Anda di halaman 1dari 27

TUGASAN

Januari 2015 SEMESTER

KOD KURSUS
EPP 411
NAMA KURSUS

PENGAJARAN BAHASA MELAYU


BERBANTUKAN KOMPUTER

PROGRAM

SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

NORLIZA BINTI HJ MOHAMAD

NO. MATRIK

E30209120152

NAMA FASILITATOR
AKADEMIK

PUSAT
PEMBELAJARAN

EP411 Pengajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer

2|Page

EP411 Pengajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer

BAHAGIAN A
3|Page

EP411 Pengajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer

1. Tujuan dan Rasional Kajian


Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sikap guru Bahasa Melayu terhadap
penggunaan ICT dalam pengajaran di sekolah-sekolah rendah Bintulu, Sarawak. Sikap guru
terhadap komputer atau ICT merupakan satu daripada tiga faktor yang menyumbang kepada
penerimaan guru-guru terhadap penggunaan komputer. Selain itu ,ciri-ciri komputer dan
dasar kritikal yang penting yang merupakan penyumbang kepada penerimaan penggunaan
komputer dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. ICT telah mendatangkan kesan yang
mendalam terhadap anjakan perubahan sistem dan pengurusan pendidikan di negara-negara
yang sedang membangun seperti Malaysia.
Revolusi maklumat yang berlaku disebabkan oleh kemajuan ICT yang memberi
cabaran baharu kepada profesion keguruan. Kemajuan yang berlaku ini perlu dimanfaatkan
untuk mempertingkatkan martabat profesion keguruan yang sedang mengharungi perubahan
abad ke-21.

Implikasinya, proses pengajaran dan pembelajaran dapat dipertingkatkan

mutunya dan

dipelbagaikan penyampaian

melalui beberapa teknik seperti berbantukan

komputer dan perisian. Penggunaan alat bantu mengajar ini dikatakan dapat meningkatkan
minat serta merangsangkan minda pelajar pada zaman siber ini dan telah dianggap serta
diakui sebagai pemangkin dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Cabaran baharu dunia pendidikan dalam era teknologi maklumat (ICT) memerlukan
penglibatan guruguru yang aktif menggunakan teknologi dalam pengajaran dan
pembelajaran. Oleh sebab itu, perkembangan teknologi telah mengubah corak pengajaran dan
pembelajaran daripada tradisi kepada kaedah yang lebih canggih dan moden. Pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu pada peringkat prasekolah, sekolah rendah dan menengah
menuntut pelbagai pembaharuan dan cabaran secara komprehensif.
Guru-guru Bahasa Melayu yang sentiasa prihatin dengan arus pendidikan semasa
negara sewajarnya meneladeni hal tersebut agar tidak terus-terusan mengajar para pelajarnya
subjek Bahasa Melayu secara konvensional atau dengan kata lain ketinggalan zaman (Samuel
& Zaitun 2007 ). Sikap terhadap komputer ialah satu daripada tiga faktor yang menyumbang
kepada penerimaan guru-guru terhadap penggunaan komputer. Zulkifli dan Raja Maznah
(1994) mendapati bahawa sikap guru yang positif adalah penting untuk mendorong seseorang
pelajar bagi mempelajari sesuatu subjek. Oleh itu, sikap dan kesedaran merupakan cara yang
terbaik untuk menjangka dan meramal komitmen terhadap penggunaan komputer. Sikap

4|Page

EP411 Pengajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer

dan keyakinan serta efikasi yang tinggi dapat membantu memudahkan proses peningkatan
kemahiran dalam pelaksanaan ICT ketika proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah.
2. Dapatan Kajian
Dapatan kajian menunjukkan bahawa sikap guru-guru Bahasa Melayu terhadap
penggunaan ICT dalam

pengajaran adalah baik iaitu berada dalam tahap tinggi dan

sederhana. analisis dapatan kajian ini telah menunjukkan guru-guru Bahasa Melayu yang
mengajar di

sekolah-sekolah rendah di Bintulu, Sarawak bersikap positif terhadap

penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dengan skor min 3.74. Hasil kajian juga
mendapati sikap guru Bahasa Melayu terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran berada pada tahap yang tinggi dengan skor min 3.94. Dapatan kajian ini telah
menunjukkan bahawa guru Bahasa Melayu bersikap positif terhadap penggunaan ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Terdapat perbezaan sikap guru-guru Bahasa Melayu yang pernah menghadiri kursus ICT
dengan guru-guru Bahasa Melayu yang tidak pernah menghadiri kursus

ICT terhadap

penggunaan ICT dalam pengajaran. Pengalaman mengikuti kursus didapati mengubah sikap
dan tanggapan guru-guru terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
mereka. Guru-guru mempunyai minat yang tinggi dalam penggunaan ICT dan ingin
menggunakannya

dalam pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun peluang

mengikuti kursus agak terbatas menyebabkan

mereka merasakan tertinggal dari aspek

pengaplikasian ICT. Guru-guru juga didapati bersikap kurang pastiatau kurang kayakinan
terhadap penggunaan ICT untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu.
Hasil analisis ujian yang telah dijalankan dalam kajian ini ke atas sikap guru Bahasa
Melayu yang pernah menghadiri kursus ICT dengan guru Bahasa Melayu tidak pernah
menghadiri kursus ICT telah menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dari
aspek sikap guru-guru Bahasa Melayu terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran. Dapatan
kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru Bahasa Melayu yang pernah menghadiri kursus
ICT lebih bersikap positif dan berbanding dengan guru-guru yang tidak pernah menghadiri
kursus ICT kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan serta kemahiran untuk
mengendalikan komputer dan mengaplikasikan ICT dalam pengajaran. Berdasarkan dapatan
kajian ini dapat menjelaskan bahawa guru-guru Bahasa Melayu yang tidak pernah
menghadiri kursus ICT mempunyai sikap negatif terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran
5|Page

