Anda di halaman 1dari 23

Sistem Taayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

t3
s ?
4 'r s (

O ,
t = s : #$ #(
y 7t !
#$
% 4

O ,
t = s : #$ #(
y 7 t /3
%! .x u


y
%
Bertanyalah kepada mereka wahai Muhammad : Adakah di antara makhluk-makhluk yang kamu sekutukan dengan Tuhan itu, sesiapa yang mula
menciptakan sesuatu kejadian kemudian ia mengembalikan adanya semula pada Hari Qiyamat? Katakanlah: Allah jualah yang mula menciptakan sekalian
makhluk, kemudian Dia mengembalikan adanya semula untuk menerima balasan, oleh itu mengapa kamu rela dipalingkan kepada menyembah yang lain? [10:34]

@unc@a@u@m@n @

bra@c@@py@
Sistem Taayyun Wujud Dan Ontologi

Hadhrat Mujaddid Alf Tsani


K
Ka
ajjiia
an
nM
Ma
ak
kt
tu
ub
b 112222,, D
Da
afft
ta
ar
r JJiilliid
d 33,, M
Ma
ak
kt
tu
ub
ba
at
t IIm
ma
am
mR
Ra
ab
bb
ba
an
nii
Oleh:
Hadhrat Sufi Irshad Alam
Terjemahan:
Hadhrat Faqir Muhammad Tahair Bin Abdur-Rahman
Suntingan & Nazhar Farmudah:
Hadhrat Faqir Maulawi jalalludin Ahmad Ar-Rowi
Terbitan & Edaran:

Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits


Markazi Khanqah Abul-Khaliliyyah Naqsyabandiyyah Mujaddidiyyah
Akademi Khanqah Ruhani Bazi, Madrasah Ulul Azmi
Batu Caves, Gombak, Selangor Darul Ehsan
1436H/2015M

1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits

Sistem Taayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

Sistem Taayyun Wujud Dan Ontologi


Hadhrat Mujaddid Alf Tsani
Ini adalah terjemahan dan kajian ke atas Maktubat Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani Daftar
Jilid 3: Surat 122 yang telah dituliskan kepada Hadhrat Maulana Hassan Dehlawi yang
membincangkan Haqiqat Muhammad , pendapat Ibnu Arabi dan Shifat Wujud.
Bismillaahir-Rahmaanir-Rahiim
Alhamdulillahi Wa Salamun Ala Ibadihil-Ladzinash-Shtafa

Haqiqat Muhammad
Haqiqat Muhammad adalah ciptaan yang paling mulia. Haqiqat Muhammadi Alaihi
Minash-Shalawatu Afdhaluha Wa Minat-Taslimatu Akmaluha adalah penzahiran Zhuhur
yang pertama, ianya adalah Haqiqatul-Haqaiq yakni Haqiqat bagi segala Haqiqat. Semua
Haqiqat yang lain adalah seperti bayangan Zhilalnya, samada Haqiqat Nabi-nabi atau
Haqiqat Malaikat yang agung. Ia adalah Asal Haqiqat-haqiqat. Nabi telah bersabda,


Yang pertama sekali diciptakan oleh Allah ialah Ruhku! [As-Suyuthi]
Baginda juga telah bersabda, Sesungguhnya Allah menjadikanku dari Nur ZatNya dan
menjadikan orang Mukmin dari Nurku. [Hadits: Abdul Haqq Ad-Dehlawi, Madarij AnNubuwwah) Oleh yang demikian, semestinya Haqiqat Muhammad itu adalah Wasilah
atau Wasithah di antara semua Haqiqat dengan Haqq Taala. Dan tidak seorang pun yang
akan mencapai maksudnya tanpa Wasilah Nabi . Oleh kerana Baginda adalah Nabi
kepada Para Nabi dan kedatangannya adalah sebagai Rahmat kepada seluruh alam, atas
sebab inilah Nabi Ulul Azmi, walaupun sebagaimana dengan asal kewujudan, adalah
Nabi-Nabi ingin menjadi pengikutnya dan berharap untuk dimasukkan di kalangan
Umatnya, sepertimana yang telah diriwayatkan oleh Nabi di dalam Hadits.

1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits

Sistem Taayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

Kepunyaan Khas Ummat Nabi Muhammad


Soalan 1: Apakah kesempurnaan tersebut yang bergantung kepada menjadi pengikut
Nabi Muhammad ?Dan Nabi-Nabi yang lain tidak dapat mencapai kesempurnaan
tersebut walaupun mereka memiliki khazanah Kenabian?
Jawaban 1: Kesempurnaan tersebut adalah Wushul dan Ittihad dengan Haqiqat bagi
segala Haqiqat, iaitu Haqiqat Muhammad . Dan engkau boleh Wushul dan Ittihad
dengannya hanya jika dirimu adalah pengikut dan pewaris secara Tabiyyat dan Wiratsat
Nabi Muhammad . Sebenarnya, untuk Wushul dan Ittihad dengannya adalah bergantung
dengan Fadhzal Ilahi. Dan pemilikan Fadhzal Ilahi dengan bahagian yang banyak adalah
di kalangan Ummat Nabi Muhammad iaitu Wali di kalangan Wali yang Khawash. Dan
sekiranya seseorang itu bukan di kalangan Ummat Nabi Muhammad , seseorang itu tidak
dapat mencapai kesempurnaan khazanah Wushul dan Ittihad dengan Haqiqat Muhammad
, dan tirai hijab perantaraan di antara seseorang itu dengan Haqiqat Muhammad tidak
terangkat, dan tirai hijab perantaraan akan terangkat hanya melalui Ittihad dengan Haqiqat
Muhammad . Inilah sebabnya, Allah telah berfirman,

>& uyz G.
Kamulah sebaik-baik Ummat [3:110]
Baginda Nabi Muhammad adalah lebih Afdhal dari setiap seorang daripada Para
Nabi dan setiap satu daripada Para Malaikat yang mulia. Begitu juga, Baginda adalah
lebih Afdhal dari kesemua mereka yang dihimpunkan bersama. Sepertimana Ashal adalah
lebih Afdhal dari setiap satu bayangan Zhilalnya, malahan sekiranya bayangan Zhilal
tersebut mengandungi beribu bayangan Zhilal yang bertindih dengan yang lain. Apa
sahaja Faidhz yang terlimpah ke atas bayangan Zhilal, ianya telah diterima dari Tuhan
melalui Wasilah Wasithah dan pengikutan Thufaili daripada Ashal, iaitu Haqiqat
Muhammad . Faqir telah menerangkan dalam Maktubat bahawa Nuqthah Fawqah yang
di atas adalah lebih tinggi daripada kesemua Nuqthah Tahtah yang berada di bawah, yang
seumpama bayang-bayangan Zhilal kepada Nuqthah di atas. Nuqthah di atas adalah
seumpama Ashal dan kesemua Nuqthah di bawah adalah seumpama bayangan Zhilal
kepada Asal. Dan bagi Para Arifin, sekiranya dia menyeberangi Nuqthah yang di atas,
ianya adalah pencapaian yang lebih tinggi berbanding dengan sekiranya dia menyeberangi
kesemua Nuqthah yang berada di bawah.

1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits

Sistem Taayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

Haqiqat Muhammad Adalah Hubbi


Soalan 2: Berdasarkan kepada keterangan ini, ia membuktikan bahawa Wali yang
Khawash di kalangan Umat Muhammad yang telah Wushul dan Ittihad dengan Haqiqat
Muhammad ini adalah lebih tinggi daripa Para Nabi?
Jawaban 2: Tidak ada yang sedemikian telah ditetapkan. Yang telah ditetapkan hanyalah
mereka yang Khawash di kalangan Umat ini memiliki sebahagian daripada khazanah
tersebut, iaitu Wushul dan Ittihad dengan Haqiqat Muhammad sementara itu, Para Nabi
yang lain tidak memiliki bahagian tersebut. Masih juga, Para Nabi yang lain adalah lebih
tinggi kerana mereka dihiasi dan ditinggikan secara Ikhtisas dengan berbagai
kesempurnaan yang lain selain daripada Wushul dengan Haqiqat Muhammad . Malah,
bagi mereka yang Khawash dari Khawash di kalangan Umat Muhammad ini yang telah
mencapai kemajuan pada tahap yang tertinggi, kepalanya tidak sampai ke telapak kaki dari
kalangan Nabi yang terendah. Jadi, di manakah kemungkinan kesamaan atau ketinggian
mereka yang Khawash di kalangan Umat Muhammad terhadap Para Nabi? Allah telah
berfirman,

t=y9$# $t$t79 $oGu>x. Ms)t7y s)s9u


Dan demi sesungguhnya, telah ada semenjak dahulu lagi ketetapan Kami bagi hambahamba Kami yang diutus menjadi Rasul. [37:171]
Dan sekiranya seseorang di kalangan pengikutnya, sebagai hamba Thufail yang
tidak dijemput dan sebagai teman pengiring yang mengikuti Tabiiyyat Nabinya telah
sampai ke Maqam yang lebih tinggi dari Para Nabi, maka dia telah sampai ke sana adalah
sebagai seorang hamba atau seorang pengikut. Semua orang tahu bahawa seorang hamba
tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan rakan-rakan tuannya melainkan hanya
sebagai hamba. Pada setiap masa, seorang hamba akan menjadi hamba pengiring atau
Thufaili, sebagai hamba yang tidak dijemput yang mengiringi tuannya yang merupakan
tetamu kehormat. Haqiqat Muhammad iaitu Haqiqat kepada segala Haqiqat adalah
Taayyun dan penzahiran Cinta Zhuhur Hubbi. Cinta tersebut adalah Mabda permulaan
penzahiran dan Mansya punca penciptaan seluruh Makhluqat. Dalam sebuah Hadits
Qudsi,







Kuntu Kanzan Makhfiyyan. Fa-Ahbabtu An URafa. Fakhalaqtul-Khalqa Li-URafa.
Daku adalah khazanah tersembunyi dan Daku ingin diketahui. Kerana itu lalu Daku
menciptakan Makhluq agar Daku diketahui.

