Anda di halaman 1dari 30

1.

0 PENDAHULUAN
1.1 Refleksi Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang Lalu
Bagi topik pembelajaran yang ketiga, ia adalah bentuk 3 dimensi. Seperti yang
dijelaskan oleh Forsten, C. (2011), ilmu pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan
dengan bentuk 3 dimensi adalah sangat penting untuk seseorang kanak kanak kerana
pelbagai benda yang terdapat di persekitaran adalah terdiri daripada konsep konsep
yang berkaitan dengan bentuk 3 dimensi ini. Oleh itu, guru guru tadika mestilah
memberikan usaha yang sepenuhnya untuk merancangkan dan merekakan suatu aktiviti
kelas yang mana dapat mendekatkan kanak kanak dengan pelbagai bentuk 3 dimensi
yang tertentu.
Bahagian yang pertama di dalam topik bentuk 3 dimensi ini, guru akan mengajar kanak kanak cara cara untuk mengenalpasti pelbagai jenis bentuk 3 dimensi seperti kuboid,
kubus, sfera, piramid, kon dan silinder. Selepas kanak kanak mula mengenalpasti
pelbagai bentuk 3 dimensi ini, guru akan mengajar kanak kanak. Selain daripada itu,
guru juga akan mengajar kanak kanak cara cara untuk menghubungkaitkan bentuk
bentuk tiga dimensi yang telah dipelajari oleh mereka di dalam kelas dengan benda
benda yang mempunyai bentuk yang sama di persekitaran.
Seperti mana yang telah diperhatikan, pengajaran yang sedia ada iaitu berasakan
pengajaran tradisional, guru akan mengadakan pengajaran di depan kelas dan murid
akan memberikan perhatian untuk penerangan yang diberikan oleh murid ini. Walau
bagaimanapun, pemerhatian yang dilakukan ini telah mendapati bahawa kebanyakan
murid masih gagal untuk membayangkan ataupun mengimaginasikan konsep bentuk 3
dimensi yang telah disampaikan oleh guru di dalam kelas. Sehubungan dengan, mereka
adalah sangat lemah dalam penguasaan topik ini.

Selain daripada itu, pemerhatian yang diperolehi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) yang sedia ada juga menunjukkan bahawa kebanyakan murid
menghadapi masalah keminatan untuk topik pembelajaran bentuk 3 dimensi di dalam
kelas. Ia dapat dibuktikan dan ditunjukkan dengan situasi dan keadaan di mana
kebanyakan mereka tidak dapat memberikan perhatian dan tumpuan semasa guru sedang
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas. Lama
kelamaan, ia akan menjejaskan tahap penguasaan murid dalam topik bentuk 3 dimensi
ini. Semua ini merupakan kelemahan yang mana perlulah diberikan perhatian oleh
seseorang guru semasa melakukan pengajaran di dalam kelas tersebut.
Dalam pada itu, pemerhatian yang diberikan kepada proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P) juga mendapati bahawa kebanyakan murid di dalam kelas adalah menghadapi
masalah untuk membayangkan dan mengimaginasikan konsep konsep Matematik yang
ingin disampaikan oleh seseorang guru di dalam kelas. Keadaan ini secara langsung
telah menyebabkan mereka gagal untuk memahami konsep bentuk tiga dimensi yang
mana cuba disampaikan dan diajarkan oleh guru di dalam kelas tersebut.
Sesungguhnya, penggunaan corak pengajaran konstruktivisme yang memusatkan murid
adalah sangat penting untuk memastikan murid- murid ini dapat melibatkan diri secara
langsung dalam seluruh proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang telah direkakan
di dalam kelas. Ia secara langsung akan membantu mereka lebih menguasai konsep yang
diterangkan oleh seseorang guru di dalam kelas. Sehubungan dengan itu, suatu kajian
akan dilakukan untuk mengenalpasti kesesuaian konsep pengajaran berasakan
konstruktivisme dalam mempertingkatkan tahap keberkesanan pembelajaran murid
Tahun 2 di SJK Chung Hua N0. 6 dalam topik Bentuk 3 dimensi tersebut.