EP411 Pengajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer

Dapatan kajian ini disokong oleh hasil kajian Zulkifli dan Raja Maznah (1994),

mendapati guru-guru yang tidak mempunyai pengalaman dengan komputer kebiasaannya


mempunyai sikap yang negatif dan tahap kebimbangan yang tinggi terhadap komputer. Ini
sejajar dengan pendapat Summer (1990) dalam Christensen (1997) bahawa satu daripada
sebab utama guru bersikap negatif terhadap komputer disebabkan kurangnya pengetahuan
dan pengalaman dalam bidang berkenaan. Begitu juga dengan dapatan kajian oleh Russel dan
Bradley (1997) dalam Alexandra et al. (2006) melaporkan bahawa ramai guru yang tidak
menggunakan komputer disebabkan mereka kekurangan keyakinan diri ataupun berasa takut
akan komputer. Selain itu, kajian Becker dan Watt (1996)mendapati kewujudan sikap negatif
guru disebabkan oleh guru telah sebati dengan kaedah tradisional dan sukar untuk membuat
penyesuaian dengan teknologi instruksional. Kajian Becker dan Watt (1996) telah disokong
oleh Norin (2004) yang menyatakan kebanyakan guru yang berpengalaman telah mempunyai
mind-set tentang kaedah pengajaran yang disukai mereka. Kajian ini turut disokong oleh
Padraig & Mark (2007) yang mendapati bahawaterdapat 35% - 40% guru sekolah menengah
mengakui mereka langsung tidak pernah menggunakan komputer

sama ada di sekolah

mahupun di luar sekolah. Justeru, guru-guru Bahasa Melayu yang tidak pernah menghadiri
sebarang kursus ICT harus didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran penggunaan ICT
melalui kursus-kursus ICT yang ditawarkan. Ini sejajar dengan pendapat Ahmad Fuad (2003)
bahawa hasrat untuk mencapai penggunaan ICT secara menyeluruh dalam proses
pembelajaran dan pengajaran memerlukan dua jenis perubahan dalam kalangan guru.
Pertama, guru harus diyakinkan bahawa terdapat banyak kebaikan dan kepentingan
penggunaan ICT dalam sesi pembelajaran dan pengajaran. Kedua, guru perlu diberikan
kemahiran yang mencukupi untuk menggunakan peralatan ICT secara cekap dan efektif.
Dalam pada itu, Albion (1999) menyarankan bahawa satu cara yang ideal untuk
meningkatkan efikasi guru terhadap penggunaan ICT adalah dengan menyediakan latihan
kemahiran ICT kerana latihan ini berupaya meningkatkan efikasi guru.
Kursus komputer telah dihadiri oleh kebanyakan guru Bahasa Melayu. Bagi
menjamin keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran, kursus yang dihadiri perlu
dikaitkan dengan pembinaan bahan pembelajaran serta perisian yang sesuai boleh digunakan
untuk tujuan tersebut. Ini bersesuaian dengan dapatan kajian lain di mana kebijakan guru
memilih kaedah TMK yang sesuai bagi menepati objektif dan konteks pengajaran, mengubah
suai bahan sedia ada ataupun membangunkan persekitaran yang sesuai bagi memastikan
penglibatan murid dalam pembelajaran. Begitu juga dengan penggunaan komputer dalam
pengajaran terutama yang melibatkan kursus dalam talian mampu menarik perhatian pelajar.
6|Page

EP411 Pengajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer

Kesan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu juga
didapati positif dengan kebanyakan sampel menyatakan demikian. Antaranya ialah
penggunaan computer dapat memupuk minat yang mendalam terhadap penguasaan Bahasa
Melayu.
Hasil kajian yang dijalankan oleh Saad Al Kahtani (1999) menunjukkan penggunaan
komputer dalam pengajaran menulis karangan dapat memberi kesan terhadap pencapaian
pelajar. Kekangan yang dihadapi oleh guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan pengajaran
berbantukan komputer meliputi aspek kursus peningkatan, pelajar yang pelbagai kecerdasan,
teknologi komputer yang sering berubah, masa yang diperlukan untuk membuat persediaan
pengajaran, dan sebagainya boleh memberi kesan terhadap pengajaran.
Justeru itu, dalam hal membuat perancangan, dan persediaan pihak pentadbir sekolah
perlu menyediakan guru-guru agar benar-benar menguasai kemahiran tersebut perlu
dilakukan secara profesional. Masalah dalam penggunaan komputer perlu dihadapi dengan
memberikan penekanan kepada aplikasi TMK dalam pengajaran sebagaimana yang
ditekankan oleh Kementerian Pelajaran. Sukatan pelajaran Bahasa Melayu juga perlu dirujuk
untuk melihat keperluan menggunakan komputer dalam pengajaran. Di samping itu,
perhatian juga perlu diberi kepada aspek integrasi Bahasa melayu dengan mata pelajaran
yang lain mampu untuk membantu pelajar mahir dalam sesuatu tajuk.
Kesimpulannya, Bahasa Melayu sedang mengalami zaman penuh cabaran terutama
dari segi pandangan umum terhadap kepentingannya dalam pengajaran (A. Aziz Deraman,
2007). Walaupun demikian, aspek pengajaran perlu diberikan perhatian dengan menekankan
penguasaan kemahiran bahasa yang diajarkan. Penggunaan komputer dalam pengajaran BM
berupaya meningkatkan lagi keupayaan pelajar dalam menguasai BM dengan lebih baik.
Oleh itu, aspek latihan dalam perkhidmatan, penyediaan bahan pembelajaran interaktif,
menggalakkan penggunaan internet dalam pengajaran serta penyediaan teknologi yang sesuai
dengan keperluan semasa perlu diberikan perhatian.