1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits

Sistem Taayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

Hadits ini membuktikan bahawa yang pertama-tama sekali terbit daripada khazanah
tersembunyi adalah Cinta Hubbi. Ianya iaitu Cinta Ilahi adalah sebab bagi penciptaan
makhluk-makhluk Khalaiq. Sekiranya Cinta Ilahi ini tiada, makhluk-makhluk yang lain
tidak akan diwujudkan. Sebaliknya, alam semesta akan tetap teguh dan tertanam di dalam
Adam ketiadaan. Rahsia sebuah Hadits Qudsi,

Law Laka Lama Khalaqtul-Aflaka


Kalau bukan keranamu, tidak akan Aku ciptakan angkasa raya, sebenarnya terletak di
sini. Dan haqiqat sebuah Hadits Qudsi,

Law Laka Lama Azhartu Ar-Rububiyyata


Kalau bukan keranamu, tak akan Daku menzahirkan RububiyatKu hendaklah dicari di
sini.

Taayyun Pertama Adalah Taayyun Hubbi


Soalan 3: Ibnu Arabi, penulis kitab Futuhat Makkiyyah, telah mengatakan bahawa
Taayyun Awwal iaitu Haqiqat Muhammad adalah Taayyun Hadhrat Ilmi Ijmali.
Sebaliknya, di dalam penulisan Tuan Hadhrat sebelum ini, telah mengatakan bahawa
Taayyun Awwal adalah Taayyun Wujudi. Tuan Hadhrat telah berpendapat bahawa
pusatnya iaitu bahagian Asyraf dan Asbaq yang paling mulia dan paling awal mendahului
adalah Haqiqat Muhammad . Dan Tuan telah menegaskan bahawa Taayyun Hadhrat
Ilmi Ijmali sebagai bayangan kepada Taayyun Wujudi. Dan sekarang ini, Tuan Hadhrat
telah menuliskan bahawa Taayyun Awwal adalah Taayyun Hubbi dan itulah Haqiqat
Muhammad . Bolehkah kiranya Tuan menyusun semula kenyataan yang saling
bercanggahan ini?
Jawaban 3: Selalunya akan berlaku, bahawa bayangan sesuatu benda menunjukkan
dirinya sebagai Ashal benda tersebut dan menarik Salik ke arahnya. Oleh itu, dua
Taayyun tersebut iaitu Taayyun Ilmi Ijmali dan Taayyun Wujudi adalah Taayyun yang
pertama sekali yang akan kelihatan bagi Para Arifin semasa Urujnya sebagai Ashal
Taayyun, yang pada Haqiqat sebenarnya adalah Taayyun Hubbi.

Taayyun Kedua Adalah Wujudi


Soalan 4: Bagaimana mungkin Tuan Hadhrat boleh mengatakan bahawa Taayyun
Wujudi adalah bayangan Zhilal bagi Taayyun Hubbi? Apabila Wujud datang sebelum
Cinta dan Cinta adalah salah satu cabang Wujud?
1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits

Sistem Taayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

Jawapan 4: Faqir telah membuktikan di dalam Maktubat bahawa Haqq Taala Wujud
dengan ZatNya, bukannya Wujud dengan memerlukan Shifat Wujud. Begitu juga, Lapan
Shifat Wajib, Wujud dengan Zat Wujubi bukannya dengan Shifat Wujud. Ini kerana
kedua-dua Wujud and Wujub sama sekali tidak ada peluang di sana untuk Wujud pada
Martabat La Taayyun itu kerana kedua-duanya adalah hanya Itibarat. Untuk mengadakan
alam semesta supaya Wujud secara Ijad, Itibar pertama yang dijadikan adalah Itibar
Hubbi. Apa yang dijadikan seterusnya adalah Itibar Wujud yang merupakan permulaan
untuk mengadakan alam semesta supaya Wujud. Tanpa kedua-dua Itibar ini, Itibar Hubbi
dan Itibar Wujud, Zat Wajib tidak bergantung Istighna kepada alam semesta atau
mengadakan alam semesta menjadi Wujud. Sepertimana ayat Al-Quran,

tn=y9$# t ;_ts9 !$# )


Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya tidak memerlukan sesuatu dari alam semesta.
(29:6)
Taayyun seterusnya adalah sama dengan Ibnu Arabi. Engkau mungkin tidak dapat
memerhatikan apa-apa Shifat di sana iaitu pada peringkat di mana Shifat-shifat belum lagi
Mutaayyin ditentukan. Engkau boleh mengatakan mengatakan bahawa Taayyun Ilmi
Ijmali adalah bayangan Zhill bagi dua Taayyun sebelumnya iaitu Taayyun Hubbi dan
Taayyun Wujudi, dengan menganggap bahawa dua Taayyun tersebut adalah Itibar Zat
yang bertakluk dengan Shifat. Dan Shifat adalah seperti bayangan Zhill Zat Tuhan dan
Taayyun Ilmi Ijmali ini adalah bayangan Zhill bagi Taayyun Hubbi dan Taayyun
Wujudi. Hendaklah engkau ketahui bahawa apabila engkau memerhatikan dengan
pemerhatian yang mendalam terhadap Taayyun Awwal atau Taayyun Hubbi, dengan
limpah kurniaNya engkau akan mengetahui bahawa Markaz bagi Taayyun Awwal
tersebut adalah Hubbi atau Haqiqat Muhammad . Dan lingkaran Taayyun tersebut
adalah berbentuk bulatan dalam bentuk misalan. Dan lingkaran itu adalah seperti
bayangan Zhill kepada pusat Markaz tersebut, dan ianya dipanggil sebagai Khullat atau
Haqiqat Ibrahim . Oleh itu, Hubbi adalah Ashal dan Khullat sebenarnya adalah bayangan
Zhill Hubbi. Pusat Markaz ini dan lingkaran luaran bulatan tersebut, kedua-duanya
bersama-sama terzahir sebagai Taayyun Awwal. Bahagian bulatan adalah yang paling
Asyraf kemuliaan dan paling Asbaq ketinggian adalah Markaz pusatnya dan ianya adalah
Hubbi. Apabila dipandang dengan pandangan Kasyaf, bahagian pusat bulatan terzahir
sebagai Taayyun Hubbi dan bahagian tersebut adalah Ashal dan bahagian tersebut adalah
lebih menguasai. Lingkaran luaran bulatan tersebut adalah seperti bayangan Zhill kepada
pusatnya dan lingkaran luaran adalah terbentuk daripada pusatnya. Dari sudut pusat
bulatan tersebut, kita mengetahui bahawa pusat tersebut adalah Ashal dan Mansya
puncanya iaitu lingkaran luaran bolehlah dianggap sebagai Taayyun Kedua. Namun,
pandangan Kasyfi tidak menunjukkan dua Taayyun. Sebaliknya, ianya adalah satu
1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits

Sistem Taayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

Taayyun yang merangkumi Hubbi dan Khullat, dan satu Taayyun itu adalah
mengandungi satu pusat dan lingkaran luaran bulatan. Dalam pandangan Kasyfi, Tayyun
Kedua adalah Taayyun Wujudi dan ianya seperti bayangan Zhill kepada Taayyun Pertama
yang telah diterangkan tadi. Oleh kerana pusatnya adalah Ashal bagi lingkaran bulatan
yang meliputi, maka untuk mencapai maksud untuk sampai ke Ashal, tidak ada pilihan
lain bagi lingkaran bulatan mestilah menggunakan Wasilah pusatnya. Pusatnya adalah
Ashal dan Ijmal bagi bulatan tersebut. Oleh yang demikian, seseorang akan Wushul ke
maksud tuntutannya hanya dengan jalan yang akan melalui pusat Markaz tersebut.
Penerangan ini menjelaskan bahawa Habibullah dan Khalilullah , kedua-duanya saling
berkait rapat dan bergabung. Di sini, Ashal adalah Wasilah bagi bayangan Zhill untuk
Wushul kepada maksud yang dituntut. Maka justeru itu, Hadhrat Khalilullah Nabi
Ibrahim akan memohon Wasilah Hadhrat Habibullah Nabi Muhammad dan
berkeinginan untuk masuk menjadi di kalangan Umatnya sepertimana yang telah
diriwayatkan di dalam Hadits.