1.2 SORATAN KAJIAN


(A) Pembelajaran Kontruktivisme
Pembelajaran

secara

konstruktivisme

dalam sains mendapat

perhatian

ramai

pendidiksains untuk membuat penyelidikan mengenai keberkesanannya kepada


pembelajaran khususnya dalam sains. Pembelajaran konstruktivisme dapat memenuhi
kehendak dan hasrat Falsafah Pendidikan Sekolah Rendah serta juga peranan yang harus
dimainkan oleh seseorang guru sains.
Beberapa tahun terakhir ini, terdapat usaha yang dilakukan untuk menolong guru-guru
supaya menjadi biasa dengan idea konstruktivisme. Usaha-usaha dilakukan untuk
memahamkan guru-guru dengan idea tersebut dan menggunakannya dalam pengajaran
sains. Perspektif konstruktivisme menjadi suatu paradigma yang dominan dalam bidang
psikologi kognitif.
Menurut Gagne.R.(2010), dalam dekad ini terjadi anjakan kepada pengkaji pembelajaran
manusia dari mengkaji aspek-aspek luaran kepada aspek-aspek dalaman. Mereka lebih
berminat untuk mengkaji aspek-aspek dalaman diri murid-murid seperti pengetahuan
sedia ada, muatan ingatan, motivasi dan kognitif mereka
Penemuan berlaku bila individu menggunakan proses mental untuk membentuk konsep
atau prinsip. Untuk membuat suatu penemuan, individu mesti melaksanakan proses
mental seperti memerhati, mengelas, mengukur, memerihal, membuat inferens dan lainlain lagi. Hasil kajian Forsten, C. (2011) menunjukkan bahawa paradigma yang positif
dapat dibentuk dalam diri individu dengan melalui proses-proses yang sistematik seperti
Rajah 1.0 di bawah.
Penemuan Masalah Proses Inkuiri Aplikasi Pembentukan Konsep
Rajah 1.0 : Proses pembelajaran kontruktivisme
(B) Sukatan Mata Pelajaran Matematik Tajuk Bentuk 3 Dimensi
3

Untuk topik 3 dimensi ini, Collis, K. F. (2011) berpendapat bahawa ia adalah sangat
penting dan sewajarnya mendapatkan tumpuan dan perhatian daripada guru semasa
mendidik kanak kanak di peringkat pra sekolah ini. Ini adalah kerana beliau
berpendapat bahawa benda benda yang ada di persekitaran kita sebenarnya adalah
dibinakan berasaskan prinsip dan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan pelbagai
jenis bentuk 3 dimensi yang berlainan. Contohnya, tin Cola sebenarnya adalah berbentuk
silinder di bawah konsep bentuk 3 dimensi ini.
Di dalam bahagian yang pertama topik ini, murid murid akan diajar cara cara untuk
mengecam bentuk dan ciri ciri pelbagai jenis bentuk 3 dimensi yang berlainan.
Antaranya ialah sfera, kon, piramid, kubus, kuboid dan silinder. Kemudiaanya, guru
akan mengajar mereka untuk menghubungkaitkan keenam enam bentuk 3 dimensi ini
dengan benda benda yang ada pada persekitaran.
(C) Masalah Pembelajaran Matematik di sekolah rendah
Menurut penjelasan yang diberikan oleh Bennett, A. B. Jr., & Nelson, L. T. (2009),
kegagalan murid untuk menguasai kemahiran dalam mata pelajaran Matematik adalah
disebabkan oleh ketidakfahaman dalam konsep yang diajar dalam mata pelajaran
Matematik. Antara topik yang biasanya tidak dapat dikuasai oleh murid adalah topik
pecahan. Menurut penjelasan yang diberikan oleh beliau, masalah yang paling utama
dihadapi oleh seseorang murid ialah mereka tidak dapat mengimaginasikan dan
membayangkan konsep yang diajarkan oleh seseorang guru di dalam kelas. Pada
kebiasaannya, murid sekolah rendah akan mendapatkan keputusan yang lemah dalam
mata pelajaran pecahan ini dalam ujian mereka. Semua ini adalah berkaitan dengan
masalah mereka keliru dengan konsep pecahan yang diajarkan oleh guru di dalam kelas.

Pada masa yang sama, Berinderjeet, K., & Yeap, B. H. (2009) juga menjelaskan juga
masalah miskonsepsi dan kekeliruan yang dihadapi oleh murid juga amatlah berkaitan
4

dengan ketidakberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang mana telah
direkakan dan dijalankan oleh guru Matematik di sekolah. Menurut penjelasan daripada
beliau lagi, kebanyakan guru tidak dapat menjelaskan konsep pecahan dengan berkesan
melalui proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Ini secara langsung akan
menyebabkan murid gagal mengimaginasikan seluruh konsep pecahan yang diajarkan
oleh murid. Oleh itu, beliau juga berpendapat bahawa corak pengajaran secara
konstrukvisme adalah lebih sesuai untuk digunakan oleh guru dalam mempertingkatkan
tahap penguasaan murid terhadap konsep Matematik yang diajarkan oleh guru dalam
kelas.
Seperti mana yang diterangkan oleh Shoemaker, B. (2011), kebanyakan murid sekolah
rendah masih gagal memahami dan menguasai konsep Matematik terutamanya dalam
topik bentuk 3 dimensi. Ini telah menyebakan mereka menjadi semakin lemah dan gagal
menguasai kemahiran Matematik. Antara masalah yang sering dihadapi oleh seseorang
murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) Matematik ialah miskonsepsi
dan gagal menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan operasi Matematik. Oleh yang
demikian, Hiebert, J. dan Carpenter, T. P. (2010) telah mencadangkan bahawa corak
pengajaran yang berasaskan konstruktivisme bolehlah dirancangkan oleh guru untuk
murid murid yang lemah dan gagal menguasai kemahiran asas dalam matapelajaran
Matematik ini. Menurut penjelasan daripada beliau, corak pengajaran konstruktivsme
merupakan antara strategi yang sangat penting untuk mempertingkatkan penguasaan
kemahiran Matematik bagi murid yang rendah supaya mereka sekurang kurangnya
dapat menguasai kemahiran Matematik yang minimum.
Menurut penjelasan daripada Cooney. T.J.(2009), matapelajaran Matematik merupakan
salah satu matapelajaran yang paling susah diajar dalam sekolah rendah. Ini adalah
kerana kegagalan murid untuk memahami konsep sebenar dalam matapelajaran ini. Ia
telah menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam matapelajaran
ini menjadi semakin kompleks dan mencabarkan. Beliau juga menjelaskan bahawa
kecelikan murid dalam bidang Matematik ini bukan setakat dalam memahiri pelbagai
kemahiran dan prosedur untuk menyelesaikan masalah Matematik tetapi ia juga
5

