannya
adalah mengikut opsyen atau pengkhususan di universiti tetapi keadaan yang
11
PLG526 Pengurusan Tenaga Manusia Dalam Organisasi Pendidikan

sebaliknya berlaku di sekolah rendah. Guru yang mempunyai lebihan opsyen di


sesebuah sekolah tersebut akan terpaksa mengajar subjek lain yang bukan
pengkhususannya di maktab perguruan. Misalnya guru Bahasa Melayu akan diminta
untuk mengajar subjek sains atau matematik bagi menampung kekurangan guru bagi
opsyen sebenar. Di sini akan timbul masalah tidak mahir atau pun cara penyampaian
yang tidak sesuai dan tidak menarik ketika sesi pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Penerangan dan juga salah konsep terhadap isi pembelajaran juga
mungkin berlaku kerana guru tersebut tidak mendapat pendedahan yang cukup
mendalam ketika di arahkan mengajar subjek sains dan matematik.

2. Lebihan guru di sekolah bagi opsyen yang sama


Ini merupakan satu lagi faktor mengapa berlakunya ‘mismatch’ tenaga manusia
dalam pendidikan. Penempatan guru di sesebuah sekolah tidak diambil kira dari segi
pembahagian opsyen yang sama rata dan mencukupi. Terdapat lebihan opsyen yang
sama yang ditempatkan di sesebuah sekolah di mana ini menimbulkan masalah bila
pembahagian jadual waktu mengajar dilaksanakan. Guru yang terlebih dalam
opsyennya akan diminta mengajar subjek lain yang bukan diikuti di maktab secara
khusus. Masalah ini sememangnya wujud di sekolah-sekolah rendah di Malaysia.

3. Dasar kerajaan yang sering berubah-ubah


Faktor ini lebih melibatkan kepada dasar kementerian yang sering berubah-ubah
dan tidak selaras. Tidak terdapat kongruen yang sepakat antara pihak IPTA dengan
Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pengambilan,
pembahagian seterusnya penempatan guru-guru selepas tamat pengajian. Agihan
penempatan tidak seimbang antara bandar dan luar bandar merupakan salah satu
punca berlakunya ‘mismatch’ dalam pendidikan.

4. Sikap / minat / kompetensi guru

Pengambilan guru-guru Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) yang


menjadikan kerjaya guru bukan pilihan utama akan menyebabkan sikap, minat dan
kompetensi guru sewaktu mengajar menurun dan tidak bersungguh-sungguh.
Ketidakselarasan antara pola personaliti dengan kursus pengajian akan menyebabkan
keadaan tertekan, kecewa, tiada kepuasan belajar dan bermotivasi rendah.Tambahan
pula tempoh latihan yang singkat menyebabkan lepasan KPLI tidak menguasai ilmu
12
PLG526 Pengurusan Tenaga Manusia Dalam Organisasi Pendidikan

atau kemahiran mengajar dengan baik. Selain itu bidang pengkhususan semasa di
universiti bercanggah sama sekali dengan pengkhususan yang diikuti semasa kursus
pendidikan setahun di maktab perguruan. ‘Mismatch’ akan berlaku apabila mereka
ditempatkan di sekolah dan diminta mengajar subjek yang bukan dikuasai oleh mereka
sendiri.

PENUTUP

Ringkasnya, dalam konteks usaha meningkatkan kualiti guru seperti yang digariskan
dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) semua pihak yang terlibat perlulah
mengambil langkah untuk mengurangkan pengajaran di luar bidang pengkhususan
(‘mismatch’). Ini adalah kerana latar belakang pengkhususan guru boleh memberi kesan
langsung terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di bilik darjah.

Anda mungkin juga menyukai