Nabi Muhammad Dan Jalan Nabi Ibrahim


Soalan 5: Apabila hubung-kait mereka adalah sebegini yang mana Nabi Muhammad
adalah jauh lebih tinggi martabat ketinggiannya dari Nabi Ibrahim , maka mengapa
Habibullah telah diarahkan untuk mengikuti jalan Nabi Ibrahim ?Apakah
maksudnya? Dan dalam Shalawat Nabi telah berdoa, Sebagaimana Engkau Shalawatkan
dan Salam ke atas Ibrahim.( Kamaa Shallayta Wa Sallamta Alaa Ibrahim)?
Jawapan 5: Haqiqat sesuatu perkara yang dimaksudkan di sini bahawa Haqiqat
Muhammad lebih tinggi martabat kedudukannya dan lebih dekat ianya kepada Allah
Taala, lebih banyak mengandungi lokus penzahiran Haqiqat tersebut di dalam Alam
Unsur iaitu dalam bentuk tubuh Nabi Muhammad . Dan Haqiqat tersebut iaitu Haqiqat
Muhammad akan lebih banyak dibaluti dengan shifat kemanusiaan atau Basyariyyat.
Oleh itu, adalah semakin sukar bagi lokus penzahiran Nabi Muhammad apabila dia
hidup dalam bentuk fizikal untuk Uruj kepada Haqiqat Muhammad tersebut. Nabi
Ibrahim yang telah dikurniakan dengan Shifat Khullat adalah jalan yang lebar untuk
sampai kepada Haqiqat Ibrahim , dan Haqiqat Ibrahim terletak dekat dengan Haqiqat
Muhammad sepertimana yang telah dikatakan sebelum ini. Dan Hadhrat Nabi Ibrahim
telah sampai ke Haqiqat Ibrahim melalui jalan tersebut. Oleh sebab itulah, Hadhrat Nabi
Muhammad telah diperintahkan untuk sampai ke Haqiqat Muhammad dengan
mengikuti jalan Ibrahim , kerana jalan membawa kepada Haqiqat Ibrahim adalah lebih
dekat dengan Haqiqat Muhammad . Dalam Shalawat semasa Shalat, Hadhrat Sarwar Nabi
Muhammad telah menyarankan kepada kita untuk berdoa bershalawat memohon
keberkatan sebagaimana yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim tetapi Baginda telah
menyarankan kepada kita hanya selepas Baginda telah sampai ke Daulat kemuliaan
1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits

Sistem Taayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

mencapai Haqiqat Muhammad . Sebaliknya, boleh juga kita katakan bahawa sekiranya
seorang yang tinggi kedudukannya diarahkan untuk mengikuti seorang yang lebih rendah
kedudukannya, maka dalam arahan untuk mengikuti ini, beliau tidak perlu mempunyai
suatu kelemahan. Sepertimana Allah Taala telah memerintahkan Nabi Muhammad
untuk bermesyuarat dengan Para Sahabat,

( F{$# $xu
Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam sesuatu hal perkara. [3:159]
Bersama dengan perintah untuk bermesyuarat dengan Para Sahabat, datang juga
perintah untuk mengikuti mereka. Atau sebaliknya apakah faedahnya mesyuarat?

Haqiqat Abu Bakar Dan Haqiqat Israfil


Haqiqat Hadhrat Abu Bakar Ash-Shiddiq adalah Nama Ilahi Murabbinya iaitu Mabda
Taayyunnya. Dan ianya adalah terus secara langsung bayangan Zhill bagi Haqiqat
Muhammad dengan tanpa apa-apa perantaraan di antara kedua-duanya. Haqiqat Abu
Bakar adalah bayangan secara langsung. Dan oleh yang demikian, ianya adalah pengikut
dan pewaris langsung Haqiqat Muhammad . Oleh itu, apa sahaja yang terdapat di dalam
Haqiqat Muhammad , kesemuanya terdapat di dalam bayangan Zhill secara langsung
iaitu Haqiqat Abu Bakar. Atas sebab inilah, Hadhrat Abu Bakar Ash-Shiddiq adalah
pewaris yang paling Akmal sempurna dan paling Afdhal di kalangan Umat Muhammad .
Nabi Muhammad telah bersabda,


Ma Shabba Allahu Shay-an Fi Shadri Illa Wa Qad Shababtuhu Fi Shadri Abi Bakrin.
Apa sahaja yang Allah Taala limpahkan ke dadaku, daku telah limpahkan semuanya ke
dalam dada Abu Bakar.
Telah disingkapkan juga bahawa Haqiqat Israfil adalah sama dengan Haqiqat
Muhammad . Namun, ianya tidak mempunyai hubungan antara Ashal dan Bayangan
Zhilal sepertimana halnya kaitan hubungan antara Haqiqat Muhammad dan Haqiqat
Abu Bakar. Di sana, Haqiqat Muhammad adalah Ashal dan Haqiqat Abu Bakar adalah
bayangan Zhilal. Sebaliknya, dalam hal ini kedua-dua Haqiqat Muhammad dan Haqiqat
Israfil adalah Ashal dan kedua-duanya bukanlah bayangan Zhilal bagi yang lain.
Bagaimanapun, terdapat perbezaan di antara Kulliyyat keseluruhannya dan juzuk-juzuk
Juziyyatnya. Nabi Muhammad adalah pemimpin secara Kull keseluruhannya dan sebab
itulah Haqiqat bagi pemimpin tersebut telah dinamakan dengan namanya iaitu Haqiqat
Muhammad . Haqiqat-haqiqat bagi semua Malaikat yang lain telah dijadikan daripada
Haqiqat Israfil.

1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits

Sistem Taayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

Ahli SHufi Yang Mengatasi Haqiqat Dirinya


Soalan 6: Mungkinkah seorang Shufi yang telah Uruj sehingga sampai ke Haqiqat
dirinya iaitu Nama Ilahi, Murabbinya kemudian boleh Uruj lagi menaik ke atasnya?
Jawaban 6: Sayr Ilallah dilengkapkan apabila seorang Shufi Wushul kepada Haqiqat
selepas menempuh melalui peringkat-peringkat Suluk. Dan ianya dilengkapkan dengan
dua cara.
Cara Pertama
Cara pertama adalah Wushul bukannya sehingga ke Haqiqat Nama Ilahi, tetapi sebaliknya
sehingga ke bayang dari bayangan Nama, semasa bayang menunjukkan dirinya sebagai
Haqiqat diriNya. Dan Haqiqat tersebut menunjukkan dirinya sebagai Haqiqat
kewujudannya dan sebagai lokus penzahiran dalam Nama Ilahi pada Mazhahir yang wajib
baginya. Kesannya, akan kelihatan bahawa bayangan Nama Ilahi tersebut adalah seolaholah Haqiqat itu sendiri. Kekeliruan sebegini terjadi pada banyak tempat atas jalan ini.
Ianya adalah lembah yang berbahaya bagi Para Salikin. Hanyalah semata-mata dengan
Rahmat Allah Taala, Salik akan diselamatkan daripada lembah ini. Tidak ragu-ragu
bahawa seseorang mungkin boleh mendapat peningkatan menaiki sehingga ke atas bayang
ini yang kelihatan seperti Haqiqat, bahawa sebenarnya ianya memang berlaku.
Cara Kedua
Cara kedua adalah dia Wushul sehingga ke Haqiqat dirinya. Dalam hal ini, dia mungkin
tidak dapat meningkat naik melebihinya tanpa perantaraan yang mengiringi dan
mengikuti secara Thufailiyyat dan Tabiiyyat orang yang lain kerana Haqiqat tersebut
adalah penghujungan Nihayat bagi Istidad kesediaannya, yang akan membawanya pergi.
Bagaimanapun, sekiranya melalui perantaraan orang lain, dia dibawa ke Haqiqat orang lain
yang berada di atas Haqiqat dirinya, maka, dia mungkin akan mencapai peningkatan lalu
mengatasi Haqiqat dirinya untuk sampai ke Haqiqat yang lebih tinggi. Adalah dikatakan
bahawa perjalanan ini adalah Sayr Qasri iaitu perjalanan dengan dipaksa, dimana
seseorang mendapat peningkatan bukannya dengan kemampuannya tetapi dengan
menggunakan kemampuan orang lain. Dan dia mencapai peningkatan maju ke tahap yang
melampaui apa yang sepatutnya semula jadi secara Tabii untuknya atau yang mana dia
bersedia secara Istidadi untuknya. Sebahagian kecil dari perkara ini telah dinyatakan pada
bahagian sebelum ini, dalam menjelaskan tentang Wushul ke Haqiqat Muhammad .