berkaitan pemahaman dan penguasaan konsep Matematik serta keupayaan mereka untuk
mengaplikasikannya dalam pelbagai jenis soalan yang berlainan.
Gagne.R.(2010) telah menyarankan semua guru di peringkat sekolah rendah supaya
merancangkan dan menjalankan pelbagai jenis aktiviti kelas yang menarik dan relevan
untuk membimbing dan melatih kanak kanak dalam mengajar topik Matematik seperti
bentuk 3 dimensi ini. Beliau turu menerangkan bahawa alat bantuan

yang sesuai

seharusnya

mana

digunakan

untuk

merancangkan

aktiviti

kelas

yang

akan

dimplementasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk topik yang
dinyatakan ini.
Menurut penjelasan yang mana diberikan oleh Skemp. R. (2010), penggunaan sumber
ICT (Information Communication Technology) sebagai alat bantuan pengajaran
merupakan salah satu cara yang lebih berkesan untuk menyampaikan konsep dalam
Matematik kepada murid- murid di dalam kelas. Berinderjeet, K., & Yeap, B. H. (2009)
telah menafsirkan bahawa ICT merupakan teknologi maklumat dan komunikasi yang
digunakan oleh individu dalam mempertingkatkan keberkesanan seluruh proses
komunikasi di antara dua orang individu. Komunikasi di antara dua orang individu ini
boleh dalam bentuk lisan dan bertulis. Antara sumber ICT yang boleh diaplikasikan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) ialah powerpoint, laman web
(internet), animasi pengajaran, perisian permainan dan lain lain. Semua ini akan
menjadikan seluruh proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi mata pelajaran
Matematik menjadi lebih interaktif dan seronok dipelajari oleh murid- murid di dalam
kelas. Ini turut dipersetujui oleh Shoemaker, B. (2011) di mana beliau mengatakan
bahawa

tahap

keminatan

murid

terhadap

mata

pelajaran

Matematik

dapat

dipertingkatkan dengan menggunakan media yang interaktif dalam proses pengajaran


dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas.
Kebanyakan pakar pakar akademik seperti Hiebert, J. dan Carpenter, T. P. (2010) telah
mengemukakan sembilan ciri yang unik untuk pembelajaran berasaskan konstruktivisme
adalah seperti yang disenaraikan berikut:
6

Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya

sebagai panduan merancang pengajaran.


Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid.
Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea.
Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen.
Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan

memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar.


Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid.
Menyokong pembelajaran secara koperatif.
Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil

pembelajaran.
Menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid dan guru

Seperti mana yang diterangkan oleh Forsten, C. (2011), kebaikan yang paling utama
dalam penggunaan cara konstruktivisme ini untuk mengajar dan mendidik seseorang
murid tentang konsep Matematik ialah cara ini adalah lebih mudah dan senang difahami
oleh murid murid di dalam kelas. Ini adalah kerana cara pengajaran ini akan
menerangkan sesuatu konsep Matematik berasaskan teori di sebaliknya dan bukan secara
teori permukaan sahaja. Shoemaker, B. (2011) telah menjelaskan corak pengajaran
konstrukvisme merupakan suatu corak pengajaran yang mana sesuai untuk diaplikasikan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam mata pelajaran Matematik. Ini
adalah kerana ia adalah memusatkan murid dan memastikan murid dapat melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti kelas yang telah dirancangkan tersebut. Selain daripada itu,
beliau juga berpendapat bahawa corak pengajaran konstrukvisme merupakan suatu corak
pengajaran yang kreatif dan interaktif di mana dapat meningkatkan tahap keminatan
murid dalam proses pembelajaran dalam mata pelajaran Matematik.
Secara lazimnya, Bennett, A. B. Jr., & Nelson, L. T. (2009) telah mencadangkan bahawa
guru Matematik di sekolah seharusnya merancangkan aktiviti kelas yang mana dapat
melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti kelas. Antara aktiviti yang dicadangkan
oleh beliau ialah aktiviti permainan yang melibatkan model 3 dimensi dalam usaha
untuk mengajarkan murid konsep yang relevan dengan 3 dimensi tersebut. Ini adalah
kerana aktiviti kelas yang menarik ini dapat memberikan gambaran yang lebih jelas