7|Page

EP411 Pengajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer

3. Implikasi Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu


Secara keseluruhan, hasil kajian mendapati guru-guru yang mengajar mata pelajaran
Bahasa Melayu di sekolah rendah dalam bahagian Bintulu, Sarawak mempunyai sikap yang
positif terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran. Walau bagaimanapun, hasil kajian
menunjukkan guru-guru Bahasa Melayu mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang
sederhana terhadap penggunaan ICT. Guru-guru mempunyai sikap yang sederhana dalam
usaha menggunakan ICT ketika menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Sikap yang
sedemikian agak membimbangkan kerana bahan-bahan pembelajaran bahasa lebih mudah
diperolehi daripada sumber yang berteraskan ICT. Perkara yang sedemikian ada kaitannya
pendedahan kepada guru Bahasa Melayu terhadap ICT di daerah yang berkenaan. Lanjutan
daripada isu tersebut menyebabkan juga keyakinan guru-guru Bahasa Melayu untuk
menggunakan ICT dalam pengajaran adalah sederhana. Justeru, pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia dan pihak berwajib harus berganding bahu untuk menangani masalah tersebut
kerana sekiranya sebarang tindakan dan langkah yang sewajarnya tidak diambil, maka
berkemungkinan guru-guru kita akan terus dihanyut dan ditinggalkan oleh ilmu ICT,
khususnya aspek pengetahuan dan kemahiran penggunaan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran. Sebagai langkah bijak, kumpulan guru yang kekurangan pengetahuan dan
kemahiran tentang ICT harus dipantau dan dikenal pasti dengan kadar segera supaya dapat
diberi kursus atau latihan ICT. Kedudukan sekolah di pedalaman dalam daerah Bintulu yang
terletak di Sarawak seharusnya diberikan perhatian yang serius oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia. Dalam masa yang sama, guru-guru Bahasa Melayu harus mengambil inisiatif
sendiri untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ICT supaya dapat
diaplikasikan ke dalam pengajaran. Justeru, pengajaran secara tradisional yang berteraskan
chalk and talk perlu diubah untuk disesuaikan dengan kaedah pengajaran baharu.
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( TMK ) dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah dapat meningkatkan penguasaan bahasa murid. Di samping itu,
TMK juga mampu menarik minat dan memotivasi murid untuk belajar bahasa dengan
pelbagai variasi yang direncanakan oleh para guru bahasa dengan hasrat meningkatkan tahap
pencapaian murid dalam bahasa. Murid akan teruja untuk meneroka dengan menggunakan
perisian komputer secara kendiri. Kajian selanjutnya perlu dilakukan pada masa hadapan berkaitan
aplikasi TMK dalam pengajaran bahasa kerana pihak guru perlu memastikan aspek dan aras yang
betul ketika melaksanakan pengajaran agar sesuai dengan aras kemampuan murid. Diharap kajian
sebegini akan dilakukan dengan lebih kerap oleh pihak berkaitan dalam memperkasakan lagi bidang

8|Page

EP411 Pengajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer

pendidikan di negara ini. Kemudahan sedia ada perlu dimanfaatkan semaksimum mungkin oleh para
pendidik semasa melaksanakan pengajaran.

BAHAGIAN C
1. Pendahuluan
Perkembangan dunia Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah memberikan
banyak impak positif kepada pelbagai bidang perindustrian termasuklah dunia pendidikan.
Tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia yang menjadikan penggunaan pelbagai bahan
bantu mengajar seperti komputer riba, cakera padat, penggunaan pelbagai perisian pendidikan
pembelajaran dan pelbagai alat bantu mengajar yang lain. Oleh yang demikian, adalah perlu
untuk setiap pendidik menggunakan pelbagai alat bantu mengajar sama ada yang berbentuk
peralatan mahupun perisian bagi membantu merangsang dan meningkatkan minat dan
kecenderungan Murid terhadap sesuatu topik pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran
adalah fokus utama pihak pengurusan pendidikan kebangsaan sama ada di peringkat sekolah
rendah mahupun di peringkat sekolah menengah. Justeru, pihak pengurusan pendidikan baik
di peringkat negeri mahupun di peringkat kebangsaan sentiasa mencari alternatif atau kaedah
pengajaran dan pembelajaran terbaik dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan sesuatu
proses pengajaran dan pembelajaran. Latihan aplikasi dan integrasi teknologi maklumat dan
komunikasi atau juga dikenali dengan gelaran ICT adalah antara usaha yang telah
diperkenalkan di kebanyakan sekolah rendah dan menengah.
Teknologi pengajaran adalah satu konsep pembelajaran yang mengaplikasikan
kemajuan dan kemudahan teknologi semasa dalam aktiviti pengajaran dan pembelejaran di
dalam bilik darjah. Abad ke 21 mengundang pelbagai cabaran dan perubahan berkaitan
dengan keperluan pendidikan dan latihan di sekolah, institusi pengajian tinggi, industri dan
sektor perdagangan. Kewujudan teknologi maklumat dan teknologi multimedia telah
meninggalkan impak yang kuat. Penggunaan internet adalah aktiviti pengajaran dan
pembelajaran mampu memberikan banyak manfaat kepada guru khususnya dalam
mempengaruhi cara seseorang guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan internet ini juga mampu membentuk satu suasana pengajaran dan pembelajaran
yang lebih efektif dalam mencapai setiap matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran
yang telah dibentuk.
Penggunaan

teknologi

maklumat

dan

komunikasi

dalam

pengajaran

dan

pembelajaran mempunyai nilai yang sangat tinggi. Kini, guru-guru telah diberi tugasan
9|Page

EP411 Pengajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer

untuk mengintegrasikan ICT dalam kurikulum. Sejauhmanakah guru-guru mencari jalan


untuk menggunakan kemahiran ICT dalam dunia teknologi yang sentiasa berkembang
dan berubah dari masa ke masa? Dan sejauhmanakah guru sendiri mempunyai
pengetahuan dan kemahiran dalam menggunakan ICT secara berkesan? Apakah yang
sebenarnya dapat dilakukan untuk meningkatkan dan memperbaik tahap keberkesanan
ICT di sekolah?
Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi jarang sekali diaplikasikan di dalam
kelas. Umumnya, ini kerana kemudahan makmal komputer untuk mempelajari bahasa
sangatlah terhad di kebanyakan sekolah. Namun begitu, ada juga sekolah yang mempunyai
kemudahan lengkap untuk mempelajari kemahiran ICT. Sikap positif dan inisiatif guru unuk
menggunakannya adalah sangat penting dalam soal ini. Adakah semua guru bahasa Melayu
berupaya menyediakan perisian atau bahan bantu mengajar

yang sesuai sebelum

menjalankan pengajaran bahasa yang menggunakan komputer? Tambahan pula, guru bahasa
tidak diberikan apa-apa bahan bantu mengajar elektronik seperti komputer riba atau LCD
untuk menyampaikan pengajaran bahasa seperti yang diberikan kepada guru subjek lain.
2. Skop Tugasan.
Dalam tugasan saya telah menemubual 4 orang guru Bahasa Melayu dari sekolah saya
iaitu Sekolah Kebangsaan Madrasah Abdul Kadir Hassan berkaitan dengan penggunaan
teknologi dalam pengajaran & pembelajaran bahasa Melayu di sekolah sekolah. Kesemua
responden ini merupakan guru yang berpengalaman lebih 10 tahun dan 2 orang guru yang
mempunyai kurang 10 tahun pengalaman mengajar. Responden tersebut ialah :
Bil
1
2
3
4

