Anda di halaman 1dari 11

FACULTY OF SCIENCE & TECHNOLOGY (FST)

MPU3123
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
SEMESTER MAY 2015
ASSIGNMENT
SEMESTER:
MAY 2015
NAMA:
NO IC:
NO TEL:
EMAIL:

AHMAD MIRZA RUSYAIDI BIN MOHD RAFI


930930-11-5375
010-9184212
mirzacr@icloud.com

TUTOR NAME
LEARNING CENTRE

MOHD DOM BIN ISA


SHAH ALAM LEARNING CENTRE
SEMESTER: 3
ISI KANDUNGAN

TOPIK
Penghargaan

1 | Page

MUKA SURAT
3

Pengenalan

Dapatan Kajian

PENGHARGAAN
Dalam usaha menyiapkan kerja tugasan yang diberikan ini saya ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada En. Mohd Dom Bin Isa, tutor subjek MPU3123 kerana telah banyak
membimbing saya bagi menyiapkan tugasan ini mengikut dengan kehendak soalan dan bagi

2 | Page

memenuhisegala keperluan bagi mendapatkan hasil tugasan yang cemerlang. Beliau turut
memberi perancangan bagi menyiapkan tugasan ini walaupun di dalam kesibukan bekerja
dengan teratur dan ini telah banyak membantu saya bagi menyiapkan tugasan ini di dalam jangka
masa yang diberikan di masa yang sama tidak menjejaskan waktu kerja saya. Saya juga ingin
berterima kasih kepada rakan-rakan sekerja dan juga penduduk tempatan Lembah Subang, Ara
Damansara kerana banyak memberi kerjasama bagi saya menyiapkan projek ini. Tidak lupa juga
segala ribuan terima kasih kepada rakan seperjuangan yang aktif di dalam e-forum kerana sedikit
sebanyak telah memberikan saya idea-idea bagi memudahkan perjalanan saya bagi menyiapkan
tugasan yang diberikan ini.

PENGENALAN
Tamadun Islam di Malaysia sudah berkembang sejak beberapa abad lalu berikutan
dengan lokasi Negara Malaysia sebagai negeri melayu yang mempunyai kedudukan yang
strategic di dalam peta dunia bagi kapal dagang dan menjadi pusat interport bagi perjalanan

3 | Page

kapal dagang dari barat ke timur dan dari timur ke barat. Negara Malaysia yang terkenal sebagai
satu pusat persinggahan para pedagang telah didedahkan dengan pelbagai gaya hidup dari
Negara luar dan secara tidak langsung agama islam telah diserap di dalam budaya hidup kaum
melayu di negara kita pada ketika itu. Sehingga kini, tamadun islam berkembang dari pelbagai
sudut seperti terjemahan, seni bina, keilmuan, reka cipta dan lain-lain lagi. Menurut Roziah Sidik
(2011) perkembangan tamadun sering dikaitkan dengan peranan aktif semua pihak termasuk
pemerintah dan juga orang perseorangan di dalam satu masyarakat. Antara pencapaian di dalam
tamadun islam ini adalam kemajuan dari segi bidang seni bina terutamanya seni bina bangunanbangunan seperti masjid yang terdapat di Malaysia. Bagi memenuhi objektif tugasan ini saya
akan menghuraikan satu contoh seni bina masjid yang dapat membuktikan kehebatan tamadun
islam yang terdapat di penempatan di kawasan Lembah Subang, Ara Damansara, Selangor.
DEFINISI TAMADUN ISLAM
Tamadun islam telah menjadi suatu perbincangan sejak dahulu lagi, menurut pandangan
tokoh seperti Syed Muhammad Naquib al-Attas(1972) telah mendefinasikan tamadun sebagai
kehidupan manusia yang mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi
sesebuah masyarakat. Ini bermakna tamadun islam bukan didirikan oleh satu bangsa sahaja
malah telah didirikan oleh semua umat islam di atas dasar satu pegangan tauhid (mengesakan
ALLAH S.W.T) dan juga dibantu oleh beberapa golongan minoriti orang bukan islam
menyumbang terhadap negara islam bagi mencapai tamadun islam.
Daripada sudut bahasa arab pula Ibnu Khaldun telah menjelaskan istilah tamadun islam
adalah Madaniah, Tamadun, dan Hadarah. Penjelasan tamadun islam bagi Ibnu Khaldun
adalah, pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga
dapatmembuka jalan ke arah pemikikran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan
mempunyai nilai syumuliah.
CIRI-CIRI TAMADUN
Dari zaman ke zaman, peradaban manusia kian berkembang terus maju setapak dari
tempat asal mereka berdiri. Semakin lama semakin ramai pemikir-pemikir telah lahir dan
berinovatif bagi menyesuaikan diri mereka dengan peredaran zaman. Ini telah menjana kepada