mengenai konsep pembelajaran yang ingin disampaikan oleh seseorang guru di dalam
kelas.
Pada masa yang sama, Collis, K. F. (2011) telah menjelaskan bahawa kebanyakan murid
akan menghadapi masalah yang serious dalam memahami kebanyakan konsep
Matematik yang diajarkan oleh guru di dalam kelas. Ini adalah kerana mereka gagal
membayangkan ataupun mengimaginasikan konsep yang diajarkan oleh guru di dalam
kelas. Maka, corak pengajaran yang sesuai adalah sangat penting untuk memastikan
konsep Matematik yang ingin disampaikan adalah jelas dan mudah difahami oleh murid
di dalam kelas.
Berinderjeet, K., & Yeap, B. H. (2009) juga menyarankan guru supaya mengintegrasikan
pelbagai aktiviti yang berkesan supaya konsep Matematik dapat diajar dengan lebih
berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas dan ia
amatlah penting untuk melatih kefahaman relational murid dalam matapelajaran ini.
Contoh yang sesuai juga amatlah penting untuk mempertingkatkan penguasaan murid
dari segi kefahaman relational murid dalam pelbagai topik dalam Matematik. Beliau
juga mengatakan bahawa penguasaan pengetahuan konsep dan juga kefahaman
relational merupakan kekunci yang penting dalam membolehkan murid untuk
mengaplikasikan konsep dan pengetahuan Matematik ini dalam kehidupan harian
mereka. Collis, K. F. (2011) telah menyatakan bahawa pembelajaran secara menghafal
tidak boleh digunakan dalam pengajaran matapelajaran Matematik di sekolah rendah. Ini
adalah kerana ia langsung tidak dapat membantu untuk mempertingkatkan kefahaman
relational dalam matapelajaran Matematik tersebut.
2.0 ISU / FOKUS KAJIAN
Pada asasnya, tumpuan yang mana akan diberikan untuk kajian yang akan dilakukan
adalah masalah yang berkaitan dengan kelemahan murid dalam penguasaan ilmu
pengetahuan dan juga kemahiran yang mana berkaitan dengan topik bentuk tiga dimensi
di dalam kelas. Masalah yang mana wujud dan menyebabkan murid murid tahun 2
8

gagal untuk menguasai konsep bentuk tiga dimensi adalah kerana berikutan kegagalan
mereka untuk mengimaginasikan seluruh bentuk tiga dimensi ini dalam pemikiran ini.
Sesungguhnya, kelemahan murid dalam topik bentuk tiga dimensi ini boleh dibuktikan
melalui markah yang rendah di mana diperolehi oleh majority daripada murid di dalam
kelas untuk ujian yang diberikan bagi topik bentuk tiga dimensi ini. Secara langsung, ia
juga akan menjejaskan tahap penguasaan mereke dalam mata pelajaran Matematik
dalam jangka masa yang panjang.
Dalam pada itu, pemerhatian yang dilakukan ini juga menunjukkan isu kekurangan
minat dalma pembelajaran untuk topik bentuk tiga dimensi di kalangan murid- murid
Tahun 2 di sekolah kajian iaitu SJK Chung Hua No. 6 yang terletak di kawasan Kuching.
Ia adalah disebabkan oleh kegagalan mereka untuk mengimaginasikan dan
membayangkan gambaran bentuk dimensi ini dalam pemikiran mereka. Keadaan ini juga
akan menjejaskan pemahaman dan penguasaan murid- murid dalam topik yang lain
untuk mata pelajaran Matematik tersebut.
Oleh yang demikian, suatu kajian yang sistematik perlulah dirancangkan dan disediakan
untuk memperbaiki tahap keberkesanan seluruh proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P) dalam topik bentuk tiga dimensi yang mana merupakan suatu komponen yang
cukup penting untuk mata pelajaran Matematik untuk murid tahun 2 tersebut.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN


3.1 Objektif Kajian
Kajian ini mempunyai objektif seperti berikut :

Menilai keberkesanan pembelajaran konstruktivisme dalam proses pengajaran


dan pembelajaran (P&P) untuk murid Tahun 2, SJK Chung Hua N0. 6 dalam
topik bentuk 3 dimensi dari segi peningkatan penguasaan mereka dalam topik
tersebut.

Mengenalpasti faktor demografi seperti jantina, pendapatan keluarga, tahap


pendidikan keluarga dan bangsa tidak memberikan kesan kepada keberkesanan
pembelajaran Matematik topik Bentuk 3 dimensi Tahun 2, SJK Chung Hua N0. 6

Mengkaji hubungan kolerasi dua jenis pengajaran yang berlainan iaitu


pembelajaran

konstruktivisme

dan

pembelajaran

tradisional

dengan

keberkesanan proses pembelajaran Matematik topik Bentuk 3 dimensi untuk


Tahun 2, SJK Chung Hua N0. 6

Pada asasnya, ketiga tiga objektif yang telah ditetapkan ini adalah memainkan peranan
yang cukup penting untuk dijadikan sebagai panduan kepada para penyelidik supaya
kerja kerja kajian yang dilakukan ini adalah tidak terkeluar daripada topik
penyelidikan yang mana telah ditetapkan.

3.2 Soalan Kajian


Untuk bahagian ini, beberapa persoalan kajian yang sangat penting akan disenaraikan
dibincangkan dengan kelas. Sesungguhnya, persoalan kajian ini akan memberikan suatu
panduan yang sangat penting untuk pengkaji dalam melakukan kajian terhadap topik
kajian ini. Soalan kajian yang dimaksudkan adalah:

10

Adakah pembelajaran secara konstruktivisme berkesan untuk murid Tahun 2,


SJK Chung Hua N0. 6 dalam topik bentuk 3 dimensi dari segi peningkatan
penguasaan mereka dalam topik tersebut?