Nama
Puan Hamidah Bt Kadir ( Responden 1 )
Encik Baseri Bin Bol ( Responden 2 )
Encik Amirul Amat ( Responden 3 )
Cik Habsah Bt Drahman ( Responden 4 )

Umur

Pengalaman

40 tahun
45 tahun
28 tahun
30 tahun

Mengajar
16 tahun
20 tahun
3 tahun
4 tahun

Responden ini telah ditemubual dan pemerhatian telah dilakukan beberapa kali ke atas
pengajaran dan pembelajaran mereka.

Berikut adalah hasil temubual yang telah dijalankan :


Kriteria
10 | P a g e

Responden 1

Responden 2

Responden 3

Responden 4

EP411 Pengajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer

Jenis teknolongi Laptop/


yang digunakan Komputer Riba
dan
LCD
Projektor, CD
yang dibekalkan
oleh
kementerian

Laptop/
Komputer Riba
dan
LCD
Projektor, CD
yang dibekalkan
oleh
kementerian

Kekerapan
Sekali sekala
Pengunaan
Teknologi dalam
PdP
Kemahiran
/ Kurang
Minat
kemahiran
mengendalikan
komputer dan
LCD.
Perlu
bantuan
juruteknik
komputer untuk
memasang
peralatan
sebelum
sesi
pembelajaran
Kemudahan
Kemudahan
yang disediakan LCD projektor
dan Laptop shj.

Sekali
sebulan

Pandangan
terhadap
penggunaan ICT
dalam
Pembelajaran
dan pengajaran
Bahasa Melayu
di dalam kelas

11 | P a g e

Murid-murid
terlibat secara
aktif dalam pdp
menggunakan
peralatan ICT.
Namun terbatas
sebab
tiada
kemahiran
mengendalikan
peralatan ICT.
Persediaan Pdp
agak
rumit
sebab
perlu

Laptop/
Komputer Riba
dan
LCD
Projektor, CD
yang dibekalkan
oleh
kementerian,
MS Powerpoint
yang
dibuat
sendiri, internet
dalam 2 kali dalam
sebulan

Laptop/
Komputer Riba
dan
LCD
Projektor, CD
yang dibekalkan
oleh
kementerian,
MS Powerpoint
yang
dibina
sendiri , internet
2-3 kali sebulan

Berminat
menggunakan
teknologi untuk
pengajaran dan
pembelajaran.
Hanya
boleh
mengendalikan
komputer
dan
memasang LCD
projektor sahaja.

Berminat
menggunakan
teknologi dalan
pdp
dan
mempunyai
kemahiran
mengendalikan
peralatan
komputer
dan
projektor sendiri

Berminat
menggunakan
teknologi dalam
pdp dan mahir
mengendalikan
komputer
dan
peralatan ICT

LCD projektor
dan laptop yang
disediakan
perludikongsika
n bersama guruguru
lain.
Kebanyakan
peralatan yang
dibekalkan telah
rosak.

Menggunakan
laptop
sendiri
untuk sesi pdp.
Masalah LCD
projektor yang
ada terhad sebab
kebanyakan
yang dihantar ke
sekolah
telah
rosak.

Pdp
lebih
berkesan
menggunakan
peralatan
ICT
sebab
murid
berminat.
Kekakangan
kemudahan
yang
terbatas
dan memerlukan
persediaan yang
rapi.

Murid-murid
terlibat
aktif
dalam
sesi
pembelajaran di
dalam
kelas.
Sesi pengajaran
lebih
mudah
kerana
murid
meneroka
sendiri
maklumat
tentang
tajuk.
Persediaan sesi

Menggunakan
laptop sendiri.
Masalah LCD
projektor yang
perlu ditempah
awal
untuk
penggunakan
kerana
hanya
ada 2 sahaja
yang
dapat
digunakan.
Sesi
pembelajaran di
dalam
kelas
menyeronokkan
terutama
bila
ada
aktiviti
interaktif yang
disediakan
di
dalam CD yang
dibekalkan oleh
kementerian.
Kemudahan
peralatan
ICT

EP411 Pengajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer

tempahan laptop
dan
LCD
projektor serta
jurr
teknik
komputer yang
perlu membantu
memasang
peralatan
tersebut.

pembalajaran
agak
rumit
sebab
memerlukan
guru
menyediakan
persembahan
melalui
MS
powerpoint.

seperti
LCD
projektor yang
agak
terbatas
penggunaannya
menyebabkan
minat
dan
semangat
jadi
terbantut.

3. Rumusan Kajian ( Temubual yang dijalankan)


Berdasarkan temubual dan pemerhatian yang telah dijalankan di sekolah saya, tahap
penggunaan komputer dalam pengajaran Bahasa Melayu adalah rendah kerana guru tidak
selesa mengajarkan bahasa dengan menggunakan komputer. Dari segi perisian pengajaran
pula terlalu sedikit pengetahuan tentang penggunaannya. Manakala penggunaan internet
disekolah banyak kekangan yang perlu dihadapi ketika melayarinyaterutama daripada segi
teknikal dan capaian internet yang

mengakibatkan mereka kurang menggunakan bahan

tersebut di dalam pengajaran. Selain itu

faktor lain seperti

masalah pendedahan dan

kemudahan yang yang disediakan di sekolah.menjadikan mereka kurang menggunakan


internet.

Aspek minat juga mempengaruhi guru dalam pengajarannya. Guru berminat

menggunakan komputer tetapi tidak mempunyai banyak masa untuk menyediakannya.