4 | Page

kemajuan dari segi bidang keilmuan dan kekuatan rohaniah mereka. Perubahan yang dapat
dilihat dalam pembentukan tamadun antaranya adalah pertumbuhan suatu pembinaan dan
perkembangan kota (urbanisasi), statifikasi dan organisasi sosial, kesenian dan estetika,
tulisan dan komunikasi, sistem agama dan kepercayaan, pembahagian kerja secara kolektif
dan juga penggantian kehidupan nomad kepada kehidupan moden melalui kemajuan sains dan
teknologi.
Setiap satu daripada ciri tamadun ini adalah saling berkait antara satu sama lain dan tidak
dapat dipisahkan. Jika satu darinya tidak ada adalah belum dinamakan ia satu tamadun.
Pembinaan suatu tamadun telah tercipta apabila suatu organisasi sosial mula terbentukdaripada
sebuah keluarga kepada sebuah masyarakat yang kompleks dengan sistem sosial yang berlapis
yang ditakbir oleh pemerintah dan golongan rakyat di bawah. Manakala bahasa pertuturan dan
penulisan merupakan bahan pengantara bagi suatu masyarakat. Ia penting bagi komunikasi dan
penyebaran suatu ilmu. Setelah itu, agama mula muncul sebagai suatu pegangan di dalam
masyarakat kerana lumrah manusia memerlukan agama bagi mengetahui matlamat hidup mereka
agar tidak tersasar. Setelah itu kehidupan masyarakat yang nomad telah berubah dari semasa ke
semasa. Daripada kehidupan nomad manusia pemikiran manusia makin berkembang ke arah
kehidupan moden dan pada ketika ini segala ciptaan dan pembangunan telah berevolusi dan
semakin canggih. Apabila suatu pencapaian telah dapat dilihat nilai kesenian mula timbul dan ini
dapat lebih merangsang suatu pertumbuhan di dalam kemajuan teknologi kehidupan moden
melalui kemajuan sains dan teknologi. Dengan ini, terbinalah suatu tamadun yang berkembang
dengan teratur dan nilai seni mula digunakan di dalam suatu pembangunan bagi menggambarkan
suatu masyarakat bertamadun tersebut. Hal ini dapat dilihat dripada seni bina dan seni ukir
terhadap suatu pembangunan utama di dalam suatu kawasan yang maju dan telah mencapai suatu
tamadun.

DAPATAN KAJIAN
Walaupun baru menetap di sini, akan tetapi melalui apa yang dapat dilihat dengan mata
kasar dan perbualan orang ramai dapat dirumuskan bahawa Masjid Ara Damansara ini
merupakan sebuah masjid yang begitu unik dan mempunyai ciri-ciri yang lengkap sebagai

5 | Page

contoh seni bina yang dapat dilakukan sebagai bahan kajian di kawasan yang di diami sekarang.
Kita sedia maklum bahawa masjid merupakan tempat beribadat bagi umat islam. Di sini
merupakan tempat untuk umat islam bersolat dan beriktikaf sebagai tanda umat islam adalah
hamba hamba yang berserah diri kepada ALLAH SWT. Sejak dahulu lagi, masjd tidaklah
terbatas kepada tempat untuk bersolat sahaja, akan tetapi masjid merupakan tempat untuk umat
islam berkumpul dan sejarah membuktikan bahawa pembangunan sesuatu penempatan juga telah
terbina dengan wujudnya masjid di kawasan tersebut. Ini kerana masjid sejak dahulu lagi telah
digunakan sebagai pusat segala perbincangan, perundangan, perdangangan dan juga turut
menjadi pusat pembelajaran bagi penuntut-penuntut ilmu.
Kajian yang dilakukan adalah berdasarkan kaedah temu bual penduduk di kawasan
setempat, lawatan dan pemerhatian, rujukan buku ilmiah dan muat turun maklumat daripada
laman sesawang internet. Sumber-sumber ini banyak membantu bagi menyelesaikan kerja
tugasan yang diberikan ini dan turut memberi pengetahuan mengenai wujudnya satu nilai
kesenian di kawasan setempat yang didiami sekarang. Kajian telah mula dilakukan sejak
permulaan semester dengan pencarian lokasi yang sesuai di laman sesawang internet yang dapat
menepati tugasan soalan untuk mengkaji bangunan seni di kawasan setempat yang memberi
impak positif kepada masyarakat setempat. Setelah mendapat hasil, saya mula turun ke tapak
kajian selepas mula kelas kuliah ke dua setelah mendapat nasihat daripada tutor subjek ini cara
yang perlu dilakukan bagi menyiapkan tugasan ini. Walaupun mengambil masa yang lama bagi
menyiapkan tugasan ini atas kerana kerja yang tidak mengizinkan untuk turun ke tapak kajian
akan tetapi tugasan ini dapat juga di siapkan pada masa yang diberikan oleh OUM.