Perjalanan Mengatasi Haqiqat Muhammad


Soalan 7: Haqiqat Muhammad adalah Haqiqat kepada semua Haqiqat yakni
Haqiqatul-Haqaiq. Tiada Haqiqat daripada Haqiqat yang Mumkinat yang berada di atas
1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits

Sistem Taayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

mengatasi Haqiqat Muhammad . Maka, bagaimana mungkin seseorang boleh menaiki


mengatasinya? Bagaimanapun, Tuan Hadhrat telah menulis dalam tulisan Tuan bahawa,
Telah mencapai peningkatan yang di atas Haqiqat Muhammad . Apa yang Tuan
Hadhrat maksudkan dengan ini?
Jawaban 7: Tidak! Tidak ada seorang pun yang mungkin dapat mencapai peningkatan
yang di atas Haqiqat Muhammad kerana di atas Haqiqat Muhammad terletaknya
martabat La Taayyun. Tidak ada Mutaayyun yang boleh Wushul dan bergabung kepada
martabat La Taayyun ini. Sesetengah orang mengatakan bahawa Shufi mungkin boleh
mencapai peningkatan yang di atas Haqiqat Muhammad dan sampai ke La Taayyun dan
mereka memberikan alasan dengan mengatakan bahawa Wushul dan bergabung kepada
martabat La Taayyun adalah Tanpa Bagaimana yakni tanpa Kaifiyyat kebagaimanaan.
Namun, bercakap dengan cara sedemikian bukanlah bercakap dengan fasih dan betul
kerana ianya adalah percakapan yang sia-sia. Mereka mendapat ketenangan dengan
percakapan yang sia-sia kerana mereka belum lagi mencapai kefahaman yang benar
tentang kaitan hubungan di antara Wujubi yang La Taayyun dan Mumkinat Mutaayyun
yang dapat ditentukan. Apabila faqir menuliskan, Telah mencapai peningkatan yang di
atas Haqiqat Muhammad , apa yang faqir maksudkan dengan Haqiqat tersebut adalah
sebenarnya bayangan bagi Haqiqat tersebut. Apa yang faqir harus nyatakan adalah Telah
mencapai peningkatan yang di atas bayangan Zhill Haqiqat Muhammad . Dan apa yang
faqir maksudkan dengan Haqiqat Muhammad di sana adalah sebenarnya bermaksud
Taayyun Hadhrat Ilmi Ijmali atau Wahdat. Pada masa itu, faqir masih keliru di antara
bayangan Zhill Haqiqat Muhammad iaitu Taayyun Ilmi Ijmali dengan Ashal. Adalah
dengan limpahan Rahmat Ilahi semata-mata, apabila faqir telah dibebaskan daripada
kesemua bayangan dan mencapai peningkatan Mukasyafah yang lebih tinggi, faqir
mendapati bahawa seseorang itu tidak mungkin dapat untuk mencapai peningkatan yang
di atas Haqiqat kepada semua Haqiqat iaitu Haqiqat Muhammad . Bahkan, bahawa ianya
benar-benar mustahil sekiranya seseorang mengangkat kakinya dan melangkah keluar dan
meninggalkan Daerah Imkan dan meletakkan kakinya ke dalam Daerah Wujubi. Dan ianya
adalah mustahil dari segi kedua-dua pemikiran Aqli dan hukum Syari.
Soalan 8: Dengan pengesahan di atas, ianya menunjukkan bahawa Hadhrat Nabi
Muhammad , penutup bagi Para Nabi tidak mencapai ke peringkat yang mengatasi
Haqiqat Muhammad , adakah ianya benar?
Jawaban 8: Bahawa Hadhrat Nabi Muhammad memiliki kedudukan yang tinggi dan
martabat yang dimuliakan. Namun, beliau adalah sentiasa termasuk dalam perkara Imkani
dan beliau tidak akan meninggalkan Daerah Imkan atau mencapai penyatuan dengan Yang
Wajib, ianya akan bermaksud bahawa beliau akan berubah menjadi Tuhan Uluhiyyat.
Bagaimanapun, Allah Taala adalah di luar dari memerlukan sebarang sekutu.
1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits

10

Sistem Taayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

Da Ma Addaatu An-Nashara Fi Nabihim.


Apa yang orang Kristian katakan tentang Nabi mereka,
Janganlah berkata sedemikian tentang Nabiku.

Mencapai Haqiqat Muhammad :


Perbezaan Di Antara Nabi Dan Wali
Soalan 9: Daripada pengesahan di bahagian sebelum ini, adalah jelas bahawa Muslim
yang lain sebagai Thufaili hamba pengiring dan pewaris tuannya iaitu Baginda Nabi
Muhammad mungkin dapat mencapai Haqiqat kepada semua Haqiqat. Dan mungkin
terbentuklah suatu jenis penggabungan dan penyatuan dengan Haqiqat Muhammad
tersebut dan kemudiannya mendapat sebahagian dari kesempurnaan kemuliaannya.
Malah, Hijab penghadang di antara mereka dan Haqiqat Muhammad telah diangkat dan
perantaraan telah dihapuskan dan mereka mencapai martabat kesempurnaan yang
tertinggi. Sekiranya sedemikian, maka apakah perbezaan di antara pengikut yang Khawash
dan pemimpinnya iaitu Nabi Muhammad atau di antara tetamu kehormat yang asli dan
hamba pengiring yang Thufaili dalam kesempurnaan ini? Dan apakah ketinggian
pemimpin dan tetamu kehormat ke atas pengikutnya dan hamba pengiring?
Jawaban 9: Mereka yang telah Wushul sampai dan Ilhaq bergabung dengan Haqiqat
Muhammad , dapat berbuat demikian dengan cara sebagaimana seorang hamba yang
beserta dengan tuannya, atau hamba pengiring yang mengiringi tetamu kehormat.
Walaupun mereka yang telah mencapainya adalah Khawashul-Khawash, yang hanya
sedikit jumlahnya, masih lagi dia sendiri adalah hamba. Malah, dalam hal sekiranya dia
adalah Nabi, masih lagi dia hanyalah seorang hamba pengiring Thufaili yang makan sisasisa makanan tuannya. Bagaimana mungkin dia adalah sama martabatnya dengan tuannya?
Dan di mata tuannya, apakah kehormatan and ketinggian yang dimiliki oleh hamba
tersebut? Dia tetap seorang Thufail hamba pengiring, walaupun dia duduk dengan tuannya
yang merupakan tetamu kehormat, dan makan bersama dengan tuannya, dia masih lagi
seorang hamba pengiring. Sekiranya hamba tersebut sampai ke istana yang besar dan
indah bersama-sama dengan tuannya, memakan sisa-sisa makanan yang enak yang dibuat
untuk tuannya atau menerima penghormatan, masih lagi dia menerimanya disebabkan
oleh ketinggian kedudukan tuannya dan kemulian mengikuti tuannya. Adalah dikatakan
bahawa tuannya menerima lebih penghormatan kerana hamba yang mengiringinya,
walaupun dia sudah pun memiliki kehormatan yang sudah diberikan kepadanya.

1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits

11

Sistem Taayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

Ganjaran Pemimpin Dan Pengikutnya Tidaklah


Sama Tarafnya
Dengarlah! Nabi telah bersabda, Sesiapa yang memulakan Sunnah yang baik, ditulis
untuknya pahala sepertimana pahala semua orang yang mengamalkannya tanpa
dikurangkan pahala mereka para pengamal itu sedikit pun. [Muslim] Oleh itu, lebih banyak
pengikut yang mengikuti pemimpin di atas jalan kebaikan yang didirikannya, lebih
banyak ganjaran pahala yang akan diperolehinya. Justeru, bagaimana mungkin seorang
pemimpin dan pengikut boleh menjadi sama tarafnya? Apakah persamaan yang boleh
engkau fikirkan untuk mereka? Dengarlah! Dengarlah! Segolongan manusia mungkin
berada pada Maqam yang sama dan mereka mungkin mendapat bahagian dari khazanah
yang sama. Masih lagi, mereka akan dilayan secara berbeza, tetapi tidak seorang pun akan
mengetahui tentang yang lain. Di dalam Syurga, isteri-isteri Rasulullah akan tinggal
bersamanya di tempat yang sama. Mereka akan makan makanan yang sama dan minum
minuman yang sama. Namun, mereka tidak akan diberi layanan yang sama sebagaimana
Rasulullah . Begitu juga mereka tidak akan mendapat kenikmatan yang sama dan
kepimpinan yang dimiliki oleh Rasulullah . Walaupun mereka berkongsi semua
bahagian mereka dengan Nabi , keistimewaan Afdhaliyyat yang mereka perolehi tidak
akan sama dengan keistimewaan Afdhaliyyat yang diterima oleh Rasulullah . Sekiranya
mereka berkongsi keistimewaan dengan Nabi , maka sepertimana ketinggian Nabi ,
mereka adalah lebih tinggi dari orang awam. Ini kerana, keistimewaan Afdhaliyyat adalah
bergantung kepada banyaknya ganjaran di sisi Allah Taala .

