Anda di halaman 1dari 11

Soalan Tugasan (Pedalaman)

Perkembangan dalam teknologi tinggi pada masa kini telah memberikan suatu anjakan
paradigma terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan komputer sebagai
alat bantuan mengajar dapat memudahkan lagi transformasi maklumat.
Sebagai seorang guru, bagaimanakah anda dapat mengintegrasikan penggunaan teknologi
dan ICT khususnya dalam pedagogi Pendidikan Kesihatan? Bincangkan.
(30 markah)
PANDUAN PELAJAR
1.

Jawapan anda hendaklah berdasarkan kepada rujukan yang dibuat melalui bacaan
jurnal/artikel yang berkaitan dengan Pedagogi Pendidikan Kesihatan. Anda
dikehendaki membaca TIGA jurnal/artikel yang berkaitan.

2.

Melalui bacaan tersebut, bincangkan pengintegrasian yang boleh diadaptasi untuk


tujuan pengajaran dan pembelajaran.

3.

Kepilkan TIGA jurnal/artikel yang telah dibaca sebagai bahan bukti.

4.

Jawapan anda hendaklah berbentuk laporan berdasarkan format di bawah:


i.

Pendahuluan

3 markah

ii.

Perbincangan/isi 1

5 markah

perbincangan/isi 2

5 markah

perbincangan/isi 3

5 markah

iii.

Penutup/ cadangan

3 markah

iv.

Rujukan sekurang-kurangnya 3 rujukan)

3 markah

v.

Lampiran 3 jurnal atau artikel rujukan

6 markah

Pengenalan Pendidikan Kesihatan


Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesihatan membawa maksud
satu keadaan yang sempurna dari segi fizikal, mental, sosial, emosi, persekitaran dan
rohani di samping bebas dari segala gejala penyakit serta kecederaan. Inilah yang
dikatakan kesihatan yang menyeluruh dan seterusnya mencapai kesejahteraan hidup.
Manakala pendidikan kesihatan membawa maksud sebagai sebarang pengalaman
pembelajaran yang dibentuk bagi memudahkan adaptasi atau tingkahlaku yang kondusif
terhadap kesihatan. (Green, 1980).
Menurut Mark & Wooley (1998) pula, mereka mendefinisikan pendidikan
kesihatan sebagai pembelajaran di bilik darjah yang menyediakan dimensi kesihatan
fizikal, mental, emosi dan sosial, memperkembangkan pengetahuan, sikap dan kemahiran
berkenaan kesihatan dan ianya dirancang untuk membantu dan memotivasikan pelajar
untuk mengekalkan serta meningkatkan kesihatan, mencegah serta mengurangkan risiko
tingkahlaku yang berkait dengan kesihatan. Mengikut huraian sukatan pelajaran
pendidikan kesihatan yang telah disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum di
bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, terdapat tiga tunjang pembelajaran utama di
dalam pendidikan kesihatan. Ianya adalah kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat
dan kebersihan dan keselamatan persekitaran.
Menurut Wee (1995), matlamat dan tujuan pendidikan kesihatan ialah untuk
mengubah tingkahlaku kesihatan iaitu dari segi pengetahuan, sikap dan amalan. Selain
itu, ia juga adalah untuk menyumbang ke arah mewujudkan insan yang berpelajaran
dengan membekalkan pengalaman-pengalaman kesihatan yang bermakna, yang boleh
mengubah tingkahlaku kesihatan. Kementerian Pendidikan Malaysia (1998) telah
menyatakan matlamat pendidikan kesihatan di peringkat sekolah adalah untuk membantu
pelajar meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan
dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Pendahuluan
Pada masa sekarang, perkembangan dalam teknologi telah memberikan satu
perubahan besar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Kini, komputer
digunakan sebagai alat bantu mengajar yang dapat memudahkan transformasi maklumat.
Teknologi dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kini juga telah mula
diintegrasikan di dalam matapelajaran-matapelajaran di sekolah, tidak lupa juga dalam
pedagogi

pendidikan

kesihatan.