MASJID ARA DAMANSARA

6 | Page

7 | Page

Pengenalan Masjid Ara Damansara


Masjid Ara Damansara ini bertempat di alamat No.3, Jalan PJU 1A/37, Ara Tropika, Ara
Damansara, Mukim Damansara, Daerah Petaling, Selangor. Kedudukan masjid ini adalah
teramat strategik kerana dikelilingi dengan penempatan penduduk tanpa mengira golongan yang
berada ataupun yang hidup sederhana. Sejarah pembinaan masjid ini adalah projek ini telah
dibeli oleh syarikat Sime Darby Ara Damansara Developments Sdn Bhd dan telah dirasmikan
pada 29 Jan 2015, (Khamis) pada waktu solat Maghrib. Masjid ini telah dibina dengan konsep
Green Building Index (GBI) dan telah memenangi anugerah melalui konsep tersebut.
Daripada reka bentuk masjid tersebut dapat dilihat melalui gambar dimana masjid ini
dibina tanpa dinding konkrit dan hanya disokong dengan struktur besi yang kukuh. Tambahan
lagi struktur besi pada masjid ini juga mempunyai ketinggian yang berbeza daripada setiap sudut,
ini menjadikan pandangan daripada luar masjid ini kelihatan berbeza dari setiap sudut di
sekeliling masjid tersebut. Reka bentuk unik tanpa dinding konkrit ini pula memberikan suatu
kelainan berbanding masjid biasa kerana tanpa bantuan kipas elektrik ataupun penghawa dingin
para jemaah masjid tersebut dapat merasai tiupan angin semula jadi secara terus dari dalam
masjid yang sememangnya mempunyai kedudukan yang strategik dimana angin sentiasa bertiup
di kawasan ini. Walaupun begitu kemudahan kipas elektrik juga turut disediakan bagi keselesaan
jemaah.

8 | Page

Mengikut kepada konsep seni yang ingin ditampilkan pada masjid ini, dapat dilihat
keunikan tempat mengambil wudhu yang telah direka dikelilingi dengan taman di mana daundaun hijau mekar menjalar di sekelilingnya dan air kolah dimana terdapat air pancur dan terdapat
ikan yang berenang didalamnya. Ini menghasilkan suatu ilusi dimana para jemaah akan terfikir
air yang keluar daripada paip adalah daripada kolah tersebut. Selain daripada itu, satu lagi
kelainan yang dapat dilihat melalui Masjid Ara Damansara ini adalah taman rekreasi bagi kanakkanak (taman permainan), jalan berbatu bagi refleksologi pada tapak kaki, taman dengan reka
bentuk yang unik dan juga taman rekreasi untuk bersenam. Dengan kesenian yang ditonjolkan
pada masjid ini, dapat dibuktikan bahawa masjid ini bukan sahaja digunakan bagi menjalankan
ibadah solat malah turut digunakan bagi keluarga berkumpul untuk berekreasi untuk kesihatan
dan juga untuk merapatkan hubungan silaturahim di antara pengguna masjid ini.
Warna asas yang dapat dilihat pada Masjid Ara Damansara ini adalah warna putih pada
setiap struktur bangunan dan hiasan disekeliling dan warna lain yang turut menjadi warna asas
adalah warna hijau daripada pokok-pokok dan rumput disekelilng bangunan masjid ini. Jelas
pereka masjid ini ingin menonjolkan konsep seni yang berkonsepkan GBI dimana warna putih
merupakan warna neutral yang dapat menyerlahkan lagi warna kehijauan daripada tumbuhan
disekeliling masjid ini. Ini secara tidak langsung dapat memberikan ketenangan kepada setiap
orang yang melihat masjid ini tanpa mengira bangsa dan agama. Ini kerana dapat dibuktikan
daripada kajian bahawa warna hijau yang dipancarkan daripada tumbuhan dapat memberikan
kesegaran dan ketenangan malah juga dapat memangkin minda supaya menjadi lebih cerdas dan
pintar. Bagi memenuhi konsep hijau yang ingin dibawa daripada masjid ini juga adalah tempat
parking hijau. Di masjid ini keutamaan diberikan kepada pengguna kenderaan berkuasa hybrid
yang menggunakan teknologi separa elektrik bagi menggerakkan fungsi enjin. Pada tempat
parking ini rumput hijau ditanam bagi membuktikan dengan kualiti enjin yang tidak
menggunakan petrol secara 100% sebagai bahan asas mampu menjaga kehijauan alam sekitar.

