Anda di halaman 1dari 1

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya penulis

dapat menyiapkan kajian ini sebagai melengkapkan keperluan kursus Ijazah Sarjana Muda
Sastera dengan kepujian (B.A Hons), dengan pengkhususan dalam bidang sejarah di Pusat
Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Pada dasarnya kajian
ini dibuat untuk melihat latar belakang dan beberapa aspek tentang Kota Che Long Jaafar, yang
suatu ketika dahulu merupakan kota yang melambangkan kejayaan seorang tokoh korporat
Melayu yang terulung.
Memang penulis akui bahawa dari segi sumber untuk melengkapkan kajian ini agak
mudah diperoleh, namun untuk mendapatkan sumber pertama agak sukar. Justeru tugasan ini
banyak kelemahan dan kekurangan lantaran keterbatasan sumber dan waktu lebih-lebih lagi
sebagai pelajar Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh yang terpaksa membahagikan masa antara
keluarga, kerjaya dan pelajaran.

Namun begitu, kekurangan dan kelemahan ini tidaklah

mengurangkan rasa hormat dan terima kasih penulis kepada pihak-pihak yang telah membantu
dan mendorong penulis untuk menyelesaikan kajian ini.
Sehubungan itu, pada kesempatan ini penulis ingin merakamkan ucapan penghargaan dan
terima kasih kepada Professor Madya Dr Haji Ahmad Jelani bin Halimi, selaku pensyarah
pembimbing kerana dengan sabar membimbing penulis dan banyak meluangkan waktu daripada
penyediaan kertas cadangan hinggalah kajian selesai disiapkan. Juga terima kasih kepada Dr
Nazarudin bin Zainun atas tunjuk ajar yang diberikan khusus dalam penyediaan bibliografi.