Anda di halaman 1dari 8

PENGENALAN

Infeksi Pedikulosis atau lebih dikenali sebagai jangkitan kutu kepala adalah
manifestasi ektoparasit yang obligat iaitu Pediculus humanus capitis yang hanya
memberi kesan kepada kulit kepala manusia. Pedikulosis amat mudah berjangkit dan
biasa berlaku dikalangan kanak kanak berumur 3 hinga 12 tahun. Ianya adalah
masalah kesihatan komuniti yang berlaku di seluruh dunia yang berlaku pada kanak
kanak di negara maju dan yang sedang membangun ( M. Albashtawy dan F.Hasna,
2012)
Penyakit ini boleh didapati di seluruh dunia tanpa mengira usia, jantina, status
ekonomi ataupun status sosial. Gejala utama yang sering berlaku adalah gatal pada
kulit kepala terutama sekali pada bahagian belakang telinga dan tengkuk. Infeksi
pedikulosis berlaku pada semua peringkat usia terutama pada kanak-kanak dan
remaja. Pedikulosis kapitis juga sering berlaku pada wanita berbanding lelaki.
Penularan penyakit ini selalunya berlaku melalui kontek kepala dengan kepala.
Selain itu, penyakit ini juga boleh menular melalui barang-barang peribadi seperti
sikat, topi, bantal, dan aksesori rambut yang dipakai secara bergantian. Penjagaan
hygiene yang teruk juga boleh meningkatkan risiko berlakunya penyakit ini. Sebagai
contoh, jarang mencuci rambut dengan sempurna terutama kepada wanita yang
berambut panjang. (Attonk, 2003)

PERNYATAAN MASALAH
Satu kajian kes telah dilakukan terhadap seorang pelajar perempuan tahun 1
yang belajar di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Klebang di Perak. Dia
seorang pelajar india yang kelihatan kurus dan berkulit gelap. Dia mengadu sering
merasa gatal pada bahagian kulit kepala sejak dua minggu yang lalu. Pengambilan
sejarah pesakit telah dilakukan dan mendapati pesakit tinggal di rumah bersama
keluarga. Pesakit mengadu gatal di bahagian kulit kepala terutama pada waktu malam
dan menyebabkan pesakit tidak dapat tidur dengan lena. Pesakit kelihatan lemah pada
keesokan hari. Apabila ke sekolah pesakit tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian
terhadap pembelajaran akibat kegatalan tersebut. Selain itu , rambut pesakit kelihatan
tidak bermaya dan tidak kemas. Pesakit memberitahu yang dia hanya mencuci rambut
2 kali seminggu dan tidak mengeringkan rambutnya dengan sempurna kerana ingin
segera ke sekolah. Menurut kata guru sekolah terbabit , kakak pesakit yang bersekolah
ditempat yang sama juga mengadu tentang merasa gatal di bahagian kulit kepala.
Pesakit sering berkongsi barang peribadi seperti sikat , tuala dan aksesori rambut
bersama kakaknya. Selain itu ,pesakit tidur sekatil dengan akaknya di rumah. Setelah
melakukan pemeriksaan fizikal terhadap pesakit, didapati pada rambut pesakit
kelihatan telur kutu dan beberapa ekor kutu di rambutnya. Pesakit di sahkan telah
mendapat jangkitan pedikulosis. Setelah melakukan pemeriksaan fizikal yang lebih
mendalam pada rambut pesakit, didapati terdapat lebih banyak telur kutu berdekatan
bahagian belakang telinga pesakit. Selain itu , terdapat kesan kemerahan di bahagian
kulit kepala pesakit akibat menggaru terlalu kuat. Pesakit tidak mengalami demam
dan tiada jangkitan sekunder. Pesakit tidak pernah menggunakan sebarang ubat
pedikulosis sebelum ini. Pesakit juga kerap menggunakan sikat kutu untuk membuang
kutu.

PENCARIAN LITERATURE
Infeksi Pedikulosis atau lebih dikenali sebagai jangkitan kutu kepala adalah
manifestasi ektoparasit yang obligat iaitu Pediculus humanus capitis yang hanya
memberi kesan kepada kulit kepala manusia. Pedikulosis amat mudah berjangkit dan
biasa berlaku dikalangan kanak kanak berumur 3 hinga 12 tahun. Ianya adalah
masalah kesihatan komuniti yang berlaku di seluruh dunia yang berlaku pada kanak
kanak di negara maju dan yang sedang membangun ( M. Albashtawy dan F.Hasna,
2012)