9 | Page

Aktiviti Yang Dijalankan di Masjid Ara Damansara


Masjid Ara Damansara ini telah diuruskan oleh para kakitangan masjid yang telah
dilantik khas daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan juga daripada penduduk
setempat turut terlibat di dalam pengurusan masjid ini. Ini adalah penting bagi memastikan
aktiviti masjid ini dapat dijalankan dengan sempurna daripada orang berpengalaman dan juga
dapat membimbing masyarakat setempat bagi mempelajari selok belok pengurusan masjid bagi
generasi akan datang di kawasan Ara Damansara ini. Aktiviti masjid ini akan sentiasa
dihebahkan melalui kain rentang, pamplet, pengumuman sebelum dan selepas solat jumaat dan
juga

pada

laman

media

rasmi

masjid

ini

sendiri

di

dalam

laman

sesawang

https://www.facebook.com/masjidaradamansara.
Aktiviti yang dijalankan oleh kakitangan masjid ini bukan sahaja bertumpu kepada kuliah
agama malah banyak aktiviti lain yang berunsur kemasyarakatan turut dijalankan disini bagi
memupuk nilai kemasyarakatan di kawasan Ara Damansara ini. Antara aktiviti yang dijalankan
di Masjid Ara Damansara ini adalah aktiviti gotong royong bersama penduduk kawasan setempat
yang dijalankan pada hari perasmian masjid tersebut. Aktiviti gotong royong adalah suatu aktiviti
yang tidak lagi asing bagi kita di mana masyarakat setempat akan berkumpul bagi menjalankan
suatu aktiviti yang mendatangkan manfaat kepada semua terutamanya terhadap hubungan
sesama individu di dalam suatu masyarakat. Ini adalah kerana penduduk yang menyertai
program ini akan saling bantu membantu bagi meringankan beban sesama peserta lain bagi
memudahkan suatu urusan seperti mengumpul sampah dan lain-lain.
Selain daripada itu, aktiviti yang dijalankan di Masjid Ara Damansara ini adalah kem
motivasi pelajar Membina Sahsiah Cemerlang yang telah diadakan pada 30 Mei 2015 yang
lalu. Di dalam program ini para pelajar telah didedahkan dengan sifat-sifat yang sewajarnya
diamalkan sebagai seorang pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik malah
dari sudut sahsiah diri juga adalah penting bagi membentuk diri sebagai individu yang
cemerlang. Kem tersebut telah dikendalikan oleh Ustaz Mohd Hasnil B. Abu Bakar dan Prof. Dr.
Muhammad Kamil yang telah membimbing para pelajar sepanjang hari tersebut bermula
daripada awal pagi sebelum solat subuh sehingga selepas maghrib. Program ini dijalankan atas
insiatif ibubapa dan sekolah terdekat bagi menghantar anak-anak mereka untuk menghadiri
program ini.

10 | P a g e

Terdapat juga program yang telah dijalankan oleh masjid ini juga sedikit sebanyak
membawa kepada kemakmuran di dalam kawasan ini. Seperti sedia maklum, fardhu kifaiyah
adalah wajib dipelajari bagi sekurangnya satu orang di dalam suatu kawasan bagi memastikan
apabila berlakunya sesuatu adanya seseorang untuk menguruskannya. Masjid ini juga telah
mengadakan program kursus pengurusan jenazah kepada anak-anak muda dan orang dewasa di
kawasan ini. Program ini telah dijalankan pada 29 Mac 2015 lalu dan telah dianjurkan oleh Ustaz
Amir Muttakin dan Puan Siti Fadzilah sebagai tetamu jemputan bagi menunjukkan cara-cara
melakukan pengurusan jenazah. Sebagai seorang anak haruslah setiap daripada kita mempelajari
ilmu ini bagi suatu hari ketika ibu atau bapa kita meninggal kita merupakan salah seorang yang
akan menguruskan jenazah mereka. Sesungguhnya menguruskan jenazah ibubapa merupakan
khidmat terakhir yang dapat dijalankan oleh seorang muslim maka jika kita terlepas maka
teramatlah ruginya.
Di dalam bulan puasa Ramadhan pada tahun ini, Masjid Ara Damansara juga telah
mengadakan suatu aktiviti utama yang dijalankan setiap hari sepanjang bulan puasa iaitu majlis
berbuka puasa dan solat terawih. Majlis berbuka puasa yang diadakan di masjid ini diadakan
setiap hari dengan tempahan daripada pihak katering daripada luar yang menyediakan jamuan
makan kepada tetamu seramai 200 orang satu hari. Jamuan makanan yang disediakan juga adalah
bertaraf jamuan besar seperti di restoran-restoran. Program yang memakan belanja yang besar ini
membuktikan bahawa para jemaah yang hadir ke masjid ini amat menghargai segala program
kemasyarakatan yang dijalankan oleh masjid ini dan tanpa halangan mereka terus menyumbang
kepada masjid supaya lebih banyak aktiviti kemasyarakatan dijalankan setiap hari.

11 | P a g e