Semua Taayyun Adalah Mumkinat


Soalan 10: Taayyun Hubbi iaitu Taayyun Awwal atau Haqiqat Muhammad , adakah
ianya Imkani atau Wujubi? Adakah ianya yang Hadits baharu atau Qadim sedia ada? Ibnu
Arabi dalam menulis Fushush, telah mengatakan Taayyun Awwal adalah Haqiqat
Muhammad , yang juga adalah Wahdat. Begitu juga, beliau telah mengatakan Taayyun
Kedua adalah Wahidiyyat. Beliau telah menetapkan bahawa Ain Tsabitah atau Haqiqathaqiqat Mumkinat berada pada Martabat Wahidiyyat. Beliau memaggil kedua-dua
Taayyun tersebut sebagai Taayyun Wujubi dan menganggapnya sebagai Qadim. Beliau
menganggap bahawa tiga Taayyun yang lain iaitu Taayyun Ruhi, Taayyun Mitsali dan
Taayyun Jasadi sebagai Taayyun Imkani. Apakah ulasan Tuan Hadhrat Mujaddid
mengenai perkara ini?
Jawapan 10: Pada pendapat faqir, tidak ada yang berkait dengan Taayyuni atau
Mutaayyuni. Apakah Taayyun di sana yang menjadikan La Taayyuni kepada
Mutaayyuni? Percakapan sedemikian datangnya dari perasaan Dzauq Ibnu Arabi dan
1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits

12

Sistem Taayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

pengikutnya semasa mengalami keadaan mabuk keruhanian. Sekiranya perkataan yang


sama berlaku dalam tulisan faqir, maka ianya hendaklah dianggap sebagai percakapan
yang juga datangnya dari mabuk keruhanian seperti Dzauq yang seumpamanya. Pada
setiap masa hendaklah kita ketahui bahawa kedua-dua Taayyun tersebut sebenarnya
adalah Taayyun Imkani. Dan ianya adalah dijadikan dan perkara baharu yakni Makhluq
dan Hadits. Nabi telah bersabda,

Awwalu Ma Khalaqa Allahu Nuri. [Suyuthi]


Pertama-tama apa yang telah diciptakan oleh Allah adalah cahaya Nurku.
Dalam Hadits yang lain dikatakan bahawa tempoh masa penciptaan Nur tersebut
juga telah disebutkan. Sepertimana sabda Nabi , Dua ribu tahun sebelum penciptaan
alam. Dan segala yang dijadikan dan yang sebelumnya berada di dalam ketiadaan Wujud
adalah Imkani dan Hadits baharu. Haqiqat Muhammad adalah Haqiqat yang merupakan
pendahulu bagi semua Haqiqat-haqiqat. Apabila ianya juga adalah Makhluk dan
Mumkinat, maka kesemua Haqiqat-haqiqat yang lain juga adalah Makhluk, Mumkinat dan
Hadits. Haqiqat Muhammad dan juga Haqiqat Mumkinat atau Ain Tsabitah, Syaikh
Ibnu Arabi menetapkan ianya sebagai Wujubi dan Qadim? Bukankah ia menakjubkan!
Ianya bercanggah dengan sabda Nabi . Setiap juzuk bahagian Mumkinat adalah
Mumkinat. Kedua-dua rupa bentuk Shurat dan Haqiqat, ianya juga adalah Mumkinat.
Bagaimana mungkin Taayyun Wujubi boleh menjadi Haqiqat Mumkinat? Haqiqat
Mumkinat mestilah Mumkinat juga. Perkara Mumkinat tidak memiliki apa-apa saling
kaitan atau hubungan Isytarak dan Intisabi dengan Wujubi, melainkan perkara Mumkinat
tersebut hanyalah ciptaan yang Wujubi dan yang Wujubi adalah Penciptanya. Bahawa
Syaikh Ibnu Arabi tidak membezakan di antara yang Wajib dan Mumkin dan beliau
sendiri mengatakan bahawa tidak ada perbezaan di antaranya. Sekiranya dia memberikan
alasan yang sama dan sekiranya dia mengatakan bahawa yang Wajib adalah Mumkinat dan
Mumkinat adalah yang Wajib, maka dia janganlah takut. Sekiranya Allah memaafkannya,
maka ianya di atas KerahimanNya dan PengampunanNya.

4 $t'szr& r& !$u ) !$t{#x? $o/u


Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami
tersalah. [2:286]
Soalan 11: Di dalam tulisan sebelum ini, Tuan Hadhrat Mujaddid telah menetapkan
kaitan hubungan Ashal-Zhilal di antara Wujubi dan Mumkinat. Dan Tuan Hadhrat telah
berkata Mumkinat adalah bayangan Wujubi. Dan Tuan Hadhrat juga telah menuliskan
bahawa Wujubi, disebabkan ianya dengan iktibar sebagai Ashal adalah Haqiqat bagi
Mumkinat dan Mumkinat adalah bayangannya. Dan Tuan Hadhrat telah menyingkapkan
1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits

13

Sistem Taayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

seluruh Marifat yang dipanggil Zhilliyyat berdasarkan kepada kenyataan tersebut.


Sekiranya Syaikh Ibnu Arabi mengatakan bahawa Wujubi adalah Haqiqat Mumkinat
dalam perkara ini, mengapakan beliau tidak boleh berkata demikian? Kenapa beliau masih
dipersalahkan?
Jawaban 11: Marifat ini yang menetapkan kaitan hubungan di antara Wujubi dan
Mumkinat tidak ada bukti dan dalilnya dalam Syariat. Kesemua Marifat tersebut adalah
Marifat yang terbit dari kemabukan Ruhaniyyah. Ianya disebabkan ketidakmampuan
untuk sampai ke Haqiqat kaitan perhubungan di antara yang Wajib dan Mumkinat
tersebut.
Mumkin Cheh Bud, Ke Zhill-I Wajib Ba Shod
Apakah kuasa yang dimiliki oleh Mumkinat?
Bahawa mereka boleh menjadi bayangan Yang Wajib.
Mengapa Yang Wajib akan memiliki bayangan? Apabila bayangan adalah khayalan
Mitsal Mawhum kewujudan bagi perkara yang Ashal, iaitu dalam hal ini adalah Tuhan.
Begitu juga bayangan Zhill membuktikan bahawa terdapatnya kelemahan iaitu Ashal tidak
sempurna kehalusannya. Apabila Nabi Muhammad tidak memiliki bayang kerana
kehalusan jasadnya, maka bagaimana mungkin Tuhan Muhammad boleh memiliki
bayang? Zat IIahi Wujud di luar dengan ZatNya, Istiqlal tidak bergantungan dan dengan
Lapan Shifat-shifatNya, itulah Haqiqat Allah Taala. Selain daripada itu, kesemua yang lain
adalah Wujud yang dijadikan dan Dia telah Ijad menjadikannya. Dan oleh itu, kesemua
yang telah dijadikan, ianya adalah Mumkinat, Makhluq dan Hadits yang bershifat baharu.
Bayangan Pencipta itu sendiri bukannya perkara yang diciptakan. Tiada satu pun yang
memiliki apa-apa hubungan dengan Penciptanya, melainkan hubungan Makhluqiyyat
iaitu yang telah dijadikan oleh Tuhan. Namun, terdapat beberapa hubungan seperti yang
dinyatakan dalam Syariat seperti kehambaan dan kebergantungan dan sebagainya.

Faedah Pengalaman Zhilliyyat


Mengetahui alam semesta sebagai bayangan akan membantu Salik atas jalan ini dalam
beberapa cara. Ia menariknya kepada Ashal iaitu Tuhan. Dan apabila dengan
kesempurnaan Rahmat dan Inayat Ilahi, dia menempuh melalui peringkat-peringkat
Manazil bayangan Zhill dan akhirnya dia sampai kepada Ashal, kemudiannya hanya
semata-mata dengan Kurniaan Ilahi, dia dapat menyedari bahawa malah Ashal tersebut
yang nampaknya seperti Tuhan memiliki Hukum yang sama dengan bayangan Zhill dan
ianya tidak layak sebagai objek Mathlub yang dimaksudkan kerana ianya mempunyai
tanda dengan kesan-kesan Mumkinat. Dan objek yang dimaksudkan iaitu Tuhan, adalah di
luar lingkungan kefahaman Idrak, kesampaian Washal dan kecantuman Ittishal.