Mereka juga kurang berpeluang untuk diberikan pendedahan berkaitan penghasilan
bahan perisian komputer.
Kebanyakan guru yang ditemubual berminat menjalankan pengajaran dan
pembelajaran menggunakan peralatan ICT namun terdapat kekangan dari segi kemahiran dan
kemudahan yang disediakan. Keadaan ini berlaku kepada responden 1 yang berminat untuk
mengajar dengan menggunakan peralatan ICT tetapi tidak mempunyai kemahiran dalam
bidang tersebut membataskan minat beliau untuk menggunakan teknologi ini. Ini tidak
mustahil berlaku kepada guru-guru lain yang sezaman dengan beliau yang ketandusan ilmu
ICT ini. Pengetahuan asas tentang penggunaan peralatan ICT juga tidak banyak membantu
minat dan kecenderungan guru terhadap penggunaan ICT dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran seperti yang belaku kepada Responden 2. Golongan ini menyedari tentang
kesan positif penggunaan ICT di dalam bilik darjah tetapi kemahiran mebataskan mereka
melakukan persediaan untuk sesi pembelajaran.
Ketandusan ilmu ICT dalam diri guru sendiri juga menjadi faktor kemahiran ICT
tidak dapat diajar secara sempurna kepada murid. Selain itu Kekurangan perisian bahasa
Melayu sering dijadikan alasan oleh guru meskipun guru sendiri boleh membina perisian
12 | P a g e

EP411 Pengajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer

sendiri bagi yang mahir dalam bidang ICT . Ini menunjukkan guru bahasa Melayu
mempunyai sikap rendah diri yang menghalang mereka bersifat inovatif dalam pengajaran.
Kebanyakan pengajaran guru dan topik pembelajaran bahasa Melayu hanya tertumpu di
dalam bilik darjah yang merangkumi aspek kemahiran bahasa yang biasa. Walaupun
kemahiran ICT turut digabungkan, namun penekanan terhadap kemahiran ini sangatlah
dingin. Ini menyebabkan hanya segelintir guru yang menggunakan ICT dalam pengajaran
dan pembelajaran. Ini kerana mereka menghadapi masalah dalam mengintegrasi ICT
dalam bilik darjah, masalah dalam membahagikan masa untuk menggunakan komputer dan
kekurangan dalam kemahiran serta pengetahuan ICT
Situasi ini berbeza dengan guru-guru baharu seperti Responden 3 dan Responden 4
yang mahir mengendalikan peralatan komputer. Guru-guru yang kerap menggunakan
komputer didapati lebih meminati ICT yang boleh meningkatkan kualiti pengajaran. Guruguru ini menggunakan komputer untuk menggabungkan ilmu ICT dalam pengajaran secara
berkesan. Mereka juga berkemampuan membuat alat bantu mengajar menggunakan perisian
MS Powerpoint untuk membantu sesi pembelajaran di dalam kelas. Kekangan kemudahan
yang ada di sekolah seperti peralatan ICT dan capaian internet yang bermasalah

juga

menyumbang kesan negatif terhadap penggunaan teknologi di sekolah saya.


Berasaskan kepada rumusan yang telah dibuat ke atas analisis terhadap temubual dan
pemerhatian penggunaan teknologi dalam pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu
dalam kelas di sekolah saya bergantung kepada perkara berikut :
i.

Persepsi

guru

terhadap

kepentingan

komputer

Dapat diperhatikan bahawa walaupun guru bersedia membuat perubahan


dengan mengintegrasikan teknologi maklumat tetapi ada juga yang tidak
bersedia membuat perubahan kerana yakin P&P konvensional lebih relevan
dengan sistem peperiksaan ini adalah keranan mereka lebih mementingkan
pencapaian keputusan peperiksaan yang cemerlang. Pada dasarnya jika
keputusan peperiksaan yang diperolehi setiap tahun cukup baik dan cemerlang
pada tanggapan guru mengapa harus kita mengubah apa yang telah sedia baik
untuk pelajar. Dengan sikap sebegini adalah sukar bagi perubahan dilakukan
ii.

dengan berkesan.
Kerisauan

untuk

menghadapi

perubahan

Selain daripada sikap yang tidak menganggap ICT itu penting terdapat juga
guru-guru yang risau untuk mengguna peralatan ICT itu sendiri. Terdapat tiga
jenis kerisauan yang dihadapi oleh guru-guru dalam penggunaan komputer
13 | P a g e

EP411 Pengajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer

iaitu takut sekiranya rosak apabila disentuh peralatan tersebut, takut kerana
mereka merasakan tidak berupaya mempelajari teknologi tinggi iaitu tahap
inferior yang tinggi dan ada guru yang risau sekiranya sekolah mengarahkan
guru yang tahu dan mahir komputer membuat segala tugas yang memerlukan
penggunaan komputer, dengan perasaan risau sebegini adalah lebih mudah
iii.

bagi mereka menolak terus perubahan.


Masa
dan

beban

tugas

guru

Mengintegrasikan komputer dalam pengajaran memerlukan masa yang banyak


bagi guru-guru dalam membuat persediaan. Persediaan yang diperlukan
termasuk dari aspek menyediakan bahan mengajar serta untuk setup bahan
pada komputer sebelum kelas dimulakan. Dengan bilangan waktu mengajar
yang banyak, sesetengah guru mempunyai bilangan waktu mengajar sebanyak
30 waktu seminggu, adalah sukar bagi guru untuk membuat persediaan
mengajar di sekolah dan juga untuk setup bahan mengajar di makmal
komputer.
Guru-guru juga mempunyai beban tugas lain selain daripada mengajar yang
akan mengambil masa semasa waktu persekolahan seperti guru jadual waktu,
setiausaha peperiksaan, ketua-ketua panitia, selepas waktu persekolahan
seperti sukan, aktiviti persatuan, mesyuarat-mesyuarat daerah, PIBG, kursuskursus jangka panjang dan pendek. Situasi ini akan menyukarkan guru untuk
melakukan persediaan yang mantap terutama jika mereka perlu menyediakan
bahan sendiri, sebagai contoh jika guru perlu mendapatkan bahan dari internet
dan untuk memilih bahan yang sesuai kadang-kadang mengambil masa
berjam-jam. Penghasilan bahan pengajaran pembelajaran berasaskan kaedah
bestari memerlukan masa yang lama kerana penghasilan bahan perlu dibuat
dengan teliti supaya bahan tersebut berupaya membolehkan pelajar dapat
berfikir dengan kritis dan kreatif, berupaya membuat penerokaan sendiri pada
kadar kendiri dan mampu memajukan diri sendiri (self access, self pace and
iv.