Adakah faktor demografi seperti jantina, pendapatan keluarga, tahap pendidikan


keluarga dan bangsa mempengaruhi keberkesanan pembelajaran Matematik topik
Bentuk 3 dimensi Tahun 2, SJK Chung Hua N0. 6?

Apakah hubungan kolerasi dua jenis pengajaran yang berlainan iaitu


pembelajaran

konstruktivisme

dan

pembelajaran

tradisional

dengan

keberkesanan proses pembelajaran Matematik topik Bentuk 3 dimensi untuk


Tahun 2, SJK Chung Hua N0. 6?

4.0 KUMPULAN SASARAN


Secara lazimnya, kajian yang mana akan dijalankan ini adalah dilakukan terhadap 30
orang murid yang sedang belajar di Tahun 2 di salah sebuah sekolah rendah yang
bertempat di kawasan Kuching, Sarawak. Taburan kumpulan sasaran ini berdasarkan
faktor jantina dan juga bangsa adalah seperti mana yang ditunjukkan dan dibincangkan
berikut:
11

Jantina
Lelaki
Perempuan
JUMLAH

Jumlah Murid
13
17
30
Jadual 1.0 Taburan kumpulan Sasaran Berdasarkan Jantina

Rajah 2.0 Peratusan Taburan kumpulan Sasaran Berdasarkan Jantina


Seperti mana yang ditunjukkan dalam jadual 2.0, kumpulan sasaran kajian ini adalah
terdiri daripada 57% (17 orang) murid perempuan dan juga 43% (13 orang) murid lelaki
yang sedang mengikuti pembelajaran di Tahun 2 di SJK Chung Hua No. 6
Bangsa
Jumlah Murid
Cina
28
Iban
1
Bidayuh
1
JUMLAH
30
Jadual 2.0 Taburan kumpulan Sasaran Berdasarkan Bangsa

12

Rajah 3.0 Peratusan Taburan kumpulan Sasaran Berdasarkan Bangsa


Seperti mana yang ditunjukkan dalam jadual 3.0 di atas, kumpulan sasaran kajian ini
adalah terdiri daripada 94% (28 orang) murid bangsa Cina, 3% (1 orang) untuk bangsa
Iban dan juga 3% (1 orang) murid bangsa Bidayuh yang sedang belajar di Tahun 2 di
SJK Chung Hua No. 6

5.0 TINDAKAN KAJIAN


5.1 Prosedur Kajian
Untuk bahagian yang pertama ini, perbincangan yang mana akan dilakukan ini adalah
memberikan tumpuan kepada sembilan langkah yang utama di mana membolehkan
seseorang guru menjalankan kajian secara sistematik dan terancang. Kesemua sembilan
langkah ini adalah seperti yang ditunjukkan berikut:
Langkah 1: Mengenalpasti Masalah
13

Untuk langkah yang pertama, usaha akan diberikan untuk mengenalpasti pelbagai
masalah yang wujud dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk topik
bentuk tiga dimensi di kalangan murid- murid Tahun 2 di sekolah SJK Chung Hua No. 6.
Masalah masalah yang dihadapi ini akan dicatatkan dalam buku log untuk tujuan
rujukan pada masa hadapan.

Langkah 2: Menentukan Skop Kajian


Berdasarkan masalah yang telah dikenalpasti dalam langkah 1, skop kajian yang relevan
akan ditentukan untuk memastikan masalah masalah yang dikenalpastikan ini dapat
diselesaikan dengan baik dan sistematik. Untuk tujuan itu, objektif kajian juga akan
dtetapkan untuk digunakan sebagai panduan dalam seluruh proses kajian ini.
Langkah 3: Membina Borang Soal Selidik
Untuk langkah yang ketiga ini, tumpuan adalah diberikan untuk proses membinakan
borang soal selidik yang mana boleh digunakan dalam kajian ini untuk mendapatkan
maklum balas dan respon yang diberikan oleh murid murid terhadap faktor faktor
yang utama di mana menyebabkan kegagalan mereka untuk menguasai ilmu
pengetahuan tentang bentuk dimensi di dalam kelas.
Langkah 4: Membinakan Instrumen Kajian laian
Di dalam langkah yang seterusnya, guru juga akan memberikan masa dan usaha untuk
membinakan pelbagai instrumen kajian yang berlanan . Contohnya, guru akan
membinakan dua set ujian iaitu ujian pra kajian dan juga ujian post kajian untuk menilai
prestasi murid sebelum dan selepas mengunakan corak pengajaran konstruvisme dalam
topik bentuk tiga dimensi ini.

14

Langkah 5: Merekakan dua set Rancangan pengajaran harian (RPH)


Di dalam langkah yang kelima ini, guru akan melakukan perancangan yang lengkap
tentang dua set rancangan pengajaran harian (RPH) yang mana salah satu set rancangan
pengajaran harian (RPH) adalah berdasarkan corak pengajaran tradisional dan satu set
rancangan pengajaran harian (RPH) adalah direkakan berdasarkan konsep konstruvisme
yang ditekankan dalam kajian ini.