Strategi

pengajaran

dan

pembelajaran

yang

berintegrasikan komputer di kalangan guru mungkin berbeza di antara satu sama lain.
Namun sebelum kita melihat strategi, kaedah dan teknik yang seseorang guru gunakan,
kita lihat dahulu definisi teknologi dan ICT serta perbezaannya.
Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, teknologi bermaksud satu kaedah atau
proses menangani sesuatu masalah teknikal yang berasaskan kajian saintifik termaju
seperti penggunaan peralatan elektronik yang canggih. ICT pula dimaksudkan sebagai
teknologi maklumat dan komunikasi yang merangkumi pelbagai teknologi yang
disepadukan untuk memperolehi, menyimpan dan menyebarkan maklumat dalam
pelbagai bentuk seperti teks, grafik, audio, animasi dan sebagainya menggunakan alatalat elektronik. (Senn, 1998).
Abdul Razak dan rakannya (2000) pula mentakrifkan ICT merangkumi apa jua
alatan elektronik yang membenarkan pengguna menyimpan, menghubung, memproses,
mencipta dan menyampaikan maklumat. Berdasarkan kedua-dua definisi teknologi dan
ICT ini, bolehlah disimpulkan ia saling berkait. Secara kesimpulannya, penggunaan
teknologi dan ICT dalam pembelajaran boleh meningkatkan kefahaman dan penguasaan
pelajar terhadap pengajaran. Selain itu, semua pelajar juga akan dapat peluang
pembelajaran yang sekata.
Menurut o Donnell (1996), pembelajaran bercorak kendiri dan proses pemikiran
peringkat tinggi boleh dipupuk dengan menggunakan komputer. Pengintegrasian
komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran bikan sekadar pelajar menguasai
kemahiran menggunakan peralatan sahaja, tetapi yang lebih utama ia berupaya memberi
kuasa kepada pelajar mencapai tahap pembelajaran yang tinggi.

Pembelajaran Teknologi Maklumat Dan Komunikasi


Ke arah mencapai hasrat ini, bidang-bodang pengetahuan dalam kurikulum ICT
telah digubah dan secara bersendiri dan non hirarki. Pelaksanaan pendekatan baru di
dalam pengajaran dan pembelajaran menuntut guru untuk mengubah peranan mereka.
Ianya diubah daripada tuan kepada pembantu, pengarah kepada penyelia, diktator kepada
fasilitator. Pelajar menentukan dan merancang pembelajaran sementara guru pulak
bertindak memastikan pelajar berjaya melaksanakan rancangan pembelajaran mereka dan
mencapai kriteria yang telah ditetapkan. Penggunaan ICT adalah penggunaan ICT secara
terancang dan bersesuaian serta berfikrah bagi meningkatkan keupayaan dan kecekapan
proses pembelajaran dan pengajaran.
Penggunaan ICT di dalam proses pembelajaran dan pengajaran dapat membantu
para pelajar daripada pelbagai aspek contohnya membantu meningkatkan kemahiran ICT
di dala proses pembelajaran dan kemahiran individu, memperolehi pelbagai kemahiran
dan peluang pembelajaran yang saksama antara satu dengan yang lain serta
memotivasikan pelajar, pembelajaran secara individu dapat dilakukan secara lebih efektif,
kemudahan untuk mengakses maklumat tidak kira sukar, mahal dan amat diperlukan
tanpa mengira masa dan tempat. Selain itu juga, ia membantu pelajar memperolei kaedah
pembelajaran yang berkesan secara individu serta bimbingan yang minimum. Bahkan
juga ia dapat membantu meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi serta meningkatkan
penguasaan pelajar terhadap pelajaran.
ICT Untuk Pembelajaran Tutorial Dan Penerokaan

ICT merupakan kaedah pembelajaran tutorial bagi menyampaiakan kandungan


pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. Computer Assisted Instruction (CAI)
digunakan untuk menggambarkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan
pembelajaran. CAI mengandungi komponen seperti mempersembahkan maklumat,
menilai pencapaian, membimbing, menyediakan dan memberi latihan.
Penyesuaian penggunaan ICT pula adalah bersesuaian dengan situasi seperti kelas
yang ramai dan mempunyai kemampuan yang berbeza, digunakan apabila pelajar yang
4

lemah atau sukar untuk memahami sesuatu topik pelajaran dengan menerengkan
menggunakan perisian khas untuk mereka. Selain itu juga, ianya boleh digunakan untuk
pelajar yang memerlukan aktiviti pengayaan atau praktikal dengan memberi perisian
khusus kepada mereka.

Proses Penggunaan ICT


MULA
Ada keperluan?
Download
Beli
Bangunkan sendiri

Ada perisian sesuai?

Dapatkan perkakasan
Latihan murid.
Ikut kelas literasi
computer.

Ada perkakasan sesuai?

Murid tahu mengendalikan


perkakasan dan perisian?

Rancangan masa (dalam waktu atau luar waktu)


Tempat (dalam kelas atau luar kelas)
Mod penggunaan (bersendirian atau berkumpulan)

Laksanakan perancangan

Penilaian

TAMAT

Pembelajaran Berbantukan Komputer


Pembelajaran berbantukan komputer merupakan satu proses pengajaran dan
pembelajaran yang menggunakan perisian kursus atau lebih dikenali sebagai courseware,
yang dibina khas untuk sesuatu kemahiran, tajuk atau pelajaran. Melalui perisian ini,
pelajar akan mempelajari sesuatu kemahiran atau tajuk samada secara persendirian atau
dengan bimbingan guru.
Ciri-ciri perisian kursus yang baik adalah interaktif, mempunyai pelbagai aktiviti,
pelbagai bunyi dan arahan yang jelas. Seringkali pihak sekolah mendapat perisian kursus
untuk matapelajaran utama iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Science dan
Mathematics. Kita jarang melihat atau menemui perisian yang berkaitan dengan
pendidikan kesihatan. Namun, ada sesetengah penerbit buku yang berusaha untuk
menyediakan perisian, khas untuk digunakan bersama dengan buku yang dibeli tadi.
Guru juga boleh memuat turun perisian atau latih tubi yang terdapat di internet samada
untuk digunakan di dalam kelas atau diberikan kepada pelajar.
Di sini kita akan lihat contoh dalam tunjang gaya hidup sihat di bawah tajuk
pemakanan tahun enam. Pada aras satu, pelajar akan dapat menyatakan maklumat pada
label kandungan produk makanan, manakala pada aras dua pula, pelajar akan dapat
menyatakan kepentingan penglabelan pada produk makanan. Pada aras yang ketiga,
pelajar akan dapat membandingkan maklumat yang terdapat di antara produk makanan
dan membuat kesimpulan tentang maklumat yang terdapat pada produk makanan.
Untuk set induksi, guru boleh menanyakan kepada pelajar tentang cara mencari
dan mengenalpasti fakta daripada label barangan makanan. Ini termasuklah jenama
makanan, isipadu dan arahan penyimpanan. Kemudian, guru akan membimbing pelajar
tentang cara yang betul untuk mendapatkan maklumat. Untuk bahagian isi pelajaran, guru
akan memaparkan menggunakan LCD dan laptop beberapa slaid yang mengandungi
gambar produk-produk makanan. Semasa penayangan slaid dilakukan, terdapatnya sesi
soal jawab antara guru dan pelajar. Daripada sesi soal jawab ini, pelajar telah mendapat
panduan bagaimanan membaca dan memahami maklumat pada label produk makanan.
Setelah itu, tibalah masa untuk pelajar yang membuat latihan. Bagi sekolah yang
berada di pedalaman yang memang kita telah sedia maklum akan serba kekurangan

samada dari segi komputer mahupun teknologi pengajaran, maka dalam hal ini, guru
boleh menggunakan kaedah selective model di mana guru menunjukkan kepada pelajar
bahan kandungan perisian tersebut dengan cara demonstrasi sahaja. Terdapat penerangan
yang khusus dan demonstrasi membaca dan memahami label produk makanan di dalam
perisian ini.
Di dalam slaid tersebut juga terdapat beberapa soalan yang perlu dijawab oleh
pelajar. Sebagai contoh, Berapakah kandungan bersih produk ini?, Apakah zat nutrisi
yang paling tinggi dalam makanan ini? Pelajar perlu menjawab soalan dalam perisian ini
samada menulis jawapan ke dalam buku latihan atau sekeping kertas. Guru juga boleh
memilih seorang pelajar untuk membaca soalan kepada pelajar-pelajar lain dan mengklik
jawapan yang betul berdasarkan pilihan jawapan paling banyak. Jika jawapan pelajar
adalah salah, maka penerangan dan sebab akan diberikan. Ini adalah bertujuan membantu
pelajar memahami kesalahan dan kesilapan mereka di dalam memahami isi pelajaran ini.
Contoh program sekolah yang menggunakan kaedah ini dalam pendidikan kesihatan ialah
dalam pengajaran dan pembelajaran program sifar dadah sekolah rendah (PROSIDAR) Sekolah Bebas Dadah 2012 yang disediakan oleh bahagian sekolah Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Kaedah ini lebih kepada ICT sebagai alat tutorial kepada pelajar. Hasil daripada
pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ini, pelajar-pelajar akan dapat
mengulang pelajaran mengikut keperluan sendiri, belajar sendiri tanpa guru dan lebih
terangsang untuk belajar. Dalam isi pelajaran ini, pelajar akan dapat pengetahuan dan
tahu akan cara mendapatkan maklumat pada label produk makanan.
ICT Sebagai Alat Penerokaan Menggunakan Webquests

Adnan Omar dalam penulisan jurnal pendidikan GERAK (2007) bertajuk aplikasi
gaya pembelajaran webquests dalam pengajaran dan pembelajaran menerangkan
webquests merupakan satu aktiviti pengajaran berasaskan kaedah inkuiri. Sebahagian
besar sumber maklumat yang diperolehi adalah melalui internet. Pelajar perlu menerokai
sumber internet untuk mendapatkan maklumat. Ia biasanya melibatkan gerak kerja secara
kumpulan. sumber yang diajar adalah dipilih oleh guru. Terdapat lima komponen asas

dalam sesebuah webquest iaiti pengenalan, tugasan, proses, penilaian dan kesimpulan.
Kaedah ini merupakan penggunaan ICT sebagai alat penerokaan dalam proses
pembelajaran pelajar. Ia sesuai digunakan untuk sekolah yang mempunyai bilangan
komputer yang kecil dan akses talian internet. Pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan
terlebih dahulu, antara empat hingga lima orang untuk satu komputer.
Kemudian, guru akan menyuruh pelajar membuka laman yang sesuai dengan
tajuk pada hari tersebut. Contohnya guru memilih untuk mengajar pelajar tahun enam
tunjang kebersihan dan keselamatan persekitaran dan tajuknya ialah penyakit berjangkit.
Hasil pembelajaran ialah murud dapat menyatakan maksud dan jenis-jenis penyakit
bawaan air, vector, hepatitis dan HIV/ AIDS. Pelajar juga akan dapat menyatakan peranan
mereka dalam aktiviti kempen kebersihan.
Bermula dengan komponen pengenalan, guru boleh menggunakan teknik
penerangan, lakonan atau permainan untuk memulakan aktiviti. Contoh yang saya
gunakan di sini ialah saya meminta beberapa pelajar melakonkan rupa orang yang sakit
dan sihat. Kemudian, guru akan membuat sesi soal jawab. Pelajar kemudian membaca
penerangan dan maklumat yang terpapar pada skrin. Komponen kedua iaitu tugasan ialah
bahagian yang memerlukan pelajar sempurnakan pada akhir pembelajaran. Contohnya
soalan tugasan meminta pelajar menyenaraikan jenis dan definisi penyakit bawaan air,
vector, hepatitis dan HIV/ AIDS. Jadi secara kumpulan mereka akan membincangkan
kehendak tugasan dalam bahagian proses. Guru akan menyediakan laman-laman web
yang boleh digunakan oleh pelajar untuk membantu mereka menyelesaikan tugasan.
Tugasan tersebut boleh dibuat menggunakan portfolio berkumpulan atau
komputer. Dalam bahagian penilaian, guru akan menyediakan rubrik yang mempunyai
kadar penilaian adil, jelas dan konsisten yang hanya mengfokuskan kepada tugasan yang
diberi sahaja. Penilaian ini boleh dilakukan oleh rakan dalam kumpulan atau secara
individu. Pelajar juga boleh menyatakan pengalaman dan membuat refleksi mengenai
proses kepada aktiviti yang telah dilalui. Pada akhir pembelajaran atau setelah selesainya
pelajar menyiapkan tugasan, mereka akan mendapat lebih banyak pengetahuan tentang
tajuk penyakit berjangkit dan tidak hanya bergantung kepada buku teks atau buku rujukan
sahaja. Hasil pembelajaran ini juga dapat mengubah tingkahlaku pelajar dari segi
kognitif, afektif dan psikomotor.

Kebaikan penggunaan kaedah webquests ini ialah pelajar dapat meneroka untuk
mendapatkan maklumat dengan menggunakan pendekatan inkuiri penemuan dan
konstruktivis. Ia juga memberi peluang kepada pelajar untuk menjalankan aktiviti secara
berkumpulan yang mana terhasillah sebuah gabungan pembelajaran samada secara
kolaboratif atau kooperatif.
Penggunaan Multimedia, ICT, Komputer Dan Video Klip

Multimedia merupakan gabungan elemen seperti teks, grafik, audio, animasi dan
video. Di dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan kesihatan, guru boleh
menggunakan multimedia untuk menyampaikan pelajaran. Satu kajian telah dijalankan
oleh Mohd. Arif dan Mohd. Jasmy (2002) yang mengkaji implikasi teknologi maklumat
dan komunikasi ke atas gaya pengajaran pendidikan jasmani yang memberi fokus
terhadap kemahiran permainan bola tampar. Didapati penggunaan multimedia mampu
mengubah gaya pengajaran seseorang guru dalam meningkatkan kemahiran permainan
bola tampar. Antara kebaikan yang bermakna hasil dari penggunaan multimedia untuk
pembelajaran ialah maklumat dapat dipersembahkan dalam pelbagai gaya pembelajaran
dan pelajar dapat belajar dengan kelajuan sendiri.
Dalam pendidikan kesihatan pula, guru juga dapat mengintegrasikan penggunaan
multimedia dalam tajuk pengajarannya. Sebagai contoh, dalam tunjang kesihatan diri dan
keluarga tajuk kesihatan diri tahun satu, guru boleh menggunakan LCD, laptop, alat
pembesar suara dan ICT dalam menyampaikan tajuk ini.
Dalam set induksi, guru boleh memainkan lagu Bangun Pagi, Gosok Gigi yang
telah mereka pelajari di pra sekolah. Murid dan guru menyanyikan lagu ini dengan
melakukan aksi seperti di dalam isi lagu. Penggunaan set induksi yang menarik seperti
nyanyian dapat menarik minat pelajar untuk menumpukan perhatian kepada isi pelajaran
nanti. Dalam bahagian penyampaian pula, guru boleh menayangkan gambar tubuh badan
dan gigi kepada pelajar. Semasa penayangan ini dilakukan, adanya sesi soal jawab antara
guru dan murid. Contohnya guru menyoal murid, Apakah nama bahagian bertanda A?
Gambar yang ditayangkan hendaklah mempunyai grafik atau animasi yang
menarik agar pelajar minat untuk melihat tayangan dan secara tidak langsung dapat

memberikan kesan pembelajaran yang berkesan. Ini adalah kerana pelajar terutamanya
pelajar tahap satu mudah tertarik dan belajar melalui penggunaan alat bantu mengajar
guru yang menarik. Kemudian, guru juga boleh menayangkan video cara memberus gigi
dengan betul. Guru boleh membawa pelajar dalam aktiviti berus gigi. Pelajar perlu
mengikut cara yang ditunjukkan di dalam video. Sebagai penutup, guru boleh
menayangkan gambar daripada internet akibat kecuaian menjaga kesihatan diri seperti
karies gigi, kudis dan kelemumur.
Guru boleh mencetak maklumat yang didapati dari internet dan mempamerkan
maklumat di dalam kelas pada sudut pendidikan kesihatan. Di sini, penggunaan buku
teks sebenarnya tidak diabaikan. Sebagai latihan atau kerja rumah pelajar, guru boleh
meminta pelajar menjawab soalan di dalam buku teks berdasarkan isi pelajaran yang
telah diajar guru dan maklumat yang dipamer di dalam kelas. Hasil pembelajaran
menggunakan multimedia didapati amat berkesan dan juga menarik. Murid akan lebih
mudah ingat isi pelajaran sekiranya guru menggunakan teknologi dan ICT di dalam
kaedah mengajar.

10

PENUTUP

Sebagai penutup, penggunaan teknologi dan ICT dapat membantu seseorang guru
dalam merancang pengajaran mereka sama ada perancangan sebelum, semasa dan selepas
menerbitkan bahan pengajaran. Kebolehan guru dalam mengintegrasikan aspek pedagogi,
psikologi dan teknologi dalam pengajarannya akan menentukan keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran berasaskan teknologi dan ICT. Ini juga membawa maksud kreativiti
guru yang membuat pengajaran mereka berjaya dan bukan sekadar menggunakan
teknologi yang canggih boleh membuat pembelajaran berkesan.
Dalam memastikan penggunaan teknologi dan ICT berkesan dalam pedagogi
kesihatan, guru perlu menambah dan mengembangkan pengetahuan dalam bidang
penggunaan teknologi dan ICT mengikut perkembangan edaran semasa. Hanya memuat
turun bahan dari internet dan memaparkan kepada pelajar adalah tidak mencukupi. Guru
juga perlu tahu bahan mana yang boleh digunapakai. Ini adalah kerana sesetengah
maklumat yang terdapat di internet masih kurang tepat atau sahih untuk digunakan di
dalam pengajaran guru.
Kemudian, guru perlu mengolah dan menyediakan pengajaran yang kreatif
berdasarkan bahan-bahan pengajaran yang telah didapati. Guru perlu merancang strategi
pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah yang sesuai mengikut faktor topik
pembelajaran, kesediaan dan tahap pengetahuan murid serta adanya alatan dan juga
bahan teknologi yang hendak digunakan bagi menjadikan suatu pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan.

11