self excel).
Kekurangan kemahiran komputer dan pengetahuan penggunaan komputer
dalam

P&P

Proses pengajaran memperalatkan ICT menuntut guru berkemahiran dalam


membina persembahan dan mengintegrasikan multimedia sekurang-kurangnya
menggunakan Powerpoint dengan input-input seperti rakaman suara,
14 | P a g e

EP411 Pengajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer

memasukan video, grafik dan bunyi mengikut kreativiti guru. Oleh kerana
tidak semua bahan pengajaran tersedia untuk digunakan terus, maka guru
dikehendaki menyediakan bahan pengajaran yang lebih menarik, tetapi
keinginan guru untuk menambahbaikan bahan P & P hanya tinggal sebagai
kemahuan saja kerana guru-guru kekurangan kemahiran komputer dan
pengetahuan menggunakan komputer dalam P & P. Tambahan lagi,
penggunaan komputer oleh guru adalah pada tahap yang minima sahaja iaitu
sekali sekala dalam masa sebulan. Selain daripada itu, guru-guru kerap
menggunakan hanya satu program sahaja iaitu pemprosesan perkataan. Guruguru jarang menggunakan pangkalan data, persembahan mutimedia,
persembahan grafik, mel elektronik dan laman web dalam pengajaran.
4. Kesimpulan
Integrasi ICT dalam pembelajaran dan pengajaran merupakan perkara yang penting
dan memerlukan sokongan serta usaha yang bersungguh-sungguh di antara pemimpin
sekolah, guru, pelajar dan semua pihak. Sekolah tidak ada pilihan lain melainkan menerima
perubahan dan fenomena ICT untuk diterapkan di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Untuk itu penglibatan pemimpin sekolah dalam membina polisi, pelan
pembangunan ICT dan sokongan terhadap program pembangunan staf adalah menjadi teras
utama. Sokongan dan sumbangan pihak luar harus dilihat sebagai satu peluang untuk
memantapkan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan adalah
usaha daripada semua pihak, diharapkan cabaran dan kekangan penggunaan ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran dapat ditangani.

15 | P a g e

EP411 Pengajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer

BAHAGIAN C
Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Malaysia Tahun 3 KSSR
Mata Pelajaran

: Bahasa Malaysia

Tahun

: 3 Kemboja

Bil Murid

: 34 orang

Tema

: Pertanian

Tajuk

: Buah Seribu Khasiat

Tarikh /Hari

: 13 Januari 2015

Masa

: 8.10 9.10 pagi

Standard Pembelajaran :
1.6.1 Berbicara untuk mendapatkan maklumat yang tersurat tentang sesuatu perkara
daripada pelbagai sumber dengan tepat secara bertatasusila.
2.2.1 Membaca dan memahami perkataan berimbuhan awalan dan berimbuhan
akhiran dalam ayat daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang
betul.
3.5.1 Mencatat maklumat yang betul daripada pelbagai sumber untuk membuat
susunan.
Objektif:

Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:

i.
ii.

Membaca kuat dengan sebutan dan intonasi yang betul.


Menyenaraikan lima daripada lapan perkataan berimbuhan awalan dan akhiran

iii.

berdasarkan petikan.
Menamakan dan mencatat nama buah-buahan yang terdapat di dalam gambar yang
diberikan berdasarkan lirik lagu yang didengar.

Sistem Bahasa
Tatabahasa : kata berimbuhan
Kosa kata : raja, mahkota, khasiat, tajam
Pengisian Kurikulum/Elemen Merentas Kurikulum
16 | P a g e

EP411 Pengajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer

Ilmu
: Moral, Sains
Nilai Murni : Mengamalkan gaya hidup sihat
Pendidikan Alam Sekitar : bertanggungjawab terhadap kebersihan diri dan

persekitaran
Teknologi Maklumat dan Komunikasi : Belajar melalui TMK

Strategi

Kemahiran berfikir : Penyoalan, menghubung kait dengan pengalaman


Kecerdasan pelbagai : Verbal linguistik, Intrapersonal dan naturalis

Kemahiran belajar cara belajar : Mengumpul maklumat

Pembelajaran kontekstual : Menghubung kait dengan amalan pemakanan yang sihat


dengan buah-buahan

Bahan bantu mengajar

Komputer Riba
LCD Projektor
Slaid MS Powerpoint
Teks Petikan
Lembaran Kerja

Pengetahuan Sedia Ada : Murid biasa makan buah-buahan tempatan.


Langkah/
Masa

Isi pelajaran

Set
Pantun Teka Teki
Induksi (5
minit)
Tiap pagi pergi ke
sawah,
Mencari rezeki untuk
keluarga,
Terkenal sebagai raja
buah,
Durinya tajam tidak
terkira
Selepas subuh pergi
ke kota,
17 | P a g e

Aktiviti Pembelajaran dan


Pengajaran

Guru menunjukkan pantun teka


teki pada slaid MS Powerpoint
Murid-murid membaca pantun
teka teki tersebut dan meneka
jawapannya.
Guru mengemukakan beberapa
soalan berkaitan dengan buahbuah yang dinyatakan dan
mengaitkan dengan tajuk
pelajaran.
Murid memberikan respons
dengan menjawab soalan dan
menyenaraikan beberapa nama

Catatan
BBM
Slaid
Persembahan MS
Powerpoint
Teka teki
KB

Menghubung
kait

BCB
Memproses
maklumat

EP411 Pengajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer

Meraduk lumpur dan


juga paya,
Buah ini mempunyai
mahkota,
Badannya pula
dipenuhi mata.

buah-buahan tempatan yang


mereka ketahui

Pembelajaran
Kontekstual
Menghubungkait
kan dengan
pengalaman
dalam kehidupan

Jangkaan jawapan
o Buah durian
o Nenas
Ciri
Fizikal : bulat,
berduri tajam, bujur,
kulit ada duri lembut
tapi tajam,
Perkaitan objek
dengan tajuk dan isi
pelajaran.