Langkah 6: Menjalankan Pengajaran


Untuk langkah ini, guru guru akan menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P) berdasarkan dua set Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang mana telah
dirancangkan dan ditetapkan sebelum ini.
Langkah 7: Menjalankan Kajian dengan Borang Soal Selidik
Di dalam langkah yang ketujuh ini, guru akan memberikan borang soal selidik untuk
murid- murid di dalam kelas dalam usaha menentukan maklum balas dan respon yang
diberikan oleh murid murid terhadap faktor faktor yang utama di mana menyebabkan
kegagalan mereka untuk menguasai ilmu pengetahuan tentang bentuk dimensi di dalam
kelas.
Langkah 8: Menganalisiskan Data
Di dalam langkah yang kelapan ini, semua data yang diperolehi sama ada melalui borang
soal selidik ataupun markah ujian pra dan post akan dimasukkan ke dalam SPSS untuk
tujuan penganalisian data.

Langkah 9: Mempersembahkan Data


15

Di dalam langkah yang terakhir, guru akan mempersembahkan semua hasil dapatan
kajian yang diperolehi ini dalam bentuk laporan kajian yang lengkap. Semua penerangan
dalam laporan kajian ini akan disokongkan dengan menggunakan graf, jadual, dan data
statistik yang relevan dan lengkap.

Seluruh proses kajian yang dirancangkan adalah seperti mana yang ditunjukkan dalam
rajah yang berikut:
Mengenalpasti Masalah

Menentukan Skop Kajian

Membina Borang Soal Selidik


16

Membinakan Instrumen Pengajaran

Merekakan dua set Rancangan pengajaran harian (RPH)

Menjalankan Pengajaran

Menjalankan Kajian dengan Borang Soal Selidik

Menganalisiskan Data

Mempersembahkan Data

Rajah 4.0 Aturan Perancangan Langkah Langkah Kajian

5.2 Perancangan Cara Mengumpulkan Data


Seluruh proses kajian ini akan dijalankan dengan mengikutkan beberapa langkah yang
penting dan antara langkah langkah yang dimaksudkan adalah seperti yang
disenaraikan berikut:
Langkah
1

Penerangan
Sebagai langkah yang pertama,
persetujuan akan diperolehi daripada
bahagian Perancangan dan Penyelidikan,
Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
menjalankan kajian ini.
17

Catatan

Untuk langkah yang seterusnya, Selepas


itu, membawa dua dokumen yang utama
iaitu surat kebenaran murid dan juga
borang data murid dan guru pembimbing
tempat kajian untuk berjumpa dengan

guru besar sekolah kajian.


Mendapatkan persetujuan dan kebenaran
daripada pihak pengurusan sekolah
supaya menjalankan kajian di sekolah

ini.
Melakukan temu janji dan berjumpa
dengan guru kelas dan juga guru subjek
Matematik untuk membincangkan
sampel yang akan digunakan dalam

proses kajian yang dilakukan ini.


Melakukan kajian di sekolah ini dan
seluruh proses kajian akan dipantaukan
sebanyak 3 kali oleh guru pembimbing.

Ujian yang sama akan diberikan untuk


kedua dua kelas yang diajarkan dengan
menggunakan corak pengajaran yang

berlainan
Semua murid yang mendapatkan 80%
markah ke atas akan dikenalpasti
sebagai responden untuk menjawabkan
semua soal selidik yang akan disediakan
untuk mereka dalam peringkat yang

seterusnya.
Temuramah juga akan dilakukan untuk
mengenalpasti faktor faktor yang mana
menyebabkan mereka berprestasi
18

cemerlang dalam topik bentuk 3 dimensi


9

ini.
Semua data yang diperolehi dalam soal
selidik akan dianalisiskan dengan
menggunakan Statistical Package For
Social Science For Window (SPSS) dan
hasil analisis ini akan dipersembahkan
dalam bentuk dan format yang senang
difahami.
Jadual 4.0 Prosedur Pengumpulan Data

6.0 ANALISIS DAN INTEPRETASI DATA


Secara lazimnya, data yang diperolehi adalah berasal daripada dua sumber yang utama
iaitu borang soal selidik dan keputusan uajian. Untuk borang soal selidik, ia akan
mengandungi dua bahagian yang utama iaitu Bahagian A (bertujuan untuk memperolehi
data demografi) dan bahagian B (untuk mendapatkan persepsi murid terhadap
pembelajaran kesimpulan bahasa). Sesungguhnya, semua dapatan yang diperolehi
daripada borang soal selidik ini akan dianalisiskan dengan menggunakan perisian SPSS
dan data data seperti sisihan lazim, min, dan tahap signifikan akan dikirakan untuk
tujuan memenuhi objektif - objektif yang telah ditetapkan sebelum ini.
Pada masa yang sama, penganalisian juga akan dilakukan terhadap markah markah
ujian yang mana telah diperolehi dalam ujian pra dan juga ujian post yang diberikan
kepada murid- murid sebelum dan juga selepas menggunakan corak pengajaran
19

berdasarkan video ini. Formula untuk mencari peratus peningkatkan markah ujian pra
dan post adalah seperti mana yang ditunjukkan berikut:

Peratus perubahan markah ujian =

M 2 M1
X 100%
M1

Di mana M2 = markah ujian post dan M1 ialah markah ujian pra

Akhirnya, ujian T juga digunakan sebagai salah satu parameter dalam kajian ini.
Sesungguhnya, Ujian T akan digunakan untuk menerangkan suatu kumpulan data yang
tertentu. Antara parametik yang akan terlibat adalah min dan sisihan lazim.