#Yxu $tr& $os9 h/yu Ztqy y7$! $u?#u !$u/u

Wahai Tuhan kami, berikanlah Rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah bagi
kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami. (18:10)
1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits

14

Sistem Taayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

Keterangan
Hanyalah mereka yang daripada kalangan Umat Nabi Muhammad yang boleh mencapai
kesempurnaan untuk sampai dan bersatu dengan Haqiqat Muhammadi . Para Nabi adalah
lebih Afdhal daripada Khawashul-Khawash dari kalangan Umat Muhammad walaupun
mereka telah Wushul dan Ittihad dengan Haqiqat Muhammad . Mukasyafat terakhir yang
dialami oleh Hadhrat Mujaddid ialah bahawa Haqiqat Muhammad adalah Hubbi iaitu
Cinta. Selepas merentasi Martabat-martabat bayangan Zhilal adalah seperti yang ditulis oleh
beliau, Mukasyafat mutakhir yang di alami oleh Hadhrat Mujaddid ialah bahawa Taayyun
Pertama adalah Taayyun Hubbi iaitu Haqiqat Muhammad dan idea ini adalah berbeza
dengan idea Ibnu Arabi yang mengatakan bahawa Taayyun Pertama adalah Hadhrat Ilmi
Ijmali. Malah, Hadhrat Mujaddid memiliki Mukasyafat yang berbeza sebelumnya. Pada
mulanya, Hadhrat Mujaddid percaya bahawa Taayyun Pertama adalah Taayyun Wujudi.
Namun, setelah Hadhrat Mujaddid mencapai peningkatan yang lebih tinggi, Marifatnya
berubah dan beliau menerangkan Haqiqat sebenar Taayyun Pertama. Dua Taayyun tersebut
adalah merujuk kepada:
1. Pertama: Ibnu Arabi mengatakan bahawa Taayyun Ilmi Ijmali sebagai Taayyun
Pertama dan Hadhrat Mujaddid pada mulanya bersetuju dengan pendapat Ibnu Arabi.
2. Kedua: Selepas Hadhrat Mujaddid telah mencapai Uruj yang lebih tinggi dan sampai
ke Maqam yang lebih tinggi dari Ibnu Arabi, di sana beliau mendapati bahawa
Taayyun Pertama adalah Taayyun Wujudi. Pusatnya, iaitu bahagian yang paling
mulia dan paling awal adalah Haqiqat Muhammad . Dan apa yang Ibnu Arabi
katakan sebagai Taayyun Ilmi Ijmali adalah bayangan bagi Taayyun Wujudi ini.
Kasyaf yang mutakhir yang dialami oleh Hadhrat Mujaddid adalah bahawa dia dan
Ibnu Arabi, kedua-duanya tersilap. Bahawa sebenarnya, Taayyun Ilmi Ijmali sebenarnya
adalah bayangan Zhilal yang menunjukkan dirinya sebagai Ashal Taayyun. Dan Ashal
Taayyun atau Taayyun Pertama sebenarnya adalah Taayyun Hubbi. Itibarat adalah
lintasan-lintasan dalam pemikiran Tuhan yang menyeberangi dari ketiadaan Wujud kepada
menjadi Wujud. Dan Itibarat tersebut, kemudiannya terbit semasa Taayyun Awwal. Hadhrat
Mujaddid telah mengatakan di dalam Maktubatnya dan juga di dalam risalah Maarif
Ladunniyyah bahawa lintasan pemikiran pertama yang Mutaayyin secara tertentu adalah
Itibarat. Syan atau Syuyun Mutaayyin pada peringkat seterusnya. Dan Shifat-shifat yang
memiliki Wujud Khariji pada luaran, terbit pada peringkat Taayyun seterusnya. Hadhrat
Mujaddid menerangkan bahawa Itibar Hubbi adalah penciptaan pertama, dan keduanya
adalah Itibar Wujudi. Dan kedua-dua kejadian ini menyebabkan terjadinya penciptaan alam
semesta. Hadhrat Ibnu Arabi mengatakan bahawa Allah Taala perlu menjadikan alam
semesta untuk menzahirkan DiriNya. Namun, Hadhrat Mujaddid menolak pendapat Ibnu
Arabi dan mengusulkan bahawa pada mulanya Allah Taala telah menjadikan Itibar Hubbi
dan Itibar Wujudi. Itu menyebabkanNya untuk mencipta penciptaan yang lain. Allah Taala
sama sekali tidak perlu untuk menciptakan alam semesta.

1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits

15

Sistem Taayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

Perbezaan Sistem Taayyun Hadhrat Mujaddid


dan Ibnu Arabi
Hadhrat Mujaddid menjelaskan bahawa Tayyun Wujudi adalah Taayyun Kedua.
Hadhrat Mujaddid mengusulkan bahawa Taayyun Ketiga adalah Taayyun Ilmi Ijmali. Pada
pendapat Ibnu Arabi, Taayyun ini adalah yang pertama. Namun, berdasarkan kepada
Mukasyafat yang terakhir Hadhrat Mujaddid menunjukkan bahawa Ilmi Ijmali datang
selepas Taayyun Hubbi dan Taayyun Wujudi. Hadhrat Mujaddid menerima pendapat Ibnu
Arabi tentang sistem Taayyun dari Taayyun Ilmi Ijmali dan seterusnya ke bawah sehingga
ke Alam Ajsam. Perbezaan pertama di antara sistem Taayyun atau Tanazzulat oleh Ibnu
Arabi dan sistem Taayyun Hadhrat Mujaddid adalah bahawa Hadhrat Mujaddid menambah
dua lagi Taayyun tambahan di atasnya iaitu Taayyun Hubbi dan Taayyun Wujudi.

Perbezaan Sistem Taayyun Ibnu Arabi dan Hadhrat Mujaddid


Sistem Ibnu Arabi
Lima Taayyunat

Pandangan Awal Hadhrat


Mujaddid Enam Taayyunat

Pandangan Mutakhir Hadhrat


Mujaddid - Tujuh Taayyunat

Taayyun Pertama
adalah Taayyun
Hadhrat Ilmi Ijmali

Taayyun Pertama adalah


Taayyun Wujudi.

Taayyun Pertama adalah


Taayyun Hubbi ianya adalah
Haqiqat Muhammad

Taayyun Kedua
adalah Tayyun
Hadhrat Ilmi Tafshili
dan ianya adalah
Haqiqat Muhammad

Haqiqat Muhammad adalah


pusat bagi Taayyun Pertama
dan bahagian yang paling
mulia dan paling awal

Taayyun Kedua adalah


Taayyun Hadhrat Ilmi Ijmali

Taayyun Kedua adalah


Taayyun Wujudi

Taayyun Ketiga adalah


Taayyun Hadhrat Ilmi Ijmali

1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits

16

Sistem Taayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

Perbezaan Sistem Taayyun Ibnu Arabi dan Hadhrat Mujaddid


Sistem Tayyun Ibnu Arabi
Bil.

Taayyun

Sistem Taayyun Hadhrat Mujaddid


Bil.

Taayyun

Hubbi

Wujudi

Ilmi Ijmali

Ilmi Ijmali

Ilmi Tafshili

Ilmi Tafshili

Ruh

Ruh

Mitsal

Mitsal

Jasad

Jasad

Perbezaan Sistem Taayyun Ibnu Arabi dan Hadhrat Mujaddid


Perkara

Ibnu Arabi

Hadhrat Mujaddid

Lima Taayyun

Tujuh Taayyun dengan


tambahan dua Taayyun di
atasnya iaitu Hubbi dan
Wujudi

Jumlah Taayyun
atau Tanazzulat

Tuhan dan
Wujud

Zat Tuhan adalah Wujudnya

Wujud adalah ciptaan Tuhan


dan Dia menjadikannya pada
Taayyun Kedua

Martabat Wujubi
dan Imkani

Dua Taayyun iaitu Taayun


Ilmi Ijmali dan Ilmi Tafshili
berlaku dalam pemikiran
Tuhan, maka ianya adalah pada
martabat Wujubi dan Qadim
dan tiga Taayyun yang lain
adalah Mumkin, Makhluq dan
Baharu

Kesemua Taayyun adalah


Mumkin, Makhluq dan Baharu

1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits

17

Sistem Taayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

Perbezaan kedua adalah Shifat Wujud. Pada pendapat Ibnu Arabi, Zat Allah Taala
adalah Wujud. Sebaliknya, Hadhrat Mujaddid berpendapat Wujud adalah ciptaan Allah
Taala dan Itibar Wujud adalah penciptaan kedua selepas Itibar Hubbi. Perbezaan ketiga
adalah Martabat Dua Taayyun Ilmi. Pada pendapat Ibnu Arabi, dua Taayyun tersebut iaitu
Taayyun Ilmi Ijmali dan Taayyun Ilmi Tafshili berlaku di dalam lintasan pemikiran Tuhan
dan oleh itu, lintasan pemikiran tersebut adalah suci. Sebaliknya, pada pendapat Hadhrat
Mujaddid, dua Taayyun tersebut adalah Mumkin, Makhluq atau baharu. Mujaddid
mengajarkan bahawa terdapatnya hubungan yang erat di antara Nabi Ibrahim dan Nabi
Muhammad .