Terdapat 3 kutu utama yang menyerang manusia iaitu Pediculus humanus


capitis (kutu kepala), Pthirus pubis ( kutu ketam ), dan Pediculus humanus humanus
( kutu badan). Pesakit yang menghidapi pedikulosis akan menunjukkan tanda-tanda
gatal pada bahagian kulit kepala, excoriations, limfadenopati serviks, dan
konjunktivitis.(Christine J Ko, Dirk M Elston, 2004)
Lelaki kelihatan kurang terdedah kepada serangan kutu berbanding
perempuan. Manakala kanak-kanak berkulit hitam kurang kerap mendapat jangkitan
daripada kanak-kanak berkulit putih. Sebab-sebab penemuan ini tidak pasti. Ada
kemungkinan bahawa insiden yang lebih rendah pada kanak-kanak berkulit hitam
adalah kerana kutu kurang mampu menggenggam bentuk atau lebar sesetengah jenis
rambut. (Adam O Goldstein & Beth G Goldstein,2013).
Pedikulosis kapitis adalah sangat mudah berjangkit. Pesakit boleh mendapat
jangkitan kutu melalui sentuhan rapat dan melalui perkongsian barang-barang
peribadi yang mudah dihinggapi kutu seperti sikat, topi, dan pakaian. Semua kenalan
rapat yang dijangkiti juga perlu dirawat pada masa yang sama untuk mengelakkan
infestasi semula. (John "Lucky" Meisenheimer, 2012)

Menurut (Lyn Guenther, 2012) Kutu adalah ektoparasit yang hidup pada
badan. Makanan kutu adalah darah manusia. Kutu akan menggigit kulit kepala
manusia dan menyuntik air liur, yang menyebabkan pesakit merasa gatal. Kutu
mampu bertahan di badan manusia. Walau bagaimanapun, kutu akan mati kebuluran
dalam tempoh 10 hari jika tidak berada di badan manusia.
3

Menurut (Lowell A. Goldsmith, 2008) sama ada kutu bergerak ataupun tidak,
telur boleh dilihat pada kulit kepala dan rambut pesakit. Setiap kutu adalah lebih
kurang 1-2 mm panjang dan berwarna putih-kelabu. Telur kutu melekat pada rambut,
dan biasanya terletak sangat dekat dengan kulit kepala. Di samping itu, lebam merah
boleh dilihat pada kulit kepala, leher, dan bahu. Jika pesakit menggaru dengan kuat,
lebam ini boleh menjadi scabbed. Adakalanya, nodus limfa di belakang telinga atau
pada bahagian leher juga boleh menjadi bengkak.

PERBINCANGAN
Menurut M Al Bashtawy & F. Hasna pedikulosis merupakan suatu penyakit
yang mudah berjangkit dan paling kerap terjadi di kalangan kanak-kanak yang
berumur 3 hingga 12 tahun. Kanak-kanak sekolah rendah berumur 6-12 tahun adalah
paling berisiko mendapat jangkitan, berbanding orang dewasa dan kanak-kanak dari
peringkat umur yang lain. (M. Al Bashtawy & F. Hasna, 2012). Kata -kata ini
diperkuatkan dengan bukti pesakit merupakan seorang pelajar sekolah kebangsaan
yang berumur 7 tahun.
Pedikulosis juga dikaitkan dengan banyak dihidapi oleh pelajar perempuan.
Menurut Adam O Goldstein & Beth G Goldstein lelaki kelihatan kurang terdedah
kepada serangan kutu berbanding perempuan. Manakala kanak-kanak berkulit hitam
kurang kerap mendapat jangkitan daripada kanak-kanak berkulit putih. Sebab-sebab
penemuan ini tidak pasti. Ada kemungkinan bahawa insiden yang lebih rendah pada
kanak-kanak berkulit hitam adalah kerana kutu kurang mampu menggenggam bentuk
atau lebar sesetengah jenis rambut. (Adam O Goldstein & Beth G Goldstein,2013).
Pesakit yang mengalami pedikulosis ini adalah pelajar perempuan tahun 1.
Pesakit juga sering mengadu merasa gatal pada bahagian kulit kepala terutama
sekali pada waktu malam. Pesakit tidak dapat tidur dengan lena dan menyebabkannya
kelihatan lemah pada keesokkan harinya juga dan menyebabkan pesakit tidak dapat
menumpukan sepenuh perhatian kepada pembelajaran. Pesakit tidak demam dan tidak
mendapat sebarang jangkitan sekunder. Menurut Lyn Guenther, kutu adalah
ektoparasit yang hidup pada badan. Makanan kutu adalah darah manusia. Kutu akan
menggigit kulit kepala manusia dan menyuntik air liur, yang menyebabkan pesakit
merasa gatal. Kutu mampu bertahan di badan manusia. Walau bagaimanapun, kutu
akan mati kebuluran dalam tempoh 10 hari jika tidak berada di badan manusia. (Lyn
Guenther, 2012)