7.0 DAPATAN DATA


7.1 FAKTOR KEGAGALAN MURID DALAM TOPIK BENTUK TIGA DIMENSI
Pada asasnya, faktor faktor utama yang telah menyebabkan seseorang murid yang
melibatkan diri dalam kajian gagal memahami makna dan konsep yang relevan dengan
bentuk tiga dimensi na boleh disimpulkan dalam empat factor yang utama, iaitu:
i.

Kekurangan Latihan yang mencukupi

ii.

Tidak Mempunyai asas pengetahuan yang baik

iii.

Corak pengajaran

iv.

Guru sekolah

Faktor Ketidakminatan
Kekurangan Latihan yang mencukupi

Skor Min
3.121
20

Sisihan Lazim
0.312

Tidak mempunyai asas pengetahuan

3.010

0.332

yang baik
Corak Pengajaran
4.110
0.456
Guru Sekolah
3.712
0.398
Jadual 4.0: Min dan Sisihan Lazim Sebab Kegagalan Murid Dalam Topik Bentuk
Tiga Dimensi
Seperti yang telah ditunjukkan dalam rajah di atas, skor min untuk tiga faktor yang
menyebabkan seseorang murid lemah dalam topik bentuk tiga dimensi iaitu guru yang
mengajar, kekurangan latihan yang mencukupi dan tidak mempunyai asas pengetahuan
yang basik adalah berada dalam lingkungan 3.0 hinggalah 4.0. Ini telah menunjukkan
bahawa faktor faktor ini mempunyai tahap signifikan yang sederhana. Manakala, skor
min untuk corak pengajaran guru adalah 4.110 iaitu melebihi 4.0. Maka, kita boleh
menyimpulkan bahawa faktor corak pengajaran guru merupakan faktor yang dominan
untuk menyebabkan seseorang murid lemah dalam topik bentuk tiga dimensi.
7.2 PERBANDINGAN KEPUTUSAN PRA DAN POST UJIAN
Untuk bahagian kertas kajian ini pula, perbincangan yang akan dilakukan akan
memberikan focus terhadap keputusan ujian yang diperolehi oleh murid sebelum dan
selepas corak pengajaran baru yang diberikan kepada mereka. Semua keputusan ujian
bentuk tiga dimensi ini adalah seperti yang ditunjukkan berikut:
Bil
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12

Nama
Bong Sze Ling
Bryan Sim Zheng Dong
Calista Chieng Ai Jun
Candy Voon Gie Rung
Canny Chin Pui Fen
Canny Liew Sze Yi
Cathy Law Shi Ting
Chai Chang Hooi
Clarissa Sim Song Fen
Dorcas Hii Lu Ting
Elvina Voon Shin
Galvin Tan Yit Chieng

Markah pra ujian


78
65
35
46
47
50
74
44
64
47
77
45
21

Markah post ujian


82
67
55
59
61
75
88
66
78
55
85
50

13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30

Gary Phoo Lik Yen


75
85
Go Wan Ching
72
89
Imelda Chai Shu Ting
73
88
Kelly Hiu Ker Yee
81
88
Kelvin Chong Boon Kai
66
77
Kho Zheng Yi
61
80
Kiew Zhen Wei
52
66
Kon Ya Wen
52
65
Kueh Wen Yi
44
51
Phang Zi Qing
45
50
Phua Khang Siang
86
90
Sheldon Ak Lizat
67
77
Sylvia Chiong
88
90
Sylvia Lau Jia Yi
78
88
Tan Huan Cai
45
55
Tan Hup Ching
52
58
Then Siaw Ieek
35
40
Yvonne Calista
74
77
PURATA
60.60
71.17
Jadual 5.0 Markah Ujian Pra dan Post Kajian pelajar

Sesungguhnya, keputusan yang dipaparkan dalam jadual 5.0 telah menunjukkan bahawa
kebanyakan pencapaian pelajar dalam topik bentuk tiga dimensi ini telah meningkat dan
ini telah membuktikan kejayaan corak pengajaran baru untuk membimbing pelajar
dalam mata pelajaran Matematik ini. Dalam pada itu, markah purata yang diperolehi
oleh murid telah meningkat sebanyak 17.44% iaitu dari 60.60% ke 71.17%

22

8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA


Walaupun, hasil kajian yang diperolehi ini telah menunjukkan bahawa objektif objektif
utama yang ditetapkan dalam kajiani ini telah dicapaikan dengan baik, tetapi masih
wujudnya beberapa kelemahan yang mana perlulah diperbaiki untuk mendapatkan
keputusan yang lebih baik lagi di masa hadapan. Antara cadangan untuk kajian lanjutan
adalah seperti yang disenaraikan berikut:

Melakukan kajian ini untuk murid- murid yang sedang menjalankan


pembelajaran di Bandar utama, Kuching dan kawasan lain di Sarawak untuk
membezakan corak pembelajaran mereka. Maka, ia dapat memberikan suatu
panduan yang penting kepada Kementerian Pelajaran Malaysia mengatur strategi
dan program-program latihan ke arah memberi penekanan yang lebih kepada
pembangunan mata pelajaran Matematik di Sarawak

Kajian juga boleh dijalankan ke atas sekolah dalam bentuk yang berlainan seperti
sekolah berasarama penuh, sekolah kebangsaan dan sekolah bantuan modal. Ia
akan

memberikan

suatu

gambaran

yang

lebih

menyeluruh

mengenai

keberkesanan corak pembelajaran masteri terhadap pembelajaran Matematik di


kalangan murid murid Tahun 2.