Nabi Muhammad Dan Jalan Nabi Ibrahim


Kita mengetahui bahawa Nabi Muhammad adalah berada pada Maqam yang lebih tinggi
kedudukannya daripada Nabi Ibrahim . Namun, kenapa Allah Taala telah memerintahkan
agar Nabi Muhammad untuk mengikuti Nabi Ibrahim sebagaimana di dalam Al-Quran,
Maka ikutlah Millah Ibrahim yang lurus dan di dalam Shalat, Nabi Muhammad sendiri telah
memohon keberkatan daripada Allah Taala, Sebagaimana keberkatan yang Engkau telah berikan
kepada Nabi Ibrahim. Apakah sebabnya? Pada permulaan perjalanan Salik, mulanya membuat
perjalanan Uruj. Bagi Umat Nabi Muhammad untuk Wushul kepada Allah Taala, pada
mulanya Uruj supaya sampai ke Haqiqat Muhammad kerana Haqiqat Muhammad
adalah yang paling dekat kepada Allah Taala dan yang paling tinggi dan mulia. Oleh kerana
semakin tinggi Haqiqat tersebut, semakin banyak ianya mengandungi unsur-unsur alam
Duniawi. Dan oleh kerana Haqiqat Muhammad adalah yang paling tinggi, jasad tubuh Nabi
lebih banyak dibaluti dengan sifat kemanusiaan. Kesannya, jarak di antara Haqiqatnya dan
jasad tubuhnya adalah yang paling besar dan lebih besar dari Para Nabi yang lain. Oleh itu,
semakin sukar untuknya Uruj sampai ke Haqiqatnya. Oleh itu, untuk menjadikan Uruj
Baginda Nabi Muhammad menjadi lebih mudah, Allah Taala telah memerintahkan Nabi
Muhammad untuk mengikuti jalan Nabi Ibrahim . Dengan cara sedemikian, Nabi
Muhammad akan lebih mudah untuk sampai pada mulanya ke Haqiqat Ibrahim . Dan
Nabi Muhammad kemudiannya boleh bergerak kepada Haqiqat Muhammad yang
terletak dekat dengan Haqiqat Ibrahim . Mengapakah Nabi Muhammad telah
menganjurkan kepada kita untuk mengucapkan Shalawat Ibrahimi semasa Shalat? Nabi
Muhammad telah menyuruh Umatnya untuk bershalawat dengan cara tersebut agar kita
boleh menempuh jalan Ibrahim dan sampai ke Haqiqat Ibrahim dan seterusnya dengan
mudah bergerak ke Haqiqat Muhammad . Ini kerana, sekiranya kita cuba untuk sampai ke
Haqiqat Muhammad secara langsung, ianya adalah lebih sukar. Jalan yang lebih mudah
untuk sampai ke Haqiqat Muhammad adalah dengan menggunakan perantaraan Haqiqat
Ibrahim .
1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits

18

Sistem Taayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

Begitu juga apabila Nabi Muhammad mengikuti Nabi Ibrahim , bukanlah ianya
bermakna bahawa Nabi Muhammad adalah lebih rendah kedudukannya daripada Nabi
Ibrahim . Hadhrat Mujaddid menerangkan tentang Haqiqat Abu Bakar dan Haqiqat Israfil.
Hadhrat Mujaddid membincangkan sekiranya Ahli Shufi yang mungkin meningkat naik
mengatasi Haqiqat dirinya sendiri. Hadhrat Mujaddid menerangkan bahawa tidak ada
seorang pun yang boleh mencapai peningkatan mengatasi Haqiqat Muhammad iaitu
kemuncak kesempurnaan yang boleh dicapai oleh seseorang. Perhatikan bahawa Fahaman
Wujud bagi Hadhrat Mujaddid pada fasa terakhir adalah Taayyun Hadhrat Ilmi Ijmali atau
Wahdat adalah Taayyun Ketiga dan Haqiqat Muhammad adalah Taayyun Awwal. Tetapi
pada mulanya, Hadhrat Mujaddid berpendapat bahawa Taayyun Hadhrat Ilmi Ijmali adaah
Taayyun Kedua yang merupakan bayangan Zhilal kepada Taayyun Awwal iaitu Haqiqat
Muhammad .

Mencapai Haqiqat Muhammad:


Perbezaan antara Nabi Dan Wali
Bahagian ini merujuk kepada perkara yang berlaku kepada Shufi yang berjaya menempuh
Maqam yang tinggi semasa perjalanan Urujnya. Dalam perjalanannya, Shufi Uruj dan terus
Uruj ke Maqam demi Maqam yang lebih tinggi. Beberapa orang di kalangan Shufi yang
Khawash mencapai Maqam yang tertinggi dan Wushul, lalu Ittihad dengan Haqiqat
Muhammad yang hanya dikhaskan kepada pengikut Nabi Muhammad . Malah, Para Nabi
yang lain mungkin tidak dapat mencapai Haqiqat Muhammad tersebut kerana mereka
bukannya dari kalangan Umat Nabi Muhammad . Adakah ini bermakna bahawa Shufi yang
telah mencapai Marifat Haqiqat Muhammad adalah lebih tinggi daripada Para Nabi?
Perhatikan bahawa Para Nabi tidak mungkin dapat mencapai Haqiqat Muhammad kerana
mereka bukannya di kalangan Umat dan pengikut Nabi Muhammad . Di sini, Hadhrat
Mujaddid telah membawa contoh Nabi-nabi hanya untuk menggambarkan hujah beliau.

Semua Taayyun Adalah Mumkinat


Hadhrat Mujaddid menerangkan bahawa kesemua Taayyun, termasuk Taayyun Hubbi
adalah dalam martabat Imkani atau Mumkinat. Pendapatnya ini bercanggah dengan pendapat
Ibnu Arabi yang mengatakan bahawa Taayyun Pertama dan Taayyun Kedua adalah pada
peringkat Wujubi bukan Imkani. Hadhrat Mujaddid mengulas mengenai dua Taayyun yang
pertama dalam Sistem Taayyun Ibnu Arabi. Dalam sistemnya, Ibnu Arabi memanggil
Taayyun Awwal iaitu Wahdat dan Taayyun Kedua iaitu Wahidiyyat sebagai Taayyun
Wujubi. Ibnu Arabi menganggapnya sebagai Taayyun Wujubi dan ianya adalah Qadim.

1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits

19

Sistem Taayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

Hadhrat Mujaddid sebaliknya menganggapnya kedua-dua Taayyun tersebut sebagai


Imkani dan perkara yang baharu. Hadhrat Mujaddid membandingkan pendapatnya dengan
pendapat Ibnu Arabi. Ibnu Arabi percaya bahawa Haqiqat Muhammad adalah di dalam
pemikiran Tuhan, iaitu pada Martabat Wujubi dan Qadim.

Sistem Taayyun dan Tanazzulat Ibnu Arabi


Martabat Taayyun

Shifat Taayyun

Wahdat dan Wahidiyyat

Taayyun Wujubi dan Qadim

Taayyun Ruhi, Mitsali


dan Jasadi

Taayyun Imkani dan makhluk baharu

Martabat Sistem Taayyun: Perbezaan di antara Ibnu Arabi dan Mujaddid


Martabat
Taayyun

Nama Taayyun

Taayyun Ilmi Ijmali atau Wahdat

Taayyun Ilmi Tafshili atau Wahidiyyat

Taayyun Ruhi

Taayyun Mitsali

Taayyun Jasadi

Ibnu Arabi

Mujaddid

Wujubi
Imkani
Imkani

Kesilapan Ibnu Arabi Atas Kekeliruan Di Antara


Wujubi Dan Imkani
Hadhrat Mujaddid walaupun berbeza pendapatnya dengan Ibnu Arabi, dengan sopannya
menyatakan bahawa kesilapan Ibnu Arabi adalah disebabkan oleh kekeliruannya di antara
Wujubi dan Imkani.

1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits

20

Sistem Taayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

Sistem Ontologi Mujaddid Yang Terakhir


Adalah Abdiyyat Bukannya Zhilliyyat
Seterusnya, Hadhrat Mujaddid menerangkan tentang sistem Ontologi terakhirnya iaitu
Abdiyyat. Maktubat ini dituliskannya pada akhir-akhir kehidupannya dan ianya adalah
petunjuk bagi pendapatnya yang mutakhir. Teori-teori Ontologi ini bukannya didapati
daripada Al-Quran dan Hadits tetapi ianya pengetahuan yang didapati melalui pengalaman
Shufi. Pengalaman Ontologi Hadhrat Mujaddid boleh diringkaskan kepada beberapa fasa
seperti berikut:
1. Fasa Permulaan: Beliau mengalami pengalaman yang sama sebagaimana Ibnu
Arabi dan pengikutnya mengenai Wahdat Wujud.
2. Fasa Pertengahan: Bagaimanapun, pengalamannya berubah dan beliau
mengusulkan doktrin yang dipanggil Zhilliyyat iaitu bayangan atau refleksi yang
mengatakan bahawa alam semesta adalah bayangan Tuhan. Hendaklah diperhatikan
bahawa Zhilliyyat bukan Ontologinya yang terakhir kerana beliau tidak berada pada
Maqam ini.
3. Fasa Terakhir: Sebaliknya, beliau telah mencapai lebih peningkatan dalam
perjalanannya dan akhirnya sampai ke Maqam Abdiyyat.
Pada Maqam ini, beliau sedar bahawa Zhilliyyat bukannya Maqam terakhir kerana di
sana ada lagi Maqam yang lebih tinggi. Beliau mendapati bahawa tidak ada sesiapa yang
layak sebagai bayangan Tuhan. Sebaliknya, semuanya adalah hamba. Pada fasa ini, beliau
menyedari bahawa Allah Taala adalah di luar jangkauan apa yang boleh dikhayalkannya.
Dan manusia hanyalah hamba Allah semata-mata. Di sini seorang muridnya telah bertanya
kepada Hadhrat Mujaddid untuk mengetahui penjelasan pendapatnya mengenai Zhilliyyat.
Perhatikan bahawa pada Fasa Pertengahan Marifat Hadhrat Mujaddid, beliau mengusulkan
doktrin Ontologi Zhilliyyat. Pada fasa tersebut, beliau telah mengatakan bahawa Mumkinat
adalah bayangan Zhill Yang Wajib. Dari segi Wujud, Mumkinat memiliki bayangan Wujud.
Dan dari sudut Haqiqat, Haqiqatnya adalah tidak Wujud. Oleh itu, kedua-dua Wujud dan
Haqiqatnya serta Mumkinat adalah bayangan Tuhan. Apabila seseorang berbincang mengenai
Wahdat Syuhud, ianya selalunya merujuk kepada Zhilliyyat. Dalam menjawab soalan di
atas, Hadhrat Mujaddid menjelaskan kesemua Marifat Shufi yang mengatakan bahawa:
1. Yang Wajib adalah Haqiqat Mumkinat sebagaimana dikatakan oleh Ibnu Arabi dan
pengikutnya, dan
2. Mumkinat adalah bayangan Tuhan atau dalam beberapa cara lain yang
berhubungan dengan Allah, iaitu Ontologi Zhilliyyat yang dikatakan oleh Hadhrat
1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits

21

Sistem Taayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

Mujaddid adalah Marifat yang salah, yang terbit daripada kemabukan Sukr
Ruhaniah. Ini adalah disebabkan ketidakmampuan mereka untuk sampai ke Haqiqat
perhubungan di antara yang Wajib dan Mumkinat.
Hadhrat Mujaddid menerangkan bahawa mengapa Allah Taala tidak memiliki
bayangan Zhill. Ini kerana Allah Taala adalah benar-benar tiada bandingan, yang jauh
mengatasi Shifat yang memiliki bayangan. Beliau mengatakan bahawa, malah Nabi
Muhammad sendiri tidak memiliki bayangan sepertimana yang disebutkan dalam Hadits,
bagaimana mungkin Tuhan Nabi Muhammad memiliki bayangan? Hadhrat Mujaddid
menerangkan Haqiqat sebenar bahawa Allah Taala adalah tidak dapat dibandingkan, di luar
jangkauan dan melampui segala-galanya. Tuhan dan Lapan Shifat-shifatnya sahaja yang
Qadim. Semuanya datang selepas itu. Dalam Ontologi Zhilliyyat, Hadhrat Mujaddid
mengusulkan bahawa semua Shifat-shifat Wujud di luar dengan bayangan Wujud. Pada
zahirnya, pendapat Hadhrat Mujaddid adalah bercanggah dengan Ulama Sunnah yang
mengatakan bahawa semua Shifat-shifat Ilahi adalah bahagian yang tidak dapat dipisahkan
dari Zat kerana ianya bukan Dia dan bukan selain dariNya, La Huwa Wa La Ghayruh.
Namun, pada hakikatnya tiada sebarang percanggahan kerana Hadhrat Mujaddid telah
berkata, Bagaimana mungkin engkau memisahkah Ashal dari BayanganNya? Dan oleh
kerana tidak dapat dipisahkan, Bayangan Tuhan adalah sebenarnya bukannya Dia dan bukan
selain dariNya. Bagaimanapun, nampaknya dari keterangan di atas, Hadhrat Mujaddid telah
mengubahsuai pandangannya dan mengusulkan bahawa hanya lapan Shifat yang memiliki
Wujud luaran dan Qadim dan Shifat-shifat selainnya mempunyai kewujudan yang tiada
hubungan dengan Wujud Ilahi dan adalah bershifat baharu. Ini boleh dianggap sebagai
perubahan yang besar terhadap Ontologi Ibnu Arabi yang mengatakan bahawa tiada Shifat
yang Wujud di luar dan sebaliknya semua Shifat-shifat adalah hanya semata-mata hubungan
Tuhan dengan alam semesta. Dan kini, Hadhrat Mujaddid menolak pandangan Zhilliyyat,
iaitu Ontologi bayangan yang dialaminya sebelum ini. Maka, mengapakah Allah Taala telah
mengurniakan Hadhrat Mujaddid dengan pengalaman Zhilliyyat, jika ianya bukanlah
pengalaman yang muktamad yang sebenar? Apakah faedah di dalam pengalaman Zhilliyyat
ini? Hadhrat Mujaddid menyatakan kemungkinan bahawa terdapat faedahnya di mana
pengalaman tersebut telah membawanya peringkat demi peringkat sehingga sampai ke
pengalaman yang sebenar. Akhirnya, Hadhrat Mujaddid mengalami Marifat yang lebih tinggi
iaitu Abdiyyat di mana beliau menyedari bahawa Allah Taala adalah benar-benar
melampaui dan mengatasi segalan-galanya. Ya! Tiada penghujung bagi Marifat mengenai
Allah Taala kerana Dia adalah di luar panca indera Manusia dan Dia memang tidak dapat
dikenali.

1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits

22

Sistem Taayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

Rujukan
[1]Hadrat Mujaddid menerangkannya di dalam Risalah Mabda va Ma`ad, Minha 30
[2]Khwaja Ubaydullah Ahrar mentakrifkan semula Tariqa ini sehinggakan ia dikenali sebagai Tariqa Naqshbandi-Ahrari sehingga ke zaman
Hadrat Mujaddid. Hadrat Mujaddid seolah-olah mengatakan bahawa malah Ahrari juga harus bersyukur kepada Khwajah Attar,
sepertimana Attaris yang tidak mempunyai Khwaja Ahrar dalam silsilah mereka dan hanya dikenali sebagai Attaris.
[3]Khwaja Baqibillah masih lagi hidup semasa risalah ini dituliskan
[4]12 Qutb mungkin juga merujuk kepada 12 pengasas Tariqat yang muktabar
[5]Ini adalah terjemahan kerana Khalifah Ali tidak bercakap dalam bahasa Parsi
[6] Maktubat-i Imam-i Rabbani, volume III, maktub #122
[7]Dalam konteks ini, Shu'un adalah lafaz jamak bagi Shan yang bererti perkara, urusan, pekerjaan yang besar, hal keadaan, kedudukan,
kepentingan, hubungan, perkaitan tentang sesuatu
[8] Perenggan ini adalah interpretasi terjemahan
[9] Sila rujuk kepada penghujung Mukashafat 8 untuk perbicaraan yang lebih lanjut.
[10]Maktubat-i Imam-i Rabbani, Jilid III, Surat 122
[11]The Koran has a similar verse, Whatever problem that comes to you is your self (Ma asabaka min sayyiatin fa-min nafsika) (Koran 4:79)
[12] Ma`arif-i Ladinniya, Marifat 20
[13] Maktubat-i Imam-i Rabbani
[14] Perenggan ini adalah interpretasi terjemahan
[15]Pembolak-balik hati (muqallib-i qalb)
[16]This and many other references to this hadith are posted in http://groups/yahoo.com/groups/dogsofalahazrat/message/160
[17] Perenggan ini adalah interpretasi terjemahan
[18]Futuh al-Ghayb adalah kitab kerohanian karangan Hadrat Abdul-qadir Jilani (qs)
[19] http://www.teachislam.com/dmdocuments/54/Abu%20Isma.pdf di akses pada October 30,2012
[20]Beaurecueil, S, de. al-Ansar al-Harawi, Abu Isma'il `Abd Allah b. Muh. b. `Ali b. Muh. Ahmad b. `Ali b. Ja`far b. Mansur b. Matt al-Ansari
al-Harawi al-Hanbali Encyclopedia of islam, Second Edition, edited by: P. Bearman, Th.
Bianquis, E. Bosworth, E. van Donzel and W.P. Heinrichs. Brill 2009, Brill Online, University of California Berkeley, 19 October 2009.
<http://brillonline.nl/subscriber/entry?entry=islam_SIM-0680>
[21] Perenggan ini adalah interpretasi terjemahan
[23]Interpretive translation, lit. And the [Muhammadan] reality has been ascribed (itlaq-i haqiqat namudan) onto the shadow of that
[prototypal] center (bar zill-i an markaz) [i.e. the circle of shadow]. And to ascribe the [Muhammadan] reality (itlaq-i haqiqat namudan) onto
the shadow of that [prototypal] center (bar zill-i an markaz) [i.e. onto the circle of shadow] depends on mistaking the shadow for the
prototype (ishtebah-i zill ast ba-asl).
[24]Tradisi falsafah dalam falsafah islam seperti Ibnu Sina, Al-Farabi dan lain-lain

1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits

23