Langkah 1
( 10 minit)

Lagu Buah-buahan
Tempatan
Guru mengedarkan seni kata
Buah
duku
dan
lagu.
rambutan
Murid-murid memerhati tayangan
sangat enak dimakan
vedio klip lagu buah-buahan
disukai oleh semua
tersebut.
orang
Murid-murid menyanyi bersamasama lagu tersebut.
buah nangka dan
Murid-murid dikehendaki
durian
menyenaraikan nama buahsangat lazat dijamah
buahan yang terdapat di dalam
untuk raikan rakan
lagu tersebut.
taulan
Murid dan guru menyanyikan
lagu sambil melakukan gerak
buah manggis dan
kreatif yang sesuai dengan
pisang
maksud lagu.
banyak ditanam di
kebun
menjadi
perhatian
pelancong

Langkah 2
(20 minit)

Menamakan buahbuahan tempatan


berdasarkan gambar

18 | P a g e

BBB
Lirik lagu
LCD
Laptop

Teknik
Nyanyian
Penyoalan
KP
Intrapersonal
Verbal linguistik
Nilai Murni
Kebersihan
fizikal dan mental
PAS
Bertanggungjawa
b
BBB

Guru mengagihkan murid-murid


kepada beberapa kumpulan.

Gambar

EP411 Pengajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer

yang diberikan.

Alamat web yang


boleh dilayari.

http://santhikrishnan.
blogspot.com/p/kepe
ntingan-buahtempatan.html

http://pmneus.blogsp
ot.com/2013/01/buah
-buahan-tempatanbaik-untuk.html

http://www.myhabiby
superb.com/2012/10/
khasiat-buah-buahantempatan.html

http://bicarasantai.co
m/2012/11/29/khasiat

_buah_buahan/

Langkah 3
(15 minit)

Petikan Khasiat
Buah-buahan
Tempatan
Soalan berkaitan
dengan
Khasiat yang
terkandung
dalam buahbuahan
tempatan

Kebaikan
memakan
buah-buahan.

Murid-murid dikehendaki berada


di dalam kumpulan masingmasing.
Guru memperdengarkan semula
lagu tersebut dan murid meneliti
jenis buah-buahan yang disebut.
Guru mengemukakan gambar
buah-buahan di dalam slaid MS
Powerpoint dan mengedarkan
gambar buah-buahan kepada
setiap kumpulan.
Murid berbincang dengan ahli
kumpulan untuk meneka dan
menamakan gambar buah-buahan
berdasarkan lagu tadi dengan
bimbingan guru dan menyatakan
khasiat buah-buahan tersebut
dengan melayari internet.
Ketua kumpulan membentangkan
hasil perbincangan di hadapan
kelas.
Guru mengemukakan jawapan
yang tepat di dalam slaid yang
ditunjukkan.

Tatabahasa

19 | P a g e

Menyenaraika
n beberapa
perkataan

Guru mengedarkan murid


petikan teks BuahbuahanTempatan Buah
Istimewa.
Guru menyuruh murid
membaca senyap teks.
Murid membaca teks secara
bergilir-gilir dengan sebutan
dan intonasi yang betul.
Murid-murid menjawab
beberapa soalan dengan
berpandukan petikan yang
dibaca.
Murid-murid dikehendaki
mencari beberapa perkataan
yang mengandungi imbuhan
awalan dan akhiran di dalam
petikan tersebut.
Murid-murid menyenarai

LCD
Laptop
Muzik
Slaid MS
PowerPoint

KB
Menjana minda
Teknik
Pemerhatian
KP
Intrapersonal
Verbal linguistik
Nilai Murni
Bekerjasama

BBM
petikan teks
KB
Menjana minda
KP
Intrapersonal
Verbal linguistik
Nilai Murni
Bekerjasama

EP411 Pengajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer

yang
berimbuhan
awalan dan
akhiran
Lembaran Kerja
Langkah 4

perkataan yang mengandungi


imbuhan yang dinyatakan.

Penutup

Guru mengedarkan lembaran


kerja kepada semua murid.
Murid menyaipkan latihan
yang diberikan berdasarkan
kandungan pelajaran

BBM
Lembaran
Kerja

5 minit
BBB
Kognitif
Murid diminta menyanyi lagu LCD
Buah-buahan Tempatan.
Skrin
Rumusan
isi
Lirik lagu
pelajaran
Guru memberi pujian atas
KB
- Membaca
sikap murid yang suka makan Merumus
dengan
buah-buahan untuk menjaga
Nilai
intonasi dan
kesihatan.
Kebersihan
sebutan yang
Kesyukuran
betul.
PAS
bertanggungjawa
b
KP:
Verbal linguistik
Intrapersonal

Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran :


Murid-murid dapat menyenaraikan buah-buahan tempatan berdasarkan video
nyanyian dan slaid persembahan MS Powerpoint yang disediakan.

Murid-murid dapat menyenaraikan khasiat buah-buahan tempatan.

Refleksi :
Murid-murid terlibat aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Mereka amat
tertarik dengan persembahan video dan berminat untuk terlibat dalam aktiviti
pembelajaran yang telah dirancang. Slaid persembahan Powerpoint yang disediakan
dengan gambar-gambar yang menarik membolehkan mereka melihat keadaan sebenar
bentuk dan ciri fizikal buah-buahan yang ditunjukkan. Mereka juga dapat merasai
pengalaman mencari maklumat berkaitan dengan buah-buahan tempatan dengan
melayari internet. Secara keseluruhannya penggunaan tenologi di dalam pengajaran

20 | P a g e

EP411 Pengajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer

dan pembelajar menggalakan situasi pembelajaran yang positif yang membolehkan


kandungan pelajaran disampaikan dengan lebih efektif.