Kajian ini boleh dilakukan dengan melibatkan jumlah responden dan populasi
yang lebih banyak seperti 200 orang murid untuk mencerminkan keputusan yang
lebih relevan dan tepat berbanding hanya 30 orang murid untuk kajian ini.

23

9.0 BIBLIOGRAFI
Arnold, B., Turner, P., & Cooney, T. J. (2010). Analyzing teaching and learning: The art
of listening. Mathematics Teacher, 89(4), 326-329.
Berinderjeet, K., & Yeap, B. H. (2009). Mathematical problem solving in the secondary
classroom. In P. Y. Lee (Ed.), Teaching secondary school mathematics: A resource book
(2nd ed.) (pp. 105-115). Singapore: McGraw-Hill.
Bennett, A. B. Jr., & Nelson, L. T. (2009). Mathematics for elementary teachers: A
conceptual approach (5th ed.). New York: McGraw-Hill.
Collis, K. F. (2011). "Curriculum and Assessment: A Basic Cognitive Model". Dalam
Leder, G. (Editor). Assessment and Learning of Mathematics. Acer: U.K: 24-43.
Cooney. T.J.(2009). Research On Teaching And Teacher Education. In Research Of
Mathematics Education. Richard Shumway, NCTM Professional Refference Series.
Reston, Va. NCTM.
Forsten, C. (2011). Teaching Thinking and Problem Solving in Math. Scholastid
Professional Books: New York
Gagne.R.(2010). The Conditions Of Learning, NewYork. Holt, Rinehart And Winston.
Hiebert, J. dan Carpenter, T. P. (2010) Learning and Teaching with Understanding, in
D.Grouws (ed.), Handbook of Research on Mathematics Teaching and Learning, a
24

Project of the National Council of Teachers of Mathematics (NCTM), New York:


Macmillan

Shoemaker, B. (2011). "Integrative Education: A Curriculum for the Twenty-First


Century." Oregon School Study Council, 33/2
Skemp. R. (2010). Relational Understanding And Instrumental Understanding.
Mathematics Teaching. No.77, m.s 20-26.

25

LAMPIRAN A
LAMPIRAN A
BORANG SOAL SELIDIK
Bahagian A: Demografi
1.

2.
3.

Sila tandakan jawapan anda dengan () di tempat yang disediakan


Jantina
4. Pendapatan keluarga
Lelaki

sebulan

Perempuan

Kurang daripada RM400

RM400 RM700

RM700 RM1000

RM1000 ke atas

- Sekolah rendah

- Sekoalah menengah

- Universiti

Umur

Bangsa
- Cina

Tahap pendidikan tertinggi

- Melayu

ibubapa

- India

- Tidak pernah menerima

- Lain-lain

pendidikan formal

26

Bahagian B :
Arahan : Tandakan dalam petak yang anda pilih dengan jujur.
1. Saya berpendapat matapelajaran topik bentuk 3 dimensi adalan bosan
Sangat setuju

Setuju

Tidak pasti

Tidak Setuju

Sangat tidak
setuju

2. Saya selalu tidak memberikan perhatian dalam kelas Matematik topik bentuk 3
dimensi
Sangat setuju

Setuju

Tidak pasti

Tidak Setuju

Sangat tidak
setuju

3. Saya gagal memahami cara cara penyelesaian topik bentuk 3 dimensi


Sangat setuju

Setuju

Tidak pasti

Tidak Setuju

Sangat tidak
setuju

4. Saya tidak suka akan guru yang mengajar.


27

Sangat setuju

Setuju

Tidak pasti

Tidak Setuju

Sangat tidak
setuju

5. Saya selalu akan bercakap dengan rakan rakan lain semasa pengajaran untuk
topik bentuk 3 dimensi ini
Sangat setuju

Setuju

Tidak pasti

Tidak Setuju

Sangat tidak
setuju

6. Saya tidak memahami cara pengajaran guru


Sangat setuju

Setuju

Tidak pasti

Tidak Setuju

Sangat tidak
setuju

7. Rakan rakan yang memberitahu saya tidak perlu belajar


Sangat setuju

Setuju

Tidak pasti

Tidak Setuju

Sangat tidak
setuju

8. Saya gagal dalam ujian topik bentuk 3 dimensi


Sangat setuju

Setuju

Tidak pasti
28

Tidak Setuju

Sangat tidak

setuju

9. Saya selalunya tidak dapat melengkapkan soalan topik bentuk 3 dimensi


Sangat setuju

Setuju

Tidak pasti

Tidak Setuju

Sangat tidak
setuju

10. Saya tidak suka mata pelajaran Matematik


Sangat setuju

Setuju

Tidak pasti

Tidak Setuju

Sangat tidak
setuju

29

30

Anda mungkin juga menyukai