Pesakit tinggal di rumah bersama keluarga dan mengaku sering berkongsi


barang-barang peribadi seperti sikat, dan tuala bersama kakak nya. Pedikulosis kapitis
sangat mudah berjangkit. Pesakit boleh mendapat jangkitan kutu melalui sentuhan
rapat dan melalui perkongsian barang-barang peribadi yang mudah dihinggapi kutu
seperti sikat, topi, dan pakaian. Semua kenalan rapat yang dijangkiti perlu dirawat
pada masa yang sama untuk mengelakkan infestasi semula. (John "Lucky"
Meisenheimer, 2012)
Hasil pemeriksaan fizikal yang terperinci mendapati bahawa terdapat kesan
kemerahan pada bahagian kulit kepala pesakit akibat menggaru terlalu kuat. Menurut
(Lowell A. Goldsmith, 2008) sama ada kutu bergerak ataupun tidak, telur kutu boleh
dilihat pada kulit kepala dan rambut pesakit. Setiap kutu adalah bersaiz lebih kurang
1-2 mm panjang dan berwarna putih-kelabu. Telur kutu melekat pada rambut, dan
biasanya terletak sangat dekat dengan kulit kepala. Di samping itu, lebam merah
boleh dilihat pada kulit kepala, leher, dan bahu. Jika pesakit menggaru dengan kuat,
lebam ini boleh menjadi scabbed. Adakalanya, nodus limfa di belakang telinga atau
pada bahagian leher juga boleh menjadi bengkak.
Pesakit mengaku ada menggunakan sikat kutu untuk membuang kutu di
kepala. Ianya merupakan cara merawat yang berkesan. Pesakit juga telah diberi
shampoo gamma benzene hexachloride 0.1% (lindane). Shampoo tersebut hendaklah
di sapu di kepala pesakit selepas mandi pada waktu petang dan kepala pesakit
hendaklah dibalut dengan kain yang bersih semalaman. Pada keesokkan harinya
pesakit hendaklah mencuci rambutnya menggunakan air suam. Keringkan rambut
dengan sempurna. Langkah ini hendaklah diulang selapas tujuh hari untuk
memastikan semua kutu dihapuskan. Pesakit juga dinasihatkan supaya tidak berkongsi
barang-barang peribadi dan sentiasa menjaga kebersihan diri dengan baik.

RUMUSAN
Pedikulosis kapitis adalah penyakit pada kulit kepala dan rambut yang
disebabkan oleh parasit Pediculus humanus capitis. Cara penularan penyakit ini
adalah melalui kontek kepala dengan kepala atau melalui benda-benda seperti sikat,
bantal, dan aksesori rambut. Manifestasi klinikal yang sering terjadi adalah gatal pada
kulit kepala terutama pada bahagian belakang telinga dan tengkuk leher yang
disebabkan oleh saliva dan ekskresi dari kutu yang dimasukkan ke dalam kulit ketika
menghisap darah. Diagnosis dapat dilakukan berdasarkan inspeksi pada kulit kepala
dan helaian rambut untuk melihat kutu yang masih hidup dan telurnya. Dengan
pemeriksaan fizikal yang mendalam, telur kutu dapat dikesan. Pencegahan dapat
dilakukan jika penjagaan kebersihan terutama pada rambut, pakaian, serta barangbarang peribadi dijaga dan dibersihkan dengan sempurna.

RUJUKAN
1. Attonk. (2008, April 24).Pedikulosis Kapitis. Retrieved on January12, 2014,
from http://attonk.wordpress.com/author/attonk/page/13/
2. Heukelbach, J., Wilcke, T., Winter, B. and Feldmeier, H. (2005),
Epidemiology and morbidity of scabies and pediculosis capitis in resourcepoor communities in Brazil. British Journal of Dermatology, 153: 150156.
doi: 10.1111/j.1365-2133.2005.06591.x
3. Christine J Ko & Dirk M Elston. (January, 2004). Pediculosis. Journal of the
American Academy of Dermatology, volume 50 (Issue 1), 112.
4. M. AlBashtawy & F. Hasna (2012), Pediculosis capitis among primary-school
children in Mafraq Governorate, Jordan. Eastern Mediterranean Health
Journal. EMHJ. vol 18. Na1. 2012.
5. Adam O Goldstein & Beth G Goldstein. (2013, July 14) Pediculosis capitis.
Retrieved on January 14, 2014, from
http://www.uptodate.com/contents/pediculosis-capitis
6. Lyn Guenther. (2012, February 9). Pediculosis Lice. Retrieved on January 14,
2014, from http://emedicine.medscape.com/article/2250137. John "Lucky" Meisenheimer. (2012), Retrieved on January 14, 2014,
from http://www.orlandoskindoc.com/pediculosis_capitis%201.htm
8. Lowell A. Goldsmith, Lawrence Etter, Lavanya Vaidya Nagaraj & Eliza
Myers. (2008,December 22), Head Lice (Pediculosis Capitis), Retrieved on
January 14, 2014, from
http://www.skinsight.com/infant/pediculosisCapitisHeadLice.htm#selfCare