Lampiran Teks Petikan


BUAH BUAHAN TEMPATAN DI MALAYSIA

Buah buahan Tempatan ini, jelas menunjukkan bahawa negara ini mempunyai
kepelbagaian sumber genetik buah-buahan yang sangat luas. Terpulanglah kepada generasi
akan datang untuk mengekalkannya supaya terus dapat dinikmati bersama. Usaha giat perlu
dijalankan untuk menghalang spesis ini daripada pupus. Dianggarkan tidak kurang 370 jenis
buah-buahan yang boleh dimakan terdapat dinegara ini.
Buah-buahan ini ada bermusim dan tidak bermusim. Contoh buah-buahan tidak bermusim
ialah pisang, betik, nenas, belimbing dan tembikai. Manakala contoh bagi buah-buahan
bermusim pula adalah seperti, mangga, durian, nangka, rambutan, limau dan jambu batu.
Khasiat Buah-buahan Tempatan
Makanan adalah penting untuk tumbesaran dalam kehidupan harian manusia. Salah satu
makanan yang penting dan berkhasiat ialah buah-buahan. Bagaimanapun, buah-buahan
import seperti oren, epal dan anggur dianggap sebagai buah-buahan yang mahal.
Bagaimanakah kita boleh mendapat buah-buahan berkhasiat di samping berjimat?
Sebenarnya negara kita bertuah kerana mempunya iklim yang sesuai untuk penanaman
pelbagai jenis buah-buahan. Buah-buahan tempatan bukan sahaja sedap tetapi juga
mempunyai khasiat yang tinggi.
Mari kita lihat khasiat yang terdapat di dalam buah-buahan tempatan.

21 | P a g e

EP411 Pengajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer

Pisang
* Memberi sumber tenaga yang segera.
* Membantu untuk mengatasi masalah sembelit.
* Mengandungi Tryptophan sejenis protein yang membolehkan badan
mengubahnya menjadi serotonin yang akan membantu anda berasa relaks dan
gembira.
* Boleh merangsang pengeluaran hemoglobin di dalam darah dan ini
membantu
mencegah anemia.

Betik
* Mempunyai serat yang dapat mencegah toksin di dalam usus besar.
* Mengandungi antioksidan.
* Kaya dengan papain, sejenis enzim yang baik untuk proses pencernaan
makanan.
* Baik untuk jantung.
* Membantu dalam pemulihan luka.

Jambu Batu
* Baik untuk sembelit.
* Berkesan dalam menurunkan kadar kolestrol dan tahap glukosa dalam darah.
* Bahan antioksidan yang berkesan.
* Dapat memperbaiki keadaan kulit dan mencegah masalah kulit.
* Jus jambu batu yang menah dapat melegakan penyaki batuk dan selesema.

Tembikai
* Dapat membantu mengurangkan risiko untuk mendapat kanser prostat dan
22 | P a g e

EP411 Pengajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer

penyakit kardiovaskular.
* Biji tembikai ialah sumber protein yang baik.
* Dapat meningkatkan sistem imunisasi supaya tidak mudah diserang penyakit.
* Kaya dengan vitamin B yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga.
* Dapat mengawal tekanan darah.

Nanas
* Mengandungi potasium yang tinggi dengan kandungan sodum yang kecil, iaitu
membantu menurunkan tekanan darah.
* Melindungi daripada masalah mata yang berkaitan dengan umur kerana ia
kaya dengan bahan antioksidan.
* Membantu membina tulang yang sihat.
* Membantu untuk mengurangkan batuk dan mencairkan lendir.
* Melindungi badan kita daripada radikal bebas yang akan menyerang sel yang sihat.
* Membantu untuk membina sistem imunisasi badan yang semulajadi.
* Membantu untuk menghalang pembentukan plak.
Keistimewaan Buah Buahan Tempatan.
Buah-buahan tempatan semakin mendapat pasaran antara bangsa dan permintaan
ramai.Persoalannya kini, apakah yang menyebabkan keadaan sedemikian berlaku?Berikut
terdapat beberapa keistimewaan buah-buahan tempatan. Antara kelebihan buah-buahan
tempatan termasuklah rasanya yang sedap dan mempunyai banyak khasiat.Keenakannya
memang tidak dapat dinafikan malah telah diakui oleh pelancong luar Negara yang pernah
cuba merasainya.Dalam pada itu, buah-buahan tempatan turut mengandungi khasiat seperti
vitamin C yang penting untuh tubuh badan.Sesungguhnya keistimewaan buah-buahan
tempatan sememangnya standing dengan buah buahan import.
Ringkasnya buah-buahan tempatan mempunyai banyak kelebihan malah standing
dengan buah-buahan import.Oleh itu sokonglah buah-buahan tempatan.

23 | P a g e

EP411 Pengajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer

Bibliografi
Ahmad Fuad Othman. 2003. Pendidik Dan Pendidikan Di Era Digital: Pendekatan Dan
Cabarannya. Wawasan: Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kedah. Bil. 17. Jun 2003.
Bi 1.
Mohd Asraf Tajudin. 2012. Teknologi Mengubah Komunikasi. Penerbitan Hakim. Kajang
Selangor.
Nadia Azrina Hj Abdullah. 2004.Teknologi Makluamat dan Komunikasi.Pustaka Cahaya
Intelek. Petaling Jaya Selangor.
Norasiah Abdullah. 2009. Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Penerbitan
Multimedia. Puchong, Selangor.
Norasiah Abdullah. 2011. Teknologi Maklumat & Komunikasi. Penerbitan Multimedia.
Puchong, Selangor.
Rozinah jamaludin. 2003.Teknologi Pengajaran. Utusan Publication. Kuala Lumpur.
Kementerian Pendidikan Malaysia . 2013 .Dokumen Standard Prestasi Bahasa Malaysia
Untuk Kegunaan Sekolah Kebangsaan : DSP Bahasa Malaysia Tahun 3.

24 | P a g e

EP411 Pengajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer

Lampiran Lembaran Kerja


Namakan buah-buahan di bawah

25 | P a g e

EP411 Pengajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer

Latihan Pengayaan
Nyatakan khasiat buah-buahan dalam gamabar di atas.

26 | P a g e

EP411 Pengajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer

27 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai